cara cara (2)

5
Menurut Goleman(2002), beliau telah merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi dalam kompetensi kecerdasan emosi iaitu dua kompetensi personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya dalam masa yang sesuai. Kompetensi personal merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri manakala kompetensi social mengandungi kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Untuk memupuk kompetensi personal dalam situasi ini, kita boleh mengadakan sesi perbincangan sihat antara pengerusi dan ahli-ahli mesyuarat. Perbincangan yang sihat dalam kalangan ahli-ahli mesyuarat akan mewujudkan persefahaman di antara mereka. Selain itu, mereka juga dapat meluahkan perasaan mereka dan saling memahami antara satu sama lain. Mereka dapat membincang dan berkongsi cara mereka untuk mengawal emosi. Aktiviti ini adalah berfaedah kepada kedua-dua pihak yang mempunyai perselisihan faham. Mereka dapat meluahkan perasaan yang sebenar antara satu sama lain. Pengerusi tersebut boleh memberi penjelasan yang kukuh tentang sebabnya dia mengatakan idea ahli mesyuarat adalah tidak munasabah manakala ahli mesyuarat tersebut boleh belajar untuk memahami pandangan yang pelbagai serta memahami tentang wujudnya perbezaan pandangan dalam kumpulan. Perbincangan ini dapat membantu menyelesaikan kesulitan yang dihadapi dalam kalangan mereka. Cara perbincangan ini juga akan dapat mengajar pengerusi dan ahli mesyuaratnya untuk mencari penyelesaian ketika menghadapi pertelingkahan dan perselisihan faham.

Upload: yingying1102

Post on 28-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Menurut Goleman(2002), beliau telah merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi dalam kompetensi kecerdasan emosi iaitu dua kompetensi personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya dalam masa yang sesuai. Kompetensi personal merangkumi kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri manakala kompetensi social mengandungi kesedaran sosial dan kemahiran sosial.Untuk memupuk kompetensi personal dalam situasi ini, kita boleh mengadakan sesi perbincangan sihat antara pengerusi dan ahli-ahli mesyuarat. Perbincangan yang sihat dalam kalangan ahli-ahli mesyuarat akan mewujudkan persefahaman di antara mereka. Selain itu, mereka juga dapat meluahkan perasaan mereka dan saling memahami antara satu sama lain. Mereka dapat membincang dan berkongsi cara mereka untuk mengawal emosi. Aktiviti ini adalah berfaedah kepada kedua-dua pihak yang mempunyai perselisihan faham. Mereka dapat meluahkan perasaan yang sebenar antara satu sama lain. Pengerusi tersebut boleh memberi penjelasan yang kukuh tentang sebabnya dia mengatakan idea ahli mesyuarat adalah tidak munasabah manakala ahli mesyuarat tersebut boleh belajar untuk memahami pandangan yang pelbagai serta memahami tentang wujudnya perbezaan pandangan dalam kumpulan. Perbincangan ini dapat membantu menyelesaikan kesulitan yang dihadapi dalam kalangan mereka. Cara perbincangan ini juga akan dapat mengajar pengerusi dan ahli mesyuaratnya untuk mencari penyelesaian ketika menghadapi pertelingkahan dan perselisihan faham.Di samping itu, kesedaran kendiri dapat dipupuk dengan mengadakan program pendidikan moral. Melalui penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan moral, mereka akan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri ahli juga akan dapat belajar untuk menerima maklum balas yang jujur yang diberikan oleh pengerusi tersebut dengan sifat terbuka. Selain itu, mereka juga akan dapat mempelajari tentang kesedaran emosi kendiri supaya dapat mengenali emosi pada masa itu dan sebabnya berasa demikian. Melalui program ini mereka juga dapat sedar bagaimana emosi tersebut akan mempengaruhi prestasi mereka. Jika ahli mesyuarat tidak bersabar dan marah pada pengerusi, situasi akan menjadi renggan dan kemungkinan akan mempengaruhi prestasinya. Pengerusi juga harus sedar bahawa dia harus mempunyai nilai-nilai murni seperti bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan ahli mesyuarat tersebut. Sebaliknya, ahli kumpulan tersebut harus mempunyai nilai sikap keterbukaan iaitu bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, mereka akan dapat menguruskan perasaan dan emosi negatif dengan baik.Sehubungan dengan itu, pengerusi dan ahli mesyuarat tersebut boleh menghadiri kursus tentang cara pengawalan emosi. Kursus ini dapat menambah kemahiran asertif mereka. Dengan cara ini, mereka juga mampu menambah ilmu cara pengawalan emosi daripada pakar-pakar yang berjaya mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik terutamanya cara untuk menguruskan emosi kemaharan. Contohnya, ketika timbulnya perasaan marah maka mereka boleh memandang pada benda dan bukan orang, menggunakan teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat atau membilang sampai 10. Oleh sebab itu, apabila mereka berhadapan dengan situasi yang telah menimbulkan perasan marah malah mereka dapat mengaplikasikan teknik-teknik tersebut untuk mengawal perasaan marah mereka. Selain itu, mereka juga dapat berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif selepas menghadiri kursus tersebut.Selain itu, sesi kaunseling dengan guru kaunseling boleh diadakan agar memupuk kompetensi personal dalam kalangan pengerusi dan ahli mesyuarat tersebut. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Dalam sesi kaunseling tersebut, mereka boleh berbincang dengan guru kaunseling tentang emosi kendiri yang dialami dan mencari punca emosi yang dirasai. Mereka juga boleh merancang tindakan penyelesaian dengan bantuan guru kaunseling supaya emosi seperti ini dapat diatasi dengan betul mula sekarang dan kelak. Dari semasa ke semasa, mereka hendaklah menghadiri kursus-kursus motivasi. Motivasi amat berkait rapat dengan emosi kerana emosi boleh merangsang pembangunan motivasi diri. Motivasi yang tinggi akan mendorong seseorang ke arah pencapaian yang lebih baik dan ini akan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Ahli mesyuarat tersebut akan dimotivasikan dan terus berusaha mencapai matlamat walaupun menghadapi cabaran dan masalah seperti dikritik oleh pengerusinya. Dia juga akan mampu bertindak daripada harapan untuk berjaya dan tidak takut kepada kegagalan. Konklusinya, saya berpendapatan bahawa sesi perbincangan sihat antara pengerusi dan ahli-ahli mesyuarat merupakan cara yang terbaik untuk memupuk kompentensi personal. Dalam sesi tersebut, aktiviti yang bertajuk mengenal diri dan orang lain boleh dijalankan. Aktiviti tersebut akan dijalankan secara berpasangan dan setiap pasangan akan menuliskan pengalaman yang sukar dilupakan kemudian berkongsi pengalaman tersebut dengan ahli yang lain. Maka pengerusi dan ahli mesyuarat tersebut boleh menjadi satu kumpulan dan mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan pertelingkahan yang sebelum ini. Mereka boleh berkongsi pengalaman yang telah dihadapi dan mengenali punca emosi masing-masing semasa pertelingkahan berlaku. Manfaat yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini adalah mereka bukan sahaja dapat lebih memahami diri sendiri malah mereka juga dapat mengenali diri orang lain. Justeru itu, pengerusi tersebut akan dapat memberi pandangan terhadap cadangan ahli mesyuarat tersebut. Selain itu, pengerusi juga dapat memberi pendapatnya terhadap ahli. Manakala ahli mesyuarat tersebut akan dapat bersifat terbuka kepada maklum balas secara jujur, perspektif baru dan perkembangan diri. Pada masa yang sama, dia juga dapat menerima pandangan pengerusi untuk membaiki kelemahan diri. Akhirnya, mereka dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dan bermakna. Kesimpulannya, individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas.