cara bina fanpage untuk promosi perniagaan di facebook

10
CARA BINA FANPAGE UNTUK PROMOSI PERNIAGAAN DI FACEBOOK Cara membina fan pages facebook dengan teknik berkesan untuk promosikan perniagaan secara online Fanpage facebook adalah medium pemasaran terbaik untuk memasarkan produk perniagaan secara online yang berkesan kerana facebook adalah media sosial paling popular di Malaysia dan pengunaannya yang percuma. Facebook Page atau Fans page adalah seperti kedai jualan di tangan yang mudah yang digunakan untuk menjual pelbagai produk pernigaan di facebook secara online. Fanpage adalah pusat rujukan perniagaan kepada pelanggan untuk sebarang urusan perniagaan dengan pelbagai fungsi pemasaran dan bilangan pelanggan tanpa had. Fanpage sememangnya di reka sesuai untuk perniagaan online di facebook secara percuma atau boleh secara berbayar melalui facebook ads. KELEBIHAN FANPAGE UNTUK PROMOSIKAN PERNIAGAAN : 1. Jumlah fans atau pelanggan tiada had. Tiada had friendlist bagi fanpage berbanding facebook profile yang terhad kepada 5000 orang sahaja. Ini membolehkan kita membina fans yang ramai untuk perniagaan untuk kemudahan memasarkan barangan atau maklumat. 2. Penjenamaan perniagaan profesional. Fanpage membolehkan perniagaan lebih profesional dan menyakinkan pelanggan dengan pelbagai maklumat dan khusus hanya kepada pelanggan yang mempunyai minat barangan yang sama. 3. Pengiklanan Facebook ads. Fanpage membolehkan perniagaan diiklankan secara berbayar melalui facebook ads untuk semua pengguna facebook. 4. Pembinaan jenama perniagaan. Fanpage membolehkan pembinaan jenama perniagaan walau admin facebook berlainan atau ramai admin. Kita boleh melantik admin lain menguruskan fanpage perniagaan melalui fanpage. 5. Percuma. Fanpage adalah percuma dan boleh membuat banyak fanpage untuk perniagaan yang berbeza.

Upload: zaidi-emas-public-gold

Post on 13-Apr-2017

309 views

Category:

Social Media


1 download

TRANSCRIPT

CARA BINA FANPAGE UNTUK PROMOSI PERNIAGAAN DI FACEBOOK

Cara membina fan pages facebook dengan teknik berkesan untuk promosikan

perniagaan secara online

Fanpage facebook adalah medium pemasaran terbaik untuk memasarkan produk

perniagaan secara online yang berkesan kerana facebook adalah media sosial paling

popular di Malaysia dan pengunaannya yang percuma.

Facebook Page atau Fans page adalah seperti kedai jualan di tangan yang mudah

yang digunakan untuk menjual pelbagai produk pernigaan di facebook secara online.

Fanpage adalah pusat rujukan perniagaan kepada pelanggan untuk sebarang urusan

perniagaan dengan pelbagai fungsi pemasaran dan bilangan pelanggan tanpa had.

Fanpage sememangnya di reka sesuai untuk perniagaan online di facebook secara

percuma atau boleh secara berbayar melalui facebook ads.

KELEBIHAN FANPAGE UNTUK PROMOSIKAN PERNIAGAAN :

1. Jumlah fans atau pelanggan tiada had. Tiada had friendlist bagi fanpage

berbanding facebook profile yang terhad kepada 5000 orang sahaja. Ini

membolehkan kita membina fans yang ramai untuk perniagaan untuk kemudahan

memasarkan barangan atau maklumat.

2. Penjenamaan perniagaan profesional. Fanpage membolehkan perniagaan lebih

profesional dan menyakinkan pelanggan dengan pelbagai maklumat dan khusus

hanya kepada pelanggan yang mempunyai minat barangan yang sama.

3. Pengiklanan Facebook ads. Fanpage membolehkan perniagaan diiklankan secara

berbayar melalui facebook ads untuk semua pengguna facebook.

4. Pembinaan jenama perniagaan. Fanpage membolehkan pembinaan jenama

perniagaan walau admin facebook berlainan atau ramai admin. Kita boleh melantik

admin lain menguruskan fanpage perniagaan melalui fanpage.

5. Percuma. Fanpage adalah percuma dan boleh membuat banyak fanpage untuk

perniagaan yang berbeza.

Fanpage adalah untuk perniagaan jangka panjang dengan membina ramai fans atau

pelanggan. Perniagaan terbaik untuk seumur hidup adalah perniagaan emas Public

Gold untuk menjual atau mempromosikan emas dan perak pelaburan termurah

bebas gst bagi menjana pendapatan seumur hidup.

CARA BINA FANPAGE PERNIAGAAN BERKESAN

Bagaimana cara membina fans page untuk promosikan perniagaan berkesan ?

Tutorial di bawah menunjukkan cara dan teknik membina fanpage facebook untuk

perniagaan bagi mempromosikan perniagaan secara online di sertakan tips serta

teknik membuat fanpage yang berkesan untuk promosikan produk kedai perniagaan

secara online di Facebook.

Perkara utama bagi membuat fanpage mestilah mempunyai akaun facebook, jadi

hendaklah menjadi pengguna facebook atau mempunyai facebook profile terlebih

dahulu dengan daftar di https://www.facebook.com. Setelah mempunyai akaun

facebook profile barulah dapat membina facebook fanpage seperti tutorial di bawah :

TUTORIAL BINA FANPAGE FACEBOOK

Membina Fanpage sangat mudah tetapi pelu tahu teknik bina fanpage yang berkesan

untuk perniagaan dan kunci utama adalah jenis Fanpage yang paling sesuai.

1. Untuk membina fanpage, Log masuk ke facebook personal anda. Klik pada ‘Create

Page‘ atau klik link https://www.facebook.com/pages/create/

2) Pilih kategori perniagaan atau bisnes dengan memberikan nama fanpage yang

sesuai dengan produk atau servis yang ditawarkan.

Pilih kategori perniagaan penting untuk penjenamaan perniagaan sebagai kata kunci

perniagaan. Dalam artikel ini, saya membina fanpage untuk kategori jenama atau

produk (Brand or Product).

TIPS PILIH KATEGORI PERNIAGAAN : Pilih kategori perniagaan yang bersesuaian

dan masukkan nama produk perniagaan dengan keyword yang bersesuaian. Contoh,

perniagaan jual beli emas dan perak Public Gold, saya pilih nama fanpage saya

berdasarkan tajuk website saya PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

MALAYSIA.

Setelah memlih Brand or Product dan memasukkan nama untuk Kedai Facebook,

tandakan “I agree to Facebook Pages Terms”

3) Menulis maklumat deskripsi dan alamat facebook fanpage.

Tuliskan maklumat atau ‘description’ kedai perniagaan supaya muncul dalam hasil

carian dengan memasukkan kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan serta

tulis alamat website jika ada dan pilih nama bagi fanpage dan klik ‘simpan

maklumat’ atau ‘Save Info’

TIPS MENULIS MAKLUMAT FANPAGE PERNIAGAAN : Maklumat perniagaan

hendaklah ditulis dengan tepat, menarik dan ringkas yang merangkumi kelebihan

perkhidmatan atau produk perniagaan. Tuliskan blog atau website jika ada dan

nama fanpage sebaiknya ditulis seperti nama website atau blog. Membuat website

bukannya susah dan boleh di buat sendiri dengan mudah tanpa perlu ilmu

pengaturcaraan komputer. Klik CARA BUAT WEBSITE SENDIRI untuk

membuat website sendiri tanpa perlu upah membina website. Contohnya, nama

fanpage baru saya PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD dan saya mempunyai website

www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com maka nama fanpage saya

http://www.facebook.com/wwwpelaburanemaspublicgoldmalaysiadotcom

4) Masukkan gambar profil fanpage facebook yang bersesuaian dengan perniagaan.

Masukkan gambar profil kedai perniagaan atau produk perniagaan dengan klik

Upload dan pilih gambar dari komputer atau website dan klik ‘simpan foto’

PANDUAN GAMBAR PROFIL : Gambar profi fanpage sebaiknya adalah saiz 180 x

180. Gambar profil yang jelas di sertakan sedikit maklumat penting sebagai alat

promosi perniagaan.

5) Tambah halaman facebook pada kegemaran atau add to favourites

Klik “add to favourites” untuk memudahkan anda melihat facebook page pada masa

akan datang.

6) Pilih halaman penonton

Pilih penonton fanpage dengan memilih lokasi negara Malaysia jika produk untuk

negara Malaysia dan sebagainya, umur, jantina minat yang berkaitan dengan produk

perniagaan dan klik ‘save’ atau ‘simpan’.

PANDUAN PILIH PENONTON FANPAGE PERNIAGAAN : Pilih negara atau negeri

untuk mempromosikan produk perniagaan dengan minat yang berkaitan

perniagaan.

7) Tambah muka depan halaman facebook

Masukkan gambar cover atau muka depan fanpage untuk menunjukkan produk atau

penjenamaan perniagaan.

TIPS GAMBAR MUKA DEPAN : Cover page terbaik adalah bersaiz 851 x 315 pixels.

Tulis maklumat penting berkenaan perniagaan anda pada cover page fanpage untuk

kemudahan pelanggan membuat tempahan atau menghubungi.

8) Tambah butang pada halaman fanpage

Tambah butang pada halaman fanpage agar mudah pelanggan menghubungi

perniagaan dengan pelbagai cara seperti emel, telefon atau website.

9) Siap membina fanpage facebook untuk promosikan perniagaan online.

Tips sebelum posting fanpage : Lengkapkan dahulu semua maklumat berkenaan

perniagaan di fanpage sebelum membuat posting di fanpage.

10) Lengkapkan maklumat halaman Facebook page

Akhir sekali sebelum membuat posting halaman fanpage pagebook lengapkan

Facebook Page dibahagian “ABOUT” fanpage dengan meletakkan maklumat penting

seperti cara order, nota, alamat atau cara pelanggan hubungi, maklumat akaun bank

di bahagian description, gambar-gambar produk perniagaan dan sebagainya.

Fanpage facebook lengkap saya EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD seperti di

atas kini baru mempunyai 1,093 ‘likers’. Sila klik rajah facebook fanpage saya dan

tekan ‘LIKE’ untuk mendapat maklumat dan berita terkini mengenai pelaburan

jongkong emas untuk pelaburan Public Gold. Selepas itu jemput atau invite kawan-

kawan untuk LIKE fanpage dan seterusnya boleh mula post di facebook page.

TIPS POSTING DI FANPAGE : Sentiasa membuat posting dengan maklumat atau

berita dengan post bergambar seperti testimonial, gambar aktiviti dan sebagainya.

Galakkan fans supaya like, share atau komen untuk meningkatkan fans serta

menyebarkan posting.

Setelah membuat posting di halaman fanpage, akan keluar icon boost post. Boost

post atau galakkan post adalah iklan facebook ads yang boleh dilakukan di halaman

facebook atau di facebook profile. Cara membuat facebook ads atau boost post akan

di ceritakan pada artikel seterusnya. Untuk mendapat berita atau artikel terbaru, sila

klik LIKE pada halaman fanpage facebook saya iaitu klik EMAS DAN PERAK

PUBLIC GOLD.

Perniagaan terbaik tanpa di telan zaman atau ekonomi, iaitu perniagaan untuk

sepanjang hidup adalah perniagaan emas. Public Gold adalah syarikat pelaburan

emas fizikal terbesar Malaysia memberi peluang berniaga emas iaitu dengan menjadi

dealer atau agen public gold untuk menjana pendapatan aktif dan pasif untuk

sepanjang hayat. Perniagaan emas fizikal bersama Public Gold amat mudah tanpa

membuka kedai emas dan hanya memerlukan modal yang rendah. Maklumat untuk

berniaga emas public gold dengan menjadi dealer public gold, sila whatsapp 019-

9185593 (Mohd zaidi Junus) Master Dealer Public Gold semenjak tahun 2010

untuk panduan, tawaran atau promosi terbaik atau klik CARA MENJADI

DEALER PUBLIC GOLD.

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/membina-website-sendiri-

permulaan/

https://www.facebook.com/pelaburanemaspublicgoldmalaysiadotcom/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/jadi-dealer-pg/

Cara, bina, fanpage, cara bina fanpage, fan pages, facebook, fanpage facebook, cara

buat fanpage, cara bina fans page, bagaimana buat fanpage, tutorial bina fanpage,

teknik bina fanpage berkesan, fanpage perniagaan, promosikan perniagaan,

perniagaan online, kelebihan fanpage, tips bina fans page, tutorial membuat fanpage,

cara buat halaman facebook, promosi perniagaan online