canang 1 pemahaman sjk 2010

19
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 021/031 Mei 50 minit Lima puluh minit CANANG 1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. _________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak.

Upload: albertlambak

Post on 16-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 021/031 Mei 50 minit Lima puluh minit

CANANG 1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. _________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak.

Page 2: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

2

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1

Nenek Aminah begitu tekun ____________________ sarung bantal dengan kekabu.

A menghulurkan

B menekankan

C mengisikan

D menusukkan

2 Ibu memasak kari ayam di dapur ____________________ kakak sibuk membaca

buku.

A selagi

B tetapi

C sambil

D manakala

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 3: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

3

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

3 Kertas pembalut hadiah itu ____________________ dan mudah koyak.

A nipis

B tebal

C kurus

D baharu

4 Latiff Mohidin seorang pelukis tersohor negara. Lukisan yang

____________________ hasilkan itu sungguh menarik.

A beliau

B kamu

C saya

D kami

Page 4: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

4

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Sepasukan polis sedang mengadakan ____________________kawad sempena

sambutan Hari Polis.

A larian

B latihan

C kawalan

D senaman

6 Burung-burung ____________________ pulang ke sarang pada waktu senja.

A beterbangan

B berterbangan

C diterbangkan

D menerbangkan

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 5: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

5

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

7 Adik Winnie asyik memerhatikan seekor ____________________ yang hinggap

pada sekuntum bunga.

A tetupai

B rerama

C jejentik

D kekuda

8 ____________________ Sultan Ismail Shah yang gering sejak sekian lama telah

beransur sembuh setelah menjalani rawatan di luar negeri.

A Patik

B Baginda

C Hamba

D Mereka

9 Encik Leong mengirim wang pos ____________________ anak dan isterinya di

kampung.

A kepada

B akan

C pada

D bagi

Page 6: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

6

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

10 Pada musim kemarau yang lalu, keadaan sawah di Kuala Kedah

____________________.

A sunyi-sepi

B riuh-rendah

C kelam-kabut

D kering-kontang

11 Hanis meminta Zeti ____________________ dulang minuman itu dengan

berhati-hati.

A menatang

B menggalas

C mengandar

D menjinjing

Page 7: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

7

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Pak Malim memotong se ____________________ tebu dengan menggunakan

se ____________________ parang.

A ikat ... bentuk

B ruas ... batang

C rumpun ... bilah

D batang ... pucuk

13 Para penyelam ____________________ akan keindahan dasar laut Pulau Kapas di

Terengganu.

A ditarik

B tarikan

C tertarik

D menarik

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 8: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

8

14 “Sebelum pulang, simpan ____________________ ini di dalam almari,” kata Cikgu

Hafsham kepada ketua darjah.

A orang-orang

B kerusi-kerusi

C meja-meja

D buku-buku

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Puan Kemala ____________________ pasu tembaga itu sehingga berkilat.

A mengelap

B menggilap

C mengesat

D memberus

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 9: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

9

16 “Tutuplah tin itu rapat-rapat agar biskut di dalamnya tidak ____________________,”

pesan ibu kepada adik.

A empuk

B lemau

C lembik

D lembut

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17 Ai Kim membuka ____________________ apabila dikejar anjing yang garang itu.

A langkah kanan

B langkah seribu

C silap langkah

D mati langkah

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 10: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

10

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

18 ____________________peralatan dapur rumahnya dibeli secara ansuran.

A Para

B Semua

C Kedua

D Segelintir

19 Rosli menerima ____________________ poskad daripada sahabat penanya.

A senaskhah

B sekeping

C sepucuk

D sehelai

20

Pemuda yang tinggi lampai itu begitu tangkas bermain pedang.

Perkataan seerti bagi tangkas ialah

A bijak

B cekap

C teliti

D hebat

Page 11: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

11

21 Adik menarik daun tingkap itu kerana hujan lebat.

Perkataan berlawan bagi menarik ialah

A melonggar

B mendesak

C menolak

D meragut

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22

A Bilakah kita hendak balik ke kampung, ibu ?

B Adakah kita hendak balik ke kampung ?

C Ibu balik ke kampung dengan siapa ?

D Jadikah kita balik ke kampung ?

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya di bawah.

23

Bagaimanakah cara membuat jemput-jemput pisang ?

A Mudah saja, sediakan bahan dan masak.

B Jemput-jemput pisang mudah untuk dimasak.

C Saya memang pandai membuat jemput-jemput pisang itu.

D Campurkan pisang dengan tepung dan air, kemudian digoreng.

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Page 12: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

12

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Soalan 24 hingga Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24 Encik Lingam memberitahu isterinya, bahawa dia akan pulang lewat kerana ada

mesyuarat.

A “Encik Lingam, saya pulang agak lewat kerana ada mesyuarat,” kata isterinya

B “Tolong beritahu isterinya bahawa saya pulang lewat,” kata Encik Lingam.

C “ Abang akan pulang lewat kerana ada mesyuarat,” kata Encik Lingam

kepada isterinya.

D “Beritahu Encik Lingam bahawa abang akan pulang lewat kerana ada

mesyuarat.”

25 Kami membawa kanak-kanak yang cedera digigit anjing itu ke klinik yang

berhampiran.

A Kanak-kanak yang cedera digigit anjing itu kami bawa ke klinik yang

berhampiran

B Kanak-kanak itu membawa anjingnya yang tercedera kerana digigit ke klinik

yang berhampiran.

C Anjing itu menggigit kanak-kanak hingga cedera berhampiran dengan klinik

kami.

D Kami membawa kanak-kanak dan anjing yang cedera digigit itu ke klinik

yang berhampiran.

Page 13: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

13

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Soalan 26 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Langsir rumahnya yang jarang itu, menyebabkan saya dapat melihat keadaan di

dalam rumahnya.

II Jarang antara sekolah dengan masjid hanya beberapa meter sahaja.

III Kami jarang berjumpa sejak kebelakangan ini.

IV Majlis perkahwinan abang jarang pada hari Ahad.

A I dan II

B II dan III

C I dan III

D III dan IV

27 I Kami asli membaca surat khabar ketika kemalangan itu berlaku.

II Seni kata lagu itu ialah hasil karyanya yang asli.

III Kasut itu dibuat daripada kulit asli.

IV Kaum asli di negara kita semakin maju.

A I, II dan III

B II , III dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

Page 14: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

14

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Sebahagian daripada perabotnya musnah dalam kebakaran itu.

II Setengah orang tidak suka akan bau durian.

III Semua murid-murid yang sesat itu telah dijumpai.

IV Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

29 I Pokok kelapa di belakang rumah Pak Abu terlalu tinggi untuk dipanjat.

II Pemandangan di tepi sawah itu indah sungguh.

III Kelakuan budak itu paling baik sekali.

IV Keputusan peperiksaan kali ini buruk betul.

A I, II dan III

B II, III dan IV

C I, II dan IV

D I, III dan IV

Page 15: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

15

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

30 I Emak memasukkan sedikit sos cili ke dalam masakannya.

II Kumaren mendapat sebuah basikal mini sempena hari lahirnya.

III Lembu kereta itu sarat dengan muatan kayu api.

IV Ikan bilis goreng sedap dimakan dengan nasi lemak.

A I dan II

B II dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 16: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

16

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut. Stacy tidak hadir ke sekolah selama empat hari berturut-turut. Apabila dia hadir ke sekolah, guru kelasnya, Cikgu Tam telah memanggilnya ke bilik guru untuk bertanyakan sebab dia tidak hadir ke sekolah.

Cikgu Tam : Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah pada empat hari yang lepas ?

Stacy : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya ... (tergagap-gagap semasa bercakap)

Cikgu Tam : Kamu sudah ketinggalan banyak pelajaran. Peperiksaan pula sudah hampir. Cikgu tidak mahu kamu gagal nanti. Kamu murid yang bijak dan rajin.

Stacy : Nenek saya sakit, cikgu. Cikgu Tam : Sakit ? Kamu tidak membawanya berjumpa doktor ? Stacy : Malam tadi, saya dan ibu sudah hantarnya ke klinik. Sebenarnya

saya bukan sengaja tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya, kami tidak berani untuk membawa nenek ke klinik kerana tiada wang. Datuk yang menyara hidup kami sekeluarga baru meninggal dunia pada dua minggu yang lepas. Jadi, saya pun membantu ibu saya membuat dan menjual kuih-muih untuk menampung perbelanjaan rawatan nenek.

Cikgu Tam : Oh, begitu ! Bagaimanakah keadaan nenek kamu sekarang ? Stacy : Dia masih tidak berubah, cikgu. Sebenarnya saya risau akan

kesihatannya. Ibu saya menjaganya di rumah sekarang. Cikgu Tam : Beginilah. Lepas sekolah nanti, cikgu ikut kamu pulang ke rumah

dan cikgu akan membawa nenek kamu pergi ke hospital. Nanti, cikgu akan memaklumkan perkara ini kepada Guru Besar.

Stacy : Terima kasih, Cikgu Tam. Cikgu Tam : Sama-sama.

Selepas itu, Stacy berlalu pergi meninggalkan Cikgu Tam dengan wajah yang ceria.

31 Di manakah perbualan tersebut berlangsung ?

A kelas

B bilik guru

C hospital

D rumah Stacy

Page 17: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

17

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

32 Mengapakah Stacy tidak hadir ke sekolah ?

A Dia membawa neneknya ke klinik.

B Dia mahu menjaga ibunya yang sakit tenat.

C Dia membantu ibunya membuat dan menjual kuih-muih.

D Dia tidak mahu mengulang kaji pelajarannya di sekolah.

33 Siapakah yang bertanggunjawab mencari sumber pendapatan keluarga Stacy

sekarang?

A Ibu Stacy

B Nenek Stacy

C Datuk Stacy

D Stacy

34 Frasa Dia masih tidak berubah bermaksud

A Nenek Stacy sudah pulih.

B Nenek Stacy sudah berubah wajah.

C Nenek Stacy belum pulih daripada sakit.

D Nenek Stacy sudah meninggal dunia.

35 Mengapakah wajah Stacy ceria semula ?

A Kerana neneknya sudah pulih.

B Kerana Cikgu Tam akan membawanya pulang ke rumah.

C Kerana Cikgu Tam akan datang melawat keluarganya.

D Kerana Cikgu Tam akan membawa neneknya ke hospital.

Page 18: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

18

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut. Senyuman yang manis akan memikat sesiapa sahaja yang memandangnya. Apabila kita

tersenyum, kita akan memperlihat gigi kita kepada orang. Gigi yang putih, bersih serta cantik

sahaja akan menghasilkan senyuman yang menarik.

Kita mestilah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sebaik-baiknya kita

menggosok gigi atau berkumur setiap kali selepas makan atau mengambil makanan manis.

Apabila gigi kita bersih, gigi tidak akan mudah rosak. Menjaga kebersihan gigi akan

membantu kita untuk menjadikan gigi kita yang sihat dan cantik.

Selain itu, pemakanan yang sihat juga penting. Kita hendaklah mengambil makanan yang

seimbang. Elakkan daripada makan makanan yang manis-manis dan makanan yang terlalu

panas. Berjumpa dengan doktor gigi merupakan salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan

gigi. Kita hendaklah berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Apabila kita berjumpa dengan doktor, kita dapat mengenal pasti keadaan gigi kita. Jika ada

masalah pada gigi, sama ada rosak atau berlubang, doktor gigi akan membantu kita.

Jangan sesekali berkongsi berus gigi dengan orang lain kerana kita tidak mengetahui

akan tahap kebersihan gigi orang lain. Sentiasa letakkan berus gigi di tempat yang bersih. Kita

hendaklah menggantikan berus gigi dengan yang baru, setiap tiga bulan untuk memastikan

berus yang kita gunakan bersih dan selamat.

Jika ingin memiliki senyuman yang manis, kita mestilah menjaga kecantikan gigi kita.

Kita akan menjadi lebih yakin jika gigi kita sihat dan bersih.

36 Berapa kerapkah kita perlu berjumpa dengan doktor gigi ?

A Setiap hari

B Sekali setahun

C Dua kali setahun

D Tiga kali setahun

Page 19: Canang 1 Pemahaman Sjk 2010

SULIT 021/031

19

021/031 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan [Lihat sebelah SULIT

37 Mengapakah gigi sungguh penting kepada kita ?

A Menampilkan senyuman yang menawan.

B Mencantikkan wajah.

C Mengelakkan sakit gigi.

D Supaya nampak muda.

38 Mengapakah kita digalakkan berjumpa dengan doktor gigi ?

A Untuk memastikan keadaan gigi.

B Untuk menjaga kesihatan gigi.

C Untuk mencabut gigi yang rosak.

D Untuk mempamerkan gigi yang cantik.

39 Bagaimanakah kita dapat menjaga kesihatan gigi ?

A Makan makanan yang sedap.

B Makan makanan yang berkhasiat dan manis.

C Selalu menukar berus gigi.

D Berjumpa dengan doktor gigi dua kali setahun.

40 Kenyataan-kenyataan di bawah benar kecuali

A Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan gigi.

B Gigi yang sihat akan mempamerkan senyuman yang menawan.

C Kita hendaklah selalu makan makanan yang manis.

D Selalu berjumpa dengan doktor gigi untuk memastikan kesihatan gigi.