cadangan penambahbaikan

3
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehannya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari, Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.

Upload: ayang-ina

Post on 10-Feb-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan

masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehannya. Sebagai seorang guru,

guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat

sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran

dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan

kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep

pelajaran yang dipelajari,

Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan

bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan

pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai

contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat

penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep

sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi

agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan

suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif

merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-

murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan.

Dengan itu, murid-murid yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana

mereka dapat belajar dengan baik

Page 2: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang

serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan

peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui

aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi.

Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen

dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan

komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru

perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat

bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft. Apabila menggunakan

elektronik, guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat

perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat

merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana

teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan

kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru

juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif di mana

terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos

yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria

dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru

terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka

Page 3: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat

yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu

melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran

berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak

iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu,

penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta

kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan

mempunyai  kebaikan dan kelebihan tersendiri.