cadangan mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah
TRANSCRIPT
Cadangan mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah
rendah.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
setiap murid. Melalui penguasaan kemahiran menulis, murid dapat menguasai
kemahiran lain secara tidak langsung. Justeru, guru harus mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi meningkatkan penguasaaan murid dalam kemahiran menulis.
Cadangan yang pertama ialah mempraktikkan percakapan seharian dalam
bahasa arab. Dengan menggunakan bahasa Arab dalam percakapan seharian, murid
dapat menambahkan kosa kata dan dapat melatih murid untuk menulis perkataan-
perkataan yang baru.
Guru juga seharusnya menyediakan bacaan yang sesuai kepada murid daripada
pelbagai sumber.oleh itu, murid akan memperoleh perkataan-perkataan baru dan dapat
menulis perkataan-perkataan tersebut. Disamping itu, guru juga boleh menayangkan
cerita animasi bagi memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada murid.
guru boleh mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian
murid berkenaan dalam kemahiran menulis. bagi murid yang terlalu lemah, guru boleh
memperkenalkan huruf hijaiyah . kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata
hingga seterusnya murid boleh menulis kalimah mudah dan kalimah melebihi dari dua
sukukata.
Kaedah yang seterusnya ialah guru menggunakan kaedah tunjuk cara. Kaedah
ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan pelajar
dalam penulisan. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan mengajar pelajar
menulis jhuruf-huruf di udara. Guru akan menunjukan cara menulis dengan cara yang
betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar mengangkat tangan
sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf itu di udara. Di
samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas secara bergilir-gilir.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mempamerkan kata-kata hikmat di papan
tanda sekolah. Oleh itu, murid dapat membaca dan secara tidak langsung dapat
memahami perkataan. Melalui cara ini juga murid dapat meningkatkan kemahiran
menulis mereka.