cadangan kertas kerja kem motivasi dan jatidiri ppkks 2009

Upload: sayyed-nawaz

Post on 13-Jul-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Cadangan Kertas Kerja Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009CADANGAN KERTAS KERJA KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI PPKKS 2009 TARIKH : 3 5 JULAI 2009 TEMPAT : Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor. ANJURAN: Unit Kaunseling & Psikologi, PPKKS PENGENALAN Program Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009 dianjurkan bertujuan meningkatkan semangat dan jatidiri pelatih PPKKS yang terdiri daripada kanak-kanak : 1) Teraniaya 2) Terbiar 3) Mengemis 4) Tiada tempat tinggal yang tetap 5) Terbuang 6) Terdampar 7) Mangsa perbalahan keluarga 8) Yatim piatu Kumpulan sasar ini didapati mempunyai trauma tersendiri kesan daripada pengalaman masing-masing. Oleh yang demikian program terapi dan pemulihan yang bersesuaian perlu dijalankan bagi memulihkan semangat dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri dan persekitaran. Aktiviti selama tiga hari dua malam ini menggabungkan tiga elemae yang membentuk sikap seseorang individu iaitu : 1) Pemikiran 2) Perasaan 3) Tingkah laku Pembentukan sikap pelatih sangat penting untuk mereka selepas keluar dari PPKKS dan masuk ke dalam masyarakat. Diharapkan para pelatih setelah tamat latihan di PPKKS dapat menyumbang ke arah pembangunan negara hasil didikan semasa di sini. TUJUAN DAN MATLAMAT Para peserta dapat membentuk kembali sikap mereka agar lebih berdisplin, berani, berdikari, berkerjasama, hormat menghormati dan percaya kepada persekitaran selain dapat

menanamkan rasa kesedaran diri dalam memahami matlamat hidup serta menyedari tanggungjawab diri. OBJEKTIF Memberi pengalaman baru kepada pelatih. Meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui aktiviti fizikal. Merangsang pemikiran dan tingkahlaku pelatih ke arah aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara sesama pelatih dan kakitangan. KAEDAH Pendekatan aktiviti fizikal yang lasak secara berkumpulan dan penyampaian mesej atau rasional program secara rumusan. PELAKSANAAN PROGRAM Akan dilaksanakan pada 3 5 Julai 2009 melibatkan peserta dari PPKKS sahaja. KUMPULAN SASARAN Terdiri daripada 70 orang peserta akan dipilih menyertai program ini meliputi semua pelatih PPKKS PENGGERAK KERJA Keseluruhan aktiviti fizikal akan dikendalikan oleh Komandan Kem Perah dengan dibantu oleh fasilitator kem, Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi JKMN Selangor. Penolong Pegawai Psikologi PPKKS bertindak sebagai penyelaras program ini. ATURCARA Seperti di lampiran 1 PERANCANGAN KEWANGAN Seperti di lampiran 2 PENILAIAN PROGRAM Program ini akan dinilai daripada maklum balas tiga pihak iaitu pihak Kem Perah selaku Komandan dan fasilitator, pegawai dan penolong pegawai psikologi selaku fasilitator dan peserta kem ini melalui maklum balas bertulis dan lisan. PENUTUP Program Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009 merupakan acara tahunan yang dianjurkan saban tahun di PPKKS. Melalui program ini pelatih dapat melepaskan tenaga remaja mereka dengan cara yang positif. Kebiasaannya tingkah laku pelatih akan berubah secara umum

daripada sukar kepada mudah menurut peraturan dalam institusi. Melalui hubungan dengan fasilitator semasa dalam kem pelatih dapat memantapkan kaedah mereka berkomunikasi sesama rakan dan dengan pegawai. LAMPIRAN 1 ATURCARA PROGRAM KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI PPKKS 2009 Jumaat 3 Julai 2009 3.00 pm Bertolak dari PPKKS ke Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 4.00 pm Peserta lapor diri di tapak kem, taklimat, lantikan penghulu, penolong penghulu, Imam dan Bilal, mendirikan khemah, Solat Asar. 6.30 pm Makan malam 7.30 pm Solat Maghrib dan Solat Isyak 9.30 pm Aktiviti Night Walk 11.00 pm Rasional aktiviti dan minum malam 12.00 pm Tidur Sabtu 4 Julai 2009 5.30 am Bangun tidur, Solat Subuh dan riadhah 7.00 am Sarapan pagi 7.30 am Junggle trackking 10.00 am Minum pagi (dalam hutan) 1.00 pm Tiba di kem, makan tengah hari dan Solat Zohor 2.00 pm Amazing Race 5.00 pm Solat Asar 7.00 pm Makan malam, Solat Maghrib dan Isyak 9.00 pm Aktiviti malam kebudayaan dan BBQ 11.00 pm Minum malam 11.30 pm Tidur Ahad 5 Julai 2009 5.30 am Bangun tidur, Solat Subuh dan riadhah 7.00 am Sarapan pagi 7.30 am Treasure Hunt (ulangkaji) 10.00 am Minum pagi 10.30 am Acara penutup 1.00 pm Makan tengah hari dan Solat Zohor 2.00 pm Bersurai LAMPIRAN 2

BAJET KEWANGAN PERALATAN KOS (RM) Sewa kawasan 600.00 Aktiviti (Night Walk, Junggle Tracking, Amazing Race, Malam Kebudayaan dan Treasure Hunt) 4300.00 Makanan 3800.00 Bayaran jurulatih 300.00 Kontijensi 200.00 JUMLAH 9200.00 Disediakan oleh : ( RAMLAN BIN RAMLI ) Penolong Pegawai Psikologi Penyelaras Program Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil.1/2009 Disahkan oleh : ( ZAMRI BIN MOHAMAD ) Pengetua Pusar Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah