jatidiri kepimpinan pendidikan

29
JATI DIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN ABDULLAH BIN YUSOF PEGAWAI KAUNSELING ( Kaunselor PPD) PEJABAT PELAJARAN JOHOR BAHRU

Upload: faimiemohd

Post on 25-Jan-2016

270 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JATI DIRI

TRANSCRIPT

Page 1: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

JATI DIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

JATI DIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

ABDULLAH BIN YUSOFPEGAWAI KAUNSELING ( Kaunselor PPD)

PEJABAT PELAJARAN JOHOR BAHRU

Page 2: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Pengenalan JATI DIRI Pengenalan JATI DIRI

Sesuatu yang tulen,dan asli atau fitrah dalam kehidupan manusia

Kajian-kajian menunjukkan bahawa JATI DIRI mempunyai hubungan yang signifikan dengan : empati, motivasi kendiri, kebolehan membina hubungan dan pendedahan kendiri, komunikasi, konsep kendiri, kepuasan kerja dan kebolehan memimpin dan dipimpin

Kebolehan-kebolehan tersebut adalah penting bagi membantu seseorang berfungsi dengan berkesan dalam era dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran khususnya dalam aspek pendidikan

Page 3: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Pemimpin pendidikan yang prihatin dengan keperluan orang di bawahnya sedar bahawa cabaran yang dihadapi oleh mereka telah berubah/lebih mencabar.

Situasi persekitaran semakin kompleks, masyarakat yang mula berpecah serta sistem kekeluargaan yang longgar memberi tamparan yang hebat kepada guru dalam proses membantu rakan yang lain /pelajar

Guru kini perlukan pelbagai kaedah yang sesuai dengan persekitaran semasa untuk menangani masalah yang mereka dihadapi.

Keperluan staf/guru untuk bekerja dengan seorang pentadbir yang kompetent dan boleh dijadikan role model yang baik juga menjadi semakin mendesak

Page 4: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Untuk membantu staf lain dengan berkesan, pentadbir bukan sahaja harus mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang pendidikan yang mantap TETAPI

Mempamerkan ciri-ciri yakin diri yang tinggi, niat yang baik, kawalan kendiri yang kukuh, motivasi yang tinggi, inovatif, komited, optimistik dan pelbagai ciri lain yang dapat meningkatkan efikasi kendiri pemimpin di sekolah.

Kekurangan atau ketiadaan ciri-ciri tersebut boleh membawa kepada stres dan burnout di kalangan guru/staf dan pemimpin sekolah, terutama apabila berhadapan dengan masalah staf yang kompleks dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikannya

Page 5: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

<*> TIDAK TEKUN DAN BERSEDIA

<*> TIDAK TAHU guna ILMU P&P

<*> TIDAK MAHU AMBIL TAHU.

<*> TAK FAHAM MATLAMAT KERJA

<*> TIADA USAHA BERSUNGGUH.

<*> ADA SIFAT MEMBENCI / phD

<*> TIADA PROGRAM BERSEPADU

<*> Konflik/Perhubungan Warga Sek.

Page 6: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Senario SemasaPerkhidmatan Pelajaran

Negeri Johor

Senario SemasaPerkhidmatan Pelajaran

Negeri Johor

Pemimpin sekolah mempunyai latihan dalam bidang perguruan dan pengurusan yang hampir sama (iaitu di peringkat diploma, sarjanamuda atau sarjana).

Kedengaran rungutan dan aduan daripada luar spt ibu bapa,kesatuan-kesatuan, guru-guru atau pelajar sendiri yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan pengajaran dan pengurusan pendidikan di sekolah yang dijalankan (Muzawati, 2004; Nik Aziz, 2004; Azaman Najar, 2004; Adila, 2004).

Page 7: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

sambungansambungan

Pemimpin sekolah dikatakan kurang menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan klien, serta kurang berkebolehan dalam mengendalikan sesuatu kes.

Ini menjadikan perkhidmatan pendidikan di sekolah menjadi kurang berkesan.

Page 8: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

•MASALAH ANTI ILMU / MAKLUMAT BARU

•MASALAH PERSEKITARAN

•PENGARUH RAKAN SEKERJA

•KOMUNIKASI TIDAK BERKESAN

•HILANGNYA TUMPUAN MATLAMAT KERJA

•TINGGI NILAI MATERIALISTIK /INDIVIDUALISTIK

•HILANGNYA RASA SYUKUR

Page 9: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

sambungansambungan Kajian-kajian tentang perkhidmatan pendidkan di

sekolah-sekolah di Malaysia juga menunjukkan bahawa pelajar dan ibu bapa lebih selesa berjumpa dengan kaunselor atau guru-guru atau pegawai atasan yang menunjukkan ciri-ciri boleh dipercayai, menunjukkan minat yang mendalam untuk membantu, penyayang, serta sedia membantu pada bila-bila masa.

Ciri-ciri yang disebutkan merupakan faktor-faktor yang terdapat dalam kecerdasan emosi dan jati diri seseorang guru

Page 10: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kecerdasan Emosi Kecerdasan Emosi

Goleman (1999) - kebolehan seseorang guru menyedari, mengenalpasti dan mengurus emosinya sendiri serta menjalin hubungan yang mesra di samping memiliki motivasi kendiri yang tinggi.

Mayer et al. (1999) - kecerdasan emosi menggambarkan keupayaan seseorang guru untuk mengenalpasti emosi serta menggunakan emosi tersebut untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Page 11: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

MASALAH PELAJAR SEMASA MALAS TIDAK BERSUNGGUH CARI JALAN MUDAH MAIN-MAIN SUKA REHAT-REHAT KACAU KAWAN MUDAH TERIKUT LAWAN GURU MARAH BILA DITEGUR

Page 12: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

KE MANAKAH KESUDAHANNYA ?

Di mana jati diri mereka?

KESAN PONTENG…..

Page 13: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

JATI DIRI SEORANG PENDIDIK

YANG CEMERLANG

JATI DIRI SEORANG PENDIDIK

YANG CEMERLANG Fikir yang baik-baik Niat yang betul Aturkan strategi pendidikan Refleksi kendiri/muhasabah diri

Al Imam Syafie

Page 14: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kompetensi PeribadiKompetensi Peribadi

Menentukan bagaimana seorang pemimpin/guru menguruskan diri sendiri.

Lebih berbentuk intrapersonal dan dapat membantu seorang guru melakukan muasabah diri dengan melihat ke dalam diri mereka.

Ia mempunyai tiga domain iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri

Page 15: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kesedaran KendiriKesedaran Kendiri

Kebolehan mengetahui keadaan dalaman, pemilihan yang ingin dilakukan, sumber-sumber dan intuisi yang terdapat dalam diri

Guru yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi akan berupaya mengenal pasti emosi yang wujud dalam diri mereka dan kesan emosi mereka terhadap prestasi diri – kesedaran emosi, – penilaian kendiri yang tepat, – keyakinan diri – niat yang baik

Page 16: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Regulasi KendiriRegulasi Kendiri

Kemampuan guru menilai keadaan dalaman, naluri dan sumber-sumber yang wujud dalam dirinya

Guru yang mempunyai regulasi kendiri yang tinggi berupaya mengawal naluri dan emosi-emosi yang destruktif apabila berinteraksi dengan klien atau rakan seprofesion – kawalan diri– Kebolehpercayaan– Bertanggungjawab– Kebolehsuaian– inovatif

Page 17: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Motivasi Kendiri Motivasi Kendiri Kecenderungan emosi untuk membimbing atau

memudahkan kita mencapai sesuatu matlamat Pemimpin dan guru yang bermotivasi tinggi sentiasa

mengambil inisiatif, mempamerkan sikap proaktif dan sentiasa bersedia merebut peluang

Ia digambarkan oleh kebolehan mereka membina:– dorongan pencapaian yang tinggi, – komitmen terhadap tugas, – berinisiatif, – optimistik – berminat terhadap apa yang dilakukan

Page 18: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kompetensi SosialKompetensi Sosial

Kebolehan kita dalam membina hubungan dengan klien. Ini adalah salah satu syarat yang boleh menentukan kejayaan proses membantu

Hubungan yang teraputik boleh dijelmakan melalui tingkahlaku pentadbir dan guru yang memahami klien, jujur, menerima klien seadanya dan menunjukkan tingkahlaku yang kongruen dalam setiap perjunpaan.

Membina sifat berempati dan menggunakan kemahiran bersosial dalam interaksi bersama klien kita

Page 19: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Empati Empati

Gilliland (1984) empati bermaksud “knowing the other person not only at the cognitive level, but more importantly at the affective level, how it feels to be another person while at the same time retaining one’s autonomy”

Kebolehan seseorang pendidik merasakan (kesusahan, kegembiraan, kegusaran dan sebagainya) apa yang kliennya rasakan atau alami.

Page 20: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Empati Empati

Memahami Orang Lain Membantu mendidik Membina potensi orang lain/pelajar Berorientasikan perkhidmatan Mencungkil kepelbagaian Kesedaran politik Penyayang

Page 21: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kemahiran Sosial Kemahiran Sosial

Kemahiran mencetuskan respon yang sesuai daripada klien kita

Berkebolehan untuk: – mempengaruhi orang lain – berkomunikasi (lisan dan bukan lisan)– mengurus konflik– Kepemimpinan– pemangkin perubahan– membina hubungan, – Berkolaborasi– bekerja sebagai satu pasukan

Nada suara

Page 22: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

RUNTUHKAH JATI DIRI MEREKA? SIAPAKAH YG HARUS DIPERSALAHKAN?

Page 23: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kesedaran Kerohanian Kesedaran Kerohanian

Menggambarkan aspek keredhaan, rasa tanggungjawab kepada pencipta serta kebolehan menghayati nilai-nilai agama dalam meghadapi masalah kehidupan seharian.

Keredhaan didefinisikan - kebolehan guru menerima dengan rela hati peraturan-peraturan tertentu yang digariskan oleh agama masing-masing.

Peraturan tersebut dijadikan garispanduan yang harus diterima dalam menjalani kehidupan. Kesedaran tentang tanggungjawab terhadap penciptanya membantu KITA/PELAJAR untuk melaksanakan tugas tanpa rasa jemu seterusnya boleh memberi semangat untuk terus bekerja

Page 24: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Kematangan Kematangan

Menggunakan pengalaman hidup sebagai panduan kepada penyelesaian masalah yang sedang mereka tangani. Aspek kematangan iaitu: sudut usia, pengalaman dan pengetahuan seseorang guru

Kajian - GURU yang mempunyai pengalaman yang positif tentang dunia pekerjaannya, dapat mengawal emosi dengan baik di tempat kerja berbanding dengan seorang GURU yang masih kurang berpengalaman di dunia pekerjaan

Page 25: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Bagaimana pendidik boleh meningkatkan kepintaran emosi?

Bagaimana pendidik boleh meningkatkan kepintaran emosi?

Amalkan kecerdasan emosi dalam setiap interaksinya dengan klien, rakan setugas atau sesiapa yang berinteraksi dengannya.

Menilai diri dengan jujur, membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

Membuat refleksi tentang falsafah, kepercayaan, serta tingkah lakuknya yang dirasakan memberikan kesan terhadap dirinya dan orang lain

Page 26: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Guru harus mendedahkan dirinya kepada pelbagai cara berfikir melalui pembacaan, perbincangan, seminar atau bengkel.

““Keindahan yang kelihatan pada Keindahan yang kelihatan pada seseorang itu bukanlah kerana seseorang itu bukanlah kerana

pakaian yang menghiasinya tetapi pakaian yang menghiasinya tetapi keindahan yang sebenarnya adalah keindahan yang sebenarnya adalah

ilmu dan adab budi yang ilmu dan adab budi yang dipraktikkannya”dipraktikkannya”

Page 27: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Menunjukkan bahawa system kepercayaannya boleh ditukarkan kepada satu tingkahlaku yang produktif.

BerI ganjaran dalam bentuk “positive reinforcement” kepada dirinya jika boleh melakukan sebarang perubahan. Boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap perubahan dengan BERI pujian kepada orang lain yang melakukan perubahan.

Page 28: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Bina kehidupan yang berteraskan nilai agama yang baik dan

Berani melakukan pendedahan kendiri serta berkongsi pengalaman dengan klien

Page 29: JATIDIRI KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Daun Mengkudu Daun Selasih

Sekian Dahulu Terima Kasih

Daun Mengkudu Daun Selasih

Sekian Dahulu Terima Kasih