cadangan hubungan etnik

8
CADANGAN Rajah 5.1: Cadangan ke arah memupuk perpaduan etnik di Malaysia Apabila kita menyingkap kembali sejarah tentang pembinaan perpaduan di Negara Malaysia, ianya bermula selepas peristiwa tragis yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Menyedari akan kepentingan perpaduan antara rakyat Malaysia, para pemimpin dari dahulu sehinggalah yang ada pada hari ini amat menekankan perpaduan dalam pemerintahan mereka. Buktinya dapat dilihat melalui usaha-usaha yang dilaksanakan ke arah memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Antara usaha yang dilaksanakan Cadangan ke arah memupuk perpaduan etnik di Malaysia Pendidikan sivik dan kew arganegaraan sebagai satu subjek w ajib M em perbanyakk an program penghayatan R ukun N egara Penyedian kawasan/tem pat khas M em perluaskan perlaksanaan D asar K ebudayaan K ebangsaan Peranan m asyarakat

Upload: rozana-raspin

Post on 14-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN hubungan etnik

CADANGAN

Rajah 5.1: Cadangan ke arah memupuk perpaduan etnik di Malaysia

Apabila kita menyingkap kembali sejarah tentang pembinaan perpaduan di

Negara Malaysia, ianya bermula selepas peristiwa tragis yang dikenali sebagai

Peristiwa 13 Mei. Menyedari akan kepentingan perpaduan antara rakyat Malaysia, para

pemimpin dari dahulu sehinggalah yang ada pada hari ini amat menekankan perpaduan

dalam pemerintahan mereka. Buktinya dapat dilihat melalui usaha-usaha yang

dilaksanakan ke arah memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Antara usaha yang

dilaksanakan ialah penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali sebagai

Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), pengenalan kepada idelogi

Cadangan ke arah memupuk

perpaduan etnik di Malaysia

Pendidikan sivik dan kewarganegaraan sebagai

satu subjek wajib

Memperbanyakkan program

penghayatan Rukun Negara

Penyedian kawasan/tempat

khas

Memperluaskan perlaksanaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Peranan masyarakat

Page 2: CADANGAN hubungan etnik

kebangsaan; Rukun Negara, perlaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru,

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggabungan

parti-parti politik seperti Barisan Nasional (BN) dan usaha yang terbaru ialah Gagasan 1

Malaysia. Namun, begitu, sejak akhir-akhir ini perpaduan antara rakyat Malaysia

semakin pudar dari hari ke hari. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa

cadangan penambabaikan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan diamalkan oleh

masyarakat untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

Antaranya ialah menambah baik dasar pendidikan kebangsaan iaitu kurikulum

sekolah dengan menjadikan mata pelajaran Pendidikan sivik dan kewarganegaraan

sebagai satu subjek wajib dan semua murid bermula dari Tahun 1 sekolah rendah

hinggalah ke institusi-insitusi tinggi wajib menduduki peperiksaan. Dengan kata lain,

menjadikan Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan sebagai mata pelajaran teras

dalam peperiksaan seperti UPSR bagi sekolah rendah, PMR, SPM bagi sekolah

menengah dan peperiksaan akhir sem bagi institusi tinggi. Hal ini kerana, dengan

penekanan ini setiap daripada rakyat Malaysia akan belajar bersungguh-sungguh

tentang mata pelajaran ini. Tambahan pula, dalam mata pelajaran ini terkandung empat

prinsip pendidikan yang penting iaitu prinsip pertama belajar untuk mengetahui

(learning to know), prinsip kedua ialah belajar untuk bertindak (learning to do), prinsip

ketiga pula ialah belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan prinsip

terakhir ialah belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Tidak dapat dinafikan

bahawa pendidikan ini amat penting dalam membina masyarakat yang cintakan tanah

airnya, mengamalkan nilai-nilai murni, bersatu-padu, bertanggungjawab dan mampu

memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan bangsa selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika diteliti makna Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan lebih mendalam, nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah

satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara

simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain

agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Tegasnya, apabila penekanan diberikan

kepada mata pelajaran ini, setiap rakyat Malaysia akan mempelajari serba sedikit

tentang sivik ataupun sosialisasi politik dari kecil hinggalah mereka dewasa. Pendidikan

sivik dan Kewarganegaraan ini juga adalah berasaskan kepada Rukun Negara.

Page 3: CADANGAN hubungan etnik

Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia akan membesar dengan mempelajari

Rukun Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara akan menjadi panduan dan pegangan

hidup mereka yang akan membimbing mereka ke arah kesejahteraan.

Cadangan seterusnya ialah kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan, NGO

mengadakan lebih banyak pendedahan mengenai Rukun Negara terutama mengenai

kontrak sosial dan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Negara

kepada masyarakat melalui program-program penghayatan Rukun Negara. Program-

program sebegini selalunya dilaksanakan di sekolah-sekolah sahaja dan jarang

diadakan untuk masyarakat. Oleh itu, perbanyakan program penghayatan Rukun

Negara untuk masyarakat agar setiap masyarakat Malaysia bukan sahaja mengetahui

lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara tetapi juga mengetahui makna

tersurat dan tersirat disebalik prinsip-prinsip berkenaan dan cara-cara

mengaplikasikannya dalam kehidupan. Seperti teguhnya sebuah rumah kerana tiang

yang kukuh, begitulah pentingnya pengetahuan dan penghayatan mengenai lima

prinsip Rukun Negara dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Hal ini kerana, jika

setiap rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang utuh tentang prinsip Rukun

Negara maka tidak akan timbul masalah tidak puas hati terhadap kaum lain terutama

mengenai hak kesamarataan antara kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

dengan kaum-kaum lain. Perkara-perkara sensitif seperti ini tidak akan dipertikaikan

sekiranya rakyat Malaysia mengetahui dengan lebih teliti mengenai perkara tersebut.

Cadangan ketiga ialah menekankan kepada setiap kaum untuk mempromosikan

kaum mereka dengan menyediakan satu kawasan ataupun tempat seperti taman tema

yang mengandungi informasi-informasi berkenaan setiap kaum di Malaysia terutama

kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Bak kata pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak

cinta’. Oleh itu, dengan wujudnya taman-taman seperti ini terutama di Semenanjung

Malaysia, maka rakyat yang tinggal di Semenanjung Malaysia akan mengetahui tentang

kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dan begitulah sebaliknya. Hal ini bukan sahaja

memberi informasi kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, tetapi juga dapat

saling memberi kefahaman tentang  budaya masing-masing sekali gus boleh meghapus

rasa ketidakpercayaan dan prasangka serta rasa pandang rendah terhadap kaum lain

Page 4: CADANGAN hubungan etnik

secara perlahan-lahan selaras dengan prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu

Kesopanan dan Kesusilaan yang merangkumi tentang nilai-nilai yang diwarisi oleh

sesuatu kaum itu juga, dapat ditunjukkan serta ianya juga bertepatan dengan Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Hasilnya, masyarakat bukan sahaja dapat beriadah, tetapi

juga membina pengetahuan mengenai kaum-kaum lain disamping memupuk nilai-nilai

murni seperti hormat-meghormati, bertimbang rasa, saling memahami, kesopanan,

ramah mesra, toleransi dan sebagainya kepada kaum-kaum lain. Dengan timbulnya

nilai-nilai murni seperti ini maka akan berputiklah bunga-bunga perpaduan yang

berpokokkan kepercayaan.

Cadangan keempat dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah

memperluaskan lagi perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha-

usaha seperti memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di

peringkat daerah, negeri dan nasional, memberi latihan dan menyokong pergerakan-

pergerakan kebudayaan, meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di

negara kita bagi memupuk kesedaran kebangsaan. Hal ini kerana dalam membentuk

apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan kerana jika ia hanya

sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada

gunanya ia dibentuk. Begitulah juga dengan Dasar Kebudayaan kebangsaan. Dewasa

kini, ramai rakyat Malaysia yang kurang berpengetahuan tentang program-program

kebudayaan yang dilaksanakan terutama pementasan teater yang menceritakan

semula sejarah-sejarah lampau negara. Oleh itu, pengenalan program-program seperti

ini memerlukan penglibatan artis-artis terkemuka negara agar ianya mendapat

perhatian masyarakat. Dengan penglibatan artis-artis terkemuka negara maka rakyat

akan lebih nampak usaha yang dilaksanakan dan seterusnya menyokong usaha

tersebut.

Cadangan terakhir ialah peranan masyarakat. Untuk mengelakkan semangat

perpaduan daripada terkubur begitu sahaja, institusi masyarakat memainkan peranan

yang amat penting untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari

generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air. Tambahan pula,

semangat perpaduan memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan

Page 5: CADANGAN hubungan etnik

masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam

kalangan rakyat yang berbilang kaum, oleh itu semangat ini perlulah disemai dalam diri

semua lapisan masyarakat. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi,

teladan daripada masyarakat merupakan wadah yang efektif dan sesuai sekali

digunakan untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak muda.

Dalam konteks ini, masyarakat wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan

menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga.

Sempena sambutan perayaan, masyarakat haruslah saling menziarahi antara satu

sama lain. Secara tidak langsung, amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan

memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru,

perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Bak kata pepatah Melayu, "bulat air kerana

pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Selain itu juga, pemilihan ketua dalam

setiap komuniti kecil masyarakat perlu diambil perhatian. Hal ini kerana, ketua yang

mempunyai pelajaran dan berpengetahuan akan memimpin anak-anak buahnya ke

arah kebaikan. Contohnya, persahabatan antara kampung boleh dilaksanakan melalui

program-program seperti pertandingan kampung tercantik antara kampung,

pertandingan sukan dan sebagainya. Melalui program-program seperti inilah yang akan

memupuk kerjasama dan perpaduan antara ahli-ahli masyarakat yang tinggal dalam

kampung berkenaan dan seterusnya mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat

di dalam dan di luar komuniti tersebut. Hal ini seterusnya akan membentuk

warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu

keperibadian Malaysia. sebagai intihanya, iltizam dan komitmen masyarakat amatlah

vital dan memaikan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang dilaksanakan

oleh kerajaan ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu padu dalam semua

aspek.

Page 6: CADANGAN hubungan etnik

KESIMPULAN

Perpaduan, perpaduan, perpaduan. Inilah yang menjadikan sesebuah negara itu

membangun atau mundur, berjaya atau musnah. Inilah juga yang menjadi jantung

kepada sesebuah pemerintahan. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses

menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dalam sesebuah negara agar dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta rakyatnya mempunyai perasaan cinta

dan banggakan tanah air. Oleh itu, perpaduan amatlah penting dalam sesebuah negara

terutama di Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian kaumnya.

Setelah diteliti, telah banyak usaha yang dilakukan dan dilaksanakan oleh

kerajaan dalam membentuk dan mengukuhkan perpaduan di Malaysia dan

keberkesanan usaha tersebut banyak bergantung pada sokongan rakyat. Antara usaha

tesebut ialah pengenalan kepada Rukun Negara. Dapat disimpulkan bahawa, 5 prinsip

yang terdapat dalam Rukun Negara meupakan tonggak utama dalam menjayakan

perpaduan etnik di Malaysia. Hal ini kerana, jika rakyat Malaysia betul-betul

mengamalkan 5 prinsip ini dalam kehidupan harian mereka, nescaya perkara-perkara

negatif seperti membatuapikan rakyat tidak akan terjadi kerana perasaan cinta akan

tanah air yang mendalam akan membantutkan hasrat berkenaan.

Pepatah Melayu ada menyatakan "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh",

Rukun Negara yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan intipati kepada

pembentukan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang serta harmoni. Untuk

merealisasikan matlamat ini, iaitu membentuk masyarakat yang unggul daripada

pelbagai aspek, segenap lapisan masyarakat haruslah bekerjasama bagai aur dengan

tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan

pucuk masing-masing.

Tuntasnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan

memupuk perpaduan antara etnik di Malaysia agar perpaduan yang dibina tidak

hancurkan oleh tsunami yang melanda dan peristiwa berdarah 13 Mei dapat dielakkan

daripada erlaku semula.

Page 7: CADANGAN hubungan etnik

RUJUKAN

Chin Yee Mun. (2010). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd

Jabatan Penerangan Malaysia, (2008). 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian

diutamakan. Drujuk pada 11 Mac 2013 dilaman sesawang:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/474-apa-itu-

1malaysia/7084-1malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-diutamakan.html.

Jabatan Penerangan Malaysia, (2008). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Drujuk pada 11

Mac 2013 dilaman sesawang: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-

kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html.

Jabatan Perdana Menteri, (2010). 1 Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian

diutamakan. Drujuk pada 11 Mac 2013 dilaman sesawang:

http://www.1malaysia.com.my.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selangor:

Giga Wise Network sdn. Bhd.

Lee Lam Thye. ( 2010 ). Gagasan 1 Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara

Portal Pendidikan Utusan, (2002). Dasar dalam negara: Dasar kebudayaan

kebangsaan. Drujuk pada 11 Mac 2013 dilaman sesawang:

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?

e=STPM&s=PAM&b=MAC&m=1&r=m&i=NOTA.

Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Budaya. (2009). Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Drujuk pada 12 Mac 2013 dilaman sesawang:

http://www.kpkk.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=538&Itemid=161&lang=bm.

Ramlah bt.Adam. ( 2003 ). Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Page 8: CADANGAN hubungan etnik

Ruslan Zainuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Maskha

Sdn.Bhd.

Wong Khek Sang. ( 2006). Pengajian Am STPM. Selangor:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. ( ). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Drujuk pada 02 Mac 2013 dilaman

sesawang: http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/psk/sp_psk_kbsr.pdf