cadangan etnik

9
CADANGAN–CADANGAN BAHARU DALAM MENGERATKAN PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA Dalam mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia kerajaan telah banyak melaksanakan pelbagai dasar dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Cadangan pertama yang mungkin dapat mengeratkan perpaduan hubungan etnik di kalangan rakyat Malaysia iaitu perkahwinan campur. Perkahwinan campur adalah perkahwinan diantara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa, agama atau kewarganegeraan. perkahwinan diantara kaum dapat mengukuhkan pertalian dan mengeratkan lagi semangat perpaduan. Kerajaan mungkin dapat memberi galakkan terhadap masyarakat dalam mengamalkan perkahwinan campur melalui bidang pendidikan. Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan perkahwinan campur dengan memberikan potongn cukai pendapatan sebanyak 1% kepada mereka yang mengamalkan kahwin campur. Apa yang dapat kita perhatikan dengan wujudnya perkahwinan campur ini dapat melahirkan suasana persaudaraan yang ampuh lagi kukuh. Secara tidak langsung hubungan sesama kaum akan terjalin erat kerana pertalian sudah dijalinkan dengan ikatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, sifat perkauman yang tertanam di dalam diri dapat dileraikan melalui perkahwinan campur. Kita akan lebih memahami dan menyelami mengenai segala kehidupan masing-masing dan memahami perasaan di antara kita, berkongsi budaya yang berbeza, cara percakapan yang berlainan, saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu seperti berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Melalui perkahwinan sifat perkaumanan yang hanya membina hubungan antara mereka tidak lagi bersifat perkauman dan dapat membina pehubungan etnik. Dengan itu tidak akan lagi wujud syak wasangka dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini akan mewujudkan suasana yg sangat harmoni. Perkara ini juga memperlihatkan kepada kita bahawa dengan berlakunya perkahwinan campur ianya merupakan pintu gerbang pengukuhan kaum dan persefahaman sesama kita.

Upload: andy-hadzran

Post on 29-Jun-2015

5.755 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan etnik

CADANGAN–CADANGAN BAHARU DALAM MENGERATKAN PERPADUAN

ETNIK DI MALAYSIA

Dalam mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia kerajaan telah banyak

melaksanakan pelbagai dasar dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

Cadangan pertama yang mungkin dapat mengeratkan perpaduan hubungan etnik di

kalangan rakyat Malaysia iaitu perkahwinan campur. Perkahwinan campur adalah

perkahwinan diantara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa, agama atau

kewarganegeraan. perkahwinan diantara kaum dapat mengukuhkan pertalian dan

mengeratkan lagi semangat perpaduan. Kerajaan mungkin dapat memberi galakkan

terhadap masyarakat dalam mengamalkan perkahwinan campur melalui bidang

pendidikan. Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan perkahwinan campur

dengan memberikan potongn cukai pendapatan sebanyak 1% kepada mereka yang

mengamalkan kahwin campur. Apa yang dapat kita perhatikan dengan wujudnya

perkahwinan campur ini dapat melahirkan suasana persaudaraan yang ampuh lagi

kukuh. Secara tidak langsung hubungan sesama kaum akan terjalin erat kerana

pertalian sudah dijalinkan dengan ikatan perkahwinan.

Bukan itu sahaja, sifat perkauman yang tertanam di dalam diri dapat dileraikan

melalui perkahwinan campur. Kita akan lebih memahami dan menyelami mengenai

segala kehidupan masing-masing dan memahami perasaan di antara kita, berkongsi

budaya yang berbeza, cara percakapan yang berlainan, saling bekerjasama dalam

melakukan sesuatu seperti berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Melalui

perkahwinan sifat perkaumanan yang hanya membina hubungan antara mereka

tidak lagi bersifat perkauman dan dapat membina pehubungan etnik. Dengan itu

tidak akan lagi wujud syak wasangka dalam masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum. Hal ini akan mewujudkan suasana yg sangat harmoni. Perkara ini juga

memperlihatkan kepada kita bahawa dengan berlakunya perkahwinan campur ianya

merupakan pintu gerbang pengukuhan kaum dan persefahaman sesama kita.

Page 2: Cadangan etnik

Kedua, kerajaan juga boleh menambahbaikkan kempen yang sedia ada

supaya seiring dengan arus globalisasi yang semakin maju iaitu kempen budi

bahasa. Kerajaan mewujudkan kempen ini seperti yang termaktub dalam rukun

negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Melalui kempen ini kerajaan dapat

membentuk semula jati diri rakyat malaysia yang terkenal sifat sopan santun dan

berbudi bahasa. Penambahbaikkan perlu kerana sekarang kita dapat lihat

keruntuhan nilai murni dalam kalangan remaja yang merupakan peneraju negara

pada masa hadapan. Contohnya, kerajaan mengadakan kempen sehari berbudi

bahasa bersama masyarakat dan dapat diterapkan di dalam sekolah, institusi dan

tempat kerja. Melalui cadangan ini mungkin dapat mengeratkan serta mengukuhkan

hubungan etnik di malaysia. Kita tidah mahu peristiwa berdarah yang melanda

negara sewaktu dahulu iaitu peristiwa 13 mei 1969 yang melibatkan tiga kaum utama

kembali berulang lagi. Melalui kempen ini, hubungan etnik di Malaysia dapat dibina

dan dieratkan di kalangan masyarakat Malaysia.

Seterusnya cadangan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam

membentuk hubungan etnik yang utuh iaitu matapelajaran sejarah yang

diperkenalkan di sekolah rendah perlu disemak semula. Penyemakkan yang dibuat

berdasarkan rukun negara yangHal ini beerti dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran sejarah, penekanan seharusnya diberikan kepada soal

perhubungan kaum lebih dari semata-mata memberikan maklumat sejarah kepada

para pelajar. Tidak ada gunanya ilmu sejarah bertimbun timbun dihafal tetapi para

pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menganalisis maklumat serta mendapat

kesedaran berkaitan budaya dan sejarah kumpulan etnik lain. Matapelajaran sejarah

diwajibkan lulus untuk semua pelajar agar kesemua pelajar tidak mengambil mudah

terhadap subjek ini. Dengan ini, pelajar dapat mendalami dan memahami Sejarah

Negara. Melalui penerapan ini, perhubungan etnik dapat dieratkan kerana masa

depan terletak pada generasi anak-anak sekarang dalam menentukan masa depan

negara.

Page 3: Cadangan etnik

Di peringkat Universiti jua patut diterapkan matapelajaran sejarah supaya

mahasiswa dan mahasisiwi lebih bersikap bertanggungjawab dalam apa jua tindakan

dan sebarang kegiatan harian untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di

Negara kita Malaysia. Ini akan membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih

bersikap prihatan dan mendalami dan mengambil ikhtibar ke atas kejayaan para

pejuang kita yang terdahulu yang berjuang demi negara kita sehingga kita dapat

berdiri maju sehingga sekarang tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak asing

dan bebas dalam menganuti pelbagai agama dan budaya masing-masing tanpa ada

sebarabg halangan. Pada peringkat ini, mereka perlu memahami setiap Rukun

Negara untuk memahami apa yang dimaksudkan dan perlu di jadikan sebagai sub-

subjek dalam matapelajaran sivik kenegaraan. Semangat patriotisme perlu

diterapkan dan dijalankan dalam kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah lagi.

Melalui cadangan tersebut kerajaan akan dapat mengeratkan dan mengukuhkan

hubungan etnik di Malaysia.

Kerajaan perlu memperbanyakkan iklan-iklan yang berkaitan kebudayaan

dalam menerapkan budaya etnik dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui iklan yang

dibuat, masyarakat dalam memahami dengan lebih jelas mengenai unsur-unsur yang

terkandung dalam kebudayaan sesuatu kaum. Kerajaan meneliti dalam menyiarkan

sebarang iklan apabila melibatkan isu perkauman yang sangat sensitif. Ini kerana

pada masa kini media massa merupakan satu tempat yang dikatakan sebagai satu

sumber yang benar dan betul. Sekarang kita dapat lihat banyak iklan yang

diterapkan nilai-nilai kebudayaan telah dilakukan oleh kerajaan. Namun usaha yang

dilakukan mesti diteruskan dan menambahnaik mengikut peredaran zaman yang

semakin maju ke hadapan. Seperti filem atau drama yang berunsurkan perkauman

perlu diperbanyak dalam siaran televisyen kerana melalui filem atau drama yang

disiarkan dapat memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dalam mengeratkan

hubungan etnik dikalangan rakyat negara Malaysia.

Page 4: Cadangan etnik

Selain itu, antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah

terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling

kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama.

Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan

kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun

Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan

memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam

menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat

daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas

memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan

menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas

menunjukkan tentang integrasi sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama

dan bangsa.

Selain itu kerajaan juga boleh mewujudkan satu program dikenali sebagai

“sukan satu rakyat” dimana melibatkan masyarakat di sesuatu tempat. Kerajaan

perlu bergiat akti dalam menjalankan program ini supaya berterusan dalam

mengeratkan hubungan etnik kerana melalui program seperti ini rakyat dapat

berkomunikasi sesama mereka. Pelbagai jenis permainan rakyat mengikut kaum

boleh dimainkan keran negara yang kita diami ini terdapat pelbagai jenis kaum

disamping menghidupkan semula permainan tradisional. Bagi kaum Melayu

permainan yang sering dimainkan seperti sepak raga, batu seremban. Bagi kaum

Cina pula, permainan mahjong, Go, dan lain lagi berbeza kaum India chaturanga,

kabadi dan pelbagai lagi jenis permainan yang terdapat di Malaysia mengikut kaum.

Program ini dapat mengeratkan lagi perpaduan etnik dengan penglibatan kerajaan

dalam menjayakan program ini. Jadi rakyat akan turut menyokong setiap

perlaksanaan program yang diwujudkan dalam mengeratkan hubungan etnik.

Page 5: Cadangan etnik

Selain itu, subjek Hubungan Etnik wajib ditambah dalam kurikulum pelajaran

sejak sekolah rendah. Subjek ini perlu dijadikan sebagai subjek teras terhadap murid

sekolah rendah mahupun menengah sebagai satu motivasi dalam mengeratkan

perpaduan antara kaum. Hal ini kerana melalui penambahan kurikulum subjek ini

akan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dengan adanya subjek ini

pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biar dari rebung’.

Ini bertepatan dengan penyerapan sejak kecil kepada murid-murid lebih berkesan

berbanding kepada orang dewasa kerana mereka mudah dibentuk dan mengikut

nilai-nilai apa yang ditunjukkan. Nilai-nilai yang diterapkan dalam diri murid dapat

dijadikan satu penunjuk arah dalam bergaul dengan bangsa lain dalam mengeratkan

hubungan antara kaum yang berbagai-bagai bangsa etnik. Subjek ini amat penting

kerana dapat memberikan erti sebenar tentang kepentingan dalam membina

hubungan antara berbilang kaum. Penerapan yang dilakukan akan mewujudkan

masyarakat di mana proses menguatkan tali perpaduan etnik yang terdapat di

Malaysia.

Seterusnya, kerajaan perlu mewujudkan satu Ko-kurikulum iaitu Sukan Untuk

Semua Kaum. Dalam ko-kurikulum ini satu aktiviti sukan yang perlu melibatkan

semua kaum seperti SUKMA perlu dipraktikkan di semua sekolah di seluruh

Malaysia. Di peringkat sekolah, dominasi sesuatu bidang sukan oleh satu kaum perlu

dibendung seperti sukan badminton didominasi oleh kaum Cina dan sukan sepak

takraw didominasi oleh kaum Melayu. Sukan-sukan tersebut perlu melibatkan

kesemua kaum untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan mewujudkan sifat

satu bangsa Malaysia. Ini dapat memupuk mereka untuk mempelajari, memahami

dan dapat mengeratkan hubungan etnik antara kaum kerana mereka dapat bermain

dengan kaum lain yang mendominasikan permainan tersebut. Ini memudahkan

mereka dalam mewujudkan sesuatu suasana yang selesa kerana apabila bermain

wujud satu perasaan seronok dan komunikasi dua hala berjaya antara pelbagai

kaum.

Page 6: Cadangan etnik

Seterusnya Kerajaan perlu mewajibkan semua pelajar dari peringkat rendah

sehingga ke peringkat universiti, menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

penggantar dan bahasa pembelajaran bagi membolehkaan mereka memahami

bahasa itu sendiri dalam mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Selain itu, semua

sekolah kebangsaan perlu diwajibkan kepada pelajar untuk mempelajari bahasa cina

dan Tamil, bagi membolehkan kita lebih memahami kaum itu dan meningkatkan lagi

tahap komunikasi kaum diantara Negara kita. Cadangan kerajaan dalam meletakkan

garis panduan untuk mewajibkan sebagai bahasa Melayu adalah bahasa yang wajib

lulus bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan. Melalui perlaksanaan

dasar ini, hubungan antara pelbagai kaum dapat diserapkan kerana dengan

mempelajari setiap bahasa antara kaum memudahkan setiap komunikasi antara

kaum dapat mengeratkan dan mengutuhkan talian hubungan etnik di Malaysia.

Menjadi satu kerugian terhadap kita kerana menduduki negara yang berbilang

kaum namun kita tidak mengambil dan merebut peluang dalam mempelajari bahasa

kaum-kaum yang lain. Pengenalan kelas bahasa cina, tamil kepada semua pelajar

bagi mewujudkan kesamarataan untuk setiap pelajar kerana murid di sekolah

kebangsaan hanya tahu berbahasa kebangsaan kerana tidak di dedahkan dan diajar

bahasa tersebut di sekolah kebangsaan. Bahasa tersebut hanya dapat dipelajari

sekiranya anak-anak dihantar di sekolah jenis kebangsaan. Kerajaan perlu

mengambil berat kerana melalui pengenalan subjek bahasa ini di sekolah

kebangsaan dapat menarik perhatian ibu bapa berbilang kaum dalam menghantar

anak-anak mereka untuk belajar di sekolah kebangsaan. Hasrat negara untuk

mengeratkan perpaduan tercapai dengan percampuran kaum di setiap sekolah yang

dapat dipupuk semangat bekerjasama tidak kira jenis kaum. Ini memudahkan kita

dalam mengeratkan perhubungan antara etnik di peringkat sekolah kerana pada

peringkat ini mereka akan membina dalam diri tentang kepentingan dan kesedaran

dalam mengeratkan hubungan perkauman.

Page 7: Cadangan etnik

Seterusnya mewajibkan semua ibubapa menghantar anak-anak mereka ke

sekolah wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menyatu

padukan ketiga-tiga kaum utama di bawah satu sistem pendidikan berteraskan

Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Dengan wujudnya bahasa utama, ia dapat

mencapai Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah Negara berbilang kaum

yang harmoni tanpa syak wasangka antara kaum. KPM perlu menaik taraf silibus

pembelajaran di sekolah wawasan bagi meningkatan lagi pemahaman dan

perpaduan kaum di Negara kita. Semua aktiviti yang dijalankan di sekolah wawasan

dan juga di peringkat pentadbiran perlu melibatkan semua kaum kerana melalui

penglibatan semua menyatupadukan hubungan etnik akan lebih berkesan. Selain itu,

mewujudkan satu kumpulan yang akan memantau bagi memastikan setiap

pengajaran dan pembelajaran perlu ada piawaian bagi memastikan silibus

pembelajaran tidak bersikap berat sebelah. Yuran persekolahan perlu dikurangkan

bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

Melalui penghantaran anak-anak kesekolah wawasan, sifat anti perkauman dapat

dikurangkan jesteru dapat mengelakkan perpecahan perpaduan bangsa Malaysia

yang selama ini terpelihara.

Seterusnya, cadangan yang mungkin dapat mengeratkan perpaduan etnik di

Malaysia ialah mewujudkan satu matapelajaran berasaskan ‘MALAYANIZATION’

yang menekankan perpaduan antara kaum bagi merealisasikan satu bangsa iaitu

bangsa Malaysia. Melalui kewujudan matapelajaran ini dapat memberikan satu

kesan yang mendalam dalam terus menerus meningkatkan perhubungan antara

kaum yang berseiringan dengan zaman kemodenisasi pada masa sekarang. Melalui

memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dari sekolah rendah hingga ke

peringkat tertinggi dalam masa yang sama memperkasakan pengguna Bahasa

Inggeris dapat memberikan kesan dalam mengeratkan semangat perpaduan dalam

hubungan etnik. Matapelajaran yang diwujudkan mestilah mengandungi rukun-rukun

negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara,

keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan dan

kesusilaan. Melalui pengenalan ini dapat menerap nilai-nilai perpaduan antara kaum

diperingkat rendah lagi.

Page 8: Cadangan etnik

Seterusnya, Mewujudkan satu modul pelajaran untuk memahami budaya dan

adat setiap kaum di Malaysia supaya wujud rasa hormat menghormati antara kaum.

Melalui pengenalan ini dapat dijadikan sebagai satu alat dalam mengeratkan

perpaduan etnik di Malaysia. Dengan itu, ia dapat menyeragamkan imej pelajar-

pelajar tanpa mengira kaum. Jadi isu perkauman tidak dapat dicetuskan sekiranya

modul ini dilaksanakan kerana melalui pengenalan modul ini dapat memberikan

kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan dalam mengeratkan perpaduan di

antara pelbagai kaum yang menduduki negara Malaysia ini. Modul ini perlu

diwajibkan kepada pelajar kerana pelajar merupakan generasi yang akan memimpin

dan menerajui negara ini pada masa hadapan kelak. Jadi wajarlah sekiranya modul

ini diwajibkan di semua sekolah rendah mahupun sekolah menengah dan juga pada

peringkat universiti.

Page 9: Cadangan etnik

KESIMPULAN

Tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu

tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita

menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat

diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan

sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat bahawa

pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah negara

yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang

positif dan dinamikakan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan

bermaruah.

            Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang

kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam

semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri

sendiri dan negara. Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan

membina tamadun dan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang ditelan

zaman.

Perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu

keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk

menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah

dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. maka,

setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk

bangsa Malaysia. Melalui penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan

mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia.

            Dalam rancangan Malaysia yang terbaru banyak lagi program telah

direncamakan supaya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikukuhkan

lagi. Perancangan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia dalam rancangan

Malaysia yang kedua telah dibawa semula dalam Rancangan Malaysia kesepuluh

sekarang iaitu di dalam program SATU MALAYSIA yang bertujuan untuk

mewujudkan satu sahaja bangsa Malaysia. Walau bagaimanapun ia terpulang

dengan rakyat Malaysia sendiri sama ada untuk menyahut seruan Perdana Menteri

kita ataupun tidak. Hal ini kerana ia didorong oleh diri kita sendiri untuk terus

bergerak maju menuju ke tahun 2020.