cabaran yang dihadapi

3
CABARAN YANG DIHADAPI Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing- masing. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat. Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi. Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-

Upload: marinah-mahmud

Post on 03-May-2017

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Yang Dihadapi

CABARAN YANG DIHADAPI

            Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat  dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.

            Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.

Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi.

Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan datang.

Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.

Page 2: Cabaran Yang Dihadapi

8.0 Kesimpulan

            Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

            Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing.

            Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati.

CARA MENINGKATKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

a.      Pendidikan:      Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini.

b.      Media massa:      Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.

c.      Sukan:      Melalui  penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum. Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan