cabaran masa hadapan

10
1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN http://azman97.tripod.com/pbt.html 1/10 CABARAN MASA HADAPAN PEJABAT DAERAH/TANAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA PENDAHULUAN Sebagai sebuah negara yang bertunjangkan kepada konsep Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarch) serta teras federalisma (federal system) dalam sistem kerajaan, maka jentera pentadbiran kerajaan Malaysia terbahagi kepada tiga kelompok peringkat dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan bersandarkan kepada dasardasar kerajaan yang memerintah. Dalam konteks ini, Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) telah menggariskan dengan jelas 3 kelompok peringkat yang dimaksudkan iaitu jenterajentera kerajaan di peringkat: (a) Kerajaan Persekutuan; (b) Kerajaan Negeri; dan (c) Kerajaan Tempatan. Melalui struktur jenterajentera kerajaan tersebut maka wujudlah pengaruh ke atas ciriciri pentadbiran daerah dan pihak berkuasa tempatan yang akan menjadi fokus kepada artikel kali ini dalam melihat perkembangan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh kedua dua institusi tersebut. Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan penduduk Malaysia yang tidak bergitu arif tentang perbezaan di antara pengurusan di Pejabatpejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kekeliruan terhadap fungsi keduaduanya boleh menimbulkan implikasi yang berbagai terutamanya dari segi perkhidmatan yang perlu diperolehi oleh orang ramai. Malah adakalanya berlaku kesalahtafsiran orang ramai ke atas peranan yang sepatutnya dilaksanakan bagi sesuatu kawasan yang seolaholah bertindih diantara keduanya. Sehubungan itu, maka penjelasan yang lebih telus adalah perlu supaya objektif penubuhan keduadua entiti berkenaan dapat memenuhi hasrat sebenar kerajaan ke atas perkhidmatan yang patut diberikan kepada masyarakat setempat. Kertas ini akan memberi fokus khusus kepada elemenelemen penting berhubung PejabatPejabat Daerah dan PBT di Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, Pejabat Daerah merupakan jentera pentadbiran Kerajaan yang amat penting khususnya sebagai perantaraan untuk melaksanakan segala dasar dan programprogram Kerajaan di peringkat daerah. Ia juga merupakan nadi dan penghubung langsung antara Kerajaan dengan orang ramai terutamanya di peringkat akar umbi. Sementara itu, PBT di Semenanjung Malaysia pula adalah ditaklukkan pewujudannya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang antara lainnya mengawalselia aspek perkhidmatan perbandaran di peringkat PBT. PBT di Sabah dan Sarawak pula diwujud berdasarkan peruntukanperuntukan ordinan bagi negeri masingmasing. PERKEMBANGAN PEJABAT DAERAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN Sejak merdeka, peranan Pejabat Daerah telah melalui berbagai proses transformasi di dalam arus pembangunan negara yang pesat. Bermula sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan undangundang, menjaga ketenteraman awam serta sebagai pemungut cukai utama Kerajaan, peranannya telah berkembang menjadi agensi penyelarasan pembangunan yang dinamik dan seterusnya bertindak sebagai penggerak, perancang utama serta pelaksana kemajuan ekonomi dan pembangunan di peringkat daerah. Era 90’an telah memperlihatkan negara ini beralih ke arah pembangunan perindustrian, teknologi tinggi dan perbandaran yang pesat. Ini mengakibatkan fungsi dan peranan Pejabat Daerah juga telah berubah dan bertambah dari semasa ke semasa. Kepesatan pembangunan melalui proses urbanisasi dan industrialisasi telah mewujudkan bandarbandar baru dan perubahan profail dan struktur bandar sedia ada yang memerlukan perubahan struktur pentadbiran PBT yang merancang dan mentadbir kawasankawasan tersebut. Pejabat Daerah dan PBT adalah dua agensi Kerajaan yang berlainan dari segi kewujudan dan perundangannya. Pejabat Daerah diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undangundang tubuh Kerajaan Negeri sebagai “decentralised units of administration” dan proses ini disebut sebagai “deconcentration”; manakala PBT (Semenanjung Malaysia) pula ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 (Akta 171) sebagai “devolved units of government” dan prosesnya dinyatakan sebagai Apple Apple iPhone 5 Battery Shop now RM 87.80 RayBan Rayban 4195 601S/9A Shop

Upload: abd-matiin-ong

Post on 26-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kerajaan tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 1/10

CABARAN MASA HADAPANPEJABAT DAERAH/TANAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

DI SEMENANJUNG MALAYSIA PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara yang bertunjangkan kepada konsep Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarch) serta teras

federalisma (federal system) dalam sistem kerajaan, maka jentera pentadbiran kerajaan Malaysia terbahagi kepada tiga kelompok

peringkat dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan bersandarkan kepada dasar­dasar kerajaan yang memerintah. Dalam konteks ini,

Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) telah menggariskan dengan jelas 3 kelompok peringkat yang dimaksudkan iaitu

jentera­jentera kerajaan di peringkat:

(a) Kerajaan Persekutuan;

(b) Kerajaan Negeri; dan

(c) Kerajaan Tempatan.

Melalui struktur jentera­jentera kerajaan tersebut maka wujudlah pengaruh ke atas ciri­ciri pentadbiran daerah dan pihak berkuasa

tempatan yang akan menjadi fokus kepada artikel kali ini dalam melihat perkembangan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh kedua­

dua institusi tersebut.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan penduduk Malaysia yang tidak bergitu arif tentang perbezaan di antara pengurusan diPejabat­pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kekeliruan terhadap fungsi kedua­duanya boleh menimbulkan implikasiyang berbagai terutamanya dari segi perkhidmatan yang perlu diperolehi oleh orang ramai. Malah adakalanya berlaku kesalahtafsiranorang ramai ke atas peranan yang sepatutnya dilaksanakan bagi sesuatu kawasan yang seolah­olah bertindih diantara keduanya. Sehubungan itu, maka penjelasan yang lebih telus adalah perlu supaya objektif penubuhan kedua­dua entiti berkenaan dapat memenuhihasrat sebenar kerajaan ke atas perkhidmatan yang patut diberikan kepada masyarakat setempat. Kertas ini akan memberi fokuskhusus kepada elemen­elemen penting berhubung Pejabat­Pejabat Daerah dan PBT di Semenanjung Malaysia.

Secara umumnya, Pejabat Daerah merupakan jentera pentadbiran Kerajaan yang amat penting khususnya sebagai perantaraanuntuk melaksanakan segala dasar dan program­program Kerajaan di peringkat daerah. Ia juga merupakan nadi dan penghubunglangsung antara Kerajaan dengan orang ramai terutamanya di peringkat akar umbi. Sementara itu, PBT di Semenanjung Malaysia pulaadalah ditaklukkan pewujudannya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang antara lainnya mengawalselia aspekperkhidmatan perbandaran di peringkat PBT. PBT di Sabah dan Sarawak pula diwujud berdasarkan peruntukan­peruntukan ordinanbagi negeri masing­masing. PERKEMBANGAN PEJABAT DAERAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Sejak merdeka, peranan Pejabat Daerah telah melalui berbagai proses transformasi di dalam arus pembangunan negara yang

pesat. Bermula sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan undang­undang, menjaga ketenteramanawam serta sebagai pemungut cukai utama Kerajaan, peranannya telah berkembang menjadi agensi penyelarasan pembangunan yangdinamik dan seterusnya bertindak sebagai penggerak, perancang utama serta pelaksana kemajuan ekonomi dan pembangunan diperingkat daerah.

Era 90’an telah memperlihatkan negara ini beralih ke arah pembangunan perindustrian, teknologi tinggi dan perbandaran yang

pesat. Ini mengakibatkan fungsi dan peranan Pejabat Daerah juga telah berubah dan bertambah dari semasa ke semasa. Kepesatanpembangunan melalui proses urbanisasi dan industrialisasi telah mewujudkan bandar­bandar baru dan perubahan profail dan strukturbandar sedia ada yang memerlukan perubahan struktur pentadbiran PBT yang merancang dan mentadbir kawasan­kawasan tersebut.

Pejabat Daerah dan PBT adalah dua agensi Kerajaan yang berlainan dari segi kewujudan dan perundangannya. Pejabat Daerahdiwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang­undang tubuh Kerajaan Negeri sebagai “decentralised units ofadministration” dan proses ini disebut sebagai “deconcentration”; manakala PBT (Semenanjung Malaysia) pula ditubuhkan di bawahAkta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 (Akta 171) sebagai “devolved units of government” dan prosesnya dinyatakan sebagai

AppleApple iPhone 5 BatteryShop nowRM 87.80 Ray­BanRayban 4195 601S/9AShop

Page 2: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 2/10

“devolution”. Fungsi yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan PBT pada umumnya adalah berlainan. Walau bagaimanapun, di dalambeberapa aspek pembangunan, kedua­dua institusi ini adalah merupakan nadi dan penghubung langsung antara Kerajaan denganorang ramai dan keberkesanan pentadbiran kedua­dua institusi ini melambangkan imej pentadbiran Kerajaan. STRUKTUR ORGANISASI DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH DAN PBT Pejabat Daerah

Pentadbiran daerah adalah di tahap ketiga dalam sistem pentadbiran negara dan PBT pula merupakan peringkat ketiga dalamsistem Kerajaan dan kedua­duanya terletak di peringkat tempatan/daerah. Pentadbiran PBT pada hakikatnya terletak di bawahkawasan pentadbiran daerah. Terdapat dua atau tiga PBT berada dalam sesuatu pentadbiran daerah. Bagi Majlis­Majlis Daerah yangkecil, Pegawai Daerah dilantik menjalankan tugas­tugas Yang DiPertua Majlis Daerah tersebut.

Struktur organisasi Pejabat Daerah pernah disusun semula pada tahun 1995, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Khas Bagi Mengkaji Jawatan­Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) pada 10 Jun 1994 yang telah bersetuju dengan kaedah penentuankategori sesebuah daerah secara objektif. Kaedah ini telah mengambil kira 9 faktor atau kriteria utama seperti berikut:

skop tanggungjawab Pegawai Daerah; pengurusan kakitangan; pengurusan kewangan dan hasil; saiz dan bilangan penduduk daerah; sosio politik; kedudukan sosio ekonomi; pertumbuhan ekonomi; beban tugas; dan peruntukan pembangunan serta potensi pembangunan daerah­daerah tersebut.

Selain daripada faktor­faktor tersebut di atas, satu lagi faktor dikenali sebagai faktor luaran (extraneous factor) digunakan bagi

memantapkan lagi sistem penilaian bagi menentukan kategori daerah dan seterusnya menentukan gred jawatan Pegawai Daerah. Berikutan dengan penentuan Pejabat Daerah yang dikategorikan kepada Pejabat Daerah Besar dan Pejabat Daerah Kecil,

struktur organisasi Pejabat Daerah yang secara prinsipnya disusun berasaskan kepada dua model iaitu:

MODEL 1 : PEJABAT DAERAH BESAR

MODEL 2 : PEJABAT DAERAH KECIL

PEGAWAI DAERAHGRED 1

PENTADBIRANMAJLIS DAERAH

PENTADBIRAN

TANAH

PENTADBIRAN

DAERAH/AM

PEMBANGUNAN

DAERAH

KECIL

KETUA PEN. PEG.DAERAH GRED 2

PEN. PEG.DAERAHGRED 3

PEN. PEG.DAERAHGRED 3

PEN. PEG.DAERAHGRED 3

PEN. PEG.DAERAHGRED 3

PEN. PEG.DAERAHGRED 3

KETUA PEN. PEG.DAERAH GRED 2

KETUA PEN.PEG.

DAERAHGRED 2

PEN. PEG.TADBIRGRED N5

Page 3: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 3/10

CARTA FUNGSI PEJABAT DAERAH

Berdasarkan model­model ini, Pejabat Daerah mempunyai 3 program utama iaitu:

(a) Pentadbiran Daerah/Am;

(b) Pentadbiran Tanah; dan

(c) Pembangunan.

Ianya diketuai oleh Pegawai Daerah Gred 1 atau Gred 2. Pegawai Daerah Gred 1 dibantu oleh dua Ketua Penolong Pegawai Daerah

(KPPD). Manakala KPPD pula dibantu oleh beberapa Penolong Pegawai Daerah (PPD) Gred 3 yang bilangannya bergantung kepada

beban tugas bagi sesuatu daerah. Selain daripada itu, terdapat juga keadaan di mana Pegawai Daerah hanya mengetuai Pejabat

Daerah dan Majlis Daerah, sementara Pentadbiran Tanah diasingkan. Keadaan sedemikian terdapat di semua Pentadbiran Daerah di

Johor dan beberapa daerah di Kedah.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Bagi pentadbiran di peringkat PBT pula, ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu Majlis/Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis

Daerah. Kriteria yang digunapakai bagi penentuan status PBT adalah seperti berikut:

Majlis/Dewan Bandaraya

(a) pusat pentadbiran sesebuah negeri; (b) penduduknya tidak kurang dari 300,000 orang; (c) berautonomi dari segi kewangan dengan hasil tahunannya tidak kurang dari RM 80 juta; (d) mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat; (e) pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh;

(f) merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab­maktab, universiti­universiti dan perpustakaan; dan

(g) mempunyai ciri­ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting.

Majlis Perbandaran (a) Bandar utama seperti pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah;

Page 4: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 4/10

(b) Penduduknya tidak kurang daripada 100,000 orang; (c) Jumlah hasil tahunannya mesti tidak kurang dari RM 10 juta; (d) Mempunyai pusat pentadbiran yang sedia ada; (e) Keperluan penduduknya lebih tertumpu kepada perkhidmatan perbandaran yang berkualiti berbanding dengan projek­

projek pembangunan prasarana; dan (f) Ciri­ciri lain yang dianggap perlu ada bagi sesebuah Majlis Perbandaran termasuk tahap kecekapan pengurusan yang

tinggi berasaskan perkara seperti pungutan cukai, penguatkuasaan dan pemberian perkhidmatan.

Majlis Daerah (a) Lain­lain kawasan selain bandar­bandar utama; (b) Penduduknya kurang 100,000 orang; (c) Jumlah hasil tahunannya kurang dari RM 10 juta; dan (d) Keperluan penduduk lebih kepada projek­projek pembangunan prasarana berbanding dengan perkhidmatan­perkhidmatan

perbandaran.

Berasaskan kepada status PBT tersebut, struktur organisasi bagi PBT di Semenanjung Malaysia telah dibahagikan kepada 4

model sepertimana yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 30 April 1997. Model­model tersebut adalah seperti berikut:

MODEL 1: MAJLIS BANDARAYA

Page 5: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 5/10

MODEL 2: MAJLIS PERBANDARAN

MODEL 3: MAJLIS­MAJLIS DAERAH (HASIL > RM 5 JUTA)

MODEL 4 : MAJLIS­MAJLIS DAERAH (HASIL < RM 5 JUTA)

Berdasarkan kepada model­model di atas, pada umumnya PBT mempunyai 6 program utama seperti yang ditunjukkan dalam

carta fungsi PBT iaitu:

Khidmat Pengurusan;

Page 6: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 6/10

Perbendaharaan;

Penilaian;

Perancangan Pembangunan dan Landskap;

Kawalan Bangunan; dan

Perkhidmatan Masyarakat dan Perbandaran.

Berdasarkan kepada fungsi­fungsi yang tersenarai bagi PBT yang berada di Semenanjung Malaysia, sememangnya terdapat

kuasa perundangan seragam yang secara langsung diperuntukkan bagi melaksanakan fungsi tersebut. Antara undang­undang yang

dikenalpasti ialah:

(a) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171);

(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172);

(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133);

(d) Undang­Undang Kecil Bangunan Seragam 1984; dan

(e) Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572).

Kesemua PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing­masing. Sungguhpun demikian Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras PBT­PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar

dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan

Persekutuan.

Dengan perubahan pembangunan yang pantas, perlu ditekankan di sini juga bahawa terdapat beberapa badan lain yang diberi

kuasa oleh Kerajaan Negeri masing­masing untuk melaksanakan fungsi­fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi­Tech, PBT Pasir Gudang,

Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Page 7: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 7/10

CABARAN PENTADBIRAN DAERAH DAN PBT

Melalui perkembangan politik, ekonomi dan sosial serantau serta global, maka wujud cabaran serta tuntutan untuk memenuhi

elemen­elemen baru dalam pengurusan pentadbiran daerah dan PBT. Antara cabaran yang dihadapi oleh institusi Pejabat Daerah/PBT

boleh dilihat dalam konteks rajah berikut:

Ekonomi­ Globalisasi­ Pertumbuhan ekonomi­ Pendapatan (khususnya jurang pendapatan

Bandar/luar bandar)­ Kadar perbandaran (rate of urbanisation)

Sosial & Budaya Politik & Administratif­ Tuntutan masyarakat ­ Tuntutan ahli­ahli setempat politik­ Masalah­masalah ­ Hakisan kuasa sosial (diambil alih oleh­ Pengaruh budaya ahli politik) luar bandar ­ Tekanan­tekanan (westernisation) politik­ Hakisan “indigenous ­ “Administrative

culture” Reform” (budaya kualiti, tuntutan pelanggan) Teknologi

­ Kesan ICT­ Automasi pejabat­ Kemajuan teknologi­teknologi baru­ Keperluan kepakaran & “learning curve”

Dengan adanya cabaran­cabaran tersebut, ini secara langsung memberi kesan terhadap sejauh manakah sesebuah PD/PBT itu

mampu menanganinya. Oleh yang demikian maka banyak persoalan yang perlu dilihat bagi memantapkan institusi­institusi berkenaan

dan ini sudah tentulah menyentuh tentang pembangunan organisasi berkenaan. Antara persoalan yang perlu diberi perhatian ialah:

“Adakah dari segi struktur organisasi dan fungsinya, ianya sudah mantap untuk memenuhi tuntutan­tuntutan masyarakat

setempat?“

“Adakah ciri­ciri dalaman organisasi PD/PBT itu sudah ‘lengkap’ dan boleh menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang

diamanahkan dengan efisyen dan berkesan?”

Pusingan Hidup Organisasi

Untuk menilai kedudukan sebuah organisasi itu sama ada ianya sudah mantap atau sebaliknya, kita boleh menggunakan kaedah

“organisational life­cycle” untuk menentukannya. Sila rujuk rajah berikut:

“Organisational Life­Cycle”

Level ofPerformance

Page 8: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 8/10

Growth Peak Plateau Decline(Stages of Development)

PD/PBT Isu Dan Masalah

Berikutan keadaan institusi Pejabat Daerah dan PBT yang tidak menentu itu telah timbul beberapa isu dan persoalan yang perludiberi perhatian kerana dikhuatiri ianya boleh menjejaskan kecekapan dan keberkesanan institusi­institusi tersebut sebagai “front­lineagencies” di peringat akar umbi. Di antara isu dan masalah yang perlu diberi perhatian dalam konteks kesinambungan peranan danfungsi Pejabat Daerah/PBT di masa hadapan antara lainnya ialah:

(a) Organisasi “Right­size”

Dengan adanya berbagai cabaran yang perlu ditangani oleh kedua­dua institusi Pejabat Daerah dan PBT, timbul persoalan samaada institusi Pejabat Daerah/PBT sudah berbentuk “the right­size” untuk menangani cabaran­cabaran yang dihadapi. Kemungkinanterdapat keperluan untuk mengemaskinikan struktur organiasi sedia ada supaya ianya berbentuk “the right­size”. Prinsip “right­size” initidak semestinya “down­size” ataupun sebaliknya “expanded size”. Fokusnya ialah ke arah menyusun semula struktur organisasinyasupaya sesuai dan mampu menangani cabaran­cabaran yang dihadapi. Dalam hal ini tidak timbul isu besar atau kecil, tetapi perlunyamewujudkan Pejabat Daerah dan PBT yang “the right­size” walaupun usaha ini kadangkala terlalu relatif. (b) “Flatter vs Hierarchical Organisation”

Pada umumnya pembentukan organisasi yang berbentuk mendatar (flatter) adalah digalakkan kerana ianya didapati lebih efisyen

khususnya sesuatu keputusan itu dapat dibuat tanpa perlu melalui hirarki birokrasi yang terlalu banyak dan kompleks. Persoalannyaapakah bentuk Pejabat Daerah/PBT sedia ada boleh dianggap sebagai “flat and lean” atau ianya berbentuk terlalu “hierarchical”.

(c) Pengurusan Sempadan Sempadan kawasan sesebuah PBT atau Pejabat Daerah itu juga mempengaruhi keberkesanan organisasinya. Daerah yang luas

kawasannya juga mungkin mempunyai penduduk yang ramai. Sedikit sebanyak keluasan kawasan ini juga boleh mempengaruhi proseskerja pentadbiran sesebuah daerah itu. Di sebaliknya Majlis Daerah pula mempunyai sempadan kawasan yang lebih kecil tetapi dengantahap kepadatan penduduk yang tinggi. Seringkali perbezaan hasil cara mentadbir di antara Pejabat Daerah/PBT juga menjadi isu diperingkat tempatan/daerah yang perlu ditangani.

Terdapat juga masalah kawasan­kawasan sempadan PBT/Pejabat Daerah yang tidak terurus dan terbiar kerana kurang dapat

dipastikan siapakah yang akan bertanggungjawab terhadapnya. Rakyat umumnya akan berasa kurang puas hati dengan keadaan iniyang kadangkala tidak dapat membezakan atau sengaja tidak mahu membezakan unit pentadbiran manakah yang patutbertanggungjawab terhadap urusan tersebut. Perkara ini bertambah rumit dengan wujudnya perbezaan yang ketara dalam perancangandan pembangunan di kawasan­kawasan sempadan PBT/Pejabat Daerah tersebut. (d) Status “Incongruence”

Terdapat pandangan bahawa gred jawatan bagi Pejabat Daerah/PBT perlu diseragamkan tanpa mengambil kira perbezaan

kriteria atau angkubah (variable) yang wujud. Ini adalah kerana kemungkinan boleh wujud status “incongruence” sekiranya gred jawatanPegawai Daerah/Yang DiPertua PBT lebih rendah dari gred ketua­ketua jabatan teknikal yang lain di sesebuah daerah/tempatan itu. Dikhuatiri kedudukan ini boleh menjejaskan kewibawaan seseorang Pegawai Daerah/YDP dalam kerja­kerja penyelarasan yangmelibatkan jabatan­jabatan teknikal yang lain.

(e) Kualiti Kepimpinan

Kualiti kepimpinan sangat penting untuk memastikan sesebuah PBT/Pejabat Daerah itu terurus dengan baik. Di samping itu,kualiti kepimpinan juga akan menyumbang ke arah merealisasikan visi dan misi sesebuah PBT/Pejabat Daerah itu. Tanpa kehadirankepimpinan yang berkualiti sudah pasti sesebuah PBT/Pejabat Daerah itu akan menjadi mundur. Kualiti kepimpinan ini kerapkali bolehmenghasilkan PBT/Pejabat Daerah yang berbeza­beza dari segi kemajuannya walaupun mendapat bantuan sumber yang sama.

Selain daripada itu, jenis kepimpinan sama ada dari golongan politik ataupun dari kalangan pegawai­pegawai Kerajaan juga boleh

mempengaruhi kemajuan sesebuah PBT/Pejabat Daerah itu. (f) Fungsi “Conflicting” dan “Overlapping”

Page 9: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 9/10

Kewujudan fungsi­fungsi yang bercanggah dan bertindih juga boleh melemahkan sesebuah PBT/Pejabat Daerah itu. Masalah inisering berlaku di kawasan­kawasan sempadan yang mana sebagai contoh terdapat di kawasan daerah sebuah penempatan desasedangkan di sempadan PBT sebelahnya pula terdapat industri perkilangan didirikan. Kedua­dua fungsi kegunaan tanah ini jelasnyabertelingkah di antara satu sama lain hinggakan sukar diharmonikan.

Dalam kes yang lain pula terdapat PBT yang melaksanakan projek­projek rekreasi dan pada masa yang sama Pejabat Daerah

juga menjalankan aktiviti­aktiviti yang sama. Dari segi prinsip “economies of scale” alangkah baiknya jika pelaksanaan fungsi­fungsitersebut diintegrasikan supaya hasilnya dapat dioptimumkan. Di sebaliknya “compounding of activities” ini mungkin dapat meningkatkanlagi kepesatan pembangunan tetapi dengan syarat tidak berlaku pembaziran.

(g) Beban Tugas Pejabat Daerah/PBT juga sering menghadapi masalah pertambahan beban tugas hinggakan terdapat kerja­kerja yang

tertunggak, contohnya, dalam urusan kutipan hasil. Masalah ini mempunyai implikasi terhadap keperluan perjawatan tambahan sertainovasi­inovasi baru dalam proses kutipan hasil bagi mengurangkan masalah tunggakan itu. Pertambahan beban tugas juga mungkindisebabkan kewujudan fungsi dan tanggungjawab yang baru yang perlu disempurnakan oleh Pejabat Daerah/PBT bagi menanganipelbagai cabaran baru yang dihadapi. (h) “Diminishing Function”

Dengan perubahan masa dan persekitaran, sesebuah organisasi itu boleh berubah dari segi struktur dan fungsinya. Dengan

peningkatan peratusan penduduk bandar berbanding dengan penduduk luar bandar, kawasan­kawasan luar bandar boleh mengecilhinggakan fungsi organisasi yang mentadbirnya juga boleh turut menguncup. Kadang kala PBT pula yang memainkan peranan lebihutama dengan kepesatan pembangunan perbandaran berbanding dengan Pejabat Daerah. Fenomena ini diperhatikan berlaku dikawasan bandar­bandar yang pesat membangun seperti di Pulau Pinang dan di kawasan Lembah Klang. (i) Sistem “Delivery”

Selain dari Pejabat Daerah/PBT, terdapat juga jabatan­jabatan lain yang berperanan dalam pembangunan negara di peringkatdaerah. Antara jabatan­jabatan itu ialah KEMAS, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama, institusi­institusi pendidikan dansebagainya. Juga, terdapat kementerian/agensi pusat khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Unit PenyelarasanPelaksanaan (ICU) yang melaksanakan projek­projek pembangunan luar bandar di peringkat daerah. Pejabat Daerah sebagai institusiutama di peringkat daerah terlibat untuk menyelaras projek­projek pembangunan luar bandar. Kadangkala sistem “delivery” di peringkatini didapati tidak jelas kerana kerja­kerja penyelarasan tersebut hanya berkesan jika terdapat perancangan pelaksanaan projek­projekpembangunan daerah yang jelas dan penyelarasan itu dibuat secara substantif. Dikhuatiri usaha­usaha penyelarasan itu hanya dibuatsebagai memenuhi tuntutan “public relation exercise” sahaja dan hasilnya kurang memberi kesan dan impak yang sepatutnya. (j) Kepakaran Dan “Learning Curve”

Trend dalam perkhidmatan awam masa kini banyak menekankan kepada kepentingan untuk mewujudkan kepakaran dalamtugas­tugas tertentu. Ini adalah kerana tahap kompleksiti kerja dan tuntutan pelanggan telah meningkat yang memerlukan pegawaiawam yang pakar dalam sesuatu bidang itu. Oleh itu, persoalan timbul sama ada mereka yang menguruskan pentadbiran daerah/PBTitu memerlukan tahap kepakaran yang tinggi. Jika begitu, adakah pengurusan sumber manusia sedia ada memberi penekanan kepadapenjanaan tradisi kepakaran tersebut.

Kepesatan kemajuan teknologi khususnya ICT juga memberi implikasi terhadap pengurusan dan pentadbiran sesebuahdaerah/PBT. Seringkali kawasan­kawasan luar bandar dikaitkan dengan masalah “digital divide” yang melibatkan sebahagian besarpenduduknya. Dikhuatiri masalah “digital divide” ini berkemungkinan juga melibatkan institusi­institusi pentadbiran daerah/tempatan. Selain itu, amalan pengurusan yang kurang menggunakan kecanggihan automasi pejabat (“office automation”) boleh menjejaskankecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi itu. Perkara­perkara ini memberi implikasi terhadap tahap kepakaran dan “learningcurve” mereka yang mengendalikan Pejabat Daerah/PBT.

KESIMPULAN

Alaf baru menjanjikan cabaran­cabaran baru serta membangkitkan pelbagai isu dan masalah kepada Pentadbiran Daerah danPBT. Pentadbiran Daerah dan PBT akan berterusan menghadapi kehendak dan ekspetasi yang tinggi dan pelbagai dari pelangganserta Kerajaan. Perkara ini memerlukan Pentadbiran Daerah dan PBT berfungsi dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yangterbaik kepada pelanggan mereka. Kejayaannya, antara lain, bergantung kepada kemantapan struktur organisasi dan pengurusansumber manusia yang cekap di Pentadbiran Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Disediakan Oleh:Y.Bhg. Dato’ Mohd. Yahya bin NordinEncik Ibrahim bin HassanEncik Azman Bin Mohd. Yusof Disember 2002

Page 10: Cabaran Masa Hadapan

1/1/2016 CABARAN MASA HADAPAN

http://azman97.tripod.com/pbt.html 10/10