business idea competition

10
BUSINESS PLAN 2015 MT Notebook Mutiara Technology Sdn Bhd Contact Details: Plot 76 Bayan Lepas Industrial Area, Bayan Lepas, 11900 Penang, Pulau Pinang, Malaysia. Tel: +604 401 6888 Fax: +604 401 6800 Website: mutiaratechnology.blogspot.com

Upload: mutiara-technology

Post on 10-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Projek

TRANSCRIPT

Perkembangan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik

DINAMIKA MALAYSIA_________[MUTIARA TECHNOLOGY-BUSINESS PLAN ]________ BUSINESS PLAN 2015

MT Notebook

Mutiara Technology Sdn BhdContact Details:

Plot 76 Bayan Lepas Industrial Area,Bayan Lepas, 11900 Penang,Pulau Pinang, Malaysia.

Tel: +604 401 6888Fax: +604 401 6800Website: mutiaratechnology.blogspot.com

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 3 BAHAGIAN 2.0 KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN 3 BAHAGIAN 3.0 KETERANGAN TEKNOLOGI 4BAHAGIAN 4.0 PASARAN DAN PERSAINGAN 5BAHAGIAN 5.0 MODEL PERNIAGAAN 6

Bahagian 1.0 Ringkasan EksekutifProduk MT Notebook yang merupakan satu produk rekacipta yang mempunyai ciri-ciri yang unik inovatif dan berbeza dari notebook yang lain. Produk ini dicipta sebagai dokumen ekstrak dimana notebook ini merangkumi sebagai mesin pencetak dan pengimbas secara all in one. Produk ini dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusan-urusan yang penting dan kecemasan yang memerlukan pencetakkan dan pengimbasan sesuatu dokumen itu dengan segera. Produk MT Notebook ini dicipta bagi memudahkan para pengguna dan ia juga dapat menjimatkan masa , ruang dan sangat mesra pengguna. Produk ini dicipta berasaskan teknologi dan mengambil kira keperluan dan kemudahan pengguna.

Bahagian 2.0 Penerangan kepada produk dan perkhidmatan

Secara umumnya produk MT Notebook ini dicipta adalah untuk:1. Memudahkan pengguna untuk membuat pencetakkan dan mengimbas dokumen-dokumen penting dengan segera dan amat berguna di saat kecemasan.

2. Dengan adanya Notebook all in one ini, yang merangkumi pencetak dan pengimbas serta ink catridge, ini dapat menjimatkan masa, ruang, sumber dan kerja lebih teratur tanpa memerlukan tambahan alat mesin pencetak dan mesin pengimbas.

3. Mempunyai antara muka yang inovatif dengan gabungan alat pencetakkan, pengimbas dan skrin notebook. Dengan mempunyai skrin notebook yang unik dan digabungkan dengan mempunyai gabungan fungsi sebagai mesin pencetak dan pengimbas beserta ink catridge.

4. Produk ini dicipta beraskan idea kreatif dan berasaskan teknologi. Kertas dimasukkan dibahagian belakang notebook apabila diberi arahan untuk dicetak dari input sebelah kiri dan kertas yang dicetak itu akan keluar sebagai output dibahagian ruang tepi bahagian kanan monitor.

5 Untuk mengimbas dokumen hanya perlu muat dalam peranti dan pop up pada skrin paparan.

6. Notebook ini mudah dibawa kemana mana, mesra pengguna amat berguna dan dan sangat praktikal. Malahan juga boleh terus mencetak dokumen menerusi rangkaian komunikasi dari telefon mudah alih menggunakan Bluetooth dan Internet Data

Bahagian 3.0 Keterangan Teknologi3.1 Sistem ini menggunakan teknologi terkini seperti:

1. Skrin notebook yang mempunyai fungsi semua dalam satu yang dilengkapi dengan antara muka pengguna grafik interaktif , menjadikannya lebih mudah untuk pereka untuk melihat dokumen dan reka bentuk mereka dengan hanya sentuhan dan swipes jari, dengan ini dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Skrin yang bersaiz 18 inches adalah ideal untuk serba boleh dan penggunaan segera.

2. Teknologi yang dibagunkan adalah dengan mengubahsuai notebook yang sedia ada kepada notebook yang interaktif yang yang berfungsi semua dalam satu dimana bahagian belakang notebook dicipta satu ruang untuk membolehkan menyimpanan timbunan kertas di dulang belakangnya dan PRINT dengan kertas yang akan datang secara langsung dari bahagian tepi. Bukan itu sahaja, tempat yang sama kertas itu keluar boleh digunakan untuk mengimbas lembaran tunggal kertas dengan cepat. Catridge yang digunakan juga agak nipis dan bersesuaian kerana peranti adalah bukan untuk pencetakkan pukal ia adalah untuk penggunaan segera.

3.2 Kelebihan kepada teknologi yang digunakan:

1. Mudah dengan adanya notebook Mtech yang mempunyai fungsi semua dalam satu, iaitu boleh print dan scan pada masa yang sama dapat menjimatkan masa, ruang ,dan sumber serta kerja lebih teratur tanpa memerlukan alat tambahan mesin pencetak dan mesin pengimbas.

2. Dengan menggunakan sistem grafik interaktif pada skrin dengan hanya sentuhan dan swipes jari sahaja dapat meningkatkan kecekapan dan dengan penggunaan notebook yang mempunyai pelbagai fungsi serta mempunyai skrin yang ideal amat berguna kepada pengguna yang memerlukan urusan yang segera.

3. Notebook yang mempunyai fungsi sebagai dokumen ekstrator ini dicipta dengan saiz yang ideal dan merangkumi mesin pencetak dan pengimbas beserta dengan catridge dan ia boleh dibawa ke mana-mana dan praktikal

3.3 Skop Produk

3.3.1 Pengurusan SumberMT Notebook memberikan satu inovasi terbaru kepada pengguna untuk mencetak maklumat tidak mengira masa dan tempat tanpa memerlukan mesin pencetak.

MT Notebook bukan terhad kepada penggunaan biasa malahan ia merangkumi: Pencetak Pengimbas Skrin Papan Sentuh Pencetakan terus melalui telefon mudah alih

Bahagian 4.0 Pasaran & Persaingan

Produk Notebook MT yang dibangunkan ini akan dipasarkan kepada syarikat pembekal Komputer di Malaysia. Selain itu, ia akan dipasarkan di kedai-kedai komputer serta sasaran pasaran kami adalah pengguna seperti ahli-ahli korporat dan juga pelajar dimana mereka memerlukan notebook seperti ini yang boleh dibawa kemana sahaja dan mempunyai pelbagai fungsi yang membolehkan mereka menyelesaikan urusan yang penting dengan segera secara mudah dengan adanya notebook yang boleh mencetak dan mengimbas ini.

Produk ini adalah produk baru yang di inovasikan dari notebook biasa kepada pelbagai guna. Produk baru memerlukan promosi dan iklan untuk dipasarkan dan memerlukan sokongan daripada pengguna juga untuk memasarkan produk ini. Produk baru akan mengalami persaingan dari produk sedia ada yang sudah mempunyai jenama tersendiri. Salah satu alternative yang digunakan untuk memasarkan produk kami ini dengan mengiklankan di media massa tentang produk MT Notebook serta kebaikkan penggunaan notebook ini.

Bahagian 5.0 Model Perniagaan

5.1 Promosi Akan dijalankan secara presentation kepada syarikat multimedia dan koprat. Membuat Proof Of Concepts (POC) selama 30 hari kepada syarikat yang berminat. Mengiklankan produk Notebook Mtech dimedia massa seperti TV , internet dan etc. Mengadakan promosi secara besar-besaran kepada pengguna yang menjadi sasaran syarikat agar mereka akan terus percaya dengan produk kami.

5.2 Perkhidmatan selepas jualanPerkhidmatan penyelenggaraan secara percuma selama setahun selepas pembelian. Perkhidmatan penyelenggaraan secara on call disediakan oleh kami Memberi jaminan kepada pengguna yang membeli selama setahun Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan secara berkala.

5.3 Kelebihan Dengan adanya Notebook all in one ini, yang merangkumi pencetak dan pengimbas serta ink catridge ,ini dapat menjimatkan masa, ruang , sumber dan kerja lebih teratur. Notebook ini mempunyai skrin antaramuka yang interaktif iaitu dengan mengunakan skrin sentuh dan amat mudah dan senang untuk digunakan Notebook yang bersiz ideal ini boleh dibawa kemana-mana dan sangat praktikal ia boleh digunakan ketika kecemasan dan menyelesaikan kerja-kerja penting.

Mt Notebook

Print EverywherePage 4