busana kaum india

8
Busana Kaum India Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci. Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Upload: sanarthana-radha-krishnan-naidu

Post on 23-Jun-2015

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Busana Kaum India

Busana Kaum India

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Page 2: Busana Kaum India

Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan skirt bersulam benang emas dan labuci.

Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Page 3: Busana Kaum India

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

Page 4: Busana Kaum India

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.

Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang.

Page 5: Busana Kaum India

Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang panjang.

Pakaian lelaki bebanyakan dari Gujerat.

Page 6: Busana Kaum India

Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai 'turban'.

Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban mundas. Wanita memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

Page 7: Busana Kaum India