bulletin suhakam

4
1 Pada 22-23 Oktober lalu, SUHAKAM telah mengadakan Judi- cial Colloquium kali kedua yang bertemakan 'Judicial Colloquium on the Domestic Application of Interna- tional Human Rights Norms'. Sesi kali kedua ini merupakan lanjutan daripada Judicial Colloquium yang pertama kali diadakan pada 24 Oktober 2009. Objektif utama kolokium ini adalah untuk membincangkan asal usul, tujuan dan skop undang- undang hak asasi manusia antarabangsa dan untuk membiasakan hakim dengan pelaksanaan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam sistem undang-undang domestik. Seramai 77 hakim menghadiri sesi ini yang terdiri dari- pada Ketua Hakim Negara, Presi- den Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman. Perkara yang paling mem- banggakan ialah kolokium ini telah berlangsung dengan lancar dan penganjurannya mendapat pujian daripada tetamu dan hadirin, malah penghargaan khusus telah diberi- kan oleh Naib Pengerusi Datuk Dr. Khaw Lake Tee. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Mohd. Azizi Azmi dan Siti Zaihan Zulkarnain serta semua kakitangan yang terli- bat atas kejayaan kolokium ini. SUHAKAM ANJUR JUDICIAL COLLOQUIUM KALI KE 2 Assalamualaikum & Salam Se- jahtera. SELAMAT bertemu buat pertama kali menerusi akhbar E-Berita SU- HAKAM ini. Kemunculan sulung E-Berita membawa bersama tu- juannya, iaitu sebagai medan pen- yebaran dan perkongsian maklumat tentang hal-hal berkaitan SU- HAKAM dan juga warganya, seperti aktiviti yang dijalankan, program yang diadakan, perkembangan dan cetusan hak asasi manusia, malah hal-hal yang berkisar kakitangan semuanya menjadi rencah liputan akhbar mini ini. Penyebaran maklumat dengan sahih dan tepat merupakan salah satu unsur penting dalam keberkesanan sesebuah or- ganisasi. Segala maklumat sama ada daripada pihak atasan mahu- pun sebaliknya perlu dikongsi di kalangan kakitangan organisasi, bagi memastikan tindakan yang wajar dan bersesuaian dengan keperluan organisasi dapat dilak- sanakan. Salah satu saluran yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini ialah menerusi newsletter seperti E- Berita ini. Alhamdulillah... kemuncu- lan warkah seperti ini, diharap mampu menyajikan sesuatu yang bermanfaat kepada kita. Dengan demikian, segala perkembangan yang berlaku di tempat kerja serta yang melibatkan rakan-rakan kita dapat dikongsi, dan akan menjadi penggerak dan pendorong dalam menjadikan kita warga kerja SU- HAKAM yang berinformasi dan pekerja yang terkini khususnya dalam isu-isu hak asasi manusia. Sebagai warkah berita dengan dua kali kemunculannya dalam sebulan, sudah tentu amat bergantung kepada sokongan dan kerjasama warga SUHAKAM selu- ruhnya. Bahagian Penerbitan seba- gai pengendali E-Berita mengalu- alukan sumbangan bahan, terma- suk pandangan, bagi memperbaiki warkah ini agar menjadi medan perkongsian maklumat yang berke- san kepada kita. Selamat membaca. EDITORIAL SIDANG REDAKSI Puan Rodziah Abdul (Setiausaha) Mohamad Bahadon Noor Azizah Atdenan Siti Rahayu Mohd. Noor Elza Nadiah Shaik Sulaiman Aida Suraya Haron Noor Azlina Abd. Jalil Mohd Shafik Md Sharif Wan Nurul Ain Junid SUHAKAM kini telah melewati hari ke 22 berhubung siasatan awam ke atas dakwaan kekerasan yang tidak sepatutnya oleh polis semasa dan selepas perhimpunan awam Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Sesi pendengaran yang bermula pada 5 Julai lalu akan diteruskan sehingga 23 Oktober 2012 dan sesi seterus- nya akan dimaklum dari masa ke semasa. SUHAKAM & BERSIH 3.0 E-BERITA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433 kepada semua warga SUHAKAM yang ber- agama Islam 30 OKTOBER 2012

Upload: mohd-ariff

Post on 25-Mar-2016

248 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

SUHAKAM Bulletin

TRANSCRIPT

Page 1: Bulletin SUHAKAM

1

Pada 22-23 Oktober lalu,

SUHAKAM telah mengadakan Judi-

cial Colloquium kali kedua yang

bertemakan 'Judicial Colloquium on

the Domestic Application of Interna-

tional Human Rights Norms'. Sesi

kali kedua ini merupakan lanjutan

daripada Judicial Colloquium yang

pertama kali diadakan pada 24

Oktober 2009.

Objektif utama kolokium

ini adalah untuk membincangkan

asal usul, tujuan dan skop undang-

undang hak asasi manusia

a n t a r a b a n g s a d a n u n t u k

membiasakan hakim dengan

pelaksanaan undang-undang hak

asasi manusia antarabangsa dalam

sistem undang-undang domestik.

Se r a ma i 7 7 h ak i m

menghadiri sesi ini yang terdiri dari-

pada Ketua Hakim Negara, Presi-

den Mahkamah Rayuan, Hakim

Besar Malaya, Hakim Besar Sabah

dan Sarawak serta Hakim-hakim

Mahkamah Persekutuan, Hakim

Mahkamah Rayuan, Hak im

Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya

Kehakiman.

Perkara yang paling mem-

banggakan ialah kolokium ini telah

berlangsung dengan lancar dan

penganjurannya mendapat pujian

daripada tetamu dan hadirin, malah

penghargaan khusus telah diberi-

kan oleh Naib Pengerusi Datuk Dr.

Khaw Lake Tee.

Sekalung tahniah dan

penghargaan kepada Mohd. Azizi

Azmi dan Siti Zaihan Zulkarnain

serta semua kakitangan yang terli-

bat atas kejayaan kolokium ini.

SUHAKAM ANJUR JUDICIAL COLLOQUIUM KALI KE 2

Assalamualaikum & Salam Se-

jahtera.

SELAMAT bertemu buat pertama

kali menerusi akhbar E-Berita SU-

HAKAM ini. Kemunculan sulung

E-Berita membawa bersama tu-

juannya, iaitu sebagai medan pen-

yebaran dan perkongsian maklumat

tentang hal-hal berkaitan SU-

HAKAM dan juga warganya, seperti

aktiviti yang dijalankan, program

yang diadakan, perkembangan dan

cetusan hak asasi manusia, malah

hal-hal yang berkisar kakitangan

semuanya menjadi rencah liputan

akhbar mini ini.

Penyebaran maklumat

dengan sahih dan tepat merupakan

salah satu unsur penting dalam

keberkesanan sesebuah or-

ganisasi. Segala maklumat sama

ada daripada pihak atasan mahu-

pun sebaliknya perlu dikongsi di

kalangan kakitangan organisasi,

bagi memastikan tindakan yang

wajar dan bersesuaian dengan

keperluan organisasi dapat dilak-

sanakan. Salah satu saluran yang

boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini

ialah menerusi newsletter seperti E-

Berita ini.

Alhamdulillah... kemuncu-

lan warkah seperti ini, diharap

mampu menyajikan sesuatu yang

bermanfaat kepada kita. Dengan

demikian, segala perkembangan

yang berlaku di tempat kerja serta

yang melibatkan rakan-rakan kita

dapat dikongsi, dan akan menjadi

penggerak dan pendorong dalam

menjadikan kita warga kerja SU-

HAKAM yang berinformasi dan

pekerja yang terkini khususnya

dalam isu-isu hak asasi manusia.

Sebagai warkah berita

dengan dua kali kemunculannya

dalam sebulan, sudah tentu amat

bergantung kepada sokongan dan

kerjasama warga SUHAKAM selu-

ruhnya. Bahagian Penerbitan seba-

gai pengendali E-Berita mengalu-

alukan sumbangan bahan, terma-

suk pandangan, bagi memperbaiki

warkah ini agar menjadi medan

perkongsian maklumat yang berke-

san kepada kita.

Selamat membaca.

EDITORIAL

SIDANG REDAKSI

Puan Rodziah Abdul (Setiausaha)

Mohamad Bahadon

Noor Azizah Atdenan

Siti Rahayu Mohd. Noor

Elza Nadiah Shaik Sulaiman

Aida Suraya Haron

Noor Azlina Abd. Jalil

Mohd Shafik Md Sharif

Wan Nurul Ain Junid

SUHAKAM kini telah melewati hari

ke 22 berhubung siasatan awam ke

atas dakwaan kekerasan yang tidak

sepatutnya oleh polis semasa dan

selepas perhimpunan awam Bersih

3.0 pada 28 April 2012. Sesi

pendengaran yang bermula pada 5

Julai lalu akan diteruskan sehingga

23 Oktober 2012 dan sesi seterus-

nya akan dimaklum dari masa ke

semasa.

SUHAKAM & BERSIH 3.0

E-BERITA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433 kepada semua warga SUHAKAM yang ber-

agama Islam

30 OKTOBER 2012

Page 2: Bulletin SUHAKAM

2

bertujuan untuk memberi

pendedahan khusus

kepada kakitangannya

berhubung pengendalian

kamera digital (DSLR).

Bengkel dua

hari tersebut melalui

tunjuk ajar Encik Marfizul

Azuan Marsuki sangat

informatif dan diharap

dapat membantu kaki-

tangan SUHAKAM mempelajari

teknik-teknik mengambil foto den-

gan lebih baik. Seramai 22 orang

kakitangan telah menghadiri beng-

kel tersebut.

Secara umumnya, keselu-

ruhan proses pilihanraya berjalan

lancar, tanpa sebarang pelangga-

ran hak asasi yang dilaporkan.

Seramai 13,149 orang (64.87%)

mahasiswa telah mengundi pada

hari tersebut.

Pada 2 Oktober lalu SUHAKAM

telah dijemput oleh Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

untuk memantau pilihanraya kam-

pus yang diadakan di kampus

Gombak. Jemputan ke atas SU-

HAKAM adalah sebagai menyahut

cabaran para mahasiswa supaya

pilihanraya kampus diadakan se-

cara telus dan adil. Pilihanraya ini

diadakan semula secara manual

kerana pilihanraya pertama yang

diadakan pada September 2012

secara e-voting diisytiharkan tidak

sah berikutan masalah teknikal.

SUHAKAM telah diberikan

taklimat mengenai proses pilihan-

raya oleh pengurusan UIAM.

Selepas itu, Pesuruhajaya dan

pegawai SUHAKAM telah melawat

pusat-pusat pengundian di 7 buah

Kuliyyah. Pegawai SUHAKAM juga

telah memantau proses pengiraan

undi.

Pada 8 & 10 Oktober 2012, SU-

HAKAM dengan kerjasama

Akademi Seni Budaya dan Warisan

Kebangsaan (ASWARA) telah men-

ganjurkan satu Bengkel Fotografi

Salah satu usaha meningkatkan

kesedaran masyarakat dalam

bidang hak asasi manusia ialah

menerusi penyebaran maklumat.

Penyebaran maklumat yang paling

berkesan ialah menerusi perkong-

sian bahan-bahan perpustakaan

atau pusat sumber antara SU-

HAKAM dengan pihak lain. Se-

hubungan itu pada 27 September

2012 lalu SUHAKAM telah merintis

jalan ke arah ini, iaitu untuk beker-

jasama dengan Perpustakaan Uni-

versiti Kebangsaan Malaysia

(UKM).

Rombongan SUHAKAM

terdiri daripada Pesuruhjaya Prof

Dato’ Mahmood Zuhdi Abd Majid,

Mohamad Bahadon, Arif Saifullah

dan Dzul Afandi telah mengadakan

perbincangan untuk merintis ker-

jasama dengan UKM dalam usaha

menyebarluaskan maklumat men-

genai hak asasi manusia, khusus-

nya di kalangan mahasiswa dan

pensyarah universiti berkenaan.

Ketua Pustakawan UKM

Encik Abu Bakar Maidin, menyam-

but baik usaha SUHAKAM, serta

melahirkan kesudian Perpustakaan

UKM untuk membantu SUHAKAM

dalam menyebarluaskan maklumat

mengenai hak asasi manusia di

kalangan pelajar dan kakitan-

gannya. Rombongan SUHAKAM

turut dibawa melawat perpustaan

UKM.

SUHAKAM BINCANG JALIN KERJASAMA DENGAN PERPUSTAKAAN UKM

SUHAKAM PANTAU PILIHANRAYA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)

Pada 28 September lalu, SU-

HAKAM telah mengadakan satu

taklimat berhubung gangguan sek-

sual di tempat kerja kepada pega-

wai dan kakitangannya.

Taklimat dua jam tersebut

yang turut dihadiri oleh Puan Seti-

ausaha bertujuan untuk memberi

pendedahan mengenai definisi

masalah seksual, kesan-kesan

negatif yang terpaksa dihadapi oleh

mangsa gangguan dan cara untuk

menghadapi gangguan tersebut.

Ianya telah disampaikan

oleh Puan Azura Hamdan, Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian

Pengurusan Psikologi, Jabatan

Perkhidmatan Awam.

TAKLIMAT GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA ASWARA

Page 3: Bulletin SUHAKAM

3

menunjukkan komitmen awal kedua-

dua pihak untuk menggalas tang-

gungjawab mempromosi hak asasi

manusia melalui seni.

Garapan idea untuk mere-

alisasikan matlamat ini sangat diperlu-

kan lebih-lebih lagi apabila masyara-

kat kini terdedah dengan penyimpan-

gan dan pertembungan budaya, adat

dan kepercayaan. Adalah penting

peranan SUHAKAM ketika ini untuk

menyedarkan kepada masyarakat

umum di Malaysia bahawa hak asasi

manusia bukan hanya satu penilaian

mutlak dari pandangan yang mendo-

minasi perjuangan hak tetapi yang

lebih penting adalah untuk sedar akan

hak yang dimiliki setiap manusia itu

wajar dihormati.

Menurut Yassin, 'Hak Asasi

Melalui Seni' sememangnya satu

platform rakan-rakan seni untuk meli-

batkan diri dalam aktiviti kemasyara-

katan. Bagi mencapai tujuan ini, per-

bincangan seterusnya akan diadakan

pada bulan November bagi memper-

incikan lagi peranan rakan-rakan artis

yang boleh disalurkan melalui pro-

gram-program yang akan diadakan

kelak.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ma-

laysia (SUHAKAM) melangkah se-

tapak lagi dalam usaha berterusan

mempromosi dan meningkatkan kese-

daran masyarakat mengenai hak

asasi manusia di Malaysia.

'Hak Asasi Melalui Seni'

bakal merencanakan kerjasama SU-

HAKAM dan rakan-rakan seni melalui

program-program yang akan di-

jalankan kelak. Perbincangan yang

diadakan di Pejabat SUHAKAM dan

dipengerusikan oleh Pesuruhjaya

Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab

Majid bersama Pegawai-pegawai

Kumpulan Pendidikan dan Promosi

SUHAKAM, Kumpulan Raihan dan

Yassin Sulaiman pada 3 Oktober lalu,

SUHAKAM Sabah telah menyertai

Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu

Anjuran Biro Aduan Awam JPM di

Daerah Ranau untuk memberikan

peluang kepada orang ra-

mai bertemu dan mengemu-

kakan aduan/cadangan

mereka kepada SUHAKAM.

S e r a m a i 1 5 0

orang pengunjung telah

mengunjungi dan berdaftar

di kauntar SUHAKAM dan 8

kumpulan pengadu mengenai pelba-

gai isu telah datang ke kaunter aduan

SUHAKAM untuk mendapatkan khid-

mat nasihat berkaitan masalah yang

mereka hadapi.

Program tersebut

telah dirasmikan oleh Ahli

Parlimen Ranau, YB Datuk

Sairingan Gubat, dan turut

hadir adalah Pengarah Biro

Aduan Awam JPM, Pe-

nolong Pegawai Daerah

Ranau dan Ketua-Ketua

Jabatan/Agensi yang terlibat.

Sempena Hari Hak Asasi Manusia

pada 3 Oktober, SUHAKAM Sabah

telah mengadakan

program mendekati

masyarakat di dua

buah Pusat Pendidi-

kan Komuniti di Kam-

pung Kipovou dan

Kampung Kibunut

dalam daerah

Penampang. Kanak-

kanak masyarakat

perkampungan yang

terlibat telah ditem-

patkan di Pusat Pendidikan Komuniti

tersebut untuk mendapatkan pendidi-

kan awal.

Seramai 50

orang kanak-

kanak telah

diraikankan

oleh warga

SUHAKAM

Sabah yang

diketuai oleh

Pesuruhjaya,

Puan Jannie

Lasimbang.

HAK ASASI MANUSIA MELALUI SENI : KOMITMEN SUHAKAM

AKTIVITI SUHAKAM SABAH PROGRAM MENDEKATI MASYARAKAT SEMPENA HARI SUHAKAM

DIALOG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG LOBOU TIMBUA, RANAU

SUHAKAM BUKA KAUNTER ADUAN BERGERAK DI RANAU

SUHAKAM Sabah dengan kerjasama

Pejabat Tanah Daerah Ranau telah

mengadakan dialog bersama pen-

duduk Kampung Labou Timbua,

Ranau. Program tersebut yang diada-

kan di Balai Raya Kampung Lobou

Timbua, telah dihadiri oleh Pegawai

Daerah Ranau, Tuan Haji Faimin

Kamin dan Penyelia Tanah Pejabat

Tanah Daerah Ranau, Ketua

Masyarakat Kg. Lobou Timbua dan

Pegawai Cawangan Khas, IPD

Ranau, selain penduduk kampung.

Dialog tersebut diadakan bagi mem-

bincang beberapa isu yang timbul

ekoran tanah di kawasan perkampun-

gan seluas 4,235 ekar yang akan

dibangunkan dengan tanaman kelapa

sawit oleh sebuah syarikat swasta.

Page 4: Bulletin SUHAKAM

4

TAHNIAH... ATAS PENGESAHAN

JAWATAN

Kepada Sofyan Md. Kussin @

Mohd Kassim sebagai Pemandu

Kenderaan Bermotor (Gred R3) di

Pejabat Sabah, pada 30 September

2012.

BERITA KAKITANGAN

SELAMAT KEMBALI…

Kepada Cik Natalie Chew Qi Wei,

yang menamatkan pelajaran pering-

kat Sarjana di New Zealand, dan

kembali bertugas dan ditempatkan di

Pejabat Sabah mulai 3 September

2012.

TAHNIAH… KERANA MELANJUT-

KAN PELAJARAN

Lee Pei Hsi, yang melanjutkan pela-

jaran peringkat Sarjana di sebuah

university di Sydney, Australia mulai

Januari 2012 lalu.

Rafidah Yahya, yang melanjutkan

pelajaran juga peringkat Sarjana di

sebuah university di United Kingdom

mulai 6 Ogos lalu.

LATIHAN, KURSUS, SEMINAR DAN BENGKEL Berikut adalah senarai kakitangan dan pegawai yang telah mengikuti latihan, kursus, seminar dan mesyuarat

di dalam negara, sepanjang bulan September 2012:

No. Latihan/kursus/seminar/bengkel Kakitangan/Pegawai Tempat Tarikh

1. Collection Assessment Workshop: Mohd. Ariff Safulah Perpustakaan, 4-5 Sept

Value for Money (Perpustakaan) Universiti Putra

Malaysia, Serdang.

2. Latihan mengenai Pengurusan Nurul Huda Rahim Jabatan Perdana 19-20 Sept

(Pengurusan) Menteri, Putrajaya.

3. Training of Traniers (TOT) – OBB Aida Suraya Haron Port Dickson 23-25 Sept

(Pengurusan) (JPM)

Manakala berikuit adalah pegawai dan pesuruhjaya yang telah menghadiri mesyuarat dan seminar di luar negara:

No. Latihan/kursus/seminar/bengkel Kakitangan/Pegawai Tempat Tarikh

1. Mesyuarat Tahunan ke-8 SEANF Tan Sri Hasmy Agam Chiangmai, 12-15 Sept

Puan Rodziah Abdul Thailand.

(Setiausaha)

Wan Kassim Wan Kadir

(Koordinasi Antarabangsa)

2. Seminar: The Rights of Persons Sophian Osman Bangkok, 25-29 Sept

with Disabilities (Sarawak) Thailand.

Siti Zaihan Zulkarnain

ULANGTAHUN KELAHIRAN (OKT)

Puan Hasmah, Encik Ameer Izyanif,

Puan Nor Maslina dan Puan Noraini

Kasah. Pihak KKSS telah men-

yediakan hadiah hari lahir.

TAHNIAH… ATAS KELAHIRAN ANAK

Ameer Izyanif Hamzah anak kedua, perempuan pada 14 Ogos 2012.

Jesrina Grewal anak pertama, perempuan pada 25 Julai 2012.

Ahmad Firdaus Abd. Shukor anak pertama, perempuan pada 10 Julai 2012.

Syahrizal Bakar anak ketiga, lelaki pada 15 Oktober 2012.

TAHNIAH… PAREMES DAN AKHDIAT

TAHNIAH kepada Paremeswari dan Akhdiat Nur Zahir, serta Encik Nisar Mohamad bin

Ahmad (pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) atas usaha mereka sehingga

membolehkan peruntukan grant sebanyak USD 6,650 daripada Raoul Wallenberg Institute

(RWI) untuk SUHAKAM menjalankan program Perniagaan dan Hak Asasi Manusia. Lima

puluh peratus daripada jumlah itu sudapun diperolehi, manakala selebihnya akan diberikan

pada Disember ini.

TAKZIAH BUAT TAN SRI HASMY DAN DATUK DR. KHAW

Seluruh warga SUHAKAM merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Hasmy

Agam atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau pada hari Sabtu 13 Oktober lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat

ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh... Al-Fatihah...