buletinict - treasury.gov.my · edisi 2 2015 buletinict big data ... reka bentuk en. saidi b...

8
EDISI 2 2015 WWW.TREASURY.GOV.MY Buletin ICT Big Data PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Big data is high-volume, high-velocity and high-variety information assets that demand cost-effective, innovative forms of information processing for enhanced insight and decision making. (Sumber : Gartner) Blueprint for 1Government Enterprise Architecture (1GovEA) Talented Outstanding PTM Service (TOPS) Lawatan Pelajar UiTM Kampus Jasin, Melaka ke BTM, Perbendaharaan Malaysia. PENAUNG Cik Tan Siew Mooi PENASIHAT Pn. Rohani bt Mohamad En. Hasri b Ibrahim SIDANG EDITOR Pn. Azlina bt Muhd Yassin (K) Pn. Siti Sapura bt Raffee Pn. Rohani bt Omar Pn. Hazmi Rohaini bt Makhtar SUMBANGAN BAHAN Pn. Siti Sapura bt Raffee Pn. Rohani bt Omar En. Mohd Saffuan b Suntong En. Muhamad Hailmi b Ishak En. Zainizam b Hj. Yusof Pn. Robina bt Hassan REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN) 1GovEA

Upload: vudan

Post on 06-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

EDISI 2 2015WWW.TREASURY.GOV.MY

BuletinICT

BigData

PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN

Big data is high-volume, high-velocity and high-variety information assets that demand cost-effective, innovative forms of information processing for enhanced insight and decision making.

(Sumber : Gartner)

Blueprint for 1Government Enterprise Architecture (1GovEA)

Talented Outstanding PTM Service (TOPS)

Lawatan Pelajar UiTM Kampus Jasin, Melaka ke BTM, Perbendaharaan Malaysia.

PENAUNG Cik Tan Siew Mooi

PENASIHAT Pn. Rohani bt MohamadEn. Hasri b Ibrahim

SIDANG EDITORPn. Azlina bt Muhd Yassin (K)Pn. Siti Sapura bt RaffeePn. Rohani bt OmarPn. Hazmi Rohaini bt Makhtar

SUMBANGAN BAHANPn. Siti Sapura bt RaffeePn. Rohani bt OmarEn. Mohd Saffuan b SuntongEn. Muhamad Hailmi b IshakEn. Zainizam b Hj. YusofPn. Robina bt Hassan

REKA BENTUKEn. Saidi b Murtada

EDARANEn. Asahar b Ahmat

DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN)

1GovEA

Page 2: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

Selari dengan perkembangan fenomena data raya dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada rakyat melalui perkhidmatan ICT, Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA)/ Public Sector Big Data Analytics) yang melibatkan beberapa kementerian sebagai agensi perintis.

Pelaksanaan DRSA dijangka akan meningkatkan keupayaan kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dan sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.

Sumber: www.mampu.gov.my/DRSA

Kementerian Kewangan turut menyertai inisiatif Big Data Analytics (BDA) Proof of Concept (POC) yang dikendalikan oleh MDeC, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan MIMOS yang bertujuan untuk melihat sejauh mana teknologi BDA dan bagaimana data-data dari media sosial boleh membantu Kerajaan dalam membuat analisis data dan seterusnya membantu dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi yang lebih baik, relevan dan responsif. Sekiranya POC BDA ini berjaya dilaksanakan, maka konsep BDA ini akan diguna pakai dan dijadikan sebahagian

Buletin ICT EDISI 2 201502 Oleh : PUAN SITI SAPURA BINTI RAFFEE

Apa itu Big Data (Data Raya)?

Big Data (Data Raya) merupakan satu ledakan informasi seiring dengan pertumbuhan penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak

berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook dan twitter telah menyokong pertumbuhan data raya yang besar ini.

MAMPU dan MDeC juga telah berkolaborasi dalam inisiatif Data Terbuka (Open Data) melalui penubuhan Open Data Champion peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk mempercepatkan proses penerimaan dan keterbukaan Sektor Awam terhadap konsep data terbuka. Kementerian Kewangan (MOF) telah dipilih sebagai salah satu Data Champion menerusi satu MAJLIS PELANCARAN OPEN DATA CHAMPION pada 2 April 2015 yang lalu. Di dalam majlis itu juga, MOF telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Perintis dalam Menerajui Inisiatif Data Terbuka Sektor Awam.

Data Champion yang mewakili Kementerian dan Agensi-agensi terlibat dalam memberi sokongan teknikal dan mengenal pasti dataset yang berpotensi untuk dikongsi bersama. Data Terbuka Kerajaan secara spesifiknya berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan ketelusan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti negara melalui penglibatan secara inovasi rakyat dalam memanfaatkan data terbuka. Ia boleh dicapai melalui Portal Rasmi Data Terbuka iaitu www.data.gov.my. Sehingga kini, Kementerian Kewangan telah berkongsi 14 dataset Data Fiskal dan Ekonomi di portal tersebut.

WWW.TREASURY.GOV.MY

daripada skop projek MyFiscal, iaitu inisiatif Enterprise Architecture Perbendaharaan yang dirancang pelaksanaannya di bawah RMKe-11. Seterusnya ini akan dijadikan benchmark kepada MOF untuk perluasan kepada perkhidmatan lain yang mungkin bersesuaian.

Page 3: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

Oleh : ENCIK MOHD SAFFUAN BIN SUNTONG

Buletin ICT EDISI 2 2015 03WWW.TREASURY.GOV.MY

Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Cloud Computing

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Antara perkhidmatan yang menggunakan teknologi ini adalah perkhidmatan emel seperti Yahoo!Mail dan Gmail, perkhidmatan penyimpanan data seperti Dropbox, Google Drive dan iCloud, video streaming seperti Youtube dan DailyMotion, perkhidmatan siaran jurnal dan artikel seperti Blogspot dan Wordpress dan termasuk juga media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Perbendaharaan Malaysia juga turut menggunakan teknologi cloud computing di mana kebanyakan server di Pusat Data Perbendaharaan telah dipindahkan ke server maya (virtual server) di dalam Private Cloud. Private Cloud membolehkan instalasi server dilaksanakan di dalam persekitaran maya tanpa mewujudkan atau menyediakan server fizikal baharu. Dengan adanya teknologi ini, boleh menjimatkan kos pembelian server, ruang di Pusat Data, tenaga elektrik dan juga menjimatkan masa konfigurasi server.

Pengkomputeran awan adalah pengkomputeran berasaskan internet yang membolehkan perkongsian sumber, perisian dan informasi disediakan secara dalam talian. Khidmat pengkomputeran awan adalah satu teknologi hebat yang sudah diguna pakai oleh ramai individu dan organisasi.

Perkhidmatan ini dipanggil ‘pengkomputeran awan’ disebabkan pengguna tidak mengetahui lokasi server, jenis pangkalan data yang digunakan dan siapa yang menguruskan server yang menyimpan data. Pengguna tidak perlu risau tentang penyelenggaran server, pusat data, rangkaian dan infrastruktur ICT tempat data disimpan kerana ia telah diuruskan oleh pihak yang membekalkan perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori berikut:

1. Perisian sebagai sebuah perkhidmatan (Software as a Service - SaaS);

2. Pengkomputeran utiliti, web dan pelantar sebagai sebuah perkhidmatan (Platform as a Service-PaaS); dan

3. Infrastruktur seperti server, ruang penyimpanan data, sistem operasi dan rangkaian sebagai sebuah perkhidmatan (Infrastructure as a Service – IaaS).

Page 4: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

Majlis Kick Off Projek Talented & Outstanding PTM Service (TOPS) Fasa II

• Program Pembangunan Kompetensi oleh Perunding/Pakar ICT MAMPU

• Program Pembangunan Kompetensi oleh INTAN Bukit Kiara

• Program Pembangunan Kompetensi oleh Rakan Strategik (Institut Pengajian Tinggi dan juga syarikat-syarikat swasta dan pihak industri)

• Program Bukan Teknikal

Program TOPS ini akan berterusan untuk tahun berikutnya dengan inisiatif untuk meningkatkan tahap kompetensi personel ICT Sektor Awam secara berterusan.

Seramai 12 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dari Perbendaharaan Malaysia terlibat di dalam program TOPS.

TOPS adalah program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi personel ICT Sektor Awam (PTM yang belum diiktiraf “Pakar”) yang dilaksanakan oleh MAMPU. Program ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1 Tahun 2014 pada 28 Mac 2014.

Fasa I telah dilaksanakan pada April 2014 sehingga Disember 2014 iaitu melibatkan seramai 100 orang PTM. Fasa II ini bermula pada Januari sehingga Jun tahun ini. Seramai 150 orang PTM terlibat dari agensi dan kementerian yang terpilih. Manakala Fasa ke III bagi tahun ini adalah pada Julai sehingga Disember 2015. Sasaran keseluruhan bagi tahun 2015 adalah seramai 400 orang PTM.

Melalui program ini, tahap kompetensi PTM di Perbendaharaan dapat ditingkatkan selain dari mengikuti program latihan teknikal di Perbendaharaan yang telah dirancang setiap tahun. Program TOPS merangkumi:

Majlis Kick Off Projek Talented & Outstanding PTM Service (TOPS) Fasa II

Buletin ICT EDISI 2 201504 Oleh : PUAN ROHANI BINTI OMAR

Talented Outstanding PTM Service (TOPS)Pada 12 Mac 2015 yang lalu, telah berlangsung majlis Kick-off TOPS Fasa II yang telah

dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU, YBrs. Dr. Suhazimah Binti Dzazali bertempat di Auditorium JPM, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

WWW.TREASURY.GOV.MY

Page 5: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

Buletin ICT EDISI 2 2015 05Oleh : ENCIK MUHAMAD HAILMI BIN ISHAK

WWW.TREASURY.GOV.MY

e-Daftar memudahkan proses pendaftaran peserta program yang merangkumi pra-pendaftaran secara online, pendaftaran kehadiran sebenar serta laporan kehadiran peserta. Selain itu, ia dapat mewujudkan bank data program dan peserta program yang terdiri daripada kakitangan sektor awam, swasta serta jemputan antarabangsa. e-Daftar juga menyediakan kemudahan skrin walk-in pada hari program diadakan. Sistem ini membantu jawatankuasa program seperti Jawatankuasa Jemputan, Protokol dan Pendaftaran melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran program dengan cepat, mudah dan tepat.

Faedah Pelaksanaan e-Daftar• Memudahkan pengumpulan maklumat

pengesahan kehadiran• Mempercepat proses pendaftaran pada hari

sebenar• Memudahkan perkongsian maklumat

peserta untuk pelbagai program• Mengurangkan kos dari segi penggunaan

kertas (Paperless)

Faedah Pelaksanaan e-Daftar• Memudahkan pengumpulan maklumat

pengesahan kehadiran• Mempercepat proses pendaftaran pada hari

sebenar• Memudahkan perkongsian maklumat

peserta untuk pelbagai program• Mengurangkan kos dari segi penggunaan

kertas (Paperless)

e-Daftar merupakan satu perkongsian pintar dengan MAMPU dan pihak BTM, Perbendaharaan. Sistem ini telah diubahsuai mengikut keperluan di Kementerian Kewangan Malaysia.

Pengubahsuaian secara dalaman dengan menggunakan bahasa pengatucaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Sistem ini boleh dicapai melalui intranet dan internet. Sistem ini juga berupaya untuk menghasilkan pas kad yang boleh dicetak.

Program-program yang telah menggunakan e-Daftar adalah:

Sistem e-Daftar

Sistem

e-Daftar

e-Daftar diperkenalkan di Perbendaharaan pada akhir tahun 2014 untuk membantu memudahkan proses pendaftaran kehadiran peserta bagi program yang dianjurkan oleh

Kementerian Kewangan Malaysia sama ada di peringkatKebangsaan mahupun Antarabangsa.

Bil. Program Tarikh Lokasi1. The ASEAN Finance and Central Bank

Deputies Working Group Meetings and ASEAN+3 Task Force Meetings

29 – 30 Januari 2015 Kuala Lumpur Convention Centre

2. Taklimat ePembayaran Sektor Awam 26 Februari 2015 Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia

3. 19th ASEAN Finance Ministers Meeting (19th AFMM) and Related Meetings

18 – 21 Mac 2015 Kuala Lumpur Convention Centre

Page 6: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

06 Oleh : ENCIK ZAINIZAM BIN HAJI YUSOF

Buletin ICT EDISI 2 2015WWW.TREASURY.GOV.MY

STAGE 5: MONITOR1. Manage Architecture Change2. Undertake Knowledge Transfer3. Conduct Post Implementation

Review4. Continuously Monitor Performance

STAGE 4: BUILD/OPERATE1. Govern Implementation

• Implementation Delivery

STAGE 4: BUILD/OPERATE1. Govern Implementation

• Implementation Delivery Methodology

STAGE 3: DEFINE1. Define Target Architecture

a. Business Architectureb. Data Architecturec. Application Architectured. Technology Architecture

2. Develop Solutions3. Plan Migration

STAGE 3: DEFINE1. DefineTargetArchitecture

a. Business Architectureb. Data Architecturec. Application Architectured. Technology Architecture

2. Develop Solutions3. Plan Migration

STAGE 2: INITIAL1. Assess Current Architecture

a. Business Architectureb. Data Architecturec. Application Architecture

d. Technology

STAGE 2: ASSESS1. Assess Current Architecture

a. Business Architectureb. Data Architecturec. Application Architectured. Technology Architecture

2. Gaps & Opportunities

STAGE 1: INITIAL1. Define Architecture Scope2. Confirm Governance &

Stakeholders3. Define Architecture

Vision &

MAMPU telah membangunkan satu blueprint baru bagi perkhidmatan ICT iaitu Blueprint For 1Government Enterprise Architecture (1GovEA) yang akan dilaksanakan dan diperluaskan kepada seluruh agensi Kerajaan. 1GovEA merupakan pendekatan berstruktur yang digunakan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi meliputi aspek bisnes dan teknikal. Blueprint 1GovEA menyediakan rangka kerja, pembangunan metodologi dan pelan pelaksanaan bagi membantu agensi Sektor Awam membangunkan Enterprise Architecture (EA) bagi agensi masing-masing. 1GovEA juga merupakan amalan dalam mentransformasi agensi yang dilaksanakan melalui perancangan merentasi 4 domain utama iaitu Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi.

Antara kepentingan pelaksanaan 1GovEA adalah:• Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan

Digital yang seragam dan menyeluruh melalui penjajaran strategi bisnes dan ICT.

• Menyokong keperluan analisis dan pelaporan perancangan strategik organisasi melalui penggunaan Repositori EA sebagai rujukan berpusat agensi Sektor Awam.

• Mengelak pertindihan pelaksanaan aplikasi di agensi kerajaan.

• Meningkatkan tadbir urus ICT bagi pemantauan dan pelaksanaan projek serta menyokong inisiatif Data Raya, Data Terbuka dan Teknologi Hijau.

Komitmen Perbendaharaan Malaysia pula adalah menyokong kepada pembangunan dan pelaksanaan 1GovEA melalui penglibatan aktif dalam setiap program dan aktiviti berkaitan 1GovEA. Memandangkan Perbendaharaan Malaysia telahpun membangun dan melaksanakan Enterprise Architecture Blueprint (Treasury EA Blueprint) lebih dahulu dari 1GovEA, maka EA turut dijadikan rujukan oleh pihak MAMPU dalam membangunkan 1GovEA melalui sesi knowledge and experience sharing. Treasury EA Blueprint adalah merupakan living document dan akan ditambahbaik sekiranya wujud keperluan baru atau perubahan dasar di masa hadapan. Kajian semula EA setiap tahun akan mengambilkira penjajaran EA dengan 1GovEA apabila pembangunannya telah selesai dan diterima pakai oleh seluruh agensi Kerajaan kelak.

Blueprint For 1GovernmentEnterprise Architecture (1GovEA) METODOLOGI 1GOVEA

STAGE 1: INITIAL1. DefineArchitectureScope2. ConfirmGovernance&

Stakeholders3. DefineArchitectureVision&

Requirements

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 7: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

07WWW.TREASURY.GOV.MYOleh : PUAN ROBINA BINTI HASSAN

Buletin ICT EDISI 2 2015

Sejak kajian EA dilaksanakan di Perbendaharaan Malaysia iaitu pada tahun 2014, sebanyak 35 inisiatif yang menyokong keperluan bisnes telah dikenal pasti dengan 18 daripadanya telah selesai. Manakala 14 inisiatif lagi dalam pelaksanaan, satu (1) dalam perancangan dan dua (2) digabung/ditangguhkan. Pembangunan dan pelaksanaan inisiatif EA ini akan disemak dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan.

SELESAI DALAM PELAKSANAAN

1. Sistem Pemantauan Inisiatif NBOS (eNBOS)

2. Stakeholder Relationship Management System (SRM)

3. Loan Management System (LMS)

4. Implementation of MyResults

5. Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SPAB)

6. Portal Perbendaharaan versi mobile

7. Sistem Ejen Cukai – GST8. Sistem Pengurusan Surat

dan Fail (SPSF)9. Enhancement of 16 Treasury

existing applications (GPIS, SMPC, TIMS, SPSF, My E-TRK, eSelenggara, eBooking, SKNP, SPP, Portal MyProcurement, Portal Latihan, Portal Psikologi, Portal TRK, iBOD, SPA & ePerunding)

10. TIMS infrastructure upgrade11. Knowledge sharing of

external databases (via SATUID)

12. eFilling for BUU (eCourt)13. Automate training process

for HR (Training)14. Electronic Document

Management System (eDMS) for Pesuruhjaya Khas Rayuan Cukai Pendapatan (PKCP)

15. Federal Land Information Module (FLIM)

16. Redevelopment of 1PP Portal17. Statutory Body System

(SBSys)18. Enhancement of Sistem Soal

Jawab Parlimen (SSJP)

1. Fiscal Cluster Database (MyFiscal)

2. Government Company Information System (GCIS)

3. Integrated Malaysian Government Procurement ICT Solution (iMGPIS)• Phase 1: eGPA• Phase 2: MyGPIS

4. Treasury’s communications and information sharing:• Mobile Application• Strategic Information

Repository (SIR)5. Sistem Pengurusan Agensi

Pelaporan Kredit (eAPK)6. Malaysian Government

Tax Management and Information System (MyCukai)

7. Upgrading of CCTV and card access management system

8. Audit Self-assessment Tool (MyAudit)

9. Trust Account Management System

10. Sistem Pengurusan Sumber Manusia:• Sistem Pengurusan

Pegawai Kontrak• Sistem Latihan• Sistem Penilaian

Prestasi Tambahan11. Sistem Pengurusan

Pendahuluan (ePendahuluan)

12. Integrasi Sistem Pengurusan Aset dan Stor dengan 1GFMAS

13. Enhancement of eKereta14. Senarai Perjawatan Sektor

Awam

Enterprise Architecture

351801

1402

ENTERPRISE ARCHITECTURE

fakta angka

DALAM PERANCANGAN

DIGABUNG / DITANGGUH

1. Enhancement of Sistem Pengurusan Pemantauan Aset (SPPA)

1. Solution to support board of directors and MOF representatives appointment management (Gabung)

2. Case Workflow System (Tangguh)

Inisiatif

Inisiatif telah Selesai

Inisiatif DalamPerancangan

Inisiatif Dalam Pelaksanaan

Hasil kajian EA di Perbendaharaan

Malaysia sejak 2014 dapat

disimpulkan seperti angka

berikut:

Inisiatif Digabung / Ditangguh

Page 8: BuletinICT - treasury.gov.my · EDISI 2 2015 BuletinICT Big Data ... REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Asahar b Ahmat DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7,

08 WWW.TREASURY.GOV.MY Oleh : PUAN ROHANI BINTI OMAR

Buletin ICT EDISI 2 2015

Lawatan Pelajar UiTM Kampus Jasin, Melaka ke Bahagian Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.

Seramai 38 orang pelajar Kejuruteraan Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin, Melaka telah mengadakan lawatan ke BTM pada 20 April 2015 yang lalu. Pelajar-pelajar ini diiringi oleh pensyarah mereka iaitu Prof. Madya Aishah Ahmad dan Cik Faiqah.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) di Perbendaharaan, selain menjadi kesinambungan proses pembelajaran subjek EA yang dipelajari oleh mereka.

Rombongan telah di sambut oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Strategi dan Perancangan Sumber dan para pegawai BTM. Pelajar-pelajar diberi taklimat tentang pelaksanaan EA di Perbendaharaan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Unit Analisa Keperluan Bisnes dan Perancangan Sumber.

Hasil dari lawatan ini, pelajar-pelajar dapat berkongsi ilmu mengenai pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi dalam menjayakan pelaksanaan EA. Sesi soal-jawab telah diadakan dan mendapat sambutan yang amat baik.

ENTERPRISE ARCHITECTURE