en. kamarudin saleh

4
154 KAMARUDIN SALEH Kamarudin bin Saleh dilahirkan di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka pada 30 Januari 1958. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka (Darjah I–VI), Sekolah Menengah Dato Dol Said, Alor Gajah (Tingkatan I– III), Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka (Tingkatan IV–V dan Tingkatan VI Bawah dan VI Atas). Kamarudin telah berumah tangga dengan Rosana Md Zin, seorang Juruteknik di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur dan mempunyai dua orang cahaya mata. Selepas tamat persekolahan, Kamarudin mengikuti Kursus Pertanian di Pusat Latihan RISDA, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka. Pada tahun 1979, Kamarudin diterima bekerja di FRIM (FRI ketika itu) dan di tempatkan di Unit Herbarium KEP sebagai Pembantu Makmal Muda. Pada tahun 1985 Kamarudin dilantik pula sebagai Pembantu Penyelidik Sains Gred Q17, dan pada 2002 dinaikkan pangkat kepada Pembantu Penyelidik Sains Kanan Gred Q22, dan pada tahun 2006 dinaikan pangkat lagi sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27. SUMBANGAN ISTIMEWA Kamarudin, antara lain merupakan salah seorang daripada pegawai rujukan dalam kerja-kerja pengecaman tumbuh-tumbuhan di Institut. Beliau berperanan dalam membantu ahli botani (dari dalam dan luar negara), pegawai penyelidik, pelajar universiti dan sekolah serta individu- individu yang memerlukan bantuan dalam membuat pengecaman dan pengesahan spesies tumbuh-tumbuhan sama ada di herbarium ataupun di lapangan. Bergambar bersama-sama keluarga

Upload: vukhanh

Post on 28-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: En. Kamarudin Saleh

154

KAMARUDIN SALEH

Kamarudin bin Saleh dilahirkan di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka pada 30 Januari 1958. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka (Darjah I–VI), Sekolah Menengah Dato Dol Said, Alor Gajah (Tingkatan I–III), Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka (Tingkatan IV–V dan Tingkatan VI Bawah dan VI Atas). Kamarudin telah berumah tangga dengan Rosana Md Zin, seorang Juruteknik di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Selepas tamat persekolahan, Kamarudin mengikuti Kursus

Pertanian di Pusat Latihan RISDA, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka.Pada tahun 1979, Kamarudin diterima bekerja di FRIM (FRI ketika itu) dan di tempatkan di Unit Herbarium KEP sebagai Pembantu Makmal Muda. Pada tahun 1985 Kamarudin dilantik pula sebagai Pembantu Penyelidik Sains Gred Q17, dan pada 2002 dinaikkan pangkat kepada Pembantu Penyelidik Sains Kanan Gred Q22, dan pada tahun 2006 dinaikan pangkat lagi sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Kamarudin, antara lain merupakan salah seorang daripada pegawai rujukan dalam kerja-kerja pengecaman tumbuh-tumbuhan di Institut. Beliau berperanan dalam membantu ahli botani (dari dalam dan luar negara), pegawai penyelidik, pelajar universiti dan sekolah serta individu-individu yang memerlukan bantuan dalam membuat pengecaman dan pengesahan spesies tumbuh-tumbuhan sama ada di herbarium ataupun di lapangan.

Bergambar bersama-sama keluarga

Page 2: En. Kamarudin Saleh

155

Di samping itu, Kamarudin merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar untuk Kursus Pengenalan Pokok dan Daun di Institut (kadang kala beliau juga dijemput sebagai pengajar jemputan untuk mengajar penuntut-penuntut Kursus Sains Perhutanan di UPM, UiTM, Sekolah Latihan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan dan Taman Negara). Di samping itu, Kamarudin juga ialah Pengarang untuk penulisan famili Torricelliaceae yang telah diterbitkan di dalam buku Flora of Peninsular Malaysia Volume 1, Series 11, Seed Plants pada 2010 (buku ini diguna pakai oleh para penyelidik terutamanya Ahli Botani sebagai bahan rujukan.) Beliau juga pengarang bersama untuk beberapa artikel yang telah diterbitkan di dalam Malayan Nature Journal, Siri Kepelbagaian Biologi Hutan dan buletin Conservation Malaysia.Kamarudin turut membantu Kurator Herbarium KEP dalam kerja-kerja kurasi di Herbarium dan perkhidmatan teknikal pengecaman tumbuh-tumbuhan dan kerja-kerja perundingan di Program Biodiversiti Flora apabila diperlukan.

Di samping tugas-tugas rasmi, Kamarudin tidak lupa akan tanggungjawab sosial dan beliau telah dilantik sebagai AJK Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor, AJK Keselamatan Bengkel dan Makmal FRIM, AJK Keselamatan Kampus FRIM (silih ganti), Ahli Badan Kebajikan Islam FRIM dan Taman Ehsan, Ahli Kelab FRIM dan Ahli Koperasi FRIM.

PENCAPAIAN

Antara pencapaian Kamarudin di sepanjang perkhidmatan di FRIM ialah:

1 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Individu) 1990, 1996, 2002, 2007.

2 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kumpulan) 19953 Penerima Anugerah Khidmat Setia 20064 Penerima Anugerah Inovasi dan Kreativiti (KIK) Berkumpulan tahun

2009

Di samping tugas-tugas hakiki, Kamarudin kerap kali menjadi tempat rujukan pengecaman dan pengesahan tumbuhan-tumbuhan di kalangan warga FRIM dan juga oleh agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhilitan dan Taman Negara, universiti, sekolah, syarikat swasta, individu yang berkaitan dan badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Nature Society (MNS), World Wildlife Fund (WWF) dan lain-lain.

Page 3: En. Kamarudin Saleh

156

Kamarudin turut menerima jemputan untuk menyertai ekspedisi-ekspedisi yang dianjurkan oleh JPSM, Jabatan Hutan Sabah dan Sarawak, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara, Akademi Sains Negara, universiti tempatan, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan oleh FRIM sendiri (dan seterusnya menghasilkan beberapa artikel secara bersama).

Kenangan manis 1: Sejenis pokok palas baharu di bawah kajian Dr Saw Leng Guan telah dinamakan sebagai Licuala kamarudii.Kenangan manis 2: Berpeluang belajar dan berbincang terus dengan pakar-pakar tumbuh-tumbuhan dalam bidang-bidang kepakaran masing-masing.Kenangan manis 3: Dapat mendaki hingga sampai ke kemuncak beberapa buah gunung seperti Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Tahan di Pahang, Gunung Irau Cameron Highlands di Pahang, Gunung Belumut dan Gunung Ledang di Johor, Gunung Tera, Gunung Ayam, Gunung Stong dan Gunung Kob di Kelantan, Gunung Nuang di Selangor, Gunung Lawit di Terengganu, Gunung Hijau serta Gunung Bubu di Perak. Kenangan pahit: Bagi Kamarudin, paling pahit untuk beliau telan ialah apabila tidak dapat mengenal pasti sesuatu spesies tumbuh-tumbuhan. Kamarudin akan berasa puas apabila berjaya mendapatkan nama yang betul bagi setiap spesimen yang belum lagi bernama di herbarium

Bergambar bersama-sama Pengarah Institut Biodiversiti Jabatan Perhilitan dan peserta-peserta Kursus Pengenalan Pokok dan Daun

Page 4: En. Kamarudin Saleh

157

dan dapat membantu pihak yang memerlukan dalam penamaan dan pengesahan spesies tumbuh-tumbuhan.

PRINSIP HIDUP DAN PESANAN TERADAP WARGA KERJA FRIM

Berkerja dengan ikhlas dan jujur dan bersyukur di atas segala kenikmatan dan pemberian yang dikurniakan dan berusaha sedaya-upaya untuk mencari dan menambah ilmu.

ULASAN KETUA PENGARAH

Saya mengenali Saudara Kamarudin pada April 1985 dan beliau merupakan guru pertama saya di FRIM. Jasa dan baktinya dalam mengajar dan membimbing saya mengenal pasti pelbagai jenis buluh membolehkan saya mengingati dan terus mengembangkan pengetahuan tersebut bukan hanya untuk kegunaan pihak industri malah juga sehingga saya memperoleh PhD. Sikap ramah, sopan-santun dan mesranya menjadikan Saudara Kamarudin antara rakan baik saya sehingga kini. Nama Saudara Kamarudin juga begitu sinonim dengan pengecaman tumbuh-tumbuhan dan sering menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada individu dan penyelidik di dalam FRIM malah individu serta agensi di luar FRIM juga. Sesungguhnya saudara Kamarudin merupakan antara aset hidup FRIM yang sangat bernilai. Saya berharap saudara Kamarudin dapat terus membimbing generasi baharu di FRIM agar kesinambungan kepakaran FRIM dalam pengecaman tumbuh-tumbuhan dapat diwarisi dan diteruskan sampai bila-bila!

Secara peribadi, saya suka menobatkan Saudara Kamarudin sebagai Tonggak Penggerak Botani FRIM.