buletin ppsppa negeri kedah edisi 4(okt—dis 2010) · genai budaya kitar semula dalam kalangan...

9
BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH EDISI 4(OKT—DIS 2010) MENARIK DI DALAM……... PROGRAM KOMPOSITING DI KUALA MUDA PERTANDINGAN INOVASI BARANGAN TERPAKAI PROGRAM KITAR SEMULA PERLANTIKAN ANGGOTA BARU SAMBUTAN MAAL HIJRAH TIP KITAR SEMULA GOTONG ROYONG MBAS HARI LAHIR ANGGOTA BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT PERTANDINGAN INOVASI BARANGAN TERPAKAI TINGKAT 10 & 12 MENARA MBAS, JALAN TUNKU IBRAHIM, 05000 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. TEL : O4-7354286 FAX : 04-7354421 Sidang Pengarang: Penasihat : Pn Fadzilah Bt Hasan Timbalan Penasihat : En. Muhammad Yusof Bin Ahmad Ketua Pengarang: Norlia Bt Abd Hamid Pen. Ketua Pengarang: Noor Hanim Bt Mat Noh Ahli Sidang Pengarang : Noor Izan Bt Idris Siti Ruziatul Adibah Bt Mohd Zahir Malisa A/P Siniam Jurufoto : En Zari Hamdi Bin Hashim

Upload: haphuc

Post on 29-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH EDISI 4(OKT—DIS 2010)

MENARIK DI DALAM……...

PROGRAM KOMPOSITING DI KUALA MUDA

PERTANDINGAN INOVASI BARANGAN TERPAKAI

PROGRAM KITAR SEMULA

PERLANTIKAN ANGGOTA BARU

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

TIP KITAR SEMULA

GOTONG ROYONG MBAS

HARI LAHIR ANGGOTA

BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT

PERTANDINGAN INOVASI BARANGAN TERPAKAI

TINGKAT 10 & 12 MENARA MBAS, JALAN TUNKU IBRAHIM,

05000 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN.

TEL : O4-7354286

FAX : 04-7354421

Sidang Pengarang:

Penasihat : Pn Fadzilah Bt Hasan Timbalan Penasihat : En. Muhammad Yusof Bin Ahmad Ketua Pengarang: Norlia Bt Abd Hamid Pen. Ketua Pengarang: Noor Hanim Bt Mat Noh

Ahli Sidang Pengarang : Noor Izan Bt Idris Siti Ruziatul Adibah Bt Mohd Zahir Malisa A/P Siniam Jurufoto : En Zari Hamdi Bin Hashim

TAKLIMAT KOMPOSTING DI DAERAH KUALA MUDA

PPSPPA Negeri Kedah telah sekali lagi dijemput untuk memberi taklimat berkaitan pengkomposan sisa. Taklimat ini dianjurkan oleh Lembaga Kema-juan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Muda. Program ini diadakan di Dewan Kunita, Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda pada 14 November 2010. Taklimat ini telah dihadiri oleh pelbagai pihak teru-tama sekali warga penduduk Daerah Kuala Muda. Di samping itu, orang awam juga amat berminat setelah melihat demonstrasi kompos yang telah di-lakukan sendiri oleh warga kerja PPSPPA Negeri Kedah. Oleh yang demikian, program seperti ini di-harap dapat memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mengkompos sisa-sisa makanan / dapur bagi mengurangkan penghasilan sisa.

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

HARI LAHIR ANGGOTA

DISEMBER SHARIFAH NORHAFIZIN BINTI

SYED MOHD NOORDIN MAHAN PRASAD A/L JAIBALIN

MALISA A/P SINIAM

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

OKTOBER SHAIRAZY BIN SAAD MOHD FAZLI BIN JANNA MOHD ZAIDI BIN SULAIMAN SITI RUZIATUL ADIBAH BINTI MOHD ZAHIR RUKAINI BIN SALLEH NORFADILLA BINTI JAMALUDIN NOOR SHAZREEN BINTI SARIF

NOVEMBER NOOR HANIM BINTI MAT NOH

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

GOTONG ROYONG BERSAMA MBAS Pada 16 Dis 2010, semua wargakerja PPSPPA selu-ruh Negeri Kedah telah menyertai Program gotong-royong anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Aktiviti ini tertumpu di sepanjang jalan seki-tar Alor Setar iaitu di Wisma Negeri hingga ke simpang Plaza Tol Alor Setar Selatan. Aktiviti ini telah berlangsung antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari .

Pertandingan Rekacipta Kraftangan ini telah diadakan di Pejabat Kerajaan Wisma Darul Aman bersempena dengan Program Kitar Semula. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan penggunaan dan kesedaran men-genai budaya kitar semula dalam kalangan warga kerja di Wisma Darul Aman. Konsep rekacipta mestilah ringkas serta melibatkan unsur-unsur kreatif, inovatif dan praktikal.

Pemenang tempat pertama ialah peserta yang menghasilkan rekacipta D'Bunga Sally dengan mengguna-kan bahan-bahan seperti botol mineral plastik, polisterin,cat sembur,gam, daun,gunting dan sabut kelapa.

Tempat kedua telah dimenangi oleh rekacipta yang diberi nama Seri Kembangan yang telah dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti cawan kertas, gabus, gam, gunting, riben, kertas warna dan ,bahan hiasan.

Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh rekacipta Ikan Emas yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas terpakai, kotak terpakai dan sedikit bahan hiasan.

Para pemenang telah menerima hadiah berupa hamper yang telah disampaikan semasa Jamuan Hari Raya Unit Kerajaan Tempatan pada 4 Oktober 2010 yang lalu.

1 D'BUNGA SALLY

2 SERI KEMBANGAN 3 IKAN EMAS

PERTANDINGAN REKACIPTA KRAFTANGAN DARIPADA BARANGAN PERTANDINGAN REKACIPTA KRAFTANGAN DARIPADA BARANGAN TERPAKAI TERPAKAI

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

PROGRAM KITAR SEMULA

Pada 25 Julai dan 1 Ogos 2010, PPSPPA Kedah telah mengadakan program Kutipan Barangan Kitar se-mula di Pejabat Wisma Darulaman. Terdapat 11 unit yang terlibat di dalam program ini, antaranya ialah

Unit Kerajaan Tempatan, Majlis Mesyuarat Kerajaan, Unit Audit Dalaman, Pusat Teknologi Maklumat, Unit Pengurusan Korporat, Jabatan Pos Malaysia (Wisma Darulaman), Kewangan (SUK), dan Bahagian Pe-rumahan Pusat

Pelaburan Kedah (Kedah Invest),

Unit Khidmat Pengurusan dan

Pejabat Penasihat

Undang- Undang.

Kutipan yang dijalankan adalah bermula dari bulan Julai hingga November 2010. Antara jenis kutipan barangan kitar semula adalah seperti kertas, botol plastik dan tin alumin-ium. Jumlah keseluruhan yang telah diperolehi oleh 11 unit

yang terlibat adalah sebanyak 7583.24 kg dengan jumlah harga RM 2710.61. Jumlah kutipan tertinggi telah diperolehi oleh Unit Kerajaan Tempatan sebanyak 1935.93 kg dengan jumlah hasil sebanyak RM 728.61, diikuti oleh bahagian Ma-jlis Mesyuarat Kerajaan sebanyak 1571.03 kg dengan hasil sebanyak RM 560.54. Kutipan tertinggi ini adalah berdasar-kan jenis-jenis barangan kitar semula iaitu kertas sebanyak 7345.84 kg, diikuti dengan botol plastik sebanyak 99.9 kg dan aluminium sebanyak 15.5 kg serta lain- lain sebanyak 122 kg.

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

AMALAN KITAR SEMULA DI PEJABAT

Ubah cara anda membuang sampah Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sam-pah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasing-kan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca di pejabat.

Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula.

Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contoh-nya kotak kadbod , kotak kayu , bakul plastik , rotan , tong sampah berpenutup , beg plastik , sarung guni , beg sam-pah plastik dan lain-lain lagi.

Libatkan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah se-cara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula se-langkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda me-lalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi seba-hagian hidup anda.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H

Pada 7 Disember 2010, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Dewan Seri Negeri , Wisma Darul Aman . Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tu-anku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultanah Badlishah. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah telah turut menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini dengan dihadiri oleh 10 orang wargakerja.

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH

PERLANTIKAN ANGGOTA BARU 2010

Pada 6 Disember 2010, seramai Sembilan orang wargakerja baru telah me-lapor diri di Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Taklimat telah diberikan berkaitan dengan latar belakang PPSPPA Negeri Kedah serta bidang tugas wargakerja berkaitan.

BULETIN PPSPPA NEGERI KEDAH