lawatan amal - pspns.webs.com 2010.pdf · ppsppa negeri sembilan akan mengadakan program kitar...

4
SELAMAT HARI LAHIR SELAMAT HARI LAHIR LAWATAN AMAL Isnin 25/01/10 – Atas Keprihatinan terhadap anggota anggota Perbadanan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKNS) PPSPPA Negeri Sembilan telah melawat Nurul Huda Bt Mahmood (N17) kerana beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan ligemen lutut. Berikutan pembedahan tersebut beliau telah diberi cuti rehat selama 10hari. Kunjungan ini diadakan di rumah Nurul Huda sendiri bertempat di Kajang melalui ahli Jawatankuasa Kebajikan KSKNS. KSKNS telah memberi sumbangan berupa sejambak bunga dan buah tangan melalui inisiatif KSKNS sendiri beserta sumbangan khas dari Ibu Pejabat Pusat. MOHD SUHAINIZAM BIN ABDULLAH SANI CAWANGAN SEREMBAN / PORT DICKSON 04 JANUARI 2010 MOHD YAZID BIN MD ISA CAWANGAN SEREMBAN / PORT DICKSON 06 JANUARI 2010 LIYANA NAJLAA BINTI ZAINUDDIN IBU PEJABAT 04 JANUARI 2010 EN NORDIN BIN AMAT IBU PEJABAT 24 JANUARI 2010 RATNA SARI BINTI ABDUL RANI IBU PEJABAT 12 JANUARI 2010 ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULAN JANUARI KATEGORI DATANG AWAL MOHD HAFIFI BIN MOHD FADZIL CAWANGAN SEREMBAN / PORT DICKSON 22 JANUARI 2010 NURUL SYAZWANI MERICAN PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN (N17) Ibu Pejabat Ppsppa Negeri Sembilan INFO TERKINI 1. PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap Daerah Negeri Sembilan . 2. PPSPPA Negeri Sembilan akan mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN) bertempat di Taman Negara Endau,Rompin pada 5 hingga 8 Mac 2010.

Upload: trinhthu

Post on 16-Jun-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAWATAN AMAL - pspns.webs.com 2010.pdf · PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap ... Aurora Tingkat 6, Ibu Pejabat PPSPPA

SELAMAT HARI LAHIR SELAMAT HARI LAHIR

LAWATAN AMAL

Isnin 25/01/10 – Atas Keprihatinan terhadap anggota anggota Perbadanan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKNS) PPSPPA Negeri Sembilan telah melawat Nurul Huda Bt Mahmood (N17) kerana beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan ligemen lutut. Berikutan pembedahan tersebut beliau telah diberi cuti rehat selama 10hari. Kunjungan ini diadakan di rumah Nurul Huda sendiri bertempat di Kajang melalui ahli Jawatankuasa Kebajikan KSKNS. KSKNS telah memberi sumbangan berupa sejambak bunga dan buah tangan melalui inisiatif KSKNS sendiri beserta sumbangan khas dari Ibu Pejabat Pusat.

MOHD SUHAINIZAM BIN ABDULLAH SANI

CAWANGAN SEREMBAN / PORT

DICKSON 04 JANUARI 2010

MOHD YAZID BIN MD ISA

CAWANGAN SEREMBAN / PORT

DICKSON 06 JANUARI 2010

LIYANA NAJLAA BINTI ZAINUDDIN

IBU PEJABAT 04 JANUARI 2010

EN NORDIN BIN AMAT

IBU PEJABAT 24 JANUARI 2010

RATNA SARI BINTI ABDUL RANI IBU PEJABAT

12 JANUARI 2010

ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULAN

JANUARI KATEGORI DATANG

AWAL

MOHD HAFIFI BIN MOHD FADZIL CAWANGAN

SEREMBAN / PORT DICKSON

22 JANUARI 2010

NURUL SYAZWANI MERICAN PEMBANTU TADBIR

KESETIAUSAHAAN (N17) Ibu Pejabat Ppsppa

Negeri Sembilan

INFO TERKINI

1. PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap Daerah Negeri Sembilan .

2. PPSPPA Negeri Sembilan akan mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN) bertempat di Taman Negara Endau,Rompin pada 5 hingga 8 Mac 2010.

Page 2: LAWATAN AMAL - pspns.webs.com 2010.pdf · PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap ... Aurora Tingkat 6, Ibu Pejabat PPSPPA

BIL 1/2010 KELUARAN JANUARI 2010

TAKLIMAT FORMAT JADUAL OPERASI KUTIPAN DAN PEMBERSIHAN AWAM

Pada 19 Januari 2010 PPSPPA Negeri Sembilan telah mengadakan taklimat mengenai

Format Jadual Operasi Kutipan dan Pembersihan Awam. Taklimat ini di adakan di Bilik Mesyuarat

Aurora Tingkat 6, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Sembilan yang melibatkan semua wakil PBT diseluruh

Negeri Sembilan. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah PPSPPA Negeri

Sembilan, En.Mohd Azhar Bin Abd Hamid. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi

pendedahan awal kepada PBT berkenaan Format Jadual operasi kutipan dan Pembersihan Awam

yang akan digunakan oleh PPSPPA apabila beroperasi kelak. Selain itu , taklimat ini juga bertujuan

diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan PPSPPA Negeri Sembilan dengan PBT melalui

perkongsian masalah dan pertukaran idea yang berguna untuk meningkatkan mutu pentadbiran

PPSPPA.

Page 3: LAWATAN AMAL - pspns.webs.com 2010.pdf · PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap ... Aurora Tingkat 6, Ibu Pejabat PPSPPA

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPSPPA NEGERI SEMBILAN KALI KE-2

Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Negeri Sembilan (KSKNS) telah diadakan pada 12 Januari 2010 bersamaan hari Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat Aurora, Tingkat 6, PPSPPA Negeri Sembilan. Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, En.Azhar bin Abd Hamid merangkap penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan PPSPPA Negeri Sembilan. Pengerusi (KSKNS) iaitu En Shamsuharizal bin Basir telah mengucapkan terima kasih kepada semua anggota diatas kerjasama yang diberikan dari semua Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli kelab yang lain.

Melalui mesyuarat agung tersebut, Pengerusi Kelab telah membubarkan jawatankuasa lama dan ahli mesyuarat telah membuat perlantikan jawatankuasa yang baru. Mesyuarat Agung Kelab ditangguhkan pada pukul 7.00 malam dan berakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh KSKNS.

SENARAI JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPSPPA NEGERI SEMBILAN (KSKNS) BAGI TAHUN 2010

BIL NAMA JAWATAN 1 En.Shamsuharizal b. Basir Pengerusi 2 En. Mohd Sham b. Hj Dali Timbalan Pengerusi 3 Cik Nurul Afnie bt Mahamud Setiausaha 4 En.Mohd Azizi b. Daud Bendahari 5 En Mohd Saat b. Ab Rahman Pengurus Kebajikan 6 En Mohd Azhar Bin Abd Hamid Pengurus Golf 7 Cik Noor Azreen bt Mohd Ghazali Pengurus Usahawan 8 En Azry b. Osman Pengurus Rekreasi 9 En Azriel bin Jenal Pengurus Bola Sepak 10 En.Noor Naizatul Shima bt Abu Hassan Pengurus Bola Jaring 11 En Mahadi b Abd Razak Pengurus Futsal Lelaki/Wanita 12 En Wong Ram Bo Pengurus Badminton 13 En Mohd Riduan b.Abd Samat Pengurus Boling 14 En.Mohd Azhar b. Omar Pengurus Sukan (Indoor) 15 En. Mohd Yazid b.Md Isa Pengurus Bola Tampar 16 En Mohd Haniff b.Harun Pengurus Sepak Takraw 17 Cik Shuhada bt Yaakub Pemeriksa kira-kira 1 18 Cik Nurnida bt Romli Pemeriksa kira-kira

Page 4: LAWATAN AMAL - pspns.webs.com 2010.pdf · PPSPPA Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kitar Semula dan Amal di Masjid terpilih di setiap ... Aurora Tingkat 6, Ibu Pejabat PPSPPA

Pembacaan Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) dan Akta

673 (Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) kepada semua

anggota PPSPPA Rembau / Tampin telah dibuat pada setiap pagi iaitu setiap hari bekerja. Bacaan

Akta ini dikendalikan oleh Pengurus Cawangan dengan bertujuan untuk memahami dan

memahirkan semua anggota dengan akta tersebut. Bacaan Akta ini juga adalah langkah-langkah

persediaan bagi penggunaan Akta ini apabila operasi PPSPPA bermula.

Isnin 4 Januari 2010 – Ketua Penolong Pengarah PPSPPA Negeri Sembilan, Encik Mohd Azhar Bin Abd Hamid telah merasmikan Album Coretan Aktiviti Cawangan Seremban / Port Dickson. Album ini memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh anggota PPSPPA Cawangan Seremban / Port Dickson sepanjang tahun 2009. Antara gambar-gambar yang dimuatkan di dalam album ini adalah seperti Lawatan CEO ke Pejabat Cawangan, Taklimat & Kursus, Majlis Perpisahan, Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Berbuka Puasa, Aktiviti Sukan dan sebagainya.

Pada 27 Januari 2010, PPSPPA Cawangan Kuala Pilah telah mengadakan satu jamuan kecil sempena ulangtahun pertama pejabat cawangan ini ditubuhkan. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan kemengan sempena Aduit Kualiti yang berlangsung pada 31 Disember 2009. Cawangan Kuala Pilah telah memenangi Anugerah Star Rating dan Anugerah Pengurusan Fail. Kemenangan ini atas berkat usaha dan kerjasama semua Anggota PPSPPA Cawangan Kuala Pilah.

Pada 13.Januari.2010, PPSPPA Cawangan Nilai telah mengadakan aktiviti

sukan Bola Tampar di Stadium Tertutup Nilai. Melalui aktiviti ini anggota

PPSPPA Cawangan Nilai dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama

antara pasukan dan dapat melahirkan anggota PPSPPA yang cergas dan

berdisplin.

CAWANGAN REMBAU - AKTA 672 & 673

CAWANGAN SEREMBAN / PORT DICKSON – PERASMIAN ALBUM CORETAN AKTIVITI CAWANGAN SEREMBAN / PORT DICKSON

CAWANGAN NILAI - LATIHAN BOLA TAMPAR

CAWANGAN KUALA PILAH- SAMBUTAN ULANG TAHUN

PEJABAT KUALA PILAH

SIDANG EDITORIAL

Penaung En.Mohd Azhar bin Abd Hamid Penasihat Cik Nik Azalina bt Nik Anuwa Ketua Editor En. Shamsuharizal bin Basir Timbalan Ketua Editor En. Nordin Bin Amat Pereka / Jurufoto En.Abdul Munzil Bin Mohd Yusof Cik NurulHuda bt Muhammad Ahli Sidang Editor Cik Nurnida Bt Romli Pencetak / Pentadbiran / Edaran Cik Nurhafizah Binti Mohd Sazali En. Ridzuan Bin Indam Sidang editorial mengalu-alukan sumbangan dan artikel dan ia hendaklah dihantar kepada ;-

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN

PEMBERSIHAN AWAM IBU PEJABAT NEGERI SEMBILAN

(SEREMBAN) TINGKAT 4, 5, 6 & 7

BANGUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU

NEGERI SEMBILAN (DPMNS), JALAN DATO’ BANDAR TUNGGAL

70000 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Tel : 06-7631607 Fax : 067636095

Email : [email protected]