kitar semula.doc

18
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga , mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. [1] [2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca , kertas , logam , plastik , tekstil , dan elektronik . Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. [2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer ), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan). Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh

Upload: firdaus-azreen

Post on 10-Aug-2015

297 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kitar semula bahan terbuang

TRANSCRIPT

Page 1: kitar semula.doc

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Isi kandungan

[sorokkan] 1 Sejarah

o 1.1 Kitar semula awal

o 1.2 Kitar semula masa perang

2 Lihat juga

3 Rujukan

[sunting] Sejarah

Page 2: kitar semula.doc

[sunting] Kitar semula awal

Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal Plato pada 400 BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi bagi sampah silam menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru.[3]

Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di Europah dan dicairkan kembali begi kegunaan berterusan.[4] Di Britain debu dan abu dari pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah ("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.[3] Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.

Gambar publisiti bagi kempen guna semula aluminium Amerika Syarikat, 1942

[sunting] Kitar semula masa perang

Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, dan kejadian menukar dunia lain menggalakkan kitar semula.[5] Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting. Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.

MENGAPAKAH PENTINGNYA KITAR SEMULA? Written by Administrator    Friday, 20 August 2010 14:12

Page 3: kitar semula.doc

Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.

Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.

Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.

Page 4: kitar semula.doc

Syed Mubashir bin Syed MohammadForum Air Malaysia

AMALAN 3R DI RUMAH Written by Administrator    Monday, 25 August 2008 15:29

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan

mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya. 

1. Reduce – PenguranganHanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

2. Beli produk yang boleh diguna semula:Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

3. Beli pencuci serbaguna:Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

4. Beli barangan yang kurang bungkusan:Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

6. Beli produk tidak bertoksik:Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula

Page 5: kitar semula.doc

1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.

2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.

5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

1 Kitar semula di rumah: o Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-

bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.

o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Mengitar semula di laman anda:

o Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.

o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

Mengitar semula di sesebuah komuniti:

o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.

o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.

o Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

 

Page 6: kitar semula.doc

Kitar Semula

Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar

FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2

Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok

FAKTA 3

18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja (data tahun 2005)

FAKTA 5

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam

Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut Semasa Berbelanja Di Pasar:

·         Beg kain dapat digunakan berulang kali

·         Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

Page 7: kitar semula.doc

·         Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

·         Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

·         Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan

Assignment Semester Dua OUM-Kemahiran Hidup - Projek Rekacipta

Tin aluminium mudah di dapati di mana sahaja

Soalan tugasan Kemahiran Hidup Semester Dua berbunyi lebih kurang seperti berikut:

'Hasilkan suatu produk yang boleh berfungsi serta mempunyai nilai komersial (menarik minat pengguna untuk membeli) dari barang terbuang seperti reja kayu, lebihan logam, plastik, pvc, komponen elektronik (LED, buzer dan lain-lain) atau barang lain yang boleh dikitar semula.'

Aku bercadang untuk menghasilkan suatu produk yang kecil sahaja tetapi penuh unsur-unsur seni dan mempunyai nilai komersial yang tinggi, serta menepati pula citarasaku sebagai seorang wanita. Barang terbuang yang aku gunakan ialah tin aluminium dan kulit telur. Kemudian ditambah nilai dengan cat spray, renda dan reben.

Page 8: kitar semula.doc

Maafla aku ni kidal! Langkah-langkah penyediaan: @Sediakan lukisan kerja. @ Sediakan jadual kerja. @ Sediakan bahan-bahan Projek Rekacipta : tin aluminium, kulit telur, cat spray, hot glue, reben dan renda serta bunga-bunga kecil sebagai hiasan. @ Sediakan alatan tangan seperti Pita Pengukur, Permanent Marker Pen, Gunting, Cutter, Playar Muncung Tirus, Tukul Warrington dan Hot Glue Gun.

Langkah Menyediakan Bahan: @ Baca dan terjemahkan Lukisan Kerja. @ Ukur tin aluminium menggunakan Pita Pengukur dan tandakan dengan Permanent Marker Pen di tempat yang akan dipotong (di tengah-tengah badan tin). @ Potong tin aluminium menggunakan Gunting atau Cutter hingga mendapat dua bahagian yang sama besar. @ Gunakan Permanent Marker Pen untuk menanda hujung tin yang telah dikerat sebagai basi kelim kira-kira 5 mm bagi mengemas tepi kelim. @ Bengkokkan hujung tin dengan Playar Muncung Tirus bagi memudahkan kerja mengemas

tepi kelim

Page 9: kitar semula.doc

@ Ketuk tepi kelim menggunakan Tukul Warrington untuk mengemas dan melicinkan tepi

kelim.

      Menyapu Kemasan Awal:      @ Susun tin aluminium di atas kertas. 

@ Sembur dengan cat spray satu lapisan nipis. @ Lakukan aktiviti semburan sewaktu cuaca kering untuk mendapatkan hasil kemasan yang cantik dan licin.Semburan dilakukan satu lapisan nipis, tunggu hingga kering.Barulah diulangi lagi semburan kedua dan begitulah seterusnya hingga mendapat hasil kemasan yang benar-benar sempurna. @ Kulit telur juga dicat dengan cat spray mengikut warna yang dikehendaki.Memasang Kemasan Akhir:@Panaskan Hot Glue menggunakan Hot Glue Gun.@Lekatkan renda, reben dan hiasan bunga-bunga kecil pada bahagian luar tin aluminium.

Page 12: kitar semula.doc

Lukisan Unjuran Ortografik menunjukkan Pandangan Hadapan Tin Aluminium yang masih belum dipotong.

 Langkah-langkah Kemasan terakhir: @ Seterusnya sediakan kemasan pada bahagian dalam menggunakan plastik atau beg politena yang dilekatkan dengan Hot Glue. @ Langkah terakhir sekali ialah susun 'telur dalam bekas yang telah siap. @ Nah, terhasillah Hantaran Bunga Telur  Pengantin.

 Kemasan bahagian dalam menggunakan plastik beg politena kerana mudah didapati tanpa membeli di kedai

Page 14: kitar semula.doc

Hantaran Bunga Telur Pengantin

Refleksi kendiri berkenaan projek rekacipta hasil barang kitar semula

Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu ini aku telah

berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin seperti

berikut:

Merujuk maklumat daripada kawan-kawan sepengajian serta rakan-rakan guru Kemahiran

Hidup untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan terperinci.

      Merujuk dan membuat kolaborasi dengan Pensyarah Kemahiran Hidup iaitu Cik Fauziah

Bt Haji Jamil berkenaan maklumat lengkap yang perlu ada dalam pendokumentasian, serta

langkah-langkah melaksanakan tugasan projek serta mendapatkan tips membuat persembahan

terbaik di ms powerpoint.

      Melalui pembacaan dari buku dan majalah berkaitan barang-barang kitar semula.

      membuat kajian dan penyelidikan di kedai dan di tempat komersial untuk mendapatkan idea

tentang penggunaan barang kitar semula berasaskan logam.

Page 15: kitar semula.doc

      melayari internet dan mendapatkan maklumat secukupnya tentang penggunaan produk

komersial yang telah dikitar semula.

Hasil dari kajian tersebut aku mendapati :

      Proses kitar semula produk logam ini telah membantu mengurangkan kadar pencemaran

hasil pembuangan sampah. Penduduk kurang terdedah kepada pencemaran sekaligus taraf

kesihatan adalah lebih baik.

      Apabila produk ini dikitar semula, ia dapat memberi pendapatan sampingan kepada pihak

yang terlibat jika mampu menghasilkan produk yang berkualiti kepada pengguna.

      Aku memilih untuk membuat projek ke atas tin minuman aluminium kerana faktor-faktor

mudah didapati, dapat mengurangkan kuantiti sampah domestik, selamat digunakan serta

tidak membahayakan pengguna.

      Projek Rekacipta Hantaran Bunga Telur  Pengantin ini tercetus setelah  aku dapati bunga

telur  sangat penting di dalam majlis perkahwinan tetapi harganya sangat mahal.

Adalah diharapkan dengan penggunaan tin aluminium ini sebagai bekas telur adalah lebih

praktikal

dengan kos yang murah tetapi berkualiti dan setanding dengan Bunga Telur yang dibeli di kedai,

serta mempunyai nilai-nilai komersial setelah ia ditambah nilai.

      Besar harapanku  projek ini dapat menyumbang idea yang lebih kreatif  kepada orang lain di

masa-masa yang akan datang. Apalagi memandangkan kos mengendalikan majlis

perkahwinan adalah terlalu tinggi serta perlu menyediakan pelbagai peralatan pengantin yang

mahal dan di luar kemampuan.