buletin ppfg buletin ppfg - ukm.my 6.pdf · aktiviti ‘lukisan dari hati ... ekplorasi merentasi...

16
Buletin PPFG • 1 4 th International UKM-KAIST Summer School on Nuclear Power Science and Engineering 2012 Pusat Pengajian Fizik Gunaan BULETIN PPFG JILID 6, FEBRUARI 2013 Program Jejak Inovasi Mahasiswa Bengkel Penulisan Buletin - Teori dan Praktis Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 Program Induksi Mahasiswa Berkualiti Kelab Sains Bahan

Upload: vothu

Post on 19-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 1

4th International UKM-KAIST Summer School on Nuclear Power

Science and Engineering 2012

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik GunaanBULETIN PPFG

JILID 6, FEBRUARI 2013

Program Jejak Inovasi Mahasiswa

Bengkel Penulisan Buletin - Teori dan Praktis

Persidangan Fizik Kebangsaan 2012

Program Induksi Mahasiswa Berkualiti Kelab Sains Bahan

Page 2: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

2 I Buletin PPFG

SIDANG PENGARANGPenaung:

Dekan FST

Penasihat:Prof.Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir ([email protected])

Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Idris Zulkifle ([email protected])

Pereka dan Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Noor Farahin bt Othman ([email protected])

Jurugambar:Hj Razali Datau ([email protected])Kamarul Arifin ([email protected])

Wartawan Umum:Yusri Adzir ([email protected])

Hasnoor Ali ([email protected])

Wartawan Fizik:Wan Mohd Aimran ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad

Website:

http:www.ukm.my/bulppfg

Email: [email protected]

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIMAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya Buletin PPFG edisi ke-6 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Masih belum terlambat untuk saya mewakili sidang editor dan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM mengucapkan selamat tahun baru 2013. Semoga tahun 2013 ini memberi lebih kejayaan dan kecemerlangan kepada semua warga Pusat Pengajian Fizik Gunaan, FST amnya dan UKM umumnya.

Sebagai sebuah universiti penyelidikan, sudah menjadi tanggungjawab kita warga penyelidik untuk menerbitkan hasil penyelidikan agar ilmu atau penemuan tersebut dapat dikongsi bersama masyarakat dan penyelidik lain. Pada tahun 2012, pencapaian penerbitan manuskrip yang telah diterbitkan oleh warga PPFG sangat memberangsangkan. Sehubungan dengan itu, diharapkan usaha tersebut dapat diteruskan lagi pada tahun 2013 dengan lebih jayanya. Walaubagaimanapun, etika dan ketelusan perlu dititikberatkan oleh para penyelidik dalam gerak kerja memenuhi Petunjuk Utama Prestasi ‘Key Performance Indicator’ masing-masing. Oleh yang demikian, usaha murni dalam menigkatkan modal insan negara mampu dicapai.

Sepanjang tahun 2012, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Bengkel Penulisan Buletin 2, Lawatan Industri Asturi Metal, UKM – KAIST, Program Nanotech, PERFIK dan hari keluarga. Program-program tersebut berupaya menyumbang kepada peningkatan inovasi dan kreativiti setiap warga PPFG. Oleh itu, program-program seumpama ini haruslah diteruskan dan dimantapkan lagi bagi meneruskan penerapan nilai-nilai murni yang berterusan di kalangan warga PPFG.

Kesinambungan penerbitan buletin kali ini, hendaklah digarap baik oleh para graduan PPFG agar dapat diaplikasikan segala ilmu yang diperoleh bagi meningkatkan citra Fakulti dan UKM terus melangkah kehadapan.

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, saya dan warga editor ingin mngucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Buddha. Diharapkan pada tahun baru ini lebih banyak kejayaan yang lebih cemerlang dapat dicipta.

Akhir sekali, selamat maju jaya kepada semua warga PPFG. Semoga lebih menyerlah pada masa hadapan.

Semoga berjaya dan salam hormat.

“Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

4TH INTERNATIONAL UKM-KAIST SUMMER SCHOOL ON NUCLEAR POWER SCIENCE AND ENGINEERING 2012

Kata alu-aluan Ketua Editor Buletin PPFG

Dr. Norinsan Kamil OthmanKetua Editor Buletin

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Page 3: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 3

4TH INTERNATIONAL UKM-KAIST SUMMER SCHOOL ON NUCLEAR POWER SCIENCE AND ENGINEERING 2012

Pusat Pengajian Fizik Gunaan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada 4th International UKM-KAIST Summer School On Nuclear Power Science and Engineering 2012. Program anjuran bersama Korean Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) ini diadakan di Bangunan Sains Nuklear, Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Edisi kali ini menampilkan empat orang pakar nuklear dari KAIST bagi mengupas isu-isu berkaitan teknologi nuklear. Mereka adalah Prof. Dr. Man-Sung Yim, Prof. Dr. Jong H Kim, Prof. Dr. Yonghee Kim dan Prof. Dr. Jeong Ik Lee.

Program yang berlangsung pada 2-13 Julai 2012 ini disertai oleh 35 orang peserta. Mereka terdiri daripada para penyelidik serta wakil institusi-institusi seperti Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Atom Malaysia (AELB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta beberapa peserta dari universiti tempatan. Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menghantar peserta dari kalangan ahli akademik serta pelajar siswazah.

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan teknologi nuklear serta isu-isu semasa. Disamping itu juga, program ini menjadi medium pertukaran maklumat antara Malaysia dengan negara pengguna teknologi nuklear seperti Korea. Empat topik utama telah dikupas dengan mendalam oleh pakar-pakar tersebut merangkumi topik Radiological Environmental Impact, Risk and Reliability Engineering, Advanced and Future Reactor Concepts and Designs dan Nuclear Steam Supply System and Components Designs.

Perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi. Dalam ucapannya, beliau berharap program ini akan terus memberi peluang dan ruang kepada penyelidik dan pakar tempatan untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang teknologi nuklear ini.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Pendaftaran peserta

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ceramahUcaptama oleh Prof. Dr. Man-Sung Yim

Dr. Faizal Mohamed sedang mempengerusikan majlis

Page 4: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

4 I Buletin PPFG

PROGRAM INDUKSI MAHASISWA BERKUALITI KELAB SAINS BAHAN Oleh: Norinsan Kamil Othman

Pada 13 Oktober 2012, Kelab Sains Bahan telah mengadakan suatu program iaitu Program Induksi Mahasiswa Berkualiti yang bertempat di BSL 123 BK, Bangunan Kimia yang membawa tema “Mahasiswa Berkualiti Peneraju Negara Berinovasi”. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan di mana melibatkan semua pelajar Sains Bahan terutamanya pelajar tahun satu. Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap pelajar baru kelab ini mengenai jurusan yang mereka ambil disamping mereka dapat berkenalan dengan pensyarah, kakitangan dan ahli-ahli kelab yang lain.

Program ini dimulakan dengan ucapan ketua pengarah program iaitu Izzatun Nabila bt Ibrahim dan diikuti oleh ucapan Presiden Kelab Sains Bahan iaitu Mohammad Hafiz bin Zakaria.

Aktiviti ‘Lukisan dari Hati’

Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh para pensyarah. Antara pensyarah yang hadir ialah Dr. Norinsan Kamil B. Othman, Prof. Dr. Abdul Razak bin Daud dan Prof. Madya Dr. Rozaidi bin Rasid yang mana turut menjadi perasmi bagi program tersebut. Wakil alumni juga turut hadir bagi memberi semangat dan motivasi kepada ahli-ahli baru kelab ini. Program ini bertambah meriah dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah aktiviti suai kenal, lukisan dari hati dan aktiviti teka minda. Penglibatan ahli baru dan lama telah menggamatkan lagi suasana program. Di sini dapat dilihat semangat kerjasama antara ahli pasukan meskipun mereka dari berlainan tahun pengajian. Program ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari selepas semua pelajar menikmati jamuan tengah hari yang telah disediakan.

Aktiviti suai kenal

Page 5: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 5

PROGRAM JEJAK INOVASI MAHASISWA Oleh:Norinsan Kamil Othman

Hubungan industri-universiti merupakan hubungan amat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Ini kerana IPT merupakan pengeluar modal insan yang sangat diperlukan oleh pihak industri. Menyedari kepentingan hubungan industri-universiti ini diperkemaskan, PPFG melalui Kelab Sains Bahan telah mengadakan satu lawatan industri ke Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Program lawatan ini telah dinamakan Program Jejak Inovasi Mahasiswa dan telah diadakan pada hari Rabu, 14 November 2012. Seramai 33 pelajar dari Kelab Sains Bahan termasuk En. Yusri Adzir selaku pensyarah pengiring, telah menyertai lawatan ini.

Kedatangan kami disambut gembira oleh pegawai pengiring, Puan Noor Elisurianie yang juga merupakan alumni dari Program Sains Bahan. Taklimat ringkas diberikan oleh Puan Noor Elisurianie tentang tentatif program pada hari tersebut. Seterusnya, kami diberi taklimat pengenalan mengenai syarikat dan operasi hariannya oleh En. Abdul Aziz yang merupakan Pengurus Operasi merangkap Ketua Pematuhan Piawaian dan Standard Asturi.

Sedikit mengenai Asturi Metal Builders (M) Sdn. Bhd, syarikat ini merupakan syarikat milik penuh bumiputra yang menumpukan kepada penghasilan peralatan dalam bidang minyak dan gas. Antaranya adalah kebuk tekanan, kebuk pengeringan gas asli, penukar haba dan sebagainya. Syarikat ini diketuai dan dimiliki oleh Dato’ Shariff Shamsuddin dan telah memulakan operasi pada 1996 dan mempunyai lebih daripada 400 orang kakitangan. Diantara pelanggan terbesar syarikat ini adalah seperti Petronas Cari Gali, Sarawak Shell dan banyak lagi. Syarikat ini juga telah menempa pelbagai pengiktirafan dari pihak kerajaan dan institusi piawaian.

Setelah selesai taklimat pengenalan, para peserta telah dibawa melawat ke kawasan bengkel. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkah sesi lawatan ke bengkel dan pejabat rekabentuk. Peserta telah dibawa untuk melihat dengan lebih dekat operasi syarikat daripada proses rekabentuk menggunakan perisian khusus, sistem pemfailan pelanggan dan rekabentuk akhir. Seterusnya peserta dibawa ke kawasan bengkel untuk melihat proses fabrikasi dilakukan. Sedikit sebanyak, apa yang para peserta pelajari khususnya di dalam subjek Metalurgi dan Amali Sains Bahan telah diaplikasikan dalam proses fabrikasi ini.

Seusai sesi eksplorasi bengkel, peserta diberikan taklimat kerjaya oleh En. Zulkifli yang merupakan Pengurus Pengeluaran syarikat. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai alam kerjaya di industri dan peluang kerjaya di Asturi. Pihak Asturi juga mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan latihan industri di syarikat ini kepada para pelajar.

Program ini diakhiri dengan sesi bergambar di hadapan bangunan syarikat bersama pemilik syarikat, Dato’ Shariff Shamsuddin. Beliau berkesempatan memberikan sedikit ucapan pembakar semangat kepada para pelajar.

Tidak dinafikan para peserta mendapat input yang amat berguna sepanjang sesi lawatan ini berlangsung dan diharapkan agar program lawatan industri ini menjadi acara tahunan yang berterusan dianjurkan oleh Kelab Sains Bahan supaya para pelajar memperolehi sedikit sebanyak pengalaman yang berguna yang tentunya bermafaat apabila mereka menjejakkan kaki ke alam kerjaya kelak.

Para peserta bergambar bersama CEO syarikat Dato’ Shariff Shamsuddin

Taklimat pengenalan oleh En. Abdul Aziz

Page 6: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

6 I Buletin PPFG

Oleh: Solhan Yahya, Nurul Atikah Shariff dan Nadzirah MohamadPERSIDANGAN FIZIK KEBANGSAAN 2012

Bonjour! Seramai 110 orang peserta telah menyertai ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga bagi para ilmiah yang kebiasaanya bersarang di makmal penyelidikan memerah otak dan keringat menyelesaikan rangkaian teori dan formula. Perjalanan yang penuh liku hampir 2 jam berbaloi apabila puncak menara bangunan berbentuk istana lama Perancis mula muncul di puncak bukit. Sejurus terhenti enjin bas, semua mata yang memandang terpana dengan keindahan bandar kecil serupa kota Perancis tersegam indah di tengah-tengah rimba hutan topika.

Tanggal 19-21 November 2012, Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 (PERFIK 2012) telah berlangsung dengan jayanya di Colmar Tropicale. Persidangan bagi membentangkan hasil penyelidikan selama 3 hari tersebut disertai oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar dari pelbagai institusi penyelidikan dan universiti di seluruh negara. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

Sesi pembentangan dibahagikan kepada beberapa topik/bahagian pembentangan iaitu Fizik Bahan, Fizik Optik, Fizik Matematik, Astronomi, Astrofizik dan lain-lain. Sesi pembentangan yang diadakan bukan sahaja bercorakkan soal jawab dibilik persidangan, tetapi juga berbentuk pameran poster penyeli dikan. Pembentang jemputan yang terdiri daripada ahli akademik yang berdedikasi juga turut berkongsi ilmu dan informasi dengan peserta pada hari ke-2. Kedinginan dan suasana malam di resort tersebut tidak disia-siakan begitu sahaja oleh peserta dimana majlis makan malam merupakan acara yang ditunggu-tunggu. Pelbagai hidangan ala Perancis disajikan dan sudah pastinya menaikkan keterujaan selera. Bon Apetite!!!

Setelah 2 hari berada di Bukit Tinggi mengikuti persidangan, para peserta telah membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar menikmati pemandangan kerana ianya sangat rugi jika tidak meluangkan masa menikmati keindahan tempat seperti di Bukit Tinggi ini. Peserta telah berkunjung ke Taman Jepun mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit dari resort tempat peserta menginap. Setibanya di sana, peserta perlu mendaki bukit untuk melihat taman tersebut yang terletak di atas bukit.

Walau penat kaki melangkah, tetapi itu tidak mematahkan semangat peserta untuk terus mendaki. Peserta begitu teruja melihat penempatan tradisional Jepun yang dibina di dalam hutan tropika. Taman Jepun di Bukit Tinggi ini merupakan Taman Jepun yang pertama dibina di dalam hutan tropika. Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk ke Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan Taman Jepun. Di sana, peserta dapat menikmati keindahan flora dan fauna. Bunga Orkid terbesar di Malaysia merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di Taman Botani.

Pada hari terakhir, peserta telah meneroka kawasan sekitar resort tersebut. Bangunan yang dibina berdasarkan tema Kota Perancis ini mempunyai seni bina yang cantik dan unik. Peserta juga tidak melepaskan peluang merakamkan detik-detik indah di kawasan resort untuk diabadikan sebagai kenangan. Semasa berada di sana, para peserta merasakan seolah-olah berada di Perancis.

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur persidangan PERFIK 2012; UKM, Akademi Sains, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Fizik Malaysia (IFM) kerana telah berjaya menganjurkan persidangan penyelidikan yang sangat bermanfaat. Bon Travail!!!

Peserta PERFIK 2012

YBhg. Dato’ Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin sedang memberikan ucapan

Page 7: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 7

BENGKEL PENULISAN BULETIN - TEORI DAN PRAKTIS Oleh: Mohd Amir Radhi

Pada 27/11/2012 yang lepas telah diadakan Bengkel Penulisan Buletin dan Rencana 2 (Teori dan Praktis) di bilik mesyuarat Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel sehari ini telah bermula lapan pagi dan berakhir lima petang.

Pada tahun ini, Puan Hariyati Ariffin telah dijemput sebagai penceramah untuk bengkel sehari ini. Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Selangor. Beliau berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang media dimana pernah berkhidmat di NSTP Berita Harian, Harian Metro dan NTV7. Beliau sekarang adalah penulis jemputan dalam ruangan MINDA Harian Metro.

Pengalaman luas beliau terpapar melalui kebolehannya mengendalikan bengkel ini secara santai. Beliau mengambil pendekatan perkongsian ilmu kerana para peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan dan daripada yang muda sehinggalah yang telah berpuluh tahun berpengalaman berkerja. Seramai 39 orang peserta adalah daripada kakitangan FST telah hadir ke bengkel ini. Bengkel penulisan kali ini menekankan aspek praktis dimana peserta dibahagikan kedalam kumpulan dan perlu menghasilkan satu artikel. Hasil penulisan peserta dibentangkan dihadapan semua peserta dan dinilai dan dibincangkan oleh penceramah. Maklumbalas peserta adalah amat menggalakkan. Ini menunjukkan bengkel yang mereka sertai ini benar-benar memberikan manfaat kepada para peserta.

Sesi diskusi Perbincangan kumpulan

Peserta tekun mendengar penerangan oleh Puan Hariyati Ariffin

Page 8: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

8 I Buletin PPFG

LENSA PPFG

PERFIK 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Malam Anugerah MASS

Bengkel Penulisan Buletin - Teori dan Praktis

Page 9: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 9

Program Induksi Mahasiswa Berkualiti Kelab Sains

Lawatan daripada Flinders University

Kolokium PPFG 2012

LENSA PPFG

Kolokium PPFG telah pun diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka pada 7 hingga 7 Oktober

2012

Mutiara Kata

Page 10: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

10 I Buletin PPFG

RAMAN SPEKTROSKOPI

Tahukah anda apa itu alat penyelidikan Raman Spektroskopi? Nama alat penyelidikan ini diambil sempena nama pemenang hadiah Nobel Laurette dalam bidang fizik 1930 iaitu Sir Venkata Raman. Spektrokopi bermaksud spectron dalam bahasa Latin yang memberi makna ghost atau spirit. Kita tidak boleh melihat molekul secara terus kerana itu ianya digelar sebagai ghost, tetapi kita boleh mencerap interaksi cahaya dengan molekul untuk mengetahui darjah kebebasan molekul.

Raman spektroskopi ialah teknik spektroskopi yang digunakan untuk mencerap getaran, putaran dan mod berfrekuensi rendah dalam sesuatu sistem. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada serakan tidak anjal atau serakan raman oleh cahaya monokromatik yang kebiasaannya menggunakan sumber cahaya daripada laser dalam lingkungan cahaya nampak, inframerah dan ultralembayung.

Foton daripada cahaya laser akan diserap oleh sampel dan dipancarkan semula. Foton tersebut akan bertindak balas dengan getaran molekular, fonon atau apa sahaja yang teruja di dalam sistem. Kesan daripada tindak balas ini akan menyebabkan tenaga daripada foton laser teranjak ke atas atau ke bawah. Tenaga daripada anjakan ini akan memberikan maklumat getaran di dalam sistem. Terdapat beberapa jenis getaran di dalam molekul antaranya regangan dan pembengkokkan. Pada kebiasaannya, frekuensi pembengkokan adalah lebih rendah dari frekuensi regangan di sebabkan tenaga yang diperlukan untuk membengkok molekul adalah lebih rendah berbanding meregang.

Antara sampel yang boleh di uji menggunakan alat penyelidikan ini ialah dalam bentuk cecair, pepejal, gel, serbuk, filem, sebahagian jenis logam dan campuran bahan. Apa yang menariknya, keputusan yang di paparkan mampu memberi maklumat peratusan bahan di dalam sampel. Oleh yang demikian, para penyelidik mampu menjalankan analisis kualitatif dan kuantitatif.

Bagi penyelidik yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Raman Spektroskopi ini boleh hubungi En. Idris ([email protected]) atau penyelaras makmal Dr. Mohammad Hafizuddin Hj Jumali ([email protected])

Pemegang sampel Raman spektroskopi

Alat Raman spektroskopi

Spektrum Raman yang terhasil

Oleh: Idris Zulkifle

Page 11: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 11

SAINTIS MUDA

Boleh Dr. ceritakan sedikit latar belakang serta pendidikan Dr.?Saya dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Jun 1979. Bapa saya adalah seorang pengetua sekolah dan beliau sering bertukar tempat bertugas. Disebabkan itu, saya menamatkan pengajian rendah di tiga sekolah berlainan iaitu di Sekolah St. Paul, Beaufort, SRK Kinarut, Papar dan SRK Lok Yuk, Likas. Saya menamatkan pengajian menengah dan matrikulasi di Sekolah Menengah Sains Sabah dari tahun 1991 hingga 1998.

Saya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Nuklear di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tamat pada 2001. Seterusnya saya melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Exeter University, Devon, UK dan tamat pada tahun 2008.

Boleh Dr. terangkan sedikit mengenai latar belakang keluarga?Keluarga saya berketurunan Bajau, bumiputera Sabah. Saya memiliki empat orang adik beradik dan kedua ibubapa saya telah meninggal dunia. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apakah bidang kepakaran Dr.?Bidang kepakaran saya adalah Biofizik Sinaran, tetapi kini lebih tertumpu kepada bidang sinaran dan bahan.

Apakah bidang tumpuan yang lain, selain bidang kepakaran?Selain daripada bidang kepakaran, saya juga memberi tumpuan pada bidang seperti sinar tidak mengion, keselamatan nuklear dan nanotekonologi. Salah satu kajian yang dijalankan adalah penyediaan dan pencirian nanozarah kuprum oksida (CuO) dan zink oksida (ZnO) dengan kaedah sonokimia serta aplikasi dalam dye-sensitized solar cell (DSSC). Selain itu, saya juga menjalankan kajian keselamatan sinar tidak mengion di UKM iaitu penentuan aras sinaran dan saranan program perlindungan keselamatan.

Adakah Dr. terlibat dengan badan professional, persatuan dan NGO?Ya, buat masa ini saya terlibat dengan Persatuan Nuklear Malaysia.

Apakah perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Setakat ini saya masih lagi meneruskan penyeli dikan dengan menggunakan geran sedia ada. Secara kasarnya penyelidikan saya terbahagi kepada dua iaitu tujuh penyelidikan dalam bidang kepakaran dan 17 penyelidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya juga terlibat dengan tiga penyelidikan luar seperti di Universiti Sains Islam Malaysia.

Apakah pendapat Dr. tentang perkembangan Sains dan Teknologi masa kini?Pada pandangan saya, perkembangan ICT pada masa kini membolehkan semua individu memperoleh pelbagai maklumat, samada maklumat yang diperolehi itu tepat atau tidak kesahihannya. Selaku penyelidik, tugas utama sebagai sumber rujukan dalam bidang sains dan teknologi kini telah beralih kepada fasilitator bagi mengesahkan maklumat-maklumat yang diperolehi di dunia maya.

Apakah laman sesawang yang selalu Dr. kunjungi?Laman sesawang yang selalu saya kunjungi adalah seperti Sciencedirect dan Scopus. Selain itu, saya juga selalu melayari ESPN Soccernet dan facebook.

Apakah moto dan falsafah hidup Dr.?Saya berpegang pada kata-kata “Dalam setiap usaha yang dilakukan, sasarkan ke langit, walau gagal sekalipun, kita masih boleh mendarat di awan.”

Dr. Irman Abdul Rahman

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Page 12: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

12 I Buletin PPFG

...sambungan wawancara bersama Prof. Dato’ Dr. Yusof Othman dari keluaran Buletin PPFG siri 5.

Bagaimana pula orang Islam yang sebahagian besarnya memahami bahawa Islam dan kehidupan (justeru itu sains dan agama) tidak dapat dipisahkan tampak masih mundur? Mengapa orang Islam semenjak kejatuhan sebagai kerajaan terbesar dunia tidak pernah bangkit sebagai empayar kuasa dunia? Jika alasannya disebabkan pengaruh Barat melalaikan masyarakat Islam dengan perbagai hiburan, kesukanan, dan berbagai-bagai bentuk lagi, pelalaian ini juga terkena masyarakat Barat juga. Mengapa masyarakat mereka tidak terkesan dengan kelalaian ini?

Memang ramai orang Islam mengamalkan ajaran agamanya, sebab itu mereka mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Tetapi ini semua adalah ibadah ‘fardzi’, yakni ibadah yang dilakukan dan diwajibkan secara individu. Tetapi dalam ibadah yang dilakukan secara ‘jama’i’, umat Islam memerlukan kepada pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu, beriman, mempunyai sikap atau fikrah (cara berfikir) yang betul, suka mendampingi para ilmuwan, mempunyai perangai dan budi pekerti yang mulia, berdisiplin, dan iltizam dalam membangunkan negara dan umatnya serta bertanggungjawab dengan Allah S.W.T., sesama manusia dan alam ini keseluruhannya. Kemunduran umat Islam bukan kerana mereka tidak mempunyai sumber alam, sebab lebih daripada 70% sumber alam di dunia ini terletak di negara yang dimiliki oleh umat Islam.

Umat Islam juga mempunyai sejarah peradaban yang cukup gemilang dan lama dalam pelbagai aspek kehidupan; sains, teknologi, perubatan, ekonomi, pengurusan, peperangan, kehidupan bersosial, perundangan, hubungan antarabangsa, hubungan antara etnik dan agama dan pelbagai bidang lain lagi. Malah dalam setiap aspek kehidupan terdapat sistem Islam. Dalam pemerhatian saya, kelemahan umat Islam hari ini terletak kepada beberapa perkara berikut:

Pertama, di peringkat manapun kita lihat, kita mempunyai kepimpinan yang lemah yang hanya melihat diri atau kelompok mereka sendiri sahaja. Takut dengan bayang-bayang politik (dunia dan kebangsaan) sehingga sanggup melanggar prinsip dan dasar yang terdapat dalam perlembangan dan perundangan, dan asas pembinaan negara bangsa. Tidak dapat melihat antara ‘musuh’ politik dengan mereka yang seagama tetapi tidak sependapat dengan mereka. Perkara ini berlaku hampir di seluruh dunia. Ada pemimpin negara Islam yang menjemput ‘musuh’ Islam untuk ‘membunuh’ umat Islam dalam negaranya sendiri yang dianggap musuhnya.

Apakah ini akan memajukan umat Islam?Kedua, negara Islam (mungkin Malaysia terkecuali) tidak bersungguh-sungguh untuk mendidik umatnya. Bayangkan sebanyak mana dana yang diperuntukan untuk pendidikan dan penyelidikan, membina universiti dan sekolah sebagaimana diperuntukan untuk angkatan tentera untuk menjaga kepentingan peribadi pemimpin berkenaan. Universiti dan sekolah yang berada dalam negara umat Islam amat zaif. Sebagai bandingan, bayangkan di negara Switzerland dengan penduduknya 7.54 juta orang mempunyai 89 buah universiti yang diajar dalam bahasa ibunda mereka; Jepun dengan rakyatnya 127.4 juta orang mempunyai sekitar 1000 buah universiti yang juga mengajar dalam ibunda mereka, sedangkan negara OIC dengan pendudukannya 1.3 bilion mempunyai tidak sampai 600 buah universiti, yang kadang-kadang mengajar dalam bahasa orang yang menjajah mereka. Ini belum dihitung universiti yang berkualiti yang melahirkan ilmuwan tersohor yang melakukan pelbagai kegiatan penyelidikan dan pendidikan. Jepun tidak mempunyai sebarang sumber alam, malah negaranya sering ditimpa mala petaka gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami, tetapi pengeksport kereta, motorsikal, barangan di rumah kediaman, peralatan pejabat dan pelbagai barangan

Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman

Oleh: Mohd Amir Radhi OthmanTOKOHPROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF OTHMAN

Page 13: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 13

Oleh: Mohd Amir Radhi OthmanTOKOHPROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF OTHMAN

elektronik yang lain untuk kegunaan penduduk dunia. Semua bahan mentahnya datang daripada negara Islam. Rakyat Switzerland tidak pernah melihat, apatah lagi menanam pokok koko, tetapi negeranya pengeksport coklat yang terkenal di dunia! Biji koko datang daripada negara Islam di Afrika!

Umat Islam kini terkenal dengan sikap suka bergaduh dan berperang sesama sendiri dalam hal-hal yang amat tidak wajar untuk berperang dan bergaduh, hingga tergadai semua apa yang mereka ada kepada orang lain. Harta yang diperuntukkan atas nama ‘simpanan Melayu’ pun nak diberi, peluang dan ruang yang diberikan untuk memajukan anak watan yang terdapat dalam Perlembagaan juga sudah diberikan. Kadang-kadang orang tak minta pun dia beri. Bahasa ibundanya sendiri yang menjadi jati diri di negaranya sendiri, yang mempunyai segala nilai terpuji, yang diambil daripada kitab al-Qur’an yang maha suci daripada Ilahi tidak dihormati; tetapi bahasa asing, bahasa orang yang pernah menjajahnya disanjung dan dipuji. Dihinanya bahasanya sendiri dengan mengatakan bahasanya tidak mampu mengungkap sains dan teknologi, bahasa yang tidak mampu untuk mengungkap tulisan ilmiah ber-KPI tinggi, bahasa bukan untuk golongan usahawan dan bangsawan, bahasa yang tidak layak untuk mengiklan barangan, bahasa yang sesuai untuk orang kampung yang tidak berpelajaran. Hari ini bahasa golongan minoriti pula yang sedang diberi kemudahan untuk dipelajari. Kita yang masih berkuasa, yang masih boleh membangunkan bahasa sendiri dan acuan kita sendiri (Islam), kita sendiri yang tidak mahu menggunanya dan membangunkan bahasa tersebut.

Sudah banyak kali saya tegaskan yang ‘‘adil’ itu tidak sama dengan ‘justice’ sebab kalimah ‘adil itu adalah kalimah Allah daripada al-Qur’an yang diambil daripada ayat ‘berlaku ‘adillah, sesungguhnya dengan berlaku adil itu akan mendekatkan kamu kepada ketaqwaan’ (Surah al-Maaidah (5): 8), sedangkan ‘justice’ menurut kamus bermaksud ‘fairness’ atau kesamarataan – Tuhan tidak ada dalam perhitungan pengertian istilah ‘justice’. Begitulah dengan pelbagai kalimah dalam al-Qur’an yang telah diMelayukan seperti adab, azab, akhlak, ikhlas, hina, sehat, syukur, mesyuarat, masyarakat, musafir, fikir, iltizam, ilmu, amal, iman, kufur, nikmat dan beribu-ribu perkataan yang mempunyai makna dan falsafah al-Quran di dalam bahasa Melayu.

Semua istilah inilah yang menjadikan bahasa Melayu itu bernilai Islam. Sekiranya kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menggantikan bahasa Melayu, bererti kita telah mensekularkan orang Melayu sebagaimana orang Inggeris memisahkan nilai agamanya daripada bahasa mereka. Dengan demikian kita juga sedikit demi sedikit akan disekularkan daripada segi nilai perbahasaannya.

Dalam pemerhatian saya, ahli sains, ahli ekonomi dan perniagaan Melayulah yang sering mendesak pemimpin Melayu menggunakan bahasa asing yang pernah menjajah negera ini. Lihat premis perniagaan Melayu yang sebahagiannya Syarikat Milik Kerajaan tidak menjadi contoh untuk menggunakan dan membangunkan bahasa Melayu yang mengandungi segala nilai agama yang terpuji itu. Atas nama keuntungan, atas nama kenaikan pangkat, atas nama pembangunan, atas nama KPI, atas nama pengantarabangsaan, atas usaha untuk diiktiraf di pentas dunia, atas semua alasan inilah bahasa Melayu sedikit demi sedikit gugur, melukut dan tumpas di tanah airnya sendiri yang dulunya bernama Tanah Melayu. Bagaimana mungkin kita membangun jati diri?

Bagi saya, Islam bukan agama yang menolak hiburan. Kepada saya tidak ada satu hujah Islampun yang membolehkan umat Islam tidak berhibur. Hanya manusia, malah ada umat Islam sendiri yang menyalahertikan erti makna hiburan. Mereka meletakkan hiburan dalam ruang makna yang sempit. Saya sempat berziarah ke ‘Tib Medrassi’, sebuah muzium di Turki yang menyimpan khazanah peralatan muzik yang dibangunkan oleh al-Farabi (870-950) seorang Ilmuwan Islam terkenal sehingga hari ini. Al-Farabi membangun peralatan muzik yang dilagukan untuk mengubati penyakit orang-orang yang sukar untuk tidur. Beliau juga menggunakan muzik sebagai terapi untuk orang-orang yang terkena penyakit ‘unsound mind’. Malah saya sempat melihat pengkelasan muzik yang dibuat oleh al-Farabi ini, juga peralatan muzik yang dibinanya.

Kelemahan umat Islam kini juga adalah kerana kita gagal untuk memberikan pentafsiran saintifik dalam skop dan nilai-nilai Islam yang murni itu, yang menyebabkan sebahagian daripada kalangan kita berperasangka buruk dengan pengetahuan sains dan teknologi tersebut.Wallahu’allam.

Page 14: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

14 I Buletin PPFG

SAINTIS ISLAM Oleh: Rusli Yahya

BAPA OPTIK

Abu Ali Al-Hasan Ibn Al-Hasan Ibn Al-Haytam merupakan saintis Islam terkenal dalam bidang optik. Beliau dilahirkan di Basra Iraq pada tanggal 1 Julai 985 M (354 Hijrah) dan meninggal pada 6 Mac 1040 M (430 Hijrah) di Kaherah Mesir ketika beliau berumur 74 tahun.Beliau adalah merupakan seorang sarjana Fizik dan matematik Islam terkenal sehingga hari ini. Beliau lebih dikenali dengan nama Al-hazen, Ibn-Haytam atau di barat Al-hacen.

Al-hazen mendapat pendidikan awalnya di Basra dan seterusnya di Baghdad semasa kegemilangan empayar islam Abasiah. Beliau adalah seorang penjawat awam dan suka membaca buku berkaitan Teologi dan Sains. Beliau juga pernah diletakan dibawah tahanan rumah dari 1011 hingga 1021. Beliau telah menulis Kitab al-Manazir (Kitab Optik) semasa dalam tahanan. Selepas penahanan rumahnya berakhir, beliau menghasilkan sejumlah karya penulisan lain dalam bidang fizik ,astronomi dan matematik .Beliau kemudiannya mengembara ke Sepanyol (Andalusia) untuk mendalami ilmu dalam bidang sains terutamanya optik, matematik, fizik ,perubatan dan pembangunan kaedah eksperimen sains moden.

Antara kitab Al-hazen yang paling terkenal mengenai optik adalah Kitab al-Manazir. Kitab ini ditulis selama 10 tahun dari1011M hingga 1021M. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh ulama yang tidak diketahui pada akhir kurun ke-12 atau awal abad ke-13 dan telah dicetak oleh Friedrich Risner pada tahun 1572M, dengan tajuk Tesaurus Opticae: AlhazeniArabislibriseptem, nuncprimumediti; eiusdem Liber De Crepusculis et nubiumascensionibus.

Hasil kerja beliau telah mendapat perhatian yang tinggi di Zaman Pertengahan . Kesan peninggalan kerja Al-hazen ke atas subjek geometri telah ditemui di Nationale Bibliothèque di Paris tahun 1834M oleh E. A. Sedillot. Manuskrip lain disimpan di Perpustakaan Bodleian di Oxford dan Leiden. Beliau juga telah membina kamera obscura dan kamera lubang jarum yang pertama. Al-hazen telah menghasilkan lebih 200 penulisan dalam pelbagai bidang dimana 96 karyanya adalah dalam bidang sains. Namun kebanyakan karyanya hilang dan tidak dapat diselamatkan.

Teorem Ibn Haytham

kamera obscura

kamera lubang jarum

Page 15: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

Buletin PPFG • 15

BINTANG YANG MENEMBUS

“Demi langit dan yang datang pada malam hari. Tahukah kamu apa yang datang pada malam hari. (Iaitu) bintang yang cahayanya

menembus.”

Surah At-Thariq (1-3)

Kejadian bintang-bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Lihat sahaja kepada bilangannya, jaraknya, rupabentuknya dan gugusan-gugusannya. Semuanya menggambarkan kehebatan Sang Pencipta dan seharusnya segala kekaguman dan kehebatan tersebut dikembalikan kepadaNya.

Salah satu dari jenis bintang yang wujud adalah ‘bintang yang cahayanya menembus’ atau an-najmu at-thaaqif. Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi. Di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran (Di Bawah Bayangan Al-Quran) karangan Asy-Syahid Syiekh Qutb Rahimahullah menyatakan bahawa ayat diatas merupakan suatu pertanyaan kepada manusia dan seolah-olah perkara yang ditanya itu di luar kefahaman dan pengetahuan manusia. Bintang-bintang yang cahayanya menembus pula membawa maksud bintang-bintang itu menembusi kegelapan langit dengan cahayanya yang terang. Said Hawwa pula di dalam al-Asas fi al-Tafsir menyatakan bahawa ayat diatas dikaitkan dengan malam hari bagi menampakkan kegemilangan cahayanya persis cahaya terang yang menembusi kegelapan malam hari.

Dalam kamus bahasa Arab, perkataan at-Thaqib berasal dari perkataan thaqaba yang bermaksud mengorek, menyucuk, dan membuat lubang. Semuanya bermaksud lubang atau membuat lubang. Perkataan at-thaqib juga diterjemahkan kepada cahayanya yang menembus.

Berdasarkan terjemahan perkataan-perkataan tersebut beberapa andaian telah dibuat oleh para pengkaji Al-Quran tentang maksud ayat-ayat di atas dari segi saintifiknya. Dr. Mohd Arif Kasmo di dalam bukunya, ‘Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran’ (PASAK), telah mengaitkan ayat 3 surah ini dengan fenomena Black Hole. Ini kerana Black Hole mengeluarkan sinar-X yang mempunyai kemampuan untuk menembusi semua objek pepejal.

Di dalam buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin, tafsiran saintifik terhadap ayat-ayat di atas diperluas dengan mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan fenomena komet dan blazar. Ini kerana komet adalah objek yang wujud di alam semesta di mana sifatnya adalah bercahaya dan bergerak menembusi ruang angkasa. Blazar pula adalah pancaran radiasi berkuasa tinggi yang keluar dari Black Hole yang terhasil apabila radiasi ini bertembung dengan unsur yang bernama foton. Kedua-dua objek tersebut bergerak menembusi angkasa raya dengan cahaya tajam dan terang dan sifat ini memenuhi maksud at-Thaqib.

Semoga bintang kebenaran akan terus menembusi kegelapan hati kita sehingga memperlihatkan kepada kita mengenai keagungan Ilahi dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kehidupan kita. Amin.

Oleh: Yusri Adzir

Page 16: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 6.pdf · Aktiviti ‘Lukisan dari Hati ... ekplorasi merentasi hamparan belukar mengulit bukit yang tinggi merupakan pengalaman berharga

16 I Buletin PPFG

PENERIMAAN IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

Dr. Mohd Amir Radhi OthmanUniversity of Wollongong, Australia

KELAHIRAN CAHAYAMATA BARU

Prof. Madya Dr. Muhammad Azmi Abdul HamidDr. Roslinda Shamsudin

Dr. Norinsan Kamil Othman

ANUGERAH PERKHIDMATAN 30 TAHUN

En. Rusli YahyaTn. Hj. Razali Datau

En. Md. Yaakub YassinEn. Zailan YusofEn. Takim SaringEn. Halidin Das

Pn. Mahnon Marsindi

ANUGERAH PERKHIDMATAN 20 TAHUN

Prof. Dr. Mohamad Deraman

SELAMAT BERSARA

Prof. Dr. Mustaffa Hj. AbdullahProf. Madya Dr. Koh Aik Khoon