buletin ppfg buletin ppfg - official portal of ukm 9.pdf · (nbt 2015), forum tokyo tech, ipho,...

24
Buletin PPFG • 1 Pusat Pengajian Fizik Gunaan BULETIN PPFG LAWATAN INDUSTRI CERAMAH KERJAYA ALUMNI SESI 2015 JILID 9, NOVEMBER 2015 PERTANDINGAN IPHO 2015 5 TH TOKYO-TECH AND HITACHI-GE NANO & BIORESOURCE TECHNOLOGY CONFERENCE AMALI LAPANGAN BICARA TUNTAS MAHASISWA BARU MAJLIS JAMUAN RAYA

Upload: phungnguyet

Post on 13-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buletin PPFG • 1

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

BULETIN PPFG

LAWATAN INDUSTRI

CERAMAH KERJAYA ALUMNI SESI 2015

JILID 9, NOVEMBER 2015

PERTANDINGAN IPHO 2015

5THTOKYO-TECH AND HITACHI-GE

NANO & BIORESOURCE TECHNOLOGY CONFERENCE

AMALI LAPANGAN

BICARA TUNTAS MAHASISWA BARU

MAJLIS JAMUAN RAYA

2 I Buletin PPFG

SIDANG PENGARANGPenaung:

Dekan FST

Penasihat:Prof. Dr. Supian Samat ([email protected])Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Dr. Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Hasnoor Ali ([email protected])

Pereka dan Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Jurugambar:Hj Razali Datau ([email protected])

Wartawan Umum:Dr. Mohd Amir Radhi Othman ([email protected])

Hasnoor Ali ([email protected])Noor Farahin bt Othman ([email protected])

Wartawan Fizik:Dr. Sharifah Nabihah Syed Jaafar ([email protected])

Natrah Nasir ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Dr. Siti Aisyah Shamsudin ([email protected])Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Dr. Norsyahidah Mohd Hidzir ([email protected])

Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad ([email protected])Molkhan Miskam ([email protected])

Website:

Tazidi Taibhttp:www.ukm.my/bulppfg

Email: [email protected]

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIMAssalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Sayang UKM.

Alhamdulillah dengan rahmat Allah swt. Buletin PPFG Edisi ke-9 telah berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Buletin PPFG dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha yang diberikan dalam menerbitkan Buletin PPFG untuk Edisi kali ini. Warga buletin ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan Pengerusi baru PPFG iaitu Prof. Dr. Supian Samat yang bermula pada 15 Oktober 2015 sehingga 10 Julai 2017. Warga PPFG percaya dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, segala tanggungjawab dan cabaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak PPFG mengucapkan tahniah dan Selamat Datang kepada mahasiswa baru yang terpilih ke UKM Pendaulat Amanah Negara dan selamat kembali kepada mahasiswa PPFG bagi kemasukan sesi 2015/2016. Sesi minggu mesra mahasiswa yang pertama kalinya membawa pelajar dan ibu bapa terus ke fakulti bagi mengenali tempat pembelajaran dan pensyarah anak masing-masing merupakan perubahan yang agak unik dilakukan pada kali ini berbanding dengan kebiasaan membawa pelajar mendaftar di kolej kediaman dahulu. Program Bicara tuntas bagi mencungkil bakat mahasiswa baru dalam bidang inovasi juga merupakan pembaharuan yang diperkenalkan. Sekali lagi tahniah kepada Pasukan PPFG yang mewakili fakulti memenangi tempat ke 3 dalam pertandingan bicara tuntas yang bertajuk “Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains untuk Generasi Z” itu dengan memenangi hadiah cek bernilai RM 1000.00.

Pelbagai aktiviti berjaya dijalankan oleh warga PPFG bagi tahun 2015 seperti Persidangan Nano Bio sumber dan Teknologi Nano (NBT 2015), forum Tokyo Tech, IPhO, Jamuan Hari Raya, Amali Lapangan Pelajar Sarjana Program Sains Nuklear dan juga Alumni Career Talk. Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengangkat PPFG menjadi pusat yang terunggul dan mengeratkan silaturrahim di antara semua warga PPFG serta masyarakat luar demi mendukung KRA UKM.

Edisi kali ini segmen khas belangsungkawa diterbitkan bagi mengingati pemergian Allahyarham Prof. Dr. Redzuan Yahya dan Prof. Madya Dr. Mohd Fuad. Sumbangan mereka sangat bernilai dan pemergian mereka merupakan suatu kehilangan besar buat warga PPFG. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat tokoh ini. Akhir kata, selamat maju jaya kepada warga PPFG sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Kata alu-aluan Ketua Editor BuletinDr. Norinsan Kamil Othman

Buletin PPFG • 3

5th TOKYO-TECH AND HITACHI-GE NUCLEAR ENGINEERING COURSE IN MALAYSIA 2015

Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) sekali lagi menjadi tuan rumah kepada 5th TOKYO-TECH AND HITACHI-GE Nuclear Engineering Course in Malaysia 2015. Program anjuran bersama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini diadakan di Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Edisi kali ini menampilkan 7 orang pakar nuklear dari TOKYO-TECH AND HITACHI-GE dan seorang pakar dari UKM bagi mengupas isu-isu berkaitan kejuruteraan nuklear. Mereka adalah Prof. Masavuki Igashira, Prof. Madya Takehiko Tsukahara, Prof. Yoshiaki Himeno, Prof. Kosaku Fukuda, Dr. Haruo Fujimori, Encik Kumiaki Moriya, Encik Ko Akatsu dan Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani.

Program yang berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2015 ini disertai seramai 95 orang peserta. Mereka terdiri daripada para pelajar dari UKM dan UNITEN. Selain itu, peserta juga terdiri daripada para penyelidik serta wakil institusi seperti Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) serta beberapa peserta dari agensi dan syarikat yang berkaitan.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Lawatan ke XPS.

Program ini merupakan acara tahunan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kejuruteraan nuklear serta isu-isu semasa. Program kali ini lebih tertumpu kepada topik yang berkaitan dengan BWR Structural Material and Chemistry. Perbincangan yang mendalam telah dikupas oleh pakar-pakar yang dijemput dalam membincangkan tajuk mengenai Progress in Fukushima Daiichi Decommissioning, International Cooperation in Human Capital Development, Structural Materials and Aging Degradation, Chemistry and Technology of Nuclear Fuel Cycle, Radiation Reduction and Control, including Water Chemistry, Nuclear Waste Management, Safety Design and Lessons from Fukushima Accident dan Nuclear Data Study for Nuclear Transmutation.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Sahrim Hj.Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Dalam ucapannya, beliau berharap program kolaborasi ini dapat diteruskan pada masa depan dengan pelbagai lagi perkongsian pintar serta pindahan teknologi kejuruteraan dari pakar-pakar luar selaras dengan bidang keberhasilan utama KRA3 UKM iaitu perkongsian pintar dan keterlibatan strategik.

Syarahan Kima dan Teknologi Nuklear.

Peserta bergambar kenangan.

4 I Buletin PPFG

AMALI LAPANGAN SARJANA SAINS (KESELAMATAN SINARAN DAN NUKLEAR) Oleh: Azlan Shah Mustafa

Amali Lapangan Sarjana Sains (Keselamatan Sinaran dan Nuklear) merupakan ekspedisi yang diadakan setiap tahun oleh Program Sains Nuklear. Ekspedisi ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang tatacara kerja lapangan merangkumi kaedah pengambilan sampel, kaedah pengukuran serta penggunaan alatan. Ekspedisi ini merupakan kali ke 3 yang pernah diadakan selepas Taman Negara, Kuala Tahan (2013) dan Taman Negara Endau-Rompin, Peta (2014).

Ekspedisi ini telah berlangsung pada 27 - 29 Mac 2015 yang disertai oleh 32 orang pelajar serta 8 orang pensyarah dan kakitangan yang diadakan di Taman Negara Endau- Rompin, Selai yang dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir.

Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh kakitangan Taman Negara pada sebelah malam hari pertama. Para peserta telah diberikan penerangan mengenai aspek keselamatan dan laluan yang bakal digunakan.

Pengukuran pH dan Oksigen terlarut.Ekspedisi bermula pada jam 9.00 pagi hari kedua. Sebanyak 3 stesen telah ditetapkan untuk pengambilan sampel dan kajian iaitu Lubuk Tapah, Takah Berangin dan Takah Tinggi. Kesemua stesen ini terletak di sepanjang laluan ekspedisi dengan anggaran perjalanan pergi dan balik sejauh 8 kilometer.

Pengukuran dan pengambilan sampel telah dibuat di semua stesen terlibat. Antara sampel-sampel yang diambil adalah daripada air, tanah, sedimen, tumbuhan dan ikan. Bagi sampel air, pengukuran dari segi bacaan pH, kandungan oksigen terlarut dan konduktiviti telah diambil. Selain itu, pengukuran dos sinaran radioaktif menggunakan meter tinjau juga dibuat. Ekspedisi ini berjaya mencapai objektifnya dan tamat pada jam 5 petang. Proses pengajaran dan pembelajaran diluar bilik kuliah dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari selaras dengan KRA1, UKM.

Ekspedisi bermula.

Para peserta.

Buletin PPFG • 5

NANO & BIORESOURCE TECHNOLOGY CONFERENCE (NBT 2015) Oleh: Syarifah Nabihah Syed Jaafar

Pada 28 dan 29 Mac 2015, Pusat Pengajian Fizik Gunaan dengan kerjasama Sains Malaysiana telah menganjurkan satu persidangan di peringkat kebangsaan. Persidangan ini adalah unik dan istimewa kerana ia menggabungkan dua bidang penting iaitu Teknologi Biosumber dan Nanoteknologi. Tema bagi persidangan ini ialah ‘Nurture nature, Serve small’. Persidangan ini merupakan pentas perbincangan saintifik di kalangan para penyelidik, ahli akademik, saintis, pelajar dan pihak industri. Selain itu, ia dapat menggalakkan kolaborasi penyelidikan dan perkongsian pintar antara para peserta. Seramai 32 peserta dari pelbagai institusi telah menjayakan persidangan ini. NBT 2015 telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Prof. Dr. Sahrim Hj Ahmad. Ucapan plenari telah diberikan oleh Prof. Dr. Taufiq Yap Hun Hin dari Universiti Putra Malaysia manakala ucapan ucaptama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman dan Prof Madya Dr Chia Chin Hua dari Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Persidangan ini diadakan secara dwitahunan.

Para peserta.

Penyampaian cenderahati.

Sesi persidangan. Ucapan plenari.

6 I Buletin PPFG

Oleh: Norinsan Kamil OthmanCERAMAH KERJAYA ALUMNI PROGRAM SAINS BAHAN SESI 2015

Program ini merupakan program tahunan di Pusat Pengajian Fizik Gunaan yang dianjurkan oleh Program Sains Bahan UKM. Ceramah Kerjaya Alumni 2015 ini telah dijalankan pada 25 April 2015 yang bertempat di Dewan Persidangan FST (Bangunan Kedekanan FST), UKM di bawah bimbingan Dr Norinsan Kamil Othman selaku penasihat Kelab Sains Bahan. Program ceramah ini terbuka kepada semua pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan khususnya dan pelajar di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM secara amnya. Ceramah kali ini lebih menarik kerana terdapat sedikit kelainan dimana penceramahnya terdiri daripada 3 orang alumni Pusat Pengajian Fizik Gunaan yang telah pun berjaya menempa nama di dalam kerjaya mereka iaitu En. Mohd Azrol Arshad (Senior Executive, Sapura Industrial Berhad), En. Khairol Anwar Jeon (Executive Procurement and Contract, UEM Sunrise Berhad) dan Cik Aishah Azlin Azizuddin (Materials & Corrosion Engineer of Aker Engineering Malaysia).

Program Ceramah Kerjaya Alumni 2015 ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada para pelajar tentang cara untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan dalam bidang tertentu. Di samping itu, para pelajar juga diberikan pendedahan tentang penulisan resume yang betul dan pada masa yang sama, program ini turut memberikan pelbagai panduan kepada para pelajar untuk menghadapi sesi temuduga samada dari segi cara pemakaian, pertuturan dan tingkahlaku.

Program ini bukan sahaja diadakan sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan selepas graduasi tetapi juga bertujuan untuk merapatkan lagi jaringan ukhwah antara para alumni dan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka dan menerapkan nilai positif, beretika dan profesionalisme.

Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan mendapat maklumbalas yang baik daripada para peserta. Penasihat Kelab Sains Bahan UKM, Dr Norinsan Kamil Othman dalam ucapan penutupnya berkata program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.

Sesi bergambar bersama peserta.

Peserta yang hadir

En. Mohd Azrol Arshad sedang berucap.

Buletin PPFG • 7

LAWATAN INDUSTRI BERSAMA MAHASISWA PROGRAM SAINS BAHAN Oleh: Norinsan Kamil Othman

Pada tanggal 14 Mei 2015 Kelab Sains bahan telah berjaya mengadakan aktiviti tahunan kelab ini iaitu lawatan industri bersama mahasiswa Sains Bahan 2015. Aktiviti ini dikendalikan oleh Exco Program Kelab Sains Bahan bagi sesi 2014/2015. Program yang bertemakan “Mahasiswa Sains Bahan Peneraju Industri Negara” ini bercorakkan lawatan sambil belajar selama satu hari dan berlangsung di Pascorp Paper Industries Sdn Bhd, Bentong Pahang.

Program ini dimulakan dengan taklimat keselamatan yang telah disampaikan oleh pihak Pascorp Paper Industri sebelum memasuki kawasan kilang. Kilang yang dilawati merupakan kilang kitar semula kertas dan kotak terpakai bagi menghasilkan satu produk kitar semula seperti tisu, kertas dan lain-lain. Mahasiswa berpeluang untuk melihat semua proses pembuatan semula kertas bermula daripada penghancuran semula bahan-bahan kertas terpakai sehingga menjadi produk yang baru untuk dikomersilkan. Pengalaman ini adalah sangat berharga kerana kursus yang dipelajari oleh mahasiswa di dalam kuliah dapat dilihat secara praktikal.

Akhirnya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya berkat komitmen yang tinggi daripada pihak ahli jawatankuasa ‘Lawatan Industri Bersama Mahasiswa Sains Bahan Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2014/2015’. Jutaan terima kasih kepada pihak terlibat khususnya pihak kilang Pascorp Paper Industries Sdn Bhd dan Prof. Madya Dr Chia Chin Hua atas cadangan melawat kilang ini. Pengalaman berharga ini tidak dapat diperolehi sehingga pelajar merasainya sendiri. Semoga program seperti ini akan menjadikan mahasiswa Sains Bahan lebih berdaya saing dan menjadi graduan yang holistik serta kompiten dalam menempah nama di akan dalam menempah nama di alam kerjaya masing-masing.

Pascorp Paper Industries Sdn Bhd,

Aktiviti melawat kawasan kilang.

Proses pembuatan kertas.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai alam industri kepada mahasiswa supaya dapat melihat dengan lebih dekat suasana sebenar alam pekerjaan yang bakal ditempuhi selepas bergelar graduan.

8 I Buletin PPFG

PROGRAM LATIHAN PERTANDINGAN IPHO 2015

Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Fizik Malaysia telah melatih pasukan Malaysia ke Pertandingan International Physics Olympiad 2015 (IPhO2015) ke-46 yang berlangsung di Mumbai, India dari 5 hingga 12 Julai 2015.

Program latihan ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama ialah pemilihan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah KPM seluruh Malaysia dan fasa kedua adalah bengkel latihan kepada peserta yang telah terpilih. Kedua-dua fasa tersebut diadakan di PPFG yang digerakkan oleh satu Jawatankuasa Program yang terdiri daripada 8 orang pensyarah PPFG dan 2 orang guru Fizik daripada sekolah KPM. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dr. Rozidawati Awang dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd. Shukor selaku Penasihat program.

Pemilihan peserta dibuat pada bulan Februari 2015 oleh jawatankuasa pemilihan program. Pemilihan peringkat pertama ini dijalankan di sekolah-sekolah KPM dengan menjawab kertas soalan objektif yang disediakan. Seramai lebih 5000 pelajar telah menduduki ujian tersebut di mana hanya 48 orang sahaja telah terpilih menghadiri bengkel pertama. Daripada 5 sesi bengkel telah dijalankan hanya 5 pelajar sahaja yang layak untuk menyertai pertandingan IPhO2015.

Pasukan Malaysia yang terpilih ke Pertandingan IPho2015 terdiri daripada 2 orang Pegawai Pengiring iaitu En. Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil (UKM) dan Puan Chin Mei Ying (Guru KPM) serta 5 peserta terpilih iaitu Chan Jer Yong (SMJK Chung Ling, Pulau Pinang), Lee Ming Yi (SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang), Marcus Leong Khee Ing (SMK Green Road, Kuching, Sarawak), Ong Yi Jie (SMJK Yok Bin, Melaka) dan Farish Mohd Ismail (Kolej MARA Banting, Selangor). Hanya seorang peserta dari pasukan Malaysia, Chan Jer Yong telah berjaya mendapat anugerah Honorable Mention dalam pertandingan ini.

Oleh: Mohd Amir Radhi Othman

Peserta

Buletin PPFG • 9

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Pada 6 Ogos 2015 bersamaan 21 Syawal 1436H, sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Fakulti Sains dan Teknologi telah diadakan di perkarangan Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Sambutan ini turut diraikan bersama dengan Majlis Perhimpunan Bersama Dekan, Penyampaian Penghargaan Kepada Atlet (Sukan Staf UKM 2015). Pihak PPFG turut serta dalam majlis yang diadakan dimana terdapat beberapa orang kakitangan PPFG yang terlibat dengan Sukan Staf UKM 2015. Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Dekan FST pada jam 8.30 pagi, diiringi dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada atlet sukan dan seterusnya jamuan raya yang berakhir pada jam 11.00 pagi. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM. Ia merupakan satu penghormatan besar kepada FST apabila YBhg. Dato’ NCsudi meluangkan masa untuk turut serta dalam acara tahunan ini.

Lebih 500 tetamu yang hadir terdiri daripada kakitangan akademik, pengurusan dan sokongan serta pelajar. Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah dari gerai-gerai yang disediakan oleh setiap pusat pengajian. Setiap tahun Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri FST diwarnai dengan pertandingan baju tercantik dan juga gerai tercantik. Walau bagaimanapun, gerai PPFG mendapat tempat yang ke-4 daripada 6 gerai yang dipertandingan. Acara ini merupakan salah satu usaha bagi mengukuhkan semangat berpasukan dan ukhwah dikalangan kakitangan FST. Idea-idea yang kreatif serta inovatif telah dapatdisuburkan dikalangan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan gera-gerai jamuan puat pengajian masing-masing.

Oleh: Hasnoor Ali

10 I Buletin PPFG

Kursus plastic injection moulding dan ceramah ISO quality requirement merupakan acara tahunan yang menjadi tradisi bagi kelab Sains Bahan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setiap tahun. Pada sesi 2015, kelab Sains Bahan telah memilih untuk menjalankan kursus ini pada 17 Ogos 2015 sehingga 21 Ogos 2015 bertempat di Pusat Latihan Mengajar dan Latihan Lanjutan, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai CIAST. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun satu kelab Sains Bahan telah mengikuti program ini. Pada sesi ini juga kelab Sains Bahan menghantar peserta paling ramai untuk menjalani program sebergini. Program ini diketuai oleh Muhammad Syafeeq Bin Abdul Rahman merangkap ketua projek pada sesi kali ini.

Sebagai permulaan, semua peserta diminta untuk berkumpul pada hari Ahad bersamaan 16 Ogos 2015 di Panggung Seni untuk menaiki bas yang akan membawa para peserta ke CIAST. Semasa ketibaan kami disambut oleh penyelia asrama Block R dan seterusnya pengagihan kunci kepada para peserta. Sesi pembelajaran bermula dengan kelas teori plastic injection moulding yang dikendalikan oleh Encik Helmi yang merupakan tenaga pengajar CIAST. Hari pertama dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas dan seterusnya pengajar memberi pendedahan secara ringkas berkaitan teknik injection moulding.

Pengajar telah menunjukkan beberapa tayangan video yang membuka mata para peserta dan sangat bermanfaat disamping penerangan yang mantap lagi jelas. Pada hari kedua, para peserta mula memasuki bengkel untuk menghadapi sendiri suasana di dalam bengkel setelah sesi teori diberikan seharian sebelum memasuki bengkel.

Selaras dengan cara pembelajaran di CIAST, para pengajar di sana amat mementingkan hand skill kepada para pelajar mereka. Semasa kami menjalani kursus ini, Encik Helmi hanya memantau dan menilai semua kerja yang kami lakukan. Semua pemasangan alat seperti pemasangan mould dilakukan sendiri para peserta sehingga berjaya. Keselamatan amat diutamakan semasa berada di dalam bengkel. Pengawalan mesin injection dibantu Encik Helmi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Memandangkan sesi pada kali ini menghantar peserta paling ramai iaitu 37 orang, menyukarkan lagi semua peserta mendekati mesin dan mengendalikan sendiri mesin tersebut. Kebatasan masa juga menjadi menghalang untuk mengendalikan mesin tersebut dengan lebih baik memandangkan masa diberi hanya dua hari di dalam bengkel. Encik Helmi memberi kami kebenaran untuk mengendalikan mesin secara individu untuk menghasilkan cawan plastik masing-masing. Pada hari ketiga untuk Kurus ini, Encik Helmi telah menerangkan kepada kami berkaitan segala kecacatan atau imperfection di dalam cawan yang kami hasilkan.

Peserta yang hadir.

KURSUS PLASTIC INJECTION MOULDING DAN ISO QUALITY REQUIREMENT KURSUS PLASTIC INJECTION MOULDING DAN ISO QUALITY REQUIREMENT Oleh: Norinsan Kamil Othman

Buletin PPFG • 11

Pada hari terakhir program, Encik Amir telah meberikan sendiri sijil-sijil kepada peserta program. Sebagai penutup, semua peserta amat berterima kasih kepada pihak CIAST yang memberikan kemudahan serta layanan yang baik sepanjang seminggu berada disana. Selain itu juga berjuta penghargaan kepada pihak CIAST terutama Puan Mazni yang memberi peluang kepada kami pelajar kelab Sains Bahan untuk menjalani program ini. Akhir kata, program sebergini amat membantu para pelajar untuk menghadapi atau merasai sendiri suasana kerja yang bakal ditempuh selepas berakhirnya sesi pembelajaran di universiti selain memberi sejuta pengalaman yang tidak dapat diperoleh di dalam bilik kuliah.

Pada hari keempat, ceramah ISO 9000 disampaikan oleh Encik Amir Mohamad yang juga merupakan pegawai pengajar pihak CIAST yang sangat ramah. Beliau telah memberi peneragan kepada peserta berkaitan ISO dengan lebih mendalam dan jelas. Tugasan yang diberikan kepada para peserta juga membuka mata peserta tentang peri pentingnya kualiti dalam menghasilkan suatu produk dan perkhidmatan. Pengalaman bekerja yang luas juga menjadikan ceramah beliau dipenuhi maklumat yang padat. Dua hari menjalani kelas ini telah menambah ilmu para peserta berkaitan kualiti. Pelaksanaan kursus ini berjalan lancar sepanjang seminggu kami di sana. Kemudahan di tempat belajar juga amat memuaskan. Meskipun mengalami masalah ketika mengendalikan mesin di dalam bengkel, pegawai CIAST berusaha untuk memastikan mesin berada dalam keadaan yang optimum.

Semasa lawatan.

KURSUS PLASTIC INJECTION MOULDING DAN ISO QUALITY REQUIREMENT Oleh: Norinsan Kamil Othman

12 I Buletin PPFG

LENSA PPFG

Minggu Mesra Mahasiswa

Buletin PPFG • 13

LENSA PPFG

Lawatan Kerja Program 5S, 27 Ogos 2015

Cabaran Idea Perdana UKM, 4 September 2015

14 I Buletin PPFG

Prof. Dato’ Dr. Roslan

Dua orang pelajar baru PPFG telah dipilih untuk mewakili PPFG di Pentas Bicara Tuntas Peringkat Fakulti iaitu Muhammad Nashrul Haqim Bin Mohamad Nazri (A155165) dan Vivohsyeni A/P Kanda (A155082).

Ternyata kehebatan dua orang pelajar ini amat terserlah dengan cadangan idea inovasi yang bernas iaitu penggunaan aplikasi permainan video didalam pengajaran dan pembelajaran sains telah berjaya dinobatkan sebagai juara di peringkat Fakulti. Perjuangan diteruskan dimana 2 orang pelajar ini terpilih untuk mewakili Fakulti Sains dan Teknologi di Program Bicara Tuntas peringkat UKM. Cadangan inovasi permainan video untuk pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai berpotensi menarik minat mahasiswa meminati bidang sains seiring dengan hasrat UKM dalam memberi impak nasional dan antarabangsa dan terus masyhur sebagai Pendaulat Amanah Negara. Keputusannya sekali lagi melihat Muhammad Nashrul Haqim Bin Mohamad Nazri dan Vivohsyeni A/P Kanda telah berjaya menjadi 5 finalis ke peringakat ‘Cabaran Idea Perdana UKM’ yang merupakan kemuncak program ‘Cabaran Idea UKM’.

Majlis ‘Cabaran Idea Perdana UKM” ini menghimpunkan kesemua finalis idea terbaik pada bulan Mei hingga Ogos 2015 dan turut mempertandingkan 5 finalis pelajar yang telah terlibat di dalam acara sambutan Hari Inovasi pelajar baru yang diadakan di DECTAR yang dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr Mazlin Mokhtar ( Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM). Tirai cabaran ini ditamatkan dengan keputusan yang amat membanggakan sekali lagi 2 orang pelajar PPFG ini telah berjaya merangkul tempat ke-3 Kategori Pelajar dan memperoleh geran penyelidikan bernilai RM1,000.00. Seluruh warga PPFG khususnya dan FST amat berbangga terhadap pencapaian yang diperolehi oleh pelajar ini.

“Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sains Untuk Generasi Z”

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya telah memecah tradisi melaksana proses pendaftaran pelajar baru dengan pelbagai penambahbaikan. Jika sebelum ini semua pelajar mendaftar di kolej-kolej kediaman, tetapi untuk tahun 2015 ini pendaftaran di laksanakan di fakulti dan seluruh warga fakulti turun padang mengalu-alukan kedatangan pelajar baru dan ibubapa. Pendekatan ini diambil supaya ibubapa dan pelajar dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang fakulti, bidang-bidang pengajian, barisan akademik dan pengurusan, fasiliti serta mengenali fakulti dalam konteks sejarah penubuhan, kesohoran kesarjaanaan dan pembelajaran di UKM.

Diperingkat Fakulti pelbagai program diatur sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2015-2016. Bermula dengan Sesi “Tak Kenal Maka Tak Cinta” melihatkan versi baru pengenalan diri oleh pihak pengurusan Fakulti yang amat kreatif dan inovatif. Program diteruskan diperingkat Pusat Pengajian dan kemuncak acara adalah pemilihan wakil pelajar dalam Program Bicara Tuntas di Peringkat Pusat Pengajian yang seterusnya akan meneruskan perjuangan bertanding di peringkat Fakulti. Pusat Pengajian Fizik Gunaan telah menerima seramai 82 orang pelajar baru dan PPFG amat bertuah kerana pelajar- pelajar baru ini sangat berdedikasi, berketerampilan tinggi serta berjiwa besar. Hasil bimbingan oleh moderator yang hebat iaitu Dr. Norinsan Kamil Othman, Dr. Faizal Mohamed, Dr. Nurul Shazana Abdul Hamid dan En. Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil.

BICARA TUNTAS MAHASISWA BARU Oleh: Hani Azlin Hussin Shaukat

Moderator bersama pemenang.

Buletin PPFG • 15

Bolehkah Datuk ceritakan sedikit latar belakang Datuk di UKM. Saya adalah antara pelajar kumpulan pertama Fakulti Sains UKM, Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur yang mendaftar pada 18hb Mei 1970 dengan nombor pendaftaran 0097. Semasa berada di Tahun Kepujian saya telah dihantar ke University of Reading England untuk mengikuti program PhD bidang Radiokimia. Saya memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Kimia UKM pada Oktober 1976. Saya dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains Nuklear apabila jabatan itu ditubuhkan pada tahun 1978. Selama perkhidmatan saya di UKM sehingga bersara wajib pada 2006 saya telah diamanahkan dengan pelbagai tugas pentadbiran seperti Timbalan Dekan, Dekan dan Timbalan Naib Canselor. Walaupun bebanan pentadbiran tinggi namun tugas hakiki akademik seperti pengajaran, penyeliaan dan penyelidikan tetap saya lakukan.

Sejak di bangku sekolah adakah Datuk benar-benar bercita-cita untuk menjadi pensyarah?Zaman sekolah saya tidak merancang sebegitu jauh. Semasa sekolah rendah sasaran saya untuk lulus peperiksaan kemasukan ke sekolah menengah supaya dapat meneruskan pelajaran di sekolah menengah.

Oleh: Siti Aisyah ShamsudinPENGALAMAN DAN PEMIKIRAN SAYA - PROF. DATUK DR. SUKIMAN

Semasa di sekolah menengah pula saya berazam untuk lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran supaya boleh naik ke Tingkatan Empat. Setelah itu saya berazam untuk lulus peperiksaan kemasukan ke tingkatan enam dan lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman saya sekolah dalam era tahun 1960-an amat jarang kita dengar orang masuk universiti.

Walau bagaimanapun ada beberapa lepasan sekolah saya iaitu Sekolah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang sudah memasuki Universiti Malaya dan setiap kali universiti cuti mereka datang ke sekolah untuk memberi galakan kepada murid-murid tingkatan 5 berazam masuk universiti. Dengan usaha bersungguh-sungguh saya berjaya masuk Tingkatan Enam Sains, Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya pada tahun 1968. Setelah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STP) saya memohon untuk meneruskan pelajaran ke universiti. Pilihan universiti yang ada pada masa itu ialah Universiti Malaya, Universiti Pulau Pinang dan Universiti Kebangsaan yang baru ditubuh. Permohonan dibuat melalui Unit Pusat Universiti (UPU) yang julung kali ditubuh untuk memproses pemilihan masuk ke universiti.

PROF. DATUK DR. SUKIMAN SARMANI

16 I Buletin PPFG

Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani semasa menghadiri Majlis Syarahan Perdana.

Bagimana Datuk boleh menceburi bidang nuklear dan adakah Datuk adalah pengasas Program Sains Nuklear di UKM ini? Pada tahun 1970an Teknologi Nuklear merupakan teknologi baru muncul atau cutting edge technology. Teknologi ini yang asalnya untuk kegunaan tentera secara eklusif telah dibuka untuk kegunaan awam pada pertengahan 1960an. Teknologi Nuklear sudah berkembang maju di Amerika dan Eropah. Di Asia Jepun adalah Negara pertama mengembangkan teknologi ini dengan bantuan Amerika sebagai balasan setelah menjadi mangsa bom atom Amerika. Negara jiran tetangga kita Vietnam Selatan, Filipina, Thailand dan Indonesia sudah mula membangun teknologi ini.

Pihak kerajaan juga merancang untuk menubuhkan pusat penyelidikan atom sebagai langkah awal membangun loji reaktor kuasa. Melihat kepada teknologi nuklear yang akan berkembang maju maka saya telah memilih untuk mendalami salah satu cabang bidang ini iaitu radiokimia. UKM juga telah dikenalpasti pada masa itu sebagai institusi latihan menghasilkan kepakaran untuk memenuhi keperluan tenaga manusia dalam bidang nuklear.

PENGALAMAN DAN PEMIKIRAN SAYA - PROF. DATUK DR. SUKIMAN

Namu semuanya menjadi sejarah apabila kerajaan menangguhkan penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik pada awal 1980an kerana terdapat simpanan minyak dan gas yang baru dijumpai oleh Petronas di Laut China Selatan.

Bagaimana pandangan Datuk tentang sinario penyelidikan yang berkaitan nuklear di UKM kini.Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan penggunaan kuasa nuklear untuk menjana elektrik maka penyelidikan dalam bidang nuklear telah beralih fokus dan latihan sumber manusia juga tidak lagi untuk reaktor kuasa. Tumpuan diberikan kepada penyelidikan berkaitan penggunaan teknologi nuklear dalam pelbagai bidang. Terdapat banyak kaedah lain yang menyaingi teknik nuklear dan ramai penyelidik memilih teknik bukan nuklear kerana kurang peraturan-peraturan keselamatan dan perlesenan berbanding teknik nuklear.

Kerajaan telah menggubal Dasar Nuklear Negara lima tahun lepas tetapi masih belum dilancarkan sebagai dasar rasmi Negara. Dengan ketiadaan dasar ini maka perancangan pembangunan teknologi nuklear tidak akan mendapat peruntukan dan sokongan pihak kerajaan. Mudah-mudahan keadaan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Oleh: Siti Aisyah Shamsudin

Buletin PPFG • 17

8. Apakah usaha Datuk untuk mempopularkan program nuklear ini sekali gus membuka minda masyarakat Malaysia untuk mendalami ilmu ini?Usaha menyebarkan maklumat tentang tenaga nuklear merupakan usaha berterusan yang dimainkan oleh pelbagai pemegang amanah seperti Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Media dan juga universiti. Di UKM kita memperkenalkan kepada awam tentang penggunaan teknologi sinaran dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemprosesan industri dan diagnosis serta rawatan perubatan.

Dalam penggunaan tenaga nuklear untuk menjana elektrik program nuklear telah terlibat dalam menjelaskan pelbagai aspek yang merunsingkan orang awam seperti kemalangan Reaktor Nuklear Fukushima menerusi pelbagai saluran media.

Hasilnya dapat dirasakan masyarakat lebih memahami kebaikan dan cabaran yang ada dalam teknologi nuklear. Kita inginkan supaya masyarakat tidak menolak sesuatu teknologi secara membuta tuli dan kita bertanggungjawab untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang sesuatu teknologi.

9. Apakah nasihat Datuk kepada pensyarah baru terutama di PPFG ini?Tugas hakiki ahli akademik ialah mendidik dan menyelidik di samping menyumbang tenaga dan fikiran kepada masyarakat. Penyelidikan dan penerbitan hanya menonjolkan seseorang ahli akademik di kalangan penyelidik yang mempunyai bidang penyelidikan serupa tetapi dia masih tidak dikenali diluar masyarakat bidang kepakaranya sehinggakan dampak penyelidikannya kepada masyarakat dan negara tidak terjelma. Sudah tiba masanya ahli akademik menonjolkan diri dalam masyarakat dan bukan lagi hanya menyorok di dalam makmal dihujung bangunan Fizik berseronok-seronok dengan bidang kajian yang diminatinya.

Bayangkan kos untuk mengurus UKM sekarang sudah melebihi RM 600 juta setahun dan tentu sekali masyarakat bertanya apakah pulangan yang diperolehi dari UKM. Sebagai ahli akademik kita perlu bersama-sama bertanggungjawab menyumbang bakti untuk menjadikan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Terima kasih Datuk, saya mengharapkan Datuk terus sihat supaya dapat terus menyumbang pada khazanah keilmuan nuklear ini.

5. Apakah Datuk pernah kecewa dalam penyelidikan ?Saya rasa semua pensyarah pernah mengalami perasaan kecewa dalam penyelidikan kerana kemudahan prasarana di UKM tidak setanding dengan kemudahan penyelidikan yang ada di negara maju. Ramai pensyarah muda yang terpaksa menukar bidang penyelidikan semata-mata untuk menyesuaikan dengan suasana di UKM lebih-lebih lagi bagi pensyarah tahun 1980-an. Kemudahan dan dana penyelidikan hanya mula bertambah baik selepas tahun 1990 kerana pelbagai geran penyelidikan disediakan oleh Kementerian Sains dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi dalam bidang strategik.

Dengan keadaan yang bertambah baik, penyelidik UKM mula berani membuat jaringan kerjasama dengan penyelidik terkemuka di negara maju. Dengan adanya jaringan pintar ini kita dapat bersama menerokai beberapa bidang baru dan termaju. Dalam bidang nuklear terutamanya kita sudahpun bekerjasama dengan penyelidik USA, Eropah, Jepun, Korea dan India kerana mereka mempunyai peralatan dan kemudahan yang tidak terdapat di Malaysia.

6. Pada pendapat Datuk bagaimana para penyelidik daripada nuklear dapat mendidik masyarakat umum untuk penerimaan penggunaan tenaga nuklear yang akan diwujudkan tidak lama lagi.

Kita perlu akui kemusnahan yang diakibatkan oleh bom atom kekal sebagai momokan yang menggerunkan manusia apabila mendengar perkataan nuklear. Beberapa kemalangan reaktor lain seperti di Russia dan di Jepun telah menebalkan lagi tanggapan negatif manusia terhadap nuklear. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh golongan anti-nuklear yang mengambil kesempatan. Hakikat bahawa masyarakat awam takut dengan nuklear perlu diakui. Adalah menjadi tugas kepada para ilmuan untuk memberi penjelasan supaya masyarakat boleh menerima teknologi nuklear sebagai teknologi yang membawa kesejahteraan.

7. Apakah pandangan Datuk tentang peranan kerajaan Malaysia mengenai tenaga nuklear ini?Dasar kerajaan masih menetapkan tenaga nuklear sebagai alternatif dalam usaha meluaskan asas sumber tenaga. Walaupun Dasar Nuklear Negara masih belum dilancarkan tetapi dengan tertubuhnya Malaysian Nuclear Power Corporation (MNPC) itu menandakan keinginan ke arah menggunakan tenaga nuklear untuk menjana elektrik. Jika tidak ada halangan besar mungkin kita akan mendapat tenaga elektrik nuklear sebelum tahun 2030.

Oleh: Siti Aisyah ShamsudinPENGALAMAN DAN PEMIKIRAN SAYA - PROF. DATUK DR. SUKIMAN

18 I Buletin PPFG

1. Boleh Dr. ceritakan sedikit latar belakang serta pendidikan Dr.?Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 1 Februari 1985 dan membesar di Kajang. Berikut adalah butiran ringkas peringkat pendidikan saya:

1992-1997: Sekolah Rendah Convent Kajang1998-2002: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah 2003-2004: Matrikulasi Londang, Melaka2004-2007: Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjanamuda)2007-2009: Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana) 2009-2013: University of Natural Resources and Life Sciences, Austria (Doktor Falsafah)

2. Boleh Dr. terangkan sedikit mengenai latar belakang keluarga?Saya merupakan anak ketiga kepada pasangan Syed Jaafar Syed Ibrahim dan Ramlah Saadon. Bapa saya telah bekerja dengan badan swasta di Kuala Lumpur manakala ibu saya ialah pesara kerajaan. Bapa saya berasal dari Johor dan ibu berasal dari Melaka. Saya mempunyai dua orang kakak dan seorang adik perempuan. Semuanya mempunyai kerjaya masing-masing dan menetap di Selangor. 3. Apakah bidang kepakaran Dr.?Kini, kajian saya adalah tentang Biorefinery iaitu penghasilan bahan kimia baru daripada sumber biojisim. Bahan kimia baru yang dihasilkan dapat digunakan sebagai bio-polimer, bio-minyak dan sebagainya.

4. Apakah bidang tumpuan yang lain, selain bidang kepakaran?Selain dari Biorefinery, saya juga ada melibatkan diri dalam kajian seperti penghasilan bio-komposit dan mangkin pepejal. Projek bio-komposit adalah kerjasama saya dengan Prof Dr Sarani Zakaria manakala projek mangkin pepejal adalah kerjasama saya dengan seorang pensyarah di UNITEN.

5. Adakah Dr. terlibat dengan badan professional, persatuan dan NGO?Buat masa ini, saya adalah ahli kepada Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) dan Institue of Materials Malaysia (IMM).

6. Apakah perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Kini, saya mempunyai dua geran penyelidikan iaitu FRGS dan GGPM. Melalui geran ini, saya mempunyai 2 pelajar PhD dan 1 pelajar sarjana. Selain daripada itu, saya turut menjadi penyelia bersama bagi 3 pelajar sarjana di bawah selian Prof. Dr. Sarani.

7. Apakah pendapat Dr. tentang perkembangan Sains dan Teknologi masa kini?Bidang Sains dan Teknologi di Malaysia kini telah pesat membangun dan maju. Saya sangat gembira dan bangga dengan perancangan Malaysia pada 2050 seperti yang telah dicetuskan oleh Akademi Sains Malaysia untuk projek Sains Mega 3.0. Impian ini memandu kita ke arah satu tujuan yang sama walaupun ia adalah misi dan impian bagi projek ini adalah besar. Bagi membantu dalam merealisasikannya, kita semua perlu bekerjasama berganding bahu. Bagi saya, kerjasama dan saling membantu dapat memajukan seseorang khususnya dan sesuatu organisasi amnya.

8. Apakah laman sesawang yang selalu Dr. kunjungi?Untuk perkembangan semasa dalam dunia sains, saya suka mengunjungi TED dan ScienceDaily manakala untuk ilmu kehidupan, saya suka mengunjungi Islamic Sunrays dan Ravelry. Untuk laman sosial pula, saya selalu mengunjungi Facebook dan Instagram.

9. Apakah moto dan falsafah hidup Dr.?Saya memang suka membaca falsafah hidup dan kata-kata motivasi di media cetak mahupun elektronik. Apapun, dari dahulu hingga kini, saya berpegang pada pepatah lama Melayu iaitu ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ dan pepatah Inggeris iaitu ‘if you fail to plan, you plan to fail’.

DR. SHARIFAH NABIHAH SYED JAAFAR

SAINTIS MUDA Oleh: Asma Hamsan

Buletin PPFG • 19

Plasma Enhanced Chemical Vapour Deposition (PECVD) System atau Sistem Pemendapan Wap Kimia Secara Peningkatan Plasma (PWKPP) merupakan satu instrumen yang digunakan untuk menghasilkan filem nipis. Ia digunakan untuk pemendapan filem nipis daripada keadaan gas kepada keadaan pepejal ke atas permukaan substrat. Secara asasnya, sistem pemendapan ini terdiri daripada kebuk tindak balas yang disambungkan kepada subsistem pemindahan keluar gas, subsistem pengagihan gas pemendapan dan subsistem elektrik. Subsistem pemindahan keluar gas terdiri daripada pam serapan dan pam putar disambungkan kepada kebuk tindak balas. Kedua-dua pam tersebut digunakan untuk mengosongkan sistem kepada tekanan gas 0.01 Pa hingga 0.00001 Pa sebelum proses pemendapan dilakukan. Langkah ini adalah untuk memastikan tiada pencemaran ke atas filem nipis yang diendapkan. Subsistem ini juga digunakan untuk mengekalkan tekanan pemendapan yang diperlukan dalam kebuk tindak balas semasa proses pemendapan.

Subsistem pengagihan gas pemendapan merangkumi sistem tiub gas yang disambungkan daripada bekalan gas dan disalurkan ke dalam kebuk tindak balas sistem PECVD. Tiub gas daripada sumber bekalan gas yang berbeza kemudiannya disambungkan ke satu saluran yang sama sebelum gas memasuki kebuk pemendapan. Setakat ini, sistem yang dibangunkan ini disambungkan dengan empat jenis gas berbeza iaitu gas metana (CH4), asetilina (C2H2), nitrogen (N2) dan hidrogen (H2). Subsistem elektrik melibatkan tiga peralatan utama iaitu pemanas (heater), pengawal suhu dan sumber kuasa. Fungsi pemanas adalah untuk memanaskan substrat dan pengawal suhu digunakan untuk mengekalkan suhu substrat semasa proses pemendapan. Di dalam sistem yang dibangunkan ini frekuensi radio, FR (radio frequency, RF) digunakan sebagai sumber kuasa untuk penghasilan plasma. Maka sistem ini disebut sebagai sistem RF PECVD.

Sistem Pengujian Pengesan Kelembapan dibangunkan bagi menjalankan ujian kebolehan sampel sebagai pengesan kelembapan. Sistem ini boleh digunakan untuk menguji sampel dalam bentuk filem nipis dan pukal. Sistem ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu saluran gas nitrogen dan wap lembap, kebuk pengujian sensor kelembapan (kebuk sampel) serta litar elektrik .

Saluran gas nitrogen dipasang bermula daripada tangki gas nitrogen yang dialirkan terus ke kebuk sampel manakala saluran wap lembap pula bermula selepas gas nitrogen dialirkan ke dalam kelalang kon yang berisi air kemudian disambung kepada kebuk sampel untuk menghasilkan wap lembap. Peratus kelembapan gas boleh disesuaikan dengan melaraskan kadar aliran gas nitrogen sebelum dialirkan ke dalam kebuk pengujian sensor kelembapan.

Kebuk pengujian sensor kelembapan atau kebuk sampel adalah satu bekas berpenutup yang direka untuk menempatkan sampel. Wap lembap dan gas nitrogen boleh dialirkan ke dalam kebuk tersebut. Kebuk sampel direka dalam bentuk silinder supaya wap lembap dapat didedahkan secara optimum kepada permukaan sampel.

Akhir sekali, sistem litar elektrik bagi sistem pengujian sensor kelembapan ini disambungkan terus kepada sampel yang berada dalam kebuk sampel. Ammeter dan voltmeter masing-masing disambung secara sesiri dan selari bagi mendapatkan bacaan arus dan voltan bagi sampel dalam kelembapan yang berbeza.

Untuk makluman kedua-dua sistem ini dibangunkan sendiri dengan menggunakan geran Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (PIP) 2013 dan penyelaras bagi sistem tersebut adalah Dr. Rozidawati Awang.

PERKHIDMATAN INSTRUMENTASI Oleh: Natrah Nasir

Plasma Enhanced Chemical Vapour Deposition (PECVD) System Sistem Penguji Pengesan Kelembapan

20 I Buletin PPFG

Hukum Kegravitian NewtonIsaac Newton membuat penemuan besar apabila beliau mengaitkan gerakan peluru meriam dan buah yang jatuh dari pokok dengan gerakan planet, dan dengan itu mengaitkan langit dengan bumi. Hukum gravitinya kekal sebagai salah satu idea fizik paling berpengaruh dan menerangkan kebanyakan kelakuan fizikal dalam dunia kita. Newton berhujah bahawa semua jasad menarik satu sama lain melalui daya graviti dan kekuatan daya itu berkurangan dengan jarak kuasa dua. Idea graviti dikatakan datang kepada Newton apabila beliau melihat sebiji epal jatuh dari pokok dan Newton memperluaskan imiginasinya kepada gerakan di bumi hingga gerakan di langit.

Kesan DopplerKita semua pernah mendengar kelangsingan bunyi siren ambulan yang semakin rendah semasa ia memecut melepasi kenderaan kita. Gelombang daripada satu sumber yang bergerak ke arah anda menjadi terasak dan dengan itu kedengaran seolah-oleh mempunyai frekuensi yang lebih tinggi. Begitu juga, gelombang akan tersebar dan oleh itu mengambil masa yang lebih lama untuk sampai kepada anda daripada sumber yang bergerak menjauhi anda, lantas menyebabkan kejatuhan frekuensi. Inilah yang dinamakan Kesan Doppler.

Kesan Doppler ini dicadangkan oleh ahli astronomi Austria, Christian Doppler. Kesan Doppler ini berlaku disebabkan oleh gerakan objek yang mengeluarkan bunyi itu adalah relatif kepada anda. Apabila sebuah kenderaan menghampiri anda, gelombang bunyinya terkumpul, jarak diantara setiap muka gelombang terasak dan bunyi menjadi lebih kuat. Apabila kenderaan itu menjauhi anda, muka gelombangnya mengambil masa yang lebih lama untuk sampai kepada anda, selnagnya menjadi lebih panjang dan kelangsingannya juga semakin rendah.

Hukum HubbleEdwin Hubble adalah orang pertama yang menyedari bahawa semua galaksi yang jauh dari kita bergerak menjauhi kita secara serentak. Menurut hukum Hubble, semakin jauh galaksi itu, semakin laju ia menjauhi kita. Penyebaran galaksi ini menjadi bukti pertama bahawa alam semesta sedang mengembang. Pada tahun 1920-an, ahli astronomi Amerika, Edwin Hubble membuat pengukuran teleskop yang menunjukkan bahawa seluruh alam semesta ini adalah tidak statik tetapi semakin mengembang. Hubble melakarkan jarak ke galaksi lain dan kelajuan relatifnya berbanding Bima Sakti dan mendapati galaksi bergerak menjauhi kita.

Hukum SnellMengapakah straw minuman di dalam segelas air kelihatan bengkok? Ia kelihatan begitu kerana cahaya bergerak pada kelajuan yang berbeza di udara dan di dalam air yang menyebabkan sinar membengkok. Hukum ini menerangkan bengkokan sinar ini dan mengapa tompokan maya kelihatan di jalan raya yang panas, serta mengapa orang yang berada di dalam kolam renang kelihatan seolah-olah mempunyai kaki yang pendek.Fenomena ini dikenali sebagai biasan. Hukum Snell menjelaskan setakat mana bengkokan berlaku bagi peralihan di antara bahan yang berlainan. Cahaya bergerak lebih perlahan di dalam bahan yang lebih tumpat, seperti air atau kaca, berbanding apabila bergerak di udara. Oleh itu, sinar cahaya matahari yang bergerak ke arah kolam membengkok ke arah lantai kolam apabla ia tiba di permukaan air. Kadar biasan cahaya oleh sesuatu objek di panggil sebagai indeks biasan.

Prinsip HuygensJika anda menjatuhkan batu ke dalam kolam, riak bulat dan mengembang akan terhasil. Mengapa riak tersebut mengembang? Bagaimanakah anda boleh meramal keadaan apabila riak itu bergerak di sekeliling suatu halangan seperti tunggul kayu atau memantul semula dari pinggir kolam? Prinsip huygens diguna pakai untuk menentukan bagaimana gelombang mengalir dengan membayangkan bahawa setiap titik paka muka gelombang adalah sumber riak yang baru. Ahli fizik Belanda, Christian Huygens mencipta satu cara yang praktikal untuk meramal perambatan gelombang. Katakan anda mencampak batu kecil ke dalam tasik dan gelang riak terhasil. Jika anda membayangkan riak itu dihentikan seketika, maka setiap titik pada gelombang bulat itu boleh dianggap sebagai sumber gelombang bulat yang baru yang sifatnya sepadan dengan riak yang terhenti itu. Set gangguan berikutnya melebarkan lagi riak itu dan lokus baharu menandakan titik permulaan bagi sumber tenagagelombang set lain yang tersebar. Dengan mengulangi prinsip ini berulang kali, evolusi gelombang boleh dijejaki.

(Tulisan ini adalah saduran daripada buku 50 Idea Fizik Yang Patut Anda Ketahui)

5 IDEA FIZIK HEBAT YANG BERADA DISEKELILING KITA Oleh: Yusri Adzir

Buletin PPFG • 21

BELANGSUNGKAWA

Makalah ini merupakan penghargaan buat beliau yang kembali ke rahmatullah pada 2 April 2014 (Rabu) bersamaan 2 Jamadil Akhir 1435(H) pada pukul 3 pagi lebih. Semoga roh beliau dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa’afihi, wa’fuan’anhu.

Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Dr. Puaad merupakan seorang pendidik di Program Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, sekali gus menjawat jawatan Ketua Program Fizik. Menjadi ahli penyelidik dalam bidang fizik teori dan komputasi selama lebih 20 tahun di Makmal Fizik komputasi Jabatan Fizik UKM. Beliau memula kerjaya sebagai pensyarah di UKM pada tahun 1993 selepas menyelesaikan PhDnya di Universiti Manchester, UK. Sebelum beliau berangkat ke Manchester, beliau juga merupakan guru sekolah Menengah Sains Mara pada era 1980an.

Beliau berumah tangga dengan Prof. Madya Dr. Rosadah Abd Majid pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM dan dikurniakan lima cahaya mata; seorang putera dan empat puteri. Oleh itu, bidang yang menjadi pengkhususan beliau ialah fizik komputasi diantaranya melibatkan pengiraan sifat fizik keadaan pepejal. Seperti yang kita maklum beliau juga pakar dalam bahasa pengaturcaraan komputer seperti pengaturcaraan C, C++, Matlab dan Fotran.

Disamping menyumbang kepakaran dalam fizik simulasi, beliau juga turut menjalankan kajian dalam bidang Fizik Pendidikan, UKM.

Mendalami fizik keadaan pepejal adalah tidak lengkap tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum daan teori fizik, oleh itu beliau merupakan pengajar yang berpengalaman dalam Mekanik Kuantum. Dr. Puaad menyumbang kepakaran beliau dalam memahami sistem kuantum dimensi rendah, sehingga kepada dimensi-0 atau dikenali sebagai kuantum dot antaranya mengira jalur tenaga dalam sistem nanostruktur piramid kuantum bintik InAs (Indium-arsenida) dalam substrat GaAs (Galium-arsenida), kajian ini dikenali sebagai kuantum dot InAs-GaAs.

Pemergian Dr. Puaad amat memberi kesan ke atas Jabatan Fizik, UKM dan juga kehilangan permata dalam bidang fizik teori dan fizik komputasi tanah air. Dalam hadith Shahih Mulis meriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Semoga ilmu yang Dr. Puaad berikan kepada ramai pelajar akan menjadi amalan jariah buat beliau di akhirat. Amiin.

Oleh: Norinsan Kamil Othman

ALLAHYARHAMPROF. MADYA DR. AHMAD PUAAD

OTHMAN 1993 - 2014

Al-Fatihah

22 I Buletin PPFG

Pada tanggal 1 Mac 2015, seluruh warga Fakulti Sains dan Teknologi dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Prof. Dr. Redzuwan Yahaya ke rahmatullah pada jam 10 pagi di Hospital Taiping, Perak. Sesungguhnya pemergian beliau amat mengejutkan dan terkesan di hati setiap warga FST khususnya warga PPFG, anak-anak didik, rakan seperjuangan dan juga kakitangan. Jasa yang beliau sumbangkan terlalu besar dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Ribuan anak didiknya telah menjadi insan yang berjaya hari ini. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang amat besar dan sukar dicari ganti terutamanya di dalam Bidang Nuklear.

Prof. Dr. Redzuwan Yahaya lahir pada 28 Febuari 1959 merupakan anak jati Kedah dan mula berkhidmat sebagai Tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains di UKM pada tahun 1987. Seterusnya beliau menamatkan pengajian Doktor Falsafah di University of Sussex, England dalam bidang Fizik pada tahun 1992.

Kerjaya akademik beliau meningkat pesat selepas dilantik sebagai pensyarah pada tahun 1992 dan seterusnya Prof. Madya pada tahun 2006 sehingga menjadi Ketua Program Sains Nuklear pada tahun 2010. Beliau turut pernah menjawat jawatan Ketua Program Pengurusan Keselamatan Industri dan Penyelaras Kursus Sarjana Keselamatan Nuklear dan Sinaran. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Reaktor Nuklear (Nuclear Reactor), Keradioaktifan Alam Sekitar (Environmental Radioactivity) dan Computational. Beliau juga aktif menjadi Pengerusi Jawatankuasa terpenting dan menjadi ahli di beberapa agensi terkemuka.

Komitmen dan ketelitian beliau yang tinggi terhadap sebarang tugas yang dibuat patut dicontohi. Beliau tidak pernah menolak apabila diberi peluang untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama mereka yang memerlukan. Sifat beliau yang peramah, pemurah, sentiasa ceria dan sentiasa menyerikan semua majlis yang beliau hadiri amat disenangi oleh rakan-rakan.

Ketiadaan beliau amat dirasai oleh seluruh warga FST dan jasa yang beliau telah curahkan sepanjang hayatnya akan sentiasa dikenang oleh warga PPFG. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau. Al Fatihah.

ALLAHYARHAMPROF. DR. REDZUWAN YAHAYA

1992 - 2015

- Al-Fatihah -

Oleh: Noor Farahin OthmanBELANGSUNGKAWA

Buletin PPFG • 23

Oleh: Noor Farahin Othman

Langit petang itu seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ni saya merasa begitu teringatkan beliau tetapi kesibukan tugas menyebabkan kami tidak kesampaian untuk bersamanya. Makalah ini merupakan penghargaan buat beliau yang kembali ke rahmatullah pada pada malam 23 November 2015 (Isnin) bersamaan 11 Safar 1437(H) di Hospital Serdang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa’afihi, wa’fuan’anhu.En. Md Yaakub Yasin atau lebih mesra di panggil Akub dilahirkan pada 18 Februari 1961 di Kota Bersejarah Alor Gajah, Melaka. Insan berjiwa besar ini mula menjadi ahli keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 April 1982 sebagai atenden pejabat di Fakulti Sains Fizis Gunaan (FSFG). Pada 22 April 1986 beliau melebarkan kerjayanya sebagai atenden makmal di Jabatan Sains Nuklear FSFG dan seterusnya pada 17 Disember 1987 beliau berjaya menjadi Pembantu Makmal Rendah di Makmal Komputer FSFG.

Bermula pada tahun 1999 FSFG bersama 4 fakulti lain telah bergabung menjadi Fakulti Sains dan Teknologi dan beliau telah ditempatkan di Program Sains Bahan, Pusat Pengajian Fizik Gunaan sebagai Pembantu Makmal. Melalui kepakaran yang terbina, pengalaman yang dikutip serta kecemerlangan beliau dalam Program Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL), laluan kerjaya beliau terus berkembang mekar sehingga menjawat jawatan Penolong Pegawai Sains. Jawatan ini disandang sehingga beliau dijemput menemui Penciptanya Allah Rabbuljalil.Beliau telah memilih Puan Rosiah Bt Basir Pembantu Makmal Kanan Tertinggi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina sebagai peneman hidup dan telah dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri. Sifatnya yang sentiasa ambil peduli, semangat setiakawan yang tinggi membuahkan keakraban sejati bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Komitmen dan ketelitian beliau dalam menjalankan tugas yang diberi merupakan jauhar hilang yang sukar dicari ganti. Keramahan, kepetahan budi bicara dan akhlak pekerti mulia beliau akan sentiasa dikenang dan disanjung tinggi. Doa kami panjatkan semoga roh beliau damai di sana dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah.

Berehatlah.....berehatlah Si Camar Putih, Kau Sahabat Kaulah Teman.

“dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”(Surah Al-munafiqun – 11)

ALLAHYARHAMEN. MD YAAKUB YASIN

1986 - 2015

- Al-Fatihah -

BELANGSUNGKAWA

24 I Buletin PPFG

KENAIKAN PANGKAT (PROF. MADYA)PM Dr. Roslinda ShamsudinPM Dr. Mohamad Hafizuddin Hj JumaliPM Dr. Yap Chi Chin

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGProf. Dr. Sarani ZakariaProf. Madya Dr. Muhammad Azmi Abdul HamidProf. Madya Dr. Yap Chi ChinPn. Hani Azlin Hussin ShaukatPn. Norsidah NordinEn. Md. Yaakub Bin YasinEn. Mohd Lahudi Bin Mohd Saruri

BERKAHWINProf. Madya Dr. Yap Chi Chin Dr. Norsyahidah Mohd HidzirEn. Zurairi Zainal AbidinEn. Muhamad Ashraf Azman

CAHAYA MATADr. Mohd Amir Radhi Othman Pn. Asma HamsanEn Idris ZulkifleEn Nazri Mohmad

TAKZIAHAllahyarham Prof. Dr. Redzuwan YahayaAllahyarhamah Datin Norhana bt Md Nor isteri ke-pada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad YahayaAllahyarhamah Zainapsiah binti Othman Ibu kepada En. Zurairi Zainal AbidinAllahyarham Mohd Yusoff Musa suami kepada Pn. Zainon Kamazaman

PENGHARGAAN Cik Hafizah Bazal AhmadEn. Ahmad Khusyairi NazarudinPn. Hasnoor Ali

DEKAN, FSTProf. Dr. Sahrim Hj Ahmad

PENGERUSI PUSAT Prof. Dr. Supian Samat

KETUA PROGRAM SAINS NUKLEARProf. Dr. Shahidan Radiman

KETUA PROGRAM SISWAZAHProf. Madya Dr. Mohamad Hafizuddin Hj Jumali

KETUA PROGRAM FIZIKProf. Madya Dr. Noor Baa’yah Ibrahim

TAHNIAH & PENGHARGAAN