buletin ppfg - ukm.my 2.pdf · tugas-tugas khas: mohd nazri mohmad website: ... ppsktm-ppsm tempat...

16
1 P Buletin PPFG Jilid 2, JULAI 2010 NO.ISSN 2180-060X PPFG-PEJABAT DEKAN FST JUARA! SEMINAR XPS SAINTIS MUDA @ PPFG MS 10-11 KARYA KREATIF MS 12-13 SAINS BAHAN DI DALAM AL-QURAN MS 14 “Bawalah kepadaku ketul-ketul besi,” sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ia (Zulqarnain) perintahkan mereka membakarnya dengan berkata, “Tiuplah dengan alat- alat kamu,” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia, “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.” UKM-TODAI WORKSHOP IN NUCLEAR POWER PLANT INTERNATIONAL SUMMER SCHOOL UKM-KAIST 2010

Upload: dodung

Post on 03-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

��������� 1

PBuletin PPFG

Jilid 2, JULAI 2010 NO.ISSN 2180-060X

PPFG-PEJABAT DEKAN FST JUARA!

SEMINAR XPS

SAINTIS MUDA @ PPFG

MS 10-11

KARYA KREATIFMS 12-13

SAINS BAHAN DI DALAM AL-QURAN

MS 14

“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi,” sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ia (Zulqarnain) perintahkan mereka membakarnya dengan berkata, “Tiuplah dengan alat-

alat kamu,” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia, “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.”

����������� �����

UKM-TODAI WORKSHOP IN NUCLEAR POWER PLANT

INTERNATIONAL SUMMER SCHOOL UKM-KAIST 2010

Buletin PPFG . 2

SIDANG PENGARANGPenaung:Dekan FST

Penasihat:Prof. Dr. Shahidan Radiman ([email protected])Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:���������� ��������������

Pereka:Roslan Din ([email protected])

Jurugambar:Tazidi Taib ([email protected])Hj Razali Datau ([email protected])

Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Wartawan Umum:Yusri Adzir ([email protected])

Wartawan Fizik:Wan Mohd Aimran ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad Website: http:www.ukm.my/bulppfg Email: [email protected]

Kata alu-aluan Ketua Editor Buletin PPFG

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIMAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, terhasillah Buletin PPFG Jilid ke dua. Buletin ini merupakan kesinambungan buletin Jilid pertama bertujuan untuk menyampaikan infomasi, berita, laporan kegiatan dan juga pencapaian ahli PPFG sepanjang Januari 2010 hingga Jun 2010 untuk paparan warga PPFG khususnya dan UKM secara umumnya.

Tahniah untuk seluruh warga PPFG kerana telah menjadi Johan keseluruhan di dalam Sukan Staff Anjuran FST. Kerjasama dan semangat sukan yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua ahli sangatlah dibanggakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada warga PPFG kerana menjayakan beberapa program seperti Seminar XPS, 2nd International Summer School UKM-KAIST, Bengkel UKM-TODAI dan beberapa program lain.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru pengambilan Julai 2010 kerana telah terpilih untuk mengikuti pengajian di PPFG. Kepada pelajar senior, selamat kembali ke kampus.Saya bagi pihak sidang redaksi mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau maklum balas dari warga PPFG demi memantapkan Buletin PPFG ini. Sumbangan dari ahli PPFG untuk diterbitkan di ruangan-ruangan tetap, berita semasa mahupun rencana berkaitan dengan urusan keilmuan di PPFG. Sebarang cadangan atau maklum balas bolehlah diemail kepada [email protected] atau boleh melayari laman sesawang http: www.ukm.my/bulppfg. Selamat Maju Jaya,

Sekian, terima kasih.

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Dr. Norinsan Kamil OthmanKetua Editor Buletin

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

��������� 3

SYABAS PPFG-PEJABAT DEKAN FST JUARA 2010! Oleh:Hani Azlin Hussin Shaukat

Keputusan untuk menggabungkan Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) dan Pejabat Dekan FST (PD)

sememangnya tepat dan nyata berhasil apabila dino-batkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ke - 8, April 2010. Lapan acara telah dipertandingkan yang melibatkan seramai 160 orang atlit daripada pelbagai peringkat kumpulan kakitan-gan akademik, pengurusan dan sokongan. Pasukan yang bertandingan dalam kejohanan tersebut terdiri daripada pasukan PPFG-PD, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA), gabungan Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan bersama Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSKTM-PPSM) dan pasukan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt).

Pasukan PPFG – PD diwakili seramai 40 orang atlet yang terdiri daripada 30 orang atlet lelaki dan 10 orang atlet wanita berjaya menghasilkan gabungan pasukan yang mantap dan tangkas untuk bersaing merebut gelaran kejo-hanan sehingga hari terakhir.

Ketua Kontigen Pasukan PPFG – PD, En. Muhamad Walid Osman berkata, “Persediaan pasukan yang dilaksana-kan lebih awal seperti pelantikan pengurus pasukan yang berpengalaman dan sesi latihan yang berterusan merupa-kan pencetus kepada kejayaan pasukan ini”. Pasukan ini telah mengungguli carta kedudukan dengan mendominasi pingat emas dalam acara badminton, sepak takraw, karom dan bola jaring, manakala pingat perak dalam acara ping pong campuran dan bola sepak. Pingat gangsa tunggal pasukan ini diperolehi dalam acara ten-pin bowling dan mendapat tempat ke – 4 dalam acara berbasikal.

Secara keseluruhannya, pasukan PPFG-PD telah berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Sukan Staf kali ke - 8 2010 diikuti oleh PPSSSA di tempat ke-2, PPSKTM-PPSM tempat ke-3 dan PPBsBt tempat ke-4. Pasukan PPFG-PD merangkul empat pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa untuk mengenepikan juara bertahan selama 7 tahun berturut-turut iaitu Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA) yang menduduki tempat ke -2.

Kejohanan ini berakhir pada 10 April 2010 dengan acara penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Musa Ahmad, Dekan FST bertempat di Stadium UKM. Kejohanan Sukan Staf FST merupakan platform terbaik untuk memilih atlet-atlet yang cemerlang dan berpotensi yang akan mem-bawa cabaran FST di Kejohanan Sukan Staf UKM 2010. Berbekalkan motto ‘FST Menyerlah’, Gugusan Sains akan terus berjuang untuk merebut seberapa banyak pingat dan memperbaiki kedudukan di kejohanan tersebut.

PPFG Cemerlang!

Pelumba bersedia untuk memulakan acara berbasikal 4 x 800m

Aksi penentu juara bola sepak antara PPFG-PD dan PPSSSA

Aksi penentu juara bola jaring antara PPFG-PD dengan PPSKTM

Buletin PPFG . 4

SEMINAR SPEKTROSKOPI FOTOELEKTRON SINAR-X

Bidang sains permukaan adalah antara komponen terpenting bagi menghasilkan penyelidikan yang

berkualiti terutama dalam menerokai bidang nanoteknologi yang semakin berkembang ketika ini. Selaras dengan perkembangan tersebut, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memiliki beberapa instrumen berteknologi tinggi yang berkemampuan untuk menjalankan analisis permukaan antaranya Spektroskopi Auger dilengkapi dengan Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (Auger-XPS), model Axis Ultra DLD dan Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) model XSAM HS.

Bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai teknologi Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) ini, Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) telah menganjurkan Seminar Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) pada 25 Februari 2010 yang lalu bertempat di Bilik Seminar Siswazah Program Sains Nuklear PPFG. Seramai 24 orang peserta dari dalam dan luar UKM telah menghadiri seminar ini. Ceramah ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Dr. Zaidi Embong yang dijemput khas dari Universiti Tun Hussein Onn (UTIHM), Batu Pahat Johor.

Seminar dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Abdul Razak Daud (Penyelaras Makmal XPS FST/CRIM) dan dimulakan dengan pengenalan mengenai teknologi XPS oleh Prof. Dr. Mohd Ambar Yarmo. Seterusnya, Dr. Zaidi Embong menyampaikan syarahan mengenai sistem dan aplikasi XPS serta kaedah intepertasi data. Dalam slot intepertasi data, para peserta diberi pendedahan mengenai kaedah-kaedah menggunakan perisian sedia ada iaitu perisian VISION dan juga perisian-perisian lain seperti CasaXPS dan PISCES.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Para peserta juga didedahkan mengenai kaedah pemprosesan data untuk disesuaikan dengan perisian seperti Microsoft Excel dan lain-lain.

Berdasarkan maklum balas daripada peserta, seminar sehari ini telah membuka ruang kepada para peserta untuk menimba pengetahuan dan kemahiran serta kaedah analisis data yang betul dan berkualiti. Pada masa hadapan, pengurusan makmal XPS merancang untuk menganjurkan beberapa lagi siri seminar lanjutan serta beberapa lawatan kerja.

Dr. Zaidi Embong sedang menyampaikan syarahan.

Peserta tekun mendengar syarahan.Soal jawab antara peserta dengan penceramah.

��������� 5

Bermula 17 – 27 Mei 2010, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi menjadi tuan rumah

bagi program ‘International Summer School on Nuclear Science and Engineering 2010’ buat kali kedua. Program yang dianjurkan ini selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) pada 9 Januari 2009 yang lalu.

Bertempat di Program Sains Nuklear, Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG), program ini menarik minat seramai 45 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi luar antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agensi Nuklear Malaysia. UKM juga tidak ketinggalan menghantar peserta dari kalangan pelajar siswazah dan juga pensyarahnya. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Ibrahim Baba, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

Program kali ini dikendalikan oleh empat orang pakar dalam bidang nuklear iaitu tiga dari KAIST dan seorang dari Korea Institute of Nuclear Safety (KINS). Mereka adalah Prof. Dr. Poong Hyun Seong, Prof. Dr. Yong Hoon Jeong, Prof. Dr. Kun Jai Lee dan Prof. Dr. Sweng Woong Woo.

Prof. Dr. Yong Hoon Jeong sedang menyampaikan kuliah.

Sesi soal jawab peserta dengan Prof. Dr. Sweng Woong Woo.

2nd INTERNATIONAL SUMMER SCHOOL UKM-KAIST Oleh: Azlan Shah Mustafa

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof Dr. Shahidan Radiman, Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG). Beliau berharap agar kerjasama antara UKM-KAIST dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa terutama dalam perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang teknologi nuklear dan bidang-bidang yang berkaitan.

Para peserta bergambar kenangan bersama.Kuliah-kuliah yang disampaikan antaranya bertajuk Nuclear Reactor Design & Safety, Nuclear Fuels Technology, Nuclear Instrumentation and Control dan Nuclear Fuel Cycles & Radioactive Waste Management. Program yang menjadi perintis kepada usaha kerajaan menjadikan nuklear sebagai alternatif sumber tenaga menjelang 2021 ini merupakan kesinambungan daripada program International Summer School UKM-KAIST yang pertama lalu dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Prof. Dr. Shahidan Radiman sedang menyampaikan cenderahati kepada Prof. Dr. Sweng Woong Woo

Buletin PPFG . �

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-sat-unya universiti di Malaysia yang menawarkan program

dalam bidang sains nuklear dan ia diletakkan di bawah Pu-sat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi. Program ini telah melahirkan lebih 900 pemegang Ijazah Sarjana Muda dan lebih 30 pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang sains nuklear. UKM juga menjadi perintis dan terus bergerak maju dalam bi-dang sains nuklear menerusi kerjasama antara agensi nuklear tempatan seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan juga dari luar negara seperti Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST).

Selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan nuklear sebagai sumber tenaga menjelang 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Uni-versiti Tokyo (TODAI) telah menganjurkan satu beng-kel berkaitan sains nuklear pada 31 Mei hingga 1 Jun 2010 bertempat di Hotel Equatorial Bangi, Selangor. Bengkel ini bertajuk “UKM-TODAI WORKSHOP IN NU-CLEAR POWER PLANT: Important Considerations for Introducing Nuclear Power in ASEAN: Can Regional Cooperation be Attractive for Nuclear development?”.

Bengkel ini dihadiri 33 orang peserta dari 14 buah ne-gara antaranya Vietnam, lndia, Kazakhstan, Mongo-lia, USA, Switzerland, China, Taiwan, Korea, Thai-land, Australia, Singapura, Jepun dan Malaysia.

Bengkel yang diadakan selama dua hari ini membincang-kan isu yang perlu diambil kira dalam usaha memperk-enalkan tenaga nuklear di ASEAN antaranya pendekatan perancangan tenaga nuklear, pengurusan dan kejuruter-aan nuklear serta perkongsian maklumat dan pengala-man negara lain berkaitan penggunaan tenaga nuklear.

UKM-TODAI WORKSHOP IN NUCLEAR POWER PLANT

Peserta persidangan mendengar syarahan daripada pembentangan kertas kerja.

Peserta persidangan bergambar kenangan di Hotel Equatorial.

Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani dan Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir sedang berbincang dengan

delegasi luar.

Para peserta bengkel tertarik dengan hujah yang disampaikan.

Perkara yang paling mustahak antaranya ialah memper-betulkan persepsi dikalangan masyarakat berkenaan nuklear dan menyalurkan maklumat yang tepat mengenai keselamatan nuklear supaya masyarakat memahami kepentingan penggunaan tenaga nuklear di negara ini.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

��������� 7

Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS)

Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) adalah instrumen yang digunakan untuk menganalisis jenis unsur dan keadaan kimia unsur disekitar 10 lapisan atom terluar pada permukaan sampel pepejal. Selain daripada mod operasi XPS, alat ini juga dilengkapi dengan mod operasi UPS (Ultraviolet Photoelectron Spectroscopy), ����� � ������� �� ���� ��������� � ����� � ���������gas argon dan beberapa mod khusus yang lain.

Alat ini digunakan dengan meluas bagi mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan kepada spektrum imbasan lebar dan imbasan sempit. Instrumen ini amat berguna bagi menyokong aktiviti penyelidikan, pembangunan dalam bidang elektronik, semikonduktor, pemangkinan, kakisan, salutan, bahan komposit, kajian pencemaran kimia dan lain-lain.

Spektroskopi Pancaran Optik Nyahcas Marak (GD-OES)

Instrumen Spektroskopi Pancaran Optik Nyahcas Marak (GD-OES) adalah instrumen analitikal yang digunakan untuk mengukur komposisi elemen tertentu suatu bahan pepejal. Proses ini melibatkan aliran ion argon yang dipecutkan ke arah permukaan sampel dan bahan yang terkeluar dari permukaan sampel diuja di dalam plasma nyahcas bertekanan rendah untuk menghasilkan pancaran cahaya. Pancaran cahaya ini akan dianalisis untuk penentuan komposisi elemen yang terdapat pada permukaan sesuatu sampel. GD-OES boleh digunakan untuk menganalisis permukaan pelbagai bahan seperti aloi, seramik dan bahan-bahan bukan pengkonduksi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kedua-dua instrumen di atas boleh ke Makmal Analisis Permukaan Termaju (MAP) di Bangunan Sains Nuklear atau boleh hubungi:

1. Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected]) / 03-892138062. Prof. Dr. Ambar Yarmo ([email protected]) / 03-892135063. En. Rusli Yahya ([email protected]) / 03-89215474 4. En. Azlan Shah Mustafa ([email protected]) / 03-892133585. En. Md. Said Abdul Ghani ([email protected]) / 03-89213358

Oleh: Yusri Adzir

Instrumen XPS. Tuan Hj. Md. Said Ab. Ghani sedang mengendalikan alat GD-OES.

FASILITI @ PPFG

Buletin PPFG . 8

KEJOHANAN SUKAN FST KE-8 2010

��������� �

Jumble Sale

Instrumen XPS

Instrumen XPS

Seminar Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X

2nd International Summer School UKM-KAIST 2010

UKM-TODAI Workshop in Nuclear Power Plant

AKTIVITI PPFG

Buletin PPFG . 10

SAINTIS MUDA @ PPFG

Ruangan Saintis muda @ PPFG adalah ruangan baru yang diperkenalkan mulai edisi ini. Ruangan ini mem-

aparkan satu temubual bersifat santai bersama dengan ahli-ahli akademik muda yang bertugas di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG). Untuk paparan sulung ini, pensya-rah Program Sains Nuklear, Dr. Faizal Mohamed telah dipilih untuk menjadi personaliti pilihan kali ini. Ikuti per-bualan wartawan umum Buletin PPFG dengan beliau.

Wartawan : Assalamualaikum Dr. Faizal. Terima kasih kerana sudi untuk menghiasi paparan sulong ruangan Saintis Muda @ PPFG, Buletin PPFG.Dr. Faizal : Waalaikumussalam. Sama-sama.

Boleh Dr. berikan sedikit latar belakang pendidikan Dr.?Saya bersekolah menengah di S.M. Benut, Pontian Johor. Kemudian memasuki matrikulasi UKM di Kolej Teknologi Timur, Sepang. Selepas itu saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di dalam bidang Sains Nuklear di FSFG, UKM. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University of Exeter, UK dan selesai pada awal 2008. Alhamdulil-lah, impian saya untuk memiliki PhD sebelum umur 30 tahun tercapai.

Sedikit latar belakang keluarga?Saya adalah seorang anak luar bandar mempunyai 7 orang adik-beradik dan saya yang bongsu. Bapa saya adalah peniaga kedai makan dan saya merupakan satu-satunya anak yang berjaya hingga ke universiti. Saya berkahwin pada 2004 dan sekarang telah dikurniakan 2 anak. Najla dan Lamya.

Bidang kepakaran Dr?������ �������������������� ��������������������� �����"�#������� ���������"�$�����% �'����"�*���� ������"�% �-bangunan bahan Radiofarmaseutikal serta Keselamatan Sinaran dan Nuklear

Selain dari bidang kepakaran tersebut, apakah bidang lain yang menjadi tumpuan Dr?Selain dari bidang-bidang yang telah disebutkan, saya juga menekuni bidang Sains Tauhidik, Al-Quran & Sains dan baru belajar bidang tasawuf.

Adakah Dr. terlibat dengan badan profesional, persatuan atau NGO?Ya. Saya sekarang adalah ahli berdaftar International Radiation Physics Society (IRPS) dan ahli Persatuan Nuklear Ma-laysia. Selain dari itu saya terlibat sebagai penasihat projek penyelidikan di MRSM .Saya juga bergiat aktif dalam pengan-juran UKM-Tokyo University (TODAI) International Workshop in Nuclear Power serta International Summer School bersama KAIST dan University of Bordeaux.

Perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Baru-baru ini saya telah memperolehi Geran Science Fund bernilai RM 215,000 dari MOSTI sebagai ketua projek dan juga Geran Kajian Tindakan. Saya amat bersyukur kerana untuk seorang penyelidik muda ini merupakan amaun yang besar. Kumpulan penyelidikan saya sedang dalam usaha mendapatkan paten bagi rekabentuk Synthesizer Radiofarmaseutikal kami. Saya mempunyai 2 orang pelajar PhD dan 3 orang pelajar sarjana sebagai penyelia utama dan beberapa pelajar PhD dan sarjana sebagai penyelia bersama. Saya juga menjadi pewasit kepada jurnal antarabangsa Elsevier iaitu Applied Radiation and Isotopes.

Dr. Faizal Mohamed semasa di University of Exeter, UK.

Oleh: Yusri Adzir

��������� 11

Boleh Dr. berikan pendapat Dr. tentang perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) di Malaysia?Pada pandangan saya, perkembangan S&T di negara kita sedang menuju ke arah yang sangat positif dan semakin matang. Namun kekangan kewangan menjadi halangan dan menjejaskan kebebasan berkarya dan menghalang penghasilan produk ��������������' �����������������' �� ���� ����������� �������+������������� ��������� ����� ������� ���tenaga nuklear. Ia merupakan satu berita baik kepada para saintis dan jurutera dan pastinya keputusan yang sangat mem-berikan faedah kepada rakyat!

Boleh berikan pandangan Dr. tentang budaya kerja di PPFG dan pendapat Dr. tentang bagaimana pros-es pembelajaran dan pengajaran (P&P) di PPFG dapat ditingkatkan.Pada saya, dalam soal budaya kerja, perlu ada keterbukaan minda pada setiap ahli. Perlu ada keghairahan menyelidik pada setiap penyelidik dan karenah birokrasi pada setiap peringkat perlu dikurangkan. Mungkin juga perlu kepada ganjaran ‘material’ dan juga moral untuk meningkatkan semangat dan produktiviti kerja. Sokongan moral yang positif walaupun pada suatu hasil kerja yang kecil memang sangat diperlukan oleh semua staf pada semua peringkat. Bagi pembangunan pelajar, saya merupakan presiden pertama Persatuan Mahasiswa FST semasa ditubuhkan pada tahun 1999. Saya yakin kegiatan kokurikulum bukanlah penghalang kepada kecemerlangan akademik.

Dr. Faizal semasa persidangan di Universiti Tayibah, Madinah.

SAINTIS MUDA @ PPFG

Antara buku kegemaran Dr?Untuk bidang saya, saya menggemari buku Biophysics yang dikarang oleh W.C. Fung. Selain itu saya meminati buku Beginning End’s karya Sheikh Fadlallah.

Laman sesawang yang selalu Dr. kunjungi?Antaranya adalah www.experiment-resources.com dan www.nuradeen.com

Bercakap tentang blog, adakah Dr. berblog?Oh tidak. Saya tiada blog tetapi saya bergiat aktif sebagai forumer di facebook Astro Awani.

Siapakah personaliti yang menjadi idola Dr.?Sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, personaliti saya saya kagumi adalah Habib Ali al-Jifri, seorang tokoh pendakwah muda terkemuka.

Moto Dr.?“Nothing is imposible with the will of Allah”

Alhamdulillah. Temubual santai kita be-rakhir di sini. Terima kasih sekali lagi ke-pada Dr. kerana sudi untuk meluangkan masa untuk temubual ini.Sama-sama.

Dr. Faizal berkebolehan mengacarakan majlis-majlis rasmi.

Oleh: Yusri Adzir

Buletin PPFG . 12

KARYA KREATIF

Bermula dengan kalimah bismillah,Akhir kata dengan barakallah,Tolong kawal nafsu amarah,Insyallah kejayaan akan menyerlah.

Bangun tidur diawal pagi,Bersihkan gigi pergilah mandi,Solat subuh jangan di lewati,Untuk mencari keredahaan Ilahi.

Selepas subuh bacalah doa,Pohon keselamatan diri & keluarga,Jangan lupa mengaji pula,Untuk menambah keimanan kita.

Pergi kerja pasanglah niat,Untuk mendapat rezeki berkat,‘Log in’ jangan terlambat,Jangan pula tolong sahabat.

Selepas ‘log in’ dengan selamat,Jangan sarapan awal sangat,Kerjalah dahulu hingga penat,Ini semua mau ingat.

Sebelum bertugas kerja dijadualkan,Laksanakan tugas, masa di utamakan,Semua tugas perlu dilakukan,Jangan melayari yang bukan-bukan.

Semasa bertugas carilah ilmu,Dapatkan juga berbagai pengalaman,Masa belajar janganlah jemu,Ini untuk kebaikan kalian.

Masa rehat pergilah insan,Tunaikan solat dan makan,Untuk menjaga nisbah keseimbangan,Rohani dan jasad badan.

Bila balik dari bertugas,Terus mandi berpakaian kemas,Layani keluarga menurut batas,Keluarga ceria hati puas.

Bila azan sudah berkumandang,Segala aktiviti sila hentikan,Terus mendirikan fardu sembahyang,Jangan biasakan solat seorang.

Jika kita suka mengumpat,Mohon maaf dan bertaubat,Takut nanti tidak sempat,Azab menanti di alam akhirat.

Kepada sesiapa menonjolkan diri,Tunjukkan kemampuan keupayaan sendiri,Jangan bersifat hasad dengki,Itu semua perlu dijauhi.

Wahai insan ingatlah mati,Kedatangan maut sudahlah pasti,Jagalah amal, pimpinlah hati,Supaya kita diredhai Ilahi.

Dalam kubur kita keseorangan,Semoga anak soleh mendoakan,Ilmu bermanfaat satu pertolongan,Sedekah jariah ganjaran berterusan.

Oleh itu ingatlah kita,Sementara peluang masih ada,Buatlah sesuatu semasa berada,Menyesal di akhirat tidak berguna.

Sekian saja saya bermadah,Harap maaf jika tersalah,Mohon diri kata penyudah,Dengan berkat kalimah barakallah.

Awal mula pertama mula,Salam diberi salam diterima,Assalamualaikum untuk kalian semua,Dahulu, sekarang dan selama-lamanya.

UUntuk menjaga a ninisbsbahah k keseseimbangan,RoR hani dann jasasadad b badadanan..

BBiBBBBBBBBBB laaaaaaaaaalaaalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa b b b b bbalalalalalllllalallaliiiikikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dari bebebebebebebbebeebebebebebebebebebebebbbebbbebeebbebbebebeeeebebeeeeeeeeeeeeeeeeertrtrrr uguggggggguguggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggasasasaa ,,,TTTeTeTeTeTeTeTTeTTTeTeTeeTTeeeeeeeeTeeeeeeeeTeeeTeTTTeerururrururur s s s s mamamamamamamaaaamamamaamamaaaamaamaaaaaaaaaaaammaaamaaaaaandndndnndnnnndddndnnnnndndndddnnndndnnndddnnnndnndndndndddddddnnndnndnddnnnndnnnnddnnnnndndnnnndnnnnnnnndddiiiiiiiiiiii i bbbbbebbbebebbbebebbbbbbebbbbbbbebbbbbbebbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb rprpakakaiiiaiiaiiiaiaiaiaiaiiaiiiiaanananananaaanann k kkk k kkeeeeememememmmmmmmmmmemmmmmeemmmmmmmmmmememmmmmemmmmemmmeemmmeemememmeemaaaaaaasasaasaaaasasaaaasaasaaaaaaaaaasaa ,,,,LaLaLaLLaLaLaLaLaLaLLLaLaLaLLLaaaaLaLaayayayayayayyyyyyyyayyyyy nininininininn k k k kkkkkk kkkeleleeeleleeelelelelleleleleeelluuuauauauuuuauauaauaauaauaauaauauaaaauauaauuuuuuaauuuuaauaaaauaauuaauuauaauuuu rgrrgrrrrrrrrrgrgrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr a a memennnnnunununnnunnnnn rurururuuuuutt t t t ttt bababababababbatatatatatatatattatatatatatattaatttataas,s,s,s,s,ss,s,KeKeKeKeKeKeKeKeKeKeeeeKeKeKeKeeKeKKeeeeKKeKeeeeKeeeeKeeeeeeeeelululululullululll arararararararrgagagagagaaaagaaagaaaaaaaaaa ccererrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrerrreerrriiiaiaiiiiaiiiiiiiaiaai hhhatati ppppppppppupupupupupuppppppuppppppppppppppppppppppppppppppuppppppppppppppppppppppppppp asasasaaasaaaasaasasaaaaaaaaaa ...

sssaaa aa uuaaaa aa uu u tuu aa aaa ssee uau ,DaDaDaDahuhuhulululu, , seseseekakaararaanng dann s ss selele amammmmmmmmma-a-a--a--a-aa lalallal mamam nyynya.a.a

Oleh: Abd Mutalib Bulin

��������� 13

Oleh: Wan Mohd Aimran W. Mohd Kamal

MENCARI RASULULLAH

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah; dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Namamu ya Rasulullah dijulang dilaung diteriak oleh mereka yang tidak pernah mendalami isi hatimu.

Siasahmu dipuji, kelembutanmu dikagumi keadilanmu dihormati oleh mereka yang tidak bisa mengalu-alukanmu ke dalam hidup mereka.

Hidupmu dicerita, pengorbananmu dihargai kejayaanmu diteladani oleh mereka yang tidak sedia seiring sebaris menegakkan syariatmu.

Apalah guna bergelar umat terpilih lagi terunggul jikalau yang batil disambut madu dan arak disamakan kiri dan kanan diselarikan.

Apalah guna berserban berketayap memburu akhirat mencerca duniawikekeliruan dikelirukan dengan ketegasan.

“Maka apakah engkau mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main sahaja, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?”

Layakkah kami menerima rahmatmu rasulullah? sedangkan namamu jarang membasahi bibir dan akhlakmu dijauhi dihindari.

Suratan takdir menentukan engkau bangkit tatkala kemanusiaan dipalit kebuntuan tatkala untung rugi kehidupan diperkotak-katikkan.

Kelahiranmu menerjah kebatilan menyapu kealpaan, meluruskan yang telah sekian lama serong mengembalikan kegemilangan puncak ketamadunan manusia.

Geniusmu terserlah diwarisi disusuli mengilhami seni bina halus alhambra atau mencambah pemikiran zaman renaissance atau menyemarak perjuangan insan palestin.sepahit kekalahan yang kami alami tidak sepedih kesedihanmu diusir dari tempat lahirmu mekah.

Sedahsyat kesusahan yang kami tempuhi tidak sekejam keperitan dicaci dikeji diragui ahli keluargamu sendiri.

Segalanya engkau harungi berpacukan keyakinan berlapikkan keikhlasan meningkat bangsa meneroka sempadan.

Namun kini jalan hala tuju kesederhanaanmu telah diabaikan dan digantikan dengan ayunan dan perpecahan. kami mencari-carimu wahai Rasulullah.

Adakah engkau berdiri di mimbar masjid besar? atau duduk di bangku hakim?

Adakah engkau selesa di belakang meja kayu mengupas dan mengkaji? atau lebih gemar di samping anak isteri melayari lautan hidup berkeluarga? bagaimanakah kesempurnaan yang satu dipecah diasing dipisah menjadi beribu-ribu?

Mengapakah cahaya tulen yang suci diserak dipantul dibias lebih menyilaukan daripada menyuluh arah.

Apakah makna menyembah tuhan yang satu jikalau kesefahaman telah lama kering dari hati.

Sesungguhnya hidup ini tidak sejelas hitam putih kaum Adam dilantik untuk mentadbir memelihara bukan sekadar melaksana menguasa.

Namun kini hukum dan fatwa dijadikan alasan titik noktah pengemblengan akal meragut segala kesegaran. umatmu tidak lagi ligat membaharui menerajui mengatasi sebaliknya enak mengikuti menuruti mendengari.

Kami merindui ketegasanmu ya Rasulullah mendahagakan keunggulanmu mengidamkan kesaksamaanmu kesejagatan syariatmu.

Kami merinduimu ya Rasulullah.

KARYA KREATIF

Buletin PPFG . 14

SAINS BAHAN DI DALAM AL-QURAN

Ayat yang di paparkan di halaman hadapan merupakan secebis kisah daripada peristiwa pengembaraan ��������� ����� ����������� � ��<��� ��=�>� � ��� ����������<[\����' ��������������]^�������������_`_��{����pengembaraan dari barat ke timur itu, Zulkarnain akhirnya bertemu dengan satu kaum yang memintanya membina satu tembok yang memisahkan kaum tersebut daripada Ya’juj dan Ma’juj yang selalu melakukan kerosakan di muka bumi.

Permintaan kaum tersebut diperakui oleh Zulkarnain den-gan syarat kaum itu membantunya dalam pembinaan tem-bok tersebut. Peristiwa seterusnya berlaku seperti yang diterangkan oleh Allah S.W.T di dalam ayat 96 Surah Al-\����

Apa yang dapat dieksplorasi dari kisah diatas adalah pen-erangan tentang sains bahan di dalam Al-Quran khusus-nya ilmu berkaitan logam dan aloi.

Ayat tersebut menerangkan tentang penggunaan besi (Ferum) dan tembaga (Kuprum) yang digunakan untuk membina benteng yang kukuh. Pencampuran dua atau lebih logam dinamakan aloi dan aloi mempunyai sifat-sifat unik gabungan antara logam-logam asal.

Syed Qutb di dalam Tafsir Fizilalil Quran (Di Bawah Lem-bayung Al-Quran) karangannya, menukilkan kaedah yang digunakan oleh Zulkarnain itu adalah rahsia yang ditun-jukkan oleh Allah s.w.t kepada manusia dan rahsia ini dit-erangkan oleh Allah S.W.T jauh mendahului ilmu manusia mengenai logam dan aloi. Sehingga ke hari ini kaedah ini digunakan dalam industri untuk penghasilan aloi yang mempunyai sifat yang lebih unik berbanding logam asal-nya.

Benarlah apa yang dinyatakan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan sebagai umatNya, wajiblah kita beriman dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.

“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi,” sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ia (Zulqarnain) perintahkan mereka membakarnya dengan berkata, “Tiuplah dengan alat-alat kamu,” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah ia, “Bawalah tembaga cair su-

paya aku tuangkan atasnya.”

�����������������

Oleh: Yusri Adzir

Gambarajah fasa sistem Fe-Cu

��������� 15

Prof. Dr. Mohamed Deraman Lantikan sebagai Ketua

Jaringan Industri dan Masyarakat mulai 1 Mei 2010

hingga 30 April 2013

Prof. Dr. Roslan Abd. Shukor Lantikan semula sebagai Ketua Editor Jurnal Sains

Malaysiana pada 10 Mei 2010 hingga 9 Mei 2012

Dr. Azman Jalar @ Jalil Kenaikan pangkat ke jawatan

Profesor Madya DS54 pada 14 Januari 2010

Dr. Zalita Zainuddin Memperolehi Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Putra Malaysia

pada 14 Januari 2010 Kenaikan pangkat kejawatan pensyarah universiti DS 52

pada 14 Januari 2010

Prof. Madya Dr. Noor Baa’yah Ibrahim

Lantikan sebagai Penyelaras Siswazah PPFG pada 1 April

2010 hingga 31 Mac 2013

En. Mohd Lahudi Mohd Saruri Kenaikan pangkat sebagai

Pembantu Makmal C22 pada 2 Mac 2010

Prof. Madya Dr. Koh Aik KhoonLantikan sebagai Timbalan

Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni pada 10 April 2010

hingga 9 April 2011

TAHNIAH KEPADA PROF. DR. MUSA AHMAD DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR

HAL-EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA DI USIM.

WARGA PPFG MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS JASA PROF. DR. MUSA AHMAD SEBAGAI

DEKAN FST 2008-2010

‘JASAMU TETAP DIKENANG’

TAHNIAH KEPADA YANG DIANUGERAHKAN CAHAYA MATA

Pn. Hani Azlin Husin Shaukat - Harith RasyadDr. Rozaidi Rasid - Raika dan Rheya

Dr. Azman Jalar @ Jalil - Abdullah HusniDr. Norinsan Kamil bin Othman - Akmal Diynie

Dr. Faizal kp Kunchi Mohamed - LamyaEn. Mohd Nazri Mohmad - Izz-Aireel Mikhail

SELAMAT PENGANTIN BARU���������� �����������<��*������

Endy Feylani Malik Sidik dan Jamaliah

TAHNIAH

Buletin PPFG . ��

Untuk pengiklanan sila hubungi Pn. Hani Azlin Husin Shaukat 03-89214377 atau emailkan [email protected]

giklanan sila hubungi Pn Hani Azlin H

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

IKLAN

SAMO MINI MARKETLot 1646, Jalan Sungai Ramal Dalam

Sungai Ramal Dalam430000 Kajang, Selangor.

Tel: 017-6745098, 017-6091540 (Mie)

PRODUK BUMI ENTERPRISE No 8G Jalan Tropika 1A,

Taman Tropika Sungai Tangkas, Selangor.Membekal dan menjual minuman ringan produk

bumiputra muslim. Menyediakan tempahan untuk kenduri kahwin dan majlis keraian.

> |`_}[^]]`~�^��+����<����������"�������������������������������������017-6091540 (Mie)

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN KAKITANGAN FST

Universiti Kebangsaan Malaysia

APP ENGINEERING SDN. BHD.18 & 18-1, Block 1A, Jalan Kuchai Maju 1,

Dynasty 3, Kuchai Entreprenerus Park, Kuala LumpurWilayah Persekutuan 58200

Tel: 03-7984 6611Fax: 03-7984 6616