buletin rimc universiti utara malaysia bil / edisi /...

16
ϭ BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL Ϯ/ EDISI Ϯ/ ϮϬϭϳ www.rimc.uum.edu.my EDISI KHAS P rof Dr Ayoib Che Ahŵad akaŶ ŵeŵulakaŶ tugas sebagai TiŵbalaŶ Naib CaŶselor ;PeŶyelidikaŶ daŶ IŶovasiͿ yaŶg baharu pada ϭ JaŶuari ϮϬϭϴ di BaŶguŶaŶ CaŶselori . TAHNIAH MENARIK EDISI INI MEMOTIVASIKAN PENYELIDIKAN YANG LEBIH BERIMPAK. BENGKEL PERANCANGAN PEMANTAPAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN ϮϬϭϴ. MUHAMMAD ENGKAULAH IDOLA KAMI. GERAK GEMPUR ϱS SEMPENA PEMERIKSAAN SURVEILLANCE AUDIT MS ISO ϵϬϬϭ:ϮϬϭϱ. PENSYARAH MUDA SERTAI PROGRAM PENULISAN DAN PENERBITAN. PRESTASI R&D UUM DINILAI DALAM AUDIT MyRA ϮϬϭϲ. EDISI KHAS P rof. Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Kariŵ ŵeŶaŵatkaŶ tugas sebagai TiŵbalaŶ Naib CaŶselor ;PeŶyelidikaŶ daŶ IŶovasiͿ pada ϯϭ Diseŵber ϮϬϭϳ. TERIMA

Upload: lytu

Post on 27-Apr-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

EDISI KHAS

P rof Dr Ayoib Che Ah ad aka

e ulaka tugas sebagai Ti bala Naib Ca selor Pe yelidika da I ovasi ya g

baharu pada Ja uari di Ba gu a Ca selori .

TAHNIAH

MENARIK EDISI INI

MEMOTIVASIKAN PENYELIDIKAN YANG LEBIH BERIMPAK.

BENGKEL PERANCANGAN PEMANTAPAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN

. MUHAMMAD ENGKAULAH

IDOLA KAMI. GERAK GEMPUR S SEMPENA

PEMERIKSAAN SURVEILLANCE AUDIT MS ISO : .

PENSYARAH MUDA SERTAI PROGRAM PENULISAN DAN PENERBITAN.

PRESTASI R&D UUM DINILAI DALAM AUDIT MyRA .

EDISI KHAS

P rof. Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Kari

e a atka tugas sebagai Ti bala Naib Ca selor Pe yelidika da I ovasi

pada Dise ber .

TERIMA

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

Sebagai menghargai jasa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim sepanjang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selama enam bulan, satu majlis me-raikan beliau diadakan baru-baru ini.

Majlis anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) yang diadakan di bilik mesyuarat Jabatan itu dihadiri oleh Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan semua staf.

Prof. Dr. Abdul Malek yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2017 dalam ucapannya berkata, beliau mendapat kerjasama yang baik dari semua staf RIMC dan dapat bekerja dalam satu pasukan bagi menjayakan agenda Universiti.

Tanggungjawab Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah diambil alih oleh Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad bermula 1 Januari 2018.

Disediaka Oleh :

UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN, RIMC

Mantan Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Alias Azhar menyerahkan Nota Tugas Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Majlis anjuran Pusat Pengu-rusan Penyelidikan dan Ino-vasi (RIMC) yang diadakan di bilik mesyuarat Jabatan itu dihadiri oleh Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan semua staf.

Prof. Madya Dr. Alias yang menggalas tanggungjawab

sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan) bermula 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2017 dalam ucapannya berkata, beliau men-gucapkan terima kasih kepada semua staf kerana memberikan ker-jasama yang baik sepanjang beliau berkhidmat di RIMC.

Sementara Prof. Madya Dr. Rozita Arshad pula mengucapkan terima kasih kepada Pengarah RIMC kerana memberikan ke-percayaan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab se-bagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan) baharu.

Manakala Prof. Dr. Mohd Azizuddin pula menzahirkan ucapan terima kasih sepanjang tempoh perkhidmatan Prof. Madya Dr. Alias, beliau memberikan komitment yang baik dalam men-jayakan matlamat RIMC.

EDISI KHAS

Tanggungjawab Timbalan Pengarah (Penyelidikan) telah diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Rozita bermula 1 Januari 2018.

Disediaka Oleh :

UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN, RIMC

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

Penasihat

Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani

Editor Utama

Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi

Editor/ Rekabentuk Teks dan Grafik

Noorhani Ismail Khairul Noor Puteh

Fotografi

Mohd Fairuz Zaiyadi Fadilah Mohd Zain

Bistomi IsmailNursyahida Abriza Md Fared

Ammar Bin Azlan

Penyumbang Berita

Aniza Sabjan

Aini Bahrum

Sobiroh Md. Taha

Nur Suhana Hashim

Nursyahida Abriza Md Fared

Munirah Mat Din

Zuhaida Hamzan

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Penyelaras Buletin RIMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok

Kedah Darul Aman

Tel: 04-928 4771

Fax : 04-928 4756

Laman web: www.rimc.uum.edu.my

Emel : rimc @uum.edu.my

Selamat Datang ke RIMC

Selamat Tinggal

&

Terima Kasih

Jawatan : Timbalan Pengarah

(Penyelidikan)

Prof. Madya Dr. Rozita binti Arshad

Jawatan : Setiausaha Pejabat

PTJ Baru : Pejabat TNC (A&A)

Farah Syida Binti Ahmad

Jawatan : Timbalan Pengarah

(Penyelidikan)

PTJ Baru : Centres of Excellence (CoE)

Prof. Madya Dr. Alias Bin Azhar

Jawatan : Pegawai Khas TNC

(P&I)

Muhammad Ridhuan Bin Abdullah

Jawatan : Setiausaha Pejabat,

Pejabat TNC (P&I)

Nor Azlina Binti Abdul Hamid

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PENERIMA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP

(PRGS) & SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

(FRGS) TAHUN 2017 Bil. Ketua Projek Pusat Pengajian

PRGS

1 Prof. Madya Dr. Suzilah Ismail Pusat Pengajian Sains Kuantitatif FRGS

1 Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial 2 Prof. Madya Dr. Siti Jamilah Bidin Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah

3 Prof. Madya Dr. Yuhanis Yusof Pusat Pengajian Pengkomputeran

4 Prof. Dr. Zulikha Jamaludin Pusat Pengajian Pengkomputeran

5 Dr. Juliana Wahid Pusat Pengajian Pengkomputeran

6 Dr. Mustafa Muwafak Theab Alobaedy

Pusat Pengajian Pengkomputeran

7 Dr. Rohaida Romli Pusat Pengajian Pengkomputeran

8 Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar Pusat Pengajian Pengkomputeran

9 Prof. Madya Dr. Siti Sakira Kamaruddin

Pusat Pengajian Pengkomputeran

10 Dr. Azizah Mohd. Rohni Pusat Pengajian Sains Kuantitatif 11 Prof. Dr. Zurni Omar Pusat Pengajian Sains Kuantitatif 12 Prof. Dr. Noor Azizi Ismail Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

13 Prof. Dr. Wan Nordin Wan Hussin Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

14 Prof. Madya Dr. Zaleha Othman Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

15 Dr. Yaty Sulaiman Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan

16 Prof. Dr. Khulida Kirana Yahya Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan

17 Dr. Maha Mohammed Yusr Othman Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan

18 Prof. Madya Dr. Mukaramah Harun Pusat Pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan

19 Norliza Dasahi Pusat Pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan

20 Dr. Kamal Imran Mohd Sharif Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik

21 Dr. Idawati Ibrahim Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz

22 Prof. Madya Dr. Hijattulah Abdul Jabbar

Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz

23 Dr. Natrah Saad Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz

24 Dr. Aminurraasyid Yatiban Ghazali Shafie Graduate School of Government 25 Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha

Mohamed

Pusat Pengajian Kerajaan

26 Dr. Siti Darwinda Mohamed Pero Pusat Pengajian Antarabangsa

27 Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd Sani

Pusat Pengajian Antarabangsa

28 Dr. Rozila Ahmad Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

J umlah penyelidikan dan penerbitan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih sangat rendah perlu diting-

katkan walaupun pelbagai insentif telah diberikan, namun jumlah penyelidikan dan penerbitan yang dihasilkan masih sangat rendah berbanding bilangan pensyarah UUM yang seramai 1,157 orang,” kata Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Pada tahun 2017 hanya 355 penyelidikan yang berjaya dihasilkan manakala jumlah penyelidik utama ialah seramai 634 orang, manakala penerbitan hasil penyelidikan pula hanya 238 orang pensyarah atau 20.57% yang menulis di dalam 488 jurnal berindeks scopus/WoS/ERA yang telah diterbitkan.

Tegasnya, hal itu berlaku kerana budaya akademik dan kesarjanaan masih belum kukuh. Kecintaan ter-hadap penyelidikan dan penerbitan di universiti juga masih belum menjadi satu norma.

"Inilah cabaran besar yang harus kita atasi, justeru ahli akademik perlu membudayakan dan meningkat-kan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain daripada usaha memperteguhkan aktiviti penyelidikan dan inovasi sejajar dengan aspirasi yang ditetapkan dalam teras ketiga Pelan Strategik Pen-didikan Tinggi Negara (PSPTN).

“Setiap ahli akademik perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel setiap tahun bagi meningkat-kan lagi jumlah penerbitan di UUM,” ujarnya.

Naib Canselor berkata demikian pada Majlis Penghargaan Kepada Penerima Geran Penyelidikan Pem-bangunan Prototaip (PRGS) dan Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) FASA 1/2017 di EDC-Hotels & Resorts, semalam. Pada majlis itu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 29 penyelidik yang telah berjaya memperoleh geran PGRS dan FRGS.

Daripada jumlah itu seramai 28 orang penyelidik menerima geran FRGS dengan jumlah dana keseluruhan berjumlah RM 1,574,831.40 dan seorang penyelidik menerima geran PRGS ber-jumlah RM32,860. Hadir sama Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof Dr Huda Hj Ibrahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan pegawai-pegawai UUM.

NAIB CANSELOR GESA TINGKATKAN

UNIT KOMUNIKASI & KORPORAT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Disediaka Oleh :

JUMLAH PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

7 OGOS 2017

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

A udit Penilaian Tapak bagi Penarafan Bintang Malay-

sia Research Assessment (MyRA) un-tuk pencapaian tahun 2016 telah ber-langsung di Everly Hotel, Putrajaya pa-da 24 Oktober 2017. Audit yang dijalan-kan ini dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Audit ini bertujuan untuk mengesahkan data serta bahan bukti penerbitan yang telah dikemukakan oleh UUM selaras dengan keperluan Glosari MyRA 1. Sepanjang proses audit ini, sebanyak lapan (8) komponen telah dinilai oleh MyRA iaitu maklumat am; kuantiti dan kualiti penyelidik; kuantiti dan kualiti penyelidikan; kuantiti dan kualiti pasca siswazah; inovasi; khidmat profesional dan hadiah; jaringan dan jangkauan serta khidmat sokongan.

Komponen-komponen tersebut dinilai oleh panel-panel audit yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato Prof. Dr. Mohd.Jamil bin Maah daripada Universiti Malaya bersama enam (6) panel lain iaitu Y.Bhg. Dato' Prof. Emeritus Dr. Muhammad bin Yahaya (USM), Y.Bhg. Dato' Dr. Abu Bakar bin Salleh (UPM), Y.Brs. Prof. Dr. Normah binti Omar (UTM),Y.Brs. Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi (UPM), Y.Brs. Prof. Dr. Naomie binti Salim (UTM), Y.Brs Prof. Dr. Md. Razali bin Ayob (UTeM) serta dua orang wakil Task Force MyRA.

Manakala wakil dari UUM yang mewakili komponen-komponen ini terdiri daripada 21 orang Jawatankuasa Kerja MyRA iaitu daripada pegawai dan kakitangan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Jabatan Bendahari, UUMIT, Per-pustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Jabatan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), dan Uniutama Education & Consultancy (UEC).

Proses penilaian yang dijalankan berjalan dengan lancar, hasil daripada semangat kerjasama diantara semua ahli yang terlibat. Hal ini turut mendapat pujian daripada Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin yang menyifatkan ker-jasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan UUM yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan proses penilaian tersebut.

Hal yang sama turut diulas Timbalan Pengarah (Tugas-Tugas Khas) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Dr Mohd Faizal bin Omar yang bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Mohd. Azizuddin berkenaan sinergi yang ditunjukkan antara pegawai UUM sepanjang proses audit. Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi sesi audit MyRA pada tahun berikutnya.

Sewaktu sesi penggulungan, ketua panel bagi Audit Penilaian Tapak YBhg. Dato Prof. Dr. Mohd. Jamil bin Maah telah memberikan beberapa nasihat dan pujian kepada wakil UUM. Antaranya, “UUM mempunyai sis-tem sumber manusia yang baik dan lestari dimana kohot umur penyelidik memenuhi penanda aras yang ditetapkan MyRA. Justeru itu, UUM mempunyai banyak potensi untuk berkembang menjadi universiti yang disegani di Malaysia. Keputusan ke atas hasil dapatan audit ini akan diumumkan oleh pihak KPT selepas semua proses pengauditan telah dijalankan ke atas semua universiti di Malaysia.

PRESTASI R&D UUM DINILAI DALAM AUDIT MYRA Disediaka Oleh :

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS, RIMC

24 OKTOBER 2017

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

S eramai 30 pensyarah muda menyer-tai Program R102 (Introductory) Penulisan dan Penerbitan (Zon Utara) di Bilik Komput-

er, Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program anjuran bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) dengan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) berlang-sung selama dua hari bermula 28 November la-lu dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Zulhabri Is-mail dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan Prof. Madya (B) Dr. Nor Azni Abdullah mantan

PENSYARAH MUDA SERTAI PROGRAM PENULISAN DAN PENERBITAN

pensyarah dari universiti yang sama.Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas) RIMC, Dr. Mohd Faizal Omar dalam uca-pan aluannya berkata, program ini bertujuan untuk mendedahkan penyelidik ten-tang kepentingan penu-lisan akademik dan pen-erbitan dalam kerjaya akademik profesional.

“Modul yang disediakan adalah meliputi topik yang berkaitan dengan penulisan dan penerbitan seperti etika, hak pengarang, struktur dan penye-diaan manuskrip serta proses penerbitan.

“Ini akan memberi ruang kepada pensyarah muda untuk menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti di samping dapat menerbitkan dalam jurnal yang berimpak tinggi”, katanya lagi.

Sementara itu, peserta program Dr. Narentheren Kaliappen, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan berkata, bengkel ini memberikan banyak input tentang penyelidikan dan penerbitan dan beliau dapat belajar lebih banyak mengenai penerbitan untuk pem-bangunan kerjaya akademik, pengindeksan dan sitasi, etika, penyediaan manuskrip serta proses penerbitan.

“Selain itu, saya juga dapat mengetahui maklumat tentang jenis artikel dan secara keseluruhan,

bengkel ini amat berguna untuk seorang penyelidik muda seperti saya dan tidak sabar untuk mengikuti latihan penulisan dan penerbitan peringkat lanjutan pada masa yang akan datang”, ujar beliau lagi.

Seorang lagi peserta program, Dr. Ani Munirah Mo-hamad, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Undang-

undang menyifatkan bengkel ini amat bermanfaat kepada peserta di mana struktur pengisian adalah bersesuaian dengan peserta yang baru bermula atau di awal kerja-kerja penulisan artikel dan jurnal.

“Amat membuka ma-ta, khususnya apabila Dr. Nor Azni banyak berkongsi pengala-man akademik dan penulisan beliau.

"Yang paling memberi kesan kepada saya ialah bagaimana Dr. Zulhabri menstruktur artikel penulisan da-ripada setiap bab tesis pengajian

dengan memberi cadangan yang amat sistematik dan patut diaplikasikan oleh pelajar tanpa sebarang masalah.

“Penceramah juga turut memberi penekanan tentang kepentingan menulis artikel dalam jurnal berindeks Scopus, Web of Science dan ERA sebagai sebaha-gian daripada hala tuju UUM dan KPT untuk mening-katkan penerbitan dan sitasi akademik,” tambah Dr. Ani Munirah.

Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) RIMC, Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi juga turut berkongsi tentang peranan RIMC dalam meningkatkan penerbitan penyelidikan di UUM ke arah mendapatkan pengiktirafan di peringkat an-tarabangsa.

Penyertaan juga melibatkan peserta dari Institut Pendidikan Guru Darulaman.

28– 29 NOVEMBER 2017

Disediaka Oleh :

UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN, RIMC

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

BENGKEL PENERBITAN ARTIKEL Q

31 OKTOBER 2017

R IMC dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengkomputeraan

(SOC) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penerbitan Artikel Q1 pada 31 Oktober 2017 di EDC Hotel & Resort. Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan ke-mahiran mengenai penulisan artikel untuk diterbitkan dalam Q1 (WoS).

Bengkel yang dihadiri seramai 47 orang peserta ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Salwani binti Abdullah, Profesor Fakulti Teknologi dan

Sains Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkongsi pengalaman, teknik dan strategi kejayaannya menghasilkan penerbitan artikel dalam Q1.

RIMC mengucapkan terima kasih atas kerjasa-ma dan komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang bengkel berlangsung. Bengkel ini dilihat amat penting untuk mencapai KPI yang disasarkan oleh pihak Universiti. Semoga hasil daripada bengkel ini dapat diaplikasi sepe-nuhnya oleh para peserta.

Turut hadir bersama ke bengkel ini adalah Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidi-kan), Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun bin Mohd Nawi dan Prof. Madya Dr. Yuhanis binti Yusof selaku Felo Penerbitan Penyelidikan RIMC.

Disediaka Oleh :

UNIT PENERBITAN PENYELIDIKAN

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

BENGKEL PERANCANGAN PEMANTAPAN

PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN

P ada 5 hingga 7 Disember 2017 (Selasa - Khamis) bertempat di The Pure Hotel, Sungai Petani telah

berlangsung Bengkel Perancangan Pemantapan Pen-gurusan Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan 2018 yang melibatkan 16 orang peserta termasuk Tim-balan Pengarah (Penyelidikan) dan 15 orang staf Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan.

Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan meru-pakan dua unit yang saling bekerjasama serta penting dalam merealisasikan visi dan misi RIMC.

Seiring dengan tuntutan kerja dan keperluan semasa, unit-unit ini perlu merancang dan menyemak semula sistem kerja dan Standard Operation Procedure (SOP) bagi pemantapan serta produktiviti kerja yang lebih baik dan berkesan.

Sehubungan itu, Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan bersama-sama mengadakan bengkel bagi merencana pelan tindakan dan perancangan unit bagi tahun 2018. Di samping menyediakan garis pan-duan pengurusan penerbitan penyelidikan dan melakukan semakan KPI CoE.

Hasil daripada bengkel ini, Unit Penyelidikan telah ber-jaya merancang dan menyusun pelan tindakan bagi tahun 2018 terutamanya hal-hal berkaitan pemantauan penyelidikan yang berkesan. Selain itu, Unit Penyelidi-kan juga telah berjaya menyemak KPI CoE rentetan daripada pembentangan pada Mesyuarat JKCoE Kali Kedua Bil.2/2017 yang lalu. Di samping itu, bengkel ini

juga berjaya memenuhi tugasan ad hoc berkaitan Risk Management yang di-tugaskan pada saat-saat akhir.

Unit Penerbitan Penyelidikan telah berjaya me-rangka dan menghasilkan deraf Garis Panduan Penerbitan Penyelidikan. Deraf ini telah dihasilkan dan disemak bersama-sama Unit Penyelidikan diketuai Prof. Madya Dr. Alias Azhar selaku Timbalan Pengarah (Penyelidikan).

Selain itu, bengkel ini juga telah berjaya ber-diskusi dalam menghasilkan resolusi penam-bahbaikan tadbir urus dan pengurusan kewangan penyelidikan dan penerbitan RIMC demi menyahut tagline universiti sebagai Uni-versiti Pengurusan Terkemuka.

Disediaka Oleh :

UNIT PENYELIDIKAN & UNIT PENERBITAN PENYELIDIKAN

5-7 DISEMBER 2017

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

MEMOTIVASIKAN PENYELIDIKAN YANG LEBIH BERIMPAK

P usat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) dengan kerjasama Pusat Pengajian Perakaunan Tunku

Puteri Intan Safinaz (TISSA) telah menganjurkan program perkongsian ilmu: Motivating Research to Create Im-pact yang dikendalikan Prof Emeritus Dr Keith Houghton dari Research Coaching Australia (RCA) pada 13 Disember 2017 yang lepas di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen.

Timbalan Pengarah RIMC, Dr. Mohd. Faizal Omar dalam ucapan aluannya berkata, sesi perkongsian ilmu ini di-harapkan dapat memberikan pendedahan kepada para penyelidik UUM bagaimana mereka dapat mencetuskan idea penyelidikan yang lebih berimpak tinggi dan berkualiti. Ia adalah selaras dengan usaha meningkatkan penghasilan penyelidikan berimpak di kalangan penyelidik UUM.

Sementara itu, Prof Dr Keith Houghton yang meru-pakan Pengarah RCA dan juga Profesor Emeritus di Australian National University (ANU) dalam per-kongsian beliau turut menekankan bahawa penyelidikan yang tidak memberi impak, tidak juga akan diterbitkan dalam jurnal utama.

Disediaka Oleh :

UNIT PENYELIDIKAN, RIMC

13 DISEMBER 2017

Slaid sesi perkongsian ini boleh diperolehi di link berikut untuk rujukan semua staf akademik

https://drive.google.com/open?id=1FtHX3qvar6Fj2fgVFY4Niu3sMEh_Fkam

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

GERAK GEMPUR S

S empena Pemeriksaan Surveillance Audit MS ISO 9001:2015, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi(RIMC) telah menjalankan Gerak Gempur 5S baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah RIMC, Suraya Deraman berka-ta, program yang melibatkan pelbagai peringkat jawatan itu bertujuan mewujudkan keadaan ruang kerja yang kemas dan teratur bagi memastikan produktiviti RIMC berada pada tahap yang optimum.

“Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan dokumen dapat dicapai dengan mudah bagi melancarkan proses pemeriksaan surveillance audit yang dijangka akan dijalan-kan dari 18 hingga 20 Disember ini.

“Kawasan yang diberi tumpuan untuk kali ini adalah bilik setor Unit Pentadbiran dan Kewangan, bilik setor Unit Tugas-tugas Khas dan bilik e-Management.

“Aktiviti ini bukan sahaja untuk clear barang-barang yang terdapat di dalam bilik-bilik berkenaan tetapi juga sebagai suatu ibadat kerana kebersihan adalah salah satu perka-ra yang dititikberatkan di dalam Islam”, katanya lagi.

Staf dari Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tugas-

tugas Khas dan e-Management telah dibahagikan kepa-da tiga kumpulan yang ditugaskan untuk setiap bilik ter-sebut.

“Saya amat berterima kasih dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua staf yang terlibat,” ujar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Norkhuzaimah Ismail yang menyelia aktiviti ini.

Sementara itu, Pembantu Penyelidik, Ammar Azlan berkata, “Saya amat teruja dengan keadaan pejabat sekarang yang lebih teratur dan lebih bersemangat untuk bekerja selepas ini serta mengharapkan aktivi-ti ini patut diteruskan di masa hadapan”.

Program yang mengambil masa tiga jam itu juga menyahut seruan Universiti iaitu “Khamis: Hari 5S UUM”.

SEMPENA PEMERIKSAAN SURVEILLANCE

AUDIT MS ISO :

Disediaka Oleh :

JK S RIMC

7 DISEMBER 2017

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

P ada 21 September 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Sukan, UUM telah berlangsung program RIMC Merdeka Day 2017 anjuran

bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Universiti Utara Malaysia dan Kelab Kebajikan RIMC.

Program ini diadakan bagi menyahut seruan Universiti agar semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengadakan aktiviti bagi meraikan bulan kemerdekaan yang ke-60. Program ini mengetengahkan sukaneka sebagai aktiviti utama dengan penglibatan 40 orang staf RIMC yang dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu Kumpulan Merah, Biru, Kuning dan Putih.

Aktiviti sukaneka yang berlangsung di antaranya adalah Larian Kasih, Suci dalam Debu, Bagai Menatang Minyak yang Penuh, Simpul Kasih, Bicara Tanpa Suara dan Sambutlah Cintaku.

Selain meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-60, program yang dijalankan ini berjaya memupuk kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan staf, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim yang sekaligus mendorong kepada keseronokan dalam bekerja. Tambahan lagi, aktiviti seumpama ini menggalakkan amalan gaya hidup sihat bagi membantu meningkatkan prestasi dan mutu kerja.

Melalui kemaskini di laman sosial Facebook bertarikh 22 September 2017, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Azizuddin bin Mohd. Sani melahirkan rasa seronok dan berbangga dengan program yang dianjurkan.

“RIMC Merdeka Day. It was raining day yesterday, so we had to have it indoor. But what a great time. I enjoyed it so much with all RIMC staffs. Thumbs up all the ways.” -Prof. Dr. Azizuddin

HARI MERDEKA RIMC

Disediaka Oleh :

KELAB KEBAJIKAN RIMC

21 SEPTEMBER 2017

Kumpulan Biru muncul sebagai juara bagi program RIMC Merdeka Day 2017 mengatasi Kumpulan Merah di tangga kedua dituruti Kumpulan Kuning di tangga ketiga dan Kumpulan Putih di tangga keempat. Hadiah bagi kreativiti dan keceriaan pasukan dimenangi oleh Kumpulan Kuning. Manakala, Encik Ammar bin Azlan dinobatkan sebagai Peserta Paling Sporting. Aktiviti dimeriahkan lagi dengan kuiz Merdeka dan cabutan bertuah.

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

MUHAMMAD ENGKAULAH IDOLA KAMI

M emperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad kepada hari ataupun hanya me-lalui acara tertentu kerana ia sepatutnya disegarkan dalam ingatan setiap muslim sepanjang masa.

Atas dasar itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk Penghayatan dalam Memperjuangkan Islam, Muhammad Engkaulah Idola Kami.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman, pensyarah dari Pusat Pengajian

Bahasa, Tamadun dan Fal-safah itu menceritakan ten-tang sifat kejadian Nabi Mu-hammad SAW dan juga sunah baginda.

Dr. Mohd Nizho berkata, mencontohi Nabi Muham-mad SAW adalah dengan melaksanakan sunah bag-inda seiring dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula ban-yak menyebut dan meng-ingati Allah." (Surah al-Ahzab, ayat 21).

“Cara terbaik untuk mereal-isasikannya adalah dengan mencontohi Rasulullah SAW

dalam segenap aspek kehidupan kerana sunah baginda bersifat sejagat serta sesuai diamalkan oleh umat Islam serta bukan Islam.

“Kegagalan memahami definisi sunah antara faktor ada dalam kalangan kita yang mengabaikannya dengan alasan ia hanya perbuatan sunat, apabila dikerjakan mendapat ganjaran pahala dan tidak pula ber-dosa jika ditinggalkan”, tambah beliau lagi.

Beliau juga berkongsi tentang keperibadian Rasulullah SAW yang unggul iaitu akhlak dan perwatakan yang terpuji; pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan; mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan.

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat RIMC anjuran kelab kebajikan jabatan RIMC adalah sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H.

Disediaka Oleh :

KELAB KEBAJIKAN RIMC

11 DISEMBER 2017

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

SLOT PERKHIDMATAN DI RIMC

-Klinik ini diwujudkan untuk membantu para penyelidik dalam bidang penulisan.

Nama Perunding: Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Bin Mohd Nawi

Hari & Masa: Setiap hari Isnin melalui temujanji

(9.00 a.m—12.00 p.m)

RESEARCH PUBLICATION HELPDESK RPH

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Unit Penerbitan Penyelidikan

04-928 4764/ 4779

-Slot ini diwujudkan bagi membantu para penyelidik (staf UUM) untuk mendapat pendedahan dan bimb-

ingan dalam menerbitkan artikel yang bermutu dalam Special Issue jurnal berindek Scopus.

Nama Perunding: Prof. Madya Sr.Dr. Mohd Nasrun Bin Mohd Nawi

Dr. Abd Rahim Bin Romlee

Prof. Madya Dr. Azham Bin Hussain

Tempat : Bilik Mesyuarat RIMC

Hari & Masa: Rabu

9.00 pagi hingga 1.00 petang. * Sila buat temujanji.*

SLOT PERUNDINGAN PENULISAN & PEMURNIAN ARIKEL JURNAL SPECIAL ISSUE (Scopus)

-Klinik ini diwujudkan untuk membantu para penyelidik dalam penggunaan tatabahasa dan idea

dalam penulisan.(Dibuka pada staf dan pelajar UUM)

Nama Perunding: Encik Faisal bin Zulhumadi

Tempoh pelaksanaan: Sesi tiga (3) jam setiap hari Selasa bertempat di RIMC. Temujanji awal perlu dilakukan oleh staf

akademik yang berminat.

KLINIK MANUSKRIP PENERBITAN

HASIL PENYELIDIKAN

UNIT PENERBITAN PENYELIDIKAN

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

Nama Ibu : Sobiroh Binti Md. Taha

Nama Anak : Muhammad Fayyadh Aydeen Bin

Muhammad Fakru Rozi Zamani

Tarikh Lahir : 27 Oktober 2017

_____________________________

ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH

“ Harta & anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia”.

(Al Qu’ran Surat : 18 : 46)

______________________

Abdul Syakur Bin Abdullah

Jawatan: Pegawai Khas

PTJ Baru : School of Business Man-

agement (SBM)

Muhammad Ariff Al-Shahab Bin

Sharbani

Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir

PTJ Baru : Tiada (Berhenti kerja)

JASA MU DIKENANG

TAHNIAH : Khalifah Baru

BULETIN RIMC UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BIL / EDISI /

www.rimc.uum.edu.my

AKTIVITI RIMC

BIL. AKTIVITI/PROGRAM TARIKH TEMPAT ANJURAN

(UNIT) Bengkel Penerbitan Artikel Jurnal

Bersama Managing Editor

18 Julai 2017 Bilik Seminar COLGIS

Unit Penerbitan Penyelidikan

Perbincangan Meja Bulat Jawatankuasa Kerja Penerbitan Bersama Biro Penerbitan Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia

2 Ogos 2017 Bilik Serbaguna SQS

Unit Penerbitan Penyelidikan

Majlis Penghargaan Kepada Pen-erima Geran PRGS dan FRGS Tahun 2017

6 Ogos 2017 EDC Hotels & Resorts

Unit Penyedlidikan

4 Program Bual Bicara Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ting-gi Malaysia (TKPPTM) Bersama Pengarah Pusat Kecemerlangan UUM : Strive For Excellance

21 Ogos 2017 Manager’s Cof-fee, UUM

Unit Penyedlidikan

Majlis Menandatangani Perjanjian Geran Penjanaan Penyelidikan Dan Taklimat Kewangan

20 Sept. 2017 Dewan Seminar Pusat Islam, UUM

Unit Penyelidikan

Sukan Rakyat 21 Sept. 2017 Pusat Sukan Kelab Kebajikan RIMC

Bengkel Pengurusan Risiko 30 Okt 2017 Bilik Mesy. RIMC Unit Pentadbiran & Kewangan

Bengkel Penerbitan Artikel Q1 31 Okt 2017 Bilik Mesy. RIMC Unit Penerbitan Penyelidikan

Bengkel Semakan Penam-bahbaikkan Sistem Penerbitan

1 Nov 2017 Bilik Mesy. RIMC Unit Penerbitan Penyelidikan

Program Fgd Oleh Pihak Iseas,

Singapore Dengan Kerjasama RIMC

7 – 8 Nov 2017 Bilik Mesy. RIMC Oleh pihak Iseas, Singapore

dengan kerjasama RIMC

Workshop on Maximizing the Visi-bility and Impact Your Published Research

14 Nov 2017 Bilik Seminar, COLGIS

Unit Penerbitan Penyelidikan

Workshop High Impact Journal : Manuscript Preparation

21 Nov 2017 BMU, SQS Unit Penerbitan Penyelidikan

Writing And Publication Module : AKEPT Competency And En-hancement Programme (ACEP) 2017

28 – 29 Nov 2017

Bilik Komputer Pusat Islam, UUM

RIMC dan AKEPT

(JULAI—DISEMBER 2017)