buletin pengguna 0903c

12

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin pengguna 0903c
Page 2: buletin pengguna 0903c

2 < MAR 2009

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGNor Azhar bin Manap

Effaizah binti ShahidanPaul Selva Raj

Ratna Revi NadarajanCheah Chee Ho

Buletin Pengguna merupakan penerbitan usahasamadi antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna dan FOMCA. Ia diterbitkan padasetiap bulan. Sumbangan artikel amat dialu-alukan.

Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

No 13, Persiaran PerdanaPresint 2, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

DICETAK OLEH

Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna initidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

Penyelidik di Britain telah membuat kajian ke atas kanak-kanak dan mendapati bahawamereka yang menonton televisyen melebihi dua jam sehari berisiko dua kali gandauntuk menghidap penyakit asma. Lebih daripada 300 juta orang di seluruh duniaadalah penghidap penyakit asma dan ianya merupakan penyakit kronik yang palingbiasa di kalangan kanak-kanak. Antara simptom penghidap asma adalah seperti sesaknafas, batuk dan sakit dada.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax, penyakit asma bolehmengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun,akibat dari mereka yang mengalami obesiti dan kurang bersenam. Andrea Sherrif danrakan penyelidiknya di University of Glasgow melaporkan bahawa ”terdapat teori terkiniyang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman (sedentary) yangberkemungkinan boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi(wheezing) yang berlaku pada kanak-kanak”. Sheriff dan rakan-rakannya telahmengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak, dari mereka lahir sehinggaberusia 12 tahun.

Dalam penyelidikan tersebut, kajian soal selidik ke atas ibu bapa turut dilakukanbagi mengenalpasti corak pernafasan anak-anak mereka dan menyelidiki samadaibubapa membawa anak-anak berjumpa doktor bagi mendiagnosis asma. Penyelidikjuga menganalisa kekerapan kanak-kanak tersebut menonton TV. Mereka tidakmemasukkan permainan video atau komputer peribadi, kerana ia tidak popular danjarang terdapat pada zaman pertengahan tahun 1990-an semasa kanak-kanak tersebutmembesar.

“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurangdan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidappenyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK.

Kajian ini juga merupakan kajian pertama yang menghubungkan secara langsungkekurangan senaman di kalangan kanak-kanak pada umur yang masih muda kepadarisiko asma yang lebih tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.

Sumber: Reuters news, 3 Mac 2009

Terlalu Banyak Menonton TVMembawa Kepada Risiko Asma diKalangan Kanak-Kanak

semasa

Page 3: buletin pengguna 0903c

MAR 09 > 3

Hari Pengguna Sedunia merupakan sambutan tahunanpergerakan pengguna sedunia. Lebih penting, ia merupakanwaktu yang sesuai untuk mempromosikan hak asasi parapengguna, menuntut supaya hak-hak mereka disanjungi dandilindungi, dan memprotes penyalahgunaan di pasaran danketidakadilan sosial. Hari Pengguna Sedunia bemula sejak15 Mac 1983, dan semenjak itu ia telah menjadi tarikh yangpenting untuk mengerakkan tindakan rakyat.

Hari Pengguna Sedunia 2009 merupakan kali kedua haritindakan antarabangsa untuk menyokong kempen ConsumersInternational (CI) iaitu Junk Food Generation yang bertujuanuntuk menghentikan pemasaran makanan tidak berkhasiatkepada kanak-kanak.

Epidemik obesiti

Peningkatan dalam pemakanan yang mengandungi lemak,gula, dan garam yang bergabung dengan aktiviti fizikal yangkurang telah membawa kepada peningkatan penyakit kronikberkaitan diet seperti penyakit jantung, diabetis dan kanser.Penyakit-penyakit yang boleh dicegah ini melibatkan kosyang tinggi kepada nyawa manusia, taraf hidup, danperkhidmatan kesihatan. Kanak-kanak yang obes mempunyaikemungkinan yang tinggi untuk membesar sebagai dewasayang obes dan menderita dengan penyakit kronik. Sekurang-kurangnya 22 juta orang kanak-kanak seluruh dunia di bawah

isu pengguna

HARIPENGGUNA

SEDUNIA 2009KKKKKempempempempempen Gen Gen Gen Gen Global Unlobal Unlobal Unlobal Unlobal Untuktuktuktuktuk

MenghentikanMenghentikanMenghentikanMenghentikanMenghentikanPPPPPemasaremasaremasaremasaremasaran Makananan Makananan Makananan Makananan Makanan

TTTTTidak Bidak Bidak Bidak Bidak Berererererkkkkkhasiahasiahasiahasiahasiat Kt Kt Kt Kt KepadaepadaepadaepadaepadaKanak-KanakKanak-KanakKanak-KanakKanak-KanakKanak-Kanak

5 tahun adalah berlebihan berat badan dan mengalamiobesiti. Oleh itu, kita perlu bertindak segera untuk mencegahmasalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankankajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) setiap 10tahun, dan dalam kajian terkini, NHMS III (2006), terdapatpenemuan yang mengejutkan (rujuk jadual di bawah). Sejakpermulaan tahun 2007, Kementerian Kesihatan telahmembelanjakan sebanyak RM 180 juta ataupun 20% daripadabajet tahunan sebanyak RM900 juta ke atas ubat bagi penyakitkronik iaitu hipertensi, diabetis, dan kolesterol tinggi.Jumlah pesakit pula dijangka meningkat sebanyak 13% padatahun 2020.

Gejala dan penyakit NHMS 2 NHMS 3(1996) % (2006) %

Berlebihan berat badan 16.6 28.6

Obes 4.0 14.0

Kencing manis 8.3 14.9

Hipertensi 32.9 42.6

*Dewasa umur 30 tahun ke atas

.. ke muka 4

Page 4: buletin pengguna 0903c

4 < MAR 2009

Pemasaran makanan yang tidak berkhasiatdan hubungkaitnya dengan masalahkesihatan

Laporan World Health Organization (WHO) pada 2006 bertajuk’Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children’menjelaskan terdapat bukti yang menunjukkan bahawapemasaran makanan yang tinggi lemak, gula dan garammempunyai kesan langsung ke atas pilihan makanan kanak-kanak dan mendorong mereka untuk memilih makanan yangakan membawa kepada masalah obesiti. Kajian jugamenunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untukmemilih makanan yang berjenama daripada makanan yangtidak berjenama – walaupun ianya makanan yang sama.

Dalam Global Strategies to Prevent Childhood Obesity2006, IOTF telah membuat rumusan berikut:

“Diet kanak-kanak di seluruh dunia –termasuk di China – adalah dikuasai olehmakanan dan minuman yang tidak sesuai.Kanak-kanak seringkali dieksploitasi olehindustri yang mengeluarkan pelbagai produkdari permainan hingga ke makanan danminuman. Ianya telah mengaburi persepsikanak-kanak, pemahaman dan pengetahuantentang makanan sihat, dan ia memberikankesan yang tidak baik untuk pembesarankanak-kanak”

dari muka 3 ...

isu pengguna

Antara taktik pemasaran yang sering disasarkan kepadakanak-kanak dan remaja oleh industri makanan adalahmelalui:

o Iklan televisyeno Penajaan programo Penarikan barangan mainano Promosi atas pembungkusano Penajaan watak kartun dan selebritio Kerjasama dengan filemo Laman web interaktifo Peraduano Barangan percumao Penajaan aktiviti sekolaho Risalah promosi

Peranan syarikat makanan multinasional

Ibubapa sememangnya ingin memilih makanan yangberkhasiat kepada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun,pilihan mereka seringkali dipengaruhi oleh iklan dan promosimakanan yang tidak berkhasiat di pasaran. Syarikat-syarikatmakanan ini menggunakan pelbagai jenis taktik untukmensasarkan produk mereka kepada kanak-kanak. Pada tahun2006, syarikat makanan multinasional yang terbesar telahmembelanjakan kos pengiklanan sebanyak;

• US$7.8 billion - untuk makanan• US$4.0 billion - untuk minuman ringan• US$1.1 billion - untuk gula-gula dan konfeksi**Advertising Age’s Global Marketers, November 2007

Diet kanak-kanak diseluruh dunia – termasukdi China – adalah dikuasaioleh makanan dan minumanyang tidak sesuai. Kanak-kanak seringkali disasaroleh industri untukmemupuk ketaatan jenamadalam pelbagai produk daripermainan hingga kemakanan dan minuman.

Page 5: buletin pengguna 0903c

MAR 09 > 5

Apakah yang diperjuangkan olehpergerakkan pengguna sedunia?

1. Oleh kerana terdapat banyak syarikat makanan danminuman yang menjual produk mereka ke seluruhdunia, perlindungan di peringkat antarabangsaterhadap pemasaran makanan yang tidak berkhasiatkepada kanak-kanak ini perlu diberi perhatian.Walaupun standard nasional adalah penting, jika ianyatidak diperlihatkan dalam standard antarabangsa,syarikat-syarikat tersebut akan mempromosikanproduk mereka di negara-negara yang tidakmempunyai standard sewenang-wenangnya. Semuakanak-kanak berhak mendapatkan perlindungansewajarnya.

2. Penekanan pengawalan adalah ke atas promosimakanan yang tidak berkhasiat dari pihak industrikepada kanak-kanak, dan bukannya ke atas promosidan inisiatif kerajaan yang bertujuan meningkatkankesedaran kanak-kanak tentang pemakanan sihat. Satuhalatuju positif untuk syarikat-syarikat ini adalahuntuk mengkaji semula resipi produk mereka sepertimengurangkan tahap lemak, gula dan garam dalamproduk tersebut.

3. Semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkanperlindungan. Ini bermaksud semua negara terlibatdan remaja juga harus dilindungi. Sesetengah syarikattelah memperkenalkan inisiatif untuk melindungikanak-kanak dibawah umur 12 atau 9 tahun, tetapipergerakan pengguna melihat kepada perlindungansehingga 16 tahun.

4. Ianya tidak mencukupi untuk melarang pengiklanandi televisyen sahaja. Syarikat-syarikat makananmenggunakan pelbagai taktik untuk menjual produkmereka. Kawalan perlu diperketatkan untuk semuamedium pemasaran seperti penggunaan selebriti,watak kartun, peraduan, permainan, laman web dansebagainya.

5. Pakar pemakanan harus dirujuk untuk menentukansamada produk makanan tersebut berkhasiat atautidak untuk dipasarkan kepada kanak-kanak.

Oleh kerana kebanyakan syarikat makanan dan minumanmenjual makanan yang tidak berkhasiat di seluruh dunia,kita memerlukan perlindungan dan kawalan di peringkatantarabangsa. Salah satu sebab mengapa kawalselia kendiri(self-regulation) tidak efektif ialah kerana syarikatmultinasional bebas untuk mengikut standard yang berlainandi negara yang berlainan. Semua kanak-kanak berhakmendapat perlindungan yang sepatutnya di mana jua.

Persatuan pengguna di seluruh dunia kini menggesaPertubuhan Kesihatan Sedunia untuk membangunkan kodantarabangsa yang efektif untuk mengawal pemasaranmakanan tidak berkhasiat kepada kanak-kanak.

Kod CI dan International Obesity Taskforce (IOTF)

CI dan IOTF telah menghasilkan satu Kod untuk WHO,kerajaan, dan pihak industri. Kod itu berpandukan prinsip-prinsip yang berikut;

• Fokus perundangan mesti merujuk kepada makananyang tidak berkhasiat, seperti makanan yang tinggilemak, gula, dan garam.

• Semua kanak-kanak yang berumur 1 hingga 16 tahunberhak untuk mendapat perlindungan.

• Meliputi semua jenis pemasaran, pengiklanan, danaktiviti promosi.

isu pengguna

Page 6: buletin pengguna 0903c

6 < MAR 2009

minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini kerana bahan organikseperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secaraberansur-ansur.

3. Bedak asas (base powder)Jangka Hayat : Bedak asas tanpa minyak (12 bulan);Pelembap, krim atau bedak asas padat / kompak (18 bulan)Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asastanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangatpendek kerana ia lebih cepat kering daripada jenis bedakasas yang lain. Bedak kompak pula mungkin akanmengalami kekeringan lebih awal kerana bercampur denganminyak semula jadi daripada kulit yang tertinggal padaspan yang digunakan.

4. Bedak ( loose powder)Jangka Hayat : 2 tahun. Kebanyakan bedak boleh disimpansehingga tiga tahun dari tarikh pembuatannya. Namunselepas dua tahun bedak mungkin akan “kering” dan tidakselembut dahulu.

5. Penutup cela (concealer)Jangka Hayat : 12 – 18 bulan. Penutup cela jenis batangadalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Andaboleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila

PembelianKosmetik

Barangan kosmetik telah menjadi satu kemestian bagigolongan wanita terutamanya wanita yang bekerja.Kebanyakan barangan kosmetik digunakan dengan kerap danmereka akan berhenti dari menggunakannya apabila barangantersebut bertukar warna atau rasa. Ini adalah disebabkankebanyakan barangan kosmetik tidak mempunyai tarikh luputtetapi hanya melabelkan tarikh pembuatan sahaja.

Menurut Dr. Patrick Bowler, pengasas Persatuan DoktorKosmetik Britain, apabila sesuatu barang kosmetik telah tamattarikh luputnya, ia akan lebih terdedah kepada pencemaran.Jika anda menggunakan barangan kosmetik yang tercemar,anda mungkin akan dijangkiti penyakit kulit seperti ruamkulit.

Kosmetik terdiri daripada bahan kimia dan bahanpengawet yang mempunyai jangka hayat. Selepas satu jangkamasa tertentu, tindak balas kimia mungkin berlaku dalambarangan kosmetik tersebut. Bahan pengawet pula boleh rosakatau hilang kuasa pengawetannya apabila terdedah ataudicampur dengan elemen lain seperti air. Oleh kerana barangankosmetik ini kebiasaannya berada didalam keadaan lembap,ia amat terdedah kepada pertumbuhan bakteria.

Secara umumnya, semua barangan kosmetik tidak harusdigunakan selepas 3 tahun dari tarikh pembuatannya. Namun,jangka hayat sebenar barangan kosmetik bergantung kepadakandungan bahan kimia dan bahan pengawetnya. Apabilaanda membeli barangan kosmetik, jangan lupa untuk melihattarikh pembuatannya, terutamanya sewaktu jualan murah.

Berikut adalah senarai barangan kosmetik dan jangkahayatnya (dengan anggapan ia digunakan dan disimpan dalamkeadaan yang disyorkan) :

1. Pelentik mata (mascara)Jangka Hayat : 3 – 6 bulan. Pelentik mata harus digunakan3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini kerana beruspelentik mata yang dicelup dengan berkali-kali ke dalambekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran. Iamembenarkan bakteria masuk ke dasar bekas tersebut yangkeadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhanbakteria.

2. Pelembap Kulit (moisturizer)Jangka Hayat : 3 – 12 bulan. Secara umumnya, pelembapkulit perlu digunakan mengikut jangkamasa yangdicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi

kesihatan

.. ke muka 8

Page 7: buletin pengguna 0903c

MAR 09 > 7

Wanita memainkan peranan utama dalam sektor ekonomi.Peranan wanita sebagai pengurus dirumah memberikan merekaperanan yang paling penting untuk menyediakan keperluanasas bagi kehidupan seharian. Golongan wanita mempunyaitanggungjawab yang besar dalam menentukan pembelianbarangan keperluan keluarga.

Sebagai pengguna, kebanyakan wanita terdedah kepadabeban tekanan seperti sumber pendapatan yang terhad dansesetengah mereka adalah merupakan ibu tunggal. Wanitaperlu membuat pertimbangan dalam beberapa faktor pada masayang sama, di antara keperluan, kehendak, kemampuan dannutrisi. Jika wanita berkenaan adalah wanita bekerjaya, faktormasa turut perlu diambil kira.

Selain itu, wanita juga mempunyai tanggungjawab menjagapenampilan mereka. Tanggungjawab ini juga merupakan satutekanan kerana kebiasaannya setiap wanita inginkanpenampilan diri yang menarik dan sesuai dengan peredaranmasa. Ini boleh menyebabkan mereka memberi tekanan yangberlebihan ke atas diri sendiri.

Dunia iklan seringkali memaparkan pengguna wanita yangcantik, langsing dan sempurna. Wajah dan tubuh wanitadigunakan dalam kebanyakan iklan untuk memujuk penggunamembeli barangan kecantikan yang tertentu. Produk tersebutdikatakan dapat menonjolkan keterampilan diri danmembuatkan golongan wanita sanggup membelanjakan ratusanhingga ribuan ringgit untuk mendapatkan produk tersebut.

Wanita ditampilkan dalam pelbagai jenis iklan, dari iklankereta hinggalah ke iklan percutian. Imej wanita yangditampilkan adalah kurus, muda, cerah kulitnya dan sihattubuh badan. Kesan dari paparan imej yang sedemikianmenyebabkan ramai wanita merasakan mereka kurang sempurnadan ingin menggunakan produk yang diiklankan agar dapatmencapai imej yang diimpikan.

Pengguna Lestari

Memandangkan terdapat pelbagai fakta dan kenyataan yangmengelirukan mengenai pengguna dan hak mereka, makaadalah penting bagi kita sebagai pengguna untuk bersikapteliti ketika membeli barangan.

Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadapkepercayaan dan amalan diri yang mempengaruhi perbelanjaandan penggunaan mereka. Adakah anda membeli berdasarkankeperluan atau:

• untuk dilihat sebagai seseorang yang mengikut fesyendan gaya terkini?

• untuk bersaing dengan jiran?

• untuk menunjukkan bahawa anda juga mampumemiliki?

• untuk mengikut ciri-ciri imej yang dipaparkan padaiklan?

• untuk terus menggunakan produk tersebut keranasudah lama menggunakannya?

• untuk menggunakan barang berjenama mahal keranapercaya kualitinya lebih baik?

Pengguna lestari adalah pengguna yang mampu mengubahsegala tabiat, amalan dan kepercayaan yang membawa kepadapembaziran. Langkah pertama untuk mewujudkan penggunalestari adalah dengan memahami konsep-konsep berikut :

• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadapjumlah gaji dan jumlah perbelanjaan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadapkeperluan dan kehendak.

penggunaan lestari

Wanita SebagaiPengguna

Ke Arah PenggunaanBerhemat - 8 Mac

Hari Wanita Sedunia

.. ke muka 8

Page 8: buletin pengguna 0903c

8 < MAR 2009 penggunaan lestari

• Pengguna lestari adalah pengguna yang prihatinkepada keperluan masa kini dan masa depannya.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang berbelanjamengikut keperluan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang menghormatisemua benda hidup dan proses alam semula jadi.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang tidakmeletakkan status diri mengikut harta atau baranganyang dimiliki.

Sebagai pengguna lestari, langkah-langkah yang bolehdipraktikkan oleh golongan wanita adalah :

1. Membuat perbandingan dan perbezaan harga di antarapeniaga.

2. Menggunakan barangan tempatan.

3. Menyediakan senarai barangan yang perlu dibelisebelum membeli-belah dan mematuhi senarai tersebut.

4. Membeli-belah secara bersendirian (tanpa kanak-kanak).

5. Menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai sajianutama, menggantikan makanan yang diproses.

6. Membeli barangan secara pukal bagi barangan yangseringkali digunakan dan tahan lama.

7. Menggunakan bakul menggantikan troli sewaktumembeli-belah.

8. Membeli secara tunai dan bukannya menggunakan kadkredit.

9. Berhati – hati dengan perbelanjaan yang tidakdirancang.

10.Menanam sayuran sendiri.

11.Lebih kerap memasak sendiri di rumah menggantikanamalan makan di luar.

12.Menyediakan bajet dan berbelanja mengikut bajetyang ditetapkan.

13.Mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah.

ia menjadi kering dan tidak lembut lagi sewaktudigunakan. Penutup cela jenis cecair pula akan mulaterpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikhluputnya.

6. Pemerah pipi (blusher)Jangka Hayat : Pemerah pipi ( 2 tahun) ; Krim pemerahpipi (12-18 bulan) . Selepas dua tahun, pemerah pipimungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akanlicin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanyajuga akan berubah menjadikannya tidak sesuai untukdigunakan. Krim pemerah pipi mempunyai jangka hayatyang lebih pendek daripada jenis bedak kerana iamengandungi emulsi yang tidak stabil.

7. Pembayang mata (eye shadow)Jangka Hayat : Pembayang mata (2 tahun); Krimpembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata bolehtahan untuk jangka masa yang lama kerana ia adalahdari jenis yang berpigmen. Seperti juga krim pipi,pembayang mata jenis krim mempunyai emulsi yangtidak stabil.

8. Pengaris mata dan pengaris bibir(eyeliner and lip liner)Jangka Hayat : 2 tahun. Pengaris mata dan pengarisbibir tahan lama kerana ia kerap ditajamkan. Makapertumbuhan bakteria adalah terhad dan tidak lama.

9. Gincu bibir (lipstick)Jangka Hayat : 2 tahun . Gincu secara umumnya tahanlama kerana ia adalah formula campuran pigmen danlemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincutidak bermakna ia telah rosak tetapi merupakan titisankelembapan yang boleh dilap.

10. Pengilat bibir (lip gloss).Jangka Hayat : 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidaktahan lama sepertimana gincu bibir kerana formulapembuatannya adalah berbeza. Ia juga sangatterdedah kepada pencemaran bakteria keranamempunyai kelembapan yang tinggi.

dari muka 6 ...dari muka 7 ...

Page 9: buletin pengguna 0903c

MAR 09 > 9alam sekitar

Pada 2006, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkansebanyak 18,956 kes yang menjadi punca pencemaran sungaiyang kebanyakannya terdiri daripada loji kumbahan (9,060,47.79%) termasuk 601 Rangkaian Stesen Pam), industripembuatan (8,543, 45.07%), ladang ternakan (869, 4.58%)dan industri berasaskan pertanian (484, 2.55%). Jumlah lojikumbahan di bawah seliaan Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. (IWK) bertambah kepada 9,060 pada tahun 2006berbanding 8,782 loji pada tahun 2005. Selangor mempunyaibilangan loji yang terbanyak iaitu 2,563 (28.3%), Peraksebanyak 1,343 (14.8%), Johor sebanyak 1,010 (11.1%) danNegeri Sembilan sebanyak 928 (10.2%) .

Koliform dan ammonia merupakan antara puncapencemaran yang boleh menyebabkan penyakit yang seriusjika air ini digunakan secara terus. Kita tidak boleh mencegahmanusia daripada menghasilkan sisa kumbahan tetapi kitajuga patut mengiktiraf negara-negara yang menggunakan sisakumbahan sebagai satu sumber tenaga.

Terdapat projek-projek seperti ini di India yang telahmengekstrak gas metana daripada tangki septik terus ke rumahdengan tujuan untuk kegunaan memasak. Proses penapaiandilakukan terhadap sisa kumbahan yang telah menukarkan75% daripada Keperluan Biokimia Oksigen (BOD) secaraanarobik kepada gas metana dan dikumpulkan melalui paip.Melalui cara ini, pencemaran air oleh sisa kumbahan jugaboleh dikurangkan sebanyak 25% melalui rawatan di loji.

Lebih 3.6 juta orang penduduk di Bandar Raya Yokohama,Jepun menghasilkan sejumlah 16,000 meter padu sisakumbahan setiap hari. Untuk memastikan rawatan yang lebihbaik dan mesra alam, loji rawatan ini ditukar kepada penjanaelektrik.

70% daripada gas metana yang diekstrak digunakan untukmenghasilkan 30 juta kilowatt jam tenaga elektrik untukkegunaan rawatan. Baki 30% digunakan untuk rawatan sisamelalui pembakaran untuk menghasilkan abu yangkemudiannya digunakan untuk tujuan penambahbaikan tanahdan penghasilan simen.

India merupakan sebuah negara sedang membangun,manakala Jepun pula mengalami empat musim. Namun begitu,negara-negara ini masih boleh mencapai keupayaan yangterbaik dalam industri rawatan sisa kumbahan. Adakah kitakekurangan keupayaan dalam bidang ini?

Sisa KumbahanKepada Sumber:Satu Realiti

Antara cadangan yang boleh dibuat adalah:

i. Kajian yang teliti dijalankan mengenai operasi industriperawatan sisa kumbahan di Malaysia dan puncakelemahan mesti dikenal pasti.

ii. Menggunapakai teknologi yang dapat menukarkan sisakumbahan kepada satu sumber yang lain untukdibangunkan.

iii. Loji-loji kumbahan seperti yang terdapat di BukitJelutong berpotensi untuk berfungsi seperti loji diYokohama, dan boleh diterokai dan dimajukan.

iv. Sisa organik daripada sisa pepejal patut dicampurdengan sisa kumbahan. Ini bukan sahaja akanmeningkatkan Keperluan Biokimia Oksigen (BOD),malah dapat menambah kebolehan untuk mengekstrakmetana. Dalam tempoh jangka panjang kita tidakmemerlukan tapak pelupusan sampah kerana sisa-sisaorganik dirawat bersama-sama sisa kumbahan manakalabaki sisa pepejal boleh dikitar semula.

Sisa daripada satu industri merupakan sumber kepadaindustri yang lain. Pelupusan sumber asli akan menyebabkanMalaysia perlu menggunakan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui(Renewable Energy-RE ). Malaysia memerlukan lebih ramai pakarteknikal dalam RE di sektor swasta dan kerajaan dankemampuan untuk memahami teknologi ini merupakan satukemestian dalam proses pelaksanaan.

Artikel Sumbangan: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

Page 10: buletin pengguna 0903c

10 < MAR 2009 ruang nccc

Akta Perlindungan Pengguna 1999 seksyen (2) menjelaskandefinisi seorang pengguna sebagai individu yangmendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untukkegunaan diri dan keluarganya. Oleh yang demikian seorangpelabur tidak termasuk dalam definisi tersebut. Definisiseorang pelabur pula ialah seseorang yang melabur untuktujuan mendapatkan keuntungan.

Pada awal tahun 2009 Pusat Khidmat Aduan PenggunaNasional (NCCC) sering menerima aduan daripada orang ramaitentang sebuah syarikat yang menawarkan sebuah mesin yangmampu memberikan pulangan bulanan mencecah RM3,000sebulan.

Taktik OperasiMenurut mangsa, biasanya mereka didekati melalui

panggilan telefon daripada ejen-ejen yang mewakili syarikattersebut. Mereka akan mempelawa mangsa menghadiri satusesi pelancaran produk baru syarikat itu iaitu sebuah MesinKiosk yang boleh digunakan untuk membeli tiket bas, membuattempahan nilai untuk prabayar (prepaid) dan sebagainya.Mangsa juga diberitahu bahawa baucer percutian dalam danluar negara akan diberikan secara percuma apabila mangsamenghadiri pelancaran produk baru syarikat tersebut.

Mempercayai kata-kata ejen terbabit, mereka mengambilkeputusan untuk menghadiri pelancaran tersebut. Mangsakemudiannya dibawa ke bilik perundingan untuk menjadi“Investor Kiosk / Vending Machine”. Apabila mangsamenyedari bahawa ia bukan lagi pelancaran produk baru, ejensyarikat akan mempelawa mangsa dan menerangkan rancanganperniagaannya. Untuk mendapatkan baucer percutian sepertiyang dijanjikan mangsa dikehendaki meluangkan masa selama45 minit untuk mendengar penerangan tentang perniagaanMesin Kiosk tersebut.

Menurut ejen syarikat, harga Mesin Kiosk ialah RM50,000dan selepas diskaun, harganya ialah RM44,000. Ejen-ejen yangbertugas mula memujuk mangsa selama berjam-jam untukmelabur dalam perniagaan tersebut. Proses pemujukanberlarutan sehingga lebih kurang dua jam.

Mangsa digalakkan untuk mengambil pinjaman peribadidaripada panel bank syarikat yang akan menguruskan pinjamantersebut. Ejen-ejen juga mendakwa bahawa perniagaan MesinKiosk ini tidak mungkin akan mengalami kerugian keranasyarikatnya sentiasa memantau prestasi perniagaan tersebut.

Bagi mangsa yang tidak ingin mengambil pinjaman

Adakah ParaPelabur JugaSeorang Pengguna?

daripada pihak bank, ejen-ejen akan mengesyorkanpembayaran melalui kad kredit sebanyak 30% daripada hargaMesin Kiosk tersebut. Malah ejen-ejen juga bolehmenguruskan pelan bayaran mudah (skim EPP) daripada pihakbank.

Akibat daripada pujuk rayu ejen-ejen berkenaan, akhirnyamangsa membuat pembayaran sebanyak 30% denganmenggunakan kad kredit. Malahan ejen terbabit juga turutmenjanjikan bahawa sejurus membuat pembayaran 30%, mesintersebut akan mula beroperasi. Setelah sebulan berlalu barulahmangsa menyedari bahawa terdapat mesin itu tidak beroperasisebagaimana yang dijanjikan. Mangsa seterusnya membuataduan kepada NCCC.

Tindakan NCCCAduan tersebut telah dirujuk kepada bahagian

penguatkuasa KPDNHEP untuk tindakan lanjut. Disebabkanurusan syarikat ini berasaskan kepada sistem jualan langsung,oleh yang demikian kerajaan mempunyai bidangkuasa untukmengambil tindakan terhadap syarikat ini jikalau didapatitidak mematuhi Akta Jualan Langsung 1993.

Mangsa-mangsa yang terlibat tidak dapat memfailkan kesmereka di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kerana merekatidak boleh didefinisikan sebagai seorang pengguna mengikutAkta Perlindungan Pengguna. Hanya pengguna yang bolehmemfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysiaterhadap peniaga.

Nasihat NCCCOrang ramai sememangnya boleh menceburkan diri mereka

dalam pelaburan, dan salah satu cara pernigaan yang palingmenarik minat orang ramai ialah perniagaan jualan langsung.Pelaburan dalam syarikat jualan langsung yang sah bolehmembantu menambah pendapatan individu, di sampingmenggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Malangnya terdapat segelintir pihak yang mengambilkesempatan dan menyalahgunakan konsep perniagaan jualanlangsung. Pengguna perlulah sentiasa peka kepada isu-isusemasa yang berlaku di sekeliling mereka agar tidak mudahterpengaruh oleh pelaburan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.Kes-kes penipuan seharusnya dilaporkan kepada pihakpenguatkuasa kerana tindakan sedemikian akanmenyelamatkan diri dan juga pengguna lain daripada diambilkesempatan oleh syarikat yang tidak beretika.

Page 11: buletin pengguna 0903c

MAR 09 > 11

Teknologi Nano

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi nanoadalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer,biasanya 0.1 hingga 100 nm (satu nanometer bersamaandengan satu perseribu mikrometer atau satu persejutamilimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke atas jenisteknologi yang sangat kecil. Apabila sesuatu struktur,peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri-ciribahan tersebut boleh berubah dan boleh menghasilkan bahan-bahan yang unik. Sebagai contoh, sesuatu ubat bolehdijadikan lebih berkesan, makanan yang boleh tahan lebihlama dan lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebihfleksibel dan sebagainya. Teknologi nano dikatakanmempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudutkehidupan; merangkumi produk pengguna, penjanaan tenaga,perubatan dan lain-lain.

Struktur Nano

Menurut Consumer Product Safety Commission (CPSC) di AmerikaSyarikat, jumlah produk yang menggunakan teknologi nanodikatakan akan meningkat pada tahun-tahun yang akandatang. Setiap hari, terdapat satu barangan baru yangdihasilkan melalui teknologi nano. Menurut National Centrefor Advanced Materials Research (AMREC), Malaysia telahmemperuntukkan sebanyak RM162 juta (dalam RancanganMalaysia Ke-8) untuk kajian dan penyelidikan dalam bidangteknologi nano.

Teknologi nano dikatakan dapat membawakan pelbagaifaedah kepada pengguna. Ia boleh digunakan dalam sektor-sektor seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi,

perubatan, alam sekitar,penjanaan tenaga,barangan pengguna danautomotif.

Teknologi Nanodalam perubatan

Sejenis alat ‘nanosensors’ dikatakandapat mengesan bahan kimia dan kecacatan sistem imun dalambadan, dan proses ini dapat membantu dalam penghasilanubat-ubatan. Ubat-ubatan yang dihasilkan melalui kaedahteknologi nano ini akan dapat memudahkan proses penyerapanubat dalam sistem pengangkutan badan dan dapat mengubatisesuatu kecacatan atau kesakitan dengan cara yang lebihcepat dan berkesan. Oleh itu, seseorang pesakit tidak perlumemakan ubat yang banyak untuk sembuh. Selain itu, pesakitjuga dikatakan tidak akan mengalami kesan sampingan yangbanyak dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Teknologi ‘nanobot’ pula, apabila disuntik ke dalam badanakan dapat melalui sistem saluran dengan baik dan dapatmengesan sel- sel kanser. Apabila ‘nanobot’ ini telah memasukisel-sel kanser, ia dikatakan dapat membunuh sel-sel tersebuttanpa mencederakan sel-sel yang lain.

Teknologi Nano dalam produk pengguna

Teknologi nano juga dapat membantu menghasilkan makananyang lebih tahan lama dan segar. Selain itu, kualiti dan

Teknologi Nano,Standard danPengguna

.. ke muka 12

standard

Teknologi nano dapat membantumenghasilkan makanan yang lebih tahanlama dan segar. Selain itu, kualiti dankeselamatan makanan juga dapatditingkatkan.

Page 12: buletin pengguna 0903c

12 < MAR 2009

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

standard

keselamatan makanan juga dapat ditingkatkan.Industri kosmetik juga menunjukkan minat untuk

menggunakan teknologi nano dalam barangan kosmetik untukpengguna. Nanopartikel yang dihasilkan dikatakan dapatmembolehkan penyerapan yang lebih mudah apabiladigunakan. Molekul biologi dalam nanopartikel akanmembolehkan penjanaan sel-sel yang baru.

Teknologi Nano dan pengguna

Walaupun teknologi nano dikatakan dapat membawa pelbagaikebaikan kepada pengguna, namun begitu terdapat juga risikoterhadap teknologi ini. Sebagai contoh, kesan nanopartikelini terhadap kesihatan dan persekitaran masih belumdiketahui keselamatan jangka panjangnya. Penyerapan bahankosmetik yang terlalu banyak ke dalam kulit mungkin jugaakan mencetuskan masalah kesihatan yang lain. Menurutsebuah artikel dari United Nation Non-Govermental Liasion Servicepada tahun 2008, kajian toksikologi terhadap nanopartikelini amat kurang. Menurut artikel tersebut, apabila saiz sesuatustruktur dikurangkan kepada skala nano, partikel – partikeltersebut akan mempunyai luas permukaan yang lebih yangmembolehkan mereka menjadi lebih aktif dari segi kimia.Apabila ini berlaku, saiz struktur tersebut akan menjadi lebihkecil, reaktivitinya akan meningkat, dan ia berkemungkinanjuga menyebabkan kesan berbahaya kepada tisu-tisu hidup

dari muka 11 ...

dan juga kesan-kesan lain seperti gejala bengkak, kerosakantisu dan sebagainya.

Standard untuk teknologi nano

Standard menggariskan ciri-ciri dan keperluan yang akandipatuhi oleh pihak industri untuk memastikan produk danperkhidmatan adalah selamat untuk pengguna dan alamsekitar. Pematuhan kepada standard memastikan penggunamenikmati produk dan perkhidmatan yang selamat

Standard antarabangsa untuk teknologi nano adalah ISO/TC 229. Standard ini memastikan teknologi nano dibangunkandan dipasarkan dengan kaedah yang selamat, secarabertanggungjawab, mematuhi persetujuan dalam penamaan,dan spesifikasi teknologi nano. Selain itu, standard ini jugaakan memastikan pelbagai aspek teknologi nano diuji bagimemastikan keselamatan kepada pengguna, risiko kesihatandan kesan kepada alam sekitar. Selain itu juga mengkaji carapenyelenggaraan teknologi nano dengan mengambil kirarisiko-risiko yang akan timbul. Sehingga kini, Malaysia sedangmelakukan kerja-kerja dalam pembangunan terminologi dantatanama dalam bidang ini dan masih memerlukan ramai pakarberhubung teknologi nano membangunkan standard inidengan lebih baik demi memanfaatkan pengguna danpembangunan negara.

Walaupun teknologi nanodikatakan dapat membawapelbagai kebaikan kepadapengguna, namun begituterdapat juga risiko terhadapteknologi ini.