buletin aps warna bil 1 edisi digital

12
BULETIN APS | Januari - Mei 2015 | Untuk ahli APS sahaja | Bil 1 Ditubuh pada 6 Julai 1956 Ditubuh pada 1 April 1959 22 Januari 2015 : Angkatan Pelukis seMalaysia (APS) telah mengadakan aktiviti bertajuk ‘Merajut Nusantara’. Tujuan dan matlamat aktiviti ini adalah untuk merapatkan dan membuat kolaborasi APS dengan pelukis di Jokja Indonesia. Seramai 13 Ahli APS hadir dalam rombongan (para visata) selama 5 hari iaitu pada 22 hingga 26 Januari 2015 di Jokga dengan aktiviti melawat, membuat lakaran dan kolaborasi bersama kumpulan seniman Sanggarbambu di kota seni yang terkenal di Nusantara. Dalam kunjungan ke Jokja, APS telah melawat dan membuat rakaman karya lakaran di beberapa buat tempat bersejarah di sana, antaranya kota Borobudur, Galeri Afendi, Galeri Diraja palukis Raden Saleh Sjarif Boestaman (Bapa Seni Lukis Indonesia), Istana, Melawat kilang Batik dan beberapa tempat menarik. Rombongan APS juga melawat kota Solo yang terkenal dengan batik Solo. Pada tanggal 25 Januari 2015 adalah kemuncak lawatan APS ke Jokja dengan membuat kolaborasi bersama kumpulan seniman Jokja iaitu kumpulan Sanggarbambu. Dalam pertemuan itu Presiden APS telah memberi ceramah dan menceritakan bahawa penubuhan APS mempunyai hubungan dengan pelukis Jokja. Idea penubuhan APS juga datang dari kota seni ini apabila Cikgu Idris Salam (pengasas APS) datang melawat dan bertemu beberapa tokoh pelukis di Jokja. Perjumpaan dan Kolaborasi antara dua kumpulan pelukis berjaya berlangsung dengan kemesraan. Kedua-dua kumpulan ini memiliki banyak persamaan.

Upload: hassan-mohd-ghazali

Post on 15-Aug-2015

242 views

Category:

Art & Photos


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 1

BULETIN APS | Januari - Mei 2015 | Untuk ahli APS sahaja | Bil 1

Ditubuh pada 6 Julai 1956 Ditubuh pada 1 April 1959

22 Januari 2015 : Angkatan Pelukis seMalaysia (APS) telah mengadakan aktiviti bertajuk ‘Merajut Nusantara’.

Tujuan dan matlamat aktiviti ini adalah untuk merapatkan dan membuat kolaborasi APS dengan pelukis di Jokja Indonesia. Seramai 13 Ahli APS hadir dalam rombongan (para visata) selama 5 hari iaitu pada 22 hingga 26 Januari 2015 di Jokga dengan aktiviti melawat, membuat lakaran dan kolaborasi bersama kumpulan seniman Sanggarbambu di kota seni yang terkenal di Nusantara.

Dalam kunjungan ke Jokja, APS telah melawat dan membuat rakaman karya lakaran di beberapa buat tempat bersejarah di sana, antaranya kota Borobudur, Galeri Afendi, Galeri Diraja palukis Raden Saleh Sjarif Boestaman (Bapa Seni Lukis Indonesia), Istana, Melawat kilang Batik dan beberapa tempat menarik. Rombongan APS juga melawat kota Solo yang terkenal dengan batik Solo.

Pada tanggal 25 Januari 2015 adalah kemuncak lawatan APS ke Jokja dengan membuat kolaborasi

bersama kumpulan seniman Jokja iaitu kumpulan Sanggarbambu. Dalam pertemuan itu Presiden APS telah memberi ceramah dan menceritakan bahawa penubuhan APS mempunyai hubungan dengan pelukis Jokja. Idea penubuhan APS juga datang dari kota seni ini apabila Cikgu Idris Salam (pengasas APS) datang melawat dan bertemu beberapa tokoh pelukis di Jokja. Perjumpaan dan Kolaborasi antara dua kumpulan pelukis berjaya berlangsung dengan kemesraan. Kedua-dua kumpulan ini memiliki banyak persamaan.

Page 2: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 2

Kelahiran Buletin APS bertajuk ‘warna’ akan menjadi sebuah dokumentasi bertulis segala kegiatan APS. Sebenarnya APS sewajarnya telah lama mengumpulkan dokumentasi dalam bentuk tulisan agar segala peristiwa-peristiwa penting menjadi bahan rujukan dan kajian dalam bidang seni visual. Usaha menerbitkan majalah ini wajar dipuji kerana dengan kegigihan dan kesungguhan AJK APS dapat mengeluarkan sebuah buletin dalam bentuk berita. Sesungguhnya APS begitu aktif dan produktif dalam menjayakan kemeriahan bidang seni visual.

BARISAN AHLI JAWATANKUASA APS 2015

Jawatan kuasa tertinggi:

Presiden: En. Hassan Mohd GhazaliN. Presiden 1: En.AmiruddinAriffinN. Presiden 2: En.Maamor JantanSetiausaha : Pn. Aminah Abdul RahmanPen. S/usaha: Pn. Raja Fadzilah Dato’ Raja Brima SulongBendahari: YM Raja Mohamed Nizam Raja Mohd AliPen.Bendahari: Dr. Sadiah Abdullah

Barisan AJK: En. Amirulmukminin En. Ishak Salehuddin En. Abd Rasid Yusof En. Amir Awang En Mazlan Noor En. Ismail Baba

Juru Audit: Dr. Ibrahim Ghafar Pn. Normah Yury

MESYUARAT AGUNG APS 2015

Mesyuarat Agung APS 2015 telah berlangsung pada 28 Mac 2015 di Balai Seni Visual Negara (BSVN) . Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah BSVN, En. Haned Masjak. Beliau menyatakan bahawa APS adalah sebuah pertubuhan yang awal dan perlu menjadi pemancu kepada perkembangan seni visual negara. Ramai telah APS melahirkan pelukis agung negara, antaranya Mohammed Hoessein Enas, Mazli Mat Som, Syed Ahmad Jamal, Latif Mohidin, Khalil Ibrahim dan sebagainya. Era kepimpinan baru yang dipimpin oleh Hassan Mohd Ghazali perlu mencetuskan satu kelainan dalam APS. Menurutnya APS perlu mempunyai identiti dan pengaruhnya tersendiri. Bagi pihak BSVN, beliau sentiasa menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan seperti APS.Sementara itu, Presiden APS, En. Hassan Mohd Ghazali memberi ucapan mengenai senario APS dalam perkembangan seni lukis masa kini. Menurutnya, sesebuah pertubuhan yang memperjuangkan pelukis dan karya seni lukis perlu bergerak dalam satu dimensi yang lebih konstraktif. Justru sudah setahun lebih APS mula bergerak di arena dunia kompetetif dan APS akan melihat lebih jauh dan perlu mempunyai daya ketahanan yang kuat.Dua perkara yang tekankan dalam ucapan beliau iaitu: 1) Cabaran Pelukis dan 2) Karya yang bermutu dan daya saing diperingkat global. Menurutnya APS perlu berubah dan tidak mahu disebut sebagai juara kampungan dengan kekuatan dari pelukis-pelukis APS terdahulu. Melihat dari kerancakkan pelukis kini yang berani menerokai persoalan isu dan media adalah perkara yang perlu disambut oleh pelukis-pelukis dibawah naungan APS.Presiden APS menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa yang berkerja kuat untuk mendokong kejayaan APS.

Ketua Pengarang: En. Hassan Mohd GhazaliPen Ketua Pengarang: En. Abd Rashid Yusofpengarang: Dr. Ibrahim Ghafar En.AmiruddinAriffin Pn. Normah Yury Pn. Aminah Abdul Rahman YM Raja Fadzilah Dr. Sadiah AbdullahGrafik: En.MazlanNoor En. Amir AwangPengedaran: En. Maamor Jantan En. Ismail Baba En. Ishak SalehuddinKewangan: YM Raja Mohamed Nizam Raja Mohd Ali

ANGKATAN PELUKIS SEMALAYSIA (APS)GALERI APS, No 64(1) Jalan Kuantan,Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.Email: [email protected] | Faks: 05-458 2982

Sejak 6 Julai 2013 apabila APS bernafas kembali dalam mesyuarat agung khas di Balai Seni Visual Negara. APS telah mula mengatur strategi dengan aktiviti pelukis. Aktiviti pertama ialah Lakar Lukis Langkawi yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelukis-pelukis, Selama tujuh hari pelukis beraktiviti di Langkawi hingga akhirnya berjaya mengadakan pameran karya seni man APS di RA Galeri pada 6 November hingga 6 Disember. Pameran Bangkit di Galeri Universiti Malaya pada 13 Ogos hingga 12 September 2014 merupakan kebangkitan kembali pelukis-pelukis APS. APS juga diberi sanjungan oleh Papa Rock Dato’ Ramli Sarip apabila menjemput sama-sama menjayakan konsert 45 tahun beliau di beberapa lokasi galeri. Ini petanda betapa APS masih menjadi pertubuhan yang disegani dan diterima dalam masyarakat.

Semoga APS akan terus maju dan menjadi pemangkin kepada pergerakan pelukis di Malaysia

En. Haned Masjak Ketua Pengarah BSVN

Sidang Pengarang:

Page 3: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 3

Peserta dibawa melawat ke Candi Borobodur

Cenderahati dari APS kepada Mestro SANGGARBAMBU Bapak Soenarto pr

ALBUM SEKITAR LAWATAN KE YOGYAKARTA INDONESIA

Presiden APS diwawancara di studio Radio Buku

Cenderahati kepada Dr. Timbol di Galeri beliau

Bergambar di dalam Galeri Kraton bersama catan Raden Salleh

Menziarahi pusara pelukis Affendi

Bergambar di dalam Galeri pelukis Affendi

Lawatan ke Akademi Kesenian Indonesia

Page 4: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 4

Pameran Karya Seni Visual Pelukis APS yang bertemakan Gerak, Rasa dan Tenaga Dato’ Ramli Sarip adalah pameran kali ketiga yang berlangsung di Galeri NSTP Balai Berita pada 4 - 28 Februari 2015.

Pameran kali di sempurnakan oleh SN Dato’ Baha Zain. Dalam ucapan perasmian, Dato’ Baha Zain mengupas semua kegemilangan APS di era 1960an dan 1970an.. beliau menyatakan sudah 60 tahun APS menjelma dalam arena karyawan seni dengan melahirkan tokoh-tokoh pelukis negara. Namun, paling penting ialah perjuangan. Menurutnya lagi kalau dulu APS ditubuhkan atas dasar

Perasmian bersama Ramli Sarip, SN Dato’ (Dr) Baha Zain dan isteri serta Hassan Ghazali.

perjuangan kemerdekaan berbudaya, kini APS juga perlu menentukan aras perjuangan sebagai pencetus kesedaran kepada pembangunan, agar pembangunan harus seimbang dengan kepentingan alam sekitar. Dunia seniman sama ada pelukis, penulis dan penyanyi perlu bersatu dalam satu program memberi impak yang besar kepada perjuangan ini.

Pameran sebelum nya berlaku di Istana Budaya sempena konsep Datok Ramli Sarip dan kali kedua di Balai Seni Visual Negara (BSVN). Pameran ini secara langsung APS dapat mengabungkan dua kesenian iaitu muzik dan seni visual.

SN Dato’ (Dr) Baharuddin Zainal @ Baha Zain pada Perasmian Pameran “Gerak Rasa Tenaga” di Galeri NSTP.

Page 5: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 5

Para peserta Bengkel Cat Air bersama dengan Sijil masing-masing

Ahad 22hb Feb 2015. Bengkel cat air anjuran APS yangdikendalikanolehMestroAbdulRafieAbdulRahman. Dalam bengkel ini peserta telah ditunjuk ajar dengan tips-tips yang berkesan oleh Pelukis cat airtersohornegaraRafieAbdulRahman.Mereka yang menyertai bengkel ini juga telah diberi-kansijilyangditandatanganiolehEn.Rafiesendiri.

Page 6: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 6

28 Februari 2015 Jam 8.30 malam bertempat di Galeri APS sebuah program keilmuan yang mengupas isu-isu karyawan dan karya. Siri Sembang Tamu Dato’ Baha Zain adalah program keilmuan yang berfokus kepada sebuah wacana dari seorang tokoh seniman. Kehadiran tetamu pada malam itu sungguh membanggakan dengan kehadiran beberapa tokoh seni tanahair. Sembang Tamu telah dijalankan dengan baik sekali di mana Sasterawan Negara telah memberi pandangan yang amat positif bagi pembangunan seni lukis tanahair khususnya kepada pelukis-pelukis di bawah naungan APS.

SOLAT, TAZKIRAH DAN TAHALIL DI GALERI APSMajlis Solat Magrib, Tahalil dan Tazkirah telah dijalankan di Galeri APS pada 28 Februari 2015. Majlis ini diimamkan oleh Imam masjid Taman Titiwangsa. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendapat keberkatan sempena pembukaan Galeri APS bertempat di No 64 (1) Jalan Kuantan, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Page 7: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 7

Misi Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) ke Kelantan dan Pahang melalui sebuah aktiviti pertemuan Pelukis membentuk satu kolaborasi yang akrab bersama kumpulan pelukis, sangat berjaya!!. Pertemuan di Kelantan selama 4 hari 3 malam merapat hubungan pelukis dalam melaksanakan cita-cita peingkatan berkarya dan hubungan bersama pelukis. Layanan yang diberi sangat baik dan mesra.... justru membawa pengertian bahawa pelukis perlu bersama-sama miskipun dalam wadah yang beerlainan.

APS mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat pelukis Kelantan yang menyambut baik dan melayani kami dengan mesra. Sepanjang perjalanan, kami sentiasa dijamu dengan masakan Kelantan yang enak-enak. Begitu juga di Pahang melalui SENEKA yang melayani kami dengan mesra, sungguhpun tertalu singkat pertemuan berlaku...Lawatan telah merapatkan hubungan sesama pelukis.

Pengkalan Petah, salah satu lokasi yang menjadi pilihan pelukis untuk aktiviti “Plien Air”

Bergambar selepas sarapan pagi dirumah pelukis Mokhtar Ishak diKota Bharu

Lawatan ke Galeri Pantai Timur Kuantan bersama En. Shaimy

Aktiviti Plein Air

Page 8: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 8

PAMERAN PELUKIS MUDA APS - “LEGACY”

& PELANCARANBUKU “DAN KEMBARA

KUTERUSKAN”

Persediaan menggantung lukisan digaleri Aswara oleh ajk APS.

Sebahagian Para tetamu.

Antara lukisan yang dipamerkan.

Amiruddin, Agus & Amir Awang antara pelukis yang hadir.

dan Ahli APS, Staff ASWARA, Group Keroncong.. pendeklamasi sajak.. Dr. Ibrahim Ghafar.. dan Student UPSI yang terlibat dalam pemaran dan hadir meraikan pameran serta pendukung seniman sekalian. Pameran dan pelancaran ini sungguh meriah dan berjaya.

Prof. Dr. Zakaria Ali sedang menerangkan sesuatu kepada pelukis-pelukis muda yang menyertai pameran “Legacy”

Presiden APS memberi cerderahati kepada Prof. Dr. Zakaria Ali

Sdra. Mazlan Nor sedang memberi ucapan tentang penerbitan buku beliau.

Prof. Dr. Zakaria Ali

Pameran seni visual bertajuk Legasy untuk pelukis muda APS bertujuan untuk megenengahkan bakat-bakat baru kepada khalayak. Pameran yang berlangsung digaleri ASWARA bermula 7 - 29 April 2015 dirasmikan pada 15 April oleh Prof. Dr. Zakaria Ali. Di samping itu satu pelancaran buku “Kembara kuteruskan” oleh Mazlan Noor Along terbitan DBP juga diadakan serentak dengan perasmian pameran tersebut. Tahniah kepada Pelukis Muda, urusetia APS dan ASWARA kerana berjaya mengadakan Pemeran dan Pelancaran Buku Mazlan Noor. Terima Kasih kepada Akademi Aswara, Balai Seni Visual Negara, Dewan Bahasa dan

Dari kiri: Hassan Ghazali, Prof. Dr. Zakaria Ali, Mazlan Noor, Datuk Dr. Awang Sarian, Datuk Dr. Hatta Azat Khan dan Tan Sri Johan Jaafar.

Pustaka dan agensi yang sama-sama membantu menjayakan pameraneran dan pelancaran buku. Terima Kasih juga kepada Prof. Dr. Zakaria Ali yang merasmikan program APS ini.. terima kasih kepada Tan Sri Johan Jaafar (CEO Media Prima, Datuk Dr. Awang Sarian (Pengarah DBP), Datuk Dr. Hatta Azat Khan (Rektor Aswara)... Juga tidak lupa kepada sahabat AJK

Page 9: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 9

KUNJUNGAN ALI UMAR (SANGGAR BAMBU) KE GALERI APS

MESYUARAT MoU APS DAN UNISEL

9 Mei 2015, APS telah menerima kunjungan Bapak Ali Umar dari Jokjakarta, beliau juga adalah merupakan wakil dari Sanggarbambu yang telah membuat kolaborasi dengan APS. Kehadiran Ali Umar disambut oleh beberapa ahli dan AJK APS. Dalam pertemuan tersebut Bapak Ali Umar telah memberi pendapat agar APS dan Sanggarbambu segera membuat sesuatu aktiviti bersama, agar hubungan akan terus akrap dan lebih sempurna.

En. Hassan Ghazali sedan memberi Taklimat. Bapak Ali Umar berdiri dua dari kanan bersama-sama AJK dan ahli APS.

Kepada semua yang mengenali pelukis naive wanita Zuzila Zain, telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2015..takziah buat keluarga beliau Al Fatihah..semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman disisi Allah s.w.t

Seorang lagi Pelukis yang dikenali sebagai POK..atau nama sebenar Dzulkifli Abdul Rahman juga telah kembali ke Rahmatullah.

AL FATIHAH

Allahyarhamah Zuzila Zain Allahyarham Dzulifli Abd Rahman

10 FEBRUARI 2015 UNISEL: Mesyuarat bersama Dekan Prof Dr. Hj. Abdul Shukor, serta pensyarah dan staf ‘Faculty Art & Design’ UNISEL. APS telah dijemput untuk mengadakan MoU bersama UNISEL bagi program Seni Visual. Mesyuarat kali ini adalah sebagai sumbangsaran bagi keperluan pengisian MoU yang akan dilaksanakan. Antaranya bekerjasama dalam meningkatkan akademik, research, penerbitan dan kegiatan seni visual. Terima kasih kepada Tuan Zaim Durulaman, Dekan dan Staf Faculty Art & Design. APS akan terus bekerjasama dengan mana-mana Institusi yang menjayakan bidang seni visual.

Allahyarhamah Hamidah Suhaimi adalah ahli APS yang aktif sekitar 1960 -70an. Allahyarhamah adalah isteri kepada Allahyarham Pelukis Mazli Mat Som, Presiden APS (1970an). Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh mereka.

Page 10: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 10WARNA APS MS 10

KOSMO 4 MEI 2015

Page 11: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 11

BH 2

0 A

PRIL

201

5

WARNA APS MS 11

Page 12: Buletin aps warna bil 1 edisi digital

WARNA APS MS 12Pameran Solo Aminah Abdul Rahman adalah pameran ulung dijalankan dibawah kendalian Galeri APS. Pameran berlangsung pada pada 7 Mei hingga 7 Jun 2015. Perasmian pameran ini berlangsung pada 15 Mei 2015 jam 8.30 malam oleh Lucien de Guise, Pengarah Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Aminah Abdul Rahman adalah setiausaha APS dan merupakan pelukis yang aktif dalam menghasilkan karya medium cat air. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Cat Air Malaysia. Tema pameran ialah ‘Mawar untukmu’ dengan persembahan karya-karya bunga mawar atau bunga ros yang bersifat romantis.

© Hak Cipta Terpelihara: Angkatan Pelukis SeMalaysia | [email protected]