buletin bil 1/2018 - penang

41
BIL 1/2018 BULETIN 2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang Paras 55, KOMTAR, 10000,Penang Pulau Pinang, Malaysia Tel : +604 650 5280 Fax : +604 261 3435 AZAM BARU 2018 RENCAH MUTIARA

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BIL 1/2018BULETIN

2018

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau PinangParas 55, KOMTAR, 10000,PenangPulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280Fax : +604 261 3435

AZAM BARU 2018

RENCAH MUTIARA

Page 2: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

SEKAPUR SIRIHAngin teluk menyisir pantaiHanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakaiAsal pandai mengambil hati

Buah pelaga makan dikikirDibawa orang dari huluSebarang kerja hendak difikirSupaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekanDihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkanBagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebuPergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmuBagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelapAyatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilapJikalau silap awak yang bencana

Page 3: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PERUTUSAN PENGARAHAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa membacaBuletin Rencah Mutiara Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPSPP). Buletin ini merupakansalah satu medium untuk menyampaikan maklumat mengenai program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 bulan (sekali) oleh warga JPS Pulau Pinang kepada seluruhkakitangan serta rakyat Negeri Pulau Pinang.

Memasuki Tahun Baru 2018 ini, saya berharap agar seluruh warga JPS Pulau Pinang untuk meningkatkan lagi semangat dan azam di dalam memberikan yang terbaikterhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Perkara ini penting bagimemastikan fungsi Jabatan akan dapat disampaikan dengan baik dan berkesan terhadapmasayarakat umum khasnya penduduk di Negeri Pulau Pinang. Semoga tahun 2017 yang telah melabuhkan tirainya dapat dijadikan rujukan dan panduan untukdipertingkatkan lagi kecemerlangan yang telah dicapai selain memperbaiki kelemahanmasa lampau agar tahun 2018 ini menjadi lebih baik bagi tahun yang terdahulu.

Di kesempatan ini, saya sebagai Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran PulauPinang, bersama-sama seluruh warga kerja JPSPP, mengulangi ikrar untuk memberiperkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh rakyat negeri Pulau Pinang. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al - Mubarak.

Page 4: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KANDUNGAN UTAMA

BAHAGIAN KORPORAT

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

DAERAH TIMUR LAUT

BAHAGIAN PENGURUSAN

DAERAH BARAT DAYA

5

7

12

16

17

23

25

29

32

38

Page 5: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

TAKLIMAT PROGRAM KEBAJIKAN ANJURAN CUEPACS : SKIM SIMPANAN DAN

KESIHATAN KELOMPOKPada 27 Februari 2018 (Selasa) satu Taklimat Program Kebajikan Anjuran

CUEPACS : SKIM SIMPANAN DAN KESIHATAN KELOMPOK telah diadakansebagai usaha menyebarkan amalan takaful di kalangan masyarakat di Malaysia, CUEPACS bersama-sama Etiqa Takaful Berhad telah memperkenalkan Skim Simpanan Dan Insuran Kesihatan untuk kakitangan Awam. Taklimat ini melibatkanseramai 20 orang mewakili bahagian-bahagian di Ibu Pejabat Jabatan PengairanDan Saliran Negeri Pulau Pinang.

Amalan gaya hidup sihat merupakan cara hidup masyarakat sekarag. Namun, musibah yang tidak diingini seperti penyakit kritikal, hilang upaya kekal & kehilangannyawa adalah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Senario yang serupa juga tidakasing di Malaysia. Walaupun teknologi perubatan kini semakin cangih,namunsebilangan besar rakyat Malaysia masih belum mampu menikmati kemudahan iniberikutan kos rawatan yang tinggi. Sebilangan besar rakyat Malaysia di bawahkategori ini merupakan penjawat awam yang menjadi tulang belakangpembangunan Negara.

Pada tahun 2000, kami dengan kerjasama pihak CUEPACS, telahmewujudkan satu program berunsur kebajikan iaitu Skim Kesihatan & Simpanan Berkelompok Pelbagai Manfaat. Faktor utama yang mendorongskim ini adalah kousepkan3M, iaitu Murah, Mudah & Mampu. Misi utamaskim ini adalah untuk mengurangkan bebanan kos perubatan penjawatawam. Visinya ialah perkhidmatan yang terbaik & efektif kepada pelbagaiperingkat penjawat awam.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 6: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KURSUS MOTIVASI DAN PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN

Pada 31 Mac 2018 (Sabtu), satu Kursus Motivasi Dan Pengukuhan KerjaBerpasukan telah diadakan di Taman Negara Pulau Pinang melibatkan seramai40 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian Khidmat Pengurusan,Bahagian Operasi, Bahagian Kejuruteraan Sungai /Pantai dan BahagianPengairan Dan Saliran yang merangkumi Gred 11 hingga Gred 54. Kursusberkenaan telah dibimbing oleh 'Nature Guide dari Persatuan PemanduPelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang.

Objektif utama kursus ini adalah untuk :

Memupuk semangat kekitaan dikalangan warga kerja JPSPP untuk sama-sama pekadan komitmen terhadap tugas yang diamanahkan;

Menerapkan semangat kerja berpasukan dengan memberi peluang kepada parapeserta berkongsi pengalaman, kemahiran, pengembelingan idea dan tenaga;

Mewujudkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain dalam berpasukan;

Mengubah sikap dan tingkah laku seseorang ke arah yang lebih positif;

Memberi kesedaran kepada peserta kursus akan tanggungjawab yang dipikulsebagai kakitangan kerajaan terhadap diri, keluarga, masyarakat, jabatan danagama;

Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam diri dan organisasi;

Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada peserta kursus untuk memanfaatkankekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui aktivitifizikal yang diberikan.

Mengurangkan jurang perbezaan taraf jawatan dalam jabatan.

2

Sesi bergambar kenangansetelah tamat program Aktiviti “trust each other” sedang dijalankan Tuan Mohd Azmin bin Hussin

(Pengarah JPSPP)Bergambar kenangan dengan“nature guide”

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 7: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN KORPORAT

LAWATAN PENANDAARAS EKSA KE JUPEM

Lawatan tersebut telah berlangsung pada 7 Februari2018 (Rabu), bertempat di Jabatan Ukur DanPemetaan Malaysia (JUPEM) Cawangan Pulau Pinang,Tingkat 39, KOMTAR.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahankepada Jawatankuasa EKSA untuk pelaksanaan di JPSPulau Pinang. EKSA telah dilancarkan pada 7 April2017 oleh mantan Pengarah JPS Pulau Pinang iaituDato’ Ir Sabri bin Abdul Mulok.

EKSA diadakan bertujuan mewujudkan persekitarankerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal,seterusnya mengurangkan pembaziran dari segi masadan ruang.

EKSA juga merupakan penjenamaan semula konsepAmalan 5S yang telah digunapakai dan diamalkandidalam organisasi.

Page 8: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN KORPORAT

BEGKEL PEMETAAN GIS JPS PULAU PINANG

Pada 8 hingga 9 Februari 2018 (Khamis - Jumaat), bertempat di Bilik Serojak, JPSAmpang telah berlangsung Bengkel Pemetaan GIS JPS Pulau Pinang.

Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dankakitangan JPS Pulau Pinang mengenai sistem GIS.

GIS (Geographic Information System) ialah Sistem Maklumat Geografi

Peserta bengkel terdiri daripada Jurutera Projek, Jurutera Daerah, PenolongJurutera dan Kakitangan yang terlibat dengan GIS dibahagian dan daerah masing-masing

Page 9: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN KORPORAT

LAWATAN DARIPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) KE JPS PULAU PINANG

Pada 27 Februari 2018 (Selasa),JPS Pulau Pinang telah menerimakunjungan daripada LHDNCawangan Negeri Pulau Pinang.

Tujuan lawatan tersebut adalahuntuk menjalinkan kerjasama rapatantara JPS Pulau Pinang danLHDN.

Page 10: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN KORPORAT

TAKLIMAT IDOF JPS PULAU PINANG

Pada 20 Februari 2018 (Selasa), bertempat di Bilik Siber, Pusat KomputerNegeri, Tingkat 24, KOMTAR telah diadakan taklimat penggunaan sistem Idof3.0.

Idof adalah merupakan Sistem Pengurusan Surat dan Fail yang telahdibangunkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untukpenggunaan semua jabatan negeri di Pulau Pinang.

Page 11: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN KORPORAT

TAKLIMAT PENGGUNAAN KNOWLEDGEMANAGEMENT SYSTEM (KMS) JPS PULAU PINANG

Pada 19 Mac 2018 (Isnin), Bertempat di JPS Daerah Barat Daya, Balik Pulau telahberlangsung taklimat KMS yang telah disampaikan oleh En Mohamad Syazmie binKasim, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, JPS Pulau Pinang.

Tujuan taklimat tersebut diadakan adalah untuk memaklumkan kepada semuapenyelaras ICT di Bahagian dan Daerah mengenai kepentingan KMS dan jugapenggunaan KMS di JPS Malaysia.

KMS merupakan satu pengkalan data bagi membolehkan kesemua maklumat JPSMalaysia disimpan untuk kemudahan akses pada setiap masa. Skop KMS jugamerangkumi semua maklumat rasmi Jabatan yang dapat dilihat secara umum.

Taklimat tersebut dihadiri oleh En Mohd Nazaruddin bin Gazali, Ketua PenolongPengarah (Operasi) dan juga En Mohamad Hazlami bin Abdul Hamid, PenolongPengarah (Korporat)

KPPO mempengerusikan taklimat KMS Hang dok langut ape tu Mie oii……. Aku dah nak

mengeroh ni …………zzzzzzzzzzzzzzzzz

Hang diam la Lee, aku tengah khusyukdengaq ni……

Page 12: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO 9001:2008 UNTUK PERSEDIAAN AUDIT

DALAMAN/SIRIM BAGI TAHUN 2018

Bengkel Semakan Dokumen ISO 9001:2008 Untuk Persediaan Audit Dalaman/SIRIM bagi Tahun 2018 JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 11 – 13 Mac 2018 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor. Bengkel tersebut dianjurkan oleh JPS Pulau Pinang,turut disertai oleh Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME)

Bengkel di bilik kuliah KKTM Johor.

Page 13: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO 9001:2008 UNTUK PERSEDIAAN AUDIT

DALAMAN/SIRIM BAGI TAHUN 2018

Pada hari pertamaprogram tersebutialah menjalankan

LawatanPenandaarasan

SistemKeselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan dan

Lawatan keStesen Siren / Kamera Web Empangan

Machap di JPS Johor.

. Manakala padahari kedua danketiga, bengkelpenyemakan danpengemaskinianDokumen ISO 9001:2015 telahdiadakan di bilikkuliah KKTM Johor. KetuaPenolongPengarah(operasi) merupakanpemudahcara bagibengkel tersebut.

Page 14: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Antara barisan jejaka-jejaka

idaman malaya

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO 9001:2008 UNTUK PERSEDIAAN AUDIT

DALAMAN/SIRIM BAGI TAHUN 2018

Page 15: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Ketua Penolong Pengarah ( operasi) dengan sebahagian peserta bengkel di Stesen Siren / Kamera

Web Empangan Machap.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 16: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BENGKEL PEMANTAPAN PERLAKSANAAN OPS LUMPUR DAN PENYELARASAN PENYEDIAAN ULASAN

PERMOHONAN TANAH DAN PEMBANGUNAN

Pada 29 dan 30 Januari 2018 yang lalu, satu bengkel berkaitanPemantapan Perlaksanaan Ops Lumpur Dan Penyelarasan PenyediaanUlasan Permohonan Tanah dan Pembangunan telah diadakan diDewan Pusat Kecemerlangan JPS Seberang Perai Utara. Bengkel inidihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengairan & Saliran), PenolongPengarah Kanan (Pengairan & Saliran) dan Penolong Jurutera yangterlibat secara langsung dalam ulasan permohonan pembangunan bagisetiap daerah. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagimeningkatkan pengetahuan berkaitan ESCP dan berkongsipengalaman berhubung perlaksanaan OPS LUMPUR. Penceramahbagi sesi Bengkel ini telah disampaikan oleh Tuan Ir. Saari Bin Abdullahiaitu Timbalan Pengarah bahagian Pengairan dan Saliran.

Sesi Taklimat UlasanPembangunan disampaikan olehIr. Saari Bin Abdullah – TimbalanPengarah (Pengairan & Saliran)

Penerangan terperinci berkaitan Proses Lawatan Tapak dan prosedur berkaitan

semakan pelan kawalan hakisan dan kelodakoleh En. Amphai a/l Ee Bau Penolong

Pengarah Kanan ( Pengairan & Saliran)

Sesi penerangan dan semakan pelan kawalanhakisan dan kelodak

PENGAIRAN DAN SALIRAN

Page 17: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Pada 6 Mac 2018 telah berlangsung program Hari Keselamatan Dan Kesihatan (KKP) JPS Pulau Pinang anjuranBahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Pulau Pinang dengan kerjasama CIDB ( Construction Industry Development Board ) Pulau Pinang, JKKP ( Jabatan Keselamatan Dan KesihatanPekerjaan ) Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Seberang PeraiUtara. Seramai 200 orang tetamu telah dijemput untuk menjayakanmajlis ini.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Chow KonYeow ( Exco Kerajaan Tempatan , Pengurusan Lalulintas danTebatan Banjir ).Melaui ucapan Pengarah JPS Pulau Pinang telahmemberi penekanan berhubung aspek keselamatan danmenjadikan Keselamatan Dan Keselamatan Pekerjaaan (KKP) sebagai pelengkap kepada agenda utama pengurusan dalampentadbiran JPS Pulau Pinang.

Pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Seberang Perai Utara,Pulau Pinang

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) JPS PULAU PINANG BAGI TAHUN 2018

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 18: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Aktiviti –aktiviti program yang dianjurkan adalah TaklimatPengenalan Akta Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) , perkhidmatan/ pertanyaan/ khidmatnasihat berhubung pendaftaran KadHijau/CIDB, Pemeriksaan Kesihatandan pameran-pameran berkenaan.

Program ini diadakan sebagaipendedahan dan pengenalan kepadapematuhan Seksyen 15 (2) (a) AktaKeselamatan Dan kesihatan Pekerjaan(KKP) 1994 dan meningkatkankesedaran dalam sistem pengurusanKeselamatan Dan kesihatan Pekerjaanyang efektif memandangkan pihak JPS Pulau Pinang berperanan pentingdalam perlaksanaan kerja-kerjaberkaitan pencegahan banjir sertakerja-kerja pengairan dan salirannegeri Pulau Pinang terutamasembilan ( 9 ) projek-projek berimpaktinggi (High Impacts) denganperuntukan kerajaan negeri sebanyak150 juta di kawasan ‘hot spot’ banjiryang telah dikenalpasti.

Setinggi - tinggi penghargaan danucapan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat bagi menjayakanmajlis ini.

Perasmian majlis oleh YB Tuan Chow Keon Yeow

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 19: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Taklimat oleh JKKP Pulau Pinang Lawatan ke Ruang Pameran

Ucapan oleh PPSN

Pameran oleh JPS Daerah Timur Laut

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 20: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN/PERKHIDMATAN MEKANIKAL &ELEKTRIKAL DAN SISTEM KESELAMATAN &

KESIHATAN PEKERJAAN JPS JOHOR DARUL TAKZIM

Pada 11 Mac 2018 Bahagian PerkhidmatanMekanikal & Elektrikal (BPME) JPS PulauPinang telah mengadakan sesi LawatanPenandaarasan Pengurusan /PerkhidmatanMekanikal & Elektrikal Dan SistemKeselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di JPS Johor Darul Takzim.

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal dan Unit Hidrologi JPS PulauPinang seramai 27 orang telah menyertaiprogram ini.

Objektif lawatan adalah sebagaipenanda aras dalam penambahbaikanperlaksanaan pentadbiran, teknikal danpengurusan operasi yang berkenaanBahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elekktrikal dan Hidrologi .Selain itu, lawatanitu merupakan perkongsian maklumat danidea dari segi pembangunan , kepakaran dankemudahan serta pengamalan budaya kerjaJPS Johor Darul Takzim.

Antara pengisian dan aturcara yang telah disusun pada program tersebut adalahTaklimat oleh BPME Johor yang telahdisampaikan oleh Fuad Shakir Abdul Aziziiaitu Jurutera Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal Johor , makan tengah hari bersamajurutera, ketua bahagian dan kakitanganjabatan berkenaan, Taklimat Operasi & Komponen Mekanikal & Elektrikal di Empangan Machap dan Lawatan di RuangPameran Empangan Machap.

Sumbangan cenderahati oleh JPS Pulau Pinang

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 21: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Sesi bergambar di Empangan Machap Bergambar di wokshop JPS Johor

Taklimat di bilik mesyuarat JPS Johor

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 22: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BENGKEL PENGEMASKINIAN DOKUMEN OHSAS 18001:2007 DAN DOKUMEN ISO 9001: 2007 DAN DOKUMEN ISO 9001: 2008 UNTUK PERSEDIAAN AUDIT DALAMAN / SIRIM BAGI TAHUN 2018 JPS PULAU PINANG DI KOLEJ KEMAHIRAN

TINGGI MARA LEDANG ,JOHOR.

Pada 12- 14 Mac 2018 telahberlangsung program BengkelPengemaskinian Dokumen OHSAS 18001: 2007 dan Dokumen ISO 9001: 2008 UntukPersediaan Audit Dalaman/ SIRIM Bagi tahun2018 JPS Pulau Pinang Di Kolej KemahiranTinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor yang disertai oleh 27 orang peserta .

Antara objektif bengkel adalah sepertiberikut:-

i) Semakan dan Pengemaskinian dokumenOHSAS 18001: 2007 (manual, pengurusan dan operasi ).

ii) Menyemak semula rekod / fail danborang mengikut prosedur yang ditetapkan.

Semakan dan pengemaskinian dokumenISO/ OHSAS

Sesi bergambar bersama peserta diKKTM Ledang,Johor

Selain itu, program bengkel iniadalah sebagai persediaan awalaudit SIRIM dan audit dalaman bagitahun 2018 dan sesi pembentanganberkumpulan diadakan pada sesipenutup program bagi rumusankepada penyediaan jawapan audit SIRIM.

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Page 23: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 47, KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JPS PULAU PINANG TAHUN 2018

Pada 30 Mac 2018 (Jumaat), Kelab Sukan dan Kebajikan JPSPulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 47di Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya. Mesyuarat tersebut bermulapada jam 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 petang.

Mesyuarat ini adalah program tahunan bagi Kelab Sukan DanKebajikan JPS Pulau Pinang. Tuan Mohd Azmin Bin Hussin, PengarahJPS Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan danKebajikan telah merasmikan mesyuarat tersebut.

Ahli kelab yang hadir AGM

Ucapan rasmi oleh YDP

Ucapan aluan tuan rumah JD JPS SPU

Khusyuknya mereka mendengar amanat YDP

Page 24: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Kelab

Mesyuarat agung berlangsung

Penyampaian sumbangan dermasiswa“ Alhamdulillah rezeki anak “

Di dalam mesyuarat tersebut diadakan penyampaian dermasiswakepada anak-anak kakitangan JPS yang telah berjaya dalampeperiksaan UPSR, PT 3, SPM dan STPM. Terdapat jugabeberapa usul yang dibangkitkan untuk kebaikan dan kebajikanahli-ahli kelab.

Page 25: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH BARU JPSPULAU PINANG

Pada 11 Januari 2018 JPS SPU telah mengadakan majlisperjumpaan dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan SaliranPulau Pinang yang baru iaitu En Mohd Azmin bin Hussin yang mengantikan Ir. Sabri Bin Abdul Mulok yang telah bertukar ke JPS Malaysia.

Di dalam majlis tersebut semua kakitangan JPS SPU dapatberamah mesra dan saling mengenali dengan lebih dekat lagidengan pengarah baru.

Juga kakitangan buat pertama kali dapat berkenalan danberamah mesra dengan Tn Hj Tajol Ariffin bin Baharom yang juga baru melapor diri sebagai Jurutera Daerah SPU mengantikan EnMohamad Nor Hafiz bin Noor Azmi yang telah bertukar.

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 26: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Kakitangan JPS SPU yang hadir

Tn Hj Tajol Ariffin membericenderahati untuk Tuan Pengarah JPS P.Pinang

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 27: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

CERAMAH AGAMA BERSAMA USTAZ AIMAN SOBRI

Pada 2 Mac 2018 JPS SPU telah menjemput Ustaz Aiman Sobriuntuk memberi ceramah agama di Pusat Kecemerlangan JPS SPU.

Kira-kira 93 orang kakitangan telah hadir pada ceramah tersebut. Ustaz Aiman Sobri telah membincangkan tajuk 'islamkah kita' kali ini.

Kakitangan JPS khuysuk mendengarceramah

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 28: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR MAK MANDIN, SEBERANG PERAI UTARA

Majlis pecah tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir MakMandin, SPU telah diadakan di Taman Bagan 23 pada 17 Mac 2018 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Majlis ini turut dihadiri oleh semua Wakil Rakyat Parlimen Bagan, Setiausaha Kerajaan Negeri P.Pinang, Pengarah JPS P.Pinang, Pengarah Jabatan Kerja Raya P.Pinang, Pegawai Daerah SPU danlain-lain pegawai.

Pada majlis tersebut Ketua Menteri telah memaklumkanbahawa sebanyak RM40 juta peruntukan Kerajaan Negeri akandisalurkan bagi perlaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir MakMandin ini di mana kerja pembinaannya dijangka akan mengambilmasa selama 2 tahun.

Penerangan mengenai RancanganTebatan Banjir Mak Mandin

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 29: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PROGRAM BERSAMA JURUTERA DAERAH DAN PENGISIAN ROHANI CERAMAH AGAMA

Satu Perjumpaan bersama Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan SaliranDaerah Seberang Perai Selatan dan Pengisian Rohani Ceramah Agama telahdiadakan pada 23 Januari 2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal jam 9.00 pagi. Majlis didahului Ucapan Jurutera Daerah JPS SPS, En Mohd Fadhil Bin Ahmad, Seterusnya ceramah Agama oleh Ustaz Yusuf bin Yaakob bertajuk “ Konsep 3i ( iman, ihsan dan ikhlas )”

Ceramah yang disampai amat dan jelas dan praktikal untuk diamalkan dalampekerjaan dan kehidupan seharian, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepadakakitangan JPS SPS dalam perlaksanaan kerja.

Sesi bergambar bersama Ustaz Yusuf Bin Yaakob

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 30: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KARNIVAL HARI TERBUKA, KLINIK CELIK UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAN DAN FORUM ULAMA LAWAN RASUAH

Satu Karnival Hari Terbuka, Klinik Celik Undang-undang keluarga Islam dan Forum Ulama Lawan Rasuah telah diadakan anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 24 Februari 2018 di Masjid Jamek Alma Jaya pada jam 9.00 pagi. JPS SPS mewakili jabatan dalam penyediaan pameran di dalam program ini. Majlis dihadiri Exco Hal Ehwal Agama, Yb. Dato Hj. Abdul Malik bin Abul Kassim dan Yb. Lee Khai Loon.

Penyertaan Jabatan didalam program ini sedikit sebanyak membantudalam pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab atau skopkerja Jabatan.

En. Md Yazid Bin Baharum memberi penerangankepada pengunjung yang hadir.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 31: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

TAKLIMAT SEBUTHARGA BIL. 1/2018

Satu Taklimat Sebutharga Bilangan 1/2018 telah diadakan bagi projek di bawah Pembangunan Negeri dan Caruman Peparitan anjuran pada 05 Mac 2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal pada jam 9.00 pagi. Taklimat dihadiri Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, En. Mohd Fadhil Bin Ahmad dan Penolong Jurutera Kawasan dan Kontraktor.

Kehadiran Taklimat amat memberasangkan memadangkan taklimattersebut merupakan taklimat projek yang pertama JPS SPS bagi tahun ini.

Kehadiran Kontraktor yang menghadiri taklimat Sebutharga

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 32: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PERJUMPAAN PENGARAH PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI BERSAMA

KAKITANGAN JPS DTL

Perjumpaan Pengarah bersama Kakitangan JPS Daerah Timur Laut (JPSDTL) telahdiadakan pada 10 Januari 2018 di Kolam Takungan Banjir S18 , Lebuh Macallum. Tuan Pengarah JPSPP yang baru iaitu Encik Azmin Bin Hussin telah dijemput untuk memberiucapan dan amanat kepada warga JPS DTL. Seramai 35 orang kakitangan JPS DTL telahhadir pada perjumpaan tersebut.

Antara inti pati yang dapat dirumuskan daripada ucapan pengarah adalah:-●Pengurusan Masa yang Efektif●Peraturan dan Integriti Penjawat Awam●Pematuhan Penggunaan Kad Perakam Waktu

Pengarah JPS Pulau Pinang bergambar bersama Jurutera TimurLaut dan kakitangan

DAERAH TIMUR LAUT

Page 33: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PERASMIAN JAMBATAN LEMBAH RIA SUNGAI DONDANG, DAERAH TIMUR LAUT

Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis)

Tempat : Jambatan Lembah Ria, Sungai Dondang

Dirasmikan oleh : YB Wong Hon Wai (Kadun Air Itam)

Turut Hadir : Puan Nortilawati Binti Osman (Jurutera Daerah Timur Laut) dan EncikShaiful Rezza bin Abdul Latiff, Penolong Jurutera JPS DTL

Tujuan : Jambatan ini dibina bagi memberi kemudahan dan memudahkan laluankeluar masuk kepada orang awam.

Perasmian oleh YB Wong Hon Wai ,Kadun Air Itam

YB Wong Hon Wai dan Jurutera Daerahbersama pihak media

DAERAH TIMUR LAUT

Page 34: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

TAKLIMAT KONTRAKTOR KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 2018

Tarikh Taklimat : 18 Januari 2018 (Khamis)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat JPS Daerah Timur LautTingkat 29, KOMTAR

Kehadiran : 19 Kontraktor yang terpilih

Turut Hadir : - Jurutera Daerah Puan Nortilawati Binti Osman, Penolong JuruteraKanan Puan Nurjulia Binti Azami, Penolong-Penolong Jurutera di JPS Daerah Timur Lautdan juga pegawai pemantau mengikut kawasan / zon

Tujuan Taklimat : Taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepadakontraktor yang terpilih berkenaan Skop Kerja dan prosedur kerja yang diperlukan di dalam kerja-kerja penyelenggaraan 2018.

Taklimat disampaikan oleh Jurutera Daerah Puan Nortilawati binti Osman dan Penolong Jurutera Kanan, Puan Nurjulia Binti Azami

DAERAH TIMUR LAUT

Page 35: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

BENGKEL SKT 2018

● Aktiviti penting proses persediaan SKT:-

● Perancangan Tahunan Jabatan.

● Penetapan Rancangan Kerja di Bahagian / Unit / Cawangan

DAERAH TIMUR LAUT

Page 36: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

KURSUS OPERASI MENYELAMAT KETIKA BANJIR

Antara inti pati yang dapat dirumuskan ialah:-

- Teknik menjaga pernafasan semasa beradadi dalam air.

- Cara menyelamat ketika operasi kejadianbanjir

- Teknik dan cara menyelamat yang betul

DAERAH TIMUR LAUT

Page 37: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

CERAMAH AGAMA DAN BACAAN YASSIN

Ceramah Agama dan Bacaan Yassin yang dianjurkan oleh JPS DTL telah diadakanpada 23 Februari 2018 di Pejabat JPS Daerah Timur Laut ,Tingkat 29, KOMTAR. Kursus yang dihadiri seramai 26 orang peserta terdiri daripada kalangan warga JPS DTL.

Antara inti pati yang dapat dirumuskan ialah:-●Mempunyai sikap menghormati antara majikan dan pekerja.●Tidak makan dan menerima sesuatu dari sumber yang haram.●Suka bersedekah dan melakukan amal jariah.

Majlis Bacaan Yassin dan Ceramah Agama sedang berlangsung

DAERAH TIMUR LAUT

Page 38: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Tuan Pengarah JPSPP bersama kakitangan JPSDBD

Pada 9 Januari 2018 pukul 9.30 pagi hingga 2.00 petang telah diadakanmajlis perjumpaan dan ramah mesra Tuan Pengarah JPSPP bersamakakitangan JPSDBD. Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitanganJPSDBD.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk ramah mesra semuakakitangan JPSDBD bersama pengarah.

DAERAH BARAT DAYA

Page 39: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

LAWATAN YB EXCO KE TAPAK PROJEK KUALA JALAN BARU PROJEK TEBATAN

BANJIR

Pada 12 MAC 2018 pukul 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari telahdiadakan lawatan projek tebatan banjir di Kuala Jalan Barubersama Jurutera Daerah JPSDBD dan Agensi Kerajaan yang lain.Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat lokasi banjir danmengenalpasti masalah penduduk yang sering mengalami banjir dikawasan berkenaan.

DAERAH BARAT DAYA

Page 40: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

PROGRAM PERASMIAN PECAH TANAH RTB TAMAN IPING TELUK KUMBAR DAERAH BARAT DAYA

DAERAH BARAT DAYA- Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang telahmengadakan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sungai Nipah, di Taman Ipingpada 24hb. Mac 2018 (Sabtu), jam 11.00 pagi.

Kehadiran 200 orang penduduk tempatan termasuk def-def jemputanmenghadirike majlis tersebut. Antara kenamaan yang dijemput bagi merasmikan majlis berkenaan ialah Y.B. Dato' Mohd. Rashid Bin Hasnon (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang) mewakili Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Turut dijemput Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) ,Yang Berhormat Dato' Haji Malik bin Abdul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna), Dato' Seri Farizan Bin Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang), Dato' SarulBahiyah binti Haji Abu (Pegawai Kewangan Negeri), Dr. Mohamad Farazi bin Johari (Timbalan Setiausaha – Pembangunan), Yang Berbahagia Ar Yew Tung Seng (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang), Yang Berusaha Ir. Shahabudin bin Mohd. Muhayidin (Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang) dan Yang Berusaha Tuan Zepri bin Saad (Pegawai Daerah, Daerah Barat Daya) Yang Berhormat Sim Tze Tzin (Ahli ParlimenBayan Baru) serta Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai. kejadian banjir telahberlaku pada 15 September 2017 di semua daerah di Pulau Pinang iaitu Daerah Barat Daya, Daerah TimurLaut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan.

Tindakan Penyelesaian melalui peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menjalankan prasarana baru struktur di kawasan -kawasan Hot Spot banjir bagi Taman Iping, Batu Maung Daerah Barat Daya. Kerja-kerja pencegahandan penambahbaikan sistem saliran akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan mengikut fasa.

DAERAH BARAT DAYA

Page 41: BULETIN BIL 1/2018 - Penang

Mr. Yogendren Penolong Pengarah KananBahagian Pengurusan Banjir sedang memberitaklimat kepada jemputan kenamaan mengenaistruktur saliran yang akan dilaksanakan danpenambahbaikandi Taman Iping.

Sebelum kita rasmi pecah tanah denganguna jentera pengorek, mai kita bergambaqdulu dekat banner perasmian

Ok, secara rasminya projekTebatan Banjir Sungai Nipahberdekatan Taman Iping akanbermula no !

DAERAH BARAT DAYA