buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · pdf filetidak jejas aktiviti tanaman temasya sukan...

20
Buletin Maju Muda Menarik Di Dalam LAWATAN KERJA YB MENTERI KE MADA LAWATAN KSU MOA KE MADA AMANAT TAHUN BARU MADA FENOMENA EL NINO & EKUINOKS TIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016 Bil1/2016

Upload: phungdung

Post on 02-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

BuletinMaju Muda

Menarik Di Dalam

LAWATAN KERJA YB MENTERIKE MADA LAWATAN KSU MOA KE MADA AMANAT TAHUN BARU MADA FENOMENA EL NINO & EKUINOKS

TIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI

Bil1/2016Bil1/2016

Page 2: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

PELADANG MART SDN BHD4049, Taman MutiaraLebuhraya Sultanah Bahiyah,05350, Alor Setar, Kedah Darul AmanTel: 04-7314826 Fax: 04-7304814

PELADANG MART PANTAI JOHORNo 1 & 2, Taman Sri Pantai,Pantai Johor,05250, Alor Setar, Kedah Darul AmanTel: 04-7324826

PELADANG MART SHOPPE Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim06200, Kepala Batas,Kedah Darul Aman BULETIN

Maju MUDA

BULETIN MAJU MUDA Edisi Julai_2014.indd 20 9/29/14 6:05 PM

Page 3: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

PENAUNGEn. Fouzi bin Ali

PENASIHATTuan Hj. Syed Zainuddin bin Syed Zain

SIDANG PENGARANGPuan Siti Rogayah TajudinEn. Syed Ahmad Afiq Syed Iskandar

PENYUNTINGEn. Mohd Hafizi Zakaria En. Shukri Othman

FOTOGRAFIEn. Mohd Azwan Mohd IdrisEn Md Noor HaliminEn. Abd. Razak Ramli

DITERBITKAN & DIEDAR OLEHCaw. Komunikasi KorporatLembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Tel : 04-772 825 5Faks : 04-772 266 7Email : [email protected] : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADATwitter : @mada_malaysiaWebsite : www.mada.gov.myMADATV : www.madatv.myBlog : madainfo.blogspot.com

E D I T O R I A L

3456789

1213141516

171819

3

PENGURUS BESAR MADA

K A N D U N G A N

Perutusan

BULETINMaju MUDA

BULETIN MAJU MUDA Edisi Julai_2014.indd 20 9/29/14 6:05 PM

Assalammualaikum Wbt..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan izinNya Buletin Maju Muda edisi pertama bagi tahun 2016 dapat menemui pembaca budiman sekelian.

Seperti yang kita ketahui, buletin ini merupakan lidah rasmi MADA dalam menyampaikan maklumat, informasi terkini dan juga program-program yang telah dilaksanakan oleh MADA terutamanya kepada peladang-peladang di kawasan Muda.

Justeru dalam merealisasikan impian menjadikan MADA sebuah agensi yang terulung, saya menyeru kepada semua kakitangan MADA terus meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di samping berfikiran secara holistik melangkaui pemikiran luar kotak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi serta melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh iltizam dan tanggungjawab serta berintegriti dalam memastikan peningkatan hasil padi sebanyak 7 metrik tan sehektar sebagai sasaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada MADA tahun 2016.

Dalam memastikan hasil padi 7 metrik tan sehektar di capai tahun ini, MADA telah menggariskan sebanyak enam strategi antaranya ialah kempen pematuhan jadual tanaman, penggunaan benih padi sah, kawalan makhluk perosak dan penyakit, peningkatan kualiti hasil padi, memperkasakan program pengembangan peringkat unit dan penubuhan estet padi.

Bagi mencapai keenam-enam strategi tersebut, semua kakitangan MADA perlulah memberi tumpuan yang lebih komited dan mengadakan pertemuan sekerap yang boleh dengan peladang-peladang di Kawasan Muda dalam menerangkan strategi ini.

Akhir kata, saya berharap kita semua sentiasa meningkatkan momentum dan terus berusaha untuk mencapai produktiviti kerja yang lebih berkualiti dalam tahun ini.

Moga Buletin Maju Muda pada edisi kali ini memberi pencetus idea dan juga semangat tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan tugas yang diamanahkan seterusnya memastikan MADA berada di puncak kejayaan.

We are committed to achieve 7 tonnes per hectare with extra ordinary efforts and passion.

Selamat membaca.

Fouzi bin Ali

PERUTUSAN PENGURUS BESAR MADA

MAJLIS AMANAT TAHUN BARU MADA 2016

LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI KE KAWASAN MUDA

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KE MADA

KERJASAMA MADA-SWASTA TINGKATKAN HASIL & PENDAPATAN PETANI

PELANCARAN MAHA 2016

MAJLIS JASAMU DIKENANG

SEMINAR KERJAYA YPPM

SEMINAR PENGUKUHAN TADBIR URUS PERTUBUHAN PELADANG MADA

FENOMENA EL-NINO & EKUINOKS

MESYUARAT BEKALAN AIR MAC 2016

MADACORP Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Lancar Imej Korporat Baharu MADACorp dan Menyampaikan Insentif NKEA kepada Peladang MADA

TEMASYA SUKAN SUNGAI

PELADANG PERLU MEMILIH

USUNG RUMAH

BULETINMaju MUDA

Page 4: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA4

Majlis Amanat Tahun Baru 2016 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diadakan pada 14 Januari 2016 dan disempurnakan oleh Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz kepada 300 kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kategori pegawai hadir dalam perhimpunan tersebut yang diadakan di Konkos, Ibu Pejabat MADA.

Dalam amanat tersebut, Dato` Othman menekankan kepada semua kakitangan MADA meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menabur bakti kepada peladang-peladang bagi memenuhi kehendak golongan tersebut dalam mencapai sasaran hasil padi 7 tan per hektar bagi tahun 2016.

Selain itu, beliau berasa bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh MADA pada tahun 2015 dan berharap pada tahun ini MADA dapat lagi melakar pelbagai kejayaan dan dapat terus mengekalkan MADA sebagai peneraju industri padi dalam negara Malaysia.

Beliau juga berpesan kepada semua yang hadir mengambil perhatian amanat YAB Perdana Menteri antaranya adalah berfikiran lebih kreatif dan inovatif.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada semua kakitangan MADA menyahut cabaran dan tuntutan yang harus dilakukan dalam perkhidmatan serta memberi tumpuan sepenuhnya dalam memberi sumbangan untuk meningkatkan capaian hasil padi bagi tahun 2016.

Tambah beliau yang juga memetik kata-kata YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ahmad Shabery Cheek dimana semua kakitangan di bawah jabatan dan agensi Kementerian hendaklah bersatu

Majlis Amanat Tahun Baru MADA 2016hati dalam menjadikan MOA sebagai sebuah Kementerian yang dilihat strategik dalam menyokong kestabilan serta penumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, meningkatkan tahap kecekapan dalam bidang masing-masing bagi mengurangkan kehilangan hasil padi yang akan menggugatkan bekalan makanan kepada negara.

Beliau turut menyarankan kepada semua agar mendalami dan menjiwai karakter seorang peladang mahupun petani. Melalui cara tersebut, ia dapat dilihat pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut dan sebagai kakitangan MADA dapat membantu menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau juga menyarankan semua kakitangan MADA mempunyai pemikiran seperti seorang usahawan yang business savvy dan faham prinsip-prinsip ilmu perniagaan.

Di akhir ucapannya beliau berharap tahun 2016 memberi sinar dan semangat yang berkobar-kobar dalam meneruskan perkhidmatan di MADA sehingga berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi tahun ini.

Page 5: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA5

enteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ahmad Shabery Cheek telah melakukan lawatan kerja ke Kawasan Muda selama dua hari bermula pada 13 November sehingga 14 November 2015.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah disambut oleh Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz bersama wakil-wakil dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Destinasi pertama beliau adalah ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd, Gurun bagi meninjau pemprosesan dan aktiviti pengilangan dalam menghasilkan baja-baja untuk kegunaan petani-petani di Malaysia.

Kemudiannya beliau ke kawasan Estet Padi PPK A3 MADA di Titi Gajah untuk beramah mesra serta bersama peladang-peladang di kawasan tersebut.

Di sebelah malamnya, Dato` Sri Ahmad Shabery Cheek telah menghadiri Majlis Makan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 45 MADA & 40 Tahun MADACorp di samping melancarkan Imej Korporat MADACorp di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Selain itu beliau juga menyampurnakan Penyerahan Sijil Saham Biasa oleh PPK kepada Syarikat Perniagaan Perindustrian (SPPI) (MADA) dan juga Penyerahan Sijil Saham Keutamaan oleh MADACorp Kepada 27 PPK serta penyerahan insentif projek estet padi NKEA EPP 10 bagi musim 2/2015 yang bernilai hampir RM24 juta kepada 7176 peladang.

Dalam majlis tersebut juga, beliau menerima sumbangan daripada PPK MADA dan MADACorp kepada Tabung Bencana MOA yang bernilai RM37,000.

Keesokkan paginya pada 14 November 2015, beliau sekali lagi bersama-sama Dato’ Othman Aziz, Pengerusi MADA dan Dato’ Azizan bin Mohd. Sidin, Timbalan Ketua Usaha (Dasar) MoA ke kawasan Estet Padi PPK A3 MADA di Titi Gajah untuk bersama-bersama petani menanaman padi secara tradisional di sawah estet padi tersebut.

Lawatan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ke Kawasan Muda telah membawa seribu makna dan menaikkan lagi semangat peladang-peladang dan pegawai-pegawai MADA untuk terus berbakti untuk meningkatkan taraf ekonomi peladang-peladang MADA di samping meningkatlan hasil padi untuk keperluan Negara.

M

BULETINMaju MUDA

Lawatan Kerja

5

YB Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani ke Kawasan Muda

Page 6: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA6

Lawatan KerjaKetua Setiausaha

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail bin Haji Bakar telah melakukan lawatan kerja ke MADA pada 4 Februari 2016.

Dalam lawatan tersebut, beliau menerima taklimat mengenai MADA di Bilik Langkasuka, Ibu Pejabat MADA.

Setelah menerima taklimat dari Pengurus Besar MADA, En Fouzi bin Ali, beliau mencadangkan mengkategorikan semula (redefine) Senarai Rangkaian Jalan MADA, menyelaraskan kos pengeluaran penanaman padi negara, membentuk pasukan khas (flying squad) pengambilan balik tanah NKEA EPP 10, mengkaji pilot varieti mutan dalam skala sederhana, bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembangunan tanah sawah, melibatkan ahli

keluarga peladang di Kawasan Muda dalam menyertai projek NKEA EPP 10 MADA.

Beliau kemudiannya ke Projek Estet Padi (NKEA) Kubang Teduh PPK H-II Kepala Batas.

Lawatan kerja tersebut merupakan lawatan pertama kali beliau ke MADA setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 16 Disember 2015.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke MADA

Page 7: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

embaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan sektor swasta dalam usaha meningkatkan hasil padi dan pendapatan petani.

Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata kerjasama itu penting kerana ia melibatkan kajian berkaitan benih, racun, tanah serta peralatan dan jentera dalam industri padi bermula dari membajak, menanam, menuai serta memproses padi. Tambah beliau dengan hasil kerjasama ini akan berbalik kepada petani yang meraih untung. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan penuaian padi yang menggunakan teknologi ‘Bayer SeedGrowth’ di Kampung Sungai Berembang, Kangar pada 4 Februari 2016.

Bayer SeedGrowth ialah sistem bersepadu penuh dan menyeluruh bagi aplikasi atas benih yang

menggabungkan kekuatan teras Bayer dalam produk, salutan, perkhidmatan dan peralatan. Menurut Dato` Othman, sawah seluas 2,000 hektar yang ditanam dengan benih tersebut oleh 600 petani di Perlis dan Kedah selama empat musim pada 2014 dan 2015 meraih hasil dan pendapatan sekitar 22 dan 28 peratus lebih bagi satu hektar berbanding menggunakan benih sedia ada. Katanya lagi, benih hasil teknologi Bayer itu yang disalut dengan bahan kimia juga berkeupayaan melawan wabak penyakit selepas 50 hingga 60 hari disemai. Tambah beliau, MADA menerusi anak syarikatnya, Syarikat Perniagaan Peladang MADA (MADACorp), akan berusaha menghasilkan benih bagi menampung keperluan sehingga 10,000 hektar atau 10 peratus daripada jumlah keluasan sawah MADA. Mesin baharu untuk menghasilkan benih itu berharga RM700,000 sebuah dijangka tiba loji MADACorp di Teluk Chengai dekat Alor Setar pada Julai ini. Katanya, benih Bayer SeedGrowth walaupun lebih mahal iaitu RM69 bagi sekampit 20 kilogram berbanding benih padi sah antara RM30 hingga RM35 namun hasilnya lebih tinggi. Menurut beliau lagi, benih padi tidak sah pula mengundang penyakit padi angin, serangan penyakit kulat dan serangga serta memberi hasil yang rendah.

Beliau juga berharap para petani mendapatkan benih daripada pihak yang boleh dipercayai.

L

Kerjasama MADA-SwastaTingkatkan Hasil Dan

Pendapatan Petani

7 BULETINMaju MUDA

Page 8: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA8

“Tema ‘Our Food Our Future’ berkaitan masa depan maksudnya apa yang kita tanam hari ini menentukan masa depan. “Jadi perlunya pengemblengan anak muda dalam MAHA 2016. Sebab itu kita mahu MAHA 2016 mempunyai unsur-unsur keseronokan,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran MAHA 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini. Katanya, acara dwitahunan itu juga akan menyediakan tapak perkhemahan ‘Young Malaysian Agro Camp’ yang membolehkan 5,000 hingga 10,000 golongan muda berkhemah di kawasan MAHA 2016, iaitu di MAEPS. Katanya kementerian akan turut menganjurkan festival muzikal bertemakan pertanian ‘Rhythm of Farmers’ pada pameran itu bagi membolehkan golongan muda lebih menghayati dan menghargai kehidupan para petani, selain menjadikan pertanian sebagai bidang yang mereka minati. Beliau berkata pelbagai acara akan disediakan dalam aktiviti kesenian itu termasuk persembahan artis tempatan dan dari seberang. Dalam itu, bagi memastikan acara dwitahunan tersebut mempunyai penglibatan kanak-kanak, Shabery berkata MAHA 2016 menjadikan watak animasi Upin dan Ipin sebagai maskot pameran itu. Kementerian juga akan mengadakan perkampungan ‘Mok Cun’ iaitu watak drama yang terkenal di sebuah saluran televisyen sebagai gambaran usahawan wanita

PELANCARAN MAHA

2016

kampung yang cekal mengharungi pelbagai cabaran. MAHA 2016 dijangka menyediakan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama serta pemindahan teknologi, selain berfungsi sebagai platform bagi membangunkan pasaran import dan eksport.

“Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan diadakan pada 24 Nov

hingga 4 Dis nanti menyasarkan nilai jualan sebanyak RM200 juta. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebanyak 1,500 gerai akan dibuka pada MAHA 2016 yang bertemakan ‘Our Food Our Future’ atau “Makanan Kita, Masa

Depan Kita” dan menyasarkan 30 peratus kehadiran golongan muda daripada 3.5 juta sasaran pengunjung.”

JasamuDikenang

Page 9: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDABULETINMaju MUDA9

Majlis Jasamu Dikenang MADA telah diraikan dengan meriahnya pada 17 Disember 2015 di Grand Alora, Alor Setar.Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memberi penghargaan kepada kakitangan MADA yang telah berkhidmat bersama MADA selain pengiktirafan kepada usaha-usaha berkaitan prestasi kerja, inovasi serta memperkukuhkan semangat untuk memajukan diri di kalangan warga MADA.

Seramai 64 pesara MADA diraikan pada majlis tersebut selain dari 29 pesara tersebut turut menerima Anugerah Perkhidmatan Setia dan Cemerlang MADA 2015.

Anugerah Setia dan Cemerlang boleh di klasifikasikan sebagai anugerah khas kepada pegawai-pegawai MADA yang bertugas melebihi 35 tahun perkhidmatan dan mempunyai rekod prestasi melebihi 85% selama tiga tahun berturut-turut.

Selain daripada meraikan pesara, majlis tersebut diselitkan dengan penyampaian hadiah kepada Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2015 dimenangi oleh Bahagian Perancang dan Teknologi Maklumat yang mengharumkan nama MADA sehingga menjadi johan bagi kategori pengurusan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam.

Di samping itu, Bahagian Perkhimatan Empangan dan Sumber Air juga menerima Anugerah Pencapaian MADA

Majlis

2015 sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat MADA di dalam majlis tersebut.

Tidak dilupakan dalam majlis tersebut turut diselitkan persaraan terbitan dimana bagi menghargai lapan warga MADA yang telah meninggal dunia ketika masih dalam perkhidmatan, ini termasuklah mantan Pengurus Besar MADA, Allahyarham Dato’ Haji Md Zuki bin Ismail.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz, Pengurus Besar MADA, Encik Fouzi bin Ali, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) MADA, Dato’ Ir. Hor Tek Lip serta pengarah-pengarah bahagian MADA

BULETINMaju MUDA9

JasamuDikenang

Page 10: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

Page 11: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

Page 12: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA12

Seramai 350 peserta termasuk ibu bapa hadir Program Seminar Kerjaya Lepasan SPM anjuran Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) pada 20 Mac 2016 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Pengerusi MADA, YB Dato` Othman bin Haji Aziz.

YB Dato` Othman dalam ucapannya berkata seminar tersebut sangat berfaedah kepada peserta yang merupakan anak-anak peladang di Kawasan Muda kerana ia memberi maklumat dan bimbingan awal dalam memilih kursus yang bersesuaian sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Katanya, MADA sentiasa menyediakan keperluan dan kemahuan kepada peladang-peladang di kawasan Muda bukan sahaja dalam bidang pertanian tetapi dalam semua bidang demi menjamin serta dapat meningkatkan kesejahteraan hidup peladang-peladang MADA.

Seminar ini turut menyediakan sebelas insitut pengajian tinggi awam dan swasta kepada peserta yang hadir sebagai panduan dan rujukan sebelum memulakan penngajian.

Ia juga sebagai usaha MADA dan juga YPPPM dalam memberi semangat kepada anak-anak di Kawasan

Muda untuk meneruskan pengajian hingga beroleh kejayaa.

YPPPM telah ditubuhkan pada tahun 1982 yang bertujuan untuk menggalak, mendidik, memaju dan membantu kemajuan pelajaran anak-anak peladang di Kawasan Muda disamping menubuhkan dan menyenggara biasiswa, dermasiswa dan peminjam bantuan kewangan dalam melanjutkan pelajaran selain melahirkan lebih ramai golongan belia di Kawasan Muda berpendidikan tinggi dalam bidang pelajaran dan kemahiran.

Sebanyak RM 6.4 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai program antaranya adalah Biasiswa Kecil, Kelas Tambahan, Bantuan Pakaian Seragam, Sumbangan Ke IPTA, Anugerah Pelajar Cemerlang, Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin, Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM, Kursus Motivasi UPSR dan Kelas Bahasa. Semua program ini telah memberi manfaat kepada 354,988 orang.

SEMINAR KERJAYA YPPPM

Page 13: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

Seminar Pengukuhan Tadbir Urus

13

Seminar Pengukuhan Tadbir Urus Pertubuhan Peladang Kawasan MADA Anjuran Bahagian Pengurusan Institusi Peladang MADA telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar pada 21 Mac 2016.

Seramai 227 peserta menyertai seminar ini termasuklah Pengurus-pengurus Wilayah MADA dan Pengurus Besar PPK MADA.

Pengurus Besar MADA, En Fouzi bin Ali berpendapat bahawa seminar ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan sangat bermanfaat kepada peserta yang hadir dalam berusaha mengukuhkan PPK MADA.

Beliau yang juga wakil pendaftar PPK MADA percaya bahawa dengan pengukuhan PPK MADA dapat dijayakan melalui pemerkasaan sumber manusia di peringkat PPK di mana kakitangan PPK merupakan barisan hadapan yang bertemu peladang.

Tambah beliau, PPK memainkan peranan penting dalam menjayakan semua agenda transformasi di Kawasan Muda antaranya adalah sebagai pusat penyaluran bantuan kerajaan kepada peladang, pusat pengembangan dan khidmat nasihat pertanian dan pengairan selain menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perniagaan PPK serta pusat kegiatan aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Beliau juga berharap kesemua PPK MADA mengamalkan sistem tadbir urus yang baik dalam menunjukkan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, gerak kerja yang telus, berakaunbilti tinggi serta responsif terhadap permasalahan yang dialami oleh peladang.

Katanya, demi mencapai sasaran hasil padi 7 tan per hektar, kakitangan di PPK perlu ditingkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan kompetensi dalam usaha untuk memupuk modal insan minda kelas pertama.

Pertubuhan Peladang Kawasan MADA

Selain daripada itu, nilai-nilai integriti seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana perlu dipamerkan oleh setiap kakitangan PPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berharap semua peserta yang hadir dapat mempraktikkan budaya kerja yang lebih positif dan bersemangat serta melipatgandakan usaha dalam mencapai sasaran pengeluaran purata hasil padi sebanyak 7 tan per hektar.

Dalam seminar ini turut diselitkan dua sesi ceramah dari Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Manusia MADA, En Zulkifli bin Romli bertajuk Memperkasakan Sumber Manusia di Peringkat PPK dan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pn Norhayati binti Mat Saman yang bertajuk Isu-Isu Tadbir Urus dan Integriti Peringkat PPK.

Page 14: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA14

Keadaan cuaca semasa adalah sangat kering dan panas berikutan fenomena El-Nino sedang melanda tidak akan menjejaskan aktiviti tanaman padi.

Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata takungan empangan pada ketika ini adalah selesa berbanding dengan takungan minima yang diperlukan iaitu 550,000 ekar kaki atau sebanyak 679 juta meter padu bagi memulakan sesuatu musim luar penanaman padi. Takungan ini adalah mencukupi untuk keperluan pengairan Musim 1/2016

Katanya fenomena tersebut berkaitan kedudukan matahari yang berada di Ekuinoks pada 20 Mac 2016 nanti. Hujan bulan Februari adalah sebanyak 19mm berbanding purata 20 tahun sebanyak 66mm.

Menurut beliau, suhu di Alor Setar telah mencecah 38°C beberapa hari berturut-turut menghampiri suhu terpanas direkodkan 39.1°C di Alor Setar pada 27 Mac 1998.

Walaubagaimanapun katanya, kejadian cuaca panas sebegini memberi kebaikan kepada peladang dapat membantu memulihkan tanah dan membina kembali lapisan keras tanah (hardpan) yang diperlukan bagi penggunaan mekanisasi ladang yang optimum.

Oleh yang demikian, Jadual Penanaman Padi yang bermula pada 30 Mac 2016 akan dapat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Menara Peladang, Alor Setar pada 13 Mac 2016.

Katanya, MADA mengambil langkah berjaga-jaga walaupun takungan air empangan ketika ini adalah

Fenomena El Nino dan Ekuinoks Tidak Jejas Aktiviti

Tanaman

mencukupi sekiranya tiada hujan sehingga Jun 2016 seperti mempergiatkan aktiviti pengembangan di mana peladang digalakkan melaksana putaran tanah kering sebelum bekalan air dimulakan.

Selain itu, peladang digesa mengikut Jadual Penanaman Padi Musim 1/2016 seperti yang ditetapkan disamping semua stesen pam guna semula akan dimaksimumkan penggunaannya bagi menjimatkan air dari empangan.

Akhir sekali pam-pam bergerak akan diagihkan kepada peladang-peladang yang memerlukan didimobilisasikan dan pam-pam baru dalam peringkat perolehan serta MADA akan memohon untuk menjalankan operasi pembenihan awan jika ada pembentukan awan yang bersesuaian dan jika ada keperluan.

Cuaca panas dan kering ini akan berkurangan berikutan bermulanya musim peralihan yang akan membawa lebih banyak hujan dan rebut petir pada lewat petang pada penghujung bulan Mac 2016 manakala kesan El-Nino dijangka berakhir dalam bulan April 2016 di mana hujan pada paras normal dijangka membantu aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2016 (Musim 1/2016 bermula pada 30 Mac 2016).

Page 15: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA

MESYUARAT BEKALAN AIR

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan mula membekalkan air kepada peladang-peladang di Kawasan Muda pada penghujung bulan Mac iaitu 30 Mac 2016 bagi penanaman padi Musim 1/2016.Pengerusi MADA, Dato` Othman bin Haji Aziz berkata pihak MADA mengambil kira beberapa faktor dalam menetapkan Jadual Penanaman Padi antaranya kedudukan takungan air empangan sebelum musim bermula, ramalan sumber air sepanjang tahun (aliran masuk ke takungan empangan, aliran sungai, turunan hujan di kawasan sawah dan guna semula aliran), ramalan pencapaian aktiviti penuaian bagi musim yang lepas, cuaca – El Nino, kerja-kerja pemulihan empangan pedu, masalah semasa yang dihadapi seperti penyakit dan perosak.

Tambah beliau, semua peladang tidak perlu bimbang berikutan fenomena El Nino kerana takungan air di empangan pada ketika ini adalah mencukupi bagi menjayakan aktiviti penanaman padi musim 2/2016.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Air dan Jadual Penanaman Padi Musim 1/2016 pada 21 Februari 2016 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA.

Dalam pada itu, Dato` Othman juga menyatakan sebanyak 95.3% tanaman padi di Kawasan Muda telah masak dan sebanyak 83.2% telah dituai.

Katanya lagi, purata hasil pengeluaran padi bagi musim 2/2015 adalah sebanyak 6.5 tan per hektar bagi keseluruhan MADA termasuklah kawasan pinggiran MADA yang telah diambil alih oleh MADA tahun lalu juga mencapai hasil pengeluaran padi sebanyak 6 tan per hektar.

Dato` Othman dan pihak MADA berharap semua peladang dapat mengikuti Jadual Penanaman Padi Musim 1/2016 yang telah ditetapkan serta berdisiplin dan berhemah dalam menggunakan air pengairan bagi aktiviti penanaman padi.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar MADA, Encik Fouzi bin Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) MADA, Dato` Ir. Hor Tek Lip, Pengarah-pengarah MADA dan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan MADA serta Pengerusi Biro Pengairan PPK.

MADA mula bekal air hujung bulan Mac 2016

BULETINMaju MUDA15

Page 16: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA16

Majlis Pelancaran Imej Baharu Korporat MADACorp telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 13 November 2015.

Dato` Sri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 40 MADACorp berasa bangga dengan kejayaan yang telah dicapai sepanjang 40 tahun penubuhan syarikat tersebut yang memainkan peranan penting bersama MADA dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan petani melalui aktiviti pengkomersilan industri padi.

Katanya, kerajaan sentiasa menghargai keringat yang telah dicurahkan oleh golongan petani dan memberi makna yang besar kepada semua rakyat di Malaysia.

Oleh yang demikian, tambah beliau, kerajaan akan terus menghulurkan sokongan dan bantuan bagi meningkatkan pengeluaran dan juga memastikan kaedah pemasaran yang memberi keuntungan kepada golongan petani.

MADACorp yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat Perniagaan Peladang MADA telah melaksanakan Pelan Transformasi pada pertengahan bulan April 2014 di mana pelan tersebut merupakan fasa penting dan kritikal yang berasaskan kepada dua anjakan strategi utama iaitu konsolidasi korporat dan konsolidasi perniagaan.

Bagi konsolidasi korporat, ia melibatkan empat tindakan strategik iaitu penyusunan semula pengurusan, penstrukturan ekuiti, penyusunan semula kewangan dan penjenamaan semula yang memerlukan transformasi baru dalam mengukuhkan lagi keupayaan operasi dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan hadapan.

Melalui kondolidasi perniagaan pula, ia melibatkan kepada tiga tindakan strategik iaitu pengukuhan perniagaan teras, penerokaan perniagaan baru dan pengkomersialan teknologi baru di mana

menjadi keutamaan kepada MADACorp untuk terus kekal dalam aktiviti pengkomeisalan industri padi di Kawasan Muda dan seterusnya di Malaysia.

Di majlis tersebut, Dato` Sri Ahmad Shabery berkesempatan menyampaikan Penyerahan Sijil Saham Biasa oleh PPK kepada SPPI (MADA) dan juga Penyerahan Sijil Saham Keutamaan oleh MADACorp Kepada 27 PPK serta penyerahan insentif projek estet padi NKEA EPP 10 bagi musim 2/2015 yang bernilai hampir RM 24 juta kepada 7176 peladang.

Selain itu, beliau menerima Tabung Bencana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bernilai RM 37 000 dari MADACorp dan juga PPK MADA.

MADACORPMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Lancar Imej Korporat Baharu MADACorp dan Menyampaikan Insentif NKEA kepada Peladang MADA

Page 17: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA17

MADACORPMADA BOLOT 5 PIALA SEMPENA TEMASYA SUKAN SUNGAI ANTARABANGSA NEGERI KEDAH 2016

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah merangkul lima piala dalam pelbagai kategori sempena Temasya Sukan Sungai Antarabangsa Negeri Kedah 2016 Kali Ke 83 bertempat di Tanjung Chali, Alor Setar Kedah.

Kategori-kategori yang dirangkul oleh MADA adalah Johan Perahu Naga Tertutup Kedah, Johan Perahu Naga Antara Negeri, Johan Perahu Panjang Jabatan & Agensi, Johan Perahu Naga Antarabangsa dan Johan Juara Antara Juara.

Kategori Juara Antara Juara merupakan kategori sengit di antara MADA dan Istana Anak Bukit di mana hanya satu saat menjadi pemisah antara kedua pasukan tersebut dan menjadikan MADA sebagai juara.

Temasya Sukan Sungai Antarabangsa Negeri Kedah 2016 diadakan bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Tuanku Abdul Halim Mua`dzam Shah ke-88 dan sempena ‘Discover Kedah 2016’.

Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah mencemar duli merasmikan Temasya Sukan Sungai Antarabangsa Negeri Kedah 2016 pada 26 Mac 2016. Hadir sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan anggota jemaah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

TEMASYASUKANSUNGAI

2016

Page 18: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDABULETINMaju MUDA18

PELADANG PERLU MEMILIHsecara berterusan supaya golongan ini mengikut peraturan-peraturan yang telah disediakan seperti Jadual Tanaman Padi. Sekiranya petani-petani dapat mengikut peraturan yang disediakan oleh MADA, InsyaALLAH hasrat untuk mencapai hasil tinggi dapat dicapai dengan mudah.

Adakah peladang bertemu dengan Tuan Haji Musa untuk membuat aduan mengenai masalah tanaman mereka bagi tindakan pihak MADA?

Jawatankuasa Penyelaras mesyuarat dua bulan sekali. Setiap wakil dari keempat-empat wilayah adalah ahli jawatankuasa. Mereka inilah yang akan membawa isu-isu atau aduan yang timbul dari petani dibawa ke mesyuarat ini yang turut diserta oleh pentadbiran MADA. Kadang-kadang ada juga yang membuat aduan terus kepada saya. Akan tetapi saya tidak akan membuat keputusan secara terus dan membawa aduan tersebut ke mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras dan akan dijawab kemudian kepada pengadu setelah keputusan diambil.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, apakah nasihat Tuan Haji Musa kepada peladang-peladang di Kawasan Muda?

Petani-petani mestilah mendengar dan mematuhi serta mengambil keputusan sepertimana yang telah diluluskan oleh MADA khususnya bahagian pengembangan. Ikutlah peraturan seperti penjadualan bekalan air dan tanaman padi. Masa menuai pun kita mestilah mengikut penggunaan mesin dan jentera yang sesuai agar hasil tanaman tidak rosak. Kadang-kadang pendapatan hasil itu ada, tapi hasil boleh menjadi sikt apabila cara penggunaan mesin mempengaruhi dalam mendapatkan hasil yang tinggi. Oleh yang demikian, kita sebagai petani hendaklah menggunakan mesin-mesin menuai dengan cermat. Kadang kecuaian kita menyebabkan hasil sikit.

Apakah harapan Tuan Haji Musa kepada para peladang MADA untuk tahun 2016?

Saya berharap semua petani akan mengikut peraturan-peraturan dan membuat kerja-kerja tanaman padi dengan apa yang telah ditetapkan selain mematuhi segala peraturan. Dengan cara ini, tidak akan timbul masalah dalam mencapai hasil yang tinggi kecuali masalah bencana alam yang kita tidak dapat dielakkan. Jadi kepada semua petani-petani, saya berharap bolehlah mengikut jadual tanaman padi yang disediakan oleh MADA di samping mematuhi peraturan dalam membajak, penggunaan benih padi sah, meracun dan lain-lain.

Buletin Maju MADA telah menemuramah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Tuan Haji Mohd Musa bin Kamis dengan isu semasa terutamanya dalam skop tanaman padi dalam meningkatkan hasil dan juga pendapatan peladang-peladang MADA Pendapat mengenai penggunaan racun dan pengunaan benih padi sah

Dalam pemilihan racun ini, inisiatif dari MADA sendiri atau pengembangan MADA yang boleh mengedarkan kepada petani-petani MADA. Kadang-kadang pemilihan bijak ini sebenarnya peladang tidak tahu apa pun, tidak tahu apa yang perlu digunakan khususnya benih padi. Kadang peladang tidak tahu benih padi yang terbaik dalam memilih. Kebanyakkan peladang MADA memilih benih padi yang murah dan yang senang serta boleh berhutang bagi memudahkan mereka menjalani aktiviti tanaman padi. Melalui cara itu sebenarnya tidak memberi impak yang diingini oleh peladang dengan memberi hasil yang tinggi. Jadi peranan ini amat penting bagi pengembangan MADA dalam memberi penerangan dengan lebih terperinci ke peringkat demi peringkat di seluruh Kawasan Muda untuk membantu peladang-peladang dalam memilih racun dan benih padi sah yang terbaik Ini kerana kebanyakkan peladang sudah berusia, dan tidak memahami maklumat yang tertulis pada botol racun oleh yang demikian bahagian pengembangan MADA hendaklah menyampaikan cara-cara penggunaan racun dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh peladang.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, apakah kehendak peladang dalam mencapai hasil yang tinggi?

Ya. Memang hasrat petani-petani di Kawasan Muda ingin mencapai hasil yang tinggi dengan modal yang rendah atau sikit. Kadang-kadang faktor lain juga main peranan penting seperti cuaca, hujan dan banjir menyebabkan hasil kurang. Selain itu, sikap petani yang sukar untuk kita ubah seperti tidak mengikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh MADA selain mudah terpengaruh dengan orang sekeliling yang mengambil cara mudah dalam mengusahakan tanaman padi. Oleh itu, MADA khususnya bahagian pengembangan hendaklah mengadakan kempen

Page 19: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA19

250 AHLI PPK BERSEMANGAT USUNG RUMAH KE TAPAK BARUSeramai 250 orang yang terdiri daripada 16 unit dalam PPK G-IV Guar Chempedak telah bersepakat mengusung rumah ke tapak baru yang diadakan pada 10 Mac 2015 di Kampung

Aktiviti yang dikenali sebagai Program Permuafakatan Peladang Unit Sg Yan, PPK G-IV Guar Chempedak itu merupakan program pertama kali diadakan setelah sekian lama tidak dijalankan aktiviti seperti itu.

Ketua Unit Sg Yan, Tuan Haji Harun bin Ibrahim berkata tujuan usung rumah dilaksanakan adalah bagi mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan juga mengimbau semula aktiviti usung rumah yang telah dijalankan sejak zaman dahulu.

Beliau yang juga tuan rumah berkata perancangan dilakukan selama seminggu sebelum program dijalankan dan mendapat persetujuan sebulat suara dari orang ramai.

Katanya, rumah yang beratnya dalam anggaran 10 tan itu diusung ke tapak baru kerana tapak rumah asal merupakan harta pusaka.

Beliau berharap program usung rumah ini dapat dilaksanakan ke kawasan-kawasan lain selain dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Usung Rumah“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Page 20: Buletin - 103.18.247.196103.18.247.196/~ · PDF fileTIDAK JEJAS AKTIVITI TANAMAN TEMASYA SUKAN SUNGAI Bil1/2016. BULETIN Mau MDA PELADANG MART SDN BHD ... Justeru dalam merealisasikan

BULETINMaju MUDA