buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya melahirkan anak yang...

Upload: ley5680

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    1/6

    Buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya

    melahirkan anak yang cemerlang.

    Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah, terutama di zaman sains dan teknologi,

    zaman manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman akan berubah,

    namun manusia tetap sama iaitu dilahirkan dalam keadaan tiada seurat benang pundan berakhir di liang lahad.

    Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu

    bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi

    cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna,

    malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan.

    Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia

    dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah

    yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkandengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik

    dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa

    gagal menjadi cemerlang.

    Semoga dengan lahirnya buku ini akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ibu

    bapa dan yang bakal bergelar ibu bapa. Semoga semua ibu bapa yang berada di negara

    Malaysia tercinta ini menjadi ibu bapa cemerlang demi melahirkan anak-anak

    berilmu, berketerampilan, berakhlak dan berwawasan.

    Ibu bapa cemerlang adalah matlamat semua ibu bapa. Jika ingin menjadi ibu bapa

    yang cemerlang, ibu bapa mesti memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan,kemahiran mendidik, memahami psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan

    lain-lain. Memang bukan mudah mahu menjadi ibu bapa cemerlang namun dengan

    usaha memperbanyakkan ilmu, mengkaji kesalahan dan kesilapan, dengan izin Tuhan

    kita pasti berjaya menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya menjadi role model

    kepada anak-anak untuk mewarisi kecemerlangan.

    Manusia maju dengan ilmu, oleh demikian buku ini menambahkan lagi ilmu

    keibubapaan supaya kita berjaya menjadi ibu bapa cemerlang. Buku ini hanya mampu

    memberi jalan dan ikhtiar, kitalah yang akan mencorakkan diri kita. Semoga panduan

    dan idea yang akan dipaparkan nanti akan memberi jalan untuk berubah menjadi lebihcemerlang dan terus cemerlang.

  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    2/6

    Puan Tuminah Binti BaharomGuru OH Guru

    Tuesday, 5 November 2013

    PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKANKELUARGA BAHAGIA

    Pendahuluan:Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuahmasyarakat.Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupanseseorangDaripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukanyang tidak terucap.Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap

    dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.Baiti Jannatiatau Rumahku Syurgaku - rumah merupakan tempatterperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang

    juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akankebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalamkeluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokonganmoral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan danperangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik

    yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalamkalangan ahli keluarga itu.Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkanperanan masing-masing untuk saling bertolak ansur, salingmemahami serta saling menghormati antara mereka. Apabila sifat inidapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, makasuasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.

    http://cikgutum.blogspot.com/http://cikgutum.blogspot.com/
  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    3/6

    Persoalannya..

    Isi

    1.Sebagai teladan kepada anak-anak- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalahamat penting. Ibu bapa perlu menjadi role-model kepada anak-anak.Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untukdicontohi oleh anak-anak.-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan danlemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa jugaperlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anakmelihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan

    meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama merekakerana bapa borek, anak rintik.-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak,seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadapisteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak,tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak.Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satusama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepadaanak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka

    anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawandengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalahlebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak,mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telahdiwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

    2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuankeibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di

    atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa denganmengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepasberkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapatilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui

  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    4/6

    ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut,perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannyauntuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar

    kebahagiaan.

    3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakatbertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkantaraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masakini yang semakin meningkat.- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yangbekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat

    minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkankerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasihsayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapamereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yangkehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yangmerupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlumeluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anakmereka.

    - Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagaicuti umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasankepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan.Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesradengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja.Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersamakeluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhiburdi samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antaramereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan

    anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluargaakan dapat diwujudkan.4. Memberikan didikan agama dan moral- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasimuda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah

  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    5/6

    keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama sertanilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dikalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapayang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan

    rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agamaini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansursesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akanmengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasanyang kadangkala tidak munasabah.- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yangkukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangananak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tuamereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata

    peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan samadijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahlikeluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantapdan harmoni akan dapat dilahirkan.

    5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luaranak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah

    setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harusmemastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yangburuk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruahahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancahkehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapakerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahlikeluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yangdikecapi

    6.setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskanpertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anakkerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini danhal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidaklangsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia

  • 8/10/2019 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Ibu Bapa Yang Ingin Cemerlang Supaya Berjaya Melahirkan Anak Yang Cemerlang

    6/6

    ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluargayang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,merekaharuslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluargakita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta

    dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satusama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemahdalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lainkerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orangyang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi keranamereka tidak ingin membantu memajukan generasi akandatang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijakoleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikulringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama

    dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di sampingmembangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusikeluarga itu menjadi keluarga

    Penutup- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan

    jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagaiproses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaansetiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama

    mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni danbahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asaspembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yangmaju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya.Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yangpenyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama