buku terbit sendiri-ebook

8
Buku Terbit Sendiri-eBook June 2, 2021 admin Share my story! Share Tweet Pin KERATAN AKHBAR JUDUL : Dreffandi.my TARIKH : 2 JUN 2021 (RABU)

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 2: Buku Terbit Sendiri-eBook

• Email

0SHARES

Self-Publishing ebook (Ini kalau nak terbit buku sendiri ya..) Saya ingin berkongsi pengalaman sedikit saya dalam self-publishing ini. Untuk menghasilkan ebook ini sebenarnya boleh gunakan https://canva.com sahaja, daripada design kulit hinggalah siap sebuah ebook. Teks kandungan boleh cut & paste drp msword atau pdf atau guna saja teks yg ada dlm canva. Kalau hendak kulit buku itu nampak 3D yg cantik boleh guna https://smartmockups.com, ada link dlm canva atau terus ke websitenya. Kalau baru mula boleh guna canva, ambil yang free sahaja dulu pun dah cukup. Tapi kena register dgn credit card untuk guna sebulan…lepas tu boleh

cancel,jika tak mahu terus dgn yg Pro.😁. Kalau nak lebih kena explore sendiri ya.

Dalam youtube memang banyak tutorial canva ini, tetapi kalau jenis suka godek-godek, trial and error tak payah lah tengok youtube. Hendak pergi coaching pun ada…pilihan

sendiri✌️😁.

Contoh Buku eBook

Kalau buku dah siap atau hampir siap, bolehlah mohon eisbn, takde eISBN pun takpe, tidak menjadi satu kesalahanpun. Sekarang semua boleh buat online. Hendak mohon eISBN pun mudah…daftar dulu sebagai penerbit individu (letak nama sendiri sebagai penerbit) cuma kena upload salinan IC nanti.

Paparan Pendaftaran sebagai Penerbit

Page 3: Buku Terbit Sendiri-eBook

Tunggu 1 & 2 hari dapat email dari PNM…(berjaya/diluluskan). Baru boleh mohon eISBN/ISBN. Login…Tekan butang mohon ISBN seperti dibawah:

Masukkan maklimat yang diperlukan… Bahasa, judul, nama, tahun Lahir, harga buku,media,jenis bahan,jumlah muka surat,tarikh jangka terbit, URL platform digital….seperti dibawah:

Page 4: Buku Terbit Sendiri-eBook

Langkah seterusnya, muatnaik bahan-kulit depan buku, muka surat judul, muka surat hakcipta, muka surat prakata/sinopsis dan muka surat isi kandungan (semunya dalam format gambar i.e jpg,png)

Page 5: Buku Terbit Sendiri-eBook
Page 6: Buku Terbit Sendiri-eBook

Bahan yang perlu dimuatnaik

Selepas semua selesai, tunggu beberapa hari untuk semak status, utk dapatkan no eisbn dan bar code buku

Contoh Status Permohonan ISBN yang diluluskan

Tunggu pula status permohonan PDP (Data pengkatalogan-dalam-Penerbitan). eISBN/ISBN akan dapat dahulu diikuti oleh PDP.

Page 7: Buku Terbit Sendiri-eBook

Contoh Permohonan PDP yang diluluskan

Sudah dapat PDP ini nanti letak dimuka surat hakcipta, sebelah bawah. Biasanya, dapat ISBN/eisbn dulu, kemudian diikuti dengan data PDP.

Contoh PDP

Ambil gambar barkod eISBN yang diberikan dan tampal pada buku digital anda di sebelah bawah kanan belakang buku anda.

Page 8: Buku Terbit Sendiri-eBook

Prosesnya nampak rumit, tetapi jika sudah biasa boleh selesai dalam 10 minit atau kurang lagi.

Daftar sini utk ISBN/eISBN https://depositori.pnm.gov.my

Ini nama dia self-publishing…selamat mencuba ,semoga membantu. Tiada kos kalau

semua buat sendiri😎…Mohon maaf jika ada kesilapan fakta disini…itu memang

kesalahan saya😎. Pasaran utk buku sendiri bolehlah letak dlm laman web peribadi,

shopee, play book google dll✌️atau tak payah jual hanya utk syok sendiri. *Boleh juga

dijadikan buku fizikal hardcopy,tapi kena cari pencetak/syarikat percetakan.