ebook tazkirah ramadhan

Upload: amir-azros

Post on 07-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    1/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 1

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    2/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 2

    PrakataAssalamualaikum w.w & Salam Hormat,

    Ilmu yang kita miliki adalah datang daripada Allah sebenarnya. Tidak kiralah apa jua

    bidang ilmu yang anda miliki anda perlu menyampaikannya kepada orang lain walaupun

    sedikit. Ilmu yang baik yang anda miliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika

    ianya dapat memberi manfaat bersama. Perbuatan suka menyimpan ilmu tanpa

    menyampaikan kepada orang lain adalah sangat dibenci oleh Allah.

    Sabda Rasulullah saw Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang

    sumbu api pada dirinya.

    Begitulah perbuatan menyimpan ilmu seorang diri itu adalah sangat dibenci oleh Allah.

    Jadi sebagai seorang hamba yang bertakwa kita digalakkan menuntut ilmu supaya kita

    tidak menjadi orang yang jahil diatas muka bumi Allah ini. Pada masa sekarang peluang

    dalam menuntut ilmu adalah sangat luas. Ini kerana dunia semakin maju dan cara

    penyampaian juga semakin cepat dan mudah.

    Jadi saya berharap anda akan mendapat manfaat dari segala ilmu yang anda perolehi ;)

    Sekiranya tidak keberatan, sila sebarkan ebook ini agar dapat manfaat bersama.

    Insya-Allah

    Sekian,

    http://facebook.com/amirazros

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    3/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 3

    PengenalanSekali lagi kita berada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Bersesuaian bulan yang

    penuh Rahmah, Barakah dan Marfirah yang menguji ketaqwaan ini umat Islam perlu

    beristiqomah dalam perjuangan Islam yang bersifat universal untuk menegakkan

    keadilan yang diredhai Allah S.W.T.

    Ujian Ramadhan perlu dihayati sepenuhnya supaya kita melepasinya dan muncul

    sebagai ummah yang benar-benar bertaqwa dan sebagaimana di janjikan Allah sebagai

    sebaik-baik ummah yang dipilih dikalangan manusia.

    Ramadhan penuh dengan ujian seperti sejarah yang mencetuskan antaranya

    peperangan berlaku dalam bulam Ramadhan yang bukannya boleh dianggap sebagai

    bebanan Allah terhadap ummah tetapi sebenarnya ujian total dari Allah untuk ummah

    keluar cemerlang setelah menempuhi ujian paling kental.

    Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Jadikan bulan Ramadhan yang dilepasi nanti

    bukan setakat malam-malam yang dipenuhi ibadat solat tarawikh, solat malam, tilawah

    Al-Quran, majlis ilmu selain ibadat fardhu tetapi juga siang Ramadhan yang berjaya

    melalui tarbiyah langsung dari Allah bagi peningkatan taqwa kerana melalui ketaqwaan

    sahaja ummah Islam dapat menebus maruah dan kehinaan yang menimpa seluruh

    ummah.

    Ramadhan tetap memberi kekuatan untuk ummah menanggani segala ujian yang

    ditimpakan oleh kuasa sekutu yang besar kepada ummah di seluruh dunia termasuk di

    Malaysia.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    4/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 4

    Isi Kandungan

    Tips Mengurangkan Tekanan Kerja

    11 Tips Mengatasi Kesedihan

    Hadapi Masalah Dengan Bijak

    Jangan Sombong Dengan Takdir

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    5/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 5

    Tip Mengurangkan Tekanan

    Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripadamenghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati

    menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu

    yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak

    pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada

    Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah

    disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

    Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanankerja:-

    Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

    Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum

    melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

    Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum

    mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

    Perbanyakkan membaca Al-Quran

    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran

    walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas

    solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh

    itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

    Banyakkan Solat Sunat

    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita

    sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat

    taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.

    Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar

    beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    6/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 6

    Selalu berdoa kepada Allah

    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita

    disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.

    Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi

    sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,

    Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita

    perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa

    usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu

    di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

    Bersangka baik dengan Allah

    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian

    dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita

    sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah

    menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa

    tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

    Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

    Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang

    cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-

    aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan

    menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi

    beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

    Amal diet dengan disiplin yang k uat

    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu

    faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah

    mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan

    menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah

    jantung, darah tinggi, kencing manis.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    7/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 7

    Menangis dengan sepuas hati

    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui

    luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai

    kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri

    merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami

    sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.

    Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi

    dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis

    dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di

    tempat kerja.

    Hargai kebolehan diri sendiri

    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai

    keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu

    pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh

    melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang

    dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan

    memulakan hidup dengan lebih ceria.

    Cintai diri sendiri

    "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada

    maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri

    sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap

    lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita

    perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

    Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi.

    Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu,

    bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    8/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 8

    Tips Mengatasi Kesedihan

    Berikut merupakan beberapa tips bagi menghilangkan kedukaan di hati..

    Menangislah

    Jika anda menangis, itu bermakna anda manusia yang normal iaitu jiwa anda masih

    lembut. Luahkan perasaan melalui tangisan. Tetapi jangan dalam tempoh yang lama.

    Jangan berlarutan.

    Sentiasa ingat siapa kita di dunia ini

    Hamba Allah. Kita akan sentiasa diuji untuk meningkatkan keimanan dan taraf kita di sisi

    Allah. Bagaimana tahu kita seorang yang beriman jika tidak diuji? Berdoalah kepada

    Allah agar dihilangkan beban kesedihan anda itu.

    Ingat janji Al lah bahawa di SETIAP k esukaran AKAN ada k esenangan

    Itu janji Allah dan Dia PASTI menepati janjiNya. Ingat juga awan mendung takkan

    selamanya menyelubungi bumi..Ia akan berarak jua..

    Cubalah 'nikmati' perasaan sedih itu

    Selidiki dan cari kebaikan di sebalik kesedihan/masalah yang berlaku. Mungkin selama

    ini kita leka dari segi hubungan dengan Allah dan ibu bapa? Mungkin kesedihan ini

    adalah satu rahmat Allah agar kita mempertingkatkan spritual dan keimanan kita?

    Lakukan kebaikan

    Contohnya bersedekah. Perhatikan sekitar anda, beri bantuan kepada orang yang

    kurang bernasib baik dengan ikhlas. Kelukaan anda pasti akan terubat apabila melihatsebenarnya anda masih beruntung jika dibandingkan dengan mereka.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    9/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 9

    Elakkan berseorangan

    Cuba untuk melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Luahkan kepada kawan baik

    anda mengenai masalah anda dan katakan kepada mereka bahawa anda memerlukan

    bantuan mereka untuk menceriakan anda semula. Mereka pasti gembira untuk

    membantu.

    Beri masa untuk diri anda menghilangkan kesedihan

    Jangan terburu-buru ingin menyelesaikan sebarang masalah. Kadang-kadang ada

    ketikanya masa yang akan menyelesaikan masalah dan kesedihan kita. Yang paling

    penting ingat bahawa Allah sentiasa mendengar dan mengasihi hamba-hambaNya.

    Selamat menceriakan diri anda! Ingat bahawa anda adalah seorang yang hebat dan

    tiada sesiapa pun layak merosakkan kehidupan dan perasaan anda!

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    10/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 10

    HADAPI MASALAH DENGAN BI JAK!

    Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernahmenghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup

    namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil,

    semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu

    berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun

    hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu

    selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan

    menghadapinya.

    Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan

    orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam

    peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada

    masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran

    ibubapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas,

    dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani

    dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

    Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang

    bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia

    menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya.

    Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung

    sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta

    panduan menghadapi masalah dengan tenang.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    11/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 11

    UJIAN IMAN

    Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap

    keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa

    serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa

    dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh

    dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara

    itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya

    mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan

    kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan

    yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

    Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah

    merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada

    ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

    "Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami

    telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji

    orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang

    yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-

    Ankabut: 2 - 3)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    12/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 12

    DARJAT DI SISI ALLAH

    Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah

    dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga

    tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau

    keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah

    kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan

    masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang

    bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

    Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar

    dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian

    itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka

    dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    13/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 13

    CARA MENGATASI MASALAH

    1. Sandarkan Harapan Pada Allah

    Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya.

    Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan

    kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat

    1hingga 8 yang antara lain maksudnya Sesungguhnya selepas kesulitan itu

    pasti ada kemudahan.

    "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya

    kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

    2. Minta Pertolongan Dari Allah

    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan

    mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada

    orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    14/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 14

    3. Jangan Sedih dan Kecewa

    "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,

    padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-

    orang yang beriman." ( al-Imran:139)

    Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah

    yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk

    mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

    ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada

    berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir( Yusuf : 12)

    4. Luahkan

    Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia

    mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat

    meringankan beban yang kamu tanggung.

    5. Bandingkan masalah

    Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang

    lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih

    tenang ketika menyelesaikan masalah.

    Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk

    menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita

    lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap

    dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula

    kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu

    tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    15/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 15

    Jangan Sombong Dengan Takdir

    Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi

    imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang

    telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan

    sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari

    Pembalasan.

    Ibl is

    Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud,

    rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu...

    syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

    Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud

    lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima

    takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada

    tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak

    terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan

    terkemudian?

    Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu

    kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat

    dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina...

    seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat

    kehambaannya!

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    16/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 16

    Takdir Dan Iman Kita

    Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang

    begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa

    anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya

    lagi walaupun telah berusaha?

    Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang

    tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa

    kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu

    sangat berkaitan dengan iman.

    Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini

    terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh,

    bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya

    sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.

    Katakan, "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu,

    Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau

    serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan

    sepenuh sujud pada takdir-Mu."

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    17/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 17

    Takdir Mengatasi Tadbir

    Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari

    kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita

    inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang

    kita tidak inginkan.

    Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula

    yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah

    kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan

    'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang

    Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...

    Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan

    langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.

    Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam

    ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak

    akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri

    dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    18/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 18

    Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

    Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah

    yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna

    akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam

    cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

    Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu

    yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa

    sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya samada yang

    kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai

    bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka

    merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda

    penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    19/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 19

    Apa Khabar Im an Anda?

    Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan

    tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna,

    maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang

    ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu

    akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

    Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya,

    hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya

    ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan

    berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak

    dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan

    (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

    Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada

    Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak

    baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik ujian itu pasti ada

    muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun

    pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik

    tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    20/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 20

    Bersangka Baik Dengan Allah

    Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada

    suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat

    pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada

    Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan

    akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi

    dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah

    kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya

    adalah kejayaan yang ditangguhkan!

    Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan

    lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan

    dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan

    kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

    Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu

    terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat

    ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada

    kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah

    dosa dan maksiat dengan mudah.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    21/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 21

    Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal,

    kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak

    boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan)

    gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak

    ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

    Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini

    walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal

    lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi

    baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

    "...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu.

    Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    22/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 22

    Nikmat Al lah

    Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya

    apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?

    Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat

    lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan

    kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan

    dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan

    sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

    Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa

    pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira

    dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan

    kesalahannya."

    Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham

    itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan

    baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    23/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 23

    Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian

    itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji,

    terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah

    yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah

    ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

    Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat

    hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya

    sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-

    ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka.

    Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa

    setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat

    hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil

    asbab' (penyebab Tuhan).

    Hati mereka berkata:

    "Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada

    Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini.

    Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang

    telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini

    akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah

    imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    24/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 24

    Janganlah anda berputus asa mengatasi masalah hati

    Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah

    menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup

    namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil,

    semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu

    berbeda. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun

    hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu

    selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan

    menghadapinya.

    Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan

    orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam

    peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada

    masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu

    bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol,

    diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan

    baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

    Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang

    bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia

    menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Mari

    kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk

    mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    25/26

    Amir Azros | Karya Islam Himpunan Karya & Tazkirah Islam 25

    UJIAN IMAN

    Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap

    keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa

    serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa

    dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh

    dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencoba sesuatu yang baru walaupun perkara

    itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya

    mengambil narkoba dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia

    akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau

    landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

    Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyiksa jiwa adalah

    merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada

    ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :

    Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami

    telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji

    orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang

    yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta. (Al-

    Ankabut: 2 - 3)

  • 8/6/2019 Ebook Tazkirah Ramadhan

    26/26

    A i A | K I l Hi K & T ki h I l 26

    DARJAT DI SISI ALLAH

    Ujian atau cobaa yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah

    dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga

    tidak memberikan cobaan kepada hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira

    kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang

    diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk

    menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:

    Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya. (Al-

    Baqarah: 286)

    Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cobalah tenangkan hati, bersabar

    dan tetapkan dalam pikiran bahwa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi

    ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka

    dengan memberikan Syurga untuk mereka. (At-Taubah: 111)