ebook umrah diy

25
NOTA UMRAH DIY Ibnu Arabi Versi 1.0

Upload: ibnu-arabi

Post on 09-Apr-2017

78 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY Ibnu Arabi

Versi 1.0

Page 2: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

KATA PENGANTAR

☆☆☆

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. E-Book yang berjaya diterbitkan ini adalah hasil dari rangkuman perkongsian ilmu dan

pengalaman dari jemaah-jemaah Umrah DIY terdahulu. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran

kepada mereka hendaknya. Penerbit E-Book ini hanya mengumpul dan menyusun kembali curahan ilmu

dan pengalaman tersebut supaya lebih teratur serta kemas untuk memudahkan rujukan bakal jemaah

kelak. Penulisan lebih ‘straightforward’ tanpa unsur penceritaan yang melankolik dan meleret-leret agar

pembaca dapat memahami lebih jelas apa sebenarnya isi penting yang hendak disampaikan.

Sungguhpun begitu, kandungan E-Book ini mungkin lebih cepat digarab atau difahami bagi golongan

mereka yang terdedah kepada penggunaan teknolgi berbanding mereka yang sebaliknya. Oleh yang

sedemikian, penerbit menasihati supaya mereka tersebut membuat rujukan tambahan.

Akhir kalam, penerbit memberi keizinan untuk menyebarluaskan E-Book ini agar lebih ramai beroleh

manfaat darinya kecuali untuk tujuan komersial ia adalah dilarang sama sekali. Semoga Allah

merahmati kita semua dan makbulkan hajat kita menjadi TetamuNya. Ameen.

Labbaik Allahumma Labbaik ! Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu !

Ibnu Arabi

Penerbit

12 Dec 2016, 12 Rabiulawal 1438H

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 3: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

PENGENALAN UMRAH DIY

☆☆☆

…….ada yang nak murah, hotel dekat, ada yang nak “free and easy”

……dan ada juga yang bajet tiada had asalkan tidak terikat

Jadi Umrah DIY (Do It Yourself) mungkin sesuai untuk jemaah seperti ini. Umrah DIY ialah perjalanan

Umrah yang diuruskan oleh jemaah sendiri ke tanah suci dari awal hinggalah akhir. Keistimewaan Umrah

DIY ialah jemaah boleh merancang bajet jemaah dan tidak terikat dengan jadual perjalanan pihak lain.

Walaupun Umrah DIY, jemaah masih tertakluk kepada peraturan Arab Saudi dimana jemaah perlu

mempunyai tiket penerbangan, hotel dan pengangkutan dahulu sebelum membuat permohonan visa

daripada Travel Agensi (TA) tempatan. Jemaah tidak boleh lari dari memenuhi peraturan tersebut

kerana perjalanan Umrah tidak sama dengan perjalanan ke tempat lain.

Kos Umrah DIY bergantung kepada 2 faktor pemberat utama iaitu tiket penerbangan dan hotel. Jika

jemaah dapat peroleh tiket penerbangan dan hotel pada harga yang murah, kos keseluruhan akan

menjadi murah. Rekod Umrah DIY paling murah setakat ini ialah RM 2450 seorang ALL IN kerana jemaah

tersebut peroleh tiket promosi MAS berharga RM 400 pergi balik dan berada disana selama 8 hari 7

malam. Sebagai panduan, kos purata mengerjakan Umrah DIY ialah sekitar RM 3000 - RM 3500 seorang

ALL IN selama 12 hari 10 malam.

Umrah DIY tidak disyorkan bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci dan warga emas. Kami galakkan

jemaah tersebut mengambil pakej Umrah 100% dari TA sahaja. Jika ingin Umrah DIY juga, kami amat

syorkan jemaah mengambil khidmat mutawwif sebagai pembimbing ibadah disana.

Syor kami bagi yang ingin Umrah DIY :

1. Kental fizikal dan mental

2. Saiz jemaah tidak lebih dari 8 orang

3. Bukan Umrah kali pertama

4. Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi

5. Patuh peraturan Arab Saudi

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 4: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

ISI KANDUNGAN

☆☆☆

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 5: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

1

BAB 1 – CARTA ALIRAN PENGURUSAN UMRAH DIY

☆☆☆

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 6: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

2

BAB 2 - PENETAPAN KOS DAN PEMILIHAN TARIKH

☆☆☆

Secara purata kos Umrah DIY adalah sekitar RM 3000 hingga RM 3500 seorang. Pertama sekali jemaah

harus menetapkan kos siling untuk Umrah DIY mereka sendiri. Jadi setiap tempahan yang ingin dibuat

haruslah tidak melebihi dari kos siling yang ditetapkan. Sekiranya bajet terhad, jemaah disyorkan pergi

pada low season kerana peak season kebiasaannya kos lebih besar diperlukan.

Umrah DIY sinonim dengan penjimatan. Lagi sekali, bagi pemilihan tarikh jemaah dinasihatkan elak

memilih tarikh pada waktu peak season kerana kebiasaanya akan berlaku kesesakan jemaah yang ramai.

Kadar visa, hotel dan tiket penerbangan lebih mahal dari waktu low season.

Paling penting, pastikan tarikh yang dipilih itu visa Umrah dapat dikeluarkan kerana visa Umrah

bukanlah boleh didapati sepanjang masa. Pada musim haji, visa Umrah tidak dikeluarkan sehingga

dibuka semula kebiasaanya pada 1 Safar tahun hijrah berikutnya. Jadi jangan mudah tertarik dengan

tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan. Sentiasa semak status visa umrah untuk tarikh itu.

Contoh Peak Season :

- Cuti sekolah di Saudi ( hujung Januari / awal Februari )

- Bulan Ramadhan

- Musim sejuk ( Disember )

- Cuti sekolah Malaysia ( pertengahan Mac / hujung Mei / awal Jun )

* diatas adalah contoh secara umum dan boleh berubah-ubah. Jemaah dinasihatkan membuat

semakan lebih lanjut sebagai contoh tarikh cuti sekolah secara lebih spesifik

TIPS : Kebiasaanya visa umrah dibuka semula pada 1 safar, tapi bukan suatu kemestian. Sebagai

langkah berjaga-jaga, elak membeli tiket awal bulan safar. Disyorkan penghujung safar kerana

kebiasaanya sistem permohonan visa sedang ‘warming up, dikhuatiri berlaku sebarang masalah.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 7: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

3

BAB 3 - TIKET PENERBANGAN

☆☆☆

Tiket penerbangan biasanya ditempah 7 – 8 bulan lebih awal dari tarikh cadangan. Harga panduan untuk

membeli tiket penerbangan adalah antara harga RM2000 – RM2500 (harga siling). Sekiranya jemaah

mendapati ada tawaran harga kurang dari RM 1800 jangan lepaskan peluang untuk terus beli dengan

syarat buat semakan status visa umrah dahulu samada boleh didapati atau tidak pada tarikh itu.

Tiket penerbangan boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya :

1. Website airlines, seperti :

www.airasia.com

www.malaysiaairlines.com

www.saudiairlines.com

2. Website third party, seperti :

www.skyscanner.com

www.traveloka.com

www.wego.com

www.kayak.com

Tips : Untuk mendapat tiket murah, jemaah harus kreatif dan rajin mencari dengan pelbagai cara. Tiada

ketetapan cara A dijamin murah cara B dijamin mahal. Sehingga waktu membuat bayaran sekalipun

harus bijak memilih kaedah bayaran yang lebih jimat. Sebagai contoh ialah Air Asia. Kadangkala

tempahan tiket menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party atau website airline itu

sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 8: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

4

BAB 4 – PINTU MASUK DAN KELUAR

☆☆☆

Jemaah ada 2 pilihan samada memilih penerbangan terus ke Madinah atau turun di Jeddah. Kebiasaanya

penerbangan terus ke Madinah harganya lebih mahal berbanding turun di Jeddah. Namun pada waktu

tertentu terdapat juga promosi daripada pihak airlines bagi penerbangan terus ke Madinah.

Untuk Umrah DIY kami mengesyorkan agar jemaah memasuki Madinah terlebih dahulu selepas

mendarat di Jeddah supaya perjalanan lebih selesa terutamanya jika membawa anak-anak yang masih

kecil atau orang tua yang uzur. Sekiranya jemaah memilih untuk memasuki ke Mekkah dahulu, jemaah

perlu memakai ihram sebelum berlepas dari Malaysia.

Pilihan cara masuk dan keluar dari Arab Saudi untuk visa umrah :

1. Kuala Lumpur (KUL) – Jeddah (JED) – Kuala Lumpur (KUL)

2. Kuala Lumpur (KUL)– Jeddah (JED), Madinah (MED) – Kuala Lumpur (KUL)

3. Kuala Lumpur (KUL)- Madinah (MED)– Kuala Lumpur (KUL)

4. Kuala Lumour (KUL)– Madinah (MED), Jeddah (JED) – Kuala Lumpur (KUL)

Airport Code : Ialah kod IATA, singkatan nama airport seluruh dunia

Kuala Lumpur : KUL

Jeddah : JED

Madinah : MED

Kota Bharu : KBR

Alor Setar : AOR

Airport Jeddah

Terdapat 3 terminal di Airport Jeddah iaitu :

1. Terminal Utara : Dikenali juga sebagai terminal antarabangsa bagi semua international airlines

2. Terminal Selatan : Khusus untuk Saudi Airlines bagi penerbangan antarabangsa dan domestik

3. Terminal Haji : Khusus untuk musim haji. Kebiasaanya jemaah umrah juga diturunkan disini

TIPS : Penerbangan terus ke Madinah dan pulang dari Airport Jeddah (vice versa) dapat menjimatkan

kos transfer kerana hanya 2x transfer berbanding tiba dan balik dari Airport Jeddah iaitu 3x transfer.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 9: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

5

BAB 5 - TEMPAHAN HOTEL

☆☆☆

Harga hotel bergantung kepada jarak dan taraf bintang. Semakin dekat dan tinggi taraf bintangnya harga

akan lebih mahal, begitu juga sebaliknya. Hotel boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya :

1. Website hotel

2. Website third party, antaranya :

a. www.booking.com

b. www.agoda.com

c. www.expedia.com.my

Terdapat 3 pilihan bayaran tempahan melalui website third party :

a. Pay Now

b. Pay Later ( Free Cancellation )

c. Pay Directly To Property ( bayar semasa check in )

Jemaah disyorkan untuk menempah hotel yang ada pilihan “Free Cancellation & Pay Later”. Pilihan ini

dapat memberi ruang kepada jemaah sekiranya ingin membatalkan tempahan kemudian hari jika ada

sebarang masalah atau mendapat tawaran hotel yang lebih menarik. Semak juga dateline bayaran.

Jemaah diingatkan tidak berulang kali buy and cancel kerana dibimbangi akaun jemaah di agoda.com

(contoh) akan disenarai hitam dan semua tempahan sebelum ini akan dibatalkan.

Hotel paling hampir dengan masjid

Makkah : Hotel yang berada dalam Menara Jam

Pullman Zam Zam, Raffles Makkah Palace, Al Marwah Reyhaan Rotana, Royal Clock Tower

Fairmont, Movenpick Hotel, Retaj Al Bayt, Swissotel , Safwah Royal Orchid

Madinah : Hotel yang paling hampir dengan gate 25, pintu wanita

Hotel Dar Al Taqwa, Hotel Al Jemaahlus Suites, Al Ansar Golden Hotel, Al Fayroz Shatta Hotel,

Dallah Taibah Hotel

TIPS : Kadangkala tempahan hotel melalui website third party menggunakan mobile apps lebih murah

dari website third party itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 10: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

6

Antara hotel di Madinah beserta lokasi

Antara hotel di Mekah beserta lokasi

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 11: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

7

BAB 6 - PENGANGKUTAN

☆☆☆

Jemaah digalakkan untuk mengambil bersama servis pengangkutan dari TA pengeluar visa bagi

memudahkan perjalanan jemaah. Servis ini ada 2 pilihan samada “transfer” sahaja atau “all in”

Harga bergantung kepada jenis kereta dan kapasiti kenderaan yang diambil. Adakalanya “transfer” lebih

jimat berbanding “all in”. Jika ambil transfer sahaja, untuk ziarah boleh guna servis kereta sewa atau

teksi sekitar hotel penginapan.

Transfer : tidak termasuk ziarah

Airport - Madinah - Makkah - Airport

All in : termasuk ziarah

Airport - Madinah - Ziarah Madinah - Makkah - Ziarah Makkah - Airport

Kos rujukan Transfer dan All In

Transfer : SAR 1600 – SAR 1700 (GMC, 8 seaters), SAR 2100 – SAR 2200 (Hiace, 15 seaters)

All in : SAR 2000 – SAR 2100 (GMC, 8 seaters), SAR 2500 – SAR 2600 (Hiace, 15 seaters)

Kos rujukan lain ( teksi / kereta sewa )

Madinah Airport - Madinah Hotel : SAR 50 - SAR 70 (kereta, 4 seaters)

Jeddah Terminal Hajj - South Terminal : SAR 150 – SAR 200 (kereta, 4 seaters)

Jeddah Airport – Makkah : SAR 200 – SAR 250 (kereta, 4 seaters)

Makkah – Madinah : SAR 400 – SAR 500 (kereta, 4 seaters)

Madinah – Makkah : SAR 600 (gmc, 8 seaters)

Makkah - Jeddah Airport : SAR 300 (gmc, 8 seaters)

Makkah - Tanaim - Makkah : SAR 50 (kereta, 4 seaters)

* Kos diatas adalah contoh beberapa jenis kenderaan sahaja. Untuk yang lain sila rujuk TA visa jemaah.

Harga boleh berubah mengikut keadaan semasa.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 12: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

8

BAB 7 - VAKSIN, PASSPORT, PERMOHONAN VISA

☆☆☆

Vaksin

- Suntikan dan buku diperlukan untuk permohonan visa

- Nama vaksin : Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)

- Harga sekitar RM130 - RM150 untuk tempoh 2 tahun

- Anak bawah 2 tahun tidak perlu

Passport

- Pass perjalanan ke luar negara bagi mengantikan kad pengenalan

- RM200 (5 tahun, dewasa)

- RM100 (5 tahun, kanak-kanak)

Permohonan visa dengan Travel Agensi

Visa seeloknya dipohon sebulan sebelum dari tarikh berlepas atau paling lewat 2 minggu sebelum

berlepas. Setelah peroleh visa, jemaah perlu berlepas dalam masa 14 hari dari tarikh visa dikeluarkan.

Setelah tiba di Tanah Suci, jemaah dibenarkan pula tinggal maksimum 30 hari dari tarikh ketibaan.

Namun begitu dikhabarkan pada bulan ramadhan jemaah dihadkan tinggal maksimum 15 hari sahaja

untuk mengelak jemaah overstay sehingga musim haji. Apapun jemaah dinasihatkan sahkan dari TA

dahulu sebelum membeli tiket penerbangan mengenai bilangan hari maksimum.

Visa umrah tidak seperti visa ke negara lain yang boleh dipohon terus di kedutaan. Visa umrah hanya

boleh dipohon melalui TA tempatan yang ada MOU dengan Muassasah (TA) Arab Saudi sahaja. Akan

tetapi, tidak semua TA tempatan yang boleh proses visa umrah ini menerima permohonan bagi jemaah

Umrah DIY. Hanya sebilangan kecil sahaja itupun jemaah perlu hubungi satu persatu diantara mereka.

Untuk permohonan visa umrah hubungi Hamdan Hussin 017-3008021 / 010-3059185 ( call/whatsapp )

Harga visa standard : bergantung kepada bilangan jemaah

RM 350 (normal season)

RM 450 (Ramadhan)

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 13: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

9

Dokumen wajib permohonan visa

Dokumen berikut wajib dihantar pada TA untuk permohonan visa :

1. Gambar visa (latar belakang putih), 4keping

2. Buku suntikan vaksin

3. Passport original

4. Tiket penerbangan

5. Tempahan hotel

6. Dokumen tambahan (jika berkaitan sahaja)

Senarai dokumen tambahan perlu disediakan, jika berkaitan sahaja :

A) Pergi Bersama Mahram

1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.

(Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)

2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

3. Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki

tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua)

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

B) Mahram Bersama Bapa Tiri (Belum Berkahwin)

1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung

(Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)

2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

3. Salinan Sijil lahir anak tiri

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah

(Cop Pengesahan Wisma Putra)

5. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia,

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 14: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

10

C) Mahram Bersama Bapa Tiri (Sudah Berkahwin)

1. Letter of Consent daripada suami

(Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)

2. Salinan sijil nikah

(Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)

3. Salinan kad pengenalan suami

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

4. Salinan sijil lahir anak tiri

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

5. Surat hak jagaan dari mahkamah syariah

(Cop Pengesahan Wisma Putra)

6. Salinan Sijil Mati jika suami tiada/meninggal dunia,

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

D) Mahram Bersama Bapa Saudara (Sebelah Bapa)

1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung

(Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)

2. Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

E) i) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama bapa angkat)

1. Salinan surat pengambilan anak angkat

(Cop Pengesahan Wisma Putra)

2. Salinan surat lahir anak angkat

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

ii) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama orang lain)

1. Salinan surat pengambilan anak angkat

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 15: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

11

2. Salinan surat lahir anak angkat

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

3. Salinan surat perintah mahkamah

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

F) Mahram Bersama Datuk Sebelah Bapa

1. Salinan sijil lahir cucu

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

2. Salinan sijil lahir bapa kandung

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

3. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung

(Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)

4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

G) Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/adik beradik lelaki kandung

1. Salinan kad/surat memeluk agama islam

(Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)

2. Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.

(Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

H) Warganegara Asing

1. Pemastautin Tetap (Permanent Residence) - kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan.

(Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

2. Visa Pekerja/Employment Pass - surat pengesahan majikan

(Cop Pengesahan Notary Public & Wisma Putra)

3. Visa Pelajar/Student Visa - surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah

(Cop Pengesahan Wisma Putra)

4. Visa Keluarga/Sosial Visa - salinan sijil nikah/sijil lahir

(Cop Pengesahan Wisma Putra)

5. Pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta. Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 16: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

12

BAB 8 – KURSUS UMRAH

☆☆☆

Jemaah Umrah DIY amatlah digalakkan untuk menghadiri kursus umrah sebelum berlepas. Ibadah kita

akan lebih bernilai dan terasa sekiranya dilakukan dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Suatu

kerugian jika kita hanya menjadi ikut-ikutan sahaja sepanjang berada disana.

Gambar dibawah adalah ilustrasi ringkas BAB SUNAT, WAJIB & RUKUN UMRAH. Boleh rujuk TA

berdekatan untuk menghadiri kursus umrah percuma yang mereka anjurkan.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 17: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

13

BAB 9 - MUTAWWIF

☆☆☆

Kami amat mengalakkan jemaah mengambil khidmat mutawwif terutamanya bagi mereka yang pertama

kali ke tanah suci sebagai pembimbing ibadah dan ziarah sewaktu di sana. Sekiranya sudah acap kali ke

tanah suci, tiada masalah untuk tidak menggunakan khidmat tersebut.

Kadar bayaran mutawif per umrah / ziarah sebagai rujukan :

Mutawif Umrah : SAR 250 / group

Mutawif Ziarah Makkah (Manasik) : SAR 200 / group

Mutawif Ziarah Makkah (Hudaibiyah) : SAR 250 / group

Mutawif Ziarah Madinah : SAR 200 / group

Manakala Ziarah ke Taif biasanya dicaj SAR 180 – SAR 200 seorang. Harga termasuk pengangkutan,

mutawwif, makanan dan permit. Harga bergantung kepada saiz kumpulan.

BAB 10 - BAHASA

☆☆☆

Boleh berbahasa arab merupakan 1 kelebihan buat jemaah. Namun begitu bagi jemaah yang tidak boleh

berbahasa arab usahlah risau. Kami cadangkan anda membuatkan semua tempahan lebih awal untuk

mengurangkan komunikasi semasa disana. Jemaah juga digalakkan untuk belajar serba sedikit perbualan

asas harian dalam bahasa arab.

Kemajuan teknologi kini dapat membantu jemaah yang tidak boleh berbahasa arab, berikut ialah

beberapa contoh applikasi yang boleh membantu jemaah :

1. Google Translate, layari website https://translate.google.com/

2. Applikasi Mobile, sebagai contoh “Almaany.com Arabic Dictionary”, download di playstore

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.almaany.arar

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 18: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

14

BAB 11 - INSURAN PERJALANAN

☆☆☆

Insuran ini adalah satu keperluan jika ke luar negara. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin yang

memakan kos yang tinggi, disini pentingnya insuran untuk membiayai kos tersebut. Contoh :

Plan Konvensional : A*A, A*G - Haram

Plan Takaful : Ikhlas Kembara (Takaful Ikhlas), World Traveler Care (Etiqa Takaful)- Patuh syariah

Coverage dari World Traveler Care ( Etiqa Takaful ) – Recommended

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 19: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

15

BAB 12 - MAKAN MINUM

☆☆☆

Ada 3 pilihan :

1. Beli di kios atau restoran

Madinah

Terdapat 1 medan selera dibelakang Hotel Dar Al Taqwa, lokasi terletak pintu belakang Masjid Nabawi.

Disini terdapat banyak pilihan makanan. Harga serendah SAR 15, 1 bahagian makanan boleh dimakan

untuk 2 orang. Sekiranya jemaah ingin mencuba nasi unta dan sebagainya, jemaah perlu menaiki kereta

sewa keluar dari kawasan hotel. Boleh rujuk mutawwif untuk maklumat lanjut.

Makkah

Terdapat banyak kios makanan dibawah Hotel Hilton. Harga serendah dari SAR 10, boleh dimakan untuk

2 orang. Selain itu terdapat banyak restoran di tingkat 1 dalam Safwah Tower. Disitu juga terletaknya

restoran Malaysia yang terkenal iaitu Felda D’saji dan restoran lain. Harga makanan disini agak mahal

berbanding di bawah Hotel Hilton, tetapi rasanya lebih menyelerakan.

2. Tumpang Jemaah TA

Sekiranya kita menginap di hotel yang terdapat juga jemaah dari Travel Agensi Malaysia atau dari

tempat lain, boleh cuba hampiri ketua jemaah mereka untuk menumpang pakej makan sahaja bersama

mereka jika diizinkan. Biasanya kos makan pakej dibayar SAR 30 sehari untuk 3x makan sehari

3. Masak Sendiri

Bagi mereka yang bercadang untuk memasak sendiri, pastikan hotel jemaah menginap membenarkan

kita memasak. Sesetengah hotel tidak benarkan membawa masuk rice cooker seperti Hotel Hilton.

Barang memasak pula boleh beli di BinDawood atau boleh dibawa dari Malaysia

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 20: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

16

BAB 13 – TUKARAN WANG

☆☆☆

Ada 4 pilihan :

1. Tukar di Malaysia

Jangan tukar di Airport kerana kadar tukaran sangat tinggi, atau kita perlu membayar lebih. Untuk

rujukan harga boleh lawati website money changer dibawah kerana ia sering menjadi rujukan oleh

sebab harga tawaran lebih menarik berbanding tempat lain.

www.moneymaster.com.my ( Mid Valley, Kuala Lumpur )

www.vitalrate.com ( Pavillion, Kuala Lumpur )

2. Tukar di Makkah/Madinah

Dahulunya kadar tukaran di Tanah Suci biasanya lebih menguntungkan berbanding tukaran di Malaysia.

Jika jemaah bercadang hendak tukar di sana seeloknya tukar dahulu dalam kuantiti tertentu di Malaysia

selebihnya tukar di sana. Jemaah juga dinasihati agar sentiasa semak kadar tukaran semasa.

3. Tukar sesama rakan

Jemaah boleh tukar wang dari rakan yang baru pulang dari Tanah Suci.

4. Online Money Changer (MC)

Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC ini pilihan yang tepat untuk jemaah. Bagi mereka yang luar

Lembah Klang mungkin ini kadar lebih baik dari MC ditempat jemaah. Setakat ini ada 2 pilihan :

CIMB Traveller :

https://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/travelCurrency

Travellex :

http://www.travelex.com.my

Semudah 3 langkah : Beli online >> Bayar online >> Collect di airport sebelum berlepas

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 21: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

17

BAB 14 - SIMKAD

☆☆☆

Simkad adalah keperluan untuk memudahkan perhubungan terutama dengan kereta sewa, mutawwif

dan sebagainya. Pilihan simkad yang ada ialah jenama Mobily 9 ( recommended ), STC dan KAA.

Cara daftar prepaid Mobily di Madinah

1. Bawa telefon, passport atau salinan passport yang ada cop visa ke kios Mobily

2. Pilih prepaid samada data internet sahaja, call sahaja atau kedua-dua sekali

3. Staf Mobily akan proses, bayar, staff akan setting telefon sehingga boleh digunakan.

Harga prepaid data sahaja : SAR 55 (2GB)

Harga prepaid data bersama plan call : SAR 95 (2GB, kredit SAR30)

Cara top up prepaid internet Mobily

Beli kad reload data internet di kios Mobily. Harga SAR 120 untuk 10GB.

Taip V <no. visa umrah> <no reload yang telah digores> Hantar SMS ke 1100

BAB 15 - ATM

☆☆☆

Pengaktifkan pengeluaran antarabangsa boleh dilakukan di mesin ATM, Online atau telefon ke pihak

bank. Sebagai contoh, pemegang kad Maybank boleh aktifkan pengeluaran antarabangsa di mesin ATM

sebelum bertolak, secara online sepanjang masa atau panggilan telefon ke Maybank di Malaysia

walaupun setelah berada di Tanah Suci. Sekiranya jemaah tidak bercadang untuk withdraw duit, tetapi

kami galakkan juga aktifkan sebelum bertolak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 22: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

18

BAB 16 – CONTOH KOS BELANJA KESELURUHAN

☆☆☆

Dilampirkan kos belanja keseluruhan Umrah DIY kami untuk seorang sebagai panduan :

Tarikh Umrah DIY : 4 – 14 Januari 2016 ( 11 hari 10 malam )

Bilangan jemaah : 8 dewasa, 2 bayi

Penerbangan : Air Asia X, RM 1644 / seorang, pergi balik

Add on : Bagasi 25kg pulang sahaja, 3x makan

Penginapan : RM 611 / seorang ( 10 malam )

Madinah : Hotel Mirage Taiba, 3*

SAR 250 / semalam / sebilik , bilik berempat, 500m dari Masjid Nabawi

Makkah : Hotel Ajyad Alqamar, hotel budget

SAR 200 / semalam / sebilik, bilik berempat, 400m dari Masjidil Haram

Pengangkutan : RM 356 / seorang

SAR 2500, Toyota Hiace 15 seaters , All in ( transfer beserta ziarah)

Makan minum : RM 194

Visa : RM 350

Jumlah keseluruhan : RM 3155 / seorang

* Jumlah kos keseluruhan selepas ditukar mengikut rate ketika itu

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 23: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

19

ISTIMEWA : CERITA DONGENG RAKYAT

☆☆☆

Kebanyakkan penulis buku atau E-Book Umrah DIY jarang menyentuh tentang perkara ini. Ia berkaitan

dengan cerita-cerita yang tiada kebenaranya.

1. Jemaah tidak boleh keluar dari airport jika Umrah secara DIY

Kami seringkali menerima pertanyaan yang sama dari orang sekeliling jika diajak mengerjakan umrah

secara DIY. Soalan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah “ dengar kata tak boleh keluar airport

kalau pergi tanpa TA, betul ke ?”. Jawapannya ialah tidak benar. Setakat berada dalam komuniti Umrah

DIY belum pernah dengar lagi jemaah Umrah DIY dihantar pulang kerana mengerjakan Umrah secara

DIY. Sekiranya jemaah masuk dengan cara yang betul, dokumen yang dilampirkan semasa permohonan

visa umrah benar dan tidak pernah melanggar undang-undang Arab Saudi Insyaallah tiada masalah.

2. Jemaah beserta passport ditahan ketika keluar dari airport

Situasi yang sebenar ialah bukanlah jemaah dan passport ditahan. Ini merupakan proses biasa dari

petugas Muassasah (TA) yang menunggu dipintu ketibaan untuk merekod ketibaan, mengesahkan

identiti melalui semakan passport, visa, serta maklumat lain yang mereka perolehi melalui lampiran

dokumen sewaktu permohonan visa iaitu tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain-lain. Selepas

proses ini selesai, passport dikembalikan dan jemaah boleh beredar. Jemaah disyorkan membuat salinan

muka depan passport dan visa untuk diberikan kepada petugas untuk kelancaran proses ini jika perlu.

3. Keperluan melapor diri kepada Petugas Muassasah

Nama muassasah terdapat di belakang passport. Lanjutan dari nombor 2, seusai keluar dari airport

sememangnya jemaah tidak mengenali muassasah. Cuma sebutkan sahaja nama muassasah kepada

mereka. Jika mereka petugas muassasah lain, mereka akan panggil petugas muassasah jemaah. Jika

tiada siapa menunggu dipintu ketibaan, jemaah perlu bertanya orang sekitar. Untuk makluman jemaah,

petugas muassasah sentiasa berada di airport untuk menunggu dan merekod kemasukkan jemaah dari

seluruh dunia. Melapor ketibaan kepada petugas muassasah amat penting sekiranya apa-apa musibah

berlaku seperti kematian, proses akan menjadi lancar. Jika tidak melaporkan ketibaan, muassasah akan

anggap jemaah tidak datang. Keadaan akan menjadi lebih rumit jika perkara yang tidak diingini berlaku.

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 24: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

20

PENUTUP

☆☆☆

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi membaca “Nota Umrah DIY” ini. Sekalung

penghargaan diucapkan kepada semua jemaah-jemaah Umrah DIY terdahulu atas segala perkongisian

ilmu dan pengalaman yang berjaya dikumpulkan ini. Sebarang pertanyaan berkenaan Umrah DIY dan

berkaitan denganya, boleh hubungi kami seperti dibawah. Jika pembaca ingin menyertai Komuniti

Channel dan Group Telegram “Nota Umrah DIY” boleh hubungi kami untuk dimasukkan ke komuniti

tersebut. Akhir kalam, jutaan kemaafan dipinta jika kandungan E-Book ini ada sebarang kekurangan dan

kesilapan. Tiada yang lebih sempurna melainkanNya. Teguran dan cadangan adalah amat dialu-alukan.

Penerbit : Ibnu Arabi

Email : [email protected]

Website : www.umrahdiy.com.my

FB Group : Komuniti Umrah DIY

FB Page : Nota Umrah DIY – Malaysia Backpacker

https://www.facebook.com/NotaUmrahDIY/

Telegram : Channel Nota : telegram.me/notaumrahdiy

Group Q&A : telegram.me/komunitiumrahdiy

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi

Page 25: eBook Umrah DIY

NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

21

PENAFIAN

☆☆☆

Segala kandungan didalam E-Book ini adalah rangkuman perkongsian ilmu dan pengalaman dari jemaah-

jemaah Umrah DIY terdahulu. Jemaah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada pihak yang lebih

berautoriti dan membuat semakan lebih lanjut sebelum membuat sebarang transaksi keewangan. Pihak

kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerugian akibat penerbitan E-Book ini.

- TAMAT -

www.umrahdiy.com.my

Nota Umrah DIY ibnu arabi