ebook puasa

8
Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah 1 | Page Puasa wajib lain : 1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau berjaya dalam peperiksaan 2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut). Sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah. PUASA Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama. Dalil al-Quran... Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183) Dan FirmanNya lagi : Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan al- Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa. (Surah al-Baqarah: 185) Dalil al-Hadis Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ijmak Umat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. “Puasa Ramadan mula diwajibkan pada hari Isnin dua haribulan Syaaban tahun kedua Hijrah.” Dari Segi Bahasa Bererti menahan diri daripada sesuatu Dari Segi Syarak Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT. Makna Puasa

Upload: syed-arash

Post on 18-Dec-2014

1.803 views

Category:

Education


13 download

DESCRIPTION

Mengenai puasa, ramadhan, sunat harus makruh dan membatalkan puasa. puasa sunat dan puasa qada atau ganti

TRANSCRIPT

Page 1: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

1 | P a g e

Puasa wajib lain :

1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah

puasa nazar (puasa yang diniatkan

untuk dilakukan kerana terkabulnya

sesuatu hajat seperti menang dalam

perbicaraan atau berjaya dalam

peperiksaan

2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata

membayar denda kerana melanggar

syarat-syarat berpuasa seperti

bersetubuh dengan isteri pada waktu

siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di

sini ialah berpuasa selama 60 hari

berturut-turut). Sebenarnya dalam

bahasa Arab disebut kaffarah.

PUASA

Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib

(fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan

ijmak ulama.

Dalil al-Quran...

Maksudnya : Wahai orang yang beriman,

diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah

diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga

kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Dan FirmanNya lagi :

Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan al-

Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan

penjelasan daripada hidayah serta pembeza

antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang

melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa.

(Surah al-Baqarah: 185)

Dalil al-Hadis

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Diasaskan Islam atas lima dasar,

iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah

dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah,

mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa

pada bulan Ramadan.” Hadis Riwayat al-Bukhari

dan Muslim.

Ijmak

Umat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata

atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia

merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan

telah termaklum kewajipannya dalam agama.

Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan

terkeluar daripada Islam.

“Puasa Ramadan mula

diwajibkan pada hari Isnin

dua haribulan Syaaban

tahun kedua Hijrah.”

Dari Segi Bahasa – Bererti menahan diri

daripada sesuatu

Dari Segi Syarak – Menahan diri daripada

perkara-perkara yang membatalkan puasa

dari terbit fajar hingga terbenam matahari,

dimulakan dengan niat berpuasa, kerana

mengharapkan keredaan Allah SWT.

Makna Puasa

Page 2: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

2 | P a g e

HIKMAH BERPUASA DAN

KELEBIHAN RAMADAN

Ketibaan Ramadan, umat Islam di

seluruh pelusuk dunia serentak

mengerjakan puasa dalam satu masa

tertentu. Kesatuan hati dan niat

tulus ikhlas ini dilakukan semata-

mata untuk mengabdikan diri

terhadap Allah SWT.

Dengan diwajibkan berpuasa, semua

golongan Islam, kaya dan miskin,

berada dan tidak berada, terpaksa

menempuh ujian yang sama. Dengan

berpuasa menimbulkan keinsafan

dan perasaan bertimbang rasa serta

kasih-mengasihi sesama umat Islam.

Amalan berpuasa melahirkan jiwa

insan yang selalu taat kepada Allah,

justeru itu akan lahir pula

ketenangan jiwa dan ketakwaan.

Dari segi kesihatan, perut yang

melalui proses berpuasa dapat

dibersihkan, sekali gus beberapa

penyakit yang terdapat di dalam

tubuh badan manusia dapat diatasi.

Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW

sebagai separuh daripada kesabaran.

Orang yang berpuasa lebih disayangi

Allah, selamat daripada api neraka

dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

Kedatangan Ramadan ada

keistimewaannya kerana dianjurkan

ibadah solat Tarawih, di samping itu

diwajibkan juga zakat fitrah (badan)

ke atas golongan yang mampu

sebagai satu kewajipan membantu

insan Muslim yang lain, khususnya

mereka yang daif.

Diriwayatkan sebuah hadis daripada

Nabi SAW yang Maksudnya :

“Sesiapa berpuasa Ramadan dengan

penuh keimanan, mengharap

balasan daripada Allah diampunkan

dosa-dosanya yang lalu.”

Ketibaan Ramadan menandakan

terbukanya pintu-pintu syurga,

ditutup pintu-pintu neraka dan

dirantaikan syaitan.

Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan)

merupakan saat penting al-Quran

diturunkan dari langit ke dunia untuk

menjadi pedoman manusia hingga

ke akhir zaman.

Terdapatkan Lailatul Qadar iaitu satu

malam yang padanya terdapat saat

penuh keberkatan menyamai 1000

bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran

pahalanya daripada Allah SWT.

1

2

7

6

5

8

9

4

3

1

10

11

Page 3: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

3 | P a g e

Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di

dalam hati pada setia malam. Tempohnya

bermula sesudah tenggelam matahari

sehinggalah terbit fajar.

“Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam

menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini

kerana Allah Taala.”

Perkara-perkara yang

Membatalkan Puasa

Makan atau minum dengan sengaja

meskipun sedikit (jika terlupa tidak

membatalkan puasa tetapi wajib berhenti

sewaktu menyedari bahawa diri sedang

berpuasa).

Memasukkan dengan sengaja sesuatu

benda ke dalam rongga yang terbuka.

Muntah dengan sengaja.

Keluar haid dan nifas.

Gila.

Murtad.

Mengeluarkan mani dengan sengaja.

Bersetubuh (melakukan hubungan

kelamin pada siang hari bulan Ramadan).

Islam – Puasa tidak diwajibkan

kepada yang bukan Islam

Baligh – Tidak diwajibkan berpuasa

kepada mereka yang belum baligh

atau belum cukup umur. Namun

digalakkan latihan berpuasa kepada

kanak-kanak.

Berakal – Orang gila tidak diwajibkan

berpuasa.

Sihat – Orang yang sakit / uzur yang

akan bertambah sakit jika berdaya

berpuasa atau orang yang terlalu tua

tidak diwajibkan berpuasa tapi

diwajibkan fidyah.

Bermukim – Musafir tidak wajib

berpuasa tetapi wajib mengqada

(menggantikan) puasa selepas bulan

Ramadan.

Suci – Suci daripada haid dan nifas

bagi wanita

SYARAT WAJIB PUASA

1

2

3

4

5

6

Islam. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak). Suci daripada haid dan nifas. Apabila nyata masuknya bulan Ramadan

SYARAT SAH PUASA

2

1

3

4

RUKUN-RUKUN PUASA

Orang yang berpuasa.

Berniat.

Menahan diri daripada perkara-perkara

yang membatalkan puasa mulai terbit

fajar hingga terbenam matahari.

Page 4: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

4 | P a g e

Perkara-perkara Sunat Ketika

Berpuasa

Menyegerakan berbuka puasa.

Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.

Membaca doa sekurang-kurangnya:

“Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.”

Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.

Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.

Menjauhkan percakapan yang sia-sia

dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.

Mandi junub lebih awal, sebelum

masuknya waktu Subuh.

Tingkatan Puasa

Imam al-Ghazali membahagikan puasa

kepada tiga tingkat:

3 TINGKAT PUASA

PUASA UMUM

Puasa yang kebanyakan umat Islam yang

sekadar mampu menghindarkan perut

daripada makan, minum dan menahan

keinginan berjimak.

PUASA ISTIMEWA

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat

memelihara mata, telinga, lidah, tangan

dan kaki daripada melakukan dosa selain

menahan diri daripada perkara-perkara

di atas.

PUASA PALING ISTIMEWA

(Puasa Khusus al-Khusus) Merangkumi

puasa umum dan puasa istimewa.

Disempurnakan pula dengan hati

daripada semua keinginan lahir dan

batin. Inilah puasa tertinggi

kedudukannya di sisi Allah SWT dan

merupakan amalan puasa para rasul,

nabi, para sahabat, para wali dan

golongan ahli ibadah lain.

Makruh ketika Berpuasa

Perkara-perkara makruh dilakukan ketika

berpuasa ialah bersuntik, berbekam,

berkumur-kumur, memasukkan air ke

dalam rongga hidung secara berlebihan,

mandi yang berlebihan begitu juga merasa

makanan di hujung lidah.

Page 5: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

5 | P a g e

“Fidyah puasa ialah

amalan memberikan

sedekah kepada fakir

miskin dengan secupak

beras bagi sehari

berbuka puasa mengikut

syarat-syaratnya.”

QADA DAN FIDYAH PUASA

Hukum qada puasa atau menggantikan puasa

Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari

yang telah ditinggalkan.

Golongan yang Wajib Qada Puasa

Orang sakit yang ada harapan sembuh.

Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.

Orang yang kedatangan haid dan nifas.

Orang yang meninggalkan niat puasa.

Orang yang sengaja melakukan perkara-

perkara yang membatalkan puasa.

Orang yang pitam / mabuk sewaktu masuk bulan Ramadan.

Orang yang sangat lapar dan dahaga

yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan.

Orang yang hilang daya upaya

untuk berpuasa seperti sakit

perut dan sakit kepala yang

serius serta jenis-jenis penyakit

yang apabila berpuasa akan

menambahkan keuzuran.

Orang musafir dalam perjalanan

yang membolehkan qasar

(memendekkan rakaat) solat.

Orang yang terlalu tua dan amat

lemah untuk berpuasa.

Orang yang tersangat lapar dan

dahaga sehingga kalau

diteruskan akan mendatangkan

mudarat umpamanya ia bekerja

berat di tengah panas dan

sebagainya.

Perempuan hamil atau

perempuan menyusukan

anaknya yang apabila berpuasa

boleh memudaratkan diri sendiri

atau anak yang disusui itu.

1

2

3

4

5

Mereka yang dibenar

meninggalkan puasa

Page 6: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

6 | P a g e

Golongan yang dikenakan membayar

fidyah puasa antaranya termasuklah:

Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua (fidyahnya satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tidak diqada sehingga melampaui dua tahun maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan).

Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.

Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa.

Orang yang ada qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. (Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya).

Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadhan. Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan

Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut

perlu mengqada puasa berkenaan dan suami

wajib membayar kifarat (denda) seperti:

1) Memerdekakan seorang hamba

Mukmin lelaki atau perempuan,

(sekiranya tidak mampu).

2) Berpuasa dua bulan berturut-turut

tanpa terputus (kalau tidak berdaya).

3) Memberi makan kepada 60 orang

fakir / miskin.

Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan

kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau

dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

SOLAT TARAWIH DAN WITIR

Dalam pada itu, bagi mereka yang menyesali

kesilapan-kesilapan masa lalu termasuk

meninggalkan kewajipan solat, dianjurkan supaya

mengqada bilangan solat-solat yang ditinggalkan

itu sedaya upayanya.

Melaksanakan Solat Tarawih adalah

antara amalan-amalan yang begitu dituntut

(sunat muakkad) dalam bulan Ramadan. Ia boleh

dilakukan secara perseorangan mahupun

berjemaah di masjid dan surau.

Waktu Solat Terawih bermula selepas

fardhu Isyak sehingga sebelum terbit fajar.

Umumnya,umat islam di Malaysia mendirikan

solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.

Cara mengerjakannya adalah dengan dua

rakaat satu salam sehingga genap 20 rakaat.

Walau bagaimanapun ada juga yang

melaksanakannaya sebanyak 8 rakaat sahaja.

Niat Solat Tarawih

“Sengaja aku solat Tarawih dua rakaat (imam /

mengikut imam) kerana Allah Taala”

Rukun-rukun solat Terawih sama seperti solat

fardhu atau sunat yang lain. Lazimnya bacaan

surah-surah selepas al-Fatihah pada setiap rakaat

pertama bermula dari surah al-Takasur hingga

surah al-Lahab (dari malam 1 Ramadan hingga 15

1

2

3

4

5

Page 7: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

7 | P a g e

Ramadan). Pada setiap rakaat kedua pula dibaca

surah al-Ikhlas.

Manakala dari malam 16 hingga keakhirnya pada

tiap-tiap rakaat pertama (selepas al-Fatihah)

dibaca surah al-Qadr dan pada susunan rakaat

kedua (selepas al-Fatihah) pula dibaca surah al-

Takasur sehingga surah al -Lahab.

Namun ada juga imam yang hafaz al-Quran

mengamalkan bacaan 30 juzuk al-Quran dari awal

Ramadan hingga keakhirnya sewaktu

mengerjakan solat Tarawih.

Bagi mereka yang mengikut imam di surau dan

masjid,harus juga bersama-sama imam,bilal dan

makmum lain membaca wirid-wirid,zikir dan

selawat yang diselang-seli antara rakaat-rakaat

solat Terawih tadi.

Solat Sunat Witir

Dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat,sebaik-

baiknya tiga rakaat dua salam dan sebanyak-

banyaknya 11 rakaat dengan 6 salam.

Niat Solat Witir

“Sengaja aku solat sunat Witir dua rakaat / satu

rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan surah dalam rakaat pertama selepas al-

Fatihah ialah surah al-A’la pada rakaat kedua

surah al-Kafirun dan rakaat ketiga surah al-Ikhlas,

al-Falaq dan al-Nas.

Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13

Zulhijjah.

Hari Syak iaitu hari yang diragui antara

30 Syaaban atau sudah masuk 1

Ramadan.

2

1

3

4

PUASA HARAM

Puasa sunat enam hari (puasa enam)

pada bulan Syawal khususnya selepas

Aidilfitri (berturut-turut enam hari

adalah afdal).

Hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

Puasa hari Asyura (10 Muharam).

Puasa 9 Zulhijjah (sempena wuquf di

Arafah) bagi orang yang tidak

mengerjakan haji pada tahun itu.

Puasa hari 13, 14 dan 15 setiap bulan.

Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan.

Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban).

2

1

3

4

PUASA SUNAT

5

6

7

Page 8: Ebook puasa

Indahnya HIDUP Bersyariat Islam Itu Indah

8 | P a g e

Permasalahan Puasa

Adab-Adab Berpuasa

1) Menjauhkan diri daripada perkara-

perkara maksiat seperti mengumpat,

memfitnah, mengeji, mencela serta

mengeluarkan kata-kata kesat.

2) Mengelakkan dan menjauhkan diri

daripada melakukan perkara-perkara

yang boleh membatalkan puasa.

3) Menahan diri daripada mengikut

kehendak nafsu.

4) Bersederhana ketika berbuka dan makan

sahur atau dalam erti kata lain

mengambil makanan dalam kuantiti yang

sederhana.

5) Mengurangkan tidur terutamanya pada

waktu siang.

6) Hendaklah sentiasa melakukan perkara-

perkara yang baik seperti membaca al-

Quran dan berzikir.

7) Berazam untuk menjadikan ibadat puasa

yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik

ibadat daripada Allah S.W.T.

8) Sentiasa berfikir hikmah disebalik

melakukan ibadat puasa.

Keutamaan Tadarus al-Quran pada bulan

Ramadan

1) Membaca al-Quran serta menghayati isi

kandungannya pada bulan Ramadan akan

mendapat ganjaran yang besar daripada

Allah S.W.T.

2) Setiap satu huruf al-Quran yang dibaca

pada bulan Ramadan akan mendapat

kebajikan daripada Allah S.W.T.

3) Pembacaan al-Quran pada bulan

Ramadan juga bererti memohon

maghfirah daripada Allah S.W.T.

4) Ibadat puasa dan bertadarus al-Quran

pada bulan Ramadan juga akan

memberikan syafaat kepada yang

melaksanakannya.

Diambil daripada Buku

Indahnya HIDUP

Bersyariat terbitan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

Puasa hari Jumaat secara berasingan.

Contohnya tidak didahului oleh puasa

hari Khamis sebelumnya atau Sabtu

sesudahnya.

Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi

bukan qada atau puasa sunat yang

tidak pernah dilakukan sebelum 15

Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17

dan seterusnya ia ingin berpuasa sunat

Berpuasa terus-menerus sepanjang

tahun.

2

1

3

PUASA MAKRUH

Perempuan yang ingin berpuasa sunat

perlulah meminta izin suaminya

terlebih dahulu.

Jika isteri yang sedang berpuasa sunat

diminta memenuhi syahwat suaminya

perlulah ia menghentikan puasa

tersebut kerana mematuhi kehendak

dan perintah suami adalah wajib.

Persetubuhan pada waktu

mengerjakan puasa sunat tidak perlu

kepada penggantian puasa dan kifarat

sebagaimana puasa pada bulan

Ramadan.

2

1

3

PERMASALAHAN PUASA