buku sumberpjpk tahun 6.pdf

45
Buku Sumber PJ & PK - 1 - HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 Minggu 1 2 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk Daya tahan kardiovaskular Fartlek ( pelbagai kelajuan ) Isi Definisi - Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama. Kemahiran/ Daya tahan kardiovaskular Butir Mengajar a. Fartlek Gaya berlari adalah bebas iaitu seperti berjoging pada peringkat awal dan seterusnya larian itu bertukar corak mengikut keupayaan individu dan tahap kecergasan individu. b. Contoh: berjalan pantas berlari joging lari pecut lari naik bukit lari langkah panjang (tukar had kelajuan) lari menurun tangga Minggu 2 1 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk Daya tahan kardiovaskular - larian / berjalan 1200 meter Isi Aktiviti kecergasan Kemahiran/ 1. Larian 1200 meter ( lari / berjalan ) Butir Mengajar lari berterusan mengikut kemampuan murid. - berpasangan, pelaku dan pencatat - mulakan larian apabila wisel dibunyikan dan masa

Upload: mohd-asri-omar

Post on 16-Jan-2016

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buku Sumber PJ & PK

- 1 -

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 6

Minggu 1 2 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk Daya tahan kardiovaskular

Fartlek ( pelbagai kelajuan )

Isi Definisi - Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama.

Kemahiran/ Daya tahan kardiovaskular Butir Mengajar a. Fartlek

Gaya berlari adalah bebas iaitu seperti berjoging pada peringkat awal dan seterusnya larian itu bertukar corak mengikut keupayaan individu dan tahap kecergasan individu.

b. Contoh:

berjalan pantas berlari joging lari pecut lari naik bukit lari langkah panjang (tukar had kelajuan) lari menurun tangga

Minggu 2 1 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk Daya tahan kardiovaskular - larian / berjalan 1200 meter Isi Aktiviti kecergasan Kemahiran/ 1. Larian 1200 meter ( lari / berjalan ) Butir Mengajar lari berterusan mengikut kemampuan murid. - berpasangan, pelaku dan pencatat - mulakan larian apabila wisel dibunyikan dan masa

Buku Sumber PJ & PK

- 2 -

diambil apabila pelaku menamatkan larian. Minggu 2 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk a. Seksualiti - perubahan fizikal yang dialami oleh remaja. Isi Pengenalan seksualiti

- perkara yang berkaitan dengan jantina merangkumi perubahan fizikal yang dialami oleh remaja.

Kemahiran/ Seksualiti Butir Mengajar 1. Menyatakan cara menjaga tubuh badan untuk meningkatkan maruah diri. 2. Menyenaraikan masalah yang biasa dialami semasa awal remaja Menyatakan angkah-langkah yang perlu diambil untuk

menangani masalah remaja.

Menerangkan tanggung jawab dan peranan remaja kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Minggu 3 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Daya tahan otot Isi Daya tahan otot tangan Kemahiran/ Daya tahan otot (tangan) Butir Mengajar

Definisi Kemampuan melakukan pergerakan otot atau anggota badan berulang kali tanpa berasa letih.

1. Melakukan aktiviti sokongan dari lakuan duduk.

- tegakkan badan sambil tangan menekan bangku atau kerusi ( punggung terangkat ).

2. Gantung bersudut siku bengkok (perempuan) - murid mengekalkan kedudukan selama yang boleh bermula

Buku Sumber PJ & PK

- 3 -

daripada wisel dibunyikan.

3. Mendagu (lelaki) - melakukan aktiviti mendagu mengikut keupayaan (bilangan)

* Semua aktiviti dijalankan secara berpasangan ( pelaku /

pencatat ) Minggu 4 1 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Bola tampar - menyangga Isi 1. Definisi -

Lakuan menaik atau melambungkan bola ke udara dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan. Kemahiran/ 1. Menyangga Butir Mengajar 1. Fasa persediaan - salah satu kaki ke hadapan (dibuka selebar bahu)

lutut dibengkokkan, lengan hadapan diluruskan selari dengan paha.

- mata pandang bola. 2. Fasa sentuh

- sentuh di bahagian bawah bola di antara pergelangan tangan dan siku.

3. Fasa ikut lajak

selepas menyentuh bola, pindahkan berat badan ke hadapan dan mata mengikut bola ke sasaran.

Minggu 4 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Pengurusan kesihatan menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan. Isi 1. Pengurusan kesihatan diri - kepentingan dan keperluan untuk menjaga kebersihan diri. - masalah pengurusan kebersihan diri - kesan pengurusan kesihatan diri yang lemah

Buku Sumber PJ & PK

- 4 -

2. Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan

- bahagian-bahagian tubuh yang perlu dijaga - langkah-langkah penjagaan kebersihan tubuh badan

Kemahiran/ 1. Menyenaraikan kepentingan pengurusan kebersihan. Butir Mengajar

2. Menamakan bahagian-bahagian badan.

3. Menyenaraikan bahagian-bahagian badan yang perlu dijaga.

Minggu 5 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Bola tampar - servis Isi Definisi - Lakuan memulakan permainan dengan menggunakan bahagian pergelangan tangan (servis bawah pinggang – ‘under hand’) , tapak tangan, servis atas kepala –‘tennis serve’ . Kemahiran/ Servis Butir Mengajar 1. Servis bawah pinggang (under-hand) Fasa - persediaan dan ayunan tangan - berdiri sisi, bahu menghadap jari dan lutut dibengkokkan

sedikit. - pegang bola dengan kedua belah tangan dengan tangan kiri mencengkam bola.

- hayun tangan kanan ke belakang 1.1 Fasa sentuh dan ikut lajak

- tangan dihayun ke hadapan dan berat badan dipindahkan ke kaki hadapan semasa bola dilepaskan

. - sentuh bahagian bawah bola dengan tangan ikut lajak.

2. Servis atas kepala (tennis-serve) 2.1 Fasa persediaan dan lambungan berdiri sisi, kaki dibuka seluas bahu dengan

sebelah kaki di hadapan. pegang dan lambung bola dengan tangan kiri sambil

mata memandang ke arah bola.

Buku Sumber PJ & PK

- 5 -

2.2 Fasa sentuh dan ikut lajak - hayun tangan kanan tinggi ke belakang, kemudian ke hadapan - sentuh bahagian belakang bola dengan tapak tangan atau

pergelangan tangan. - tangan ikut lajak

Minggu 6 1 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Bola tampar

- merejam Isi Merejam - lakuan memukul bola junam dengan tapak tangan. Kemahiran/ Merejam Butir Mengajar 1. Fasa larian

- berlari tiga langkah ke suatu penanda dengan kedua-dua belah tangan dihayun ke belakang untuk mendapatkan lonjakan semaksimum.

2. Fasa lonjakan

- semasa lakuan lonjakan, lutut dibengkokkan sambil kedua- dua tangan dihayun tinggi ke hadapan.

- hayunan kedua-dua belah tangan dibawa tinggi ke belakang kepala sambil badan dilentikkan sedikit ke belakang.

3. Fasa rejaman dan ikut lajak

- sebelah tangan dihayun pantas ke hadapan untuk memukul bola sama ada dengan tapak tangan atau pergelangan tangan.

- sebelah tangan lagi mengimbangi badan.

Buku Sumber PJ & PK

- 6 -

Minggu 6 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Kekeluargaan – keremajaan Isi Definisi - Alam remaja adalah masa peralihan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa yang melibatkan perubahan dari segi emosi, mental dan sosial. Kemahiran/ Keremajaan Butir Mengajar 1. Menyenaraikan masalah-masalah yang biasa dialami semasa awal remaja.

2. Menyatakan aspek pertumbuhan awal remaja. 3. Meluahkan perasaan terhadap rakan sebaya dan keluarga.

4. Menerangkan tanggung jawab dan perasaan remaja kepada:

i. Diri – mengutamakan gaya hidup sihat

ii. Keluarga – mematuhi nasihat ibu bapa dan membantu keluarga

iii. Masyarakat – menyertai kegiatan kemasyarakatan dan membuat kebajikan

Minggu 7 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Komposisi badan.

Memahami konsep

Isi 1. Definisi – merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak (tisu) dan bahagian lemak . Jumlah kedua-dua bahagian ini menentukan berat dan bentuk tubuh badan seseorang. 2. Berat badan (2kumpulan): a. berat badan sejati (lean body weight)

Buku Sumber PJ & PK

- 7 -

- iaitu terdiri daripada berat otot, tulang, darah, organ-organ dan tisu-tisu dalam badan.

b. berat badan yang mengandungi lebihan tisu lemak - iaitu individu yang mempunyai berat badan yang

berlebihan akan mudah menghadapi risiko penyakit kardiovaskular, kencing manis dan kandungan

‘lipids’ yang banyak dalam darah. Kemahiran / Butir Mengajar 1. Membuat perbandingan bentuk tubuh badan.

2. Menerangkan dan memberi gambaran mengenai bentuk tubuh badan seseorang.

Ektomorf

- berbadan kurus dan ringan, kaki dan tangan yang panjang serta tidak mempunyai banyak lemak.

2.2 Mesomorf - berotot tegap, gagah, rangka besar dan berbadan tegap. 2.3 Endomorf - gemuk, leher besar, badan berbentuk bulat dan berat.

3. Membuat penilaian kendiri ke atas indeks jisim badan (IJB) 3.1 pengiraan IJB berat badan (kg)

ketinggian (m) x ketinggian (m) contoh : ____ 45_____ 1.45 m X 1.45m

= 22.47 berat badan normal ialah antara 20 hingga 25.

Buku Sumber PJ & PK

- 8 -

Minggu 8 1 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Bola tampar menghadang Isi Definisi – Lakuan melompat untuk menghalang rejaman dan meluruskan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala melepasi jaring.

1. Fasa persediaan

- berdiri, buka kaki seluas bahu di hadapan jaring. - lutut dibengkokkan dengan kedua-dua tangan di paras bahu.

2. Fasa pelaksanaan - lonjak menegak dengan kedua-dua belah kaki setelah

penyerang melompat - hayun kedua-dua belah tangan tinggi ke atas kepala - luruskan tangan seluas bahu dengan tapak tangan dibuka

melepasi jaring.

3. Fasa ikut lajak - undurkan tangan sambil mendarat di atas kedua-dua

hujung jari kaki dengan lutut dibengkokkan sedikit (untuk melembutkan pendaratan)

Minggu 8 1 Waktu Tunjang 2PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk Pemakanan Isi 1. Perlabelan 2. Kandungan label - jenama / isipadu / arahan Kemahiran/ 1. Menyatakan maklumat dalam kandungan label. Butir Mengajar 2. Menyatakan kepentingan perlabelan makanan. 3. Mengumpulkan contoh-contoh label. 4. Reka label barangan yang lengkap.

Buku Sumber PJ & PK

- 9 -

Minggu 9 2 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Kecergasan fizikal

Isi 1. Kekuatan 2. Kelenturan Memahami konsep Kemahiran/ Definisi – kekuatan ialah kemampuan otot untuk menghasilkan Butir Mengajar daya bagi mengatasi bebanan atau rintangan.

- kelenturan ialah keupayaan seseorang menggerakkan anggota atau sebahagian badan melalui julat pergerakan yang maksimum dengan selesa tanpa mengalami kesakitatan di bahagian sendi atau otot terlibat.

1. Membuat perbandingan bentuk tubuh badan. Menerangkan dan memberi gambaran mengenai bentuk tubuh badan seseorang.

3. Membuat penilaian kendiri ke atas indeks jisim badan (IJB).

Minggu 10 1 Waktu Tunjang 3PJ KESUKANAN Tajuk Keselamatan semasa beraktiviti

a. Kemudahan tempat

Isi 1. Tempat-tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti 2. Tempat-tempat yang berbahaya

3. Peraturan keselamatan Kemahiran/ 1. Menamakan kemudahan tempat tinggal yang sesuai Butir Mengajar untuk berekreasi.

2. Mengenalpasti kemudahan tempat tinggal yang berbahaya

untuk berekreasi Mencadangkan beberapa peraturan untuk

memastikan keselamatan tempat berekreasi.

Buku Sumber PJ & PK

- 10 -

Minggu 10 1 Waktu Tunjang 2PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk Pemakanan Isi 1. Makanan berpengawet

2. Nama dan alamat pengilang 3. Komposisi khasiat makanan

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menyatakan jenis-jenis makanan yang berpengawet. Menyenaraikan contoh-contoh aditif dan alamat pengilang.

3. Mengumpul maklumat tentang komposisi khasiat makanan.

Minggu 11 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Olahraga - acara padang / lontar peluru Isi 1. Teknik lontaran

- gaya berdiri - gaya ‘Parry O’Brien’

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Gaya berdiri

1.1. Fasa persediaan - berdiri sisi. - buka kaki seluas bahu.

- bahu kiri menghadap arah lontaran.

1.2 Fasa gelongsoran - badan dibongkokkan serendah mungkin. - kaki kiri digerakkan ke kayu penghadang.

1.3 Fasa lontaran - hayun tangan kiri ke belakang semasa memutar pinggang

dan bahu ke hadapan. - gerakkan siku serta tangan ke atas dan lepaskan peluru.

Buku Sumber PJ & PK

- 11 -

Fasa pemulihan - berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Gaya Parry O’Brien 2.1 Fasa persediaan

- bongkokkan badan dan bengkokkan kaki ke kanan - kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2.2 Fasa gelongsoran - kaki kiri ditendang cepat ke belakang ke arah lontaran

serentak gelongsorkan kaki kanan ke tengah bulatan. - letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak

mengubah kedudukan bahagian atas badan dan diluruskan kaki dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

- kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan serta bahu menghadap ke arah lontaran.

2.3 Fasa lontaran - siku kanan diangkat tinggi. - kaki kiri menyentuh bulatan dan lepaskan peluru.

2.4 Fasa pemulihan - lompat dan mendarat dengan kaki kanan - berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan

Minggu 12 1 Waktu Tunjang 3 PJ KESUKANAN Tajuk Pengurusan diri a. Makanan kesihatan untuk menjauhi penyakit Isi Definisi – Makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ.(sayur-sayuran dan buah- buahan). Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menyenaraikan jenis-jenis sayuran yang baik untuk kesihatan Contoh : kangkong, bayam, kacang panjang dan

sebagainya.

Buku Sumber PJ & PK

- 12 -

2. Menamakan buah-buahan tempatan yang berkhasiat. Minggu 12 1 Waktu Tunjang 3PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Keselamatan Isi 1.Pengiklanan - definisi

- tujuan iklan - media pengiklanan - pengaruh pengiklanan

2. Keracunan makanan

- makanan tercemar - makanan yang luput tarikh - makanan bertin yang kemek Kemahiran / Butir Mengajar 1. Merumus.

2. Menyenaraikan.

3. Membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Minggu 13 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - sepak takraw a. Mengawal Isi 1. Kemahiran mengawal Kemahiran / 1. Kemahiran asas mengawal. Butir Mengajar

1.1 Sepak sila - buka kaki seluas bahu dan bengkokkan kaki sokongan - angkat kaki yang menyepak dan lipatkan ke dalam. - gunakan bahagian dalam kaki dan menyepak bola semasa

ia berada di paras lutut. - kedua-dua tangan dibuka untuk mengimbangi badan

1.2 Memaha - buka kaki hadapan dan belakang seluas bahu - angkat paha ke atas lutut dan dibengkokkan

Buku Sumber PJ & PK

- 13 -

- gunakan bahagian hadapan paha dan menyentuh bola ketika ia berada di paras pinggang

2. Lain-lain cara mengawal bola: - menanduk - sepak kuda - sepak petik - sepak badik - sepak cangkuk - mendada

Minggu 14 1 Waktu Tunjang 3PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan – sepak takraw Isi 1. Mengawal dan menghantar Kemahiran / Butir 1. Sepak sila berpasangan

- berdiri, kaki dibuka seluas bahu dan bengkokkan kaki - sokongan - angkat kaki seperti lakuan sepak sila - secara berpasangan lakukan aktiviti sepak sila

( menerima – mengawal – menghantar semula)

2. Menanduk - buka kaki seluas bahu dan mata memandang bola - dongak dan gerakkan kepala ke hadapan ke arah bola - tanduk di bahagian bawah bola dengan bahagian tengah

dahi - bengkokkan lutut sebelum sentuhan - luruskan lutut selepas sentuhan - secara berpasangan lakukan aktiviti menanduk

(menerima – mengawal – menghantar semula)

Buku Sumber PJ & PK

- 14 -

Minggu 14 1 Waktu Tunjang 1PK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Tajuk Kekeluargaan Isi 1. Keremajaan

- sikap positif - sikap negatif

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menyenaraikan sikap positif dan negatif. 2. Menjelaskan sikap positif yang perlu ada pada murid. Minggu 15 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan – sepak takraw Isi 1. Mengumpan Kemahiran / Butir Mengajar 1. Sepak sila dan menanduk

- melakukan kemahiran lanjutan tentang permainan asas - sepak takraw dengan teknik yang betul. - menggunakan kemahiran sepak sila dan menanduk bagi

membuat umpanan. Minggu 16 1 Waktu Tunjang 3PJ KESUKANAN Tajuk Isu-isu pendidikan jasmani dan sukan Isi 1. Rasuah dan perjudian dalam sukan.

2. Konsep – rasuah dan perjudian dalam sukan biasanya melibatkan masa, wang atau sebarang jenis pemberian (hadiah) yang berharga sama ada boleh dialih atau tidak boleh dialih.

Buku Sumber PJ & PK

- 15 -

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menyatakan bentuk-bentuk rasuah dalam sukan.

2. Membincangkan kesan penerimaan rasuah.

3. Mencadangkan jenis hukuman untuk rasuah dalam sukan.

Minggu 16 1 Waktu Tunjang 3PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Keselamatan Isi 1. Barangan dan alatan persekitaran Kemahiran / Butir Mengajar 1. Memberi pendapat tentang barangan kesihatan.

2. Soal-jawab tentang agensi-agensi yang terlibat dalam bidang kepenggunaan.

3. Menyenaraikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

agensi- agensi kepenggunaan

Minggu 17 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan – sepak takraw Isi 1. Merejam Definisi – lakuan serangan untuk mematikan bola di gelanggang lawan.

2 Servis / sepak mula. Definisi – memulakan permainan dengan pemain apit melontar bola kepada tekong

Buku Sumber PJ & PK

- 16 -

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Rejaman

1.1 Rejaman gunting - mata pandang bola dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. - lonjak kaki kiri sementara kaki kanan ke atas. - rejam bola dengan bahagian kekura kaki. - mendarat dengan kaki kiri serta gunakan tangan untuk

mengimbangi badan.

1.2 Rejaman tapak - berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi

di belakang. - mata pandang bola dan gunakan tangan untuk imbangan. - lonjak dengan kaki sokongan dan angkat kaki kanan tinggi

ke arah bola. - rejam bola dengan tapak kaki.

1.3 Rejaman dahi

- buka kaki seluas bahu dan lompat tinggi menghadap jarring. - lentikkan badan ke belakang dengan tangan membantu

pergerakan. - gerakkan kepala ke hadapan ke arah bola. - sentuh bahagian atas bola dengan bahagian dahi.

1.4 Rejaman belakang kepala

- lompat tinggi membelakangkan jaring dengan tangan membantu pergerakan.

- gerakkan kepala ke belakang dan sentuh bola dengan bahagian belakang kepala.

1.5 Rejaman kepala gaya sisi kanan / kiri - lompat sesuai dengan ketinggian bola. - gerakkan kepala dari sisi kiri ke kanan dengan tangan

membantu pergerakan. - sentuh bola dengan bahagian sisi kepala.

Servis / sepak mula

2.1 Sepak mula gaya bebas

- menggunakan kemahiran : i. sepak sila ii. sepak cangkuk

Buku Sumber PJ & PK

- 17 -

iii sepak tapak layangan

2.2 Sepak mula kencang dan tajam - sepak layangan dalam kaki. - kaki kiri di dalam bulatan sambil mata memandang bola. - hayun kaki kanan sesuai dengan paras bola yang dilontar. - jengketkan kaki kiri dan sentuh bola dengan bahagian dalam kaki kanan. - kaki kanan ikut lajak.

Minggu 18 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Olahraga – balapan Isi 1. Lari berpagar Kemahiran / Butir Mengajar 1. Permulaan larian

1.1 Melangkah pantas tanpa menggunakan pagar - berjalan pantas empat langkah bermula dengan kaki kanan. - naikkan kaki kanan sebagai persediaan melangkah. - lunjurkan kaki kanan ke hadapan ke bawah dan condongkan

badan. - turunkan kaki kanan ke bawah dan teruskan berjalan

dengan empat langkah lagi.

1.2 Melangkah pantas melepasi satu halangan kayu - gunakan aktiviti di atas (1.1) dan melangkah melepasi

halangan.

2.0 Lompatan - berdiri untuk mulaan dengan kaki lonjakan di hadapan

berhampiran garisan permulaan. - berlari melepasi halangan yang diletakkan di atas tanah

(lompat halangan pertama) pada langkah kelima dan halangan kedua pada langkah kesembilan.

- lakukan aktiviti di atas dengan menggunakan beberapa batang kayu yang diletakkan di atas dua buah skital.

- tingkatkan ketinggian kayu menggunakan skital yang lebih tinggi.

Buku Sumber PJ & PK

- 18 -

3.0 Lari antara pagar 3.1 Fasa permulaan larian

- duduk dekam dengan kaki kanan di hadapan. - berat badan tertumpu dibahagian kepala di fasa persediaan. - melangkah dengan kaki kiri.

3.2 Fasa melepasi pagar - naikkan kaki kiri. - lunjurkan kaki kiri ke hadapan. - lonjakkan kaki kanan. - layangkan di atas pagar.

3.3 Fasa lari antara pagar - mendarat dengan kaki kiri (lonjakan). - melangkah dengan kaki kanan (lonjakan). - melangkah dengan kaki kiri (lonjakan). - kaki kanan sebagai kaki lonjakan. - ulang perilaku.

3.4 Fasa penamat - mendarat dengan kaki kiri - melangkah dengan kaki kanan - berlari ke garisan penamat

Minggu 19 1 Waktu Tunjang 3PJ KESUKANAN Tajuk : Etika – undang-undang dan peraturan am Isi - memahami permainan dan segi undang-undang, strategi, teknik dan kemahirannya

- menghargai prestasi pemain. - memberi sokongan moral.

saling hormat-menghormati antara penonton pemain, jurulatih dan pengadil.

- mengamalkan semangat kesukanan. - mengawal emosi.

Buku Sumber PJ & PK

- 19 -

Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Merumus.

2. Mengenal pasti. Minggu 19 1 Waktu Tunjang 3 PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk : Penyalahgunaan bahan Isi : (a) Penyalahgunaan dadah :-

1. Konsep – pengambilan atau penggunaan bahan (dadah) yang tidak dibenarkan hingga menyebabkan ketagihan, memudaratkan badan dan menyalahi undang-undang.

Definisi – merupakan bahan kimia yang boleh mem – pengaruhi fungsi otak dan badan serta menyebabkan perubahan.

Perbezaan antara dadah, ubat dan racun. Dadah – heroin, candu,ganja, pil ecstacy Ubat – bahan yang diproses bertujuan mencegah dan mengubati penyakit. Racun – bahan kimia yang dihasilkan untuk mengawal serta mencegah serangan serangga makhluk perosak.

Penyalahgunaan rokok

1. Kandungan bahan kimia dalam asap rokok. Tar – bahan kimia yang mengganggu paru-paru menyebab- kan barah.

Nikotin – dadah yang berbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Bahan-bahan kimia yang lain yang boleh menyebabkan barah.

Penyakit yang disebabkan oleh rokok - penyakit jantung

penyakit saluran pernafasan seperti bronkitis dan asma. penyakit paru-paru dan barah paru-paru.

Buku Sumber PJ & PK

- 20 -

Kemahiran / 1. Mengklasifikasi Butir Mengajar 2. Menyenaraikan. Minggu 20 2 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk Kecergasan fizikal Isi 1. Imbangan Koordinasi Kemahiran/ Definisi – imbangan ialah kebolehan seseorang mengekalkan Butir Mengajar kedudukan badan ketika badan berada dalam keadaan pegun atau semasa melakukan aktiviti. - koordinasi ialah kebolehan seseorang menggunakan deria dan anggota badan untuk melakukan pergerakan dengan lancar dan sempurna.

1. Melakukan imbangan bangau(berdiri di atas sebelah kaki) dengan mata terbuka dan tertutup.

2. Imbangan dekam - mendekam dengan kedua-dua tapak tangan di atas tanah. - berat badan dibawa ke hadapan sambil kedua-dua siku di rapatkan ke arah lutut. - angkat kedua-dua kaki, imbangi berat badan dengan

tangan. - tahan ikut kiraan 5 saat.

3. Berpasangan - memukul bola kecil dari berbagai-bagai arah dan aras sebanyak 5 kali percubaan. - menangkap bola sebanyak lima percubaan.

Buku Sumber PJ & PK

- 21 -

Minggu 21 1 Waktu Tunjang 1 PJ KECERGASAN Tajuk : Ketangkasan Kemahiran/ i. Tinju bayang. Butir Mengajar

ii Tampar lutut (aktiviti dilakukan berpasangan, cuba tampar lutut kawan dan cuma mengelak). .

iii.memukul dan menangkap bola kecil (kebolehan anggota badan dan deria melakukan pergerakan dengan baik).

Minggu 21 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit Isi Penyakit bawaan air dan makanan 1. Pengertian – penyakit disebabkan oleh vektor atau bakteria atau kulat yang hidup dan membiak di dalam makanan atau air. Proses pertumbuhan bakteria dan kulat boleh menghasilkan toksin yang membawa penyakit kepada manusia. Jenis-jenis penyakit

a. Tifoid Tanda utama – demam berpanjangan dengan suhu tinggi, cirit-birit dan berpeluh. Simpton – hilang selera makan, kerap mengalami tegang otot, dahaga, sakit kepala. b. Taun Tanda utama – cirit birit yang berterusan, najis cair berupa air beras, muntah, kulit badan dan bibir menjadi kering. Simpton – pendihideratan ( kekeringan ), keletihan, sakit perut. c. Keracunan makanan Tanda – demam, cirit-birit dan muntah. Simpton – loya, sakit abdomen dan memulas, kesejukan,

Buku Sumber PJ & PK

- 22 -

keletihan dan pening.

Kemahiran / 1. Mengklasifikasi. Butir Mengajar 2. Menghuraikan. Minggu : 22 1 Waktu Tunjang 3PJ KESUKANAN Tajuk : Etika Isi : Peranan peserta dan penonton. 1. Etika peserta

- memahami permainan dari segi undang-undang - kesetiaan kepada peserta pasukan - menyemai semangat kesukanan - menunjukkan sikap bersungguh-sungguh, berdisiplin dan amanah - mengawal emosi

2. Penonton

- memahami permainan dari segi undang-undang - menghargai prestasi pemain - sokongan moral - saling hormat-menghormati antara penonton, pemain, jurulatih dan pengadil - meningkat dan mengamalkan semangat kesukanan

- mengawal emosi Kemahiran / 1. Merumus. Butir Mengajar

2. Mengenalpasti.

Buku Sumber PJ & PK

- 23 -

Minggu 22 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit Berjangkit. Isi i. HIV / AIDS ii. Hepatitis B i. HIV / AIDS Pengertian – penyakit yang menyebabkan virus HIV yang memusnahkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit lain. a. Tanda-tanda penyakit. - turun berat badan melebihi 10 %. - jangkitan penyakit yang kerap berulang. - kerap demam dan berasa tidak selesa. - bengkak kelenjar limpa. - jangkitan paru-paru. - gangguan saraf. - mudah diserang penyakit ( ketahanan badan melawan penyakit semakin rendah ). b. Punca penyakit - melalui penagihan dadah ( berkongsi jarum ). - seks rambang. ii. Hepatitis B Pengertian – penyakit berjangkit yang disebarkan melalui makanan dan darah yang tercemar. Tanda-tanda penyakit. - berasa loya - tiada selera makan - letih dan lesu - demam ringan - air kencing berwarna kuning - mata putih berwarna kuning - sakit pada bahagian hati Punca penyakit - disebar melalui makanan - darah yang tercemar

Buku Sumber PJ & PK

- 24 -

Minggu 23 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan Bola keranjang Isi 1. Menguasai bola Kemahiran / Aktiviti asas permainan bola keranjang Butir Mengajar Kawal bola mengelilingi :

i. Leher - berdiri seluas bahu - pegang bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan muka.

- bawa bola dengan tangan kanan ke belakang melalui sisi kanan muka. - tangan kiri menerima bola di belakang kepala dan mem - bawanya ke hadapan. - tangan kanan menerima bola dari tangan kiri di hadapan muka.

Pinggang - berdiri seluas bahu. - pegang bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. - bawa bola dengan tangan kanan ke belakang dari sisi kanan badan. - tangan kiri menerima bola di belakang badan dan mem- bawanya ke hadapan. - tangan kanan menerima bola dari tangan kiri ke hadapan badan. iii. Lutut - berdiri kaki rapat - lutut dibengkokkan - lutut seterusnya adalah sama seperti mengawal bola mengelilingi pinggang.

Buku Sumber PJ & PK

- 25 -

Minggu 24 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan 1. Bola keranjang Isi Melantun dan menerima hantaran Kemahiran / i. Hantaran lantun dan hantaran sambil bergerak. Butir Mengajar - lutut dibengkokkan sedikit - bola diubah ke sisi badan pada paras pinggang. - langkah dan lantun bola ke hadapan. - tolak bola dengan lengan diluruskan ke hadapan dan ikut lajak. ii. Lantun bola setempat - gunakan bahagian jari tangan - lantun di hadapan dan di sisi badan. - berat badan di bahagian tapak kaki - lantunan sekitar paras pinggang dan lutut. - pelbagaikan aras lantunan. iii. Lantun bola bergerak pantas - berjalan perlahan-lahan sambil melantun bola. - bergerak dengan pantas – ikut lajak. Minggu 24 1 Waktu Tunjang 3PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit Isi Sekolah bebas denggi a. Menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan yang

mungkin menjadi punca penyakit. - membersihkan kawasan persekitaran sekolah. - menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. - mengumpulkan tin-tin dan botol-botol yang kosong. b. Aktiviti sokongan - mengadakan kempen denggi peringkat sekolah - pertandingan melukis poster

Buku Sumber PJ & PK

- 26 -

Kemahiran/ 1. Merumuskan. Butir Mengajar 2. Menyenaraikan. Minggu 25 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - bola keranjang Isi i. Tolak ii. Hulur iii. Mengelecek Kemahiran / i. Hantaran tolak Butir Mengajar - pegang di bahagian belakang bola dengan kemas. - sebelah tangan memegang bahagian sisi bola sebagai imbangan. - tolak bola ke hadapan pada paras bahu dan ikut lajak. - ambil satu langkah ke hadapan apabila melakukan hantaran. ii. Hantaran hulur - hantaran ini dilakukan apabila penerima berada dekat dengan penghantar. - pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. - sebelah tangan menghulurkan bola kepada pemain yang berhampiran. iii. Mengelecek - memerlukan koordinasi mata, gerak badan, kepantasan bergerak. a. Kelecek rendah - bengkokkan lutut supaya kedudukan pemain seperti duduk bertinggung. - jari pemain dibuka dan membentuk seperti mahu mencengkam bola, kepala mengarah ke atas. - pemain membiarkan tangan yang tidak menyentuh bola di tepinya supaya keseimbangan tercapai.

- untuk kelecek semasa berlari, pemain hendaklah meletakkan tangan di belakang bola sambil menolak bola itu ke hadapan dan belakang.

- pemain meneruskan menyambut bola menggunakan per - gerakan ke hadapan dan belakang pada setiap langkah

Buku Sumber PJ & PK

- 27 -

yang diambil. Minggu 26 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - bola keranjang Isi 1. Menjaring 2. Langkah dan menjaring lantun Kemahiran / Butir Mengajar 1. Menjaring - memerlukan daya lonjakan yang kuat dan ketepatan lontaran. Langkah dan menjaring lantun

- lantun bola beberapa kali sambil bergerak ke arah gol. - lonjakkan kaki yang bertentangan dengan tangan yang menjaring. Jika tangan kanan menjaring maka kaki kiri melakukan lonjakan. - pegang bola dengan kedua-dua belah tangan semasa melonjak - lakukan lontaran ke arah keranjang atau papan pantul semasa di udara.

3. Kelecek dan menjaring lantun - lantun bola dan berlari pantas ke arah gol.

- tukar arah dan tangan dengan pantas semasa mengelecek. - lakukan lonjakan semasa menjaring.

Minggu 26 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit PROSTAR Isi Definisi – Kata singkatan bagi Program Sihat Tanpa AIDS Untuk

Remaja Peranan murid untuk menjayakan prostar. - menjadi ahli dan melibatkan diri dalam usaha membanteras HIV. - menyebarkan maklumat kepada rakan sebaya. - membimbing rakan agar mereka menjauhi tingkah laku yang

Buku Sumber PJ & PK

- 28 -

berisiko tinggi . - melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. a. kempen kesedaran b poster c ceramah Kemahiran/ 1. menyenaraikan. Butir Mengajar 2. merumuskan. Minggu 27 2 Waktu Tunjang 2PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik artistik Isi Pola 1.5 – Hamburan Lompat dakap Lompat kangkang Lompat layang Lompat rusa Lompat melintasi bangku panjang Lari dua atau tiga langkah, lonjak ke atas peti lombol tiga tingkat Tekan tubi, tepuk tangan dari dua tingkat peti lombol Kemahiran / Butir Mengajar 1. Berdiri tegak, melangkah ke hadapan, rapatkan kaki dan melompat dari dua belah kaki. Pada masa yang sama, lutut diangkat ke arah dada, tangan memegang lutut seketika. Mendarat dengan dua belah kaki. Berdiri tegak, melangkah ke hadapan, rapatkan kaki dan melompat dari dua belah kaki. Pada masa yang sama kaki kangkang ke sisi dan ke depan. Tangan dihayun ke depan dan ke atas dan cuba sentuh hujung kaki semasa layangan.

Berdiri tegak, melangkah ke hadapan, lompat dan hayun kaki belakang ke hadapan sambil kaki sokongan dihayun terus ke belakang. Semasa layangan, kedua tangan dihayun ke atas. Mendarat dengan kaki depan dan diikuti dengan kaki belakang. Berdiri tegak, melangkah ke hadapan, lompat dan hayun kaki belakang ke hadapan sambil kaki sokongan dihayun ke belakang. Semasa layangan,

Buku Sumber PJ & PK

- 29 -

lipatkan kaki hadapan dan tangan dihayun ke atas dan ke belakang. Mendarat dengan kaki hadapan dan diikuti dengan kaki belakang.

Berdiri tegak dua langkah dari bangku. Melangkah ke hadapan, rapatkan dan bengkokkan kaki. Melonjak melintasi bangku, menaikkan lutut sambil tangan dihayunkan ke hadapan dan atas dengan cepat. Mendarat di bahagian sebelah hadapan bangku.

Berdiri tegak, lari dua atau tiga langkah, rapatkan kaki dan melonjak ke atas peti lombol tiga tingkat sambil tangan dihayun ke hadapan dan ke atas semasa layangan. Mendarat dan berdiri tegak atas peti lombol.

Dari kedudukan tekan tubi di atas peti lombol, tolak tangan dari peti lalu tepuk tangan. Jatuhkan tangan semula ke kedudukan asal. Ulang lakuan mengikut kemampuan. Minggu 28 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik Artistik Isi Pola 1.6 – Hayunan Duduk berimbang dan menjongkang-jongkit Hayun kaki pada sokongan tangan Gayut sambil hayun Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Baring terlentang atas tilam/rumput. Angkat kaki dan kepala dari tilam. Lakukan jongkang-jongkit, tangan berada di hadapan. Letakkan tangan di atas tiga atau empat tingkat peti lombol. Kaki rapat dan lurus. Dari sokongan tangan, hayunkan kaki ke kiri dan ke kanan.

Berdiri di bawah palang. Lompat memegang palang cekak biasa. Hayun kaki dan badan ke hadapan dan ke belakang dengan julat hayunan yang kecil(30 ke 40 darjah). Berhenti hayunan dengan bantuan penyokong.

Buku Sumber PJ & PK

- 30 -

Minggu 28 1 Waktu Tunjang 3 PK GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT Tajuk Pengurusan konflik dan stress - meningkatkan penghargaan kendiri. Isi 1. Pengertian konsep kendiri. - tanggapan keseluruhan terhadap diri sendiri. Konsep kendiri yang positif. Faktor-faktor yang mempengaruhi imej kendiri fizikal

- tinggi. - berat badan. - bentuk tubuh badan. - kejantinaan.

Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Menyatakan. 2. Menghuraikan. Minggu 29 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik artistik Isi Pola 1.7 – Rangkaian Satu rangkaian yang terdiri daripada satu kemahiran yang sama dilakukan berturut-turut.(Guling depan dua kali) Satu rangkaian yang terdiri dari dua kemahiran yang berlainan yang dilakukan berturut-turut.(Guling depan kaki kangkang diikuti dengan guling depan kaki rapat)

Satu rangkaian yang terdiri daripada dua kemahiran yang berlainan daripada pola pergerakan yang berlainan yang dilakukan berturut-turut.(Guling depan lalu lompat dan mendarat dua belah kaki) Satu rangkaian yang terdiri daripada dua kemahiran dari dua pola pergerakan yang berlainan dilakukan berturut-turut dengan alat(Dua atau tiga langkah lompat ketinting,imbangan skala depan di atas bangku atau alang imbang). Rangkaian dan kemahiran sendiri.

Buku Sumber PJ & PK

- 31 -

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Dari kedudukan dekam, dua belah tapat tangan diletak atas lantai. Guling ke depan, kekalkan kedudukan dekam. Guling sekali lagi dan kekalkan kedudukan dekam. Berdiri tegak Dari kedudukan kaki kangkang, letak dua tapak tangan atas lantai. Guling ke depan dengan kaki kangkang. Habiskan guling depan dengan kaki lurus dan rapat. Dari kedudukan badan yang rapat dengan kaki lurus, letakkan dua belah tangan di atas lantai dan guling ke depan dengan kaki lurus dan rapat. Berdiri tegak.

Dari kedudukan dekam, letak dua belah tapak tangan atas lantai. Guling depan, kemudian melonjak dari dua belah kaki melompat dan tangan dihayunkan ke depan dan ke atas. Mendarat dengan dua belah kaki.

Berdiri tegak atas bangku atau alang imbang. Ambil dua atau tiga langkah ke depan. Lakukan satu skip lalu imbang skala depan.

a. Pilih satu kemahiran yang sama dilakukan berturut-turut. Pilih dua kemahiran yang berlainan dilakukan berturut- turut.

c. Pilih dua kemahiran yang terdiri daripada dua pola pergerakan berlainan dilakukan berturut-turut. d. Pilih dua kemahiran yang dilakukan berturut-turut dengan alat.

Minggu 30 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik irama Isi Pergerakan 1.6 – Lompatan

Lompat regang Lompat lentik Lompat bintang Lompat dakap

Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Berdiri kaki rapat. Bengkokkan lutut, hayun lengan ke belakang, lonjak ke atas dengan melunjur tangan ke atas. Mendarat dengan kedua belah kaki rapat. Turunkan tangan dan luruskan badan.

Buku Sumber PJ & PK

- 32 -

Berdiri tegak, kaki rapat, tangan lurus di sisi. Bengkokkan lutut, hayun tangan ke belakang, lonjak ke atas dengan melunjurkan lengan dan kaki serta melentik ke belakang. Mendarat dengan dua belah kaki.

Berdiri tegak, kaki rapat, tangan lurus di sisi. Bengkokkan lutut, hayun lengan ke belakang, lonjak ke atas sambil menghayun tangan ke atas semasa di udara. Tangan dan kaki terbuka seperti bintang. Mendarat dengan dua belah kaki.

Berdiri tegak, kaki rapat, tangan di sisi. Bengkokkan lutut, hayun lengan ke belakang, lonjak ke atas rapatkan lutut ke dada sambil tangan memeluk lutut. Mendarat dengan kaki lurus dan rapat. Minggu 30 1 Waktu Tunjang 3PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit Isi 1. Taun Kemahiran/ Pengertian – penyakit yang disebabkan oleh vektor iaitu bakteria Butir Mengajar yang membiak di dalam makanan atau air. Tanda-tanda - cirit-birit yang berterusan, najis cair berupa beras, muntah, kulit badan dan bibir menjadi kering. Cara-cara menghindarkan diri daripada taun - makan makanan yang bersih dan bertutup. - jaga kebersihan persekitaran - makan di gerai yang mengamalkan kebersihan - dapatkan suntikan Minggu 31 1 Waktu Tunjang 3PJ KESUKANAN Tajuk Pengurusan diri Isi Pemakanan untuk ahli sukan Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Membincangkan asas komponen makanan 1.1 Karbohidrat - sebatian/campuran karbon, hidrogen dan oksigen.

Buku Sumber PJ & PK

- 33 -

- fungsinya membekalkan bahan tenaga kepada sel- sel badan - karbohidrat ringkas terdiri daripada buah-buahan, susu, sayur-sayuran termasuk tebu, kacang peas dan bijan. - karbohidrat kompleks terdiri daripada ubi-ubi, nasi, roti dan gandum 1.2 Protien - sebatian/campuran karbon, oksigen, nitrogen dan hidrogen. - terdiri daripada 20 blok ‘asid amino’ dengan hanya 8 asid amino yang diperlukan oleh badan. - diperolehi melalui makanan dan baki 12 lagi diperolehi dibuat oleh tubuh badan sendiri. - fungsinya menyatukan sel-sel badan dan mempercepat- kan kuasa tindak balas kimia di dalam sel-sel badan. - sumber protien kelas 1 berasal daripada binatang dan kelas 2 daripada tumbuh-tumbuhan . 1.3 Lemak - sebatian terdiri daripada karbon, oksigen dan hidrogen. - fungsinya mengawal suhu badan dan melindungi

organ- organ penting seperti jantung dan sebagainya.

- ditempatkan di dalam badan di bawah kulit. 1.4 Garam-galian - fungsi utamanya membina enamel dan mencegah pereputan gigi. - membina dan menjaga tulang dan gigi. - membantu dalam proses pembekuan darah . - pembentukan ‘haemoglobin’ dalam sel darah merah dan menghindarkan penyakit ‘anaemia’. - kelenjar tirod yang berfungsi dengan baik dapat menghindarkan penyakit ‘beguk’. 2. Menyebut makanan yang sesuai untuk ahli-ahli sukan sebelum dan semasa pertandingan. - diet yang mengandungi karbohidrat yang sederhana selama 3 hari sebelum acara dipertandingkan ( 250 – 500 gram sehari ). - kurangkan makanan berlemak. - makan makanan yang lebih mengandungi protien untuk pembesaran otot.

Buku Sumber PJ & PK

- 34 -

Minggu 32 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik Irama Isi Pergerakan 1.7 - Ketangkasan Ringkuk badan dan ayun Guling balak Kemahiran/ Butir Mengajar Menelentang, kaki rapat dan tangan lurus ke belakang. Lipat lutut ke dada dan dakap. Ayun badan ke depan dan belakang. Tolak bahu ke depan dan lepaskan tangan dari dakapan dengan serentak. Luruskan tangan ke depan dan lonjak badan ke atas kaki. Berdiri tegak.

Menelentang, kaki rapat dan tangan lurus ke belakang. Regangkan badan, guling badan ke sisi sehingga kembali ke kedudukan asal. Minggu 32 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit Isi 1. Denggi a.. Merancang kempen kebersihan negeri - mengadakan aktiviti peringkat sekolah. i. Kempen kebersihan sekolah. ii. Ceramah mengenai denggi iii. Pertandingan melukis poster. iv. Kuiz anti denggi v. Pertandingan syarahan Program kesihatan diri Kemahiran/ 1 Menerangkan. Butir Mengajar 2 Menyenaraikan.

Buku Sumber PJ & PK

- 35 -

3. Melabel. 4. Melukis . Minggu 33 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Gimnastik irama Isi Pergerakan 1.8 – Teknik alatan Alatan bulat Alatan bulat dan leper Alatan lembut dan berombak Alatan panjang, langsing dan lembut Alatan keras dan padu Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Alatan bulat Melantun bola Mengimbang bola Meleret bola atas lantai

Alatan leper Menghayun gelung Memusing

Alatan lembut dan berombak Mengubah bentuk Menghayun Membuat bentuk lapan

Alatan panjang, langsing dan lembut Melakukan skip perlahan/laju Mengimbang tali dalam tangan Menghayun tali

Alatan keras dan padu Menghayun kayu Mengetuk kayu dengan ritma Minggu 34 1 Waktu

Buku Sumber PJ & PK

- 36 -

Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Rekreasi Isi Aktiviti berhalangan Contoh aktiviti : - laluan tali - tembok tinggi - titi berayun - rangkak buaya - gayut tarzan. - lompat pagar Kemahiran/ 1. Murid menyenarai jenis aktiviti berhalangan. Butir Mengajar 2. Membeza perkara yang selamat dan bahaya.

3. Menyenarai langkah-langkah yang perlu diambil. Minggu 34 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Penyakit berjangkit Isi 1. AIDS a.. Merancang kempen kebersihan negeri - mengadakan aktiviti peringkat sekolah. i. Ceramah mengenai bahayanya AIDS. ii. Pertandingan syarahan dan melukis poster iii. Mengedarkan risalah mengenainya. iv. Amalan kehidupan yang sihat v. Menyenaraikan bahaya AIDS kepada kita Kempen kesedaran Kemahiran/ 1. Merumuskan kepentingan menjaga diri dalam kehidupan. Butir Mengajar Menyenaraikan kepentingan.

Buku Sumber PJ & PK

- 37 -

3. Melabel. Minggu 35 2 waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Rekreasi Isi 1. Keselamatan di air ( asas teknik menyelamat ) Kemahiran/ Butir Mengajar a. Penggunaan tali - campakkan tali ke arah mangsa - pastikan pelempar tali tidak berdiri terlalu dekat dengan air - dirian tapak pelempar tali mestilah pada kedudukan satu kaki di hadapan dan satu kaki lagi di belakang. Condongkan badan ke belakang. - pastikan tali ditarik berterusan dan dalam keadaan tegang. b. Penggunaan ‘kicking board’ - gunakan alat pengapung sebagai bahan penyelamat - berenang ke arah mangsa. - penyelamat harus berada lebih kurang 2 meter atau lebih daripada mangsa. - campakkan sekeping kicking board kepada mangsa - dapatkan mangsa dari belakang dan tolak mangsa ke tepi

kolam. c Teknik menunda - elakkan membantu mangsa dari hadapan - dapatkan mangsa dari belakang - tarik rambut mangsa atau kilas lehernya dengan lengan. - tunda mangsa ke tepi kolam. Minggu 36 1 Waktu Tunjang 1PJ KECERGASAN Tajuk Kelajuan Isi Definisi – kebolehan seseorang melakukan pergerakan pantas dalam masa yang singkat. Kemahiran/ Butir Mengajar 1. Membincangkan faedah memanas dan menyejukkan badan dalam kegiatan harian.

Buku Sumber PJ & PK

- 38 -

- aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam me- lakukan aktiviti kelajuan. 2. Melakukan aktiviti kelajuan dalam kumpulan. - lari berganti-ganti 4 X 50 m - lari pecut 50 m 3. Melabelkan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan aktiviti kelajuan. Minggu 36 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Pertolongan cemas Isi 1. Peti kecemasan - kepentingan menyediakan peti kecemasan - tempat strategik untuk menyimpan peti kecemasan. - isi kandungan – ubat-ubatan dan keperluan lain - pemeriksaan berkala peti kecemasan agar bekalannya dalam keadaan baik dan tidak luput. - petugas yang bertanggungjawab untuk mengguna dan

menjaganya. 2 Rawatan awal - rawatan segera kepada seseorang yang mengalami kecemasan untuk memberikan kelegaan segera atau meringankan kesakitan dan menyelamatkan sebelum menerima rawatan dari pakar perubatan. - bukan mengambil alih tugas pegawai perubatan atau doktor. - diberi hanya oleh mereka yang bertauliah. Kemahiran/ 1. Merumuskan. Butir Mengajar Menghuraikan. Minggu 37 2 Waktu Tunjang 3 PJ KESUKANAN Tajuk Pengurusan

Buku Sumber PJ & PK

- 39 -

Isi Pengurusan alatan sukan dan permainan Kemahiran/ 1. Melakar susun atur alatan sukan dan stor sukan. Butir Mengajar 2. Menyenaraikan 3 ciri susun atur alatan sukan dengan baik dan selamat. - berat di bawah dekat dengan pintu. - ringan dan kecil di atas. - berbahaya di satu sudut. - asingkan barang-barang yang rosak dan perlu dibaik pulih.

Minggu 38 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Rekreasi Isi Aktiviti Berhalangan 1. Keselamatan a. Klasifikasi tempat aktiviti dijalankan - di hutan - sungai - laut. b. Klasifikasi tempat yang berbahaya. - kawasan perkelahan contoh air terjun, pantai dan sebagainya. - kawasan yang licin, berlumut, dalam harus dilabelkan sebagai peringatan. c Cara menjaga keselamatan diri - mematuhi arahan dan larangan papan tanda di satu-satu kawasan. - pasti tempat yang dikunjungi ada papan tanda amaran. - pastikan memakai alat keselamatan semasa di pantai. Kemahiran/ 1. Menyenaraikan. Butir Mengajar

2. Perbincangan.

Membeza dan menghuraikan.

Buku Sumber PJ & PK

- 40 -

Minggu 38 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Pertolongan cemas Isi 1. Rawatan awal. i. pengertian rawatan awal. ii. keperluan rawatan awal atau bantuan mula iii. perlu memikirkan tahap atau kemampuan diri untuk memberikan pertolongan iv. tidak membahayakan diri atau mangsa v. dapatkan rawatan lanjutan di hospital atau pusat perubatan Kemahiran/ 1. Menghuraikan. Butir Mengajar 2. Merumus. Minggu 39 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - bola keranjang Isi 1. Lantun bola dengan bergerak pantas - lantun bola di tempat yang sama.

- bergerak perlahan-lahan dan tukar kelajuan - bergerak dengan pantas.

Kemahiran/ 1. Menyenaraikan. Butir Mengajar 2. Berbincang.

Minggu 40 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN

Buku Sumber PJ & PK

- 41 -

Tajuk Permainan - bola keranjang Isi 1. Hantaran lantun dan lantun sambil bergerak Hantaran lantun tanpa bergerak

- hantaran lantun kiri dan kanan tangan

Hantaran lantun sambil bergerak - hantaran lantun sambil bergerak ke arah yang berlainan

Kemahiran/ 1. Menyenaraikan. Butir Mengajar

2. Berbincang. Minggu 40 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Pertolongan Cemas Perkhidmatan Kesihatan Isi Hospital Tempat untuk rawatan

- definisi tempat rawatan - keperluan rawatan - jenis-jenis rawatan

- rawatan lanjutan (pakar) Kemahiran/ 1. Berbincang. Butir Mengajar Membeza dan menghurai.

3. Merumus.

Minggu 41 2 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - bola keranjang Isi Lantun bola setempat a. Lantun bola setempat

Buku Sumber PJ & PK

- 42 -

- gunakan bahagian jari tangan. - lantun di hadapan dan di sisi badan - berat badan di bahagian tapak kaki.

- lantunan sekitar paras pinggang dan lutut dibengkokkan Kemahiran/ 1. Melakukan aktiviti lantunan dengan baik Butir Mengajar Minggu 42 1 Waktu Tunjang 2 PJ KEMAHIRAN Tajuk Permainan - bola keranjang Isi 1. Kelecek dan menjaring. - bergerak sambil melantun bola ke satu arah - berhenti dan memegang bola - berdiri kaki buka menghadap jaring dengan jarak yang sesuai. Kaki kanan di hadapan. - memegang bola untuk jaringan dengan cara yang betul Kemahiran/ 1. Melakukan kemahiran asas kelecek dengan baik. Butir Mengajar 2. Melakukan kemahiran menjaring dengan baik.

Buku Sumber PJ & PK

- 43 -

Minggu 42 1 Waktu Tunjang 3 PK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Tajuk Pertolongan Cemas Isi 1. Perkhidmatan Kesihatan - Jenis-jenis perkhidmatan kesihatan 2. Klinik Swasta - Perkhidmatan yang boleh didapati 3. Doktor Pakar - Definisi - Perkhidmatan Kemahiran/ 1. Perbincangan. Butir Mengajar 2. Menyenarai. 3. Merumus.

Buku Sumber PJ & PK

- 44 -

IKHLAS DARI; 1. HAMIZON BIN HAMID 2. TAHRAN NAZIM BIN MOHD TAHIR 3. SOLEMAN BIN SARIPAN 4. HAMID BIN MAN 5. AZMI BIN ZAINAL ABIDIN

Buku Sumber PJ & PK

- 45 -