penulisan tahun 6

231
PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENULIS KARANGAN MEMBACA 1. Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh murid-murid apabila menulis karangan ialah gagal memberikan isi yang baik dan bernas . Di samping itu juga murid-murid gagal memberikan kupasan isi yang jelas iaitu isi sokongan yang padu dan mantap serta kekurangan isi. 2. Masalah ini pasti akan dapat diatasi, jika murid-murid banyak melakukan pembacaan dan sering berbincang dengan rakan-rakan. 3. Bahan-bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku-buku cerita merupakan sumber rujukan yang terbaik dan berkesan. 4. Membaca adalah kunci kepada pengetahuan kerana ada pepatah mengatakan bahawa “Banyak membaca, luas pengetahuan”. 5. Pastikan setiap kali selepas melakukan setiap pembacaan hendaklah mencatatkan segala isi-isi penting ke dalam buku nota. BERFIKIR DAN MENYELIDIK 1. Selain banyak melakukan pembacaan, kita juga hendaklah menggunakan akal kita untuk memerhatikan kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Ini akan dapat membantu kita mengembangkan daya pemikiran kita. Contohnya: Kamu terlihat satu kemalangan jalan raya. ( Peristiwa ini boleh mengajak kita untuk berfikir; mengapa kemalangan boleh berlaku – salah siapa – bagaimana cara untuk mengelakkan kemalangan – mengapa perlu ada undang-undang jalan raya dan sebagainya.) BERBINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT 1. Ingat! Untuk meluaskan lagi pengetahuan kita, kita hendaklah sentiasa mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan kita tentang sesuatu topik yang telah kita baca. Jangan jadi kedekut untuk berkongsi maklumat. Lebih kerap kita berbincang, lebih banyak maklumat yang akan berjaya kita kumpul. 2. Dengan perbincangan juga, kita akan dapat mengumpulkan ke semua isi-isi yang terbaik dan secara tidak lansung ini akan mengajar kita untuk menajamkan lagi pemikiran kita. 1

Upload: cikgukhair

Post on 04-Aug-2015

29.679 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN TAHUN 6

PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENULIS KARANGAN

MEMBACA

1. Salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh murid-murid apabila menulis karangan ialah gagal memberikan isi yang baik dan bernas . Di samping itu juga murid-murid gagal memberikan kupasan isi yang jelas iaitu isi sokongan yang padu dan mantap serta kekurangan isi.

2. Masalah ini pasti akan dapat diatasi, jika murid-murid banyak melakukan pembacaan dan sering berbincang dengan rakan-rakan.

3. Bahan-bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku-buku cerita merupakan sumber rujukan yang terbaik dan berkesan.

4. Membaca adalah kunci kepada pengetahuan kerana ada pepatah mengatakan bahawa “Banyak membaca, luas pengetahuan”.

5. Pastikan setiap kali selepas melakukan setiap pembacaan hendaklah mencatatkan segala isi-isi penting ke dalam buku nota.

BERFIKIR DAN MENYELIDIK

1. Selain banyak melakukan pembacaan, kita juga hendaklah menggunakan akal kita untuk memerhatikan kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Ini akan dapat membantu kita mengembangkan daya pemikiran kita.

Contohnya: Kamu terlihat satu kemalangan jalan raya. ( Peristiwa ini boleh mengajak kita untuk berfikir; mengapa kemalangan boleh

berlaku – salah siapa – bagaimana cara untuk mengelakkan kemalangan – mengapa perlu ada undang-undang jalan raya dan sebagainya.)

BERBINCANG DAN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT

1. Ingat! Untuk meluaskan lagi pengetahuan kita, kita hendaklah sentiasa mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan kita tentang sesuatu topik yang telah kita baca. Jangan jadi kedekut untuk berkongsi maklumat. Lebih kerap kita berbincang, lebih banyak maklumat yang akan berjaya kita kumpul.

2. Dengan perbincangan juga, kita akan dapat mengumpulkan ke semua isi-isi yang terbaik dan secara tidak lansung ini akan mengajar kita untuk menajamkan lagi pemikiran kita.

PERBENDAHARAAN KATA

1. Kita juga haruslah mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang banyak kerana ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih berkesan.

2. Cara terbaik bagi kita untuk mengumpul perbendaharaan kata dengan banyak ialah mempunyai pembacaan dan sentiasa merujuk kepada kamus terbitan yang terkini.

3. Ingat! Kita juga harus tahu menggunakan perkataan-perkataan yang telah kita pilih itu dengan bijaksana. Jadi sentiasalah menjadikan guru kamu sebagai pakar rujuk kamu jika menghadapi masalah. Malu bertanya, sesat jalan.

4. Sentiasalah menggunakan perkataan-perkataan baru dalam penulisan kamu. Latihan secara berterusan akan memahirkan diri kamu.

1

Page 2: PENULISAN TAHUN 6

CARA-CARA BERKESAN UNTUK MENULIS KARANGAN

Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk di atas, ingin saya perjelaskan di sini bahawa ada beberapa perkara yang menyebabkan murid tidak dapat menulis dengan karangan baik atau menepati kehendak soalan.

- Tiada minat- Tanggapan karangan susah- Tidak boleh membaca- Tidak faham apa yang dibaca- Baca merangkak-rangkak- Tidak mempunyai idea- Kurang membaca- Tidak membuat nota atau peta fikiran

KARANGAN CERITA1. Karangan ini sebenarnya terbahagi kepada enam bahagian iaitu:

i) Gambar Tunggalii) Gambar Bersiriiii) Cerekaiv) Menyambung Ceritav) Berakhir denganvi) Karangan KBKK

2. Karangan jenis ini biasanya merupakan karangan yang tidak berformat.

3. Di antara perkara-perkara yang sering ditimbulkan ialah:

i) suka, duka, atau ngeriii) pengalaman sebenar, bahan bacaan, rekaan semata-mataiii) melengkapkan cerita dengan berpandukan pendahuluan atau permulaan/penutup yang

diberikan.

4. Jadi karangan ini mesti mempunyai tiga perkara iaitu:

i) Pendahuluanii) Puncak/Klimaks Ceritaiii) Penutup

5. Ia merupakan karangan yang menceritakan tentang sesuatu perkara atau peristiwa.

6. Peristiwa atau cerita yang hendak anda gambarkan haruslah logik. Oleh itu, anda harus membayangkan peristiwa yang hendak digambarkan itu dengan sebaik-baiknya.

7. Cerita anda hendaklah mempunyai unsur pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca. Unsur pengajaran tersebut boleh disampaikan secara langsung atau tidak langsung.

8. Untuk menjadikan karangan kamu lebih menarik, selitkanlah peribahasa, perumpamaan dan sebagainya.

2

Page 3: PENULISAN TAHUN 6

CEREKA/GAMBARAN

- Karangan ini ada berkaitan dengan cerita atau sesuatu peristiwa untuk anda tuliskan.- Ia selalunya berkisar kepada:- Ia memerlukan anda menggabungkan segala pengalaman/pengetahuan sedia ada- Karangan jenis ini mesti mempunyai pendahuluan yang menarik, klimaks cerita yang berkesan dan penutup yang berunsurkan pengajaran.- Isi mestilah logik dan berkaitan- Bahasa yang hendak digunakan mestilah menarik dan berkesan. Pelbagai ragam ayat boleh digunakan. Kiasan, ungkapan dan perumpamaan yang sesuai dengan jalan cerita boleh dimasukkan.

1. Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.

Setiap orang pasti mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Begitulah dengan diri insan yang kerdil ini. Peristiwa itu merupakan peristiwa hitam dalam hidupku. Ianya berlaku tiga tahun yang lalu sewaktu aku di tahun tiga.

Peristiwa itu bermula pada suatu hari yang tarikhnya tidak lagi kuingati. Nenek sakit tenat. Mula-mulanya dia hanya demam biasa sahaja. Setelah beberapa hari, demamnya semakin melarat. Aku ingin membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia enggan pergi. Katanya,"Biarlah dia mati di rumah dan bukan di hospital." Aku begitu takut dengan mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh nenek.

Sejak daripada kecil lagi, neneklah yang mengasuh aku. Walaupun ibu dan bapaku menghalangnya supaya tidak menjaga aku dan rehat sahaja di rumah, tetapi dia enggan. Dia berkata akulah cucu perempuan yang dia ada sekarang. Sedangkan emak-emak saudaraku ramai lagi anak perempuan. Agaknya aku yang paling rapat dengannya. Jadi akulah yang paling disayanginya.

Keesokan harinya, aku berasa berat hati untuk meninggalkan nenek keseorangan di rumah. Ibu dan bapaku bekerja. Namun nenek tetap juga menyuruh aku ke sekolah. "Pergilah cu, tinggalkan nenek di rumah, nenek boleh menjaga diri sendiri. Ilmu itu penting untuk bekalan di dunia dan akhirat," kata nenek. Aku sungguh sedih mendengar kata-kata nenek. Berat sungguh langkahku ke sekolah kali ini. Aku gagahi juga melangkah setelah mendapat kata-kata perangsang daripada nenek.

Kring, kring! Loceng tanda berakhir sekolah telah berbunyi. Aku sepantas kilat menyambar beg dan terus pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah, aku amat terkejut melihat ramai orang yang berada di rumah nenek. Kemudian emak datang dan memberitahuku bahawa nenek telah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. Aku memahami maksud emak. Tanpa disedari, air mataku berlinangan. Aku tidak dapat menerima hakikat itu. Emak menyuruhku bersabar dan bersyukur kerana Allah lebih menyayangi nenek.

Peristiwa itu memang tidak dapat aku lupakan. Tidak hairanlah sayangku lebih kepada nenek daripada kedua ibu bapaku sendiri.

3

Page 4: PENULISAN TAHUN 6

2. Mimpi yang menakutkan.

Malam itu saya tidur awal. Mungkin akibat kepenatan bekerja di kebun siang itu. Mak dan ayah merasa hairan dengan telatah saya hari itu. Selepas solat Isyak, saya terus melayangkan tubuh di atas tilam.

Entah muslihat apa yang menimpa, malam itu saya telah bermimpi diserang anjing liar.Apa yang jelas lebih 30 ekor anjing liar termasuk lima ekor anjing jadian telah mengejar saya sewaktu saya pulang dari sekolah.

Dalam keadaan tidak terkawal saya terus berlari sekuat hati dan tanpa saya duga anjing-anjing buas turut mengekori saya. Dalam sekelip mata kesemua anjing liar telah mengelilingi saya membentuk satu bulatan. Saya menjadi semakin bingung. Saya cuba menjerit sekuat hati tetapi kerongkong saya seperti tertelan biji durian.

Anjing-anjing liar semakin ganas semuanya dan menyalak. Tanpa saya duga kelima-lima ekor anjing liar terus menerkam saya. Badan saya dirobek-robek dan kepala saya dicabut. Darah bercucuran, perut saya terburai. Hanya suara sayu yang keluar dari mulut saya.

Bila saya tersedar dari mimpi, mak dan ayah sudah berada di sisi saya. Peluh berlumba-lumba keluar dari badan dan malam itu saya hanya mampu menangis.

3. Kebun sekolah saya.

Hari minggu yang lalu, saya, Azman dan Ahmad bercadang untuk membersihkan kebun sekolah saya. Saya pun memberitahu hal itu kepada cikgu. Cikgu Azhan memberikan kebenaran kepada kami untuk membersihkan kebun sekolah. Kami berasa sangat gembira kerana dapat membersihkan kebun sekolah.

Pada keesokan harinya, kami pun membawa barang yang diperlukan. Apabila sampai di sana, kami pun membahagikan tugas. Saya mengambil tugas memotong rumput. Ahmad mengambil tugas menyiram pokok dan Azman pula mencangkul tanah.

Tanpa membuang masa, kami terus menjalankan tugas masing-masing. Sebelum memotong rumput, saya mengisi minyak dahulu ke dalam mesin pemotong rumput. Kemudian saya menjalankan tugas saya untuk memastikan semua rumput pendek.

Ahmad pula membancuh air dengan baja. Ini dapat memastikan kesegaran pokok bunga yang akan disiram nanti. Ahmad menggunakan topeng penutup muka untuk memastikan keselamatan dirinya dan alat penyiram yang sudah dipastikan selamat.

Azman pula mencangkul tanah untuk dibuat batas. Batas itu akan digunakan untuk menanam berbagai jenis sayuran. Apabila batas telah siap, kami pun mula menyemai biji benih di atas batas tersebut. Kami melakukan kerja ini dengan berhati-hati.

Setelah penat bekerja, kami berehat sambil makan, makanan yang dibawa dari rumah. Selepas itu kami berehat sekejap dan berborak. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari kami pun pulang.

4

Page 5: PENULISAN TAHUN 6

4. Hari yang menjadi kenangan saya.

Hari itu, hari Rabu. Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun. Malam sebelumnya, saya telah tidur lewat kerana menyemak nota-nota pelajaran. Barangkali terlalu letih dan penat, saya tertidur. Apabila saya tersedar, ruapnya jam sudah pukul tujuh pagi. Dengan kelam-kabut, saya pun segera pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa, saya ke sekolah dengan menaiki bas. Malangnya, pada hari itu bas yang saya naiki lambat tiba di sekolah kerana berlaku kesesakan di jalan raya.

Apabila tiba di dewan peperiksaan, saya sudah terlewat 15 minit. Saya dimarahi cikgu di hadapan rakan-rakan saya. Malu juga rasanya. Selepas itu, saya ke tempat duduk untuk memulakan peperiksaan. Alangkah terperanjatnya saya, apabila mendapati kotak pensil saya tertinggal di rumah. Mujur cikgu meminjamkan pennya kepada saya. Pada masa itu, masa peperiksaan telah dua puluh minit berlalu. Akhirnya, saya tidak sempat menjawab kesemua soalan yang diberi.

Saya pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Saya takut markah Sains saya dalam peperiksaan hari itu tidak lulus. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan saya tidak membawa payung. Habis basah kuyup pakaian saya.

Tiba di blok rumah, puas saya mengetuk pintu dan menekan loceng pintu tetapi emak tidak juga membuka pintu. Saya melihat jam di tangan. Hampir pukul 1.15 tengah hari. Emak pasti keluar menghantar adik ke sekolah. Kalau tidak menyinggah ke tempat lain, kira-kira lima belas minit lagi emak pasti pulang. Apakan daya, saya terpaksa menunggu emak di luar rumah dengan kesejukan.

MENYAMBUNGKAN /MENYUDAHKAN CERITA

- Karangan jenis ini kebanyakan merupakan jenis karangan tidak terikat.- Faham betul-betul petikan yang diberikan kepada kita- Tentukan tema- Tumpukan fikiran ke arah tema yang kita pilih- Keluarkan isi dengan kaedah peta fikiran- Cantumkan pengalaman/pengetahuan sedia ada anda- Gunakan pelbagai penanda wacana agar karangan anda lebih baik

5. Lengkapkan cerita di bawah.

Waktu anda sedang menunggu bas di perhentisn bas. Dua buah motosikal memecut laju dan berlumba-lumba dan cuba memotong lori yang membawa padi. Tiba-tiba.......

Tiba-tiba ....,'poom....' Kedua-dua motosikal itu telah terlanggar tembok. Lori yang membawa padi itu pula tidak dapat mengawal kenderaannya dan terjerumus ke dalam longkang.

Kelihatan ramai orang sedang menuju ke temapt kejadian. Aku pun tanpa berfikir panjang terus meluru ke arah lori dan motosikal itu. Kedua-dua penunggang motosikal itu mengrang kesakitan.

"Aku tidak boleh berdiam diri!" desis hatiku. Lalu, dengan secepat kilat aku bergegas ke pondok telefon dan menelefon pihak bomba dan ambulans. Kemudian, aku segera menolong mengrluarkan mangsa yang tersepit. Sesungguhnya inilah pengalaman pertamaku mengeluarkan

5

Page 6: PENULISAN TAHUN 6

mangsa yang tersepit. Eee...., sungguh mengerikan. Tiba-tiba kami semua terbau minyak petrol. Oh! Tanpa diduga, api telah pun marak tetapi nasib baik kerana mangsa semua telah berjaya dikeluarkan.

Oleh kerana tidak mahu api menjadi marak, kami semua telah mencedok air longkang dan menyimbah ke dinding kenderaan. Bau hanyir daripada air longkang yang berkeladak itu memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi, aku cuba melenyapkan perasaan geli itu kerana aku hendak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ahli pengakap.

Setelah hampir lima minit, pihak ambulans dan bomba pun tiba. Mangsa-mangsa kemudiannya dibawa ke hospital. Aku bersyukur kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa daripada terkorban. Selama ini, tidak sia-sialah aku menjadi seorang ahli pengakap.

1. Salin kembali perenggan yang menunjukkan penulis geli akan air longkang tetapi terpaksa mencedok air tersebut juga?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

6. Senja merangkak tiba. Ibu masih belum pulang lagi. Sejak ketiadaan ayah, ibu terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan kami berdua. Entah mengapa hari itu, ibu pulang lewat. Hatiku bertambah gusar memikirkan ibu. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba...........

(Mulakan karangan anda dengan ayat terakhir iaitu, sedang aku mengelamun, tiba-tiba .....)

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba telefon berdering. Kring! Kring ! Kring! Mendengarkan telefon berbunyi, aku terus mengangkat ganggangnya. Aku diberitahu bahawa ibuku kini berada di hospital. Aku dengan segera bergegas ke hospital. Fikiranku jadi tidak menentu kerana memikirkan ibuku itu. Berbagai-bagai soalan timbul difikiranku.

Ketika ibuku keluar daripada bilik kecemasan, aku terus mendapatkan doktor. Aku diberitahu oleh doktor bahawa ibuku menghidap penyakit barah otak dan tidak dapat diselamatkan. Mendengarkan berita itu, aku berasa sungguh sedih. Aku tertanya-tanya, siapakah yang mahu menjaga kami adik-beradik. Aku tidak mahu tinggal di rumah anak yatim. Aku dan adikku masih perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Apakan daya semuanya takdir Ilahi. Tiada siapa boleh mengubahnya. Aku hanya pasrah. Hari demi hari aku mengenangkan nasibku dan adikku ini. Keadaan aku dan adikku tidak terurus. Setelah itu, berbagai-bagai rintangan yang aku hadapi. Ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga’. Aku tetap bersabar kerana ini mungkin dugaan Ilahi terhadapku dan adikku.

6

Page 7: PENULISAN TAHUN 6

Setelah berbulan-bulan lamanya, ada sebuah keluarga yang simpati terhadap aku dan adikku. Mereka mengambil aku dan adikku sebagai anak angkat. Aku dan adikku dilayan dengan penuh kasih sayang. Kami hidup dalam penuh kegembiraan. Namun begitu, jasa dan pengorbanan ibu bapaku tidak dapat aku lupakan. Tanpa mereka, siapalah diriku ini.

1. Salin kembali perenggan yang menyatakan ibu penulis menghidap barah otak ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

7. Sudahkan cerita di bawah.

Selepas keletihan bermain bola sepak ,aku pulang dalam keadaan tergesa-gesa kerana hari hampir malam. Tiba-tiba tayar basikalku pecah. Aku mula..........

Aku mula panik dan hampir nak menangis. Tapi aku perkuatkan semangatku dengan berkata kepada hatiku. Aku adalah anak lelaki. Anak lelaki tak boleh takut. Pujuk hatiku lagi.

Hujan mula turun dengan renyai-renyai. Aku menolak basikal ke bawah sepohon pokok yang rendang untuk berteduh dari hujan. Hatiku berdoa agar ada kenderaan yang lalu di jalan itu. Tapi 30 minit sudah berlalu, tiada sebuah kenderaanpun yang lalu di situ. Hujan semakin lebat.

Dalam keadaan hujan yang menggila dan diikuti petir dan guruh. Aku dapat melihat satu cahaya lampu dalam keadaan samar-samar.. Ya, kalau ada lampu tentu ada rumah dan berpenghuni. Bisik hatiku. Tentu dia dapat menolongku, sekurang-kurangnya untuk berteduh dari hujan ini.

Aku terus menolak basikalku meredah hujan dengan harapan penghuni rumah itu dapat menolongku. Apabila aku sampai di situ, aku dapati kawasan sekeliling rumah itu dan halamannya amat kotor sekali. Ini menimbulkan kecurigaan dalam fikiranku. Aku mula melangkah dengan berhati-hati memasuki kawasan rumah itu. Basikal aku tinggalkan agak jauh dari kawasan rumah itu.

Aku cuba mengintai melalui tingkap rumah itu yang kebetulan cerminnya telah pecah. Sebelum sempat aku mengintai, telingaku dapat menangkap suara dari dalam rumah itu. Suara itu kasar dan parau. “Operasi kita kali ini amat berjaya. Cuaca yang tidak menentu ini telah banyak membantu kita,” kata suara itu. “Apa tindakan kita selanjutnya bos,” satu suara lagi menyampuk. “Dadah ini akan kita edarkan esok kepada semua orang kita,” kata suara yang kasar dan parau itu lagi. “Baik bos,” jawab semua suara yang berada di dalam rumah itu serentak. Berdasarkan bunyi

7

Page 8: PENULISAN TAHUN 6

suara itu aku dapat mengagak bahawa sekurang-kurangnya lima orang berada di dalam rumah itu. “Tapi, malam ini kita berehat dulu, esok kita mulakan tugas,” kata suara itu memberi arahan.

Jantungku mula berdenyut kencang. Apa aku harus buat sekarang. Aku mesti hubungi polis. Ya, aku mesti hubungi polis. Akupun menyelinap keluar dari kawasan rumah itu. Basikalku, kusorokkan agar tidak dapat dikesan oleh mereka. Aku mula berlari-lari anak di tepi jalan. Bila letih, aku berjalan dan kemudian aku berlari lagi. Nasibku agak baik kerana sebuah kereta telah lalu di situ. Tanpa berlengah lagi aku terus menahan kereta tersebut. Aku meminta pemandu tersebut menghantar aku ke balai polis yang berdekatan.

Aku menceritakan segala apa yang aku dengar dan nampak kepada anggota polis yang bertugas. Kemudian salah seorang anggota polis itu telah menelefon ke rumahku memberitahu keluargaku bahawa aku berada dalam jagaan mereka dan akan dihantar pulang sebentar lagi setelah selesai membantu anggota polis.

Sekumpulan anggota polis unit UTK telah dikerahkan ke tempat itu dengan berpandukan pelan yang telah aku berikan. Semua pengedar dadah itu telah dapat diberkas. Kebetulan semasa serbuan dibuat, semua pengedar itu sedang tidur dan berkhayal kerana telah mengambil dadah. Jadi mudahlah anggota polis memberkas mereka tanpa masalah.

Kemudian salah seorang anggota polis itu telah menghantar aku pulang. Akupun menceritakan segala-galanya kepada ayah dan ibuku. Basikalku telah dihantar kepadaku pada keesokan harinya. Aku juga telah diberi sijil penghargaan oleh pihak polis dan wang sebagai saguhati. Aku gembira kerana dapat berbakti kepada negara yang tercinta.

1. Perenggan manakah yang membuktikan penulis telah menghubungi pihak polis ? Salin kembali perenggan tersebut ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

8. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan yang berikut. “Pertemuan itu terpaksa berakhir apabila siren kereta api berbunyi. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Minah sekeluarga. Aku berjanji akan mengirim berita kepada keluarga Mak Minah apabila berada di bandar nanti.”

Pagi itu aku sibuk mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa. Mak Minah dan Pak Yusof turut sama membantu. Anak-anak mereka Ecah dan Shikin mengikut ke mana sahaja aku pergi.

8

Page 9: PENULISAN TAHUN 6

Dua minggu berada di rumah mereka, aku berasa sungguh seronok. Ayah dan ibu sengaja menghantar aku ke sini semasa cuti sekolah supaya aku dapat mengenali cara hidup di kampung. Banyak pengalaman yang kuperoleh. Aku pergi ke bendang untuk menuai padi dan ke sungai menangkap ikan. Setiap petang, aku bermain layang-layang dengan Ecah dan Shikin serta kawan-kawan.

Kadang-kadang Mak Minah marah apabila melihat bajuku dan Ecah comot-momot. Oleh itu dia tidak lagi membenarkan kami mengikutinya ke bendang.

Bagaimanapun, kami mencuri-curi pergi juga. Aku suka ke sana kerana dapat belajar membuat seruling. Sungguh merdu irama tiupan seruling daripada batang padi itu.

Pernah sekali kakiku digigit lintah. Aku pun menjerit sehingga hampir pengsan apabila mendapati binatang itu tidak mahu tanggal walaupun aku cuba menarik lintah itu berkali-kali. Mujur Mak Minah dapat membuang lintah itu. Sejak itu aku tidak berani lagi masuk ke dalam bendang. Aku hanya bermain-main sahaja di tepi.

“Kalau dah siap, elok berangkat sekarang. Kereta api bertolak jam 8.00 pagi,” kata Pak Yusof. Kami sekereta pun bertolak menuju ke stesen kereta api.

“Apabila tiba di rumah nanti, sampaikan salam kami kepada emak dan ayah. Farah jangan lupa menulis surat, ya!” kata Mak Minah sambil mengusap-usap rambutku.

“Baik, Mak Minah. Farah akan sentiasa ingat akan kampung ini. Apabila ada cuti, Farah akan datang lagi.” Aku menangis sambil memeluk Mak Minah.

Pertemuan itu terpaksa berakhir apabila siren kereta api berbunyi. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Minah sekeluarga. Aku berjanji akan mengirim berita kepada keluarga Mak Minah apabila berada di bandar nanti.

1. Salin kembali perenggan yang mempunyai perkataan “Kereta api” ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

9. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan yang berikut. “...Pada malam itu pihak polis telah berjaya menagkap kesemua ahli geng pecah rumah itu. Sejak itu penduduk kampung tidak cemas lagi akan kes kecurian yang semakin berleluasa.”

Selepas mendirikan khemah, Zahid dan Rashid pun pergi mencari kayu api manakala Leong dan Rajesh mengemaskan barang-barang. Sambil mencari kayu api itu, Zahid dan Rashid

9

Page 10: PENULISAN TAHUN 6

sempat memetik beberapa kuntum bunga yang cantik dan tumbuh-tumbuhan. Bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan itu untuk dibuat kajian.

Dalam perjalanan pulang ke khemah, mereka terdengar bunyi ranting patah tanda dipijak orang. Mereka pun bersembunyi segera kerana bimbang kalau-kalau bunyi binatang buas. Sejurus kemudian, muncul tiga orang lelaki lalu di hadapan tempat persembunyian mereka. Setiap orang memikul sebuah peti. Salah seorang daripada lelaki itu dikenali oleh mereka. Dia ialah Abang Zuki, penagih dadah di kampung mereka.

“Bagaimana Abang Zuki boleh berada di sini?” tanya Rashid kepada Zahid separuh berbisik.

“Syyy.... jangan bimbang. Aku rasa mereka kumpulan jahat. Cuba lihat, mereka tergesa-gesa sahaja,” kata Zahid.

“Mari kita beredar dari sini,” kata Rashid sambil menarik tangan Zahid.

Semasa tiba di khemah, Rajesh memberitahu ayahnya, Inspektor Bala akan peristiwa semasa mereka berkhemah di hutan tadi.

Pada malam itu pihak polis telah berjaya menangkap kesemua ahli geng pecah rumah itu. Sejak itu penduduk kampung tidak cemas lagi akan kes kecurian yang semakin berleluasa.

1. Salin kembali perenggan yang mempunyai perkataan “Dadah” ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

10. Akhiri karangan kamu dengan “...selepas kejadian itu, saya berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.”

Saya memang suka makan makanan ringan. Di sekolah dan di rumah, saya selalu dileteri oleh ibu bapa dan kawan-kawan agar jangan makan makanan ringan terlalu banyak tetapi saya langsung tidak mempedulikan nasihat mereka.

Saya makan sebegitu makanan ringan sehingga saya jarang menjamah masakan ibu. Pada suatu hari saya muntah-muntah dan badan saya berasa begitu lemah dan saya di hantar ke hospital.

Ayah dan ibu begitu bimbang tentang keadaan diri saya kerana punca sakit saya tidak diketahui.

10

Page 11: PENULISAN TAHUN 6

Selepas beberapa ujian dilakukan, doktor mengesahkan bahawa badan saya kekurangan zat makanan. Ini disebabkan saya makan terlalu banyak makanan ringan yang tidak berzat itu sehingga badan saya menderita kerana tidak mendapat zat-zat yang diperlukan.

Saya terkejut dan berasa takut apabila mendengar penjelasan doktor. Kini saya sedar perbuatan memakan makanan ringan itu hampir meragut nyawa saya. Selepas kejadian itu, saya berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

11. Lengkapkan karangan di bawah ini:

Hujan semakin lebat. Aku melihat jam di tangan. Aku teringatkan ..............Hujan semakin lebat. Aku melihat jam di tangan. Aku teringatkan mak di rumah. Mak

sakit tenat. Namun kerana UPSR kutinggalkan mak seorang diri.

Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan UPSR. Andainya aku gagal atau tidak hadir untuk hari ini, semuanya akan musnah. Aku semakin takut. Guruh sambung-menyambung. Katak-katak pun terus berpesta. Bas terakhir baru beredar. Aku semakin serba salah.

Kuredahi hujan yang menggila. Dengan susah payah akhirnya aku tiba di rumah. Bersama hujan renyai-renyai air mata tumpah ke pipi. Tubuh mak sudah kaku. Muka mak sudah biru. Mak telah pergi bersama hujan tadi.

Kini aku pasrah. Tanpa emak, tanpa ayah dan tanpa sesiapa kutanam sebuah tekad. Teruskan kehidupan, teruskan perjuangan biarpun nanti aku terus sendiri.

12. Lengkapkan karangan yang berakhir dengan ayat “Sejak hari itu, aku menyimpan satu tekad. Aku akan mematuhi segala kata ibu dan bapa”.

Aku memang seorang anak yang nakal. Semua orang mengakui kenakalanku. Emak,abah, kakak Long, Angah serta tuk hanya menggelengkan kepala melihat telatahku. Segala nasihat mak tidak pernah kuendahkan. Biarpun tubuhku sudah sejuta berbaris dek libasan rotan mak, namun aku tetap melakukan kesalahan.

Suatu pagi yang suram, hujan turun renyai-renyai. Emak dan abah tidak ke kebun. Tanpa membuang masa aku terus menuju ke anak sungai di belakang rumah. Air pasang penuh. Aku cukup seronok. Tanpa aku sedar air semakin dalam. Aku terus menjerit. Tuk mendengar jeritanku. Tuk terus terjun ke dalam sungai. Tuk capai tanganku. Selepas itu aku tidak sedar lagi. Aku pengsan.

Aku tersedar dari pengsan. Telingaku mendengar suara orang mengaji. Kulihat ada sebujur tubuh kaku di ruang tamu. Aku meraung sekuat hati. Tuk sudah tiada lagi. Dia lemas sewaktu menyelamatkan aku. Mak menyabarkan aku. Aku merasa cukup berdosa pada tuk.

Bila kurenung sungai itu, aku terbayang wajah tuk dan yang pasti air mata akan tumpah sederas air yang mengalir. Sejak hari itu, aku menyimpan satu tekad. Aku akan mematuhi segala kata ibu dan bapa.

11

Page 12: PENULISAN TAHUN 6

13. Lengkapkan karangan yang bermula dengan ayat “Sudah puas aku menyusuri denai ini. Kulabuhkan punggung di perdu pokok. Tiba-tiba ...........”.

Sudah puas aku menyusuri denai ini. Kulabuhkan punggung di perdu pokok. Tiba-tiba tekakku menjadi haus. Sayup-sayup terdengar air mengalir. Kukumpul seluruh tenaga untuk meneruskan perjalanan. Tubuhku terasa ringan. Aku terus terduduk di tepi sebatang anak sungai.

Matahari semakin terik. Pada perkiraanku sudah seminggu aku tersesat di belukar ini. Mak pasti risau. Aku teruskan perjalanan. Tiba di lereng bukit, aku terjatuh lalu pengsan.

Bila aku sedar, aku berada di sebuah pondok usang. Seorang tua sedang mengubati aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Hanya mata kuyuku yang melihat dari sudut ke sudut.

Keesokan harinya Pak Dol, dukun orang asli, membawa aku ke pekan. Rupanya berita kehilanganku sudah tersebar luas. Kebetulan waktu itu mak dan ayah berada di bali polis. Mak terus meluru ke arahku. Mak meraung sekuat hati. Tanpa segan silu mak mencium pipiku yang kotor.

Keesokan harinya mak buat kenduri kesyukuran. Mak buat pulut kuning kegemaranku. Aku rasa gembira kerana mak tiriku sudah tidak membenciku lagi. Dia berjanji padaku, “Mak akan pelihara kamu seperti mak jaga ayahmu”. Aku tersenyum, air mataku tumpah ke pipi.

14.Ada sinar untukku.

Kadang-kadang aku terfikir, apa gunanya hidup jika asyik menyusahkan orang sahaja. Memang aku beruntung kerana masih dapat melihat dan kedua-dua belah tangan ini masih berfungsi. Tetapi apa gunanya jika kedua-dua kakiku kudung?

Selama tiga tahun aku mengikuti kelas kemahiran di Sekolah.Orang-orang Cacat. Sesudah keluar masih tidak juga berubah. Aku masih begini, makan dan minum dilayan. Mahu mencari kerja, siapa yang mahu orang seperti aku ini?

Apa yang engkau menungkan, Azli? Sejak lahir lagi, kaki kau sudah seperti itu, tidak guna menyesali takdir. Lihat di sekeliling, ramai orang lebih susah, lebih malang. Selagi kau mempunyai otak, boleh berfikir, tak ada kurangnya.

Petang itu, aku meminta emak pergi ke pasar untuk meninjau kawasan bagi memulakan perniagaan. Kata emak, barang-barang pertukangan tangan mempunyai pasaran yang bagus. Malah, hasilnya selalu memikat hati pelancong. Bagi mengenal pasti tempat perniagaan, beberapa buah kedai itu dikunjungi. Tiba di sebuah kedai, dadaku berdetak kencang. Benarkah?

“Kenapa terperanjat?” Tanya Misbun. Bukankah enam bulan dahulu sebelum meninggalkan Sekolah Orang-orang Cacat kita telah berjanji untuk memulakan perniagaan. Sebab itu, tanpa mengejar masa, aku terus memulakan perniagaan aku ini.

Kata-katanya membuatkan aku terasa begitu kecil. Aku tidak harus menyalahi takdir yang telah ditentukan ke atasku. Cahaya kejayaan tetap ada untuk orang-orang yang bernasib malang sepertiku ini.

12

Page 13: PENULISAN TAHUN 6

15. Pengalaman berniaga di kedai buah.

Loceng berdering. Aku pun bangun secepat kilat lalu mencapai tuala mandi. Selepas membersihkan badan, aku pun bersarapan dengan penuh nafsu. Kebetulan pagi itu ayah bersarapan denganku. Aku menggunakan peluang ini untuk meminta izin ayah untuk ke rumah Pak Long. Ayat bertanya hasratku kenapa dengan tiba-tiba hendak ke rumah Pak Long. Aku menyetakan kepada ayah bahawa Pak Long ada mengutuskan surat kepadaku menyatakan ia memerlukan pembantu di gerai buah-buahannya. Aku menyambung, lagipun ayah, kan musim cuti sekolah telah bermula. Ayah membenarkanku pergi dan bertanyakan berapa lama aku akan berada di sana. Lebih kurang sebulan ayah, jawabku.

Setelah mendapat keizinan, aku meminta kebenaran ayah untuk mengemas pakaian. setelah bersiap, ayah menghantarku ke stesen bas. Lebih kurang 10 minit, bas pun beredar. Sepanjang perjalanan ke rumah Pak Long aku dapat melihat pemandangan yang amat menarik sekali. Maklumlah inilah kali pertama aku ke pantai timur.

Hampir enam jam berada di dalam bas, aku pun tiba ke stesen bas Kota Bharu. Pak Long telah siap menantiku dengan senyuman yang lebar. Semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Long aku dapat melihat dusun buah-buahan yang begitu banyak sekali buahnya dan terjaga dengan rapi dan bersih. Aku begitu kagum dengan masyarakat di sana. Lebih kurang 10 minit kami pun tiba di rumah. Mak Long amat seronok melihat aku, maklumlah telah lama benar tidak bersua denganku.

Petang itu juga aku mengikut Pak Long ke gerai buahnya. Walaupun letih, aku gagahi jua untuk ke sana. Aku melihat bermacam-macam jenis buah-buahan tempatan dijual di gerai Pak Long. Semuanya buah-buahan tempatan. Lebih kurang pukul 8 malam Pak Long menutup gerai buah-buahannya. Kami pun pulang.

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Aku tidak sabar lagi untuk menolong Pak Long di gerainya. Selepas sarapan ala kadar, kami pun bertolak ke kedai. Sampai sahaja ke kedai, aku tidak berlengah lagi lalu mencapai penyapu dan menyapu lantai gerai. Kemudian aku megambil pam air dan merenjis buah-buahan dengan air supaya kelihatan segar. Pak Long tersentun melihat gelagatku itu. Pelanggan mula datang. Aku mula melayang pelanggan.

Gerai mula menjadi hingar bingar dengan suara pelanggan yang meminta itu dan ini. Aku mula panik. Mujurlah Pak Long datang membantuku. Lama-kelamaan aku menjadi seronok dan biasa dengan keadaan itu. Celoteh pelanggan juga menjadi penghibur diriku. Kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum sahaja.

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpaku sedari kini telah sebulan aku berada di kampung Pak Long dan ini bererti aku telah membantu Pak Long selama sebulan juga di kedainya. Sebelum pulang Pak Long telah memberi upah kepadaku. Aku cuba menolaknya tetapi dipaksa juga oleh Pak Long. Untuk belanja sekolah katanya.Setelah tiba di rumah aku menceritakan pengalamanku itu kepada ayah. Ayah tersenyum sinis. Bagi diriku, aku tidak akan dapat melupakan pengalaman membantu Pak Long meniaga di gerai buahnya.

16. Ceritakan pengalaman anda telah diusik oleh hantu.

Seperti lumrahnya hidup ini, setiap orang mesti mempunyai pengalaman sama ada gembira, sedih, lucu, dan sebagainya. Tidak terkecuali insan yang kerdil ini. Aku mempunyai

13

Page 14: PENULISAN TAHUN 6

pengalaman yang menakutkan, iaitu diusik oleh hantu. Pengalaman inilah yang akan aku kongsi bersama-sama dengan anda di bawah ini.

Hari ini merupakan hari minggu. Selalunya pada hari yang begini, aku akan mengisi masa lapangku dengan memancing ikan. Jadi pada pagi itu, akupun bersiap-siap untuk pergi memancing.

Kali ini aku akan memancing ditempat yang diberitahu oleh Pak Leman, jiran sebelah rumahku yang kegemarannya sama denganku. Kata Pak Leman kawasan itu banyak ikan tetapi agak sunyi. Pak Leman memberi petua kepadku untuk ke sana. Aku sudah bertekad, hari ini aku mesti pergi ke tempat itu.

Setelah siap bekalan dan peralatan memancing, akupun bertolak dengan mengayuh basikal kesayanganku. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, akupun tiba di kawasan itu. Memang betul kata Pak Leman, kawasan itu sunyi dan menyeramkan. “Ah, persetankan semua itu!” kata hatiku. Yang penting kali ini aku mesti dapat ikan yang banyak supaya tidak diejek oleh abang dan kakak seperti dahulu.

Aku memilih satu kawasan yang redup dan berdekatan dengan lubuk. Pokok-pokok yang rendang dan besar tambah menyeramkan lagi suasana di situ. Aku mula memasang umpan dan memancing. Ikan tidak henti-henti hinggap di mata kailku. Aku makin galak memancing. Aku tidak sedar yang cuaca mula berubah dan hujan mula turun renyai-renyai. Aku terkejut apabila mendapati jam tangan menunjukkan hampir pukul 7.00 malam.

Tiba-tiba telingaku menangkap suara kanak-kanak menangis. Aku memasang telinga untuk memastikan dari arah mana datangnya suara itu. Suara itu semakin lama semakin perlahan dan amat sayu. Lampu suluh di tanganku mula bergetar. Aku mula merasa seram.

Apabila aku mendongakkan kepalaku ke atas. Aku dapati bahawa sebenarnya, suara itu adalah suara langsuir yang sedang bermain-main di celah-celah pohon yang besar itu. Langsuir itu memandang saya dengan satu pandangan yang amat menggerunkan. Mata merah menyala, kukunya amat panjang dan rambutnya yang panjang itu dibiarkan mengerbang. Sungguh menyeramkan. Langsuir itu mula mengilai dengan galaknya.

Apa lagi, aku terus membuka langkah seribu. Apa yang ada di hadapanku terus ke rempuh. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap. Aku tidak ingat apa-apa lagi.

Apabila aku membuka mata, aku dapati aku telah berada di rumah. Aku terus menangis dan bersyukur kepada Allah. Rupa-rupanya aku telah dijumpai oleh Pak Leman dalam keadaan pengsan di dalam hutan itu. Pak Leman telah ke sana setelah ibuku memberitahu Pak Leman bahawa kau tidak pulang dari memancing sejak dari pagi tadi.

Aku benar-benar berterima kasih pada Pak Leman dan berjanji tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh lagi. Pengalaman ini telah mengajar aku segala-galanya.

14

Page 15: PENULISAN TAHUN 6

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING

1. Kamu telah menyaksiakan suatu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta api ekspres.Gambarkan kemalangan tersebut.

Pendahuluan- Tempat kejadian.- Suatu kemalangan yang dahsyat.Isi-isi penting- Kereta api tergelincir – lima buah gerabak terbalik.- Membawa banyak penumpang – terdapat 10 buah gerabak – penumpang lebih kurang 200

orang.- 20 orang mengalami kecederaan parah – dihantar ke hospital – tiada kemalangan jiwa.- Pihak bomba dan anggota penyelamat sibuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.- Penduduk yang tinggal berdekatan juga turut membantu.Penutup- Semua mangsa dibawa ke tempat yang selamat sementara menanti bas yang akan membawa

mereka ke destinasi masing-masing.

2. Kamu dan kawan-kawan kamu berpeluang untuk menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Tulis pengalaman kamu itu.

Pendahuluan- Balik ke kampung – cuti persekolahan.Isi-isi penting- Pelbagai peristiwa dan pemandangan dapat diperhatikan sepanjang perjalanan.- Di kiri dan kanan jalan dapat melihat pokok-pokok, ladang getah, ladang kelapa sawit, sawah

padi dan kawasan hutan.- Di sepanjang perjalanan, kereta api berhenti di perhentian – dapat melihat bandar-bandar

yang belum pernah disinggahi sebelum ini.- Melalui kawasan kampung – dapat melihat pelbagai bentuk rumah tradisional yang berbeza-

beza antara negeri.- Perjalanan tidak membosankan – dapat berkenalan dengan penumpang-penumpang yang lain.Penutup- Selamat tiba – menaiki bas pulang ke rumah.

3. Suatu pertandingan wau telah diadakan di tempat kamu. Gambarkan suasana pertandingan tersebut.

Pendahuluan- Banyak penduduk telah datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut.Isi-isi penting- Pelbagai jenis wau telah dibawa oleh para peserta.- Wau telah dinaikkan ke udara.- Wau bulan dan wau burung sangat cantik.- Kanak-kanak sangat seronok melihat pertandingan ini.- Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar kepada pemenang.Penutup- Kami berasa sangat gembira kerana dapat melihat pertandingan wau tersebut.

15

Page 16: PENULISAN TAHUN 6

4. Suatu pagi anda dan rakan-rakan anda sedang menunggang basikal ke sekolah, anda ternampak seorang tua terjatuh ketika melintas jalan. Ceritakan usaha-usaha anda dan rakan-rakan anda untuk membantu orang tua itu.

Pendahuluan Berbasikal bersama rakan-rakan untuk ke sekolah- jarak ke sekolah lebih kurang dua kilometer.Isi-isi penting

A) Ternampak seorang tua terjatuh ketika melintas jalan - berhenti untuk menolongnyaB) Siva memberikan isyarat kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan.C) Aku dan Chong memapah orang tua itu ke tepi jalan-mengelap darah di siku dan

lututnya.D) Menahan sebuah kereta-meminta pemandunya menghantar orang tua itu ke klinik.

Penutup Orang tua itu mengucapkan terima kasih.

5. Anda menaiki bas untuk ke rumah emak saudara anda . Tiba-tiba bas yang anda naiki itu terbabas. Ceritakan pengalaman anda ketika kejadian itu.

Pendahuluan Menaiki bas ke rumah Mak Long – hujan turun dengan lebat – pemandu bas memandu dengan berhati-hatiIsi-isi penting

A) Tiba-tiba sebuah kereta muncul di selekoh- menghala ke tengah jalan – pemandu bas membrek serta merta.

B) Pergerakan bas tidak terkawal – terbabas lalu melanggar sebatang pokok – semua penumpang menjerit.

C) Terdengar suara penumpang mengerang kesakitan – pasukan penyelamat tiba - kerja-kerja menyelamat dilakukan

D) Aku mendapat luka di dahi – penumpang yang cedera parah dibawa kehospital.Penutup Aku bersyukur kerana terselamat – tidak ada nyawa yang terkorban

6. Suatu petang kamu pergi memancing di sungai bersama dua orang rakan kamu. Tiba-tiba kaki salah seorang rakan kamu patah kerana tergelincir . Nyatakan tindakan kamu untuk menyelamatkannya.

Pendahuluan Pergi memancing di sungai – di hujung kampung – meminta izin dari kedua ibu bapa – menaiki basikal.Isi-isi penting

a) bawa joran dan umpan cacing – meninggalkan basikal di tepi jalan – berjalan kaki ke sungai mengikut lorong kecil

b ) Memanjat sebuah batu besar – Amran tergelincir- menjerit kesakitan – Aku dan Salim mendapatkannya.c ) Salim balik untuk mendapatkan bantuan- aku mengikat kaki amran dengan dua batang ranting kayu - – cuaca semakin panas d ) Salim datang bersama bapa Amran – mengusung Amran – dibawa ke hospital – mendapatkan rawatan

Penutup Bapa Amran mengucapkan terima kasih.

16

Page 17: PENULISAN TAHUN 6

7. Suatu hari anda dan rakan-rakan anda pergi ke sebuah kedai buku . Anda ternampak satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas . Ceritakan usaha-usaha anda dan rakan-rakan anda untuk menangkap perompak-perompak itu.

Pendahuluan Hari minggu – bersama Rozita dan Laila – untuk membeli buku latihan UPSR – berjalan kaki kerana kedai tidak jauh.Isi-isi penting A ) Ketika keluar dari kedai buku – sebuah kereta berhenti di hadapan kedai emas – 2 orang lelaki bertopeng – masuk ke kedai emas.

B) Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan – lari masuk semula ke kedai buku – menelefon polisC ) Polis datang – perompak tidak mahu menyerah diri- berlaku kejadian tembak menembak - aku dan rakan-rakan menyorokD) Seorang perompak ditembak mati- seorang lagi cedera parah – dibawa ke hospital

PenutupPegawai polis memberi pujian kerana berani melaporkan kejadian.

8. Anda dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dengan bas. Sila gambarkan suasana di perhentian bas pada hari itu.

Pendahuluan Suasana di perhentian bas riuh rendah- ada kanak-kanak menangis, orang berbual dan ketawaIsi-isi penting

A ) bagai-bagai ragam dapat dilihat - ada yang duduk- duduk, ada yang termenung – pakaian mereka berbagai-bagai fesyenB) J am menunjukkan pukul 11 pagi- bas yang dinanti belum tiba- orang ramai semakin letih.C) Pengumuman dibuat-bas sudah sampai- bangun naik bas- mencari tempat duduk.

Penutup Lega walaupun lewat kerana dapat balik kampung-seronok melihat ragam manusia

9. Sekolah anda telah mengadakan hari sukaneka tidak lama dulu. Gambarkan suasana sukaneka pada hari tersebut.

Pendahuluan Sukaneka kali ke 47 – diadakan di padang sekolah.Isi-isi penting

A ) Persediaan dibuat sejak tiga minggu- latihan rumah sukan-persiapan hari sukanekaB) Upacara perbarisan-bacaan ikrar-ucapan perasmianC) Perbagai acara dipertandingkan – acara yang anda sertai dan pencapaian kumpulan anda-

acara kemuncak-tarik taliD) Ramai ibubapa hadir- suasana sangat meriah- upacara penyampaikan hadiah -Johan

rumah sukan .Penutup Hari sukaneka tamat- membersihkan kawasan

17

Page 18: PENULISAN TAHUN 6

10. Semasa mandi-manda di sungai, dengan tidak semena-mena anda telah dihanyutkan arus deras. Ceritakan detik-detik cemas yang anda lalui sehingga dapat menyelamatkan diri.

Pendahuluan Hari minggu - mandi manda dengan rakan-rakan disebatang sungai- seronok.Isi-isi penting

A) Hujan turun -arus sungai bertukar menjadi semakin deras - aku dihanyutkan – menjerit meminta tolong

B) Rakan-rakan cuba menolong- tidak berupaya keran arus sungai yang derasC) Nasib baik- dapat berpaut pada akar pokok yang terjuntaiD) Dapat menyelamatkan diri – tangan luka kerana tercucuk ranting dahan yang hanyut

Penutup Menyesal- tidak akan mandi di sungai itu.

11. Suatu pagi ketika anda hendak ke sekolah, anda telah terlihat seorang pemuda berjalan dengan berhati-hati di dalam semak. Ceritakan perkara yang berlaku seterusnya.

Pendahuluan Berasa curiga- memerhatikan gerak-geri pemuda itu.Isi-isi penting

A ) Pemuda itu bergerak ke kedai Pak Kadir- aku mengekorinyaB ) Cuaca agak gelap – kedai Pak Kadir masih belum dibuka.D) Berlari kerumah Pak Kadir- tidak jauh dari kedainya-memberitahu Pak Kadir – bersama

Pak Kadir segera pergi ke kedainyaE) Pak Kadir menahan pemuda itu – menyoalnya – pemuda itu sedang mencari ayam

kesayangannyaPenutup Meminta maaf daripada pemuda itu – Pak Kadir memuji- sikapku yang prihatin – meneruskan perjalanan ke sekolah.

12. Suatu ketika di kampung kamu telah diadakan satu pertandingan ‘ Rumah Tercantik Dan Terbersih ‘. Kamu sekeluarga telah menyertai pertandingan tersebut. Nyatakan tindakan-tindakan yang di ambil oleh kamu sekeluarga sempena pertandingan tersebut.

Pendahuluan Pertandingan rumah tercantik dan terbersih- kami sekeluarga bersetuju menyertainyaIsi-isi penting

A ) Membersihkan kawasan sekeliling rumah – mengecat rumahB ) Memasang langsir baru- menyusun semula perabot.C) Mengemas dapur – membaiki bahagian rumah yang rosakD) Menanam pokok-pokok hiasan

Penutup Hari keputusan pertandingan – majlis rasmi – gembira kerana berjaya.

18

Page 19: PENULISAN TAHUN 6

13. Bapa kamu mempunyai sebuah kebun . Suatu hari, dia telah jatuh sakit dan meminta kamu pergi menggantikannya bekerja di kebun sepertimana biasa dilakukannya setiap hari. Apakah yang kamu lakukan dikebun pada hari itu. Nyatakan.

Pendahuluan Bapa mempunyai sebuah kebun- jatuh sakit – meminta aku menggantikannnya.Isi-isi penting

A ) Mengambil peralatan yang biasa dibawa – pergi dengan menaiki basikal- sampai awal dikebun – melihat tanaman yang ditanamB ) Mula membersihkan kebun – memotong rumput – mengumpulkan daun-daun - membakarnya. .D) Pergi kepondok- mengambil baja – menaburnya -supaya subur dan mengeluarkan buahE) Cuaca semakin panas – berehat – minum – sambung kerja – membersihkan perparitan-

supaya air mudah mengalirPenutup Tengah hari- kerja selesai- pulang- memberitahu ayah tentang kerja dikebun- ayah bangga.

14. Suatu ketika sekolah kamu menganjurkan pertandingan kelas tercantik. Nyatakan tindakan kamu dan rakan rakan untuk mencantikkan kelas kamu.

Pendahuluan Pertandingan kelas tercantik- mendapat sokongan guru- berbincang dengan rakan-rakan – dilantik sebagai ketuaIsi-isi penting

A ) Membersihkan kelas mengikut jadual – menyusun meja dan kerusi mengikut susunan B ) Membuat carta-cata mata pelajaran- mendapatkan bahan-bahan- menampal pada sudut- sudut.C ) Menyediakan ruang bacaan- tikar dan buku-buku bacaan tambahan- jadual membacaD ) Memasang langsir- kumpul duit- menjahit langsir- membalut semua meja-

Penutup Mendapat pujian dari guru kelas- memberikan semangat kepada rakan-rakan supaya bersungguh-sungguh menjaga kecantikan kelas.

15. Guru kemahiran hidup telah mengarahkan anda rakan sekelas anda untuk menjadikan satu kawasan dibelakang sekolah sebagai kawasan kebun sayur mini. Nyatakan tindakan anda untuk merealisasikan harapan guru tersebut.

Pendahuluan Diarahkan untuk membuat mini kebun sayur- belakang bangunan sekolah- kawasan terbiar penuh lalang- berbincang dengan rakan-rakan.- merancang aktiviti mengikut peringkat.Isi-isi penting

A ) membersihkan kawasan- gotong-royong- membakar rumput yang dipotong- membuat batas.B ) Mendapatkan benih- jenis-jenis sayuran yang akan ditanam- menabur benih mengikut batas C ) Mengadakan jadual giliran- menjaga dan menyiram air- mencabut rerumput- menabur bajaD) Mendapatkan khidmat nasihat dari guru- menyembur racun untuk mengelakkan serangan ulat

19

Page 20: PENULISAN TAHUN 6

Penutup Selepas tiga minggu - tanaman semakin subur- mendapat pujian dari guru besar- berasa bangga- tanaman semakin membuahkan hasil.

16. Kamu telah menyertai satu perkhemahan anjuran persatuan pengakap. Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.

Pendahuluan Minggu lepas- tiga hari dua malam- tempat- Jumlah pelajar- guru pengiring- Isi-isi penting

A ) Hari pertama- pagi – mendirikan khemah- mencari kayu api- memasak – petang – pertandingan kawad- mandi sungai- B ) Malam pertama– berjalan dalam hutan- kompas hilang sesat- diselamatkan guru- tangan luka- sampai di khemah awal pagi C) Pagi hari kedua- pertandingan ikatan- memasak- petang- petang - latihan kecemasan di

air- malam tiada aktivitiD) Pagi hari penutup- mengemaskan khemah –membersihkan kawasan- majlis penutup-

mendapat pujian Penutup Pulang dengan gembira- banyak pengalaman- mahu pergi lagi

17. Kamu dalam perjalanan untuk memancing dengan rakan. Tiba-tiba terlihat satu kemalangan . Apakah tindakan kamu?

Pendahuluan Minggu lepas- pagi- mahu memancing- mendapat keizinan ibu bapa- naik basikal Isi-isi penting

A ) Satu selekoh- sebuah motosikal laju – terbabas-langgar pokok- penunggang terpelanting- motor meletup dan terbakarB ) penunggang luka parah- pengsan- mendapatkan bantuan- menahan sebuah kereta C) Ikut ke hospital – mangsa sedar- kaki kanannya patah –menelefon keluarganya

Penutup Pulang dengan ke rumah- bapa risau- menceritakan- bapa memberi pujian

18. Kamu sedang dalam perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki sebuah bas ekspres. Ketika bas berhenti rehat kamu turun dari bas untuk makan disebuah gerai yang agak jauh. Akibat terleka anda telah ditinggalkan oleh bas tersebut. Malangnya beg pakaian anda masih berada dalam bas tersebut. Apakah tindakan anda?

Pendahuluan Pulang ke kampung- sendirian- naik bas ekspres- duduk ditempat paling belakang- seorang diri Isi-isi penting

A ) Bas berhenti rehat- makan digerai yang agak jauh- terlihat orang bermain bola sepak- tersedar terlalu lama menonton- pergi ketempat bas berhenti-bas sudah tiada-cemasB ) Terfikir untuk menelefon datuk di kampung- menceritakan perkara yang berlaku – meminta datuk menunggu bas tersebut di perhentiannyaC) Menahan sebuah teksi- sampai- terjumpa datuk- datuk berjaya mendapatkan semula beg-

berasa legaPenutup Di rumah datuk- nasihat-jangan leka- berhati-hati – berjanji tidak akan cuai lagi.

20

Page 21: PENULISAN TAHUN 6

19. Kamu telah menyaksikan suatu kecelakaan jalan raya baru-baru ini. Gambarkan suasana di tempat kejadian itu.

Pendahuluan- Masa dan tempat kejadian – dalam perjalanan ke sekolah.Isi-isi penting- Penunggang motosikal mencuba untuk memotong kenderaan lain – bertembung dengan

kereta dari arah yang bertentangan.- Penunggang motosikal tercampak – cedera parah – pemandu kereta cedera ringan.- Orang ramai bertumpu di tempat kejadian – jalan raya sesak.- Ambulans lambat sampai – penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.Penutup- terkejut – tidak jadi ke sekolah – balik ke rumah.

20. Kamu dibawa ibu bapa kamu melancong ke sebuah pulau. Semasa menaiki feri ke pulau itu, ribut telah melanda dan perjalanan kamu telah terganggu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pendahuluan- kamu dibawa melancong ke Pulau Tioman – menaiki feri yang agak canggih.- Semasa menaiki feri, langit cerah kerana di luar musim monsun.Isi-isi penting- Di pertengahan perjalanan, tiba-tiba angin bertiup agak kencang – ombak bergulung-gulung.- Feria yang dinaiki terolang-aling tapi masih dapat bertahan.- Dalam feri sudah banyak penumpang yang mabuk dan muntah – ada yang pengsan;anak-anak

kecil menangis.- Kami sekeluarga membaca ayat-ayat suci al-Quran.- Pemandu feri berusaha menuju ke pulau kecil untuk berlindung daripada ribut.- Bersyukur kerana pemandu berjaya membawa feri ke pulau kecil itu – ribut reda satu jam

kemudian.

Penutup- pengalaman itu sukar dilupakan.

Soalan-soalan latihan UPSR1. Ceritakan pengalaman anda sesat di hutan.2. Ceritakan pengalaman anda sewaktu menyertai perarakan Hari Kebangsaan di tempat anda.3. Anda telah berjaya memenangi hadiah pertama dalam satu pertandingan mengarang. Ceritakan perasaan anda ketika itu.4. Anda dan keluarga anda telah berpindah dari rumah setinggan ke rumah pangsa. Ceritakan perasaan anda ketika itu.5. Anda telah mengunjungi satu pameran buku terbesar yang pernah di adakan di tempat anda. Ceritakan kunjungan anda ke sana.6. Dalam perjalanan pulang daripada mendaki gunung, anda telah terjatuh dan tercedera. Rakan anda terpaksa meninggalkan anda untuk mendapatkan bantuan. Ceritakan pengalaman anda pada masa itu sehingga anda diselamatkan.7. Pada cuti penggal kedua yang lepas anda telah melawat sahabat pena anda yang tinggal di luar negeri. Ceritakan mengenai lawatan tersebut.8. Ceritakan kehidupan seorang pengemis.9. Majlis hari lahir anda sepatutnya bermula pada jam 8.00 malam. Ibu bapa anda telah keluar ke bandar sejak petang tadi dan masih belum pulang lagi. Anda berasa sangat cemas. Ceritakan bagaimana kesudahannya.

21

Page 22: PENULISAN TAHUN 6

10. Seorang sahabat anda akan meninggalkan anda kerana mengikut keluarganya berpindah ke tempat lain. Ceritakan segala kenangan yang pernah anda lalui sepanjang persahabatan dengannya dahulu.11. Suatu pengalainan yang amat menakutkan yang pernah saya alami.12. Anda telah melawat sebuah perkampungan nelayan.Ceritakan keindahan pemandangan dan pengalaman anda semasa di sana.13. Menghabiskan masa cuti sekolah bersama-sama nenek di kampung.14. Hari Sabtu itu aku melawat Hani di Hospital. Semasa aku tiba di bilik D3, Hani sedang tidur nyenyak setelah diberi makan pil tidur. Ku renung wajah Hani perlahan-lahan lalu ... ( Mulakan karangan anda dengan Ku renung wajah Hani perlahan-lahan lalu ...).15. Dia berasa sebak dan terharu apabila melihat keadaan ibunya itu. Dia cepat menyedari betapa kasihnya ibu kepadanya. Walau bagaimanapun ... (Mulakan karangan anda dengan Walau bagaimanapun ...}.

Surat Tidak Rasmi

22

Page 23: PENULISAN TAHUN 6

1. Surat jenis ini ialah surat bersifar peribadi yang ditulis kepada sahabat-handai, ahli-ahli keluarga atau saudara-mara.

2. Terdapat beberapa jenis surat tidak rasmi iaitu surat bertanya khabar, surat tahniah, surat takziah dan sebagainya.

3. Nama, alamat pengirim dan tarikh ditulis di sebelah kanan atas surat.

4. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya.

5. Pembuka kata dan kata-kata pujian ditulis ke dalam sedikit, iaitu di kiri surat. Pembuka kata dan kata-kata pujian ini hendaklah ditulis setelah menalgkau satu atau dua baris selepas tarikh.

6. Bagi surat jenis ini kata-kata tujuan bergantung kepada sesiapa penerima surat tersebut.

7. Ganti nama-ganti nama yang sesuai mestilah digunakan. Ganti nama tersebut adalah seperti berikut.

Pengirim Penerima surata) Anak ( anakanda ) Ayah ( ayahanda )b) Anak ( anakanda ) Ibu ( bonda )c) Adik ( adinda ) Abang/Kakak ( kakanda )d) Abang/Kakak( kakanda ) Adik ( adinda )e) Cucu ( cucunda/cunda ) Nenek/Datuk( nenda )f) Saya Saudara/Saudari/Sahabatg) Saya Cikgu/Tuan/Puan

8. Perenggan isi dan penutup ditulis ke dalam sedikit, iaitu sejajar dengan pembuka kata. Perenggan-perenggan isi dan penutup itu sebaik-baiknya ditulis selepas melangkaui satu baris kosong.

9. Rangkai kata seperti “Yang ikhlas”, “Yang benar” , dan sebagainya ditulis sebagai pengakhir surat. Rangkai kata ini ditulis di sebelah kanan surat, iaitu selepas melangkau dua hingga tiga baris setelah menulis penutup surat. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan tanda koma mestilah diletakkan selepas rangkai kata tersebut.

10. Tandatangan diletakkan di bawah rangkai kata berkenaan.

17. Kamu tinggal dengan nenek kamu di kampung. Pada hujung minggu akan datang, guru kelas kamu telah merancang membuat lawatan ke Zoo Negara. Kamu juga ingin turut serta.Tulis sepucuk surat kepada bapa kamu untuk meminta izin dan juga sedikit wang belanja.

54 Kampung Padang Relau,Tiga Ratus Kaki,Seberang Perai Selatan.

12 Oktober 1998.

23

Page 24: PENULISAN TAHUN 6

Menemui ayahandaku yang kini berada di Pulau Pinang dengan selamatnya. Apa khabar ayahanda dan bonda di sana? Anakanda serta nenda di sini sentiasa sihat. Moga-moga ayahanda dan bonda lebih-lebih lagi hendaknya.

Ayahanda,

Tujuan anakanda melayangkan surat ini kepada ayahanda adalah untuk meminta sedikit wang daripada ayahanda. Untuk pengetahuan ayahanda, guru kelas anakanda akan membuat lawatan ke Zoo Negara pada hujung minggu akan datang. Oleh sebab itu, anakanda ingin meminta sedikit wang untuk belanja. Wang untuk lawatan telah nenda berikan. Anakanda ke sana selama sehari sahaja.

Di samping itu, anakanda juga ingin meminta kebenaran daripada ayahanda untuk menyertai lawatan tersebut. Anakanda telah meminta kebenaran daripada nenda dan nenda membenarkan anakanda menyertainya. Nenda juga ingin memberi wang kepada anakanda untuk belanja. Tetapi anakanda menolak. Ayahanda sudah tentu membenarkan anakanda menyertainya.

Sekian sahaja warkah anakanda untuk kali ini. Sampaikan salam anakanda kepada bonda serta ahli keluarga yang lain. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,________________________(Siti Nur Hamimah Mohamed)

18. Anda tinggal di asrama di sebuah bandar. Tuliskan sepucuk surat kepada keluarga di kampung dan ceritakan tentang kehidupan anda sekarang.

Asrama Puteri,Sekolah Menengah Al-Irshad,Kepala Batas,Pulau Pinang.

8 Ogos 1998.

Menemui bonda dan ayahanda yang kini berada di Butterworth dengan selamatnya. Apa khabar? Anakanda harap bonda dan ayahanda berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Bonda dan ayahanda,

Bagaimana keadaan keluarga di kampung sekarang? Anakanda berharap mereka semuanya sihat-sihat belaka. Sudah lama anakanda tidak bersua muka dengan keluarga semua. Anakanda di sini amat merindui keluarga di kampung.

Sejak kebelakangan ini, anakanda sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Oleh sebab itulah anakanda tidak sempat untuk menghantar khabar berita kepada keluarga. Inipun anakanda mencuri masa untuk menulis surat ini kepada keluarga di kampung.

24

Page 25: PENULISAN TAHUN 6

Walaupun dahulu anakanda tidak dapat menyesuaikan diri sewaktu mula masuk di sekolah ini. Sekarang tidak apa lagi. Alhamdullah, anakanda sudah dapat menyesuaikan diri dengan tempat ini sekarang. Sungguhpun kita jauh di mata namun dekat di hati.

Sekarang anakanda rasa begitu letih sekali. Ini kerana anakanda juga sibuk menjalani latihan sukan yang diadakan pada waktu petang. Anakanda harap ayahanda, bonda serta keluarga memahami keadaan anakanda di sini sekarang.

Sebelum anakanda mengakhiri warkah kali ini, terima salam rindu daripada anakanda kepada semua. Sekiranya ada terkasar bahasa, maafkanlah. Restuilah anakanda di sini. Wassalam.

Anakandamu,

(Siti Nur Hamimah Mohamed)

19. Kamu baru sahaja menerima surat daripada sahabat pena kamu yang tinggal di Pulau Pinang. Dia menceritakan tempat-tempat menarik yang terdapat di sana dan meminta kamu menceritakan tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri kamu. Tulis surat itu selengkapnya.

502 J Kampung Lapan,Taman Merak Kayangan,75350 Melaka.

26 Julai 1998.

Menemui sahabtku Nur Fazlin Shazwana yang kini berada di Pulau Pinang dengan selamatnya. Apa khabar? Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Saudari,

Tujuan saya melayangkan surat ini kepada saudari adalah untuk membalas lembaran saudari yang lalu. Saya telah menerimanya dua hari yang lalu. Mengikut cerita dalam surat saudari, tempat saudari memang seronok. Sekiranya saya ada peluang untuk ke sana, saya tidak akan melepaskannya.

Di tempat saya pula kaya dengan peninggalan sejarahnya. Pelancong yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke kota A Famosa. Kota ini dahulu menjadi kubu pertahanan untuk orang-orang Portugis.

Antara tempat-tempat lain adalah seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Ianya merupakan satu tempat yang telah diisytiharkan kemerdekaan oleh Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman Purta Al-Haj.

Muzium samudera yang kaya dengan sejarahnya juga terdapat di sini. Ianya dibina dalam bentuk sebuah kapal. Di dalamnya banyak terdapat sejarah-sejarah tetang kapal-kapal oleh setiap bangsa yang berdagang ke Melaka. Tempat ini amat menarik sekali.

25

Page 26: PENULISAN TAHUN 6

Sekiranya saudari Fazlin ingin mengetahui tempat-tempat menarik di negeri saya, datanglah ke rumah saya. Saya amat mengalu-alukan kedatangan saudari ke sini. Semoga kita dapat berjumpa semula di lain masa.

Sebelum saya mengakhiri warkah saya ini, tolong sampaikan salam saya kepada kedua orang tua saudari. Wassalam.

Sahabatmu,(Siti Nur Hamimah Mohamed)

20. Kamu menerima sepucuk surat daripada rakan kamu. Dia menjemput kamu menghadiri sambutan hari lahirnya yang ke-12. Kamu tidak dapat hadir kerana ada beberapa masalah. Jawab surat rakan kamu itu dan terangkan sebab-sebab kamu tidak

dapat hadir.1841 Bagan Dalam,12100 Butterworth,Pulau Pinang.

28 Julai 1998.Menemui sahabatku Noor Afizah yang kini berada di Bukit Mertajam dengan

selamatnya. Apa khabar? Diharap berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Saudari,

Tujuan saya melayangkan surat ini kepada saudari adalah nuntuk memohon maaf kerana saya tidak dapat hadir ke majlis hari lahir saudari yang ke-12. Ini kerana saya terpaksa mengikut keluarga saya pulang ke kampung.

Saya akan ke sana pada hari yang saudari mahu mengadakan sambutan hari lahir saudari. Nenek saya sedang sakit tenat di kampung. Oleh yang demikian, saya terpaksa pulang ke kampung untuk melawatnya.

Saya amat berharap agar saudari tidak berkecil hati kerana saya tidak dapat menghadirinya. Walaupun saya tidak dapat menyambutnya dengan saudari, saya berharap agar sambutannya meriah. Jangan pula kerana ketiadaan saya nanti, saudari membatalkan majlis itu.

Oleh kerana saya tidak dapat datang, saya menghadiahi saudari dengan lafaz”Selamat Menyambut Hari Lahir dan Semoga Panjang Umur”. Saya amat memohon maaf daripada saudari.

Sebelum saya mengakhiri warkah saya, sampaikan salam saya kepada kedua orang tua saudari. Wassalam.

Sahabatmu,(Siti Nur Hamimah Mohamed)

21. Abang kamu sedang menuntut di luar negara. Tulis sepucuk surat kepadanya menyatakan keadaan keluarga di tanah air, kemajuan pelajaran kamu dan cita-cita kamu

1841 Bagan Dalam,12100 Butterworth,Pulau Pinang.

19 Julai 1998.

26

Page 27: PENULISAN TAHUN 6

Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan selamatnya. Apa khabar? Adinda berharap agar kakanda berada di dalam keadaan sihat walafiat. Adinda dan keluarga di kampung semuanya sihat.

Kakanda,

Tujuan adinda melayangkan warkah ini kepada kakanda adalah untuk menyatakan keadaan keluarga di kampung. Untuk pengetahuan kakanda, adinda telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Al-Irsyad. Kakanda Farah pula telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya.

Adinda juga ingin memberitahu kakanda bahawa bonda diserang demam panas baru-baru ini. Tetapi kaknda janganlah risaukan keadaannya kerana dia semakin pilih sekarang. Ahli keluarga yang lain semuanya seperti yang kakanda lihat dahulu semasa pulang ke tanah air.

Kakanda,

Adinda juga berhajat hendak menjadi seperti kakanda. Kakanda dapat berjaya dengan cemerlang dan diterima masuk ke universiti. Adinda kagum dengan kejayaan kakanda. Pelajaran adinda sekarang pun bertambah baik. Adinda juga bercita-cita hendak menjadi seorang pensyarah yang disegani seperti kakanda juga.

Oleh yang demikian, adinda perlulah belajar bersungguh-sungguh dan mencontohi diri kakanda. Adinda amat berharap agar adinda dapat berjaya dengan cemrlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti. Adinda berjanji akan berusaha dengan lebih tekun lagi.

Sebelum adinda mengakhiri warkah ini, adinda ingin sampaikan salam keluarga dan adinda kepada kakanda. Wassalam.

Yang jauh,

(Siti Nurhamimah bt. Mohamed)

22. Abang kamu sedang menuntut di luar negara. Tulis sepucuk surat kepadanya menyatakan keadaan keluarga di tanah air, kemajuan pelajaran kamu dan cita-cita kamu.

346 Ujung Batu,12100 Butterworth,Pulau Pinang.

19 Julai 1998.

Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan selamatnya. Apa khabar? Adinda berharap agar kakanda berada di dalam keadaan sihat walafiat. Adinda dan keluarga di kampung semuanya sihat.

Kakanda,

Tujuan adinda melayangkan warkah ini kepada kakanda adalah untuk menyatakan keadaan keluarga di kampung. Untuk pengetahuan kakanda, adinda telah diterima masuk ke

27

Page 28: PENULISAN TAHUN 6

sekolah berasrama penuh Al-Irsyad. Kakanda Farah pula telah mendapat keputusan yang cemrlang di dalam peperiksaannya.

Adinda juga ingin memberitahu kakanda bahawa bonda diserang demam panas baru-baru ini. Tetapi kaknda janganlah risaukan keadaannya kerana dia semakin pilih sekarang. Ahli keluarga yang lain semuanya seperti yang kakanda lihat dahulu semasa pulang ke tanah air.

Kakanda,

Adinda juga berhajat hendak menjadi seperti kakanda. Kakanda dapat berjaya dengan cemerlang dan diterima masuk ke universiti. Adinda kagum dengan kejayaan kakanda. Pelajaran adinda sekarang pun bertambah baik. Adinda juga bercita-cita hendak menjadi seorang pensyarah yang disegani seperti kakanda juga.

Oleh yang demikian, adinda perlulah belajar bersungguh-sungguh dan mencontohi diri kakanda. Adinda amat berharap agar adinda dapat berjaya dengan cemrlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti. Adinda berjanji akan berusaha dengan lebih tekun lagi.

Sebelum adinda mengakhiri warkah ini, adinda ingin sampaikan salam keluarga dan adinda kepada kakanda. Wassalam.

Yang jauh,

(Siti Nurhamimah bt. Mohamed)

23. Anda telah mengetahui ibu kawan karib anda telah meninggal dunia. Tulis sepucuk surat ucapan takziah kepadanya.

10, Kampung Nyiur Bukit,14020, Bukit Mertajam,Seberang Prai,Pulau Pinang.

4 April 1997.

Menemui sahabatku Sabarina di Arau dengan iringan doa semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan tenang selalu.

Saudari,

Saya di sini sihat dan sentiasa mengingati saudari di sana. Saya berharap saudari sentiasa dilindungi Allah. Bersabarlah dengan apa yang saudari sedang hadapi sekarang.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan takziah kerana kematian ibu saudari yang disayangi. Saya amat terkejut dan bersimpati atas kejadian yang saudari alami itu.

Saya mendapat tahu tentang perkara ini daripada rakan lama kita semasa berada di Asrama Sri Puteri, iaitu Azizah. Azizah telah datang sendiri ke rumah saya kerana dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

28

Page 29: PENULISAN TAHUN 6

Setiap yang hidup akan mati juga. Begitulah juga dengan kita yang belum tahu bilakah masanya. Tuhan amat menyayangi ibumu dan sebab itulah dia kembali menemui Tuhan terlebih dahulu. Saya tahu ibu saudari terpaksa menanggung keperitan hidup kerana menghidap penyakit buah pinggang. Saya doakan agar Tuhan memasukkan rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman.

Anggaplah kejadian ini sebagai dugaan Tuhan terhadap hamba di bumi ini. Bersabarlah meneruskan liku-liku hidup ini kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Tiada yang lebih mengetahui dan berkuasa kecuali Allah.

Akhirnya kata, sambutlah salam saya dan bertenanglah menempuh hidup tanpa ibu di sisi. Biarlah segala rintangan dan cubaan terus m,enguatkan azam dan semangat saudara untuk terus melangkah ke arah kejayaan. Anggaplah apa yang terjadi sebagai titik permulaan kepada kemenangan.

Sekian, terima kasih.Sahabatmu, Yatie

24. Anda telah berpindah rumah baru. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat anda yang berada di Baling, Kedah.

Lot 327,Kampung Jeram,26100 Beserah,Pahang Darul Makmur.

9 September 1997.

Menemui sahabatku, saudara Aznil yang berada di Baling, Kedah semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Doa saya semoga saudara sekeluarga berjaya dalam apa jua yang diimpikan.

Saudara,

Apa khabar sekarang? Saya harap mudah-mudahan sihat walafiat. Saya di sini sentiasa sibuk. Sekarang ini saya terpaksa membasuh dan menghias rumah baru kami. Oh, ya! Saya dan keluarga baru berpindah di Taman Anggerik ini. Kawasan perumahan ini dibina tiga tahun lepas dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana. Taman bunga dan taman rekreasi dibina di antara dua kawasan perumahan berdekatan.

Di hadapan taman ini, terdapat balai polis dan balai bomba. Tiap-tiap petang saya melihat anggota polis dan bomba bermain dan berlatih bersama-sama. Di sebelahnya pula terdapat muzium kraf tangan. Terdapat beraneka hasil kraf tangan seperti wau, tikar mengkuang, bubu, tudung saji, sangkar burung merbuk, dan lain-lain.

Di hujung tahun ini terdapat sawah padi yang menghijau. Anak-anak padi meliuk-lintuk dipupuk angin petang. Sungguh indah dan nyawan. Saya rasa seronok tinggal di sini. Hanya setakat ini sahaja. Kalau ada kelapangan, jemputlah berkunjung ke sini. Nanti saya boleh menjemput awak di stesen bas nanti.

29

Page 30: PENULISAN TAHUN 6

Sekian, wassalam.

Sahabatmu,

Syukri

25. Sahabat pena anda telah mengirim surat untuk menjemput anda ke majlis hari lahirnya dan mengharapkan maklum balas daripada anda. Tulis surat balasan tersebut.

14, Kampung Ara,

89450 Tanjung Aru,Sabah.

11 Mei 1997.

Menemui sahabatku Sahlan yang berada di Kampung Melayu Sarawak semoga berbahagia dan sihat walafiat.

Saudara,Apa khabar saudara di sana? Saya di sini syukur masih sihat dan sentiasa mengingati

kawan-kawan yang mengenali diri saya. Harapan saya agar saudara juga sihat sejahtera.

Untuk pemgetahuan saudara, saya telah menerima sepucuk surat daripada saudara yang bertarikh 6 Mei yang lalu. Saya telah membaca dan memahami isi kandungan surat tersebut. Terima kasih kerana saudara sudi menjemput saya sekeluarga untuk meraikan majlis perkahwinan kakak saudara. Maklumlah saya di Malaysia Timur dan awak di Malaysia Barat, Laut China Selatan yang memisahkan kita.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana pada tarikh yang sama, iaitu 23 Mei, saya akan mengikuti ibu dan bapa ke luar negeri yang akan berkursus selama dua minggu. Ini bermakna saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Saya terpaksa mengikuti mereka kerana tiada sesiapapun yang tinggal di rumah ini nanti. Abang dan kakak saya semua sudah berpindah ke rumah masing-masing semenjak mendirikan rumah tangga.

Saya berharap saudara janganlah berkecil hati atas ketidakhadiran saya dan keluarga ke majlis perkahwinan itu. Walau bagaimanapun saya mendoakan agar majlis tersebut berjalan lancar dan meriah sekali. Saya juga berharap tiada apa-apa aral semasa majlis persandingan itu diadakan. Semoga jodoh kakak saudara akan berkekalan ke akhir hayat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan `Selamat Pengantin Baru’ kepada kakak saudara. Sampaikan salam saya kepada semua dan kepada adik Salim, rajin-rajinlah belajar. Sesungguhnya tidak mudah untuk mencapai kejayaan tanpa pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Jika ada kesilapan saya memohon beribu-ribu kemaafan. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu yang jauh,

Ahmad Fitri

30

Page 31: PENULISAN TAHUN 6

Latihan 1

Rakan kamu telah terlibat dalam satu kemalangan. Kamu tidak dapat menziarahinya kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai pengganti diri, tulislah sepucuk surat kepada rakan kamu untuk mengucapkan takziah dan melahirkan simpati kamu terhadapnya.

31

SKK

( 1 )Kata-kata aluan( Hafalan )

( 2 )Bertanya khabar ( Hafalan )

( 3 ) Terkejut

( 4 )Bersimpati/Minta maaf/Peperiksaan

( 5 )Rajin-rajin makan ubat

( 7 ) Penutup(Hafalan )

( 6 )Akan menziarahi nanti

Page 32: PENULISAN TAHUN 6

Latihan 2

Anda menerima sepucuk surat daripada kenalan anda. Dia bertanyakan kes penyakit taun yang melanda daerah anda baru-baru ini.

32

SKK

( 1 )Kata-kata aluan( Hafalan )

( 2 )Bertanya khabar ( Hafalan )

( 3 )Surat terima/terima kasih

( 4 )Punca berlaku/Kesihatan

( 5 )Masuk hospital

( 7 ) Penutup(Hafalan )

( 6 )Kes diatasi/Kerjasama

Page 33: PENULISAN TAHUN 6

Latihan 3

Bersempena dengan cuti sekolah, anda telah berkunjung ke Terengganu. Semasa berada di sana, anda berkesempatan mengikut bapa saudara anda memancing ikan di Tasik Kenyir.Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman menarik anda semasa memancing ikan di Tasik Kenyir.

33

SKK

( 1 )Kata-kata aluan( Hafalan )

( 2 )Bertanya khabar ( Hafalan )

( 3 )Menceritakan pengalaman menarik/Memancing

( 4 )Tasik buatan manusia/Keindahanalam/Pembiakan ikan

( 5 )Pancing RM10/Sg. Leban/Bot

( 7 ) Penutup/Kirim salam (Hafalan )

( 6 ) Pelbagai jenis ikan

Page 34: PENULISAN TAHUN 6

Soalan-soalan latihan.

Tuliskan sepucuk surat kiriman tidak rasmi tentang perkara-perkara di bawah. Panjang surat kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu sekeluarga akan bercuti di rumah ibu saudara kamu selama seminggu. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

2. Adik kamu tinggal di asrama. Kamu telah menulis sepucuk surat kepadanya untuk menasihatinya supaya belajar rajin-rajin dan mematuhi segala peraturan di asrama. Tuliskan surat itu.

3. Kamu baru berpindah sekolah. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib kamu untuk menceritakan sekolah baru kamu itu.

4. Ibu kamu mencadangkan untuk mengadakan majlis kesyukuran. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya datang ke majlis itu.

5. Kamu tinggal di asrama. Kamu telah menulis sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya mengirimkan sedikit wang untuk perbelanjaan kamu semasa di asrama. Tuliskan surat itu selengkapnya.

6. Datuk dan nenek kamu tinggal di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada mereka dan menasihati mereka supaya sentiasa menjaga kesihatan.

7. Ayah rakan kamu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Tuliskan sepucuk surat untuk mengucapkan takziah kepada rakan kamu dan keluarganya.

8. Kakak kamu yang sedang belajar di luar negeri telah menulis surat menanyakan prestasi pelajaran kamu. Kamu telah membalas surat kakak kamu itu. Tuliskan surat itu selengkapnya.

9. Kawan kamu telah memenangi pertandingan melukis sempena Hari Wilayah Persekutuan. Tuliskan sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

10. Nenek kamu yang sedang tinggal bersama keluarga kamu sedang sakit. Tuliskan sepucuk surat kepada bapa saudara kamu dan memintanya menziarahi nenek kamu.

11. Keluarga kamu akan berkelah di pantai Port Dickson pada minggu akan datang. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya bersama.

12. Kamu ingin meminjam sebuah buk daripada rakan kamu. Tuliskan sepucuk surat untuk memintanya menghantar buku tersebut kepada kamu.

13. Seorang sahabat pena kamu telah menulis surat menjemput kamu untuk menghabiskan cuti semester di rumahynya. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat pena kamu itu untuk menyatakan persetujuan kamu.

34

Page 35: PENULISAN TAHUN 6

14. Dalam satu pertandingan nyanyian kamu telah dipilih sebagai pemenang. Tuliskan sepucuk surat kepada kakak kamu yang tinggal di Bandar untuk menceritakan hal tersebut.

15. Abang kamu telah berkahwin dan tinggal di Bandar. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk menjemput mereka sekeluarga pulang untuk berhari raya di kampung.

16. Andaikan bahawa rumah kamu terbakar. Harta bendanya musnah dan salah seorang ahli keluarganya cedera parah di dalam kejadian itu. Tuliskan sepucuk surat takziah kepada rakan anda itu.

17. Andaikan bahawa mempunyai sahabat pena di Sabah. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk memberitahu bahawa anda akan ke Sabah pada cuti sekolah ini.

18. Kamu telah dipelawa oleh seorang sahabat kamu pergi berkelah ke suatu tempat. Malangnya kamu tidak dapat pergi. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk memberitahu tentang perkara tersebut dan sebab-sebabnya.

19. Rakan karib kamu telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah beraasrama penuh. Tulis surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah dan memberikan nasihat serta kata-kata galakan.

20. Kamu terpaksa menghadiri pemeriksaan kesihatan di hospital. Tulis sepucuk surat kepada guru kamu menyatakan bahawa kamu tidak dapat menghadiri peperiksaan pada hari tersebut.

21. Kamu ingin menjemput seorang rakan ke majlis perkahwinan kakak kamu. Tulis sepucuk surat kepadanya.

22. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, tulis sepucuk surat kepada Guru Besar memintanya merasmikan Pertandingan Berbalas Pantun yang dianjurkan oleh persatuan kamu.

35

Page 36: PENULISAN TAHUN 6

SURAT RASMI

1. Surat rasmi ditulis untuk tujuan tertentu yang rasmi seperti membuat permohonan, membuat aduan, membuat rayuan, jemputan rasmi, pesanan, dan sebagainya.

2. Surat rasmi ialah jenis karangan berformat.

3. Nama dan alamat pengirim ditulis di penjuru bahagian atas surat. Kemudian setelah selang satu baris, buat satu garisan melintang di bawahnya.

4. Setelah selang satu baris,nama, jawatan, dan alamat penerima ditulis di bawah garis lintang, iaitu selari dengan alamat pengirim. Baris terakhir alamat penerima hendaklah digaris.

5. Tarikh ditulis di sebelah kanan, iaitu sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah.

6. Kata ganti diri penerima hendaklah ditulis dengan panggilan rasmi iaitu: A) Tuan (untuk lelaki) B) Puan (untuk perempuan) C) Yang amat Berhormat (Perdana Menteri, Timb. P. Menteri, Menteri Besar, Ketua-ketua Menteri) D) Yang Berhormat (ADUN atau Parlimen)

7. Perkara surat ditulis selepas panggilan hormat penerima dan gariskan di bawahnya.

8. Tujuan dan isi surat hendaklah ditulis dengan ringkas dan tepat. Bagi perenggan pertama dan perenggan akhir, anda hendaklah menulisnya ditepi surat tanpa diberi nombor.

9. Bagi perenggan kedua, ketiga dan seterunya,anda haruslah menulis nombor dan tanda noktah(.) Permulaan ayat hendaklah dijarakkan dua anak jari. Iaitu terkeluar sedikit.

10. Bagi perenggan yang mempunyai pecahan, gunakan huruf abjad seperti (a), (b), (c) dan sebagainya.

11. Akhiri surat rasmi dengan ucapan terima kasih.

12. Pengakuan pengirim seperti "Yang benar" atau "Yang ikhlas" hendaklah ditulis di sebelah kiri dan diikuti dengan tanda tangan, nama pengirim dalam huruf besar dan jawatan yang disandang.

36

Page 37: PENULISAN TAHUN 6

26. Kamu ingin memohon cuti sekolah untuk melawat nenek kamu yang sedang sakit di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas atau Guru Besar untuk menyampaikan hasrat kamu itu.Mohamed bin Abbas,1841, Bagan Dalam,12100 Butterworth,Pulau Pinang.

Encik Azhan bin Hamid,Guru Kelas 6 Dinamik,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai,Bagan Dalam,12100 Butterworth. 18 MAC 1998.

Tuan,Memohon CutiDengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas adalah bapa kepada Siti Nur Hamimah dari kelas 6 Dinamik ingin memohon cuti.

2. Untuk pengetahuan tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah mulai minggu hadapan iaitu mulai 21 Mac sehingga 25 Mac kerana melawat neneknya yang sedang sakit tenat di kampung.

3. Saya berjanji akan menyuruh anak saya membuat kerja rumah yang diberikan. Sayaberharap agar tuan dapat meluluskan permohonan cuti ini.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Saya juga berharap tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Yang berharap,------------------------(MOHAMED ABBAS)

27. Kamu ingin memohon cuti sekolah untuk melawat nenek kamu yang sedang sakit di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas atau Guru Besar untuk menyampaikan hasrat kamu itu.3413, Bagan Dalam,12100 Butterworth,Pulau Pinang.

Puan Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai,Bagan Dalam,12100 Butterworth. 18 MAC 1998.

37

Page 38: PENULISAN TAHUN 6

Puan,Memohon CutiBerhubung dengan perkara di atas, saya Noor Afizah Ahmad, pelajar tahun Enam Dinamik tidak dapat hadir ke sekolah dari 1 Mei hingga 7 Mei 1998.

2. Untuk pengetahuan puan, sebenarnya pada tarikh tersebut saya dan keluargaterpaksa pergi ke Kuching untuk melawat mak cik saya yang sedang sakit tenat.

3. Menurut doktor yang memeriksan mak cik saya, beliau mengatakan mak cik saya menghidapi penyakit jantung fasa 3 iaitu kritikal. Jadi, mak cik saya perlu sentiasa memerlukan perhatian yang rapi.

4. Saya berjanji akan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru sepanjang saya tidak hadir ke sekolah. Saya telah berpesan kepada rakan-rakan sekelas saya supaya menyimpan satu salinan nota-nota yang akan diberikan oleh guru-guru.

5. Saya amat-amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan cuti ini.Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang berharap,---------------------------------(NOOR AFIZAH AHMAD)

28. Pasukan sekolah anda ingin mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan sekolah yang berhampiran. Sebagai ketua pasukan, anda diminta menulis sepucuk surat untuk mengundang pasukan bola sepak sekolah berkenaan mengadakan perlawanan.Tuliskan surat tersebut selengkapnya.Pasukan Bola Sepak,Sek. Keb. Kuala Perai,Bagan Dalam,12100 Butterworth. Tel : 04-3231884

Persatuan Bola Sepak,Sek. Ren. Keb. St. Mark,Bagan Luar,12200 Butterworth,Pulau Pinang. 12 JULAI 1998.

Tuan,MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATANBerhubung dengan perkara di atas, saya selaku Ketua Pasukan Bola Sepak sek. Keb. Kuala Perai ingin mengundang pasukan bola sepak sekolah tuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

2. Perlawanan itu mungkin sekali akan diadakan pada bulan September selepaspeperiksaan UPSR akan datang.Perlawanan ini juga seperti tahun-tahun sebelum ini. Ia akan melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Butterworth ini.

3. Sekolah yang akan menjadi tuan rumah akan kita bincangkan. Sekiranya sekolahtuan bersetuju untuk menyertainya, hantarkanlah surat persetujuan secepat yang mungkin.

38

Page 39: PENULISAN TAHUN 6

4. Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-muridyang terpendam selama ini. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim di kalangan murid-murid dan guru-guru.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,……………………………………….(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Ketua Pasukan Bola Sepak,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

29. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta oleh guru anda menulis surat kepada Persatuan Bahasa Melayu sekolah lain. Tujuannya ialah menjemput persatuan itu menyertai pertandingan drama yang akan diadakan di sekolah anda. Tuliskan surat tersebut.Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai,Bagan Dalam,12100 Butterworth. Tel : 04-3231884

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Rendah Kebangsaan Convent,Jalan Sungai Nyior,12200 Bagan Luar,Pulau Pinang. 31 JULAI 1998.

Tuan/Puan,

MENJEMPUT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN DRAMA

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kuala Perai ingin menjemput Persatuan Bahasa Melayu sekolah puan untuk menyertai pertandingan drama.

2. Pertandingan drama yang akan diadakan ini adalah seperti tahun-tahun sebelumini juga. Beberapa buah sekolah turut dijemput untuk menyertainya. Tarikh pertandingan itu masih belum ditetapkan lagi. Tarikh itu akan diadakan selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak.

3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-muridyang terpendam selama ini. Di samping itu, kita juga dapat meneratkan tali silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid yang berada di sekolah berlainan.

4. Kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai. Sekiranya puan ada masalahtentang hal ini, hubungilah kami ditalian seperti yang tertera di atas. Semoga pihak puan dapat memberikan jawapannya secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

39

Page 40: PENULISAN TAHUN 6

Yang benar,___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

30. Sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah, kamu diminta menulis surat kepada pasukan bola sepak sekolah lain untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Tuliskan sepucuk surat untuk menyampaikan hasrat itu.Ketua Pasukan,Bola Sepak Sekolah,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai,Bagan Dalam,12100 Butterworth. Tel: 04-3231884

Pasukan Bola Sepak,Sekolah Rendah Assumption,Jalan Assumption,12200 Butterworth,Pulau Pinang. 12 OGOS 1998.

Tuan,MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ketua pasukan bola sepak sekolah ini ingin menjemput pasukan bola sepak sekolah tuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

2. Tujuan perlawanan persahabatan ini hendak diadakan adalah untuk membiasakandiri para peserta dengan perlawanan. Kebiasaannya, mereka hanya bertanding dengan pasukan sekolah sendiri sahaja. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara murid-murid.

3. Kami bercadang hendak mengadakan perlawanan ini selepas peperiksaan UPSRnanti iaitu pada 8 September 1998. Sekiranya tarikh yang ditetapkan itu sesuai, kita akan tetapkan hari dan tarikh yang lain pula.

4. Semoga pihak tuan dapat bekerjasama dengan kami. Sekiranya pihak tuan adasebarang pertanyaan, hubungilah kami di talian seperti yang tertera di atas. Jasa baik pihak tuan kami ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,__________________________(MUHAMMAD HAFIZ MOHAMED)Ketua Pasukan,Bola Sepak,Sek. Keb. Kuala Perai.

40

Page 41: PENULISAN TAHUN 6

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(SURAT RASMI)

1. Kamu setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Tulis surat kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad untuk memohon telefon awam di kampung kamul.

Pendahuluan- Alamat pengirim, nama penerima, alamat penerima dan tarikh.

Isi-isi penting- Memohon telefon awam- Sudah 15 tahun tidak mempunyai kemudahan telefon awam.- Terpaksa menggunakan telefin awam di kampung berdekatan.- Mendatangkan kesulitan pada waktu kecemasan.

Penutup- Berharap mendapat perhatian – tandatangan - jawatan

2. Telefon awam di kawasan perumahan kamu sering kali mengalami kerosakan. Tulis surat kepada pihak berkenaan untuk memohon agar masalah ini diatasi dengan segera.

Pendahuluan- Alamat pengirim, nama penerima, alamat penerima dan tarikh.

Isi-isi penting- Tajuk surat – Aduan Tentang Kerosakan Telefon Awam- Nyatakan tujuan surat- Menyatakan masalah yang sering dialami akibat kerosakan telefon – kesukaran ketika

kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan lain-lain.- Menyatakan harapan- Kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya.

Penutup- Ucapan terima kasih – tandatangan - jawatan

3. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan pementasan drama. Tetapi, persatuan anda menghadapi masalah kewangan. Andaikan bahawa anda setiausaha persatuan ini, anda dikehendaki menulis surat kepada Pengerusi PIBG untuk memohon sumbangan.

Isi-isi penting

a) Tarikh pementasan drama yang akan diadakanb) Jumlah peserta yang terlibatc) Jumlah wang yang diperlukand) Tujuan pementasan ini diadakan

41

Page 42: PENULISAN TAHUN 6

4. Kamu ingin memesan beberapa buah buku daripada sebuah syarikat penerbitan dan bertanyakan buku-buku lain terbitannya. Tulis sepucuk surat kepada syarikat berkenaan.

Isi-isi penting

a) Tertarik dengan iklan buku dan akhbarb) Ingin membuat pesananc) Nyatakan tajuk buku, pengarangnya, dan harga serta bilangan naskhah dipesand) Sertakan kiriman wang pose) Ingin mengetahui tentang buku-buku yang lain jika ada

Soalan-soalan latihan.

1. Disiplin murid-murid sekolah kamu semakin merosot. Sebagai ketua murid, tulis sepucuk surat kepada guru besar sekolah kamu untuk menyatakan hal tersebut.2. Kamu tinggal di kawasan setinggan yang serba kekurangan. Tulis sepucuk surat kepada

Majlis Perbandaran memohon diadakan system pembuangan sampah yang lebih baik.3. Nenek kamu sakit, jadi kamu terpaksa pulang ke kampung bersama keluarga kamu. Tulis

sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk meminta kebenaran tidak hadir ke sekolah.4. Sebagai ketua murid, kamu ditugaskan menulis surat jemputan kepada ibu bapa ke majlis

penyampaian hadiah di sekolah kamu.5. Andaikan kamu adalah seorang setiausaha Persatuan Alam dan Manusia. Persatuan itu akan

mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Cahaya Alam Seri Alam. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak pengurusan taman tersebut untuk memohon kebenara melawat.

6. Kamu didenda oleh guru sukan kerana tidak menghadiri latihan sukan. Tulis sepucuk surat kepada guru kamu itu untuk meminta maaf.

7. Kamu ditugaskan oleh guru kelas kamu untuk menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran untuk menggunakan dewan sekolah untuk latihan drama.

8. Sejak seminggu kebelakangan ini sering kelihatan orang yang dicurigai masuk ke kawasan perumahan kamu tinggal.

9. Seorang guru besar baru berpindah ke sekolah kamu. Kamu ditugaskan menulis sepucuk surat alu-aluan.

10. Kamu telah memesan beberapa jenis alat kelengkapan sekolah dari sebuah kedai buku tetapi masih belum menerima pesanan itu.

42

Page 43: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN LAPORAN

1. Karangan jenis ini ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa, contohnya kegiatan persatuan, lawatan, sukan, mesyuarat, dan peristiwa lain yang penting.

2. Tajuk laporan ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap awal kata dan diberi garis dibawahnya.

3. Kamu mesti mengandaikan diri kamu sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa, dan sebagainya.

4. Ada tiga cara menulis laporan:a) mengikut tajuk-tajuk kecil seperti ahli-ahli jawatankuasa, kegiatan persatuan, rancangan

masa depan dan sebagainya.b) berbentuk laporan akhbar, iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku

berdasarkan soalan-soalan siapa, apa, di mana, bagaimana, mengapa dan bila.c) berbentuk cerita, iaitu melaporkan sesuatu peristiwa atau kejadian berdasarkan pengalaman

sendiri, pembacaan atau mendengar cerita oang lain.

5. Karangan ini merupakan jnis berformat. Oleh sebab itu, anda hendaklah mengikut format yang ditetapkan.

6. Laporan ditulis sama seperti karangan biasa iaitu mempunyai pendahuluan, perenggan dan penutup.

7. Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan terakhir. Kata-kata seperti “Disediakan oleh” ditulis selepas melangkau dua atau tiga baris dari perenggan terakhir. Huruf pertama pada kata pertama mestilah ditulis dengan huruf besar dan tanda koma dibubuh selepas pengakuan tersebut.

8. Tarikh ditulis di sebelah kanan laporan, iaitu sebaris dengan pengakuan pelapor.

9. Tandatangan pelapor diletakkan di sebelah kiri, iaitu di bawah pengakuan pelapor.

10.Nama penuh ditulis dengan menggunakan huruf besar dan di dalam kurungan. Di bawahnya ditulis jawatan pelapor dan nama persatuan.

CONTOH KARANGAN LAPORAN

31. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda baharu sahaja mengadakan program Minggu Bahasa. Sebagai setiausaha anda dikehendaki menyediakan satu laporan tentang program tersebut. Tuliskan laporan tersebut.

PROGRAM MINGGU BAHASA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERAI

Pada minggu lepas bersamaan dengan 18 Jun – 23 Jun 1998, sekolah kami telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Ianya diadakan selama seminggu bermula hari Isnin sehingga Jumaat.

43

Page 44: PENULISAN TAHUN 6

Minggu bahasa diadakan adalah bertujuan untuk memahirkan murid-murid untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Sepanjang tarikh itu, berbagai-bagai acara dilangsungkan.

Antara acara yang dilangsungkan ialah tertandingan-pertandingan dan persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat oleh murid-murid yang terlibat. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti pertandingan sajak, pantun, perbahasan dan sebagainya.

Bagi murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan pula, mereka dikenakan bayaran dua puluh sen untuk satu pertandingan. Duit ini akan digunakan untuk membeli hadiah untuk diberikan kepada para pemenang dan juga sijil untuk para peserta. Bakinya akan dimasukkan ke dalam tabung persatuan.

Pada tahun ini, Minggu Bahasa Melayu sekolah kami telah dirasmikan oleh guru besar, Pn. Hajjah Rahmah bt. Man. Acara yang berlangsung selama seminggu ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.

Pada hari terakhir Minggu Bahasa, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh guru besar. Minggu Bahasa Melayu pada tahun ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki.

Disediakan oleh, 1 JULAI 1998.

___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

32. Sebagai Setiausaha Persatuan Sains di sekolah, kamu diminta menyediakan laporan tahunan persatuan kamu itu. Tuliskan laporan itu.

AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN SAINS SEK. KEB. KUALA PERAI

Penasihat : En. Zulkifli AnuarPengerusi : Mohd Hafiz AhmadNaib Pengerusi : Nur Fazlin Shazana Abdul RahmanSetiausaha : Siti Nur Hamimah MohamedBendahari : Nabihah OthmanAhli Jawatankuasa : Mohd Hanif Mahmud

Mohd Syafiq Ramli Norhidayah Syukor Saliyati Azmi

Persatuan ini baru sahaja ditubuhkan iaitu pada tahun lepas. Ianya telah ditubuhkan oleh En. Zulkifli Anuar iaitu Panitia Sains sekolah ini. Pada mulanya, murid yang mengikuti persatuan ini hanya sebilangan kecil sahaja. Bilangan ini meningkat dan mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun ini.

44

Page 45: PENULISAN TAHUN 6

Tujuan persatuan ini ditubhkan adalah untuk medekatkan murid-murid kepada Sains yang baru diperkenalkan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan murid-murid di dalam aktiviti berkumpulan.

Sepanjang tahun lepas, berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Pertandingan kuiz Sainsb) Lawatan ke Planetarium dan Pusat Sains Negarac) Aktiviti luar bilik darjah seperti sukand) Pertandingan melukis poster Sains

Kami berharap agar persatuan ini lebih maju lagi pada masa yang akan datang.Semoga ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Sekian sahaja dilaporkan.

Disediakan oleh, 20 OGOS 1998.________________________(Siti Nur Hamimah Mohamed)Setiausaha,Persatuan Sains,Sek. Keb. Kuala Perai.

33. Anda adalah Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tuliskan laporan aktiviti persatuan anda.

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU SEK. KEB. KUALA PERAI

Penasihat : En. Ahmad bin YaakobPengerusi : Mohd Syazwan bin ZainolNaib Pengerusi : Noraziatul AzharSetiausaha : Siti Nur Hamimah MohamedBendahari : Norhidayah ZainiAhli Jawatankuasa : Mohd Naim Abdullah

Nurul Shasana Zulkifli Rozanna Ahmad Mohd Azrdi Osman

Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 lagi. Persatuan ini telah diwujudkan sudah hampir sedekad. Pada permulaannya ditubuhkan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengikutinya. Lama kelamaan ahlinya semakin bertambah.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memahirkan murid-murid dalam penggunaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa perantaraan negara kita. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli-ahli ini di dalam aktiviti berkumpulan.

Sepanjang tahun lepas berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut :

a) Mengadakan Minggu Bahasa Melayub) Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustakac) Aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti sukan

45

Page 46: PENULISAN TAHUN 6

d) Pertandingan perbahasan dan dramae) Kuiz Bahasa Melatu

Aktiviti yang telah diadakan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua murid. Persatuan kami amat gembira sekali. Akhir kata semoga persatuan ini maju dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan lagi pada masa akan datang. Sekian, dilaporkan.

Disediakan oleh, 12 OGOS 1998.___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sek. Keb. Kuala Perai.

34. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan kempen ‘Gunakan Tulisan Jawi’. Kamu ialah setiausaha kempen itu. Sediakan laporan tentang kempen itu.

LAPORAN KEMPEN GUNAKAN BAHASA JAWI

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah menganjurkan kempen ‘Gunakan Tulisan Jawi’. Kempen itu telah bermula pada bulan lepas. Ianya wajib kepada semua murid islam dari tahun dua hingga enam.

Tujuan kempen itu diadakan adalah untuk memahirkan murid-murid dalam tulisan jawi. Seperti yang kita ketahui sekarang bahawa kebanyakan remaja islam pada masa kini tidak tahu untuk menulis jawi dengan betul. Oleh sebab itu kami telah bersetuju mengadakan kempen itu.

Sepanjang kempen itu, murid-murid telah memberi sambutan yang menggalakkan. Kempen itu berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Dalam kempen itu, berbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi ceramah tentang kebaikan-kebaikan menulis tulisan jawi, mengajar mereka tentang tulisan khat dan berbagai-bagai aktiviti yang lain.

Pertandingan-pertandingan yang diadakan adalah seperti membuat tulisan khat dengan menggunakan kalimah Bismillah, Allah, Muhammad dan Alhamdulillah, menulis tulisan rumi ke dalam tulisan jawi, melihat tulisan jawi siapakah yang paling cantik dan sebagainya. Para pemenang akan diberi hadiah sewaktu hari penyampaian hadiah hujung tahun nanti.

Persatuan kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kempen ‘Gunakan Tulisan Jawi’ ini. Terima kasih juga kepada murid-murid yang memberi sokongan dalam kempen ini. Moga-moga pada masa akan datang, kempen seperti ini dapat diadakan lagi.

Disediakan oleh, 12 JUN 1998.___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

46

Page 47: PENULISAN TAHUN 6

35. Selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda perlu menyediakan satu laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan tersebut.

LAWATAN KE KILANG KASUT BATA, BUTTERWORTH

Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah mengadakan lawatan ke kilang kasut bata. Seramai 30 orang murid dan bersama dengan dua orang guru pengiring telah turut terlibat dalam lawatan itu.

Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas. Tujuan kami ke sana adalah untuk mengetahui bagaimana kasut bata dibuat. Selain itu kami juga ingin menambahkan pengetahuan kami tentang proses pembuatan kasut seperti ini.

Kami menaiki bas dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di sana setengah jam selepas itu. Sebaik sahaja kami tiba di sana, pengurus syarikat itu menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali. Kamudian kami di bawa ke satu bilik khas. Di situ, kami telah diberi serba sedikit penerangan tentang kilang tersebut.

Selepas itu kami diberi jamuan makan . Kemudiannya, kami menyambung semula lawatan kami. Sesudah hampir enam jam berada di sana, kami pun bertolak pulang ke sekolah.

Kami mendapat banyak pengetahuan hasil daripada lawatan itu. Semoga lawatan-lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Harapan kami supaya persatuan ini lebih maju lagi di masa hadapan.

Disediakan oleh, 9 OGOS 1998.___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,Sek. Keb. Kuala Perai.

36. Pada hujung minggu yang lalu, kamu telah mengetuai pasukan pakaian seragam mengadakan perkhemahan. Kamu telah diminta oleh Guru Penasihat menyediakan laporan tentang aktiviti perkhemahan itu. Tuliskan laporan kamu itu selengkapnya.

AKTIVITI PERKHEMAHAN PAKAIAN SERAGAM DI TAMAN RIMBA

Pada 17 Julai – 18 Julai 1998, sekolah kami telah mengadakan satu perkhemahan untuk pasukan beruniform. Perkhemahan itu telah diadakan di Taman Rimba, Perak. Seramai 40 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut. Mereka terdiri daripada pasukan Pengakap, PBSM, dan Puteri Islam.

Tema perkhemahan itu ialah “Membina Minda Cergas”. Perkhemahan itu bertujuan untuk membina minda dan kecergasan murid-murid. Di samping itu, perkhemahan itu juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama, setia kawan dan untuk mengeratkan tali silaturrahim di kalangan peserta.

47

Page 48: PENULISAN TAHUN 6

Perkhemahan itu telah dipimpin oleh empat orang guru. Mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti kemahiran membuat simpulan, rawatan kecemasan, kuiz, kawad kaki dan sebagainya.

Aktiviti perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mahmud,Pegawai Daerah kawasan itu. Beliau juga yang telah menutup tirai untuk aktiviti perkhemahan kali ini. Sebelum itu, majlis penyampaian hadiah juga diadakan untuk memberi hadiah pada para pemenang dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan.

Kami amat gembira kerana aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini diadakan sebagai acara tahunan.

Disediakan oleh, 24 JULAI 1998.

………………………………………(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Pengakap Sek. Keb. Kuala Perai.

37. Sekolah kamu telah mengadakan satu temasya sukan. Tulis laporan tentang temasya sukan tersebut selengkapnya.

TEMASYA SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERAI.

Baru-baru ini, sekolah kami telah mengadakan temasya sukan untuk kali ke-34. Ianya diadakan pada hari Sabtu bertarikh 24 Jun 1998. Pada tahun ini, temasya sukan ini diadakan di padang sekolah.

Temasya sukan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, En. Yusuff Awang. Sebelum temasya sukan ini berlangsung, pelbagai persiapan telah dibuat. Persediaan dilakukan secara intensif sejak awal lagi.

Empat pasukan telah mengambil bahagian iaitu Tahan, Jerai, Kinabalu dan Ledang. Khemah khas juga disediakan untuk setiap pasukan. Di dalam setiap rumah, ketua pasukan juga turut dilantik untuk mengetuai sesuatu pasukan.

Acara bermula pada pukul 2.00 petang. Berbagai-bagai aktiviti telah dilangsungkan. Antaranya ialah acara olahraga, sukaneka dan sebagainya. Suasana menjadi riuh-rendah dengan tepukan dan sorakan oleh setiap pasukan untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Pada tahun ini tempat pertama disandang oleh rumah Ledang dan diikuti oleh rumah Tahan, Jerai dan Kinabalu. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri juga.

Acara temasya sukan pada tahun ini berakhir pada pukul 6.00 petang. Pihak sekolah berasa amat gembira kerana acara berjalan dengan lancar.

48

Page 49: PENULISAN TAHUN 6

Disediakan oleh, 1 JULAI 1998.___________________________(SITI NUR HAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Temasya Sukan Sekolah.

38. Pada cuti semester yang lalu, anda telah menyertai perkhemahan pengakap. Sebagai setiausaha sediakan laporan tentang aktiviti perkhemahan tersebut. Tulis laporan anda itu selengkapnya.

PERKHEMAHAN PENGAKAP DI HUTAN LIPUR LINTANG, PERAK.

Pada cuti semester yang lalu, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Lintang, Perak. Seramai 30 orang anggota pengakap dengan iringan empat orang guru turut terlibat dalam perkhemahan itu.

Kami ke sana dengan menaiki bas sekolah. Setelah beberapa jam berada di dalam bas, kami pun tiba di Hutan Lipur itu. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam.

Pada hari pertama, kami tidak melakukan sebarang aktiviti. Kami hanya memasang khemah. Cikgu mengagihkan kami kepada beberapa kumpulan untuk bergerak pada esok harinya. Keesokannya, kami melakukan berbagai aktiviti lasak.

Antaranya ialah mendaki bukit, larian berhalangan dan berbagai-bagai aktiviti yang lain. Perkhemahan pengakap kami pada tahun ini dirasmikan oleh Pegawai Keselamatan Hutan Lipur Lintang itu. Beliau juga telah menutup aktiviti perkhemahan untuk kali ini.

Menurut beliau, memang banyak sekolah telah mengadakan perkhemahan di situ. Tetapi, sekolah kami amat berbeza aktivitinya. Sekolah kami banyak mengadakan aktiviti-aktiviti lasak manakala sekolah lain kebanyakannya mengadakan aktiviti-aktiviti ringan sahaja. Aktiviti perkhemahan ini dapat melatih pelajar berdikari, tambahnya lagi

Kami mendapat banyak pengalaman daripada aktiviti perkhemahan itu. Moga aktiviti perkhemahan serupa ini dapat diadakan pada setiap tahun.

Disediakan oleh, 2 JUN 1998

__________________________(SITI NURHAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Pengakap,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

49

Page 50: PENULISAN TAHUN 6

39. Sekolah kamu menerusi Persatuan Sains telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang minuman. Pelbagai tempat dan bahagian kilang itu dilawati. Sebagai setiausaha persatuan itu, kamu dikehendaki menulis laporannya. Tuliskan laporan itu.

Lawatan ke Kilang Minuman F & N Butterworth

Pada 22 September 1997, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang minuman. Seramai 40 orang murid bersama lima orang guru turut terlibat dalam lawatan itu.

Setibanya kami di sana, kami disambut baik oleh Encik Yahya iaitu pengurus syarikat itu. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang cara-cara minuman botol dibuat. Di samping itu, kami juga telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang penting di dalam kilang itu.

Selepas itu, kami di bawa oleh En. Yahya ke tempat di mana berlakunya pemprosesan semula botol-botol minuman yang terpakai. Sungguh menarik sekali operasinya. Proses air minuman dimasukkan ke dalam botol juga telah dapat kami lihat dari jarak yang begitu dekat sekali. Sungguh mengagumkan sekali kepantasan mesin ciptaan manusia ini melakukan tugasnya.

Setelah selesai melawat semuanya, kami telah di bawa ke kantin kilang tersebut untuk menjamu selera. Sebelum pulang, setiap seorang daripada kami telah diberi sebotol air minuman sebagai tanda penghargaan kami ke sana.

Kami pulang pada pukul 4.30 petang setelah enam jam berada di sana. Lawatan itu banyak memberi faedah kepada kami semua.

Disediakan oleh, 10 OKTOBER 1997.__________________________(SITI NURHAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Sains,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

40. Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris sekolah, kamu dikehendaki menulis laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Tuliskan laporan itu.

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Inggeris

Penasihat : En. Ong Chai LingPengerusi : Badrul Hisham YunusNaib Pengerusi : Nabihah OthmanSetiausaha : Siti Nurhamimah Muhd.Bendahari : Haslina AhmadAhli Jawatankuasa : Sharil Ashraf

Faziha Karim Ramachandran

Lee Ah Seng Azli Ramli

Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pada permulaannya hanya beberapa orang sahaja yang menyertainya. Tetapi kini bilangan ahlinya bertambah ramai. Persatuan ini

50

Page 51: PENULISAN TAHUN 6

mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Persatuan ini ditubuhkan oleh Panitia Bahasa Inggeris, En. Ong Chai Ling. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memahirkan murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan meningkatkan prestasi pelajar.

Sepanjang tahun 1997, berbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti itu ialah :

a) Perlantikan ahli jawatankuasab) Kelas tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan UPSRc) Kuiz Bahasa Inggerisd) Ujian bulanan dan latihane) Aktiviti luar bilik darjah seperti sukaneka.

Pada 6 Jun 1996, buat kali pertamanya persatuan ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bahasa Inggeris di antara sekolah-sekolah zon Butterworth. Dalam pertandingan itu, persatuan ini telah berjaya menjadi johan keseluruhannya.

Semoga persatuan ini lebih berjaya lagi di masa akan datang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat persatuan kami.

Disediakan oleh, 1 OGOS 1997__________________________(SITI NURHAMIMAH MOHAMED)Setiausaha,Persatuan Bahasa Inggeris,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

41. Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Melaka. Sebagai setiausaha sediakan laporan tentang lawatan tersebut.

Laporan Lawatan ke Melaka

Pada 4 April 2000, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Kuala Perai telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 38 orang murid telah menyertai lawatan tersebut.Kami telah ditemani oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Nurhalim dan Cikgu Sharozat.

Semua murid berkumpul di hadapan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Cikgu Nurhalim memberikan penerangan tentang lawatan itu. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di Melaka pada pukul 9.30 pagi.

Mula-mula kami melawat Taman Mini Malaysia. Di situ, kami melihat berbagai-bagai bentuk rumah Melayu lama yang terdapat di Malaysia. Kami juga melawat ke rumah panjang yang terdapat di situ. Setelah itu, kami melawat ke Perigi Hang Tuah. Pada pukul 11.00 pagi, kami tiba di Masjid Tanah, iaitu masjid yang tertua di Melaka. Reka bentuk dan seni binanya sungguh cantik dan mengagumkan.

Pada pukul 11.30 pagi, kami bertolak ke Muzium Melaka. Muzium Melaka mempamerkan berbagai-bagai barangan lama. Barang-barang yang dipamerkan itu dapat memberi gambaran tentang sejarah perkembangan negeri Melaka.

51

Page 52: PENULISAN TAHUN 6

Setelah itu, kami melawat pula ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Gambar-gambar tentang detik-detik sejarah negara kita dalam mencapai kemerdekaan dipamerkan di bangunan ini. Kemudian, kami mendaki Bukit Residency. Di sini terdapat bekas-bekas runtuhan kubu Portugis yang terkenal iaitu A Famosa. Kami berasa sungguh genbira kerana dapat melawat tempat-tempat yang bersejarah.

Kami berangkat pulang pada pukul 5.00 petang dan tiba di sekolah pada pukul 6.30 petang. Walaupun keletihan, kami tetap gembira kerana lawatan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kami.

Laporan disediakan oleh, 21 JULAI 2002.

_________________________( ZUHAIDAH BINTI OSMAN)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING

1. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia sekolah, sediakan satu laporan tentang aktiviti-aktiviti yang anda rancangkan untuk sepanjang tahun ini.

Pendahuluan- Latar belakang penubuhan persatuan.Isi-isi penting- Mengadakan beberapa pertandingan – bahas, syarahan.- Mencari jalan menambah wang persatuan.- Memperkenalkan tarian tradisional.Penutup- Meminta pendapat guru penasihat.

2. Anda sebagai setiausaha Persatuan Sains sekolah anda telah turut sama menyertai lawatan ke sebuah Pusata Latihan Pertanian. Sediakan laporan tentang lawatan tersebut.

Pendahuluan- Nyatakan tarikh lawatan dan jumlah peserta yang menyertai rombongan.Isi-isi penting- Penerangan oleh pegawai pertanian tentang penubuhan Pusat Latihan Pertanian tersebut.- Melawat tempat pembiakan pokok.- Penerangan tentang proses pembiakan pokok cara tut.- Kursus-kursus untuk para lepasan sekolah di Institut Pertanian.Penutup- Lawatan tersebut sangat berfaedah.

52

Page 53: PENULISAN TAHUN 6

3. Laporan tentang temasya sukan di sekolah anda untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah.

Pendahuluan- Temasya sukan diadakan di padang sekolah – dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.Isi-isi penting- Persediaan dilakukan secara intensif sejak awal-awal lagi.- Lima pasukan mengambil bahagian.- Acara bermula pada pukul 2.00 petang.- Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.Penutup- Acara berakhir pada pukul 6.00 petang.

4. Laporan sempena Kempen Galakan Membaca di sekolah anda.

Pendahuluan- Tarikh dan waktu dilancarkan.Isi-isi penting- Tujuan kempen tersebut diadakan.- Dilancarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pengetua sekolah.- Membaca penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan.Penutup- Semoga semangat membaca menjadi amalan setiap pelajar.

5. Laporan daripada guru disiplin untuk Guru Besar tentang masalah disiplin di kalangan pelajar dan tindakan yang akan diambil.

Pendahuluan- Banyak menerima aduan tentang disiplin para pelajar.Isi-isi penting- Masalah yang dihadapi – datang lewat ke sekolah – memakai barang-barang kemas – tidak

memakai pakaian seragam sebagaimana yang ditetapkan.- Membuang sampah merata-rata – membuat bising pada waktu rehat – pengawas melarang

tetapi tidak berkesan.- Masalah paling berat – masalah ponteng sekolah dan merokok.Penutup- Mengambil langkah yang tegas untuk mengatasi masalah tersebut.

6. Laporan sempena sambutan Hari Kebangsaan di tempat anda untuk disiarkan di dalam majalah sekolah.

Pendahuluan- Negara kita telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-45.Isi-isi penting- Sambutan utama telah diadakan di Dataran Merdeka.- Tema Hari Kebangsaan - - Perarakan raksasa disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili badan kerajaan

dan swasta.Penutup- Acara yang dijalankan menarik hati orang yang menyaksikannya.

53

Page 54: PENULISAN TAHUN 6

7. Laporan pemberita tentang kebakaran yang berlaku di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pendahuluan- Tempat kebakaran – Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Isi-isi penting- Masa kebakaran itu berlaku.- Punca kebakaran.- Dapat diselamatkan dengan bantuan pihak bomba.- Anggaran kerugian.Penutup- Kata-kata orang yang berpengaruh.

8. Laporan keuntungan yang didapati melalui pesta ria yang telah diadakan di sekolah anda baru-baru ini.

Pendahuluan- Tarikh pesta ria diadakan.Isi-isi penting- Modal diberikan oleh pihak sekolah.- Tujuan diadakan pesta ria – membantu mereka yang kekurangan dan menambah alat

kelengkapan sekolah.- Berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM 10,000 – kejayaan yang memuaskan.- Pelajar memberikan kerjasama yang menggalakkan.Penutup- Keuntungan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas.

9. Kamu selaku setiausaha Pasukan Pengakap sekolah, telah diminta oleh guru penasihat untuk menulis laporan tahunan persatuan.Tulis laporan itu dengan selengkapnya.

Pendahuluan- Tajuk laporanIsi-isi penting- Latar belakang pasukan pengakap.- Aktiviti yang telah dijalankan.- Perkhemahan tahunan yang diadakan selama tiga hari.- Semua aktiviti berjaya mendapat sambutan yang baik.Penutup- Mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat.

54

Page 55: PENULISAN TAHUN 6

Soalan-soalan latihan.

1. Kamu adalah ketua Kelab Kesenian dan Kebudayaan di sekolah. Tuliskan satu laporan tentang kegiatan tahunan yang telah dijalankan.

2. Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan “Hari Keluarga”. Tulis satu laporan tentang Hari Keluarga tersebut.

3. Satu temasya sukan tahunan telah diadakan di sekolah kamu. Sebagai setiausaha sukan, tuliskan sebuah laporan mengenainya.

4. Tuliskan sebuah laporan berkenaan majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sekolah kamu.

5. Tuliskan sebuah laporan tentang keadaan banjir di tempat kamu.6. Sekolah kamu telah menganjurkan Hari Kantin. Kamu sebagai setiausaha dikehendaki

menulis laporan tentang keuntungan hari kantin tersebut.7. Tuliskan sebuah laporan tentang Kempen Anti Dadah yang diadakan di sekolah kamu.8. Buat satu laporan tentang aktiviti Persatuan Seni Lukis di sekolah kamu.9. Laporan mesyuarat pustakawan sekolah.10. Laporan tentang perkhemahan pengakap.11. Laporan bengkel Bahasa Melayu.12. Laporan kelas komputer.13. Laporan aktiviti rumah sukan kamu.14. Kamu turut serta dalam dalam lawatan ke tempat memproses sesuatu barangan. Tuliskan

laporan mengenainya.15. Laporan malam amal sekolah kmu.

55

Page 56: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN UCAPAN/SYARAHAN

1. Syarahan atau ucapan biasanya disampaikan dalam majlis atau keadaan yang formal dan ditujukan kepada penonton atau pendengar.

2. Teknik penyampaian berbeza daripada karangan biasa kerana ia perlu disesuaikan mengikut sesuatu majlis.

3. Ucapan biasa digunakan untuk ucapan tahniah, perasmian, perpisahan, penerangan dan terima kasih. 4. Syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu pertandingan atau majlis rasmi yang lebih mirip kepada memberi penerangan tentang sesuatu perkara atau isi.

5. Bagi syarahan tajuk mesti dihuraikan dengan lengkap.

6. Ucapan dan syarahan perlu dimuatkan dengan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis dan para hadirin.

7. Gunakan ayat yang ringkas dan jelas.

8. Akhiri ucapan dan syarahan dengan ucapan terima kasih.

9. Kata-kata aluan mesti mengikut tingkat taraf kedudukan seseorang.

10.Ayat tanya, mengulang kata-kata tertentu, menggunakan kiasan, peribahasa dan sebagainya adalah digalakkan.

11.Boleh diselitkan dengan kiasan dan jenaka untuk menghidupkan lagi ucapan/syarahan.

42. Kamu seorang ketua murid. Kamu dikehendaki berucap pada Majlis Perpisahan Guru Besar yang akan bersara. Yang diPertua PIBG dan guru-guru turut hadir pada majlis itu.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Cikgu Azmi yang diraikan, Yang diPertua PIBG, Encik Azlan, guru-guru dan rakan-rakan semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memberi peluang saya berucap dalam majlis yang mulia ini.

Para hadirin sekalian,

Cikgu Azmi telah berkhidmat sebagai guru besar di sekolah ini sudah hampir sepuluh tahun. Kini, tibalah masanya untuk beliau berehat dan menenangkan fikirannya di rumah. Beliau sudah hendak bersara. Kedatangannya seperti membuka lembaran baru di sekolah ini.

Walaupun dia seorang guru besar, namun dia amat mengambil berat tentang keadaan murid-muridnya. Dia akan membantu murid-muridnya sekiranya mereka ada sebarang masalah. Dia akan cuba membantu mereka sedaya upayanya. Jasa-jasa yang beliau taburkan di sekolah ini amat banyak sekali. Bagaimanakah cara kami hendak membalasnya?

Selama ini, dia juga telah menganjurkan kelas tambahan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Dia juga akan mengajar murid-murid yang terlibat bersama

56

Page 57: PENULISAN TAHUN 6

dengan beberapa orang guru yang lain. Hasil daripada titik peluhnya, ramai pelajar yang menduduki peperiksaan ini berjaya lulus dengan cemerlangnya. Serentak dengan itu, peratus kelulusan juga meningkat.

Kami di sini akan senantiasa mengeang jasa-jasa dan budi beliau selama ini. Segala amanat, teguran dan tunjuk ajar cikgu akan sentiasa kami ingati. Mungkin, itulah satu cara untuk menghargai jasa yang beliau taburkan.

Akhir kata, saya bagi pihak murid-murid sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Saya sudahi dengan serangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan,Walaupun jauh beribu batu,Hilang di mata di hati jangan.

Sekian terima kasih.

43. Andaikan bahawa anda seorang Pengurus Besar di sebuah badan berkanun yang diundang oleh pihak sekolah untuk membuat ucapan sempena Bulan Kerjaya sekolah tersebut. Sediakan teks ucapan anda.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jenuh, Encik Muis Sukiman, guru-guru serta murid-murid sekalian.

Hadirin sekalian, bukan mudah untuk seseorang mencapai kejayaan dalam hidupnya. Untuk mencapai kejayaan kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa jemu. Kita juga tidak seharusnya memilih pekerjaan.

Masalah pengangguran tidak harus dibebankan kepada kerajaan semata-mata. Mereka harus menyedari bahawa kerajaan telah menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian tinggi sebelum ini. Ini bermakna mereka terdiri daripada golongan yang bernasib baik. Ada ramai lagi yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi dan tidak ramai pula yang dapat menamatkan penqajian dengan ijazah yang cemerlang.

Mereka selalu beranggapan bahawa setelah mempunyai kelulusan yang tinggi maka kedudukan pekerjaan mestilah setaraf dengan pencapaian mereka. Anggapan mereka ini salah. Saya sendiri dahulunya terpaksa bekerja sebagai penjual nasi lemak di tepi jalan sebelum mengecapi kejayaan seperti hari ini.

Saya harap agar murid-murid sekolah ini nanti, apabila telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan berjaya keluar sebagai seorang pemegang ijazah yang cemerlang janganlah memilih pekerjaan untuk berjaya.

Setakat ini sahaja ucapan dari saya. Saya memohon maaf sekiranya sepanjang perbicaraan saya tadi ada kekasaran bahasa yang menyinggung perasaan hadirin sekelian. Sekian terima kasih.

57

Page 58: PENULISAN TAHUN 6

44. Sempena perayaan Hari Guru di sekolah, anda telah diminta memberikan satu ucapan yang bertajuk “ Berbudi Bahasa Amalan Mulia”.

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Encik Isa Ali, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Hadirin sekalian, kita adalah masyarakat timur yang kaya dengan budi bahasa. Kita mempunyai gaya hidup sendiri yang lengkap dengan peradaban dan tatasusila sesuai dengan kehidupan masyarakat timur. Apakah kita sanggup menggadaikan kesopanan masyarakat timur yang terkenal di merata dunia ini ? Jawapannya tentulah tidak.

Oleh sebab itu ki.ta hendaklah mengekalkan apa yang kita ada pada hari ini. Kita mesti bersopan santun terutama apabila berhadapan dengan mereka yang lebih tua daripada kita.

Kita hendaklah menanamkan sikap rasa hormat kepada golongan yang lebih tua. Tidak rugi rasanya kita berbudi bahasa daripada kita dianggap sebagai manusia yang biadap.

Terdapat pelbagai cara menibuktikan kita berbudi bahasa. Ini termasuklah cara memanggil seseorang, membantu orang tua atau orang buta melintasi jalan, menolong ibu bapa di rumah dan banyak lagi.Janganlah kita memanggil seseorang itu dengan panggilan yang kurang menyenangkan dan juga tidak sopan. Ini akan menggambarkan diri kita yang tidak berbudi bahasa.

Lantaran itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sikap berbudi bahasa seperti bersopan santun ketika bercakap. Orang yang mempunyai budi bahasa tentulah akan sentiasa dihormati dan disegani. Budi bahasa merupakan satu amalan yang mulia.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kata-kata saya tadi menyinggung perasaan saudara dan saudari, para hadirin sekalian.

Sekian, terima kasih.

45. Andaikan bahawa sekolah anda telah menganjurkan sebuah Pertandingan Berbalas Pantun dan Mendeklamasikan sajak anjuran Persatuan bahasa Melayu. Para peserta pula terdiri daripada beberapa sekolah lain yang berdekatan. Pada majlis itu anda diminta untuk memberikan sedikit ucapan.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Melewar, Encik Osman Awang, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini. Saya mengucapkan selamat datang kepada para pesertadaripada semua sekolah yang sudi menyertai Pertandingan Berbalas Pantun dan Mendeklamasikan Sajak anjuran Persatuan Bahsa Melayu sekolah ini.

Para hadirin sekalian, pertandingan ini diadakan sempena sambutan Bulan Bahasa anjuran persatuan ini dengan tujuan memperkembangkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah dan jugamasyarakat.

58

Page 59: PENULISAN TAHUN 6

Kita seharusnya meletakkan Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara ini. Di samping bertanding, saya harap agar kita dapat bertukar-tukar fikiran untuk mempertingkatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu.

Kita juga dapat mengeratkan tali persahabatan antara satu sama lain. Para peserta yang berjaya akan diundang mendeklamasikan sajak pada malam penutup Bulan Bahasa yang akan ditutup oleh Timbalan Menteri Pendidikan kita. Sementara pasukan terbaik dalam Pertandingan Berbalas Pantun akan mengadakan acara berbalas pantun pada sebelah siang hari penutup nanti.

Semoga kita akan dapat memperkembangkan budaya warisan bangsa kita. Setakat ini sahaja ucapan aaya dan akhir kata saya berharap agar para peserta dapat menjalinkan perhubungan yang sedia terjalin dengan hati yang gembira. Sekian, terima kasih.

46. Andaikan anda seorang ketua murid yang diminta memberikan ucapan sebagai meraikan Guru Besar baru yang menggantikan Guru Besar lama di sekolah anda.

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar yang diraikan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Seperti mana yang kita tahu bahawa Guru Besar kita Encik Zamri Hassan telah menamatkan perkhidrnatannya sebagai Guru Besar sekolah ini pada 23 Oktober 1993 yang lalu. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan Guru Besar baru kita iaitu Tuan Haji Khamis bin Zamani.

Sebelum beliau bertukar ke sini, beliau pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ceruk Batu sebagai Penolong Kanan. Beliau juga adalah guru penasihat bag! mata pelajaran Alam dan Manusia. Beliau pernah menjadi guru penasihat bagi kegiatan kokurikulum.

Justeru itu, dalam perkhidmatan beliau di sekolah ini nanti, kita amat berharap agar pencapaian kita dalam bidang sukan akan meningkat. Kami dan guru-guru di sini sentiasa akan memberikan sokongan kepada Tuan Guru Besar yang baru ini. Mudah-mudahan sekolah ini akan lebih maju dengan pimpinan beliau.

Sekian, terima kasih.

47. Sekolah kamu mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Sebagai ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberi peluang saya bercakap sepatah dua kata dalam majlis yang permai ini.

Terdahulu, saya mewakili semua murid merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada cikgu sekalian kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami. Kami begitu terhutang budi terhadap cikgu. Pengorbananmu dan budi baik cikgu akan kami sanjungi dan kami hargai selama-lamanya. Kami berjanji akan berusaha dengan tekun untuk memajukan diri kami serta mengharumkan nama sekolah dan berbakti kepada negara dan masyarakat.

59

Page 60: PENULISAN TAHUN 6

Kami telah bersekolah di sini beberapa tahun. Dari seorang budak yang tidak tahu apa-apa dan kini kami dibekalkan dengan ilmu dan budi. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru di sini. Alam persekolahan yang indah tidak mudah dilupakan.

Saya berharap murid-murid yang berpeluang menimba ilmu di sini bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini. Sekolah ini terletak di hujung kampung dan mempunyai udara yang segar dan nyaman. Cikgu-cikgu di sini memang berkebolehan dan berdedikasi. Kita harus berterima kasih dan menghargai jasa-jasa mereka.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap perkataan yang dapat menyinggung perasaan guru-guru di sini. Saya juga ingin memohon maaf atas kenakalan dan kesalahan yang dilakukan oleh kami.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru”. Akhir kata, semoga cikgu berada dalam keadaan sihat walafiat. Sekian, terima kasih.

48. Anda merupakan ketua murid yang berucap pada hari terakhir persekolahan.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Salam sejahtera kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun ini. Saya sebagai ketua murid dan juga wakil dari murid Tahun Enam, ingin mengucapkan terima kasih dan berasa terhutang budi di atas pengorbanan guru-guru dalam mendidik kami supaya sentiasa berdisiplin dan menjadi masyarakat yang berguna. Guru-guru bukan sahaja mendidik kami untuk lulus dalam peperiksaan sahaja malah juga menerapkan nilai-nilai yang murni supaya menjadi insan yang mulia dan berguna.

Tanpa guru-guru siapalah kami. Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan akan kami jadikan pedoman. Saya percaya tidak ada seorang guru pun yang suka melihat muridnya gagal dan tidak mempunyai haluan hidup apatah lagi menjadi manusia perosak di generasi akan datang.

Namun begitu keadaan tidak mengizinkan kami untuk terus mengalami suasana di sekolah ini. Ini tidak bermaksud kami akan terus melupakan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami tetapi perpisahan ini merupakan titik permulaan kami untuk terus berjuang ke arah mencapai matlamat hidup yang berguna di masa akan datang. Kami akan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan mencapai kecemerlangan dalam hidup di masa hadapan.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada saya :

Hendak menanam serumpun serai,Serai ditanam di tepi perigi;Hari ini kita bercerai,Mungkin esok bertemu lagi.

Sekian, terima kasih.

60

Page 61: PENULISAN TAHUN 6

49. Kamu mewakili daerah kamu dalam satu pertandingan syarahan peringkat negeri. Tajuk syarahan itu ialah “Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.Tulis syarahan kamu itu.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan-rakan serta para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “ Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.

Terlebih dahulu saya ingin menerangkan maksud tajuk syarahan ini. Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti luar bilik darjah. Ianya terdiri daripada tiga bahagian iaitu sukan, kelab dan persatuan serta unit beruniform.

Para hadirin sekalian,

Melalui penyertaan kokurikulum, kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan. Badan kita akan menjadi sihat dan cergas dengan bersukan. Kelab dan persatuan pula melatih kita menjalankan sesuatu aktiviti secara teratur. Dengan cara ini, bakat memimpin dapat dipupuk di kalangan kita.

Dengan menyertai unit beruniform pula seperti Pengakap, PBSM dan Puteri Islam pula, murid-murid didedahkan kepada sikap tolong-menolong. Selain itu sikap bekerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain. Mereka juga dilatih berdikari melalui aktiviti perkhemahan, mengembara dan sebagainya.

Selaim daripada itu, kita juga dapat memenuhi masa terluang atau masa senggang kita dengan menyertainya. Dengan cara ini, kita dapat mendisiplinkan diri kita lagi untuk menjadi seorang insan yang berwawasan dan berguna.

Kegiatan kokurikulum juga dapat melahirkan murid yang dihat dan pintar. Kegiatan ini juga dapat memupuk sifat mulia di kalangan mereka. Sekiranya semua orang berwawasan, negara kita akan maju dan makmur. Saya akhiri syarahan saya dengan seruan sertailah aktiviti kokurikulum di sekolah. Sekian, terima kasih.

50. Andaikan anda telah terpilih mewakili sekolah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Aktiviti Kokurikulum Tidak Membuang Waktu Murid’.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah 'Aktiviti Kokurikulum Tidak Membuang Waktu Murid'.

Hadirin sekalian, tidak dapat dinafikan bahawa pelajaran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Pelajaran juga penting dalam membentuk akhlak seseorang. Pelajaran juga menjadi batu pengukur dalam meletakkan martabat seseorang.

Bagaimanapun, banyak orang telah tersalah anggap bahawa pelajaran itu hanyalah akademik semata-mata sehingga mereka mengutamakan peperiksaan ketika mendidik atau ketika belajar.

Pelajaran sebenarnya merangkumi juga aktiviti luar bilik darjah iaitu kokurikulum. la merupakan salah satu aspek pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu disebabkan salah tanggapan ini maka aktiviti kokurikuium seringkali diabaikan.

61

Page 62: PENULISAN TAHUN 6

Sebenarnya kokurikuium memberikan pandangan yang lebih luas kepada murid-murid dalam membina minda mereka dan juga dalam pergaulan mereka. Kegiatan ini juga dapat melatih inurid-murid berfikir secara kreatif dan kritis serta berdaya kepimpinan.

Hujah-hujah saya ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kokurikuium untuk perkembangan yang menyeluruh dari segi mental dan fizikal murid-murid. Sekian, terima kasih.

51. Andaikan anada seorang pegawai polis yang diundang oleh pihak sekolah untuk menyampaikan syarahan tentang cara-cara mencegah jenayah.

Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Tuan Haji Nik Karim Aziz, guru-guru yang dihormati serta murid-murid sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Telebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar kerana telah memberikan peluang untuk memberikan syarahan pada pagi ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Cara Mencegah Jenayah".

Saudara-saudari sekalian, kejadian jenayah semakin meningkat pada hari ini. Bukan sahaja jenayah-jenayah yang besar yang melibatkan penggunaan senjata api tetapi juga jenayah yang kecil, di antaranya termasuklah kejadian peras ugut, mencuri, pecah rumah dan sebagainya lagi. Hal ini dapat diketahui melalui media massa seperti televisyen dan juga surat khabar. Bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak di bawah umur.

Tugas membenteras jenayah pada umumnya tanggungjawab pihak polis. Namun demikian tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya tanpa bantuan dan kerjasama daripada masyarakat sekeliling. Sebagai anggota masyarakat yang inginkan kehidupan yang aman damai seharusnya bekerjasama dengan pihak polis agar usaha untuk mengatasi jenayah akan terlaksana dengan lebih berkesan.

Saudara-saudari sekalian, sebenarnya sebagai langkah pencegahan kepada kegiatan jenayah ini dapat dilakukan sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah awal untuk mencegah. Misalnya, menyimpan wang dan harta benda yang bernilai di tempat yang sesuai dan selaniat. Kita juga dapat menghindari perbuatan jenayah dengan mengamalkan sikap kejiranan, menjauhi diri dari tempat-tempat yang merbahaya dan juga melaporkan kepada pihak polls sekiranya didapati ada kegiatan-kegiatan yang mencurigakan berlaku di sekitar kawasan anda.

Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Walaupun sedikit saya berharap agar ianya dapat dijadikan garis panduan. Akhir kata, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya di dalam kata-kata saya tadi ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan para hadirin di sini. Sekian, terima kasih.

52. Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk " Muhibbah Membentuk Perpaduan ".

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

" Muhibbah Membentuk Perpaduan " merupakan tajuk syarahan pada hari ini. Sebelum saya melanjutkan kepada isi-isi syarahan saya seterusnya, ingin saya menghuraikan satu persatu tajuk syarahan kita pada hari ini.

62

Page 63: PENULISAN TAHUN 6

Muhibbah bermaksud perhubungan harmoni masyarakat yang berbilang kaum manakala perpaduan pula adalah bersatu ke arah mencapai keamanan yang tenang dan damai.

Negara kita didiami oleh masyarakat yang berbilang kaum. Sebagai masyarakat yang hidup dalam suasana yang begitu kita semua perlulah mengamalkan sikap persefahaman supaya dapat hidup dalam aman tanpa gangguan perasaan tidak puas hati dan diskriminasi perkauman.

Muhibbah boleh dibentuk melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Umpamanya bergotong-royong, kerjasama, bersukan dan melalui perayaan-perayaan kaum.

Setiap kaum mesti ada rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan perpaduan. Apabila timbul rasa muhibbah ini, maka mudahlah bagi kerajaan menjalankan pembangunan untuk rakyat semua.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menanamkan semangat muhibbah di dalam diri masing-masing untuk perpaduan kita semua. Sekian, terima kasih.

53. Anda telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dengan tajuk " Dadah Musuh Negara ".

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya kagumi barisan hakim yang arif dan yang saya kasihi tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar sekalian.

Pada pagi yang indah ini ingin saya sampaikan sebuah syarahan yang bertajuk " Dadah Musuh Negara '. Dadah adalah salah satu bahan terpenting dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan penyakit. Tetapi ia menjadi musuh negara kerana telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementing kemewahan duniawi semata-mata.

Hadirin yang saya hormati. Dadah yang pada mulanya tadi menjadi sumber terpenting dalam bidang perubatan akan mendatangkan bahaya kepada manusia sekiranya disalahgunakan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi masyarakat sekarang menyalahgunakan dadah. Salah satunya dadah dianggap sebagai jalan menyelesaikan masalah yang paling mudah.

Bagi golongan remaja pula, kurang perhatian dari keluarga dan perasaan ingin mencuba menyebabkan mereka mudah terjebak dalam kegiatan ini.

Apabila dadah disalahgunakan ia bukan sahaja mendatangkan kesan buruk dari segi fizikal malah ia boleh menguasai fikiran sehingga mendatangkan kesan yang begitu buruk kepada agama, masyarakat dan juga negara. Bagaimana sebuah negara itu akan maju jika generasi yang diharap-harapkan sebagai penentu masa depan tidak dapat menjalankan peranan mereka.

Menyedari akan hal ini, maka kerajaan kita telah mengambil beberapa langkah sebagai memebenteras kegiatan penyalahgunaan dadah dengan kerjasama beberapa badan sukarela dan juga PEMADAM,

Semoga kita yang berada di sini juga bersama-sama berusaha ke arah membenteras kegiatan ini. Sekian terima kasih.

63

Page 64: PENULISAN TAHUN 6

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(SYARAHAN/UCAPAN)

1. Anda telah diundang untuk meyampaikan syarahan di sebuah sekolah. Sediakan sebuah syarahan yang bertajuk “Punca keruntuhan ahklak di kalangan pelajar”.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru- Suasana dan pengaruh persekitaran.- Peranan alat sebaran am – buku, televisyen, panggung wayang dan video.- Sikap pelajar – ingin berdikariPenutup- Semua pihak mestilah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.

2. Sediakan sebuah syarahan yang bertajuk “ Kedatangan pelancong-pelancong asing ke negara ini memberikan keuntungan kepada negara kita”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan dan tajuk syarahan.Isi-isi penting- Negara kita mendapat pertukaran wang asing daripada pelancong luar.- Nama negara kita akan menjadi terkenal.- Secara tidak langsung dapat memajukan industri-industri perhotelan, pengangkutan, restoran

dan makanan, kraftangan dan temapat-tempat rekreasi.Penutup- Rumusan dan ucapan terima kasih.

3. Sediakan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan sekolah dalam pembentukan sikap pelajar”.

Pendahuluan- Ucapan alu-aluan – berasa bangga diberi kepercayaan.Isi-isi penting- Peranan sekolah – memberi pendidikan secara formal.- Dengan mematuhi peraturan sekolah – mereka berdisiplin dan bertanggungjawab.- Pelaksanaan kokurikulum – membentuk sikap mereka – menepati masa.Penutup- Pihak sekolah dan ibu bapa pelajar harus bekerjasama untuk mengatasi sebarang masalah.

4. Anda sebagai salah seorang ahli jawatankuasa persatuan pengguna telah dipilih untuk memberi sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah menjadi ahli persatuan pengguna” kepada penduduk sebuah kampung.

Pendahuluan- Ucapan alau-alaun kepada para hadirin.Isi-isi penting- Faedah menjadi ahli persatuan pengguna kepada – mempunyai hak untuk memilih dan

membeli – dapat mengelakkan diri daripada tipu muslihat pihak penjual dan pengeluar.- Akan mengambil tindakan – suapay mereka tidak berani lagi melakukan kesalahan.

64

Page 65: PENULISAN TAHUN 6

Penutup- Adalah menguntungkan menjadi ahli persatuan pengguna – engharapkan kerjasama daripada

para pengguna.

5. “Menjaga kebersihan ialah tanggungjawab bersama”. Sediakan sebuah syarahan berdasarkan tajuk tersebut.

Pendahuluan- Kata-kata aluan.Isi-isi penting- Definisi kebersihan.- Masih terdapat anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab.- Menjaga kebersihan dengan mengamalkan sikap bergotong-royong.- Perlunya kesedaran sivik.Penutup- Alam sekitar yang bersih menjadikan hidup lebih bahagia.

6. Sediakan sebuah syarahan yang bertajuk “ Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan – tajuk syarahan.Isi-isi penting- Ibu bapa telah banyak berkorban untuk kita – sebagai anak, kita harus membalas jasa mereka.- Memikul beban menanggung keluarga kita – menjaga adik-adik yang kecil – dari segi

pelajaran dan kewangan.Penutup- Mesti membalas jasa ibu bapa kita kerana mereka telah banyak berkorban demi kebahagiaan

kita.

7. Anda telah dipilih untuk mewakili kelas anda untuk menyertai satu pertandingan syarahan yang bertajuk “Kebaikan menyertai pasukan unit beruniform”.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Menerangkan maksud pasukan beruniform.- Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.- Dapat mendisiplinkan diri.- Aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan – mereka bertanggungjawab dan bekerjasama –

semangat berdikari.- Persatuan Bulan Sabit Merah – mempelajari cara memberi rawatan cemas.Penutup- Dapat digunakan untuk menolong masyarakat sekeliling.

65

Page 66: PENULISAN TAHUN 6

8. Anda mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan yang bertajuk “Pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak”.

Pendahuluan- Ucapan aluan – tajuk syarahan.Isi-isi penting- Televisyen boleh mempengaruhi jiwa seorang kanak-kanak.- Mudah meniru babak-babak yang ditonton.- Cerita jenayah – dilarang – mengajar melakukan jenayah.- Menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran.- Kebaikan – cerita-cerita rekaan sains – mengembangkan daya cipta dan daya khayal.Penutup- Televisyen mempunyai kebaikan dan keburukannya – terpulang kepada individu.

9. Semepena Gerakan Cintailah Bahasa Kita, yang dianjurkan leh kerajaan baru-baru ini, anda diminta menyediakan sebuah syarahan yang bertajuk “Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan – tajuk syarahan.Isi-isi penting- Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai agama, bahasa,

kebudayaan dan cara hidup yang berbeza-beza.- Perlu disatukan untuk mengelakkan masalah perkauman dan permusuhan.- Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan – paling sesuai digunakan sebagai alat

perpaduan.- Bahasa yang sama – berhubung dengan ebih erat – mewujudkan persefahaman, perpaduan

dan keharmonian.- Bahasa pengantar utama di sekolah – melahirkan generasi baru yang fasih bertutur bahasa

Malaysia – persahabatan lebih erat – generasi yang lebih bersatu padu.Penutup- Bahasa Malaysia dapat menyatupadukan rakyat.

10. Sediakan sebuah syarahan yang bertajuk “ Jiran sepakat membawa berkat ”.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Pentingnya jiran dalam hidup kita.- Semangat kejiranan lebih ketara di kampung.- Konsep jiran yang sebenar – membantu apabila diperlukan.- Jauhkan sikap iri hati sesama jiran.Penutup- Jiran yang baik akan membawa kesejahteraan dalam hidup.

66

Page 67: PENULISAN TAHUN 6

11. Guru kelas anda akan bersara. Kelas anda telah mengadakan suatu jamuan perpisahan untuk guru anda itu. Sebagai ketua darjah, anda diminta memberikan ucapan. Tulis ucapan itu.

Pendahuluan- ucapan alu-aluan kepada yang diraikan dan para hadirinIsi-isi penting- Memperkenalkan nama guru dan latar belakangnya- Bila menceburi bidang perguruan; bila jadi guru kelas- Menghuraikan sifat dan jasa-jasanya- Menyatakan harapan dan rasa sendiri- Ucap selamatPenutup- mengulangi harapan; pantun yang berkaitan

12. Andaikan bahawa pasukan badminton sekolah anda telah menjadi johan dalam pertandingan di peringkat zon. Sebagai ketua pasukan, anda diberi peluang untuk memberikan ucapan bersempena dengan kejayaan itu.

Pendahuluan- ucapan alu-aluan mengikut protokolIsi-isi penting- Bercerita tentang kejayaan – hasil daripada latihan yang sistematik dan kesungguhan para

jurulatih dan pemain- Bangga dengan rakan seperjuangan- Sokongan guru besar dan murid menjadi pendorong- Rakan seperjuangan terpilih mewakili zon- Ucapan terima kasih; harapanPenutupUcapan terima kasih kepada semua

13. Andaikan kamu ketua kampung. Kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari perasmian balai raya di kampung kamu. Tulis ucapan tersebut selengkapnya.

Pendahuluan- Kata alu-aluan ditujukan kepada tetamu yang hadir- Terima kasih kepada wakil rakyat yang sudi merasmikan dewan tersebut- Terima kasih kepada penduduk kampung - sudi melapangkan masaIsi-isi penting- Balai raya satu rahmat kepada penduduk kampung- Belia dan beliawanis menggunakan balai raya - bermesyuarat, menjalankan aktiviti berfaedah- Balai raya menjadi tempat memupuk kerjasama dan perpaduanPenutup- Mencadangkan belia menyusun kegiatan jangka panjang - gunakan balai raya sepenuhnya

67

Page 68: PENULISAN TAHUN 6

14. Kawan kamu menghadapi masalah kewangan kerana kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalanraya. Tulis ucapan untuk disampaikan dalam majlis pungutan derma yang diadakan.

Pendahuluan- Kata alu-aluan - ditujukan kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah sudi mendermaIsi-isi penting- Menceritakan latar belakang kawan kamu - ibu bapa meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya - tinggal dengan nenek yang sudah tua – tidak mempunyai sumber pendapatan tetap- Pihak sekolah telah melancarkan pungutan derma untuk rakan kamu- Ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah

- Berharap agar rakan kamu akan belajar dengan sungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaranPenutup- Ucapkan terima kasih kepada penderma

15. Kamu sebagai ketua diminta menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Tulis ucapan tersebut.

Pendahuluan- Kata-kata aluan mengikut protokolIsi-isi penting- Ucapan terima kasih kerana menganjurkan majlis tersebut- Ucapan terima kasih kerana pihak sekolah menghargai kanak-kanak- Kanak-kanak harus dididik dengan sempurna- Kanak-kanak merupakan pewaris bangsa- Kanak-kanak yang sempurna didikannya akan membesar dengan cemerlang dan bakal

menerajui negara- Kanak-kanak tidak harus didera kerana mereka adalah penentu nasib negara pada masa

hadapan- Keluarga bertanggungjawab membentuk akhlak anak-anakPenutup- Hargailah kanak-kanak kerana mereka akan membentuk identiti sesebuah negara

Soalan-soalan latihan UPSR1. Kamu dipilih untuk mewakili sekolah kamu dalam suatu pertandingan syarahan yang bertajuk

“Perpaduan Teras Kemajuan.” Sediakan syarahan tersebut selengkapnya.2. Kamu telah dipilih oleh guru kelas untuk memasuki pertandingan syarahan peringkat sekolah.

Tajuk syarahan kamu ialah “Pelajaran Tunggak Kejayaan”. Sediakan teks syarahan kamu itu.3. Kamu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Disiplin

Bermula Dari Rumah.” Sediakan teks syarahan tersebut.4. Kamu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah

“Pentingnya Menjaga Pemakanan.” Sediakan teks syarahan tersebut.5. Tulis syarahan yang bertajuk “Berjimar cermat amalan mulia.”6. Kamu telah dipilih oleh guru kelas untuk memasuki pertandingan syarahan peringkat sekolah.

Tajuk syarahan kamu ialah “Kesihatan Menjamin Kehidupan Bahagia”. Sediakan teks syarahan kamu itu.

7. Kamu telah dipilih oleh guru kelas untuk memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “Pentingnya Industri Pelancongan di Malaysia”. Sediakan teks syarahan kamu itu.

68

Page 69: PENULISAN TAHUN 6

8. Tulis syarahan yang bertajuk “Pentingnya diwujudkan pasar tani di setiap kawasan perumahan.”

9. Anda sebagai guru pembimbing telah dijemput oleh sebuah sekolah untuk memberikan ucapan yang bertajuk “ Tanggungjawab Anak Terhadap Keluarga.”

10. Anda sebagai guru pembimbing kelab komputer sekolah telah diminta oleh guru besar sekolah untuk memberikan ucapan yang bertajuk “ Kebaikan Komputer kepada Murid-murid.”

11. Sebagai seorang pegawai polis, anda telah diminta oleh Ketua Kampung Kuala Perai untuk memberikan ucapan yang bertajuk “Bahaya Dadah.”

12. Anda telah dipilih oleh ketua murid di sekolah anda. Dalam satu majlis meraikan kejayaan anda itu, anda telah diminta untuk berucap. Sediakan teks ucapan anda itu.

13. Selaku Pegawai Daerah, anda telah diminta untuk memberikan ucapan perasmian makmal komputer yang baru di kampun anda. Sediakan teks ucapan tersebut.

14. Selaku ketua kelas, sediakan satu teks ucapan untuk rakan anda yang akan bertukar sekolah.15. Sekolah anda akan mendapat seorang guru kanan yang baru. Selaku ketua murid anda telah

diminta untuk menyediakan satu teks ucapan mengalu-alukan kedatangan beliau.

69

Page 70: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN JENIS DIALOG

1. Dialog atau wawancara ialah karangan jenis perbualan biasa, perbualan telefon atau temu ramah.

2. Karangan ini melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak dan berbual tentang sesuatu perkara.

3. Pastikan watak-watak dalam dialog itu dan gunakanlah kata ganti yang sesuai.

16. Dalam menulis karangan jenis ini, bahasa yang digunakan mestilah ringkas dan mudah difahami supaya ia dapat merealisasikan suasana perbualan.

17. Dalam perbualan terutamanya temu ramah, kita harus memulakan temu ramah itu dengan ucapan “Assalamualaikum”, “Selamat pagi” dan sebagainya.

18. Anda boleh menggunakan kiasan dan peribahasa supaya karangan kita lebih menarik.

19. Tanda bacaan yang kita pilih mestilah sesuai dengan nada intonasi kita.

20. Nama watak ditulis selari di sebelah kiri dan diikuti oleh tanda nota bertindih. (:)

21. Isi dialog hendaklah ditulis selepas tanda nota bertindih.

22. Karangan perbualan juga mestilah ada penutup seperti “Terima kasih”, “Jumpa lagi” dan sebagainya.

23. Segala perbuatan (aksi ) perlu ditulis dalam kurungan.

Contoh Karangan Dialog

54. Anda dan rakan anda baru sahaja pulang dari perpustakaan awam. Tuliskan perbualan anda dengan rakan anda tentang kemudahan dan kebaikan di perpustakaan itu.Hamimah : Hai, banyak awak meminjam buku.

Aishah : Tak adalah, sikit sahaja. Maklumlah, peperiksaan sudah hampir menjelang. Jadi kita kenalah belajar lebih sedikit. Bagaimana dengan awak?

Hamimah : Saya adalah pinjam beberapa buah buku. Saya hendak membuat rujukan dengan buku-buku yang saya pinjam ini. Eh, Aishah! Apakah pendapat awak tentang kemudahan yang terdapat di perpustakaan ini?

Aishah : Saya rasa semuanya sudah cukup di sini. Kemudahan buku semuanya sudah lengkap dan padat.

Hamimah : Saya rasa begitu juga. Saya amat menyokong pendapat awak tadi. Perpustakaan juga dikatakan sebagai gedung ilmu. Apakah pula pendapat awak tentang perpustakaan gedung ilmu?

70

Page 71: PENULISAN TAHUN 6

Aishah : Perpustakaan memang wajar dikatakan gedung ilmu kerana di perpustakaan banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita perolehi. Ada satu slogan yang mengatakan ‘Selangkah ke Perpustakaan Berjuta Pengetahuan’. Bukankah begitu.

Hamimah : Memanglah benar kata awak itu. Banyak ilmu pengetahuan yang akan kita dapat sekiranya rajin ke perpustakaan keran tujuan kita untuk belajar.

Aishah : Asyik awak sahaja menyoal saya. Kini tiba masanya pula saya menyoal awak pula.

Hamimah : Apa dia, cakaplah.

Aishah : Bagaimana pula pendapat awak tentang kebaikan perpustakaan itu?

Hamimah : Perpustakaan memang terkenal dengan kebaikannya.Kita dapat mengisi masa lapang kita di perpustakaan tanpa membuang masa. Selain itu, kita juga dapat merujuk apa yang kita tidak tahu di dalam perpustakaan.Betul tak cakap saya tadi.

Aishah : Cakap awak memang benar. Eh, dah lama kita berbual! Mari kita pulang.

Hamimah : Ialah. Mari pulang.

55. Anda pemberita. Anda diberi tugas menemu ramah seorang pelajar yang berjaya memasuki universiti pada usia 12 tahun. Tulis temu ramah anda dengan pelajar pintar tersebut.

Hamimah : Assalamualaikum. Saya Siti Nur Hamimah seorang pemberita. Bolehkah saya menemu ramah saudari?

Nabila : Boleh, silakanlah duduk.

Hamimah : Tidakkah saya mengganggu saudari?

Nabila : Tidaklah.

Hamimah : Apakah nama penuh saudari? Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari?

Nabila : Nama saya Nabila binti Ahmad. Saya dilahirkan di Pulau Pinang. Keluarga saya serba kekurangan. Bapa saya seorang nelayan. Ibu saya pula tidak bekerja dan menjaga adik-adik saya seramai tiga orang itu. Saya ialah anak yang sulung. Bapa sayalah yang terpaksa membanting tulang empat keratnya untuk menyara kehidupan kami.

Hamimah : Saudari, bagaimana pula saudari boleh mencapai kejayaan yang cemerlang ini?

Nabila : Ini kerana saya hendak membalas jasa ibu dan bapa saya yang telah

71

Page 72: PENULISAN TAHUN 6

mendidik, mengajar dan mengasuh saya sehingga saya berusia 12 tahun. Matlamat saya dahulu hendak menyambung pelajaran saya sehingga ke menara gading dan kini sudah tercapai.

Hamimah : Apakah perasaan saudari dapat belajar hingga ke universiti dalam usia yang semuda ini?

Nabila : Saya berasa amat gembira sekali. Tambahan pula saya dapat memasuki universiti dalam usia semuda ini. Ibu bapa dan guru-guru saya amat

gembira kerana kejayaan cemerlang saya ini. Hasrat saya sudah tercapai kini. Tetapi, saya tidak akan lupakan jasa dan pengorbanan guru-guru dan ibu bapa saya selama ini.

Hamimah : Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudari.Saya rasa, saudarilah anak Malaysia yang pertama menjejak kaki ke universiti dalam usia semuda ini. Oh, sudah terlupa saya hendak bertanya universiti mana yang akan saudari belajar?

Nabila : Saya dapat masuk ke Universiti Telekom Melaka dalam jurusan undang- undang. Saya juga akan mendapat biasiswa.

Hamimah : Oh, nampaknya saudari hendak menjadi seorang peguam, ya!

Nabila : Begitulah nampaknya.

Hamimah : Baiklah, terima kasih saudari kerana memberitahu saya sedikit sebanyak tentang kejayaan saudari.

Nabila : Sama-sama.

56. Anda berbual-bual dengan seorang rakan. Perkara yang dibualkan ialah tentang sikap berjimat cermat. Tulis dialog antara anda dan rakan anda.

Hamimah : Faezah, apakah pendapat awak tentang sikap berjimat cermat?

Faezah : Saya rasa amalan berjimat cermat perlu diamalkan oleh setiap orang?

Hamimah : Saya rasa pun begitu juga. Tambahan pula sekarang negara kita sedang dilanda kegawatan ekonomi. Kita perlulah berjimat cermat.

Faezah : Memanglah. Kita perlulah berbelanja dengan bijak. Kita tidak bolehlah terlalu boros sehingga terlupa tentang ekonomi kita sekarang.

Hamimah : Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, secara tidak langsung kita dapat menolong kegawatan ekonomi sekarang. Betul tak Faezah?

Faezah : Betul apa yang awak cakapkan tadi Hamimah. Perdana Menteri kita juga menyeru rakyatnya supaya berjimat cermat.

Hamimah : Ialah. Dahulu negara kita sebuah negara yang kaya. Sekarang negara kita

72

Page 73: PENULISAN TAHUN 6

hampir miskin dengan kemerosotan ekonomi.

Faezah : Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamal sikap berjimat cermat, negara kita boleh jatuh misikn dengan teruk.

Hamimah : Lagipun, sekarang kerajaan telah berusaha untuk membasmi kegawatan ekonomi. Cuma satu sahaja caranya, rakyat negara ini perlulah berjimat cermat dalam belanjawan.

Faezah : Saya amat menyokong pendapat awak. Ayuhlah sekarang kita menyeru kawan-kawan kita supaya berjimat cermat.

Hamimah : Berjimat cermat amalan yang mulia dan satu perkara yang baik. Betul tak?

Faezah : Memanglah betul. Eh, dah lama kita berbual. Mari kita pulang.

Hamimah : Mari.

57. Negara kita merupakan sebuah negara yang aman. Penduduknya hidup dalam suasana harmoni. Semangat perpaduan dan muhibah menjadi amalan penduduk negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.Tulis suatu perbualan antara anda dengan rakan-rakan anda mengenai pernyataan di atas.

Hamimah : Assalamualaikum Sarah, Ana. Apa khabar?

Sarah dan Ana : Alhamdulillah baik. Awak nak ke mana?

Hamimah : Sahaja jalan-jalan dekat sini. Nak mengambil angin. Kamu pula hendak ke mana?

Sarah : Samalah macam awak.

Hamimah : Sarah, apa pandangan kamu tentang negara kita yang dikatakan sebagai sebuah negara yang aman?

Ana : Memang patut pun dikatakan bagitu. Seperti yang kita lihat sekarang, negara kita tidaklah seperti di Bosnia. Mereka hidup tidak tentu arah. Berlainan dengan negara kita. Di negara kita tiada lagilah kisah perang seperti di Bosnia. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup di Malaysia.

Hamimah : Oh, begitu!

Sarah : Hamimah, saya lihat kampung kita ini sudah bertukar wajah. Segala prasarana di kampung kita sudah lengkap dan baik sekali. Siapakah yang mewujudkan semua ini?

Hamimah : Awak tidak tahukah. Saya fikir awak sudah mengetahuinya. Untuk pengetahuan awak, kampung kita ini sudah ada rukun tetangganya

sendiri. Persatuan ini yang telah mewujudkan ini semua.

73

Page 74: PENULISAN TAHUN 6

Ana : Patutlah, saya lihat kampung kita semakin ceria sekarang.

Hamimah : Sarah, awak tahu tak bagaimana semangat muhibbah di kalangan penduduk dipupuk.

Sarah : Dari segi pengetahuan saya, semangat muhibbah ini dipupuk di negara kita adalah dengan kunjung-mengunjungi ke rumah jiran-jiran pada hari perayaan. Negara kita ini tidak mengira kaumnya sekira mereka hendak ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

Ana : Barulah saya faham sekarang. Dengar khabar, kampung kita ini akan mengadakan gotong-royong pada minggu hadapan. Benarkah?

Sarah : Memang benar. Tujuan gotonng-royong ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan memupuk perpaduan di kalangan penduduk di sini.

Hamimah : Jadi benarlah gotong-royong itu akan diadakan.

Sarah : Ya. Dah lama kita berbual. Mari kita pulang.

Hamimah : Mari

Ana : Mari.

58. Anda sedang bermain di taman permainan. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki dengan pantas menarik seorang kanak-kanak perempuan ke dalam kereta itu. Anda yang melihat kejadian itu segera melaporkannya kepada pihak polis. Tulis dialog antara anda dengan pihak polis itu.

Hamimah : Selamat petang emcik.

Polis : Selamat petang. Silakan duduk.

Hamimah : Terima kasih.

Polis : Apakah tujuan saudari datang ke mari?

Hamimah : Tujuan saya ke sini adalah untuk membuat laporan tentang penculikan seorang budak.

Polis : Baiklah. Tungguh sekejap. Saya hendak mengambil fail laporan.

Hamimah : Baiklah.

Polis : Saudari, bilakah kejadian itu berlaku?

Hamimah : Sebentar tadi. Sebelum saya datang ke sini.

Polis : Di manakah kejadian itu berlaku?

74

Page 75: PENULISAN TAHUN 6

Hamimah : Kejadian itu berlaku di taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan kawasan perumahan Taman Jaya.

Polis : Oh, sudah terlupa saya! Adakah budak itu lelaki atau perempuan?

Hamimah : Perempuan.

Polis : Berapakah umur budak itu?

Hamimah : Tak tahulah saya. Agaknya budak itu berumur dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.

Polis : Bagaimanakah kejadian itu berlaku?

Hamimah : Sewaktu itu saya sedang bermain di taman permainan itu. Tiba-tiba saya terlihat sebuah kereta berhenti berdekatan dengan taman ini.Salah seorang lelaki dalam kereta itu pantas menarik budak tersebut masuk ke dalam kereta dan mereka beredar dari situ.

Polis : Oh, begitu! Berapa orangkah yang berada di dalam kereta tersebut?

Hamimah : Saya lihat hanya tiga orang sahaja. Tetapi saya sempat mengambil nombor pendaftaran kereta tersebut.

Polis : Apakah nombornya dan apakah warna kereta itu?

Hamimah : Nombornya ialah PAE 8886 dan kereta tersebut berwarna putih.

Polis : Bagaimanakah wajah dan pakaian budak itu?

Hamimah : Kulitnya cerah. Berambut pendek dan memakai baju hijau berseluar hitam.

Polis : Baiklah. Bolehkah saudari memberi nombor telefon saudari supaya senang pihak kami menghubungi saudari?

Hamimah : Boleh. Nombornya ialah 04-3334131.

Polis : Setakat ini sahaja yang hendak saya tanyakan. Saya harap saudari dipanggil kelak. Terima kasih.

Hamimah : Sama-sama.

75

Page 76: PENULISAN TAHUN 6

59. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu berbual-bual dengan rakan kamu. Perkara yang dibualkan ialah tentang sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah kamu. Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu. Ayu : Eh, Hamimah! Sekolah kita akan mengadakan sambutan Hari Kanak-

kanak nanti. Awak tahu tak?

Hamimah : Saya pun dengar juga daripada mulut murid-murid sekolah kita. Tetapi saya tidak tahu pula sama ada perkara itu benar atau tidak.

Ayu : Memang benar. Saya pun mendapat tahu ini daripada cikgu-cikgu sekolah kita.

Hamimah : Tetapi, takkanlah tiada persiapan dan persembahan dibuat.

Ayu : Banyak sudah persiapan yang sudah dilakukan. Murid-murid pula sibuk untuk membuat persembahan pada hari itu nanti.

Hamimah : Apakah persembahan yang akan diadakan pada hari itu?

Ayu : Persembahannya banyak juga. Antaranya ialah persembahan drama, koir dan sebagainya. Acara sukaneka juga akan diadakan pada hari itu.

Hamimah : Oh, barulah saya tahu sekarang!

Ayu : Siapakah pula yang akan merasmikan sambutan itu nanti.

Hamimah : Saya ingatkan awak tahu. Rupa-rupanya awak juga tidak Tahu, ya. Yang saya tahu, guru besar akan merasmikannya nanti.

Ayu : Agaknya juga. Eh, Hamimah! Hari itu nanti tentu meriahkan terutamanya kanak-kanak seperti kita.

Hamimah : Mestilah. Tidak, ianya tidak dipanggil ‘Hari Kanak-kanak’. Bukankah begitu?

Ayu : Ialah tu.

Hamimah : Eh, dah sampai pun rumah saya! Saya pulang dulu, ya. Jumpa esok di sekolah.

Ayu : Baiklah. Assalamualaikum.

Hamimah : Waalaikumussalam.

76

Page 77: PENULISAN TAHUN 6

60. Bekalan elektrik di rumah kamu telah terputus. Kamu menelefon Tenaga Nasional Berhad di tempat kamu untuk memberitahu masalah yang dihadapi dan meminta bekalan disambung semula.Tulis perbualan melalui telefon antara kamu dengan pegawai tersebut.

Hamimah : Hello. Assalamualaikum. Bolehkah saya bercakap dengan pegawai yang bertugas pada malam ini?

Operator : Waalaikumussalam. Tunggu sekejap ya. Saya sambungkan ke pejabatnya.

Hamimah : Baiklah.

Pegawai : Hello. Assalamualaikum.

Hamimah : Waalaikumussalam.

Pegawai : Siapakah yang bercakap di sana? Boleh saya tahu?

Hamimah : Saya Hamimah. Saya ingin membuat aduan keranabekalan elektrik di rumah saya terputus.

Pegawai : Oh, di manakah rumah awak dan alamatnya?

Hamimah : Di Bagan Dalam. Alamatnya ialah 1841 Bagan Dalam, Butterworth.

Pegawai : Sejak bilakah bekalan elektrik ini terputus?

Hamimah : Sejam yang lepas. Saya berharap agar pihak tuan dapat membaikinya secepat mungkin.

Pegawai : Apakah kerosakan yang berlaku?

Hamimah : Meter di rumah saya rosak manakala tiang elektrik pula disambar petir kerana hujan lebat yang turun sebentar tadi.

Pegawai : Oh, begitu! Bolehkah adik beritahu tiangnya pula?

Hamimah : Kalau tidak silap saya, nombornya ialah TN 1035.

Pegawai : Butir-butirnya sudah lengkap sekarang. Tidak apa. Pihak kami akan ke sana untuk membaikinya sebentar lagi. Harap bersabar ya.

Hamimah : Baiklah. Terima kasih saya ucapkan.

Pegawai : Sama-sama. Kesulitan ini amat kami kesali. Kami memohon maaf.

Hamimah : Baiklah. Terima kasih.

Pegawai : Sama-sama.

77

Page 78: PENULISAN TAHUN 6

61. Kamu hendak mengajak kawan kamu pergi ke pameran buku. Tuliskan perbualan di antara kamu dengan rakan kamu.

Hamimah : Eh, Farah! Awak hendak ke mana tak hujung minggu ini?

Farah : Mengapa. Saya rasa hujung minggu ni saya tidak ke mana-mana. Ada apa-apa rancangankah?

Hamimah : Tidak. Sebenarnya saya hendak mengajak awak ke pameran buku.

Farah : Hmmm. Kenapa awak tidak cakap awal-awal tadi. Saya ingat apa tadi. Tiba-tiba sahaja awak bertanya saya.

Hamimah : Saya cuma tanya awak dahulu sahaja. Mungkin awak hendak ke mana- mana, bukannya saya tahu.

Farah : Oh, ya! Bilakah pameran itu bermula?

Hamimah : Ianya bermula pada 28 Julai hingga 18 Ogos 1998. Hanya lebih kurang dua minggu sahaja ianya berlangsung.

Farah : Oh, begitu! Dah terlups pula saya. Di manakah pula ianya akan diadakan?

Hamimah : Pameran itu diadakan di Dewan Sri Pinang. Dengar khabarnya, mereka akan menawarkan harga yang rendah kepada sesiapa yang ingin membeli buku. Potongan harganya ialah 10 hingga 15%.

Farah : Saya teringin juga hendak ke sana. Tetapi saya mesti meminta kebenaran daripada ibu bapa saya dahulu.

Hamimah : Memanglah. Saya telahpun meminta kebenaran daripada ibu bapa saya dan mereka membenarkan. Harap-harap kita dapat ke sana bersama- sama.

Farah : Eh, hari pun hampir malam! Mari kita pulang ke rumah.

Hamimah : Mari.(Kemudian kami pun pulang ke rumah masing-masing.)

62. Kamu sedang berbual-bual dengan seorang kawan kamu. Perkara yang dibualkan adalah tentang persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak berapa lama lagi.Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu.

(Suatu petang, saya berbual-bual bersama Yana di taman permainan.)

Hamimah : Eh, Yana! UPSR bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Sebulan pun tidak sampai. Apakah persiapan kamu untuk menduduki dan menghadapinya?

Yana : Saya akan lebih berusaha sebagai persiapan untuk menghadapi

78

Page 79: PENULISAN TAHUN 6

peperiksaan ini. Saya harap saya akan lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan ini. Bagaimana pula dengan awak?

Hamimah : Saya akan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan dalam masa ini. Sebelum ini saya cuma mengetahui lapan puluh peratus tentang sesuatu pelajaran dan lagi dua puluh peratus saya akan berusaha dengan gigih untuk mencapai seratus-peratus dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Yana : Awak berasa gementar tak kerana hendak menghadapinya?

Hamimah : Yana, sekiranya kita sudah bersiap sedia dari sekarang, kita tidak akan merasa gementar. Bahkan kita berasa tidak sabar untuk membuat ujian itu.

Yana : Benar cakap awak. Ibu bapa saya pun berkata demikian.

Hamimah : Kesihatan juga perlu kita jaga. Kita perlu menjaga kesihatan kita dengan baik. Sekiranya kita sakit pada masa itu, kita tidak dapat menjawab soalan itu dengan tenang.

Yana : Dan kita juga akan berasa terganggu kerana kesihatan kita tidak terjaga. Oleh yang demikian kita perlulah menjaga kesihatan kita dengan sebaik- baiknya.

Hamimah : Memanglah. Pelajaran dan kesihatan perlu kita pentingkan. Ia bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit. Betul tak?

Yana : Betul tu. Eh, hari pun hampir senja! Mari kita pulang.

Hamimah : Mari.

63. Tulis satu perbualan antara seorang lelaki yang mahu membuat aduan tentang satu kemalangan jalan raya dengan seorang pegawai polis di sebuah balai polis.

Ahmad : Selamat petang tuan.

Polis : Selamat petang dan silakan duduk. Bolehkah saya menolong saudara?

Ahmad : Sebenarnya, saya datang ke sini adalah untuk membuat aduan mengenai satu kemalangan jalan raya.

Polis : Kemalangan jalan raya? Di manakah kejadian ini berlaku?

Ahmad : Kemalangan ini berlaku di Jalan Chain Ferry lebih kurang dua kilometer dari sini.

Polis : Saudara, siapakah pula yang terbabit dalam kemalangan ini?

Ahmad : Daripada apa yang saya lihat, sebuah motosikal bertembung dengan sebuah kereta. Pemandu kereta itu bersama-sama dengan isteri dan

79

Page 80: PENULISAN TAHUN 6

seorang anaknya.

Polis : Oh, hampir terlupa saya! Bilakah kemalangan itu berlaku?

Ahmad : Baru sahaja sebentar tadi dan terlupa saya datang untuk membuat aduan mengenainya.

Polis : Adakah awak lihat bagaimana kemalangan itu berlaku?

Ahmad : Ya, saya melihatnya. Ianya berlaku kerana pemandu motosikal itu datang dengan lajunya lalu bertembung kereta itu.

Polis : Saudara, terima kasih atas kerjasama yang saudara berikan. Pihak kami akan ke sana sebentar lagi.

Ahmad : Sama-sama. Semoga pihak polis dapat menyelesaikan masalah ini. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Polis : Baiklah.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(DIALOG)

1. Kamu hendak membeli tiket bas ke Kuala Lumpur bersama-sama abang kamu. Tuliskan perbualan kamu dengan penjual tiket di kaunter membeli tiket.

Pendahuluan- mengucapkan selamat pagi kepada penjual tiket

Isi-isi penting- bertanya sama ada tiket ke Kuala Lumpur masih ada atau tidak.- nyatakan tarikh dan waktu bas berlepas yang diingini- bertanya akan harga sekeping tiket bagi orang dewasa- membeli dua keping tiket-membayar wang kepada penjual tiketPenutup- mengucapkan terima kasih kepada penjual tiket

2. Baru-baru ini kamu terserempak akan rakan lama kamu. Oleh sebab telah lama tidak berjumpa, kamu berbual-bual panjang dengannya. Tuliskan perbualan kamu dengannya.

Pendahuluan- menegurnya- bertanyakan khabar tentang dirinya.Isi-isi penting- bercerita tentang diri masing-masing- mahu ke rumah kakak – mendapat cahaya mata

pertama- ucapkan tahniah kepadanya – kakak tinggal di Taman Mawar – berdekatan dengan rumah- menunggu bas bersama-sama – ajak kawan datang ke rumah – boleh bercerita panjang.- Bas tiba – naik dan duduk di kerusi yang sama – bertukar-tukar nombor telefonPenutup- berjanji akan bertemu lagi – akan singgah ke rumah sebelum pulang ke Muar

80

Page 81: PENULISAN TAHUN 6

3. Selaku seorang wartawan, kamu diminta mewawancara tokoh ibu tunggal di negara ini. Tuliskan butiran perbualan kamu dalam bentuk dialog yang lengkap.

Pendahuluan- ucapan selamat dan memperkenalkan diriIsi-isi penting- mengucapkan tahniah atas anugerah tokoh ibu tunggal- bertanyakan perasaan beliau- gembira dan bersyukur- bertanyakan rahsia disebalik kegigihan beliau membesarkan anak-anak sehingga berjaya- rintangan yang terpaksa dihadapi oleh beliau- suami meninggal dunia ketika anak-anak masih kecil – beliau tidak bekerjaPenutup- ucapan terima kasih

4. Kamu dan rakan kamu sedang berbual-bual di kantin sekolah. Tajuk perbualan kamu adalah tentang cara-cara mengisi masa lapang. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan-rakan itu.

Pendahuluan- mengajak kawan makan bersama-sama- bertanya kepada kawan tentang aktivitinyaIsi-isi penting- maksud kegiatan masa lapang- melakukan sesuatu yang berfaedah pada masa cuti- menolong ibu bapa – membersihkan kawasan rumah, menyapu sampah, dan sebagainya- mengulang kaji pelajaran – menyiapkan kerja rumah – belajar komputer- membeli dua keping tiket-membayar wang kepada penjual tiketPenutup- mengucapkan terima kasih kepada penjual tiket

5. Pada suatu pagi, kamu dan kawan karib kamu sedang berbual-bual tentang kecurian yang semakin menjadi-jadi di kawasan tempat tinggal kamu.Tuliskan perbualan kamu tentang usaha-usaha yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pendahuluan- Ucapan selamat- bertanyakan khabarIsi-isi penting- Bimbang – masalah kecurian – semakin menjadi-jadi- Pelbagai usaha – kerjasama – masalah dapat diatasi – mengunci tingkap dan pintu –

menghalang pencuri masuk- Penubuhan Rukun Tetangga – meronda pada waktu malam- Memasang jeriji pintu dan tingkap – susah dikopakPenutup- harapan – dapat diatasi secepat mungkin

6. Rakan kamu telah terpilih sebagai olahragawan sekolah. Kamu telah berbual-bual dengannya tentang kejayaanya itu..Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu.

Pendahuluan- ucapan selamat atau yang sama dengannyaIsi-isi penting- mengucapkan tahniah atas anugerah yang diterima

81

Page 82: PENULISAN TAHUN 6

- bertanyakan perasaan beliau- gembira dan bersyukur- bertanyakan rahsia kejayaan – ibu bapa, guru dan rakah-rakan yang memberi dorongan- rintangan yang terpaksa dihadapi oleh beliau- pembahagian waktu/jadual- nasihat kepada rakan-rakanPenutup- Harapan ke peringkat yang lebih tinggi

7. Kamu tidak pernah berjumpa dengan kawan lama kamu sejak berpindah ke bandar. Pada suatu hari, semasa kamu berjalan-jalan di Bandar, kamu terserempak dengan rakan kamu itu. Tulis dialog antara kamu dan rakan kamu itu.

Pendahuluan- kamu menegur rakan kamu dan bertanya sama ada dia masih ingat akan diri kamu.- Rakan kamu berasa gembira berjumpa dengan kamu.Isi-isi penting- Bertanya khabar diri dan keluarga.- Rakan bertanya tentang keadaan kamu dan keluarga setelah berpindah.- Kamu menceritakan persekolahan dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada diri

kamu setelah berpindah ke bandar.- Kamu mempelawa rakan kamu datang ke rumah yang letaknya tidak jauh.- Menolak kerana ada urusan yng perlu diselesaikan.rakan berjanji akan datang pada masa lain.Penutup- berharap akan berjumpa lagi dan berutus surat.

8. Kamu penjual buah-buahan. Kamu sedang melayan seorang pelanggan. Tulis perbualan kamu dengan pelanggan itu.

Pendahuluan- Saling memberi salam – bertanyakan pelanggan apa yang hendak dibelinya.Isi-isi penting- Pelanggan bertanyakan harga buah tembikai – sama ada manis.- Nyatakan harga tembikai – memberitahu pelanggan buah tembikai manis dan tidak berbiji –

cukup bersari.- Memujuk pelanggan membeli buah yang lain – betik, mangga dan nanas – berikan diskaun

jika membeli banyak.- Pelanggan tertarik – memilih beberapa jenis buah yang lain – minta kira harga.Penutup- mengucapkan terima kasih – minta pelanggan datang lagi.

9. Kamu telah menelefon guru Persatuan Bahasa Malaysia untuk menyatakan bahawa kamu tidak dapat menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya kerana kamu terpaksa balik ke kampung segera. Kamu berjanji akan menghantar kerja Bahasa Malaysia itu setelah kamu kembali semula ke sekolah. Tulis perbualan telefon tersebut.

Pendahuluan- Ucapkan helo dan selamat malam kepada guru.- Memperkenalkan diri.Isi-isi penting- Nyatakan sebab-sebab kamu menelefon beliau.- Memohon maaf kerana terpaksa menlefon beliau pada waktu malam.

82

Page 83: PENULISAN TAHUN 6

- Tidak dapat menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya.- Nenek sakit tenat di kampung – terpaksa balik segera.- Berjanji untuk menghantar kerja Bahasa Malaysia sebaik sahaja kembali dari kampung.- Harap mendapat kebenaran daripada guru kamu.Penutup- ucapkan terima kasih.

10. Anda adalah seorang wartawan dan ditugaskan untuk menemuramah seorang guru yang terpilih sebagai guru cemerlang di sekolah anda. Tuliskan perbualan anda berdua.

Pendahuluan : Ucapan selamat – memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan berjumpa..Isi-isi penting :

A ) Latar belakang guru dan keluarganyaB ) Latar belakang pendidikan guru dan pengalaman mengajar .C ) Perasaan guru setelah dipilih menjadi guru cemerlang.D ) Strategi pengajaran yang dilakukan ketika mendidik muridE )Nasihat guru kepada semua murid-murid.

Penutup Ingin meminta diri – mengucapkan terima kasih kepadanya – memberikan ucap selamat.

Soalan-soalan latihan UPSR.

1. Aziz tidak dapat pergi ke sekolah kerana badannya kurang sihat. Dia telah pergi ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Tuliskan perbualan antara Aziz dengan doktor di klinik tersebut.

2. Kamu merupakan pemberita untuk majalah sekolah. Kamu telah ditugaskan untuk mewawancara seorang guru dari sekolah kamu yang akan bersara. Tulis wawancara tersebut.

3. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu dan rakan kamu telah berbual tentang masalah penyalagunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Tuliskan perbualan tersebut.

4. Guru Besar sekolah kamu telah memanggil kamu ke pejabatnya untuk menyerahkan tugas sebagai Ketua Pengarang Majalah Sekolah kepada kamu. Tuliskan dialog antara kamu dan Guru Besar kamu.

5. Andaikan kamu seorang wartawan. Kamu telah ditugaskan untuk menemu ramah seorang Peladang Jaya Wanita peringkat kebangsaan. Tuliskan wawancara tersebut.

6. Salah seorang daripada rakan kamu telah jatuh sakit. Kamu dan rakan-rakan yang lain telah pergi menziarahinya di hospital. Tuliskan perbualan antara kamu dan rakan kamu itu.

7. Musim buah-buahan sudah bermula. Telefon datuk kamu di kampung untuk bertanyakan sama ada buah-buahan sudah masak atau pun belum. Tuliskan perbualan telefon antara kamu dan datuk kamu.

8. Kamu tidak dapat datang ke sekolah kerana demam. Telefon guru kamu untuk memberitahunya tentang perkara tersebut. Tuliskan perbualan telefon antara kamu dengan guru kamu.

9. Keputusan peperiksaan telah diumumkan. Kamu berasa sangat gembira dan menunjukkan keputusan peperiksaan yang diperolehi kepada ayah kamu. Tuliskan perbualan antara kamu dengan ayah kamu tentang keputusan tersebut.

10. Kamu telah dilantik sebagai wakil kelas untuk menemu ramah seorang pegawai bomba tentang tugasan seorang seorang ahli bomba. Tuliskan temu ramah tersebut.

83

Page 84: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN CATATAN

1. Karangan ini merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau sesuatu peristiwa penting yang berlaku pada anda.

2. Karangan jenis ini seakan-akan ringkasan daripada sebuah karangan biasa.

3. Nyatakan tarikh, hari dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.

4. Catatan yang anda tulis itu harus diolah dan disusun mengikut urutan peristiwa atau kejadian.

5. Catatan yang anda tulis itu harus diolah dan disusun mengikut urutan peristiwa atau kejadian.

6. Bahasa yang digunakan haruslah mudah dan menarik. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau peribahasa dalam catatan anda.

Contoh Karangan Catatan

64. Pada musim cuti persekolahan yang lalu, kamu bercuti di kampung datuk kamu. Tuliskan catatan aktiviti yang kamu lakukan sepanjang berada di kampung datuk kamu itu.

27 Oktober 1997,Selasa,

Aku bertolak dari rumah ke kampung datuk di Kedah. Setengah jam kemudian, aku pun tiba di perhentian bas berhampiran dengan rumah datuk. Apabila tiba di rumah datuk, aku berehat seketika untuk menghilangkan penat.

28 Oktober 1997,Rabu,

Aku mengikut datuk pergi ke sungai. Sesudah kecut tangan bermain dengan air, aku dan datuk pulang ke rumah. Kemudian, nenek menjamu kami air kopi dan biskut kering. Kemudiannya datuk megajakku ke dusunnya yang terletak di hujung kampung.

Di dusun datuk, aku memanjat pokok manggis untuk mengambil buahnya yang telah masak. Datuk pula mengait buah rambutan. Setelah penat, aku dan datuk pulang kerumah.Tibanya di rumah, aku ke tandas untuk mandi. Selepas mandi, aku bersama nenek dan datuk makan tengah hari bersama-sama. Aku begitu berselera sekali makan nasi bersama ulam dan sambal belacan.

Pada petang harinya, aku, nenek dan datuk pergi ke dusun. Kami mengutip buah durian yang gugur. Kemudian, kami menikmati buah durian yang enak itu. Beberapa jam di sana, kami pun pulang. Aku berasa begitu letih tetapi gembira kerana dapat memenuhi masa lapangku di kampung.

29 Oktober 1997,Khamis,

Bapaku datang untuk menjemput aku pulang. Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan nenek dan datuk di kampung. Aku terpaksa pulang juga walaupun itu bukan ke hendak hatiku. Tapi apa yang boleh aku kata kerana esok di sekolahku ada kelas tambahan. Percutian ini sungguh bermakna bagi diriku.

84

Page 85: PENULISAN TAHUN 6

65. Anda telah terpilih ke suatu pertandingan akhir yang diadakan di sekolah anda. Berbaga-bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut. Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

27 Jun 1998,Jumaat,

Aku sibuk mencari isi untuk merangka ucapan untuk pertandingan itu nanti. Aku mengambil isinya dari akhbar dan dengan bantuan guru-guru dan kawan-kawanku. Aku juga meminta bantuan ibu dan bapaku untuk mengembangkan isi yang aku ada.

28 Jun 1998,Sabtu,

Ucapannya telah aku sediakan. Kemudian aku sibuk menghafaznya pula. Memang sudah menjadi kelazimanku untuk menghafaz teks ucapan setelah membuatkannya menjadi satu karangan.29 Jun 1998,Ahad,

Aku ke rumah guruku dan ditemani oleh sahabat karibku. Aku ke sana untuk berlatih dan membuat aksi di hadapannya. Guruku juga akan memberi tunjuk ajar kepadaku.

Dia menyuruhku membuat persembahan dan reaksi yang terbaik pada hari itu nanti. Dia juga banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepadaku.

30 Jun 1998,Isnin,

Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku berlatih. Aku akan membuat yang terbaik. Hari ini aku akan berlatih bersungguh-sungguh. Aku berlatih di hadapan cermin supaya tidak berasa kekok di hadapan orang ramai nanti. Aku berasa sungguh gembira kerana berjaya membuat persembahan yang terbaik untuk hari terakhir aku berlatih.

1 Julai 1998,Selasa,

Hari ini merupakan hari pertandingan. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Aku berasa gementar tetapi aku tabahkan hati. Aku harap aku dapat membuat persembahan yang terbaik.

66. Pada musim cuti sekolah yang lalu, kamu bercuti di rumah seorang kawan di sebuah kampung nelayan. Tuliskan catatan harian sepanjang percutian kamu itu.

2 Disember 1997,Sabtu,

Setelah enam jam menaiki bas, aku pun tiba di bandar Dungun. Setibanya di sana aku tercangak-cangak mencari Azwa. Kemudian aku bertemu dengannya dan terus menaiki beca menuju ke kampungnya. Rupa-rupanya ianya sebuah kampung nelayan.

Apabila sampai di rumahnya, aku terus berehat kerana terlalu letih. Aku tidak berasa kekok sangat walaupun berada di tempat orang kerana aku telah lama mengenali ahli keluarganya. Kemudian aku telah dijamu dengan air the dan biskut.

3 Disember 1997,Ahad,

85

Page 86: PENULISAN TAHUN 6

Aku bangun seperti biasa dan terus ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi, aku terus sembahyang Subuh. Kemudian aku menolong ibu Azwa menyediakan sarapan pagi. Sejurus selepas makan kami berehat sebentar. Azwa mengajakku bersiar-siar di tepi pantai. Dari jauh aku lihat air laut begitu tenang. Angin laut bertiup lembut. Udaranya sungguh segar dan hawanya sungguh sejuk.

Apabila tiba waktu petang, aku lihat ramai nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan mereka. Aku begitu kasihan melihat mereka bekerja begitu keras tetapi itulah mata pencarian mereka. Hasil tangkapan mereka akan dipasarkan dan esok mereka akan berjuang lagi dengan laut.

Malam itu kami makan keropok lekor di sebuah gerai yang terletak di tepi laut. Aku begitu berselera sekali makan di situ dengan anginnya yang bertiup lembut. Lepas itu kami terus pulang ke rumah.

4 Disember 1997,Isnin,

Aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan tempat itu, tetapi sekolah akan dibuka tidak lama lagi.Aku berharap suatu hari nanti, aku akan datang ke sini lagi. Percutian ini amat bermakna buat diriku ini.

67. Harian sepanjang perkhemahan itu.

22 Julai 1998,Jumaat,

Aku bersama 40 orang peserta dan lima orang guru berkumpul di sekolah untuk bertolak ke Hutan Lipur. Setengah jam kemudiannya, kami pun bertolak ke sana. Perjalanan kami ke sana memakan masa yang agak lama.

Hampir dua jam kami berada di dalam perjalanan , kami pun tiba di sana. Apabila berada di sana, cikgu mengarahkan kami bergerak di dalam kumpulan masing-masing. Kami pun mengikut arahan itu.

Cikgu memilih tempat di tepi sebatang sungai untuk berkhemah. Katanya kami mudah mendapat air sekiranya berkhemah di situ. Beberapa kumpulan yang lain pergi mencari kayu api manakala yang lain pula memasang khemah. Kami juga telah membuat unggun api di hadapan khemah masing-masing.

23 Julai 1998,Sabtu,

Pagi itu, kami semua bersolat jemaah beramai-ramai. Kemudian kami melakukan kawad kaki. Selepas kawad, kami bersarapan pagi. Kemudiannya, kami melakukan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan. Kami juga dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.

Waktu petangnya, kami membuat aktiviti yang lasak seperti mendaki bukit, larian berhalangan dan acara-acara yang lain lagi. Pada hari itu juga turut diadakan pertandingan seperti pertandingan kawad kaki, membuat simpulan tali dan lain-lain lagi.

86

Page 87: PENULISAN TAHUN 6

Pada malam harinya, kami dapat merasakan kedinginan angin malam. Pada waktu itu, kami bernyanyi lagu-lagu pengakap dan lagu-lagu rakyat.

24 Julai 1998,Ahad,

Kami berkemas-kemas untuk pulang. Perkhemahan pengakap untuk kali ini amat menyeronokkan. Diharap ianya akan diadakan lagi.

68. Kamu telah mengikuti rombongan sekolah kamu melawat beberapa tempat di ibu negara. Tuliskan catatan harian tentang lawatan kamu itu.

27 Julai 1998,Jumaat,

Aku bersama 40 orang peserta bertolak ke ibu negara. Masing-masing membawa bekalan yang diperlukan.28 Julai 1998,Sabtu,

Kami semua tiba di ibu negara dan berhenti untuk bersembahyang Subuh di Masjid Negara.abila semuanya selesai, kami telah pergi melawat tempat-tempat menarik yang ada di sana.

Pertama sekali, kami telah pergi melawat ke Muzium Negara. Di sana, kami dapat menyaksikan berbagai-bagai jenis barangan purbakala dan barang-barang antik. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat ke sana.

Kemudiannya, kami melawat ke Planetarium Negara. Di sana, kami telah dapat mengetahui serba sedikit tentang alam sains angkasa dan ini dapat menambahkan lagi minat kami dalam bidang Sains. Terdapat pelbagai jenis sejarah mengenai alat-alat yang dicipta oleh ahli-ahli sains.

Selepas melawat ke sana, kami makan tengah hari beramai-ramai. Kemudiannya kami bersembahyang di surau yang berdekatan. Selepas itu, kami menyambung lawatan kami semula. Kali ini kami telah pergi ke Menara Kuala Lumpur.

Di sebelah malamnya, kami telah pergi ke Dataran Merdeka. Ianya terletak berhampiran dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Lampu neon yang mengelilingi jalan kelihatan cantik sekali. Oh, indahnya negaraku Malaysia!

29 Julai 1998,Ahad,

Kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Percutian kali ini amat menggembirakan. Semoga ianya akan diadakan lagi.

69. Tuliskan catatan harian kehidupan seorang nelayan.

5.00 pagi,Berdetiknya jam menunjukkan pukul 5 pagi. Bermulalah kehidupanku. Selepas aku

bangun daripada tidur, aku akan bersiap-siap untuk turun ke laut. Aku menyediakan jala serta

87

Page 88: PENULISAN TAHUN 6

sedikit bekalan untuk di bawa ke sana. Selepas bersembahyang subuh dan sarapan pagi, aku pun keluar dari rumah menuju ke laut.

6.00 pagi,Aku memulakan tugasku sebagai seorang nelayan. Aku akan menaiki perahuku dan pergi

menjala ikan. Sudah menjadi kelaziman kepada nelayan untuk pergi menangkap ikan bersama-sama dengan teman. Biasanya, aku akan turun ke laut bersama seorang sahabatku, Pak Ali. Kami menangkap ikan di tempat yang biasanya terdapat banyak ikan.

9.00 pagi,Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami akan pulang bersama-sama hasil tangkapan kami.

Sekiranya ada rezeki, kami akan mendapat banyak ikan. Di persisiran pantai, sudah ramai orang yang menunggu untuk membeli ikan. Sekiranya terdapat lebihan ikan, aku akan membawa pulang untuk dimasak.

12.00 tengah hari,Aku akan pulang ke rumah untuk menjamah makanan tengah hari. Kemudiannya aku

akan berehat sebentar di rumah.

4.00 petang,Sekiranya cuaca elok, aku akan turun lagi ke laut. Mungkin ada lagi rezeki untukku, aku

akan menjualnya.

6.00 petang,Aku akan pulang ke rumah. Selepas itu aku akan berehat sahaja di rumah.

10.00 malam,Aku akan tidur dan esok akan bekerja semula. Begitulah kehidupanku dalam sehari

sebagai seorang nelayan.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(CATATAN)

1. Pada minggu lalu, sekolah kamu telah menyambut Hari Guru. Tulis catatan tentang acara-acara menarik sepanjang sambutan tersebut berlangsung.

Pendahuluan : Tarikh – 16 Mei 2001 – pagi itu kami berkumpul di dewan – menyambut Hari Guru – acara penyampaian ucapan oleh Pengerusi PIBG sekolah dan Guru Besar – nyanyian lagu Guru Malaysia Isi-isi penting :

A ) 10.00 – Sukaneka antara guru dengan murid-Tiup belon, lari dalam guni, cari gula-gula dalam tepung dan sebagainya.B ) 11.30 pagi – acara persembahan pentas – drama- tarian – nyanyian – dikir barat C) 12.30 tengah hari – acara tamat- murid murid mengambil keasempatan berjumpa guru –

memberi hadiah kepada guru kelas.D) 12.45 tengah hari – pulang – berasa gembira kerana dapat berjumpa guru kesayangan –

memberinya hadiah sebagai tanda menghormati dan menghargai jasanya.Penutup :Jasa guru tidak ternilai – guru umpama sebatang lilin – membakar diri untuk kesenangan orang lain.

88

Page 89: PENULISAN TAHUN 6

2. Pada cuti sekolah yang lalu, kamu menyertai aktiviti perkhemahan anjuran sekolah di sebuah hutan. Catatkan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang aktiviti itu.

Pendahuluan : 25 Mei 2001 – 7. 45 pagi – bertolak ke Hutan Bandar, Johor Baharu – mengikuti aktiviti perkhemahan – anjuran persatuan pengakap sekolah – Jumlah ahli yang terlibat dan guru Isi-isi penting :

A ) aktiviti hari pertama – memasang khemah – memasang unggun api – memasak – mendengar taklimat dan ceramahB ) Aktiviti hari kedua – mencari harta karun – pertandingan khemah terbersih - sukanekaC) Aktiviti hari ketiga – Keputusabn pertandingan – penyampaian hadiah – majlis penutup –

bacaan doa D) pulang berasa seonok – dan gembira – banyak memperoleh pengetahuan dan pengalaman berguna.

Penutup :Dapat membentuk diri berdisiplin – mematuhi peraturan – bertanggung jawab – cekal hati untuk berjaya.

3. Kamu telah dimasukkan kehospital kerana mengidap sejenis penyakit . Tuliskan catatan sepanjang tiga hari kamu berada di sana.

Pendahuluan : Balik dari sekolah – terjatuh dari basikal – sakit dibahagian belakang badan – kaki bengkak – di hantar ke hospital – dimasukkan ke wad Isi-isi penting :

A ) Hari pertama – dirawat oleh jururawat dan doktor- Badan diX-ray – keluarga melawat.B ) Hari kedua – keputusan X-ray belum diterima – terpaksa menunggu – berasa bosan – tidur dan membaca buku cerita C) Hari ketiga – Keputusan X-ray diterima – belakang bengkak – tidak membahayakan -

dibenarkan keluar – berasa gembira Penutup :Petang – ibu ayah datang – berkemas untuk pulang – mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat – doktor menasihatkan berhat seminggu - berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

4. Tuliskan catatan tentang “Sambutan Hari Raya Pertama.”

PendahuluanBangun awal pagi – bersiap-siap – memakai baju Melayu – bersalam-salaman dengan ahli keluargaIsi-isi penting- bersarapan dengan keluarga- masakan ibu enak – ada ketupat,rendang,lemang, dan

sebagainya.- Pergi ke masjid dengan abang dan ayah – sembahyang hari raya – bersalam-salaman dengan

rakan-rakan di masjid- Pergi ke rumah datuk – berjumpa dengan saudara-mara – bermain-main dengan sepupu –

pergi ke rumah pak cikPenutup- malam – pulang ke rumah – berasa letih tetapi gembira – esok akan menyambut hari raya

89

Page 90: PENULISAN TAHUN 6

5. Anda sekeluarga telah pergi ke suatu tempat peranginan semasa cuti sekolah yang lalu. Dengan berpandukan isi-isi penting di bawah ini, tuliskan catatan tentang percutian tersebut.

Isi-isi penting- Tempat percutian- Persiapan-persiapan untuk ke tempat percutian- Cara menghabiskan percutian tersebut

6. Sekolah kamu mengadakan satu pameran barang-barang hasil tangan murid-murid. Tuliskan catatan tentang pameran tersebut.

Isi-isi penting- Tarikh pameran- Keadaan barang-barang pameran- Bila pameran bermula dan sambutannya- Sibuk bertugas memberi penerangan- Bila pameran berakhir dan hasilnya

Soalan-soalan latihan UPSR.

1. Pilih satu hari dalam seminggu. Kemudian tulis satu catatan tentang perkara-perkara yang telah kamu lakukan pada hari tersebut.

2. Suatu hari kamu telah diserangdemam panas. Ibu kamu telah membawa kamu ke klinik. Tuliskan catatan tentang peristiwa tersebut.

3. Pada minggu hadapan, kamu akan memasuki pertandingan syarahan. Tuliskan catatan harian mengenai persediaan-persediaan yang dilakukan.

4. Pada cuti semester yang lalu, kamu berpeluang mengikuti satu rombongan ke Pulau Tioman selama tiga hari. Tuliskan catatan tersebut.

5. Tuliskan catatan yang bertajuk “ Sehari dalam hidup saya.”6. Kamu telah mengikut kawan kamu ke dusun buah-buahan bapanya. Catatkan pengalaman-

pengalaman yang kamu lalui bersama kawan-kawan kamu itu.7. Kamu telah mengadakan satu lawatan ke rumah orang-orang tua. Catatkan pengalaman kamu

itu.8. Setiap orang mempunyai satu hari yang tidak dapat kita lupakan. Tuliskan sebuah catatan

menceritakan hari yang tidak dapat anda lupakan.9. Kamu telah ditinggalkan sendirian di rumah kamu apabila kedua-dua orang tua kamu

terpaksa keluar kerana ada perkara mustahak. Tuliskan catatan kamu di rumah keseorangan sementara menunggu mereka pulang.

10. Tuliskan suatu catatan tentang “ Sehari dalam cuti sekolah.”

90

Page 91: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN PERBINCANGAN/PENDAPAT

1. Karangan jenis ini memerlukan anda membincangkan sesuatu tajuk atau menyatakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2. Jika soalan itu berbentuk perbincangan, anda bebas menyatakan hujah sama ada menyokong atau membangkang tajuk.

3. Tetapi jika soalan itu hanya meminta anda menyokong pernyataan itu, anda mestilah memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya dan begitulah sebaliknya.

4. Kamu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang dikemukakan.

5. Fakta-fakta yang kamu kemukakan mestilah betul, tepat, dan logik.

6. Sebagai kesimpulan bagi karangan jenis ini, pendirian anda terhadap tajuk yang diberikan mestilah menyakinkan dan berkesan.

Contoh Karangan Perbincangan

70. ‘Kepentingan Membaca Akhbar’. Tuliskan sebuah karangan perbincangan berdasarkan tajuk tersebut.

Apakah itu akhbar? Akhbar ialah salah satu media massa yang terdapat di negara kita. Kita amat memerlukannya untuk mengetahui tentang perkembangan dunia semasa. Akhbar memang banyak kepentingannya kepada kita.

Di dalam akhbar terkandung berbagai jenis berita, bursa saham, pendidikan, hiburan dan sebagainya. Sekiranya kita membaca akhbar, pengetahuan kita akan bertambah. Akhbar penting untuk kita mengetahui perkembangan dunia semasa dalam ataupun luar negeri. Dengan itu kita akan tahu apa yang berlaku di dunia ini.

Akhbar juga penting untuk melaporkan sama ada saham naik atau turun kepada pemegang-pemegang saham. Ini memudahkan mereka untuk mengetahui perkembangan terkini. Selain daripada itu, akhbar juga memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar. Terdapat ruang di dalam akhbar di mana diberikan cara-cara atau petua-petua kepada pelajar-pelajar untuk menjawab soalan.

Sekiranya kita tidak membaca akhbar, pengetahuan kita akan kurang. Kita susah hendak membuat karangan kerana kurang bahan bacaan. Jadi ternyatalah akhbar amat penting kepada golongan pelajar.

Walaupun ada sesetengah golongan yang mengambil ringan terhadap akhbar, tetapi janganlah kita bersikap begitu. Ini kerana semakin banyak ilmu seseorang semakin tajam pengamatannya. Dan ilmu yang paling mudah dan murah didapati sekarang adalah melalui akhbar. Jadi ternyatalah di sini bahawa akhbar memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian.

91

Page 92: PENULISAN TAHUN 6

71. Badan yang sihat melahirkan otak yang cergas. Bincangkan.

Pemikiran yang sihat dan perasaan yang positif merupakan kesihatan mental. Kesihatan mental akan menjamin kesihatan badan. Hati kita perlu dipenuhi perasaan gembira dan bersemangat. Dengan ini juga badan kita akan menjadi sihat.

Sekiranya badan kita sihat, otak kita akan menjadi cergas. Otak kita juga akan berfikir dengan cepat dan bukannya lembab. Jikalau otak kita cerdas, kita akan menjadi pelajar yang berjaya. Kesihatan memainkan peranan penting di dalam kehidupan.

Untuk menjadikan badan sihat, kita perlu menjaga kebersihan diri dan kebersihan alam sekeliling. Kita harus mandi setiap hari. Kawasan rumah mestilah bersih. Tong-tong yang berisi air hendaklah dihapuskan supaya ianya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.

Selain daripada itu, makanan juga memainkan peranan penting untuk menjadikan badan sihat. Kita perlu memakan makanan seimbang. Ini dapat menjamin kesihatan kita. Kekurangan sesetengah zat boleh menyebabkan kita mengidap sesuatu penyakit. Makanan yang tidak bersih akan menyebabkan kita berasa sakit perut dan mengalami cirit-birit. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu banyak dimakan.

Di samping itu, senaman juga penting untuk menjaga kesihatan badan. Pengaliran darah akan menjadi cepat dan ini akan mnyebabkan badan kita menjadi sihat. Masa yang sesuai untuk bersenam ialah pada waktu petang dan pagi.

Apabila badan kita sihat, otak pula akan menjadi cergas. Otak yang cergas dapat menerima pelajaran dengan baik. Dia tidak mudah lupa. Ini membuatkan seorang pelajar akan berjaya di dalam pelajaran. ‘Badan Sihat Melahirkan Otak Yang Cergas’.

72. ‘Kepentingan Membaca Akhbar’. Tuliskan sebuah karangan perbincangan berdasarkan tajuk tersebut.

Apakah itu akhbar? Akhbar ialah salah satu media massa yang terdapat di negara kita. Kita amat memerlukannya untuk mengetahui tentang perkembangan dunia semasa. Akhbar memang banyak kepentingannya kepada kita.

Di dalam akhbar terkandung berbagai jenis berita, bursa saham, pendidikan, hiburan dan sebagainya. Sekiranya kita membaca akhbar, pengetahuan kita akan bertambah. Akhbar penting untuk kita mengetahui perkembangan dunia semasa dalam ataupun luar negeri. Dengan itu kita akan tahu apa yang berlaku di dunia ini.

Akhbar juga penting untuk melaporkan sama ada saham naik atau turun kepada pemegang-pemegang saham. Ini memudahkan mereka untuk mengetahui perkembangan terkini. Selain daripada itu, akhbar juga memberi pendidikan kepada pelajar-pelajar. Terdapat ruang di dalam akhbar di mana diberikan cara-cara atau petua-petua kepada pelajar-pelajar untuk menjawab soalan.

Sekiranya kita tidak membaca akhbar, pengetahuan kita akan kurang. Kita susah hendak membuat karangan kerana kurang bahan bacaan. Jadi ternyatalah akhbar amat penting kepada golongan pelajar.

92

Page 93: PENULISAN TAHUN 6

Walaupun ada sesetengah golongan yang mengambil ringan terhadap akhbar, tetapi janganlah kita bersikap begitu. Ini kerana semakin banyak ilmu seseorang semakin tajam pengamatannya. Dan ilmu yang paling mudah dan murah didapati sekarang adalah melalui akhbar. Jadi ternyatalah di sini bahawa akhbar memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian.

73. Berikan pendapat kamu mengenai tajuk “Murid-murid patut mendapat perlindungan keselamatan di sekolah”.

Sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu pengetahuan. Namun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa murid-murid patut mendapat perlindungan keselamatan di sekolah. Saya amat bersetuju sekali dengan pendapat yang mereka berikan.

Murid-murid perlu mendapat perlindungan keselamatan. Dengan cara ini, kita dapat mengelak daripada kes penculikan yang sering berlaku sekarang. Kes penculikan yang berlaku di sekolah adalah kerana murid-murid kurang mendapat perlindungan keselamatan. Disebabkan inilah kes penculikan banyak berlaku sekarang terutamanya kepada anak-anak orang berada.

Selain itu, murid-murid sekolah perlu mendapat perlindungan keselamatan sewaktu pulang dari sekolah. Pihak sekolah harus mengawasi murid-murid sewaktu mereka hendak melintas jalan ketika pulang dari sekolah. Ini supaya murid-murid tidak mendapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.

Pihak sekolah juga harus memberi perlindungan keselamatan ini untuk mengelak mereka daripada diperasugut oleh orang luar. Mereka akan meminta wang daripada murid-murid. Golongan murid yang sering menjadi tumpuan ialah murid yang kaya.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar di semua sekolah telah ada perlindungan keselamatan ini. Sekiranya masih belum tiada, wujudkannya. Ini untuk keselamatan murid-murid sesebuah sekolah juga.

74. Tuliskan kebaikan mempunyai teman karib.

Teman karib merupakan teman baik atau akrab dengan kita. Sekiranya kita hendak memilih teman karib pilihlah yang baik dan bersopan santun. Banyak kebaikannya sekiranya kita mempunyai teman karib.

Salah satu kebaikannya ialah dia dapat menolong kita sewaktu kita di dalam kesusahan. Jika dia dilanda kesusahan, kita pula yang akan menolong dan membantunya. Contohnya jika kita menghadapi masalah kewangan mungkin teman karib kita itu dapat membantu kita di dalam hal tersebut.

Selain itu, dia juga dapat membantu kita sekiranya menghadapi sesuatu masalah. Kita boleh berbincang dengannya dan mungkin sekali dia dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Teman karib juga senang untuk diajak berbincang kerana dia memahami perasaan kita dan kita juga memahami perasaannya.

Kita juga dapat berbincang dengannya tentang pelajaran yang diajar oleh cikgu semasa di sekolah. Sekiranya kita belajar secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua orang, kita boleh berbincang dan mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza tetapi bernas. Ilmu kita akan bertambah dan pengetahuan kita di dalam suatu pelajaran akan lebih mendalam.

93

Page 94: PENULISAN TAHUN 6

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa sekiranya kita mempunyai teman karib banyak kebaikannya. Oleh itu, janganlah bersikap hidung tinggi dan kera sumbang. Sikap demikian amat dibenci orang.

75. “Cara-cara Mengatasi Pencemaran.” Bincangkan.

Pencemaran terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran air dan beberapa pencemaran yang lain lagi. Dewasa ini, maslah pencemaran yang berlaku semakin berleluasa. Oleh yang demikian, kita haruslah mengatasi masalah pencemaran ini.

Antara salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran adalah dengan mengawal kilang-kilang daripada mengeluarkan asap-asap kotor yang berlebihan dan tidak terkawal. Sekiranya asap-asap ini banyak yang keluar, ini akan menjejaskan alam sekitar. Asap-asap ini akan mencemarkan udara yang menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Kerajaan juga harus mengawasi kilang-kilang supaya tidak membuangkan sisa-sisa toksid ke dalam sungai ataupun laut. Jika ini berlaku, ianya akan menghapuskan habitat laut. Ingatlah bahawa sumber makanan laut adalah sumber protein. Oleh itu janganlah berbuat sedemikian. Sekiranya habitat ini pupus, sumber makanan kita akan berkurangan.

Pembakaran secara terbuka juga boleh menyebabkan pencemaran. Oleh itu, kita harus mengatasinya untuk memelihara alam sekitar kita supaya bersih dan indah. Ingatlah slogan yang mengatakan bahawa negara bersih rakyatnya sihat.

Yang paling penting adalah kerajaan menguatkuasakan undang-undang tentang masalah pencemaran ini. Masalah ini hendaklah diletakkan teratas sekali supaya rakyat kita sedar. Dengan ini masalah pencemaran dapat diatasi. Akhir kata, peliharalah alam sekitar.

76. Tidur lewat tidak baik untuk kesihatan murid seperti anda. Bincangkan.

Setelah penat melakukan apa jua aktiviti seharian, seseorang itu memerlukan rehat yang secukupnya. Apatah lagi kepada seorang murid seperti kita. Rehat membawa maksud yang umun iaitu tidak melakukan apa-apa aktiviti sama ada daripada segi mental ataupun fizikal.

Tidur lewat itu sendiri salah satu amalam yang tidak baik dan akan memudaratkan murid-murid seperti kita. Kenapa? Pertama apabila kita tidur lewat secara tidak langsung ini akan menyebabkan kita akan bangun lewat dan seterusnya akan menyebabkan kita tiba lewat ke sekolah. Kita pasti akan dimarahi oleh guru kita ataupun didenda.

Badan kita juga haruslah mendapat rehat yang secukupnya kerana sewaktu berehat inilah ini badan dan otak akan berkembang dengan baik. Biasanya seorang kanak-kanak memerlukan masa tidur selama lapan jam sehari.

Rehat yang secukupnya juga perlu untuk membuatkan badan kita lebih cergas dan membantu otak kita menjadi cerdas. Ini secara kita sedar atau tidak akan membantu kita dalam menguasai pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

Seperkara lagi, apabila kita mendapat rehat yang cukup kita tidak mengantuk semasa guru mengajar dan kita akan dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Ini membantu kita dalam peperiksaan nanti.

94

Page 95: PENULISAN TAHUN 6

Kesimpulannya, tidur awal patut diamalkan oleh murid-murid sekolah. Kita akan berasa segara apabila mendapat rehat yang cukup.

77. Tuliskan suatu karangan tentang kebaikan kerja rumah.

Kerja rumah merupakan kerja tambahan yang diberikan oleh guru-guru untuk disiapkan di rumah. Selalunya latihan ini akan berbentuk ulang kaji tentang topik yang diajar pada hari itu.

Namun segelintir daripada kita menganggap kerja rumah yang diberikan itu sebagai membebankan mereka. Sebenarnya, kerja rumah yang diberikan itu adalah sesuatu yang baik.

Antara kebaikan kerja rumah ialah dapat menggalakkan murid-murid mengulang kaji pelajaran mereka. Dengan melakukan latihan-latihan yang diberikan oleg guru secara tidak langsung akan membantu murid-murid mengingati kembali nota-nota dan formula-formula yang diajar oleh guru.

Apabila murid-murid menyiapakan kerja-kerja yang diberikan oleh guru, mereka tidak akan membuang masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, bohsia dan bohjan. Mereka akan mengisi masa senggang mereka dengan kegiatan yang berfaedah.

Murid-murid juga akan menjadi seorang berdisiplin apabila selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh. Kerana hanya seorang yang dapat mendisiplin dirinya sahaja yang akan menyiapkan kerja-kerja yang disuruh oleh guru. Ini akan mebantu membentuk sahsiah murid yang cemerlang dan bertanggungjawab.

Oleh hal yang demikian, sekiranya kita ingin akan kejayaan, kita haruslah rajin membuat kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah.

78. Peranan televisyen dalam pembentukan akhlak murid. Bincangkan.

Televisyen merupakan sala satu alat media massa yang sangat popular sekarang ini. Namun begitu perana utama televisyen sebenarnya ialah untuk membentuk akhlah murid-murid.

Televisyen berperanan sebagai alat untuk menyebarkan maklumat kepada semua orang tanpa mengira usia,bangsa dan kepercayaan. Maklumat –maklumat yang terkini, semuanya disebarkan melalui siaran berita, tayangan gambar, rencana dan juga hiburan.

Setiap rancnagan yang dipaparkan di kaca televisyen sebenarnya berperanan untuk memberikan pengetahuan, panduan dan hiburan kepada penonton. Terpulanglah kepada seseorang itu untuk menilai dan menentukan siaran yang menepati selera mereka.

Setiap daripada kita teruatamanya murid-murid tentu mempunyai cara penilaian yang tersendiri tentang sesuatu rancagan yang disirkan di kaca televisyen. Di sinilah ibu bapa harus memainkan perana mereka dengan penuh hikmah dan bijak supaya anak-anak mereka dapat membuat pemilihan yang baik dan bermutu. Dengan ini mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan siaran yang tidak sihat.

Walau apa yang dilakukan atau diperkatakan, sebenernya keputusan yang besar terletak di tangan murid-murid itu sendiri. Mereka janganlah terlalu asyik menonton televisyen sehingga melalaikan tanggungjawab mereka. Di samping itu mereka juga harus memperkuatkan akidah dan dapat berfikir secara terbuka. Ini akan membantu mereka untuk membezakan di antara yang baik

95

Page 96: PENULISAN TAHUN 6

dengan yang buruk. Ini semua akan membantu mereka mengharungi arus kehidupan di masa hadapan.

Di sinilah dapat kita rumuskan bahawa mereka yang bijak membuat penilaian tentu tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif.

79. Kemajuan sains mendatangkan faedah kepada manusia. Bincangkan.

Seperti yang kita ketahui sains merupakan sala satu cabang ilmu yang telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan manusia.

Sesungguhnya di antara sumbangan sains yang terbesar adalah ddalam bidang perubatan. Bidang ini telah banyak menyumbangkan kebaikan kepada kita terutama dalam kaedah perubatan moden dan juga penemuan ubat-ubatan yang baru sama ada mencegah, merawat atau menyembuh penyakit. Ini telah menaikkan tarap kesihatan manusia sejagat dan jangka hayat seseorang manusia itu dapat dipertingkatkan.

Dalam bidang pertanian pula, bganyak jentera-jentera dicipta dengan tujuan dapat melakukan kerja-kerja dengan cepat. Ini secara tidak langsung akanmeningkatkan produktiviti hasil tanaman. Ini akan membantu para petani untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Jika kita menjengah dalam bidang komunikasi pula, kita tidak dapat menafikan peranan yang dimainkan oleh sains. Alat-alat seperti televisyen, radio, telefon, mesin faks dan seumpamanya dapat menyebarkan maklumat dengan cepat dan berkesan. Semua ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Manusia juga dapat bergerak dari satu ke satu tempat yang lain dengan cepat dan selamat juga kerana bantuan daripada penciptaan di bindang sains. Secara tidak langsung perdagangan di antara negara dengan negara yang lain akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Jelaslah di sini bahawa kemajuan sains memang banyak membawa faedah kepada manusia.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING

1. Pengaruh budaya asing di kalangan remaja hari ini. Bincangkan.

Pendahuluan- Budaya nasional merupakan alat utama memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum di

negara kita.Isi-isi penting- Remaja lebih meminati budaya dari Barat seperti disko dan rock.- Kebanyakan budaya asing tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat kita yang berhemah

tinggi dan bersopan santun.- Remaja perlu mengutamakan budaya tempatan.Penutup- Kita boleh meniru budaya asing tetapi mestilah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan

tempatan.

96

Page 97: PENULISAN TAHUN 6

2. Bincangkan bidang pekerjaan yang sesuai untuk wanita.

Pendahuluan- Kaum wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Isi-isi penting- Wanita sekarang lebih bernasib baik daripada wanita dahulu kerana mereka boleh keluar

bekerja.- Ada sebilangan wanita yang memegang jawatan penting dalam sesuatu pekerjaan.- Wanita digalakkan bekerja selagi tidak melanggar nilai-nilai Timur dan adat resam.Penutup- Wanita berkebolehan melakukan sesuatu pekerjaan sekiranya diberi peluang.

3. Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar.

Pendahuluan- Kampung dan bandar dua kawasan yang amat berbeza – masing-masing mempunyai

kebaikan dan keburukannya.Isi-isi penting- Kebaikan tinggal di kampung ;- Udara segar – pencemaran udara kurang.- Kehidupan aman dan tenteram – jiwa senang – kurang penyakit.- Belanja di kampung murah – jimatkan wang.- Masyarakat di kampung – sikap tolong- menolong- Keindahan alam semula jadi.Penutup- Tinggal di kampung atau di bandar ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

4. Penyalahgunaan dadah di kalangan anak berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri. Bincangkan.

Pendahuluan- Masalah yang paling berat yang dihadapi oleh negara.Isi-isi penting- Ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak – mudah terpengaruh oleh kawan-

kawan.- Ibu bapa yang bekerja – anak-anak terbiar.- Tidak mendapat kasih sayang – mencari jalan – kecewa – mengambil dadah.- Ibu bapa terlalu memanjakan anak – dimewahkan dengan wang ringgit – mudah

mendapatkan dadah.- Patut diberikan didikan agama yang mencukupi – tahu membezakan yang baik dan yang

buruk – tidak mengikut hawa nafsu.Penutup- Ibu bapa patut mengawal anak-anak – memainkan peranan penting untuk membentuk

peribadi mereka.

5. “Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Semakin Merosot”. Bincangkan.

Pendahuluan- Maksud disiplin – peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.- Kepentingan disiplin.

97

Page 98: PENULISAN TAHUN 6

Isi-isi penting- Masalah disiplin pelajarsekolah sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini.- Sikap pelajar sendiri – tidak mengikut peraturan – mempengaruhi rakan-rakan yang lain.- Ibu bapa yang sibuk bekerja – tidak dapat membentuk disiplin anak-anak – menyebabkan

mereka sukar dikawal.- Pengaruh media massa – rancangan bercorak ganas – dicontoh oleh anak-anak.- Cara-cara mengatasi – kerjasama ibu bapa, guru-guru, dan anggota masyarakat.Penutup- Masalah disiplin perlu diatasi – pelajar hari ini akan menjadi pemimpin masa depan.

6. Bincangkan tajuk “Baik Buruknya Iklan di Televisyen”.

Pendahuluan- Iklan – cara pemberitahuan sesuatu barangan atau perkhidmatan oleh pengeluar.- Sering disiarkan di televisyen – popular dan berkesan.Isi-isi penting- Fungsi utama iklan – memperkenalkan barangan auat perkhiamatan baru di pasaran –

pengguna mendapat maklumat dan boleh membuat pilihan.- Membantu pengedar atau pengeluar meningkatkan barangan atau perkhidmatan jualan

mereka.- Iklan turut membantu menaja rancangan-rancangan tekevisyen – penonton dapat

menyaksikan rancangan terbaru dan menarik – contohnya, siaran langsung acara sukan.- Keburukan iklan – sering mempengaruhi pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan.- Mendorong pengguna bersifat boros – membeli barangan mewah kerana pengaruh iklan.Penutup- iklan banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan.- Pengguna perlu bijak supaya tidak terlalu terpengaruh oleh iklan.

7. Bincangkan tajuk “Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Banyak Mendatangkan Faedah kepada Pelajar-pelajar”.

Pendahuluan- Huraikan maksud kokurikulum.Isi-isi penting- Aktiviti kokurikulum banyak manfaat – pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan

lebih berfaedah – dapat menjauhkan diri mereka daripada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

- Pelajar dapat memepelajari pelbagai pengetahuan secara praktikal – contohnya, pertolongan cemas, pertukangan, perkhemahan, dan sebagainya.

- Dapat melatih pelajar berdisiplin dan memupuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar – menjalankan aktiviti berkumpulan.

- Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran dan kemahiran.Penutup- Rumusan,pandangan.pendapat murid.

8. Televisyen merupakan alat media massa yang disukai ramai. Tuliskan kebaikan dan keburukan menontonnya.Pendahuluan Alat media massa- banyak rumah memilikinya- alat hiburan yang disukai ramai-contoh rancangan

98

Page 99: PENULISAN TAHUN 6

Isi-isi penting - Kebaikan pertama- memberikan hiburan selepas penat bekerja atau belajar- merapatkan hubungan keluarga- tidak membuang masa mencari hiburan diluar.- Kebaikan kedua -membantu pelajar menambah pengetahuan- rencana dan pendidikan- memberikan teladan hidup- kisah ragam manusia

- Keburukan pertama – melalaikan jika terlaku asyik- Hingga larut malam- mengantuk waktu belajar- ada juga yang lupa kerja sekolah - Keburukan kedua- memaparkan aksi ganas - ditiru Oleh kanak-kanak- kerana kurang pengawasan-adegan menjolok mata – tidak sesuai dengan kehidupanPenutup Ada kebaikan dan keburukan- bijak memilih rancangan – kepada pelajar- Bahagikan masa belajar dan menonton

9. Kemajuan sains dan teknologi banyak menimbulkan kesan terhadap manusia .Tuliskan kebaikan dan keburukan tentangnya.Pendahuluan Banyak meninggalkan kesan kepada manusia- ada kebaikan dan keburukan- sama-sama menilainya Isi-isi penting

A ) Kebaikan pertama- kemajuan dalam bidang perubatan - ramai pesakit dapat disembuhkan- penyakit dapat di bendung- B ) Kebaikan kedua –Menjimatkan masa dan tenaga-Membantu suri rumah-contoh- memudahkan perhubungan manusia - contohC) Keburukan pertama – Senjata dicipta- membunuh dan menghancurkan- manusia menjadi

kejam- menigkatkan kadar jenayah dan kerugian D) Keburukan kedua- Peluang manuai bekerja terjejas - Digantikan oleh mesin- pencemaran berlaku akibat alat yang dicipta - contohPenutup Ada kebaikan dan keburukan- kebaikan jika digunakan dengan betul- keburukan jika disalahgunakan

10. Sejak akhir akhir ini kejadian kecurian semakin meningkat. Nyatakan pendapat anda dan cara-cara mengatasinyaPendahuluan Semakin kerap berlaku- tak kira di bandar atau di kampung- menyebabkan orang ramai takut Isi-isi penting

A ) Punca 1- mahu hidup senang dengan cara mudah- tidak mendapat didikan agama yang Kuat-Pergaulan bebas–tidak mendapat perhatian keluargaB) Punca 2 -kawalan keselamatan rumah yang lemah- tidak berpagar-tingkap mudah dibuka-

jiran kurang prihatinC) Cara mengatasi – Mengadakan kawalan rukun tetangga-bergilir-gilir – menjalin

hubungan mesra jiranD) Meningkatkan kawalan keselamatan di rumah- Memasang gril – pastikan tingkap pntu

berkunci-Pasang lampu – beritahu jiran jika tiada di rumah Penutup Boleh diatasi- saling bekerjasama mencegahnya

99

Page 100: PENULISAN TAHUN 6

11. Sikap berjimat cermat harus diamalkan oleh semua murid sekolah. Bincangkan.Pendahuluan Berjimat cermat amalan mulia – banyak memberi kebaikanIsi-isi penting

A ) Harus dimulakan sejak seseorang itu masih kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya B ) Dapat digunakan pada awal tahun persekolahan – membeli keperluan – contoh – membayar yuran

C ) Amat sesuai di gunakan untuk mendidik murid-murid menyimpan wang di bank –Yipppe, Penabung Muda dan Amanah Saham MalaysiaD) Dapat digunakan pada masa akan datang – melanjutkan pelajaran ke universiti – semasa sakit atau ketika ditimpa kesusahan.

Penutup Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat murid-murid dapat membentuk sikap bijak berbelanja – meningkatkan simpanan wang

12. Setiap rakyat patut menghayati erti sambutan Hari Kemerdekaan negara. Bincangkan.Pendahuluan Hari Kemerdekaan – lambing kebebasan negara daripada sebarang kuasa penjajahIsi-isi penting

A ) Rakyat Malaysia harus merayakan Hari Kemerdekaan-sebagai tanda bersyukur atas kebebasan negara- anak watan mentadbir negara sendiriB ) Hari kemerdekaan dapat mengingatkan kita tentang pengorbanan orang terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaanC ) Dapat mempelajari sejarah negara lebih jelasD) Perayaan Hari Kemerdekaan dapat meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat yang pelbagai kaum.

Penutup Rakyat Malaysia harus merayakan Hari Kemerdekaan sebagai tanda cintakan negara.

13. Ada yang berpendapat bahawa bekerja makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri. Bersetujukah kamu dengan pendapat tersebut? Tulis karangan mengenainya.Pendahuluan- Tidak bersetuju dengan pendapat tersebut – bekerja sendiri lebih baik.Isi-isi penting- dapat memupuk sikap berdaya saing – bertanggungjawab – mendisiplinkan diri.- Dapat berdikari – bebas membuat keputusan – tidak perlu mengikut arahan ketua.- Bebas menentukan waktu kerja – tidak terhad – bekerja mengikut keperluan sendiri.- Memperoleh ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.Penutup- bekerja sendiri lebih terjamin – tidak perlu bergantung pada orang lain – senang

berehat/bercuti.

14. Sikap ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka. Bincangkan pernyataan ini..Pendahuluan- Definisi sikap – perangai atau kelakuan yang terdapat pada diri seseorang.Isi-isi penting- Sikap ibu bapa mempengaruhi cara anak-anak mereka berfikir, berkomunikasi, bertindak, dan

membuat keputusan.- Ibu bapa orang yang paling rapat dengan anak-anak – memberikan asuhan sejak kecil.- Faktor persekitaran turut mempengaruhi sikap anak-anak – pergaulan dengan kawan-kawan

100

Page 101: PENULISAN TAHUN 6

- Anak-anak perlu dikawal supaya tidak terlibat dengan masalah sosial.Penutup- ibu bapa harus bijak memainkan peranan masing-masing – sikap mereka menjadi contoh

kepada anak-anak.

15. Perbuatan merosakan harta benda awam atau vandalisme menyebabkan kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit setiap tahun.Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang menyebabkan vandalisme?

101

FFPV

(Pendahuluan)Dikaitkan dengan remaja

Penyakit sosial yang membimbangkan

(1)Remaja tekanan jiwa

Sunyi/conteng harta awam

Tujuan tarik perhatianMeluahkan perasaan

(2)Keruntuhan institusi keluarga

Ibu bapa bergaduh

Pecahkan kerusi meja

Dicontohi anak-anak

(3)Pengaruh rakan sebaya

Contohi sikapberpelesiran

Conteng/berhibur/lepas rasa bosan

(4)Pengaruh media massa

Filem ganas

Contohi pelakon

Penutup

Kerajaan/masyarakat bekerjasama

Page 102: PENULISAN TAHUN 6

Soalan-soalan latihan UPSR

1. Kemudahan air dan elektrik adalah penting dalam kehidupan hari-hari. Tuliskan sebuah karangan dengan memberikan pendapat kamu mengenai pernyataan ini.2. Kebanyakan ibu bapa yang bekerja akan meninggalkan anak-anak mereka bersama nenek di kampung. Tuliskan sebuah karangan menyatakan pendapat kamu mengenai perbuatan tersebut.3. Keburukan menonton televisyen sehingga lewat malam.5. Kebaikan tinggal di kampung. Berikan pendapat kamu.6. Keburukan tinggal di kampung. Berikan pendapat kamu.7. Hormat kepada guru merupakan satu amalan yang mulia. Berikan pendapat kamu tentang

pernyataan di atas.8. Pelajaran komputer perlu di ajar di sekolah-sekolah. Berikan pendapat kamu.9. Kebaikan sekolah satu sesi. Bincangkan.10. Aktiviti sukan berfaedah kepada murid-murid.

102

Page 103: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN PERBAHASAN

1. Karangan jenis ini memerlukan anda menyatakan hujah-hujah sama ada kamu menyokong atau membangkang sesuatu tajuk.

2. Kata-kata aluan perlu dinyatakan terlebih dahulu semasa menulis karangan jenis perbahasan. Oleh itu, kamu hendaklah membayangkan bahawa di hadapan anda mempunyai ramai pendengar.

3. Kamu juga harus mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang dikemukakan itu.

4. Fakta-fakta yang kamu kemukakan mestilah betul, tepat, dan logik.

5. Sebagai kesimpulan bagi karangan jenis ini, kamu mestilah menyatakan pendirian kamu terhadap tajuk dengan pernyataan yang menyakinkan dan berkesan.

Contoh Kata-kata Aluan

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, para pembangkang dan hadirin yang saya hormati.

Contoh Penutup

Hadirin yang dihormati,Oleh kerana masa tidak mengizinkan, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa tinggal di

rumah adalah lebih baik daripada tinggal di asrama.Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan80. Menyokong siaran televisyen 24 jam.

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang,serta hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Televisyen adalah saluran penyebar maklumat dan pengetahuan yang sungguh meluas serta berkesan. Justeru itu, saya menyokong siarannya dilanjutkan selama 24 jam.

Sebagaimana siaran radio, siaran televisyen memang patut dilanjutkan selama 24 jam.Hal ini demikian kerana dunia semakin maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan ke arah kemajuan meledak pesat sekali. Maklumat dan ilmu pengetahuan ini perlu disalurkan kepada masyarakat di negara kita semaksimum yang dapat. Hal ini demikian supaya kita tidak ketinggalan dalam mengejar arus kemajuan. Melalui siaran televisyenlah, perkara ini dapat dilaksanakan.

Negara kita membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk melancarkan satelit ke angkasa lepas. Hal ini untuk memungkinkan kita memperoleh maklumat dan pengetahuan seberapa banyak yang dapat. Mengapa pula kita mesti mengehadkan siaran televisyen jika siaran itu dapat membantu menyebarkan maklumat yang penting untuk kemajuan negara?

Wahai barisan pembangkang, sedarlah. Ketika kita lena dibuai mimpi pada waktu malam, ada beribu-ribu orang yang berjaga dan bekerja untuk meneruskan pembangunan negara.

103

Page 104: PENULISAN TAHUN 6

Bukankah mereka perlu juga didedahkan pada maklumat dan pengetahuan? Tidurlah anda apabila perlu, biarlah orang yang bekerja dan perlu berjaga itu pula yang menonton siaran televisyen.

Akhir kata, kita tidak perlu bimbang tentang kesan rancangan televisyen terhadap moral masyarakat. Semua rancangan itu ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem supaya tidak keterlaluan atau memudaratkan fikiran. Manfaatkanlah siaran televisyen 24 jam itu dengan sebaik-baiknya.

Sekian, terima kasih.

81. Membangkang siaran televisyen 24 jam.

Yang berusaha Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif, barisan pencadang, serta hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah banyak kali kita mendengar atau membaca rungutan masyarakat tentang rancangan yang disiarkan di televisyen. Antara kata-kata yang terbit dalam rungutan-rungutan itu termasuklah ganas, lucah, dongeng, khayalan, dan berunsurkan hinaan. Kata-kata ini memberikan semangat kepada saya sebagai pembangkang untuk terus berdiri di sini dan membangkang siaran televisyen 24 jam itu habis-habisan.

Dahulu, siaran televisyen adalah selama kira-kira sembilan belas jam. Itu pun sudah cukup merosakkan akhlak remaja kini; apatah lagi kalau siarannya sudah 24 jam. Entah bagaimanalah akan jadinya nanti. Tetapi yang pasti tentulah sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.

Rangkaian televisyen pun sudah semakin banyak kini; tidak cukup dengan TV1, TV2,dan TV3. Kini sudah ada Mega TV dan ASTRO yang berpuluh-puluh rangkaiannya. Akan melepaklah remaja kita di depan kaca televisyen itu dari pagi hingga malam, mungkin juga ada yang akan terus hingga esoknya. Maka, lalailah mereka terhadap tanggung jawab yang penting, terhadap pelajaran, atau terhadap anggota keluarga yang lain.

Kata orang kalau berbuat sesuatu itu biarlah berpada-pada. Maksudnya, janganlah berlebih-lebihan pula kerana yang berlebih-lebihan itu mendatangkan keburukan. Berlebih-lebih makan, gemuk. Berlebih-lebih tidur, sakit kepala. Berlebih-lebih menonton televisyen, bengap jadinya.

Rasa saya, hujah-hujah ini sudah cukup menunjukkan buruknya kesan yang mungkin timbul daripada siaran televisyen 24 jam itu. Berpada-padalah sebelum datangnya padah.

Sekian, terima kasih.

82. Bidang perniagaan lebih baik daripada bidang pertanian.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Saya menyokong tajuk perbahasan hari ini, iaitu "Bidang Perniagaan Lebih Baik daripada Bidang Pertanian".

Pada zaman ini, di mana-mana saja orang menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Hal ini demikian kerana bidang perniagaan mendatangkan untung yang berlipat ganda. Seseorang peniaga tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Mereka boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Apabila beroleh keuntungan, dapatlah mereka

104

Page 105: PENULISAN TAHUN 6

memperbesar perniagaan. Sebaliknya petani terpaksa bekerja keras untuk mengusahakan kegiatan pertanian mereka. Pendapatan yang diperoleh pula tidaklah seberapa.

Selain itu, kegiatan pertanian terlalu bergantung pada keadaan alam. Jika berlaku banjir atau kemarau, maka musnahlah tanah atau sawah yang diusahakan, padahal bidang perniagaan tidak bergantung pada keadaan alam.

Untuk mengurus perniagaan, kita harus berjumpa dengan orang ramai, membaca untuk meluaskan pengetahuan, merancang untuk mengembangkan perniagaan, dan sebagainya.

Hal ini secara tidak langsung dapat menjadikan seseorang itu pintar, cekap, berani, dan senantiasa peka pada keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Bukankah ini suatu keuntungan?

Daripada hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa bidang perniagaan adalah lebih menguntungkan daripada bidang pertanian.

Sekian, terima kasih.

83. Sains lebih banyak mendatangkan keburukan kepada manusia daripada kebaikan.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang berbahagia Tuan Pengetua Sekolah, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Dalam kegiatan sehari-hari. manusia zaman ini banyak menggunakan alat-alat kemajuan sains. Walau bagaimanapun, sains banyak mendatangkan keburukan dan kemusnahan kepada manusia. Hal inilah yang ingin saya bahaskan pada hari ini.

Dengan kemajuan sains, maka terciptalah berbagai-bagai kenderaan. Hal ini telah menyebabkan kemalangan yang banyak mengorbankan nyawa manusia. Kemalangan di udara misalnya, menyebabkan beratus-ratus nyawa terkorban dalam sekelip mata. Bukankah ini suatu kesan buruk kepada manusia?

Penciptaan alat-alat moden bidang perindustrian membawa akibat berlakunya pengangguran. Kemajuan sains telah merampas periuk nasi beribu-ribu orang pekerja. Kerja-kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia kini dapat dijalankan oleh mesin.

Dengan kemajuan sains, manusia mencipta senjata-senjata moden yang sangat berbahaya. Senjata-senjata ini lebih canggih dan dapat membunuh manusia dengan lebih banyak. Lihatlah berapa banyak manusia yang tidak berdosa yang terkorban dalam Perang Teluk baru-baru ini. Senjata-senjata moden dan canggih yang dicipta ini meragut nyawa manusia dengan pantas sekali. Senjata-senjata moden ini menjadi alasan bagi setengah-setengah negara untuk bersengketa dan mendabik dada.

Daripada hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa sains lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Sekian, terima kasih.

105

Page 106: PENULISAN TAHUN 6

84. Anda terlibat dalam satu perbahasan di sekolah sebagai seorang pencadang. Tajuk perbahasan itu ialah, 'Membaca lebih baik daripada menonton'.

Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif panel hakim,penjaga masa dan para hadirin sekalian. Saya pencadang yang pertama menyokong tajuk perbahasan kita pada petang ini.

Seperti yang kita maklum, buku dan akhbar merupakan bacaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Dengan membaca bahan-bahan ini, kita bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan tentang negara kita malah negara-negara lain juga.

Saya mengambil contoh akhbar untuk menghuraikan isi pertama saya tadi. Akhbar merupakan bahan bacaan yang termurah, mudah didapati dan senang dibawa ke mana-mana.

Dengan membaca akhbar kita dapat mengetahui berita-berita tentang perkembangan negara kita. Akhbar bukan sahaja memuatkan berita-berita politik, tetapi juga ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Malah terdapat juga berita-berita luar negara yang disiarkan dalam akhbar setiap hari.

Hujah yang seterus ialah kita menjuruskan kepada pembentukan perbendaharaan kata yang mantap. Dengan melakukan banyak bacaan secara tidak langsung akan dapat membantu menambah perbendaharaan kata dan ini akan membantu kita dalam peperiksaan nanti.

Kita juga tidak harus lupa, dengan membaca secara tidak langsung kita dapat menggunakan masa senggang dengan satu kegiatan yang berfaedah dan berbentuk ilmiah. Ini juga secara tidak langsung akan menyahut saranan kerajaan untuk menjadikan masyrakat kita sebagai masyarakat membaca yang setaraf dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan sebagainya.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya sudahi dengan menegaskan sekali lagi bahawa membaca lebih baik daripada menonton. Sekian, terima kasih.

85. Anda sebagai seorang pencadang membahaskan sebuah tajuk 'Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar'.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, pembangkang dan para hadirin sekalian. Sebagai pencadang, saya menyokong tajuk yang dibahaskan pada hari ini.

Kita tahu bahawa udara di kampung lebih bersih dan segar daripada udara di bandar-bandar. Ini adalah kerana di kampung tidak tercemar dengan asap kenderaan, kilang-kilang dan sebagainya. Di kampung juga bebas daripada pencemaran bunyi tidak seperti mana di bandar.

Masyarakat di kampung juga masih mengamalkan nilai-nilai yang murni dalam hidup. Tidak seperti di bandar yang mana nilai-nilai seperti ini sudah diketepikan dan dianqgap lapuk. Orang di kampung sentiasa hidup aman damai, sering bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain. Amalan begini dapat memupuk sifat atau sikap yang baik yang menjadi contoh kepada generasi muda seperti kita.

Selain daripada itu, perbelanjaan di kampung lebih murah kalau dibandingkan dengan perbelanjaan di bandar. Di sekeliling rumah pula terdapat banyak tanah-tanah kosong yang dapat

106

Page 107: PENULISAN TAHUN 6

ditanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran. Ini menunjukkan bahawa penduduk di kampung dapat menjimatkan banyak wang.

Berdasarkan perkara-perkara ini, saya menekankan bahawa tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Sekian, terima kasih.

86. Buah-buahan tempatan lebih baik daripada buah-buahan luar negara.Bahaskan.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, para pembangkang dan para hadirin sekalian. Sebagai pihak pencadang, saya tetap menegaskan bahawa buah-buahan tempatan lebih baik daripada buah-buahan luar negara.

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buah. Kita ada buah betik,pisang, nanas, durian, tembikai dan banyak lagi. Buah-buahan ini mempunyai keistimewaan dan citarasanya yang tersendiri. Khasiatnya juga setanding dengan buah-buahan luar negara.

Harga buah-buahan tempatan lebih murah daripada harga buah-buahan luar negara. Dengan membeli buah-buahan tempatan, kita juga menyokong meningkatkan ekonomi para petani. Para petani akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada jualan buah-buahan mereka.

Kita juga boleh melihat daripada sudut kesihatan. Buah-buahan tempatan lebih segar jika dibandingkan dengan buah-buahan import.Kerana buah-buahan dipetik dan terus dijual kepada kita tanpa melalui proses kimia. Ini bermakna kita terdedah kepada bahaya bahan kimia yang entah membawa apa jenis penyakit pula kepada kita.

Jika kita memakan buah-buahan tempatan secara tidak langsung kita juga membantu dengan menyekat pengaliran keluar wang negara. Dengan secara tidak langsung kita telah membantu meningkatkan ekonomi negara kita.

Oleh sebab kesuntukan masa, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa buah-buahan tempatan lebih baik daripada buah-buahan luar negara.Sekian, terima kasih.

87. Anda sebagai pencadang bagi sebuah pertandingan perbahasan yang bertajuk " Belajar secara berkumpulan Iebih baik daripada belajar bersendirian ".

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang saya kasihi, seterusnya para hadirin yang saya ingati sekalian.

Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah " Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian ". Sebagai pihak pencadang saya menyokong tajuk pada hari ini atas beberapa faktor.

Faktor yang pertama ialah belajar secara berkumpulan ini dapat mengembangkan ide yang bernas di samping boleh berbincang bagi memperolehi maklumat tambahan. Ide-ide yang bernas ini membolehkan kita melakukan sesuatu perkara dengan lebih berkeyakinan dan mantap. Contohnya dalam mengulangkaji mata pelajaran sains. Melaluiperbincangan secara berkumpulan tentulah kita dapat mencari beberapa jalan penyelesaian dan isi yang mantap beserta dengan contoh yang tepat untuk memperolehi hasil yang bermutu.

107

Page 108: PENULISAN TAHUN 6

Di samping itu, belajar secara berkumpulan ini dapat mengajar kita menjadi manusia yang rasional terhadap sesuatu perkara. Dengan ini kita dapat menghargai pendapat orang lain. Ini dapat membentuk kita menjadi manusia yang tidak mementingkan diri sendiri.

Keakraban persahabatan juga akan wujud dan sifat saling menghormati dan kerjasama sesama manusia dapat diterapkan. Ini amat sesuai dengan negara kita ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Oleh kerana masa terlalu dekat mengejar saya maka setakat ini sahaja yang dapat saya hujahkan berkenaan dengan tajuk perbahasan pada hari ini. Oleh itu, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa belajar secara berkumpulan lebih banyak mendatangkan faedah daripada belajar secara bersendirian.

Sekian, terima kasih.

88. Anda sebagai pembangkang kedua membahaskan tajuk " Bekerja makan gaji lebih baik daripada bekerja sendiri ".

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Sebagai pihak pembangkang izinkan saya meneruskan perjuangan rakan saya dalam membahaskan tajuk kita pada hari ini.

Bekerja sendiri dapat menanamkan sikap berdikari. Malah sikap tersebut dapat membentuk manusia supaya lebih rajin berusaha tidak mudah untuk berputus asa. Selain daripada itu ia juga dapat memupuk sifat tidak terlalu bergantung kepada orang lain untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

Bekerja sendiri juga dapat membentuk peribadi individu menjadi agresif, kreatif, peka dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi. Usaha yang bersungguh-sungguh dan gigih pasti akan membawa pulangan yang tinggi dan setimpal.

Orang yang bekerja sendiri merupakan orang yang tabah dalam dan mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi kerana sama ada mereka gagal atau berjaya merupakan satu ujian bagi mereka. Jatuh bangunnya dalam bidang perniagaan merupakan ujian terhadap kesabaran dan ketetapan hati individu itu unLuk berusaha. Oleh itu apabila seseorang itu bekerja sendiri maka mereka akan lebih kuat menghadapi cabaran.

Dikaji dari sudut keuntungan maka bekerja sendiri memanglah menguntungkan dan ini akan meningkatkan lagi taraf hidup seseorang itu. Ini berlaku kerana mereka yang menjadi bos dan mereka jugalah yang menjadi kuli. Secara tidak langsung ini akan memberi lebih motivasi kepada mereka kerana jatuh duduknya syarikat mereka terletak di atas diri mereka.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kerja sendiri lebih baik dari makan gaji. Sekian,terima kasih.

89. Sektor perindustrian banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Sebagai pembangkang berikan hujah-hujah anda.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Sepatutnya pihak pencadang tidak seharusnya memandang hanya dari satu sudut sahaja. Izinkan saya menjelaskan daripada sudut kami sebagai pembangkang. Daripada kaca mata kami, kami melihat bahawa sektor perindustrian ini Iebih

108

Page 109: PENULISAN TAHUN 6

banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukannya kepada masyarakat, alam sekitar dan juga negara.

Sektor perindustrian sama ada berat atau ringan menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat. Ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah pengangguran. Pelajar-pelajar yang terkandas dalam peperiksaan am kerajaan seperti PMR dan SPM sekurang-kurangnya tidak menjadi kutu lepak apabila mempunyai pekerjaan. Mereka juga dapat menampung pembelajaran mereka dengan sendiri. Sekiranya mereka berhasrat untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Perkembangan pesat dari sektor ini juga menjaminkan pulangan yang tinggi kepada negara. Inilah punca peningkatan ekonomi negara di mana pendapatan kasar dari sektor perindustrian telah mencapai ke tahap yang membanggakan. Negara menjadi terkenal dan mempunyai perhubungan pelbagai hala dengan negara-negara luar.

Melalui dasar terbuka dan kemantapan sistem pentadbiran negara kita berdasarkan struktur politik negara yang baik maka saya yakin pelabur-pelabur asing akan berminat untuk menanam modal di negara ini. Dengan itu sudah pasti secara tidak langsung kepakaran dari negara mereka dapat diserap masuk dan dipelajari oleh rakyat negara ini. Malah sekarang Malaysia telah menjadi sebuah negara era perindustrian yang paling disegani di rantau ini dan juga di peringkat antarabangsa.

Setakat ini sahaja hujah saya untuk kali ini. Semoga pihak pencadang dan hadirin sekalian dapat menimbangkan sebaik-baik mungkin faktor-faktor yang telah saya berikan bagi membangunkan Malaysia dan juga demi kemajuan rakyatnya.

Dengan ini sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa sektor perindustrian lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.

90. Melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tempatan lebih baik daripada belajar di luar negara.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel hakim, barisan pembangkang dan seterusnya hadirin yang dikasihi.

Kami selaku barisan pihak pencadang, berdiri teguh dibelakang tajuk kita pada pagi ini iaitu belajar di dalam negara lebih baik daripada belajar di luar negara.

Hujah saya yang pertama. Apabila kita belajar di dalam negara kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan kerana yuran yang rendah dan taraf hidup yang sederhana. Secara tidak langsung kita juga menyelamatkan pengaliran wang negara daripada keluar. Secara tidak langsung kita juga telah memantapkan ekonomi negara.

Hadirn sekalian,

Kita juga mendapati dengan jelas polisi kerajaan kita yang telah membina pusat pengajian tinggi yang banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jika kita tidak memberi sokongan siapa lagi. Jadi alasan yang menyatakan pusat pengajian tidak mencukupi tidak dapat diterima.

109

Page 110: PENULISAN TAHUN 6

Hujah saya yang ketiga. Kita juga tidak perlu risau dengan kualiti pendidikan tempatan kerana tenaga pengajarnya adalah setanding dengan institut pengajian luar negara. Contohnya UIA, di mana pelajar-pelajar dari negara-negara lain pula yang datang belajar di sini.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang keempat. Apabila kita belajar di institusi tempatan kita tidak akan mendapat kejutan budaya. Secara tidak langsung ini bererti pelajar-pelajar kita akan kekal dengan budaya ketimurannya dan tidak terpengaruh dengan budaya kuning.

Hujah saya yang kelima. Kita juga mengetahui apabila kita belajar di dalam negara secara langsung nilai kekeluargaan dapat dikekalkan kerana tidak berjauhan. Jadi para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa dan menyenangkan kerana mengetahui bahawa orang-orang yang disayangi berada berdekatan dengan mereka.

Berdasarkan hujah-hujah yang saya jelaskan di atas, saya dengan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa belajar di dalam negeri lebih baik daripada belajar di luar negara. Sekian, terima kasih.

91. Sebagai pembangkang dalam satu pertandingan bahas bertajuk “Menonton Televisyen Banyak Mendatangkan Keburukan Daripada Kebaikan”, kamu diminta menyatakan hujah-hujahnya. Tuliskan hujah-hujah kamu itu selengkapnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang mulis ini adalah untuk membangkangkan tajuk yang kita debatkan hari ini iaitu “Menonton Televisyen Banyak Mendatangkan Keburukan Daripada Kebaikan”.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa menonton televisyen banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Sekiranya kita tidak menonton televisyen, bagaimana kita hendak mengetahui berita tentang hal semasa. Apakah yang terjadi? Jika tidak menonton televisyen, bagaimanakah cara hendak mengetahui berita-berita yang berlaku di dunia ini. Mahukah kita menunggu akhbar esok untuk mengetahui berita yang berlaku hari ini?

Mungkin sekali akhbar yang akan dijual esok akan memuatkan berita yang lain pula. Kita juga tidak dapat menyaksikan siaran-siaran yang mendatangkan faedah pada diri kita kerana tidak menonton televisyen.

Menonton televisyen mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya, seperti memaparkan tentang kejadian-kejadian yang sering berlaku sekarang secara cepat dan kita dapat mengambil iktibar daripadanya supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubuk kebinasaan seperti pengambilan dadah. Kita tahu apa keburukan yang akan kita alami sekiranya mengambil dadah. Kita tentu tidak akan menghampirinya.

Selain itu, kita juga dapat menambahkan ilmu di dalam pelajaran kita dengan menonton siaran TV Pendidikan. Di dalam TV Pendidikan sesuatu penyelesaian dalam masalah Matematik ditunjukkan dengan menggunakan benda-benda maujud. Jadi kita dapat melihat, mendengar dan melakukannya dengan panduan yang diberi.

110

Page 111: PENULISAN TAHUN 6

Menonton juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti untuk merehatkan minada kita yang telah berkerja keras sepanjang hari. Jadi apabila kita menonton rancangan hiburan di televisyen secara tidak langsung kita telah melepaskan penat badan kita.

Para hadirin,

Dari hujah-hujah saya itu tadi, jelaslah bahawa menonton televisyen mndatangkan kebaikan daripada keburukan. Janganlah mudak terpedaya dengan kata-kata manis pihak pencadang. Sekian, terima kasih.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING.1. Anda telah dipilih menyertai perbahasan di sekolah anada. Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah bagi tajuk “Kemasukan buruh asing menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan – tajuk pekerjaanIsi-isi penting- Buruh asing telah menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan kerana ciri-ciri istimewa.- Mempunyai kemahiran yang tertentu dan rajin.- Bilangannya besar dan senang diperolehi.Penutup- Kemasukan buruh asing perlu disekat untuk mengurangkan kadar pengangguran buruh

tempatan.

2. “Semangat kejiranan lebih ketara di kampung daripada di bandar”. Bahaskan.

Pendahuluan- Nyatakan pendirian anda sama ada menyokong atau membangkang tajuk tersebut.Isi-isi penting- Ikatan persaudaraan di antara masyarakat di kampung.- Keadaan dan sausana persekitaran – kebanyakan rumah di bandar berpagar dan besar –

membuat jurang pemisah antara jiran.- Masyarakat kampung jujur dan tidak ada prasangka sesama jiran.Penutup- Semangat kejiranan lebih ketara di kampung daripada di bandar berdasarkan hujah.

3. Anda telah dipilih menyertai perbahasan di sekolah. Sebagai pembangkang, sediakan hujah-hujah untuk tajuk perbahasan “ Bersekolah di bandar lebih baik daripada bersekolah di luar bandar”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan – tajuk perbahasan.Isi-isi penting- Tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan tersebut – kerana sekolah di bandar adalah sama

dengan sekolah di luar bandar.- Kemudahan di sekolah luar bandar tidak kurang daripada kemudahan yang terdapat di

sekolah bandar.- Kurang terdedah kepada pengaruh yang kurang sihat.Penutup- Belajar di sekolah luar bandar adalah sama dengan belajar di sekolah bandar.

111

Page 112: PENULISAN TAHUN 6

4. “Kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada di sekolah”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan dan nyatakan pendirian anda sama ada menyokong atau membangkang..Isi-isi penting- Konsep pendidikan - Kemudahan di sekolah luar bandar tidak kurang daripada kemudahan yang terdapat di

sekolah bandar.- Kurang terdedah kepada pengaruh yang kurang sihat.Penutup- Belajar di sekolah luar bandar adalah sama dengan belajar di sekolah bandar.

5. “Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji”. Bahaskan.

Pendahuluan- Semua manusia di dunia ini ingin mempunyai wang.Isi-isi penting- Bekerja sendiri – tidak perlu mengikut arahan – boleh mengikut cara sendiri – jika kita rajin.- Kalau berani pula kita boleh menggunakan cara sendiri – boleh bekerja bila-bila masa dan

mempunyai jadual kerja sendiri.- Menggunakan kemahiran yang ada untuk mendapatkan wang – membuka klinik atau

membuka restoran.- Bebas daripada kongkongan – bekerja tanpa paksaan.Penutup- Tetap bersetuju dengan tajuk perbahasan

6. Sebagai pihak pencadang, anda diminta mengemukakan hujah-hujah berdasarkan tajuk perbahasan “ Sebagai sebuah negara merdeka, bahasa Inggeris tidak patut dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah”.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Sebagai negara merdeka, bahasa rasmi patut digunakan dalam segala bidang – menunjukkan

identiti negara – memadailah bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa ilmu.- Bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa ilmu..- Bahasa Malaysia telah diperkembangkan dengan giat.- Penggunaan bahasa Malaysia daripada peringkat sekolah lagi dapat membiasakan para

pelajar berurusan dengan bahasa ini apabila telah dewasa.Penutup- Menegaskan bahasa Inggeris tidak perlu dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah..

7. “Perpaduan kaum dapat dicapai melalui kahwin campuran”. Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Kahwin campuran merupakan salah satu cara memupuk perpaduan dan persefahaman.- Akan wujud hubungan yang baik antara dua keluarga yang berlainan bangsa dan kebudayaan.- Dapat mengurangkan rasa curiga dan bermusuhan – wujudkan keharmonian dan perpaduan.

112

Page 113: PENULISAN TAHUN 6

Penutup- Penegasan hujah.

8. Sediakan hujah-hujah untuk menyokong tajuk perbahasan ini, “Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan hidup”.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan hidup kerana;- Rasa tidak selamat – sentiasa diancam dengan perasaan ketakutan – takut dirompak.- Kebahagiaan keluarga tidak terjamin – masa untuk keluarga terhad – anak-anak terbiar.- Kesihatan terganggu – lali menjaga kesihatan kerana sibuk mencari wang.Penutup- Penegasan hujah.

9. “ Kegiatan kokurikulum akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam bidang akademik”. Sebagai pembangkang, sediakan hujah-hujah anda.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Sebab-sebab membangkang tajuk di atas;- Masa kegiatan tersebut telah dirancang dengan teliti – tidak akan mengganggu pelajaran.- Menolong pelajar-pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.- Menjadikan mereka pelajar yang bertanggungjawab.- Tabuh badan menjadi lebih sihat dan otak juga lebih cergas.Penutup- Penegasan hujah.

10. “ Wanita lebih sesuai menjadi guru daripada menjadi jururawat”. Tuliskan hujah-hujah anda sama ada menyokong atau membangkang tajuk ini.

Pendahuluan- Kata-kata aluan – menyokong tajuk perbahasanIsi-isi penting- Menjeaskan peranan guru dan jururwat.- Seorang pendidik patut mempunyai sifat sabar, penyayang dan berdedikasi – wanita memiliki

sifat ini – mudah menyelami hati kanak-kanak – dapat menarik perhatian.- Jururawat bekerja tidak tentu masa – guru bekerja separuh masa – membolehkan mereka

menumpukan perhatian kepada keluarga – rumahtangga lebih aman – anak-anak dapat dididik dengan lebih sempurna.

Penutup- Wanita lebih sesuai menjadi guru – ilmu yang ada padanya dapat diberikan kepada anak-

anak.

11. “ Bertani lebih baik daripada berniaga”. Bahaskan.

Pendahuluan- Membangkang tajuk perbahasan.

113

Page 114: PENULISAN TAHUN 6

Isi-isi penting- Berniaga tidak bergantung kepada iklim – mempunyai pendapatan yang lebih stabil –

keuntungan lebih lumayan.- Dari segi fizikal – petani menggunakan tenaga yang lebih banyak – hasil pertanian mudah

menjadi busuk/rosak.- Peniaga mempunyai pengalaman yang lebih luas – terdedah kepada dunia luar – dapat

melihat pelbagai ragam manusia di bandar – tempat-tempat rehat disediakan.Penutup- Membangkang tajuk perbahasan sekali lagi.

12. “Keruntuhan akhlak di kalangan pelajar perpunca daripada disiplin sekolah yang terlalu longgar”. Sediakan hujah-hujah yang membangkang pernyataan tersebut.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Faktor-faktor lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar ;- Latar belakang keluarga.- Pengaruh barat.- Tekanan hidup.- Pengaruh media massa –f ilem-filem lucah.- Kekurangan didikan agama dan moral.Penutup- Disiplin sekolah bukannya faktor tunggal yang menyebabkan keruntuhan akhlak pelajar.

13. Anda diplih menyertai perbahasan sekolah. Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah bagi tajuk “ Pencemaran alam berpunca daripada proses pembangunan yang giat di bandar”.

Pendahuluan- Kata-kata aluan dan tajuk perbahasan.Isi-isi penting- Pencemaran berpunca daripada proses pembangunan – kilang perindustrian mengeluarkan

asap yang kotor dan beracun.- Pembuangan sisa-sisa kilang mencemari air sungai – mengandungi bahan kimir beracun –

bahaya untuk kesihatan.- Kenderaan berat mengeluarkan asap beracun juga.- Pencemaran bunyi – kenderaan berat dan ringan.Penutup- Rumusan dan ucapan terima kasih.

14. Penghijrahan belia ke bandar merugikan proses pembangunan di desa. Bahaskan.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Desa kehilangan tenaga kerja – hasil pengeluaran kurang.- Usaha kerajaan memajukan lebih banyak tanah terbiar tidak dapat dilaksanakan.- Penggunaan teknologi moden tidak dapat dilakukan kerana orang-orang lebih gemar

menggunakan cara tradisional.- Usaha-usaha pembangunan menjadi lambat.

114

Page 115: PENULISAN TAHUN 6

Penutup- Penegasan hujah.

15. Kaum wanita perlu digalakkan bekerja. Bahaskan.

Pendahuluan- Kata-kata aluanIsi-isi penting- Menambah sumber pendapatan kepada keluarga.- Dapat menggunakan ilmu pengetahuan dengan berfaedah.- Terdapat bidang pekerjaan yang sesuai untuk wanita.- Mewujudkan persaingan kerja kepada kaum lelaki.Penutup- Penegasan terhadap hujah

16. Kemajuan sains merupakan trajedi kepada manusia. Bahaskan.

Pendahuluan- Kata-kata aluan dan menyokong tajuk perbahasan.Isi-isi penting- Tragedi kapal angkasa Challenger- Tragedi di Chernobyl di Rusia – kebakaran logi nuklear.- Tragedi Bhopal India – kerosakan logi racun serangga.- Pencemaran sungai akibat daripada paras raksa yang tinggi.Penutup- Kemajuan sains merupakan tragedi kepada manusia.

17. Kamu mewakili sekolah dalam suatu pertandingan bahas yang bertajuk “Penebangan hutan secara besar-besaran lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan”.

Pendahuluan- Ucapan alu-aluan – sokong tajuk.Isi-isi penting- Penebangan secara berleluasa – memusnahkan hutan hujan tropika.- Banyak hidupan dan tumbuhan mati – kepupusan spesies tumbuhan.- Menyebabkan hakisan tanah – tanah runtuh dan banjir lumpur.- Suhu akan meningkat – cahaya matahari dipancar terus – penyakit kulit.Penutup- Penebangan hutan tanpa pengawalan – mendatangkan keburukan.

18. Tulis suatu karangan yang bertajuk “ Masalah pencemaran laut.”

Pendahuluan- Maksud pencemaran laut.Isi-isi penting- Punca-punca pencemaran laut – tumpahan minyak, ujian nuclear, pembunagan sisa-sisa

bahan kimia – dan aktiviti pembinaan.- Kesan-kesan pencemaran – merosakkan hidupan laut, menjejaskan pendapatan nelayan, dan

mencemarkan perairan negara.- Langkah-langkah mengatasi – memberikan kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang

yang lebih tegas.

115

Page 116: PENULISAN TAHUN 6

Penutup- pencemaran laut mendatangkan kesan buruk dan perlu diatasi dengan segera.

19. Kamu mewakili sekolah dalam suatu pertandingan bahas yang bertajuk “Industri Pelancongan Banyak Mendatangkan Kebaikan”.

Pendahuluan- Ucapan alu-aluan – maksud pelancongan.Isi-isi penting- Industri pelancongan – memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara – contohnya ;

Tahun Melawat Malaysia – jumlah pelancong yang besar – membawa wang masuk ke negara kita.

- Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat tempatan – berniaga barang makanan, membuat kraf tangan, pengangkutan,hotel dan sebagainya.

- Industri pelancongan dapat memperkenalkan negara kita kepada seluruh dunia.- Dapat membantu memulihkan ekonomi negara.Penutup- Penegasan – industri pelancongan banyak mendatangkan kebaikan.

20. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Ciptaan alatan sains lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan”. Anda menyokong tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian menyokong tajuk- erti ciptaan sains- sesuatu bahan yang dihasilkan berdasarkan kajian secara terperinci. Isi-isi penting

A ) Kemajuan sains membawa terciptanya komputer-alat media terkini yang canggih- maklumat pendidikan dan perniagaan – sistem lama mudah hilang kerana disimpan dalam failB ) Kemajuan dalam bidang perubatan- alat-alat perubatan membantu para doctor menyembuhkan penyakit –penciptaan ubatan yang lebih mujarab- sistem lama

menggunakan bomoh atau dukun – kurang mujarab C ) Sistem pengangkutan lebih pantas- kapal terbang,kereta Kapal laut- pergerakan manusia lebih cepat dan selesa-Sistem lama lebih lambat

Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan dari keburukan - ucapan penutup.

21. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Ciptaan alatan sains lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan”. Anda membangkang tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian membangkang tajuk- erti ciptaan sains- sesuatu bahan yang dihasilkan berdasarkan kajian secara terperinci. Isi-isi penting

A ) Kemajuan sains membawa terciptanya senjata-bukan digunakan untuk kebaikan- pembunuhan- dan perperangan – menyebabkan kemusnahan dan kematianB ) Peluang pekerjaan semakin sempit kepada manusia-kilang banyak menggunakan mesin- ramai menjadi penganggur- timbulnya masalah jenayah seperti menjadi perompak atau pencuriC ) Penciptaan alat mainan berkomputer- pelajar leka bermain- kurang mengulangkaji pelajaran- pembaziran eletrik- menyusahkan ibu bapa

116

Page 117: PENULISAN TAHUN 6

Penutup Jelas lebih banyak membawa keburukandari kebaikan-ucapan penutup.

22. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Kegiatan kokurikulum lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan”. Anda menyokong tajuk tersebut.

Pendahuluan : Kata-kata aluan- kata-kata pendirian menyokong tajuk- erti kokurikulum- kegitan yang anjurkan oleh pihak sekolah selepas waktu belajar. Isi-isi penting

A ) Mendidik pelajar bersikap bertanggungjawab-ketika tugasan diberi- bekerjasama dalamsetiap aktiviti.

B ) Mencergaskan minda- melalui kegitan sukan- berpeluang mewakili sekolah- mengharumkan nama sekolah bila berjayaC ) Mengisi masa lapang- elak kegiatan tidak berfaedah – menambah ilmu dan kemahiran yang tidak diajar di dalam kelas- contohnya berkhemah, berkawad atau memasak.

Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan dari keburukan- sertailah kegiatan kokurikulum ucapan penutup.

23. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Ciptaan komputer lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan”. Anda menyokong tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian menyokong tajuk- erti komputer- suatu alat yang berfungsi sebagai bahan bantu kerja dan alat komunikasi terkini. Isi-isi penting

A ) Memudahkan kerja manusia- hasil kerja cantik dan kemas- hasil kerja disimpan dengan selamat-contohB ) Melalui internet- dapat banyak sumber maklumat contohnya tentang pelajaran – contoh karangan teknik belajar- dan contoh soalan peperiksaan

C ) Alat komunikasi – Email- dapat menghubungi serata dunia -menggantikan surat dan telefon- kadar bayaran lebih murah Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan dari keburukan- ucapan penutup.

24. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Tinggal dikampung lebih baik dari tinggal dibandar”. Anda menyokong tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian menyokong tajuk- erti kampung- kawasan tempat tinggal manusia yang terletak jauh dari bandar dan kurang dipengaruhi cara hidup moden Isi-isi penting

A ) kampung tiada pencemaran udara berbanding bandar--Contoh- Kampung banyak tumbuh tumbuhan- udara segar B ) tiada pencemaran bunyi- kenderaan kurang berbanding Di bandar -contoh- Suasana lebih tenteram C ) penduduk mengamalkan semangat kejiranan- gotong- royong- dapat diteladani anak-anak – orang bandar kurang mengamalkan semangat kejiranan

117

Page 118: PENULISAN TAHUN 6

Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan - tinggal di kampung lebih selesa- ucapan penutup.

25. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Tinggal dikampung lebih baik dari tinggal di bandar”. Anda membangkang tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian membangkang- erti bandar- tempat pusat peniagaan dan pentadbiran yang dibina dengan teratur Isi-isi penting

A ) Kemudahan asas yang sempurna- telefon,air, eletrik-hidup selesa – pengangkutan awam disediakan- mudah bergerakB ) Peluang pekerjaan – pejabat kerajaan, pusat peniagaan, kilang- pendapatan di bandar lebih lumayan berbanding dikampung C) Murid-murid yang bersekolah di bandar lebih cemerlang -- sumber rujukan yang banyak-

pusat tuisyen – saling bersaing untuk maju- mendapat contoh daripada kejayaan orang lain

Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan- ucapan penutup.

26. Tuliskan satu karangan perbahasan bertajuk :“Tinggal di asrama lebih baik dari tinggal di rumah” Anda menyokong tajuk tersebut.

Pendahuluan Kata-kata aluan- kata-kata pendirian menyokong- erti asrama- tempat kediaman yang disediakan untuk pelajar dan terletak berhampiran dengan kawasan sekolah Isi-isi penting

A ) Mendidik diri supaya pandai berdikari- membasuh pakaian, mengemas tempat tidur- meningkatkan disiplin diri – jika di rumah banyak bergantung kepada keluargaB ) Tumpuan terhadap pelajaran lebih banyak- tempat mengulangkaji yang selesa dan aman- perpustakaan , bilik bacaan - tidak diganggu oleh adik beradik dan -kerja kerja di rumah -contohC) Memudahkan urusan persekolahan- tidak lewat ke sekolah – waktu belajar dan

kokurikulum- makanan disediakan di dewan makan – jika di rumah terpaksaawal kerana mengejar bas – pulang ke rumah untuk makan – palajar letih

Penutup Jelas lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan- ucapan penutup.

27. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan bertajuk “Permainan tradisional lebih baik dari permainan masa kini”. Tuliskan teks perbahasan anda sebagai pencadang.

Pendahuluan Kata kata aluan – menyokong tajuk perbahasanIsi-isi penting

A ) Permainan tradisional dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta- contoh ciptaan gasing, layang layangB ) Permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang mahal – permainan masa kini memerlukan penggunaan tenaga eletrik dan bateri- dibayar dengan wang yang banyak.C) Permainan tradisional dapat mengeratkan hubungan antara pemain – biasanya permain

berkumpulan – contoh – permainan masa kini lebih bersifat individu.

118

Page 119: PENULISAN TAHUN 6

D) Mengandungi nilai-nilai positif contohnya bekerjasama, tolak ansur, dan sebagainya – kerana dimainkan secara bersama.

Penutup Ucapan penegasan - permainan tradisional lebih baik daripada permainan masa kini.

Latihan 28Anda pencadang dalam suatu perbahasan yang bertajuk “Siaran Televisyen Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”.Sediakan hujah-hujah anda.

119

BBMLB

(1)Kata-kata aluan

(2)Suatu keperluan

(3)Tambah pengetahuan

(4)Pelbagai rancangan (5)

Fikiran matang

(6)Menegaskan tajuk

Page 120: PENULISAN TAHUN 6

Latihan 29Anda pencadang dalam suatu perbahasan yang bertajuk “Membeli Barang Buatan Malaysia Lebih Baik daripada Membeli Barang Buatan Luar Negeri”. Sediakan hujah-hujah anda.

120

BBMLB

(1)Kata-kata aluan

(2)Sokong usaha kerajaan

(3)Barang sendiri setanding

(4)Elak aliran wang keluar

(5)Ekonomi negara

(6)Menegaskan tajuk

Page 121: PENULISAN TAHUN 6

Latihan soalan-soalanUPSR.

1. Dalam satu pertandingan perbahasan, kamu bertindak sebagai pencadang. “Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.”2. Kamu ialah pembangkang pertama dalam satu perbahasan yang bertajuk tinggal bersama ibu bapa lebih baik daripada tinggal dengan nenek. Tuliskan perbahasan tersebut.3. Kamu ialah seorang pembangkang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “ Bersekolah di asrama penuh lebih bail daripada bersekolah di sekolah biasa.”4. “Kerja rumah yang banyak membantu pelajar meningkatkan prestasi pelajar sekolah.” Sebagai seorang pencadang sediakan hujah-hujah kamu.5. Kamu sebagai pencadang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Membeli barangan secara tunai adalah lebih daripada berhutang.”6. Tinggal di rumah batu daripada tinggal di rumah papan. Sediakan hujah-hujah kamu.7. “Membuat latihan peperiksaan lebih baik daripada membaca. Sediakan hujah-hujah kamu.8. Belajar di kelas tambahan lebih baik daripada belajar secara bersendirian.9. Andaikan kamu sebagai pembangkang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk

“Menaiki kenderaan sendiri adalah lebih baik daripada menaiki kenderaan awam.” Tuliskan hujah-hujah kamu dalam bentuk karangan.

10. Kamu ialah pencadang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Menonton televisyen adalah lebih baik daripada mendengar radio.” Sediakan hujah-hujah kamu.

11. Kamu ialah pembangkang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Tinggal di bandar adalah lebih baik daripada tinggal di kampung.” Sediakan hujah0hujah kamu.

12. Kamu ialah seorang pencadang dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “ Memakan buah-buahan tempatan adalah lebih baik daripada memakan buah-buahan yang diimport.” Sediakan perbahasan tersebut.

13. Kamu ialah pembangkang dalam satu perbahasan yang bertajuk “Mempunyai keluarga kecil adalah lebih baik daripada mempunyai keluarga besar”. Sediakan hujah-hujah kamu.

14. Dalam satu pertandingan perbahasan yang bertajuk “Kemajuan dalam bidang sains menjadikan manusia semakin malas.” Sebagai seorang pembangkang, sediakan hujah-hujah kamu.

121

Page 122: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN FAKTA

1. Karangan jenis fakta juga dikenali sebagai karangan jenis kenyataan.

2. Anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yang hendak diperkatakan jika anda memilih karangan jenis ini.

3. Karangan yang ditulis hendaklah mempunyai fakta yang tepat iaitu bukan rekaan, logik dan menepati kehendak soalan.

4. Ciri-ciri karangan jenis ialah :a) memberikan petunjuk dan arah.b) Menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi.c) Menerangkan sesuatu peraturan.d) Tidak berbentuk khayalan.

5. Karangan hendaklah dibahagikan kepada tiga iaitu:a) pengenalan , isi dan penutup.

6. Pada bahagian pengenalan, kamu hendaklah memberikan sedikit huraian tentang tajuk yang dibincangkan.

7. Bahagian isi merupakan bahagian yang paling penting dan perlu dihuraikan dengan jelas.

8. Isi dan fakta haruslah ditulis dalam ayat yang sempurna dan disertai huraian serta contohnya sekali pada perenggan-perenggan yang sesuai.

9. Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas.

10. Isi dan fakta yang diberikan perlulah lengkap, tersusun, dan sesuai dengan tajuk.

11. Penggunaan bahasa kiasan dan perumpamaan tidak digalakkan dalam penulisan karangan jenis ini.

12. Di antara tajuk yang boleh dibincangkan dalam karangan jenis ini termasuklah tempat-tempat pelancongan, ciptaan-ciptaan sains dan teknologi, sumber-sumber alam, perayaan-perayaan dan peristiwa semasa.

Contoh-contoh karangan92. Tulis sebuah karangan yang bertajuk, "Bencana Alam."

Bencana alam berlaku di mana-mana dan pada bila-bila sahaja tanpa amaran dan tidak mengenal sesiapa.

Apabila berlaku sesuatu bencana alam, banyak kegiatan harian yang tidak dapat dilakukan. Ada masanya orang tidak dapat keluar dari rumah dan banyak pekerjaan yang tidak dapat diselesaikan.

Kaum tani tidak dapat turun ke kebun dan hasil tanaman musnah begitu sahaja. Nelayan tidak dapat turun ke laut menyebabkan mata pencarian mereka terjejas. Hal ini akan mengakibatkan terjejasnya kegiatan ekonomi sesebuah negara.

122

Page 123: PENULISAN TAHUN 6

Apabila berlaku sesuatu bencana alam, ternakan juga turut menjadi mangsa. Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika bencana alam itu berpanjangan.

Bagaimanapun, tidak ada sesiapa yang dapat menyekat daripada berlakunya sesuatu bencana alam. Manusia hanya dapat bersedia untuk menghadapinya dan cuba menyelamatkan nyawa masing-masing semasa berlakunya bencana alam.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) musnah : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) mata pencarian : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) ekonomi : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) ternakan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) menyekat : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Perenggan manakah yang menunjukkan pendapatan petani dan nelayan akan terjejas apabila berlaku bencana alam? Salin kembali perenggan tersebut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

123

Page 124: PENULISAN TAHUN 6

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

93. Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Alam."

Alam semakin tercemar. Pernyataan ini merupakan suatu hakikat. Pencemaran alam menjejaskan kehidupan manusia dan juga habitatnya. Pembangunan yang tidak seimbang adalah punca berlaku pencemaran alam.

Kilang-kilang perusahaan yang tumbuh bagaikan cendawan pada musim hujan membuang sisa-sisa yang mengalir masuk di dalam sungai menyebabkan air tercemar dan berbahaya kepada pengguna.

Kenderaan yang semakin banyak di jalan raya sering mengeluarkan asap. Asap yang mengandungi karbon monoksida itu terapung di udara. Hal ini menyebabkan udara turut tercemar dan berbahaya kepada manusia.

Manusia juga terdedah kepada bahaya hakisan disebabkan penebangan hutan. Pantai dan laut pula tercemar oleh tumpahan minyak dari kapal-kapal perdagangan. Semua ini akan memudaratkan manusia, binatang dan bumi yang kita diami.

Kesimpulannya, kesan pencemaran alam amat menakutkan.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) hakikat : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) habitatnya : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) memudaratkan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) diami : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) menakutkan : ________________________________________

124

Page 125: PENULISAN TAHUN 6

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Tulis kembali perenggan yang menunjukkan sungai dicemari dengan teruknya?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta mindadi dalam buku latihan masing-masing.

94. Kemudahan awam banyak disediakan untuk kegunaan orang ramai. Walau bagaimanapun, kamudahan ini sering disalahgunakan oleh setengah pihak. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kemudahan awam yang disediakan itu.

Kemudahan awam seperti telefon, tong sampah, bilik air, dan taman permainan amat penting kepada orang ramai. Kini, timbul masalah apabila kemudahan yang disediakan itu disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Langkah pertama yang perlu difikirkan adalah tentang kesesuaian tempat meletakkan kemudahan awam tersebut. Kedudukan kemudahan awam ini perlu terdedah kepada penglihatan orang ramai seperti tempat orang lalu lalang diterangi lampu pada waktu malam. Hal ini mungkin dapat mengurangkan kegiatan vandalisme.

Sesiapa yang didapati bersalah merosakkan kemudahan awam perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang. Hukuman seperti denda, hukuman penjara, sebat, dan melakukan aktiviti masyarakat perlu dipertimbangkan untuk menakutkan dan memberi kesedaran kepada orang ramai.

Pihak media massa perlulah sentiasa memberi peringatan tentang risiko yang terpaksa ditanggung jika kemudahan awam dirosakkan. Peringatan ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. Sekurang-kurangnya mereka terfikir bahawa banyak masalah akan timbul jika kemudahan awam rosak.

Sebenarnya, dalam hal ini, ibu bapa dan guru bertanggungjawab memupuk sifat cintakan harta benda, sekali gus memberi kesedaran bahawa harta awam itu milik bersama. Menjaga harta awam seperti menjaga harta sendiri.

Jika langkah-langkah yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan jayanya, penyalahgunaan kemudahan awam akan dapat dibendung. Sesungguhnya, jika kita menyayangi harta kita, kita juga perlu menyayangi harta awam.

125

Page 126: PENULISAN TAHUN 6

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) golongan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) vandalisme : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) setimpal : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) risiko : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) memupuk : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

vi) dibendung : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Perenggan manakah yang menceritakan tentang hukuman? Salin kembali perenggan tersebut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

126

Page 127: PENULISAN TAHUN 6

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

95. Faedah-faedah mengekalkan hutan simpan negara.

Hutan simpan ialah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan untuk dimanfaatkan oleh manusia dalam jangka masa yang panjang. Dalam hal ini, aktiviti yang boleh mengubah keaslian dan merosakkan keadaan hutan dilarang sama sekali.

65 peratus daripada kawasan negara kita diliputi oleh hutan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hutan perlu dipelihara. Antaranya ialah memelihara ekosistem atau keseimbangan alam. Karbon dioksida akan diserap oleh daun-daun hijau, manakala gas oksigen yang segar akan dilepaskan semasa proses fotosintesis. Ini menjadikan udara sekeliling bersih dan segar.

Kawasan hutan yang agak luas juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan. Air merupakan sumber alam yang penting kepada makhluk yang hidup. Jika kita tidak mempunyai kawasan tadahan yang cukup, banjir besar boleh berlaku. Banjir kilat yang sering melanda juga disebabkan oleh kurangnya kawasan tadahan hujan.

Selain itu, hutan simpan juga dijadikan sumber kajian oleh ahli sains biologi. Flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan merupakan khazanah negara yang sering menjadi bahan kajian. Kajian ini amat penting untuk kegunaan pada masa akan datang.

Keadaan hutan yang indah dengan habitat semula jadi menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung. Negara kita beriklim khatulistiwa menjadikan hutan-hutan di Taman Negara di Kuala Tahan, Mulu di Sarawak, dan Sepilok di Sabah begitu indah. Kemasukan pelancong sedikit sebanyak dapat meningkat dan memperkukuh ekonomi negara.

Menyedari akan faedah di atas, tindakan mewartakan beberapa kawasan hutan sebagai hutan simpan amat wajar sekali. Kita haruslah menyokong usaha yang dibuat untuk kepentingan bersama.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) diwartakan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) manfaat : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) asli : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

127

Page 128: PENULISAN TAHUN 6

iv) ekosistem : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) berfungsi : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

vi) sumber : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

vii) habitat : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Perenggan manakah yang menunjukkan hutan sebagai kawasan tadahan hujan? Salin kembali perenggan tersebut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

96. Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara ini. Tulis sebuah karangan dengan menyatakan sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya.

Di sebalik kemalangan jalan raya itu sendiri, sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi setiap kemalangan itu. Faktor yang pertama ialah kecuaian pemandu itu sendiri ketika memandu kenderaan mereka. Kerana seperti yang kita ketahui pemandu yang cuai sering mengabaikan peraturan jalan raya.

Kerajaan telah memperkenalkan peraturan jalan raya adalah untuk keselamatan pengguna itu sendiri. Pemandu yang mengabaikan peraturan jalan raya biasanya mempunyai sikap yang mementingkan diri sendiri. Ini secara tidak langsung akan membahayakan pengguna yang lain kerana mereka akan menggunakan jalan raya dengan sesuka hati mereka.

128

Page 129: PENULISAN TAHUN 6

Pemandu yang begini biasanya tidak mempunyai sikap bertimbang rasa kepada pengguna yang lain. Kerana bagi mereka jalan raya itu adalah milik mereka sahaja. Jadi mereka akan menjadikan jalan raya sebagai medan berlumba dan menunjuk-nunjuk akan kehebatan mereka.

Oleh kerana sikap ini sudah sebati dengan jiwa mereka, maka mereka akan lupa langsung akan peraturan jalan raya yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Perbuatan yang sebeginilah yang akan menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.

Satu lagi sebab mengapa kemalangan jalan raya semakin hari semakin menigkat ialah kerana penguatkuasaan undang-undang yang tidak ketat. Kita pernah mendengar bagaimana mudah lesen-lesen terbang dapat dibeli dengan begitu mudah sekali. Jika ini berlaku, sebenarnya kebanyakan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini kurang mahir dalam pemanduan dan ini akan menyumbang kepada kemalangan.

Oleh hal yang demikian, pemandu haruslah berdisiplin ketika menggunakan jalan raya, perlaksanaa undang-undang haruslah diketatkan, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab haruslah beramanah. Bagi pemandu pula, janganlah mementingkan diri sendiri dan patuhilah peraturan yang ditetapkan. Mudah-mudahan jalan raya kita tidak menjadi gelanggang maut.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) kecuaian : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) mengabaikan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) medan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) sebati : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) mahir : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

129

Page 130: PENULISAN TAHUN 6

vi) amanah : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

vii) gelanggang : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Perenggan manakah yang membicarakan tentang penguatkuasaan undang-undang? Salin kembali perenggan tersebut.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

97. Semangat kejiranan sangat penting dalam sesuatu masyarakat. Nyatakan mengapakah semangat kejiranan itu penting dan cara-cara semangat itu dapat dipupuk.

Tidak dapat kita nafikan lagi bahawa semangat kejiranan dalam sesuatu masyarakat itu sangatlah penting. Jiran merupakan keluarga kita yang paling dekat sekali kerana mereka tinggal bersebelahan atau berdekatan dengan kita. Ini jelas dapat kita lihat apabila kita memerlukan bantuan kecemasan, siapa yang datang kalau bukan jiran kita yang terdekat.

Sesuatu tamadun atau masyarakat itu akan lumpuh atau pincang jikalau semangat ini tidak dapat dihidupkan dalam masyarakat mereka. Kerana semangat ini dapat melahirkan suasana yang harmoni dan damai. Ini membuktikan kepada kita betapa pentingnya semangat kejiranan dalam sesuatu masyarakat.

Bagaimanakah kita dapat menghidupkan semangat ini? Kita dapat melakukannya dengan setiap golongan masyarakat tanpa mengenal batas usia, kaum atau agama haruslah bertegur sapa dan cuba mengenali di antara satu sama lain seberapa yang boleh. Ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan di antara anggota dalam sesuatu masyarakat.

Semangat ini juga dapat dipupuk jika kepimpinan tertinggi dalam sesuatu masyarakat itu haruslah banyak mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, sukan rakyat, dan aktiviti suka rela yang lain. Ini secara tidak langsung juga akan mendekatkan lagi anggota masyarakat.

Pihak kerajaan pula boleh memainkan peranan dengan menggunakan media arus perdana dengan memberikan kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya semnagat kejiranan itu. Kita

130

Page 131: PENULISAN TAHUN 6

tidak mahu negara kita menjadi seperti negara Bosnia, Indonesia, dan lain-lain lagi. Di mana jiran sesama jiran sanggup membunuh kerana rapuh semangat kejiranan.

Kesimpulannya, masyarakat yang bersatu padu adalah masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan yang kental. Pepatah Melayu ada berkata, jiran sepakat membawa berkat.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) semangat : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) tamadun : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) pincang : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) harmoni : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) media : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Tulis kembali perenggan yang membuktikan pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat kejiranan?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

131

Page 132: PENULISAN TAHUN 6

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

98. Perpustakaan digambarkan sebagai gedung ilmu. Tuliskan karangan mengenainya.

Perpustakaan dikatakan sebagai sebuah gedung ilmu kerana ia menyimpan berbagai-bagai jenis buku. Buku-buku boleh dibaca sama ada di perpustakaan itu ataupun dipinjam untuk dibawa balik.

Antara buku-buku yang terdapat di perpustakaan ialah buku pelajaran, buku cerita, komik, kamus, majalah juga surat khabar dan sebagainya. Terdapat berbagai-bagai jenis perpustakaan. Contohnya ialah perpustakaan sekolah, perpustakaan daerah, perpustakaan negeri, perpustakaan negara dan perpustakaan bcrgerak.

Apabila berada di perpustakaan, kita tidak boleh membuat bising. Ini kerana ia akan mengganggu orang lain yang sedang membaca.

Buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik. Pulangkan buku-buku tersebut mengikut waktu yang telah ditetapkan kerana buku-buku tersebut adalah milik semua orang.

Melalui kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa perpustakaan menjadi satu gedung ilmu yang berguna terutamanya kcpada pelajar. Memandangkan buku-buku yang ada di perpustakaan itu kepunyaan semua orang, kita perlulah menggunakannya dengan baik.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) gedung : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) waktu : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) milik : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) kenyataan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

132

Page 133: PENULISAN TAHUN 6

v) menggganggu : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Tulis kembali perenggan yang membuktikan perpustakaan mempunyai pelbagai jenis buku ?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

99. Kepentingan makanan yang berzat.

Makanan adalah perlu dalam kehidupan kita sehari-hari. Tanpa makanan kita tidak akan membesar dengan sempurna.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, kita memerlukan makanan yang seimbang dan berzat pada setiap hari. Tanpa makanan yang seimbang dan berzat, tubuh kita akan mudah dihinggapi oleh pelbagai jenis penyakit dan kita akan kelihatan tidak bermaya dan lesu.

Setiap hari tubuh kita memerlukan makanan-makanan yang mempunyai vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium, karbohidrat, protin, Iemak dan berbagai-bagai lagi.

Makanan yang mempunyai zat-zat ini dikenali sebagai makanan seimbang. Kita boleh mendapatkan zat-zat ini daripada sayur-sayuran, ikan, daging, nasi, roti, dan susu.

Kesimpulannya, makanan seimbang akan membantu otak kita berfikir dengan baik. Oleh itu, sebagai seorang pelajar makanan seimbang perlu diambil setiap hari. Ini akan membantu kita menguasai pelajaran dengan baik.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) sempurna : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) seimbang : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

133

Page 134: PENULISAN TAHUN 6

_____________________________________________________________________

iii) bermaya : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) menguasai : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) dihinggapi : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Tulis kembali perenggan yang menunjukkan contoh-contoh makanan seimbang ?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

100. Keperluan kenderaan kepada manusia.

Kenderaan adalah satu alat perhubungan yang sangat penting kepada manusia. Ia akan menjadikan pergerakan kita cepat dan pantas.

Pada hari ini, terdapat berbagai-bagai jenis kenderaan. Antaranya ialah kapal terbang, kereta api, kapal laut, bas, lori, motosikal dan basikal.

Bas merupakan kenderaan yang dicipta untuk mengangkut penumpang dengan lebih ramai berbanding kereta. Kapal terbang pula adalah kenderaan yang paling pantas dan kereta api ialah kenderaan yang paling murah.

Kenderaan bukan sahaja digunakan untuk membawa manusia tetapi juga untuk mengangkut barang-barang dan binatang ternakan.

Dengan adanya kenderaan, sebarang kerja dapat dilakukan dengan cepat tanpa menggunakan tenaga yang banyak dan masa yang panjang.

134

Page 135: PENULISAN TAHUN 6

Sebagai kesimpulannya, kenderaan menjadi satu alat pengangkutan yang amat penting. Selain itu, kenderaan juga menjadi lambang kemajuan bagi sesuatu negara.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) pantas : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) pergerakan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) mengangkut : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) ternakan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) lambing : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Tulis kembali perenggan yang membuktikan bhawa kereta api merupakan pengangkutan yang paling murah ?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

135

Page 136: PENULISAN TAHUN 6

101. Amalan menyimpan wang.

Menyimpan wang adalah amalan yang baik. Manusia menyimpan wang untuk digunakan pada saat-saat kecemasan atau sebagai jaminan pada masa akan datang. Keperluan ini menyebabkan manusia mencipta berbagai-bagai cara menyimpan wang.

Pada zaman dahulu, manusia menyimpan wang di dalam tabung, gua atau di mana sahaja tempat yang sukar dicuri orang lain. Pada hari ini, manusia menyimpan wang di bank.

Menyimpan wang di bank, adalah lebih selamat. Hal ini adalah kerana menyimpan wang mempunyai buku akaun bank yang mencatatkan setiap urusan keluar-masuk wangnya.

Simpanan wang di bank juga diberikan faedah. Semakin banyak dan lama wang disimpan, semakin banyak keuntungan yang diperolehi.

Sebagai kesimpulan, amalan menyimpan wang sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Perbezaannya ialah di mana manusia menyimpan wang. Ternyata, amalan zaman moden lebih selamat dan menguntungkan.

1. Berikan erti perkataan-perkataan di bawah ini berpandukan kamus. Kemudian bina ayat daripada makna perkataan tersebut.

i) amalan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii) kecemasan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii) jaminan : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iv) faedah : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

v) wujud : ________________________________________

Ayat : __________________________________________________________

_____________________________________________________________________

136

Page 137: PENULISAN TAHUN 6

2. Tulis kembali perenggan yang menunjukkan wang selamat disimpan di bank ?.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(FAKTA)

1. Faedah mengekalkan hutan simpan di Malaysia.

Pendahuluan- Hutan di Malaysia terdiri daripada dua jenis:- Hutan hujan khatulistiwa- Hutan hujan tropikaIsi-isi penting- Hutan penting sebagai penyerap kekotoran yang berlaku di udara- Sebagai kawasan tadahan hujan- Mengelakkan daripada berlakunya hakisan- Menyumbangkan kepada pendapatan negara- Memberi sumbangan kepada industri pelanconganPenutup- hutan perlu dikekalkan sebagai sumber aalam yang amat bernilai

2. Faedah sekolah tadika.

Pendahuluan- Untuk kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun.Isi-isi penting- Banyak kebaikan boleh didapati- Membiasakan diri dengan alam persekolahan – lebih berdikari- Mereka lebih cerdik dan berkeyakinan- Pembentukan fikiran yang lebih luas – pergaulan yang baik.- Menerima pelajaran dengan mudah- Menerima didikan agama- Ibu bapa yang bekerja – lebih baik menghantar anak-anak ke tadika daripada mengupah

orang menjaga- Pengawasan dan kerbersihan terjaminPenutup- Rohani dan jasmani dapat dibentuk.

137

Page 138: PENULISAN TAHUN 6

3. Kesan peperangan terhadap manusia.

Pendahuluan- Peperangan berlaku sesama manusia sejak berabad-abad lagi.Isi-isi penting- Nyawa manusia terkorban- Negara runtuh – rakyat menderita – kebuluran,pengangguran,seksaan dari segi jasmani dan

rohani, hidup tidak terjamin – masyarakat kucar-kacir- Bangunan-bangunan dan kampung halaman rakyat musnah – kehilangan tempat bergantung –

sanak saudara dipisahkan- Tanah tidak subur – kebuluran- Kesan sampingan - penyakitPenutup- Peperangan membawa penderitaan kepada manusia

4. Kegiatan yang saya lakukan semasa cuti sekolah.

Pendahuluan- Berbagai-bagai aktiviti dilakukan semasa cuti sekolahIsi-isi penting- Mengadakan rombongan mendaki bukit- Pengalaman yang ditempuhi semasa pendakian- Gembira apabila melihat pemandangan yang menarik- Dalam perjalanan pulang – singgah di taman bunga dan air terjunPenutup- Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah

5. Masalah pencemaran bahasa.

Pendahuluan- Kepentingan bahasa sebagai alat komunikasiIsi-isi penting- Sikap masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa asing- Kesalahan penggunaan ejaan dan tatabahasa dalam di dalam iklan-iklan- Peranan media massa dan kaitannya dengan masyarakatPenutup- Pencemaran bahasa meninggalkan kesan negatif dalam masyarakat yang menjadikan bahasa

Malaysia sebagai bahasa rasni negara.

6. Faedah mengembara.

Pendahuluan- Pengembaraan biasanya dilakukan secara beramai-ramai.Isi-isi penting- Terpaksan menghadapi rintangan – menguji ketabahan dan kesabaran.- Menambahkan pengetahuan dan pengalaman- Bekerjasama dan tolong-menolong – mengeratkan perhubungan- Boleh bertukar-tukar pendapat – mengeratkan perpaduan.- Masalah diselesaikan bersama-sama – menerima dan mendengar pendapat orang lain.- Mempunyai daya berfikir yang matang.Penutup- Memberi faedah – jauh perjalanan luas pemandangan.

138

Page 139: PENULISAN TAHUN 6

7. Permainan wau di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Pendahuluan- Permainan wau hanya popular di negeri Terengganu dan Kelantan.Isi-isi penting- Bentuk-bentuk wau yang popular- Perbezaan di antara wau dan layang-layang- Permainan wau dilakukan secara bermusim.- Pertandingan sering diadakan untuk memilih wau yang terbaik.Penutup- Wau secara tidak langsung telah memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia.

8. Kepentingan sungai dalam kehidupan masyarakat dahulu kala.

Pendahuluan- Sungai penting dalam kehidupan manusia.Isi-isi penting- Sebagai sumber minuman, air untuk mandi, memasak dan membasuh.- Hidupan air dalam sungai – sumber makanan- Sebagai jalan perhubungan- Sebagai sumber pengairanPenutup- Sungai bermanfaat kepada manusia walaupun kadangkala boleh mengakibatkan banjir.

9. Buah-buahan tempatan.

Pendahuluan- Negara kita mempunyai berjenis-jenis buah-buahan dengan rasa yang berbeza.Isi-isi penting- Ada yang berbuah sepanjang tahun – seperti nanas, betik dan pisang.- Buah-buahan bermusin seperti – rambutan, durian dan manggis.- Buah-buahan tempatan mengandungi kandungan vitamin yang lebih tinggi daripada buah-

buahan yang diimport.- Harganya lebih murah dan rasanya sedap.- Kerajaan patut memberi perhatian terhadap industri buah-buahan – mempunyai potensi untuk

pasaran luar negeri.Penutup- Rakyat seluruh dunia dapat menikmati buah-buahan tempatan kita.

10. Kepentingan telefon awam.

Pendahuluan- Telefon – alat perhubungan moden – sebahagian daripada kehidupan zaman moden ini.Isi-isi penting- Kepentingan telefon – sebagai alat perhubungan – boleh didapati di mana-mana sahaja.- Digunakan untuk menghubungi orang lain – terutama semasa kecemasan – contoh

kemalangan dan kebakaran.- Berfungsi untuk merapatkan hubungan antara dua pihak yang tertentu.- Telefon awam sering dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab – merugikan

orang awam.Penutup- Telefon awam sangat penting dalam kehidupan kita.

139

Page 140: PENULISAN TAHUN 6

11. Faedah membaca surat khabar.

Pendahuluan- Suratkhabar – alat sebaran am yang penting – terdapat beberapa jenis akhbar dalam bahasa

yang berlainan.Isi-isi penting- Faedah-faedah membaca suratkhabar.- Dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negeri.- Dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan hidup.- Memperolehi hiburan.- Mengisi masa lapang.- Meninggikan mutu penguasaan bahasa.Penutup- Membaca suratkhabar banyak membawa faedah kepada kita.

12. Penggunaan komputer pada zaman sekarang.

Pendahuluan- Salah satu alat ciptaan sains yng membantu tugas manusia ialah komputer.Isi-isi penting- Penggunaa komputer semakin meluas pada hari ini.- Dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat.- Dapat menyimpan data-data – mudah membuat rujukan.- Menyampaikan maklumat dengan lebih cepat – menggunakan kod-kod tertentu.- Kelemahannya apabila rosak – kerja-kerja terbengkalai – harganya mahal.Penutup- Mempunyai kebaikan dan kelemahan – terpulang kepada manusia untuk menilainya.

13. Tulis suatu karangan yang bertajuk “ Dadah perosak masyarakat.”

Pendahuluan- Maksud dadah dan jenis-jenus dadah- Dadah mendatangkan keburukan jika disalahgunakan.Isi-isi penting- Kesan penyalahgunaan dadah terhadap penagih – lemah, tidsk berdaya, tidak dapat belajar

atau bekerja.- Kesan penyalahgunaan dadah terhadap keluarga penagih – ibu bapa kecewa dan sedih.- Kesan penyalahgunaan dadah terhadap negara – kerugian daripada segi tenaga kerja,

mendatangkan masalah seperti jenayah, membebankan negara untuk menyediakan program pemulihan.

- Langkah-langlah mengatasi – memberikan pendidikan agama dan moral, pengawasan ibu bapa, dan penguatkuasakan undang-undang.

Penutup- Dadah merosakkan masyarakat dan perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak.

14. Tulis suatu karangan yang bertajuk “ Masalah pencemaran laut.”

Pendahuluan- Maksud pencemaran laut.Isi-isi penting- Punca-punca pencemaran laut – tumpahan minyak, ujian nuclear, pembunagan sisa-sisa

bahan kimia – dan aktiviti pembinaan.

140

Page 141: PENULISAN TAHUN 6

- Kesan-kesan pencemaran – merosakkan hidupan laut, menjejaskan pendapatan nelayan, dan mencemarkan perairan negara.

- Langkah-langkah mengatasi – memberikan kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.

Penutup- pencemaran laut mendatangkan kesan buruk dan perlu diatasi dengan segera.

15. Menyemaikan sikap “Cintailah Bahasa Malaysia” di sekolah.

Pendahuluan- Pengertian umum tentang tajuk.Isi-isi penting- Menggalakkan pelajar membaca buku yang ditulis dalam bahasa Malaysia.- Menganjurkan peraduan bercerita dan menulis esei dalam bahasa Malaysia.- Mengadakan kempen penggunaan bahasa Malaysia yang betul di sekolah.- Menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Malaysia secara meluas.- Menyediakan hadiah sebagai ganjaran kepada pelajar yang berinteraksi dalam bahasa

Malaysia dengan baik.Penutup- Pandangan/pendapat/cadangan/harapan.

16. Tulis karangan tentang “Kepentingan Taman Rekreasi”.

Pendahuluan- Maksud Taman Rekreasi.Isi-isi penting- Taman tempat beriadah- Disediakan dengan pelbagai kemudahan.- Penting kepada orang ramai.- Dijadikan tempat untuk bersenam.- Dijadikan tempat untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.- Dijadikan tempat untuk berehat.Penutup- Pandangan,rumusan dan pendapat.

17. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Komputer berperanan membantu meningkatkan minat belajar”

Pendahuluan Komputer- tidak asing lagi kepada para pelajar. Isi-isi penting

A ) Komputer- alat pandang dengar yang berisi pelbagai maklumatB ) Menarik dan mudah digunakan- maklumat disampaikan dengan cepat dan jelas – menjimatkan masa dan tenagaC) Cara belajar semakin menarik- menambahkan minat untuk menimba ilmu D) Pengendaliannya tidak memerlukan guru sepanjang masa- hanya perlu memahirkan diri

untuk menggunakan komputerPenutup Bagi mencapai kemajuan hidup – perlu tahu menggunakan komputer

141

Page 142: PENULISAN TAHUN 6

18. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Cara-cara mengurangkan kemalangan jalan raya”

Pendahuluan Jumlah kemalangan meningkat – terutama pada musim perayaan Isi-isi penting

A ) Pemandu harus bertanggungjawab atas keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya yang lainB ) Hukuman berat patut dikenakan kepada pemandu yang Cuai – hukuman penjara atau lesen digantungC) Polis sentiasa membuat rondaan- memastikan tiada pengguna jalanraya yang melanggar

undang-undangD) Elakkan perjalanan jauh pada waktu malam- mengantuk- mengakibatkan kemalangan

Penutup Setiap pemandu perlu berhati-hati – sabar dan bertolak ansur

19. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Faedah bersukan”

Pendahuluan Berbagai cara menjaga kesihatan- salah satu cara ialah bersukan- beberapa contoh kegiatan sukan Isi-isi penting

A ) Menjadikan badan sihat dan otak cergas – melakukan tugas dengan baikB ) Melatih diri supaya berdisiplin- menjalin semangat kesukanan C) Melahirkan ahli sukan yang berpotensi – masa depan cerah- hadiah kemenangan –

mengharumkan nama negaraPenutup Marilah bergiat dalam sukan – berfaedah untuk diri dan negara

20. Punca-punca Penagihan Dadah.

Pendahuluan Dadah musuh negara – asalnya digunakan untuk perubatan- disalahgunakan-merosakkan diri. Isi-isi penting

A ) Kelalaian ibu bapa adalah faktor utama- sibuk dengan kerja- anak terbiar- bergaul bebas dengan rakan – tanpa perhatianB ) Sikap terlalu memanjakan anak- factor kedua- hingga tidak menghormati – mewah dengan wang – hidup terlalu bebasC) Kurang didikan agama- tidak mendapat pendidikan yang mencukupi- bertindak

mengikut hawa nafsuPenutup Oleh itu- ambil berat tentang kehidupan anak-anak – contoh yang baik kepada anak-anak

21. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Punca masalah disiplin di kalangan pelajar”

Pendahuluan Sering terpapar diakhbar – masalah disiplin pelajar - beberapa contoh- Isi-isi penting

A ) Kurang mendapat perhatian ibu bapa- kurang kasih sayang – bergaul dengan kawan yang nakalB ) Sikap ibu bapa- memanjakan anak- menghalang guru mengambil tindakan atas kesalahan anak – besar kepalaC) Pengaruh kawan, bahan bacaan dan televisyen- meniru perbuatan – tanpa berfikir

keburukan – timbul masalah

142

Page 143: PENULISAN TAHUN 6

D) Akibatnya – pelajaran merosot – gagal peperiksaan -akhirnya generasi lemah fikiran

Penutup Jesteru itu – seruan kepada semua pihak – memberi tumpuan –Ke arah pembentukan pelajar berakhlak mulia

22. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Teknik belajar yang betul”

Pendahuluan Setiap murid mahukan kejayaan – tidak tahu teknik belajar yang sesuai - beberapa contoh teknik yang betulIsi-isi penting

A ) Memberikan tumpuan dalam kelas- bertanya jika kurang faham – lakukan kerja rumahB ) Mengulangkaji pelajaran- perbincangan dengan kawan meningkatkan kefahamanC) Jadual belajar – disiplin diri– masa rehat dan belajarD) Latihan sendiri – disemak oleh ahli keluarga – nasihat berguna

Penutup Amalkan sentiasa – kejayaan dalam pelajaran pasti akan dicapai

23. Tuliskan satu karangan bertajuk :“Peranan surat khabar”

Pendahuluan Alat sebaran am – berpengaruh luas kepada masyarakat – dikeluarkan berbagai bahasa - contoh Isi-isi penting :

A ) Menyampaikan berita – luar dan dalam negara -Menambah pengetahuan masyarakatB ) Sebagai sumber ilmu dan hiburan- kartun, sukan , Cerpen, rencana - merehatkan fikiran C ) Membantu usahawan – peluang perniagaan – mengiklankan pengeluaran barang – membantu mendapatkan pekerjaan – ruangan pekerjaan

Penutup Sangat penting kepada masyarakat – meningkatkan pengetahuan bahasa dan pertuturan – banyak membantu pelajar sekolah

24. Masalah penderaan kanak-kanak semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi hal ini daripada terus berlaku.

Pendahuluan Penderaan kanan-kanak kini berlaku dimana-mana – dilakukan oleh ahli keluarga sendiri , orang yang dikenali atau pengasuh – perlu diatasi. Isi-isi penting

A ) cara pertama –meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai – kanak-kanak perlu dijaga bukan didera- kempen dijalankan melalui ceramah, pameran dan seminar.B ) Cara kedua – hukuman lebih berat kepada pendera – rotan,denda atau penjara – supaya mereka insafC) Cara ketiga – menggalakkan penggunaan teledera-Membantu pihak berkuasa menyiasat

penderaan D ) Cara keempat – peranan media massa seperti surat khabar majalah dan televisyen – memaparkan isu ini agar menjadi teladan kepada masyarakat

Penutup Semua pihak perlu bekerjasama bagi mengatasi masalah ini..

143

Page 144: PENULISAN TAHUN 6

25. Huraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar serta kesannya terhadap kehidupan manusia.

Pendahuluan- Pencemaran udara, air, bunyi, dan tanah – akibat kegiatan manusia – mempunyai kesan

buruk.Isi-isi penting- Pencemran udara – asap kilang, kenderaan, dan pembakaran terbuka – jerebu –

memudaratkan kesihatan.- Pencemaran air – sisa toksik dari kilang dibuang ke dalam sungai dan laut – hidupan air akan

mati – rantaian makanan dan sistem ekologi terjejas.- Pencemaran bunyi – kenderaan di jalan raya yang sesak, kebisingan di tapak binaan –

menyebabkan tekanan perasaan – mudah marah.- Pencemaran tanah – penanaman bahan radioaktif dan sampah – semburan pestisid pada

tanaman – mengurangkan kesuburan tanah.Penutup- berbahaya kepada manusia – menjejaskan alam sekitar – perlu diatasi dengan segera.

26. Kerosakan harta benda awam banyak berlaku di negara ini. Nyatakan cara-cara untuk menjaga kemudahan awam di negara anda.

Pendahuluan- Nyatakan kemudahan awam yang disediakan – telefon, jalan raya, lampu jalan, tandas, dan

lain-lain.Isi-isi penting- Perlu dijaga – untuk kemudahan orang ramai; sebarang kerosakan melibatkan kos yang

tinggi.- Cara penjagaan :- Menggunakan dengan baik, dijaga kebersihannya.- Menyayanginya seperti harta sendiri.- Mengadukan perbuatan buruk kepada pihak berkuasa.- Menasihati para pelaku yang merosakkan harta awam.Penutup- yang lebih penting menanam kesedaran dalam diri sendiri.

27. Masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah sering menjadi isu di negara ini. Tulislah suatu karangan tentang masalah ini.

Pendahuluan- Menjelaskan setakat mana masalah itu menjadi isu; golongan yang terlibat – pelajar sekolah

rendah dan menengah.Isi-isi penting- Bentuk masalah disiplin – melawan guru; ponteng sekolah; jenayah; vandalisme.- Kesan kepada murid/pelajar – pelajaran terjejas; tanggapan negatif terhadap murid/pelajar,

guru, sekolah, dan pihak kementerian.- Tindakan yang perlu diambil:- Guru/sekolah – memberikan amaran, berbincang dengan ibu bapa, memberikan kaunseling.- Tindakan ibu bapa – ambil berat pelajaran anak-anak; menghubungi guru pada setiap masa;

mengenal pasti rakan anak-anak.- Tindakan murid/pelajar – terima nasihat, bersedia mengubah sikap.

144

Page 145: PENULISAN TAHUN 6

Penutup- guru dan ibu bapa serta murid/pelajar perlu bekerjasama.- Pihak media perlu memainkan peranan untuk menyedarkan tanggungjawab guru – ibu bapa –

murid/pelajar.

28. Tulislah suatu karangan tentang kebaikan membaca.

Pendahuluan- Menjelaskan kebenaran tajuk dengan mengaitkannya dengan keperluan semasa dan keperluan

sebagai murid.Isi-isi penting- Menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan pemahaman pelajaran.- Mengetahui perkembangan semasa.- Membantu dalam penulisan- Menambahkan kosa kata.Penutup- membaca dapat menjadikan kita manusia berpengetahuan.

29. Tulis karangan tentang “Ilmu Pengetahuan Sangat Penting kepada Kita”.

Pendahuluan- Ilmu pengetahuna perlu dipelajari secara formal atau tidak formal.Isi-isi penting- Meluaskan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.- Memudahkan kita mencari pekerjaan yang sesuai.- Dapat menghindarkan diri kita daripada tertipu dalam segala urusan.Penutup- orang yang berilmu akan dihormati orang lain.

Soalan-soalan latihan UPSR.

1. Pada masa ini ialah musim menuai padi di kampung kamu. Tuliskan sebuah karangan tentang musim menuai padi tersebut.2. Kamu belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kebaikan Belajar di Sekolah Berasrama Penuh.”3. Bersukan boleh menyihatkan badan seseorang. Ia juga boleh menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tuliskan karangan tentang sejenis sukan yang kamu minati.4. Telefon mempunyai banyak kepentingannya. Tuliskan sebuah karangan tentang kegunaan- kegunaan telefon.5. Merokok membahayakan kesihatan.6. Kebakaran sering berlaku di negara kita. Tuliskan karangan tentang punca-punca kebakaran.7. Untuk menjamin kesihatan yang baik, kita perlulah memakai pakaian bersih setiap hari. Tuliskan sebuah karangan tentang pentingnya kita memakai pakaian yang bersih ini.8. Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Mereka merayakan

berbagai-bagai perayaan.Tuliskan sebuah karangan tentang salah satu perayaan yang kamu tahu.

9. Menghormati orang tua merupakan satu amalan yang mulia. Tuliskan sebuah karangan tentang mengapa kita mesti menghormati orang tua.

10. Bendera adalah lambing kemegahan sesebuah negara. Tuliskan sebuah karangan tentang bendera Malaysia.

145

Page 146: PENULISAN TAHUN 6

11. Pada hari ini, hampir setiap rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti televisyen . Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kebaikan Menonton Televisyen.”

12. Membaca adalah satu kegiatan masa lapang yang berfaedah. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah-faedah yang diperolehi daripada membaca.

13. Orang-orang Melayu mempunyai banyak permainan tradisional. Antaranya ialah wau dan gasing. Tuliskan sebuah karangan tentang salah satu permainan tradisi bangsa Melayu yang kamu ketahui.

14. Tuliskan suatu karangan yang bertajuk “ Pengaruh Iklan Terhadap Kanak-kanak”.15. Semangat gotong-royong sangat penting dalam sesuatu masyarakat. Nyatakan

kepentingannya dan cara semangat ini dapat dipupuk.

146

Page 147: PENULISAN TAHUN 6

KARANGAN PERIBAHASA

1. Untuk menjawab karangan jenis ini, anda mestilah faham akan maksud peribahasa yang diberikan.

3. Ada dua teknik menulis karangan jenis ini, iaitu;A. Teknik cerita

1) Jika kamu memilih teknik ini, cerita yang kamu tulis itu mestilah menepati maksud peribahasa yang diberikan itu.

2) Cerita kamu mestilah ada permulaan, kemuncak cerita dan kesimpulan cerita. 3) Supaya lebih menarik kamu boleh masukkan dialog dalam cerita itu.

B. Teknik Huraian 1) Teknik huraian juga memerlukan kamu faham akan maksud peribahasa itu.

2) Bagaimana peribahasa itu boleh wujud dalam masyarakat itu juga boleh dimasukkan jika kita mengetahui.

3) Kaitkan maksud itu dengan keadaan masyarakat hari ini. 4) Jelaskan pengajaran daripada peribahasa itu dan contoh-contohnya.

Contoh Karangan Peribahasa

102. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

Azril dan Azmil merupakan pasangan kembar. Aznil adalah abang kepada Azmil. Mereka berdua bersekolah di sekolah yang sama dan di dalam kelas yang sama. Mereka adalah murid tahun enam.

Walaupun mereka berdua pasangan kembar, perangai mereka berbeza sekali. Azmil sangat rajin berbanding dengan Azril. Azril datang ke sekolah sekadar mahu melepaskan diri daripada duduk di rumah. Azmil pula datang ke sekolah kerana hendak belajar sehingga berjaya.

Sewaktu di sekolah, Azril sering tidak menyiapkan kerja yang guru mereka berikan. Dia sering memberi alasan kerana tidak mahu membuat kerja. Dia hanya bercakap bahawa dia mahu berjaya tetapi pemalas dan tidak mahu berusaha.

Ini amat berbeza sekali dengan Azmil. Azmil seorang murid yang rajin. Dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya. Dia akan menyiapakan segala kerja yang guru berikan. Dia mahu berjaya di dalam peperiksaan UPSR. Dia juga sering menasihati abangnya supaya belajar bersungguh-sungguh.

Namun, abangnya tidak pedulikan apa yang adiknya katakan. Dia menganggap bahawa semua perbuatan yang dia buat adalah betul. Dia hanya pandai bercakap. Alasan-alasan yang diberikan olehnya kepada gurunya tidak dapat diterima. Mereka selalu memarahinya.

Sikap yang ditunjukkan oleh dua orang murid ini amat sesuai dengan peribahasa yang mengatakan “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih”. Sekiranya kita mahukan sesuatu, kita akan usahakannya dan sekiranya tidak mahu banyak dalih yang akan diberikan.

147

Page 148: PENULISAN TAHUN 6

103. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

“Kring, kring”, loceng sekolah berbunyi. Murid-murid tahun enam Mawar berbaris panjang untuk ke padang untuk belajar pelajaran pendidikan jasmani. Azura, salah seorang daripada murid kelas itu tidak pergi ke padang tetapi hanya berada di dalam kelas sahaja. Dia sengaja tidak mahu membawa pakaian sukan.

Pada waktu inilah dia mengambil kesempatan untuk menyelongkar beg kawan-kawannya. Selepas mereka semua ke padang, dia pun membuka beg salah seorang murid di dalam kelasnya. Sewaktu dia mencari wang untuk dicuri di dalam beg itu, kemudian guru disiplin datang ke kelas itu.

Selepas itu, dia ternampak apa yang Azura lakukan. Azura tidak menyedari kedatangan cikgu disiplin itu. Nasibnya agak malang pada hari itu. “Azura, apa yang kamu lakukan itu”, sergah cikgu. Dia tersentak dan terus menoleh ke belakangnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat cikgu disiplin berdiri dibelakangnya.

“Sudah lama pihak sekolah mengintip gerak-geri kamu. Rupa-rupanya duti kawan-kawanmu yang hilang adalah dari perbuatan keji kamu ini”, kata cikgu. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya lagi. Perbuatannya ini sudah diketahui.

“Kenapakah kamu melakukan perbuatan keji ini”. tanya cikgu lagi. Se,se, sebenarnya saya. Dia terdiam seketika. Lidahnya menjadi kelu. Sudahlah perbuatan kamu sudah diketahui. Saya akan membawa kamu berjumpa guru besar. Dia berasa amat takut sekali.

Dia berasa amat kesal dengan sikapnya. Ini bertepatan sekali dengan peribahasa yang mengatakan “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”.

104. Tulis sebuah cerita berpandukan peribahasa “Buat Baik dibalas Baik”.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang budak yang berusia 12 tahun. Dia hidup bersama dengan keluarganya. Mereka hidup dalam keadaan yang miskin. Bapanya seorang penoreh getah manakala ibunya tidak bekerja. Dia merupakan anak sulung kepada empat orang adik-beradik di dalam keluarganya.

Ramai orang kampung menyukainya kerana sikapnya yang berbudi bahasa dan bepekerti mulia. Dia juga suka menolong orang-orang kampung. Dia tidak seperti budak-budak kampung yang lain. Mereka semua lebih mementingkan diri sendiri.

Sekiranya jiran-jirannya tiada di rumah, dia akan menjaga rumah mereka supaya tidak dimasuki pencuri. Dia juga akan memberi makan dan minum ternakan jirannya sehingga mereka pulang ke rumah. Ini membuatkan mereka lebih menyukainya. Dia akan mendapat upah dan pujian daripada mereka.

Kadang-kala, dia tidak mahu mengambil upah yang mereka berikan. Namun, sekiranya terpaksa barulah dia akan mengambilnya. Upah yang selalu diberikan kepadanya ialah wang. Dia akan mengumpul wang yang dia dapat untuk perbelanjaan sekolahnya.

Ramai kawan sekolahnya amat iri hati dengannya. Bukan sahaja dia sering dipuji malahan dia seorang budak yang pintar di dalam kelasnya. Gurunya juga sering memujinya. Ini yang membuatkan mereka sangat iri hati dengannya.

148

Page 149: PENULISAN TAHUN 6

Di dalam peperiksaan UPSR yang lalu, dia mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan itu dan dia ditawar ke sekolah berasrama penuh. Walaupun dia ingin ke sana, tetapi bagaimana? Ibu bapanya tidak dapat menanggung perbelanjaannya. Akhirnya, jiran-jirannya yang membantu untuk memberi dia belajar di sekolah itu.

Dia amat terhutang budi dengan mereka. Sikapnya itu telah menjadi teladan kepada budak-budak yang lain. Dia juga merupakan anak kampung yang pertama pergi belajar di asrama penuh. Dengan ini bolehlah kita simpulkan bahawa sekiranya kita berbuat baik, kita akan dibalas baik.

105. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa berikut “ Diam ubi berisi, diam besi berkarat”.

Peribahasa memang sudak lama wujud. Peribahasa ini biasanya digunakan oleh orang-orang zaman dahulu

untuk menyindir, memberi nasihat dan sebagainya. Sehingga sekarang pun peribahasa masih lagi digunakan, bak kata pepatah “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”. Salah satu peribahasa yang masih lagi digunakan sehingga kini ialah “Diam ubi berisi, diam besi berkarat “.

Kisahnya bermula begini. Di dalam sebuah kampung yang akan terpencil tinggal sepasang suami isteri yang mempunyai sepasang anak kembar yang bernama Azman dan Azmil. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Perai di Tahun Enam Dinamik. Semua murid di dalam kelas itu menganggap mereka berdua kera sumbang kerana mereka tidak sukan bergaul dan pendiam pula. Walaupun begitu, Azman seorang yang rajin belajar berbanding dengan Azmil.

Dua bulan lagi, mereka akan mengambil peperiksaan UPSR. Azman sedang sibuk mengulang kaji pelajarannya manakala Azmil pula hanya duduk berangan-angan kosong sahaja. Walaupun sudah dinasihati oleh Azman serta ibunya. Azmil tetap dengan kepala batunya.

“Kring…..!” Jam sudah pun menunjukkan pukul lima setengah pagi. Azman bangun lebih awal hari inin, kerana peperiksaan akan bermula jam lapan pagi. Azman terus ke bilik air dan mandi. Kemudian, dia pun mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Sebelum itu, dia mengejutkan Azmil supaya bersolat bersamanya tetapi Azmil tetapi meneruskan tidurnya. Jadi, Azman pun bersolat seorang diri. Selepas bersolat , dia berdoa agar mendapat 5A di dalam 7.00 pagi, Azmil baru bangun dari tidurnya. Tanpa bersolat, dia terus bersarapan. Kemudian, mereka pun pergi ke sekolah bersama-sama.

Apabila jam tepat pukul 8.00 pagi, peperiksaan pun bermula selama tiga hari berturt- turut. Azman dapat menjawab ke semua soalan dengan mudaj manakala Azmil agak sukar untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Kadang-kadang dia mengambil kesempatan untuk meniru jawapan kawannya.

Setelah mengambil peperiksaan, mereka diberi cuti beberapa hari. Selepas tiga bulan, barulah keputusan diumumkan. Alangkah gembiranya Azman apabila dia berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR manakala Azmil pula diselubingi dengan kehampaan dan keinsafan kerana dia Cuma mendapat keputusan yang teruk tetapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

Dengan ini dapatlah kita fahami bahawa peribahasa di atas membawa maksud bahawa Azman ialah “Diam ubi berisi” manakala Azmil pula ialah “Diam besi berkarat”.

149

Page 150: PENULISAN TAHUN 6

106. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Mei Lin dan Mei Lan merupakan saudara kembar. Mereka sangat rapat bagaikan isi dengan kuku. Di mana Mei Lin berada, Mei Lan pasti bersama.

Namun, sejak kebelakangan ini, hubungan mereka agak dingin. Ini disebabkan oleh rasa cemburu Mei Lan terhadap Mei Lin yang sering mendapat perhatian orang ramai kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato peringkat daerah baru-baru ini. Mei Lan rasa tersisih dan terus menjauhi Mei Lin. Walaupun telah banyak usaha yang telah dilakukan Mei Lin, Mei Lan masih tetap dengan pendiriannya.

Suatu hari ketika pulang dari sekolah, Mei Lan berjalan seorang diri menuju ke rumah. Rakan baiknya, Sara tidak hadir ke sekolah. Mei Lin yang menyedari hal itu cuba menemani Mei Lan dengan mengekorinya dari belakang.

Malang tidak berbau. Ketika hendak melintasi sebatang jalan raya, Mei Lan yang sedang mengelamun, terus berjalan tanpa tanpa melihat lampu isyarat. Mei Lin membiarkan sahaja kerana menyangka tiada kereta di jalan itu.

Tiba-tiba datang sebuah kereta memecut laju ke arah Mei Lan. Mei Lan terpaku di atas jalan raya itu kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Tanpa memikirkan nasib sendiri, Mei Lin segera meluru ke arah Mei Lan dan menolaknya ke tepi. Mujurlah Mei Lin cepat mengambil tindakan. Jika tidak, sudah tentu Mei Lan akan dilanggar oleh kereta itu.

“Terima kasih Lin,” itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Mei Lan. Sambil air mata membasahi pipi masing-masing. Mereka berpelukan. Mei Lin meminta maaf kerana menjauhi Mei Lin sebelum ini. Mei Lin hanya tersenyum.

Kini sudah setahun peristiwa itu berlalu. Mei Lin dan Mei Lan kembali mesra. Begitulah akhirnya. Bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

LATIHAN BERPANDUKAN ISI-ISI PENTING(PERIBAHASA)

1. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Pendahuluan- Setiap manusia harus berani dan yakin akan perbuatannya.- Maksud peribahasa ialah kita mesti bersikap berani jika benar dan seseorang itu akan berasa

takut sekiranya melakukan kesalahan.Isi-isi penting- Kehidupan di dunia banyak cabarannya – harus berani menempuhinya.- Orang yang baik akan mempunyai kawan namun tidak semua boleh dipercayai.- Ada kawan yang menikam kawan dari belakang – maruah diri harus dipertahankan.- Kita harus menghadapi sesuatu perkara itu kalau kita tidak melakukannya.- Jangan takut untuk menghadapi apa-apa sahaja tuduhan yang tidak benar terhadap diri kita.Penutup- Kalau kita tidak bersalah, kebenaran pasti terbukti akhirnya.

150

Page 151: PENULISAN TAHUN 6

2. Tulis suatu karangan berdasarkan peribahasa, “Belakang parang diasah, lagikan tajam”.

Pendahuluan- Maksud peribahasa, seseorang yang lemah jika diajari akan pandai akhirnya.- Merujuk kepada sikap manusia yang rajin berusaha – pasti akan berjaya.Isi-isi penting- Mengisahkan seorang pelajar Tahun enam yang lemah dalam pelajarannya.- Sering dipinggirkan oleh kawan-kawannya.- Seorang pelajar yang miskin- tidak mempunyai wang untuk membeli buku rujukan.- Selalu diejek oleh kawan-kawan kerana menduduki tempat yang terakhir setiap kali

peperiksaan.- Guru kelasnya sentiasa memberikan semangat kepadanya supaya belajar dengan sungguh-

sungguh.- Dia berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dengan bantuan gurunya itu.- Selalu berjumpa dengan guru untuk bertanyakan pelajaran.Penutup- Berkat usahanya, akhirnya dia berjaya mengatasi kawan-kawannya yang lain dalam

peperiksaan.- Mula dipandang tinggi oleh kawan-kawannya – banyak mendapat kawan selepas itu.

3. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Sepandai-pandai tupai melompat”.

Pendahuluan Razali – keluarga yang miskin- bercita-cita untuk menjadi orang kaya- tidak pandai dalam pelajaran.Isi-isi penting

A ) Berkenalan dengan Malik- seorang lelaki kaya- tinggal seorang diri dihujung kampung. – jemput datang ke rumah B ) Razali pelik- Malik tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi mewah- membuka rahsia- mengedar dadah- mengajak Razali- berfikir- dipujuk Malik- C) Akhirnya setuju- mahu kaya- mengedar secara kecil-kecilan- mula seronok- dapat duit-

beri pada keluargaD) keluarga curiga kerana Razali banyak duit tetapi tidak bekerja- Razali tidak mengaku-

merajuk – tinggal dengan MalikPenutup Ditangkap polis ketika menjual dadah- dipenjara- sepandai-pandai tupai melompat.

4. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Seperti isi dengan kuku”.

Pendahuluan Fandi dan Akmal – tinggal berjiran-sering bersama kemana-mana sahaja.Isi-isi penting

A ) Suatu hari akmal jatuh sakit- tidak dapat ke sekolah-Fandi kesekolah seorang diriB ) Waktu petang- Fandi kerumah akmal – menyiapkan kerja sekolah bersama akmalC) Akmal gembira- dia tidak ketinggalan dalam pelajaran- Fandi banyak membantunyaD) Gembira- akhirnya berjaya dalam peperiksaan

Penutup Hubungan mereka rapat bagai isi dengan kuku- dapat dijadikan contoh

151

Page 152: PENULISAN TAHUN 6

5. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Sediakan payung sebelum hujan”.

Pendahuluan Pak Kamil – nelayan- anak-anak ramai- isterinya tidak bekerja.Isi-isi penting

A ) Mendapat berita- musim tengkujuh akan tiba dua bulan lagi- berfikir untuk perbelanjaan keluarga sepanjang musim itu – bercadang mengumpulkan wangB ) Simpan sebahagian di dalam bank- setiap hari- isterinya menjual kuih- anak-anak membantu C) Berbelanja dengan berhati-hat- jimat- menggalakkan anak-anak menabungE) Musim tengkujuh tiba- tidak dapat pergi ke laut selama tiga bulan- tinggal di rumah

sambil membaiki pukat dan sampan- senang hati kerana simpanan wang cukup-membantu isteri berniaga.

Penutup Tindakan Pak Kamil bijak- boleh dijadikan contoh-‘sediakan payung sebelum hujan”:

6. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Seperti kacang lupakan kulit”.

Pendahuluan Salim – keluarga yang miskin- berjaya dalam peperiksaan- tetapi keluarga tidak mampu menghantarnya ke sekolah berasrama Isi-isi penting

A ) Diambil keluarga angkat- tinggal dengan mereka-bersekolah di bandar- hidup mewah B ) Belajar bersungguh-sungguh- berjaya dalam pelajaran masuk universiti- mula berubah- tidak mahu pulang kekampung- malu keluarga miskinC) Bekerja di sebuah bank- pangkat besar- ibu bapa datang meminta bantuan – nenek sakitD) Salim sombong- tidak mahu memberikan bantuan- berjaya kerana usaha sendiri tanpa

bantuan ibu bapa-menghalau keluarganyaPenutup Ibu bapanya sedih- seperti kacang lupakan kulit- jangan dijadikan contoh.

7. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Harapkan pagar-pagar makan padi”

Pendahuluan Encik Musa- seorang hartawan-tinggal disebuah rumah besar- anak ramai -tiada orang membantu isteri menguruskan rumah tanggaIsi-isi penting

A ) Mengambil seorang pembantu rumah- Malini- sopan santun- pandai memasak dan mengemas rumah B ) Puan Zaleha gembira- rumah kemas dan ceria- anak-anaknya sukakan Malini- memasah dan membasuh pakaian diuruskan MaliniC) Encik Musa menerima panggilan tetefon- balik kampung- emak sakit- Malini tidak mahu

ikut- pening kepala – Malini diminta menjaga rumahD) Selepas dua hari- pulang ke rumah- memanggil Malini- tidak menyahut - rumah

bersepah- laci almari di pecah- barang kemas hilang- Malini tiada- menghubungi polisPenutup Encik Musa menyesal- mudah percaya- Malini ditangkap polis-Harapkan pagar-pagar makan padi

152

Page 153: PENULISAN TAHUN 6

8. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”

Pendahuluan Pak Jais- pesawah padi- seorang isteri dan empat orang anak- rumah di tepi sungai Isi-isi penting

A ) Rajin bekerja-pagi di sawah- petang di kebun sayur-untuk mencari wang belanja keluarga B ) Isteri menasihatkan- mengumpul wang untuk pelajaran anak-anak- mahu ke Mekah- menunaikan fardhu hajiC) Mendidik anak-anak jimat berbelanja- simpan ditabung setiap hari – Pak Jais pun begitu

jugaD) Sepuluh tahun berlalu – simpanan 15 ribu- belanja anak ke universiti – pergi ke Mekah-

membesarkan rumahPenutup Pak Jais bersyukur- berkat mengumpul wang- sikit-sikit lama-lama jadi bukit – hidup senang

9. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Masa itu emas”.

Pendahuluan Kawasan rumah Hasni kotor- sampah sarap- tempat nyamuk membiak Isi-isi penting

A ) Musim cuti sekolah – Hasni bosan di rumah – tiada kerja yang lakukan - melihat sekitar rumah- menggelengkan kepalaB ) mengambil sabit dan cangkul-membersihkan kawasan-sampah-sarap – tanam – rumput dan lalang – bakar -akhirnya menjadi bersihC) Mendapat akal – menanam sayur- sayuran – membuat batas – menabur benih – siram –

setiap hariD) Semakin subur – ibu bapa memuji- mengeluarkan hasil- segar dan enak

Penutup Tidak membuang masa – digunakan sebaiknya- masa itu emas.

10. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

Pendahuluan Amran- Seorang budak yang keras kepala- suka melawan kata ibu bapa- berkawan dengan Karim dan Junid Isi-isi penting

A ) Musim buah-buahan- karim dan junid ajak mencuri buah-buahan milik orang kampung- setuju B ) Hari minggu- mahu keluar bersama karim dan Junid- ibunya melarang- tidak ambil peduliC) Kebun Pak Husin – Buah rambutan – memanjat- sarang tebuan-pecah- menyengatD) Terjun dari pokok- Kaki Karim patah- menjerit meminta tolong- Amran dan Junid lari-

beritahu bapa- KarimPenutup Bersama-sama orang kampung- karim dibawa kehospital- meninggal dunia kerana bisa tebuan telah menyebabkan denyutan jantungnya terhenti- Amran menyesal- sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

153

Page 154: PENULISAN TAHUN 6

11. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :”Bagai aur dengan tebing”

Pendahuluan Kampung Bahagia- tepi sungai- masyarakat berbilang kaum- tanaman sawah padi dan kebun kelapa. Isi-isi penting

A ) Hujan lebat- tiga hari berturut-turut – air sungai melimpah- banjir kerana parit tersumbatB ) Orang kampung dipindahkan- dewan orang ramai dan sekolah-seminggu di sana C ) Air surut-pulang ke rumah masing-masing- semua penduduk – berhimpun di rumah ketua Kampung-setuju bergotong-royong D) Membersihkan sampah-sarap- membina semula jambatan- mengorek parit supaya tidak

tersumbatPenutup Kampung bersih- cantik- sistem saliran sempurna- Bagai aur dengan tebing – saling bantu membantu

12. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”

Pendahuluan Kampung Balkis- tepi sungai- masyarakat berbilang kaum- bekerja di sawah padi dan kebun kelapa. Isi-isi penting

A ) Jambatan utama ke Bandar- sudah lama dan reput- membahayakan pengguna – ke sekolah dan tempat kerjaB ) Suatu hari -Ketua kampung- bermesyuarat bersama penduduk – membina jambatan baru – gotong royong C ) Kekurangan wang- cadangan kutipan derma- semua setuju- tiga puluh ringgit setiap rumah – beli alatan

D) Hari yang dinantikan – semua penduduk hadir- lelaki membina jambatan- perempuan memasak- meriahPenutup Jambatan siap- kukuh dan cantik- penduduk gembira kerana jambatan baru lebih selamat- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat -

13. Tuliskan satu karangan peribahasa bertajuk :“Bersatu teguh, bercerai roboh”

Pendahuluan Kampung Kuntum- Pinggir Bandar - masyarakat berbilang kaum- kurang mengamalkan semangat kejiranan. Isi-isi penting

A ) Kejadian kecurian sering berlaku- pada waktu malam kerugian semakin meningkat- penduduk risauB ) Pengerusi persatuan penduduk- mesyuarat bersama penduduk – punca kejadian kerana kurang semangat kejiranan C ) Penduduk insaf- semangat kejiranan sangat penting-setuju mengadakan rondaan setiap malam – bergilir-gilirD) Akhirnya kumpulan pencuri ditangkap- penduduk berasa lega - kejadian kecurian tidak

berlaku lagiPenutup Pengerusi memberi nasihat- sentiasa bekerjasama dan mengamalkan semangat kejiranan- Masyarakat akan aman dan sejahtera- bersatu teguh bercerai roboh

154

Page 155: PENULISAN TAHUN 6

14. “Sehari selembar benang, lama lama menjadi kain”.Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

Pendahuluan Maksud peribahasa – ketekunan membuat sesuatu kerja pasti akan menghasilkan kejayaan Isi-isi penting

A ) Fakrul – menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik – sukar untuk menyelesaikan masalah.B ) Tidak berputus asa – bertanya kepada guru dan rakan -rakan yang mahir dalam matematik C ) Sering membuat latihan sendiri di rumah – disemak oleh bapanya – semakin lama semakin faham akan cara menyelesaikan masalah matematik.D ) Akhirnya berjaya dan mendapat keputusan cemerlang dalam matematik disamping mata pelajaran lain.

Penutup Ambil iktibar kisah Fakrul – sekiranya kita tekun membuat sesuatu kerja tanpa berasa jemu , kita pasti akan berjaya.

155

Page 156: PENULISAN TAHUN 6

156