buku panduan tawaran program ijazah sarjana muda...

11
BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200 JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 CYBERJAYA TELEFON: 03-83126666 FAKS: 03-83126655 KP(IPG)8585/600/1/1/1 (1)

Upload: trinhnhi

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

BUKU PANDUAN TAWARAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200 JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6

CYBERJAYA TELEFON: 03-83126666

FAKS: 03-83126655

KP(IPG)8585/600/1/1/1 (1)

Page 2: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

2

PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2012

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Penerimaan Tawaran Kursus/ Penolakan

Tawaran Kursus

Pendaftaran Kursus

Bidang Kursus

Peperiksaan dan Penilaian

Pertukaran Bidang

Kehadiran

Disiplin dan Perjanjian

Elaun

Penginapan

Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian

Surat-surat

Surat Pemeriksaan Doktor

Surat Akaun

2 – 4

5

7

7

7

8

8

9

9

9

10

11

Page 3: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

3

PANDUAN TAWARAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

A. Keterangan Program Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Mod Kursus : Sepenuh Masa B. Sruktur Program i) Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester) ii) Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester) Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan sewajarnya setelah menerima Surat Tawaran. 1. PENOLAKAN/PENERIMAAN TAWARAN KURSUS

1.1 JIKA MENOLAK. Sila ambil tindakan berikut jika menolak tawaran

berkursus. (a) Sila klik pada butang menolak dan hantar

(b) Apabila anda klik pada butang menolak, anda dikira tidak

berminat dan tidak menerima tawaran tersebut.

1.2 JIKA MENERIMA. Sila ambil tindakan berikut jika menerima tawaran berkursus. (a) Sila klik pada butang menerima dan hantar

(b) Apabila anda klik pada butang menerima, anda akan

mencetak surat tawaran sementara dan dokumen yang berkaitan.

2. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS

Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut:

2.1 Lengkapkan dengan betul, lima (5) salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru. (a) Borang Perjanjian Pendidikan Guru (lima salinan) akan diserahkan

kepada anda semasa anda mendaftar. Pihak institut akan memberikan taklimat berkaitan borang perjanjian tersebut.

Page 4: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

4

(b) Ketika mendaftar, anda dikehendaki membawa lima keping setem hasil yang bernilai RM10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus berkenaan.

2.2 Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.

(a) Anda hendaklah melengkapkan surat KP(IPG)8585/100/20/1/1

Jld. 3 (36) dan Borang Am 402 (sila hubungi IPG yang anda ditempatkan). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang

Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan x-ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

(c) Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika mendaftar. Anda perlu menyediakan satu keputusan asal dan empat salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan IPG berkenaan.

(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor

serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri. PERINGATAN

1. Sekiranya anda sedang berkhidmat dengan pihak swasta anda hendaklah meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG yang ditetapkan. Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan.

2. Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti

belajar/cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan izin/perletakan jawatan perlu diperoleh sebelum anda mengikuti latihan ini. Adalah diingatkan bagi tujuan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang meletak jawatan adalah tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A.

3. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal

menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan x-ray semasa pendaftaran.

4. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh anda

mendaftar untuk mendapat dan menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk x-ray.

Page 5: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

5

5. Tawaran berkursus akan terbatal dengan sendirinya jika anda memberi maklumat palsu tentang kesihatan anda sebagaimana yang dikehendaki.

3. PENDAFTARAN KURSUS

(a) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang tertera dalam surat tawaran.

(b) Semasa mendaftar, calon dikehendaki mengemukakan

dokumen asal dan salinan untuk semakan dan pengesahan.

i) Surat Tawaran Berkursus (surat tawaran sementara) ii) Sijil kelahiran. iii) Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf warganegara

Malaysia. iv) Sijil Peperiksaan SPM/SPMV/ STAM /STPM/Diploma. v) Sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil yang berkaitan.

(c) Calon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di Institut

Pendidikan Guru sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.

(d) Semasa mendaftar, calon juga dikehendaki membawa

bersama-sama :

i) Lima salinan fotostat bagi setiap dokumen seperti tersebut di atas dan yang telah disahkan.

ii) Lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin dan Saksi.

iii) Borang Pemeriksaan Kesihatan (Borang Am 402) yang

telah disahkan oleh pegawai perubatan.

iv) Gambar berukuran pasport sebanyak 14 keping. v) Bayaran untuk minggu pendaftaran pelajar sebanyak

RM500.00. vi) Pakaian dan kasut sukan. vii) Pakaian rasmi dan formal.

i. Lelaki - Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam, berstoking dan bertali leher.

Page 6: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

6

ii. Perempuan - Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup dan bertumit.

viii) Keperluan asas untuk pembelajaran dan semasa

menginap di asrama.

(e) Semua calon yang telah didaftarkan wajib mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang akan bermula selepas pendaftaran.

PERINGATAN: Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan pendaftaran kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah memohon untuk mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya.

Page 7: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

7

4. BIDANG KURSUS Bidang kursus yang akan diikuti merangkumi:

(a) Akademik

i) Mata pelajaran Asas Dinamika Guru ii) Mata pelajaran Ilmu Pendidikan iii) Mata pelajaran major dan minor

(b) Gerak Kerja Kokurikulum (kelab/persatuan, unit beruniform,

sukan dan permainan). (c) Praktikum – Pengalaman latihan mengajar di sekolah.

5. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Sebagai pelajar (murid pendidikan guru) anda:

(a) adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Sistem

Peperiksaan dan Penilaian yang dikuatkuasa; (b) mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta

lulus setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang ditetapkan;

(c) layak menduduki peperiksaan jika kehadiran anda 100% bagi

setiap komponen kursus iaitu akademik, praktikum, aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh IPG. Anda juga mesti lulus semua kerja kursus;

(c) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian

bagi setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat; 6. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN)

DAN PUSAT BERKURSUS Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus tidak dibenarkan :

(a) tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang ditetapkan. (b) penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada

menawarkan pengkhususan tersebut.

(c) kekosongan tempat terdapat di IPG tertentu sahaja.

Page 8: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

8

Oleh yang demikian, anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak kecil yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran ini.

7. KEHADIRAN

(a) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah

wajib. (b) Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja

kokurikulum (GERKO) seperti sukan, permainan, unit beruniform persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat lulus GERKO juga adalah wajib.

8. DISIPLIN DAN PERJANJIAN

Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976). Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut :

(a) amaran;

(b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

(c) digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua

kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

(d) digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi

selama tempoh yang ditentukan;

(e) dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;

(f) disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama

tempoh yang ditentukan; dan

(g) dibuang daripada institusi.

Page 9: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

9

9. ELAUN Anda akan diberi elaun semasa berkursus. Bagaimanapun anda dinasihatkan

membawa bersama-sama wang untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelajar institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan doktor dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru).

10. PENGINAPAN

(a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh IPGK.

(b) Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan

penginapan yang dikeluarkan oleh pihak IPG sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama.

11. PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengarah Institut berkenaan. Sekiranya melanggar syarat tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat dalam perjanjian.

(b) Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan Diploma anda akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan.

Page 10: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 63000 CYBERJAYA TEL: 03-83126666 / FAKS: 03-83126655

Ruj. Kami : KP(IPG)8585/100//1/1.Jld.3 (36) Tarikh :

Pengarah/Penguasa Perubatan/Pegawai Perubatan Hospital/Klinik …………………………… .…………………………………………….. .…………………………………………….. Tuan, PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik ………………………………………………….. No. Kad Pengenalan …………………………………………….telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di atas dan akan melapor diri pada …………………………………….............. di Institut Pendidikan Guru Kampus ........................................................................................................... 2. Untuk makluman tuan, bidang kursus yang akan diikuti di Institut Pendidikan Guru merangkumi:

a) Akademik b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan,

permainan dan aktiviti luar yang lasak) c) Praktikum

3. Oleh yang demikian, mohon kerjasama tuan membuat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-ray dada dan paru-paru) dan memberikan keputusan pemeriksaan dengan kadar segera dengan menggunakan Borang Am 402 yang disertakan. 4. Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan. 5. Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Rektor Instut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Ini adalah cetakan komputer, tandatangan adalah tidak diperlukan.

Page 11: BUKU PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA …ipgktb.edu.my/hep/downloads/buku_panduan_tawaran_pismp_jun_201… · PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) ... (kelab/persatuan,

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 63000 CYBERJAYA TEL: 03-83126666 / FAKS: 03-83126655

Ruj. Kami : KP(IPG)8585/600/1/1/2/( ) Tarikh :

SURAT AKUAN Saya ..................................................................................... No. KP .........................................

Dengan ini memberi kuasa kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan

sebarang maklumat mengenai keputusan peperiksaan atau laporan mengenai diri saya dari

institut pengajian di mana saya ditempatkan sepanjang tempoh pengajian.

Tandatangan Saksi __________________ _____________________ (Nama Pelajar) (Nama Pensyarah/Mentor) Tarikh: