buku panduan pendidikan seni visual - copy.pdf

Upload: ladyrozy

Post on 07-Jul-2018

345 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    1/82

    Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    2015

     

    PANDUAN PENGURUSAN

    MATA PELAJARAN

    PENDIDIKANSENI VISUAL

    Sekolah RendahSekolah Menengah

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    2/82

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    3/82

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    4/82

    i

     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

    Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan

    Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata

    Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-

    program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan

    kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan

    tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

    Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakankepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program

    kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan

    warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan

    kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

    Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan

    dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada

    sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan

    sendiri.

    Selamat Maju Jaya.

    DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID 

    Kata Alu-Aluan MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    5/82

    ii

    Kata Alu-Aluan KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

    Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

    Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan

    komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia

    dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada

    landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

    Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan

    kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti

    pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga

    ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga

    pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan

    negara.

    Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti

    pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama

    berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti

    bagi melahirkan modal insan cemerlang.

    Sekian, terima kasih.

    DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    6/82

    iii

    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

    Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan

    limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan

    untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan

    syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor

    Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman

    untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

    Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualitimembantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan

    dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah

    ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha

    peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah

    seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

    2025).

    Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk

    membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan

    panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku inidijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan

    oleh warga pendidik.

    SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA.

    Sekian, terima kasih.

    (DATO’ HAJI MAHMUD BIN KARIM)

    Kata Alu-Aluan KETUA NAZIR SEKOLAH

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    7/82

    iv

    JAWATANKUASA PENERBITAN

    BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

    PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Penasihat

    Dato’ Hj. Mahmud bin Karim

    Ketua Nazir Sekolah

    Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Pengerusi 1

    Hjh. Normah binti Ismail KMN 

    Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

    Pengerusi 2

    Encik Hashim bin Mohd Zin

    Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

    Timbalan Pengerusi

    Dr. Harery bin Abu Saad

    Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

    Setiausaha

     Amran bin Sarbin

    Ketua Penolong Pengarah

     

    Ahli

    Hassan bin Yussof (JNJK)

    Zariani binti Ghazali (JNJK)

    Salehuddin bin Marwan (JNJK)

     Anuar bin Omar (JNJK)Rawiyah binti Mustaffa Kamal (JNJK)

    Ismail bin Muhamad Ali (JNJK)

     Ahmad Lotf bin Tarmiji (JNJK) 

    Muhd. Nizam bin Mohd.Yusof (BPK)

    Julia binti Mohamed (LP)

    Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    8/82

    v

    ISI KANDUNGAN

    Bil. Tajuk Muka Surat

      Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i

    Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ii

    Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii

    Jawatankuasa Penerbitan iv

    Isi Kandungan v

    Pengenalan vii

    Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

    BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Matlamat 3

    1.3 Objektif 4

    1.4 Organisasi Kandungan 4

    1.5 Peruntukan Waktu Pendidikan Seni Visual 6

    BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN

    2.1 Pendahuluan 72.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 7

    2.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 8

    2.4 Peranan Panitia Pendidikan Seni Visual 10

    2.5 Peranan Pengetua dan Guru Besar 12

    2.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan PenolongKanan Petang

    12

    2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 13

    2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual 13

    2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 15

    2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual 17

    2.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita 18

    2.12 Program Perkembangan Staf 21

    2.13 Pengurusan Fail 21

    2.14 Bilik Khas dan Sudut Mata Pelajaran Pendidikan SeniVisual

    22

    2.15 Persatuan Kokurikulum Akademik Pendidikan SeniVisual

    24

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    9/82

    vi

    Bil. Tajuk Muka Surat

    BAB 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    3.1 Pendahuluan 26

    3.2 Standard 4 SKPM 2010 26

    3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 27

    3.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran danPembelajaran

    36

    3.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 37

    3.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 38

    3.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 39

     

    BAB 4 PENTAKSIRAN

    4.1 Pendahuluan 42

    4.2 Peperiksaan Awam 42

    4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 44

    4.4 Pentaksiran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual 46

    BAB 5 PENYELIAAN

    5.1 Pendahuluan 60

    5.2 Tujuan Penyeliaan 61

    5.3 Bidang Penyeliaan 62

    5.4 Prinsip Penyeliaan 63

    5.5 Peringkat Penyeliaan 64

    5.6 Tindakan Penambahbaikan 66

    RUJUKAN 67

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    10/82

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    11/82

    viii

     

    OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

    i. Meningkatkan keupayaan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, mengesan

    tahap kualiti pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan,

    melakukan pelbagai aktiviti penaziran;

    ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi

    efektif dan cekap;

    iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama di kalangan semua pihak dalam

    bidang pendidikan;

    iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat yang

    cekap dan berkesan;

    v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

    berterusan dalam bidang penaziran; dan

    vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri

    dan Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian bagi memastikan nasihat

    dan syor-syor Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti kepada institusi

    pendidikan diberi perhatian.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    12/82

    ix

     

    OBJEKTIF BUKU PENGURUSAN

    MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN DUNIA SENI VISUAL

    Objektif penghasilan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan

    Seni Visual dan Dunia Seni Visual adalah seperti berikut:

    i. Membolehkan pengetua dan guru besar mengetahui peranannya sebagai

    pemimpin kurikulum yang profesional.

    ii. Memberi garis panduan dan senarai semak untuk membolehkan pengetua

    dan guru besar menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan

    proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni

    Visual dalam kalangan guru dengan berkesan.

    iii. Membolehkan ketua panitia mengurus dan mentadbir panitia dengan

    berkesan.

    iv. Membolehkan guru Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual memahami

    matlamat, objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran di

    samping melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

    terancang dan berkesan.

    v. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan gurupenasihat kokurikulum akademik dalam melihat keperluan persatuan sebagai

    pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti kesenian.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    13/82

     

    BAB I

    PROFIL MATA PELAJARAN

    1.1 PENDAHULUAN

    Kurikulum pendidikan di Malaysia mengalami proses transformasi yang

    diperkukuh dan ditambah baik serta dikenali sebagai Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Kurikulum ini mem-

    beri penekanan daripada Knowledge Based Curriculum kepada Standard Based

    Curriculum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap II pula dilaksanakan

    secara berperingkat mulai Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard

    Kurikulum dan Pentaksiran (Rajah 1). Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Menengah diperkukuh dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menen-

    gah yang dicadangkan pelaksanaannya secara berperingkat.

    Rajah 1:Perkembangan Kurikulum Pendidikan Sekolah di Malaysia

    1

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    14/82

     

    2

    KURI-

    KULUM

    DO-

    KUMEN

    TAHUN PELAKSANAAN

    2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

    KSSR

    DSKThn. 1 Thn. 2 Thn. 3

    DSP

    DSKP Thn. 4 Thn. 5 Thn. 6 Thn. 1 Thn. 2 Thn. 3 Thn.1—6

    Thn.1—6

    KBSM SP &HSP

    Ting.1—5

    Ting.1—5

    Ting.1—5

    Ting.1—5

    Ting.1—5

    Ting.1—5

    Ting.2—5

    Ting.3—5

    Ting.4—5

    Ting. 5

    KBSMDSP Ting. 1 Tin. 2 Ting. 3 Ting.

    1—5Ting.1—3

    Ting.2—3

    Ting. 3

    DSKP Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3 Ting. 4 Ting. 5

    Jadual PelaksanaanDokumen Standard Kurikulum serta Dokumen Standard Kurikulum

    dan Pentaksiran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

    DSK = Dokumen Standard Kurikulum

    DSP = Dokumen Standard Prestasi

    DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

    SP = Sukatan Pelajaran

    HSP = Huraian Sukatan Pelajaran

    Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun semula selaras dengan

    perkembangan terkini supaya lebih jelas dan dapat mencapai hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan. Kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah

    menengah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan Seni Halus,

    Komunikasi Visual, Reka Bentuk, Kraf Tradisional, sejarah dan apresiasi  seni.

    Kurikulum ini bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,

    memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap

    nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    15/82

     

     Aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual

    berorientasikan proses penghasilan seni yang menggabungjalinkan aspek

    pemerhatian, pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini melibatkan

    penjanaan idea dan kreativiti melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi

    dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat menerap dan membudayakan

    pemikiran kreatif, inovatif dan kritis, bernilai tambah, meningkatkan kepekaan,

    ketajaman fikiran serta berfokus. Murid berupaya menyelesaikan masalah,

    berkeyakinan dan mampu mengendalikan kehidupan seharian dengan nilai-nilai

    positif.

    1.2 MATLAMAT

    Matlamat Pendidikan Seni Visual adalah untuk membentuk keperibadian

    generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,

    imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya

    membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

    keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

    menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,

    selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    3

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    16/82

     

    4

    1.3 OBJEKTIF

    Objektif Pendidikan Seni Visual adalah untuk membolehkan murid

    a. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan;

    b. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni

    visual;

    c. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta

    kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam

    kehidupan dan kerjaya;

    d. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

    mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;e. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya

    seni visual;

    f. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata

    pelajaran lain;

    g. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam

    konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan

    antarabangsa;

    h. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;

    i. menyedari dan menghargai suasana seni visual dalam persekitaran

    dan kaitannya dengan keselesaan hidup; dan

     j. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

    1.4  ORGANISASI KANDUNGAN

    1.4.1 Sekolah Rendah

    Kurikulum Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual sekolah rendah

    mengandungi empat bidang iaitu

    a. menggambar;

    b. membuat corak dan rekaan;

    c. membentuk dan membuat binaan; dan

    d. mengenal dan membuat kraf tradisional.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    17/82

     

    5

    1.4.2 Sekolah Menengah

    Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah disusun

    berdasarkan kandungan yang dibahagikan kepada:

    a. Produk: Penghasilan Seni

    i. Proses penghasilan seni visual menitikberatkan pernyataan

    idea berasaskan seni reka dalam pelbagai teknik, media dan

    teknologi terkini berkaitan dengan penyataan kendiri,

    masyarakat dan nilai budaya.

    ii. Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus, komunikasi

    visual, reka bentuk dan seni kraf tradisional serta seni krafdimensi baru.

    b. Teori: Sejarah dan Apresiasi Seni

    Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian

    pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan,

    kebangsaan dan negara ASEAN serta antarabangsa yang

    mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya tempatan.Murid dapat menyatakan kefahaman berkaitan sejarah dan

    perkembangan, membuat apresiasi dan penghayatan, analisis

    dan kritikan seni. 

    Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi:

    i. Perkembangan Seni Visual di Malaysia dalam bidang Seni

    Halus dan Kraf Tradisional dan pribumi.

    ii. Peralatan senjata dan domestik.

    iii. Alat permainan tradisional seperti gasing, wau dan alat

    muzik.

    iv. Seni bina dan kediaman seperti mesjid, rumah, wakaf dan

    makam.

    v. Kenderaan seperti pengangkutan di darat dan udara.

    vi. Pakaian tradisional

    vii. Perhiasan diri seperti tanjak, tengkolok dan hiasan lain.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    18/82

     

    1.5 PERUNTUKAN WAKTU

    1.5.1  Sekolah Rendah 

    Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visualdan Dunia Seni Visual di sekolah rendah dan menengah hendaklah

    mematuhi Peratuan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

    Peruntukan masa bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap Satu

    dan Tahap Dua sebanyak 60 minit seminggu. Bilangan masa tersebut

    menepati jumlah 25 jam setahun seperti yang dinyatakan dalam Surat

    Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/2010: Pelaksanaan Kurikulum Stan-

    dard Sekolah Rendah.

    1.5.2 Sekolah Menengah

    Peruntukan masa bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah

    seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan

    6/1991: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Kurikulum Baru

    Sekolah Menengah seperti jadual berikut:

    Jadual waktu berkembar bagi mata pelajaran ini dilaksanakan mengikutkeperluan dan kebijaksanaan pihak pengurusan sekolah.

    Tingkatan  Bilangan Waktu  Peruntukan Minit/Minggu 

    Peralihan 2 80

    Satu 2 80

    Dua 2 80

    Tiga 2 80

    Empat 3 120

    Lima 3 120

    Jadual 1: Peruntukan Masa KBSM Bagi Sekolah Menengah

    6

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    19/82

     

    BAB 2

    PENGURUSAN MATA PELAJARAN

    2.1 PENDAHULUAN

    Pengurusan mata pelajaran amat penting bagi memastikan pelaksanaan

    kurikulum lebih terancang dan sistematik. Pengurusan mata pelajaran yang

    cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

    Pengurusan mata pelajaran juga penting agar guru bersedia untuk menjadi

    pendidik yang prihatin, bertanggungjawab, berwawasan, berinovasi, dan

    berupaya melaksanakan tugas dengan berkesan.

    Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan dapat

    meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya mampu melahirkan

    insan yang seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan malaysia

    iaitu “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

    2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 

    Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam

    bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab

    dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang jelas ke arah

    merealisasikan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolahmemandu dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti panitia dan

    persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan supaya mencapai

    matlamatnya.

    7

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    20/82

     

    Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut:

    8

    Sumber Rujukan PPK, KPM (2001)

    2.3 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

     Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah:

    a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah dengan

     jelas.

    b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

    Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan.

    c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka

    panjang bagi menentukan pencapaian matlamat kurikulum.

    d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah baik

    pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik lagi keadaan, suasana,

    dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    21/82

     

    e. Merancang latihan dan kursus perkembangan staf dengan tujuan

    meningkatkan mutu pendidikan.

    f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di

    sekolah.

    g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek, dan aktiviti

    kurikulum.

    h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti

    kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

    i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan dengan

    pendidikan semasa.

     j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan

    mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan oleh

    panitia.

    k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

    l. Memastikan kurikulum Kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan;.

    m. Menilai serta meneliti pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan

    mengemukakan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum

    daerah atau negeri.

    9

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    22/82

     

    2.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1986: Panitia Mata

    Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara

    rasmi. Sekolah yang bilangan gurunya sedikit tidak perlu menubuhkan

    pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa

    mata pelajaran sebagai satu panitia. 

    Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata

    pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

    a. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen

    standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan Pentaksiran, dan

    Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Panduan PPM) yang

    terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli panitia.

    b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi tahun semasa

    selaras dengan Sukatan Pelajaran dan bersesuaian dengan takwim

    sekolah.

    c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir

    sekolah untuk keperluan guru dan murid.

    d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan

    menyediakan bank soalan.

    e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan

    atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai bagi

    penambahbaikan.

    f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya

    sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara semerta jika

    perlu.

    10

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    23/82

     

    11

    g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia sama ada

    secara formal atau tidak formal untuk membincangkan masalah atau isu

    yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah untuk

    mengajar serta mencari penyelesaian masalah bagi sesuatu isu.

    h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah

    mengikuti kursus atau seminar.

    i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan

    menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian

    matlamat pengajaran dan pembelajaran .

     j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan

    panitia di sekolah berhampiran.

    k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke

    arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.

    l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk

    menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.

    m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,

    surat menyurat dan perekodan.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    24/82

     

    2.5 PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR

    Pengetua dan guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,

    pelaksana perubahan, dan inovasi kurikulum. Selain itu, beliau jugamerupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang, dan pengurus

    program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan

    pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam

    meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. 

    Pengetua dan guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

    sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan, dan fizikal. Di

    samping itu, pengetua dan guru besar perlu menubuhkan panitia mata

    pelajaran. Beliau juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan atau

    pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

    2.6 PERANAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ATAU

    PENOLONG KANAN PETANG

    Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang berperanan

    dalam urusan penyediaan jadual waktu induk, jadual waktu kelas, dan

     jadual guru ganti. Selain itu, beliau juga berperanan bagi menentukan

    tenaga pengajar mengikut kesesuaian opsyen, pembangunan staf,

    merancang, melaksana, dan menilai program peningkatan kurikulum serta

    membimbing guru. Beliau juga memastikan peperiksaan dan pentaksiran

    sama ada dalaman atau awam dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain

    itu Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang hendaklah

    memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik.

    Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang juga

    berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan dan

    bimbingan, dan mengenal pasti serta mencalonkan guru untuk mengikutikursus dalam perkhidmatan yang berkaitan mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual.

    12

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    25/82

     

    13

    2.7 PERANAN GURU KANAN MATA PELAJARAN

    Guru Kanan Mata Pelajaran berperanan membantu pengetua dalam

    merancang dan melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran,

    mengurus, dan menggerakkan panitia mata pelajaran. Selain itu, Guru

    Kanan Mata Pelajaran perlu memastikan penggunaan bahan, mengurus

     jadual waktu, mengurus bilik khas yang berkaitan bidang Pendidikan Seni

    Visual, penyediaan bahan bantu mengajar di samping melaksanakan

    penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

    2.8 PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENIVISUAL

    Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui Surat

    Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1986: Panitia Mata Pelajaran.  Ketua

    panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh pengetua atau guru besar

    secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran di bawah

    tanggungjawabnya. Ketua panitia bertanggungjawab merancang,

    melaksana, menyelaras, memantau, menilai, dan menambah baik semua

    hal berkaitan mata pelajaran.

    Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai oleh semua guru yang

    mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Bagi memastikan panitia

    berfungsi dengan baik dan selari dengan perkembangan pendidikan

    semasa, antara tugas yang boleh dijalankan oleh ketua panitia adalah

    seperti berikut:

    a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk

    mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    26/82

     

    14

    b. Menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran Tahunan dengan

    mengambil kira takwim persekolahan semasa. Mendapatkan dokumen

    kurikulum seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

    Dokumen Standard Kurikulum dan bahan sokongan kurikulum.

    Manakala dokumen pentaksiran seperti Panduan Perkembangan

    Pembelajaran Murid dan dokumen Standard Kurikulum dan

    Pentaksiran terkini serta merancang pelaksanaannya.

    c. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999: Penyediaan

    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran  dipatuhi oleh semua guru

    mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran Harian.

    d. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta

    pentaksiran serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan

    penambahbaikan.

    e. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau aktiviti

    peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum

    akademik.

    f. Menyelaras tugasan dan jenis buku latihan serta buku nota yang akan

    digunakan.

    g. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan bilangan,

    bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian.

    h. Mengenal pasti, merancang, dan melaksanakan program atau aktivitiperkembangan staf.

    i. Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan

    tahunan bagi mata pelajaran.

     j. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan

    mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang

    berkuat kuasa.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    27/82

     

    15

    k. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan pusat

    sumber sekolah.

    l. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan diterimamengikut bilangan dan spesifikasi.

    m. Memastikan guru mata Pendidikan Seni Visual menerapkan unsur

    didik hibur dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

    n. Memastikan bilik-bilik khas seperti bilik seni visual dan sudut mata

    pelajaran digunakan secara optimum dan menyeluruh kepada semua

    murid.

    o. memastikan bilik-bilik khas sentiasa berada dalam keadaan bersih,

    kemas dan selamat digunakan.

    2.9 PERANAN GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Guru mata pelajaran merupakan agen terpenting dalam pelaksanaan

    kurikulum di sesebuah sistem persekolahan. Peranan guru mata pelajaran

    ialah:

    a. Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

    Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum dan

    Pentaksiran, serta Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang

    terkini.

    b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

    Pelajaran Harian yang berasaskan Sukatan Pelajaran, Huraian

    Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard

    Kurikulum dan Pentaksiran, serta Panduan Perkembangan

    Pembelajaran Murid. Persediaan ini hendaklah mempunyai peringkat

    perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan serta

    keperluan pembelajaran murid;

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    28/82

     

    16

    c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya pengajaran

    dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

    d. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan sumber

    pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

    e. Menyedia pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran seperti gambar atau bahan bercetak,

    teknologi maklumat dan multimedia seperti cakera padat, video dan

    sebagainya yang difikirkan sesuai.

    f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang aktiviti

    dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di samping

    saling berkongsi maklumat.

    g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium

    berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata

    pelajaran atau badan-badan profesional.

    h. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi kepada

    murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan yang

    diputuskan.

    i. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya pengajaran

    dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.

     j. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan sumberpendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran .

    k. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang aktiviti

    dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di samping

    saling berkongsi maklumat.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    29/82

     

    17

    l. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi kepada

    murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan yang

    diputuskan.

    m. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional bagi menilai

    kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta

    merancang program penambahbaikan.

    n. Menerapkan unsur didik hibur serta elemen Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi.

    o. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

    ditetapkan.

    2.10 MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 

    Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal

    sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut

    ketetapan berikut:

    a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali

    setahun seperti ketetapan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan

    4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Selain itu, mesyuarat secara semerta

     juga boleh dilaksanakan mengikut keperluan.

    b. Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat JawatankuasaKurikulum Sekolah.

    c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,

    perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,

    analisis peperiksaan awam, penilaian kendalian sekolah, pentaksiran

    berasaskan sekolah dan perancangan kewangan perlu dibincangkan

    serta diputuskan dalam mesyuarat panitia.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    30/82

     

    18

    d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut.

    i. Ucapan pengerusi

    ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

    iii. Perkara berbangkit

    iv. Perbincangan isu atau masalah profesional

    v. Hal-hal lain

    e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan

    kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh yang

    telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

    (PKPA) Bilangan 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan

    Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

    2.11 PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PER KAPITA

    Bagi memastikan pengurusan sekolah dan panitian dapat dilaksanakan

    dengan sempurna, peruntukan kewangan melalui pemberian Bantuan

    Geran Per Kapita disediakan. Bantuan Geran Per Kapita hendaklah diurus

    dan ditadbir dengan bijak oleh pihak pengurusan sekolah.

     Antara perkara yang perlu difahami tentang Geran Per Kapita ialah:

    a. Bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang

    bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

    b. Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada Guru Kanan Mata

    Pelajaran dan ketua panitia dalam mesyuarat Jawatankuasa

    Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah mengenai jumlah

    peruntukan geran per kapita yang diterima serta agihannya supaya

    perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan

    peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh

    murid.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    31/82

     

    19

    Geran per kapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

    a. Geran Per Kapita Mata Pelajaran  – Teras, Wajib, Tambahan &

    Bahasa Asing dan Elektif.

    a. Geran Per Kapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah,

    Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/

    Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama.

    Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran per kapita bagi

    mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam SuratPekeliling Kewangan Bilangan 8/2012: Garis Panduan Pengurusan

    Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah

    Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat

    Pekeliling Kewangan Bilangan 8/ 2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta

    pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

    Maksud perbelanjaan seperti yang terdapat dalam surat pekeliling

    berkenaan adalah:

    a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pembelajaran

    dan pengajaran .

    b. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, cakera padat dan

    bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan pembelajaran dan

    pengajaran.

    c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang

    digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

    d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti mural, galeri seni dan

    sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada program

    pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    32/82

     

    20

    e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan

    kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti

    persekolahan atau hari persekolahan.

    f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan

    dipersetujui oleh Guru Kanan Mata Pelajaran atau ketua panitia dan

    diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar. Pembelian hendaklah

    mematuhi peraturan dan ketetapan semasa.

    g. Bagi perolehan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sekolah

    hendaklah mematuhi Tatacara Perolehan Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi yang berkuat kuasa.

    h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu

    mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat

    Tanggungjawab.

    Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan

    Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen

    Murid bertarikh 21 Jun 2013 yang membawa maksud seperti berikut:

    a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan

    geran per kapita mata pelajaran.

    b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan Lebihan

    Perbelanjaan Bantuan Tahunan (LPBT) sekolah dan LPBT asrama.

    c. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat

    pentadbiran dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan

    menggunakan peruntukan LPBT sekolah atau asrama.

    d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden atau

    kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan

    tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah

    atau asrama.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    33/82

     

    21

    2.12 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

    Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

    mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yangperlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

    a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui kajian

    keperluan atau analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity,

    threat) bagi merancang program perkembangan staf.

    b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan supaya

    menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau persidangan

    berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

    c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan kursus

    dalaman peringkat panitia.

    d. Menjemput pakar dari luar untuk memberi ceramah berkaitan mata

    pelajaran dengan memberi idea-idea serta pendekatan baharu bagi

    meningkatkan tahap dan kualiti pengajaran guru.

    e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap

    sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

    2.13 PENGURUSAN FAIL

    Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

    menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus dengan

    sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan teknologi

    maklumat dan komunikasi boleh digunakan bagi tujuan menyimpan data

    dan maklumat berkaitan panitia.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    34/82

     

    22

    2.14  BILIK SENI DAN SUDUT MATA PELAJARAN

    Panitia mata pelajaran bertanggungjawab:

    a. Bilik Seni 

    i. Bilik Pendidikan Seni Visual disediakan bagi melaksanakan proses

    pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti seni visual dengan lebih

    efektif.

    ii. Suasana bilik seni yang kondusif dan berinfomatif menjadi daya

    penarik kepada murid untuk menjana idea dalam penghasilan

    produk seni seperti catan, lukisan dan poster serta yang berkaitan

    dengan hasil seni.

    iii. Aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan serta susun atur

    perabut merupakan elemen penting bagi memastikan keselesaan

    penggunaan bilik seni.

    Contoh Pelan Lantai Bilik Pendidikan Seni Visual

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    35/82

     

    23

    b. Sudut Seni Visual di Bilik Darjah

    Sudut seni visual dalam bilik darjah hendaklah diwujudkan untuk: 

    a. Mempamerkan hasil kerja murid dan artikel berkaitan seni visual

    bagi membolehkan murid membuat rujukan.

    b. memberi peluang kepada murid mempamer, mengenali hasil

    kerja yang baik dan menghargai hasil kerja seni visual dalam

    kalangan murid.

    c. Pameran Karya Seni Visual di Luar Bilik Darjah

    Pameran karya seni visual di luar bilik darjah juga diwujudkan bagi

    memaparkan hasil kerja murid untuk meningkatkan minat,

    kecenderungan, apresiasi dan pengetahuan murid dalam bidang

    seni visual. Pameran ini juga sebagai penghargaan dan motivasi

    kepada murid yang menghasilkan hasil karya tersebut. 

    Sudut karya hasil murid Bilik seni yang kondusifSudut karya hasil kerja 3D 

    Hasil kerja 2D  Sudut karya Guru PSV Sudut Informasi PSV 

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    36/82

     

    24

    2.15 PERSATUAN KOKURIKULUM AKADEMIK

    PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Kegiatan kokurikulum akademik bermaksud apa-apa kegiatan yang diran-

    cang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam

    bilik darjah. Bagi maksud tersebut, kegiatan kokurikulum akademik

    atau koakademik bertujuan:

    a. Memberikan peluang kepada murid untuk menambah, memperku-

    kuh dan mengamalkan pengetahuan dan penguasaan kandungan

    kurikulum. Di samping itu murid dapat mempraktikkan kemahiran

    dan nilai yang dipelajari di bilik darjah melalui aktiviti pengkaryaan,penulisan, dan apresiasi seni.

    b. Menyemai, memupuk dan menanam semangat kekitaan atau

    esprit de corps dalam kalangan murid pelbagai kaum yang

    mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

    c. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh ahli

    dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang diwujudkan

    dalam persatuan ini adalah seperti berikut;

    i. Pengerusi

    ii. Naib Pengerusi

    iii. Setiausaha

    iv. Bendahari, dan

    v. Beberapa orang ahli jawatankuasa

    d. Persatuan koakademik yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan

    dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua

    murid tanpa sebarang sekatan

    Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam

    pengurusan persatuan koakademik:

    a. Memperoleh garis panduan dan ketetapan daripada pihak

    pengurusan sekolah

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    37/82

     

    25

    b. Menggubal perlembagaan kecil persatuan

    c. Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melakukan

    penambahbaikan setiap program dan aktiviti persatuan.

    d. Menyediakan kurikulum persatuan koakademik yang bersesuaian

    mengikut keperluan murid dan disahkan oleh pengetua dan guru

    besar.

    e. Contoh aktiviti persatuan koakademik:

    i. lawatan sambil belajar yang mempunyai sejarah berkaitan seni

    tampak atau bidang kesenian yang lain;

    ii. memperkukuhkan kemahiran yang diperoleh dalam

    pembelajaran melalui aktiviti eksplorasi dan eksperimentasi

    media dan teknik dengan bimbingan guru atau pakar luar yang

    mempunyai kemahiran berkaitan seni;

    iii. aktiviti keceriaan dan keindahan kawasan sekolah seperti

    melukis mural dan mewujudkan taman lanskap; dan

    iv. mengadakan pameran dalaman untuk menghargai dan

    mengiktiraf karya seni murid.

    Pihak pengurusan sekolah dengan jawatankuasa yang telah ditetapkan

    akan melaksanakan pemantauan dan penyeliaan terhadap pelaksanaanaktiviti tersebut. Antara perkara yang sentiasa diberi keutamaan seperti:

    a. Membuat penilaian impak terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

    b. Menyemak dan menyelia sistem fail dan buku laporan aktiviti

    persatuan,.

    c. Menganalisis kehadiran, penyertaan, kejayaan dan pelaporan bagi

    setiap aktiviti yang telah dijalankan.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    38/82

     

    26

    BAB 3

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Pembelajaran dan pengajaran menjurus kepada suatu proses memperoleh

    ilmu melalui penyebaran maklumat dan kemahiran yang disampaikan oleh

    guru menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan strategi berupaya

    menghasilkan perubahan tingkah laku murid ke arah yang lebih baik.

    Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual mencakupi aspek

    perancangan pengajaran, penyampaian, perkembangan pembelajaran dan

    pentaksiran serta penambahbaikan secara berterusan. Hasil pembelajaran

    adalah sesuatu yang dihasratkan daripada pengajaran melalui penemuan

    dan latihan bagi memastikan tiada defisit pembelajaran dalam kalangan

    murid.

    3.2  STANDARD 4: STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 2010

    Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pen-

    didikan Seni Visual ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian

    kualiti pengajaran di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada

    dua belas aspek piawaian kualiti berdasarkan Standard 4: Standard Kualiti

    Pendidikan Malaysia 2010 iaitu:

    a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

    membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

    b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang

    ditetapkan.

    c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.

    d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan

    keberkesanan pengajaran.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    39/82

     

    27

    e. Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan

    pencapaian objektif pelajaran.

    f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepatkan

    pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

    g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan

    pembelajaran murid.

    h. Penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan penga-

     jaran dan pembelajaran .

    i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.

     j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran

    disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

    k. Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan suasana

    yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran .

    l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi mewujudkan

    keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

    SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4 berkaitan

    pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, elemen asas penga-

     jaran dan pembelajaran dalam Standard 4 masih dikekalkan.

    3.3 STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu

    matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara

    optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya

    menggunakan gabungan beberapa pendekatan, kaedah, teknik dan strategidalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    40/82

     

    28

    3.3.1 Kaedah dan Teknik

    Kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu, hukum atau prinsip.

    Kaedah merupakan suatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk

    mencapai sesuatu matlamat. Kemahiran dan teknik yang khusus perlu

    dimiliki oleh guru untuk menjayakan semua kaedah tersebut. Oleh itu, untuk

    mencapai hasrat atau objektif, kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan

    teknik-teknik yang betul.

    3.3.2  Kaedah dan Teknik Pengajaran

    Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan

    yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah

    segala aktiviti untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal

    dalam diri murid.

    Kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis.

    a. Kaedah terus 

    Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah

    pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua

    kepada murid. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), Kaedah ini

    mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi murid. Kaedah

    ini disampaikan berdasarkan:

    i. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda

    atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

    ii. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman

    sedia ada.

    iii. Timbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan-soalan yang

    telah dirancangkan.

    iv. Mengutamakan bahasa lisan di samping mengutamakan sebutan

    yang betul.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    41/82

     

    29

    v. Mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

    vi. Pengulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan.

    b. Kaedah semulajadi.

    Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan

    objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan

    dengan menggunakan perkataan-perkataan atau laras bahasa seni

    visual yang mudah difahami oleh murid. 

    3.3.3 Teknik pengajaran

    Kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu

    kaedah. Seseorang guru hendaklah menguasai teknik-teknik yang terdapat

    dalam sesuatu kaedah agar matlamat dapat dicapai. Terdapat pelbagai

    teknik yang boleh diamalkan oleh seorang guru dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran, antaranya adalah:

    a. Teknik Main Peranan.

    Teknik main peranan melibatkan imaginasi murid terhadap sesuatu

    situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan

    skrip. Hal ini berlaku secara spontan dan murid perlu bijak dalam

    memainkan peranan semasa sesi ini berlangsung.

    b. Teknik Latih Tubi.

    Teknik latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah

    dipelajari bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran dan

    menjamin pengekalannya. Pengulangan menjawab soalan-soalan lalu

    atau gerak kerja secara ansur maju berkaitan sesuatu kemahiran

    sehingga murid menguasai sepenuhnya.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    42/82

     

    30

    c. Teknik Bercerita.

    Guru memilih cerita yang sesuai dengan murid dan isi pengajaran

    yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang

    selesa dan memberi penekanan kepada aspek-aspek laras bahasa

    seni visual yang hendak diajarkan. Teknik-teknik bercerita dalam

    konteks seni visual turut melibatkan kawalan nada suara, pergera-

    kan, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan

    minat murid, gerakan tangan, memek muka serta kedudukan murid

    semasa aktiviti itu berlangsung.

    d. Teknik Penemuan Inkuiri

    Teknik penemuan inkuiri merangkumi proses soal jawab untuk

    mendapatkan respons daripada murid atau pelanggan. Aktiviti ini

    memerlukan penyoalan pelbagai aras untuk menguji pengetahuan

    dan seterusnya murid mampu membuat hipotesis, ekperimentasi

    dan membuat andaian serta rumusan. Pembelajaran sedemikian

    dapat meningkatkan daya pemikiran, daya kreativiti, dan tahappemahaman murid. Contohnya, apakah yang akan terjadi sekiranya

    warna daripada kelompok yang sama dalam roda warna

    dicampurkan?

    e. Teknik Sumbang Saran

    Teknik sumbang saran berbentuk perbincangan, perbualan yang

    dilakukan dalam kalangan murid. Menggalakkan berfikiran secara

    kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapat dengan penyeliaan

    dan kawalan guru. Percambahan fikiran melalui perkongsian

    maklumat menggalakkan murid menyumbang pendapat dan idea

    terhadap sesuatu topik secara logik dan analitis. Sesi perbincangan

    ini boleh dilaksanakan secara keseluruhan kelas atau kumpulan

    kecil.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    43/82

     

    31

    f. Teknik soal jawab dan kuiz

    Teknik soal jawab dan kuiz merupakan teknik yang kerap digunakan

    oleh guru bagi mewujudkan interaksi antara guru dengan murid.

    Setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang tertentu bagi

    mencungkil dan mengukuhkan pemahaman serta penguasaan

    pembelajaran murid. Teknik penyoalan yang baik, jelas dan tepat

    serta memberi ruang masa untuk memikirkan jawapan membo-

    lehkan murid memberi respons yang sesuai berdasarkan topik

    pembelajaran. Guru bertindak memberi respons balas yang baik

    terhadap jawapan murid.

    g. Teknik Simulasi

    Simulasi adalah satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal

    dan sengaja diwujudkan seperti situasi sebenar bagi tujuan penyele-

    saian masalah. Murid diberi tugasan dan cuba menyelesaikannya

    di bawah penyeliaan guru.

    h. Teknik Tunjuk Cara

    Teknik tunjuk cara sesuai digunakan dalam proses yang memerlu-

    kan murid menghasilkan produk seni visual dengan menggunakan

    bahan-bahan dan peralatan yang betul serta lengkap. Teknik penga-

     jaran yang melibatkan kemahiran guru menunjuk cara atau langkah

    menghasilkan kerja seni kepada murid. Murid melakukan pemer-

    hatian, membuat pengamatan dan penghayatan serta mengaplikasi-

    kan dalam aktiviti penghasilan seni visual. Kaedah penerangan dan

    demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang perlu

    dilakukan oleh guru untuk menjelaskan konsep dan proses serta

    tata cara penghasilan sesebuah karya seni visual. 

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    44/82

     

    32

    i. Kegiatan di Luar Bilik Darjah

    Kegiatan di luar bilik darjah merupakan kaedah yang sesuai bagi

    kajian penerokaan yang dijalankan dengan menggunakan bahan-

    bahan alam sekitar sebagai rujukan utama. Kaedah ini juga boleh

    digabungkan dengan kaedah inkuiri penemuan pada masa-masa

    tertentu.

    3.3.4 Pendekatan

    Pendekatan dimaksudkan sebagai arah atau hala yang di ambil untuk

    menuju sesuatu sasaran berasaskan kepada teori-teori atau generalisasi

    yang tertentu. Penghasilan kerja seni visual perlu menggunakan

    pendekatan yang mempunyai prinsip serta hubungan ke arah penghasi-

    lan produk tersebut.

    Guru boleh menggunakan pendekatan profesional atau konvensional.

    Bagi pendekatan profesional, semua kaedah penghasilan produk

    dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip yang bersistematik. Manakala bagi

    pendekatan konvensional, kaedah-kaedah dipelajari berdasarkan

    pengalaman, perbincangan informal serta melalui pemerhatian.

    3.3.5 Pendekatan Pengajaran

    Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan

    untuk memulakan proses pengajaran atau sesuatu kemahiran. Pendeka-tan pengajaran boleh dikategorikan berdasarkan pengelolaan murid,

    penyampaian fakta, keaktifan pengajaran dan penglibatan murid.

    Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah

    seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpu-

    lan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

    Guru bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan

    tersebut.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    45/82

     

    33

    Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan, maka

    terdapatlah pendekatan bersepadu, pendekatan induktif, pendekatan

    deduktif dan pendekatan tematik. Manakala pendekatan-pendekatan

    pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya:

    a. Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Guru

    Pendekatan yang memberi tumpuan kepada guru dikenali sebagai

    pendekatan berpusatkan guru dan mempunyai kaedah pelaksanaan

    yang tersendiri. Kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi,

    bercerita serta pengajaran secara kelas boleh digunakan. Pendeka-

    tan ini tidak memberi peluang kepada murid untuk mengambil

    bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka hanya

    mendengar dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

    b. Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Murid

    Pendekatan pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai

    pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan ini lebih menarik dan

    berkesan kerana murid berpeluang untuk mengambil bahagian,

    memberi pendapat dan idea berkenaan topik yang dipelajari,

    menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka secara terbuka

    melalui kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan

    kaedah perbincangan berkumpulan. Kaedah pengajaran

    dipraktikkan berdasarkan tahap penguasaan pembelajaran dan

    kemahiran murid.

    c. Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Bahan

    Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan memerlukan guru untuk

    lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan penga-

     jaran untuk menarik minat murid. Antaranya ialah melalui bahan

    pengajaran guru, bahan pembelajaran murid dan penggunaan sudut

    atau ruang bilik darjah. Guru boleh menggunakan bahan-bahanseperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi

    membuka minda serta menarik perhatian murid.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    46/82

     

    34

    d. Pendekatan Bersepadu

    Pendekatan ini menggabungjalinkan ilmu, bahan yang interaktif dan

    peerapan nilai di dalam satu set pengajaran dan pembelajaran.

    e. Pendekatan Induktif

    Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi

    di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu

    secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal

    berkaitan dengan pelajaran tersebut.

    f. Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid

    kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikannya untuk

    menghasilkan suatu fakta yang konkrit. Pengajaran dimulakan

    dengan mengemukakan teori, hukum, fakta, konsep sesuatu topik

    pembelajaran dan kemudiannya diikuti dengan contoh-contoh yang

    relevan.

    g. Pendekatan Tematik

    Pendekatan Tematik merupakan pembelajaran bersepadu berdasar-

    kan tema untuk memusatkan perhatian murid dengan mengaitkan

    tajuk atau tema yang dirancang. Pendekatan ini disesuaikan dengan

    tahap perkembangan dan pengalaman kepada murid untuk

    berkomunikasi dalam situasi sebenar.

    3.3.6 Strategi

    Strategi merupakan suatu susunan atau gabungan pelbagai pendekatan

    dan kaedah serta teknik untuk mencapai sesuatu matlamat dengan

    menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum serta

    mengambil kira kekangan atau halangan bagi mencapai sesuatu hasrat.

    Strategi yang berkesan mampu memperoleh impak serta kepuasan yang

    maksimum.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    47/82

     

    35

    3.3.7  Strategi Pengajaran

    Strategi pengajaran digunakan untuk menarik minat murid mengikuti

    pembelajaran. Kebijaksanaan dan kreativiti guru mampu memberi impak

    yang tinggi. Perancangan yang rapi dan sistematik mampu mewujudkan

    suasana pembelajaran yang tidak membosankan dan memudahkan

    objektif pengajaran dicapai. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-

    guru menjalankan pengajaran mereka dan berupaya mengintegrasi serta

    menyusun kaedah bagi membentuk strategi pengajaran yang paling

    berkesan.

    Strategi pembelajaran dan pengajaran yang disarankan oleh Bahagian

    Pembangunan Kurikulum boleh digunakan oleh guru-guru untuk memasti-

    kan pelaksanaan lebih berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah:

    a. Pembelajaran Masteri

    b. Kajian Masa Depan

    c. Konstruktivisme

    d. Belajar Cara Belajar

    e. Kecerdasan Pelbagai

    f. Pembelajaran Akses Kendiri

    g. Kemahiran Berfikir

    h. Pembelajaran Konseptual

    i. Pembelajaran Kontekstual

     j. Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    48/82

     

    36

    3.4 PENERAPAN ELEMEN DALAM PEMBELAJARANDAN PENGAJARAN

    3.4.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

    Penerapan Elemen Merentas Kurikulum berupaya membuka minda

    murid dalam memahami kandungan pelajaran. Pengajaran guru akan

    menjadi lebih menarik dan bervariasi serta murid dapat memahami

    sesuatu topik dalam konteks yang pelbagai.

    Berikut adalah senarai Elemen Merentas Kurikulum yang perlu

    diterapkan oleh para guru dalam pengajaran dan pembelajaran :

    a. Bahasa;

    b. Pendidikan Alam Sekitar;

    c. Nilai Murni;

    d. Sains dan Teknologi;

    e. Patriotisme;

    f. Kepimpinan;

    g. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial;

    h. Pencegahan Rasuah;

    i. Pendidikan Pengguna;

     j. Keselamatan Jalan Raya; dan

    k. Keusahawanan.

    3.4.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalammenyampaikan sesuatu pelajaran amat relevan dengan mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual kerana pemikiran murid boleh dijana dengan

    pelbagai stimulus bagi memperteguhkan kefahaman. Penggunaan

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pengajaran secara

    interaktif dan animasi berupaya merangsang pelbagai deria bagi

    memudahkan murid memahami sesuatu kandungan pembelajaran.

    Peralatan seperti crome book , LCD, alat visualiser, dan smartboard

    sangat efektif bagi menarik minat murid seterusnya mempertingkatkan

    pemahaman mereka.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    49/82

     

    37

    3.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

    Kecenderungan guru menekankan soalan-soalan fakta jenis ingatan yang

    berkaitan dengan ujian dan peperiksaan banyak digunakan semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Soalan-soalan guru kurang

    melibatkan pemikiran yang lebih kritis untuk penghasilan produk yang lebih

    kreatif dan inovatif. Berdasarkan Taksonomi Bloom, kemahiran pada aras

    aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian diklasifikasikan sebagai kemahiran

    beraras tinggi.

    I-Think ialah salah satu alat kemahiran berfikir. Hal ini bagi melahirkan

    modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, inovatif,

    dan kritis. Alat tersebut membolehkan murid melahirkan idea-idea yang

    bernas bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. I-Think juga

    bertujuan memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya

    saing.

    I-Think memperkenalkan lapan peta pemikiran dan setiap satunya

    mempunyai proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk atau

    unit pelajaran.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    50/82

     

    38

    SOALAN PROSES PEMIKIRAN PETA PEMIKIRAN

    Bagaimanakah anda mendefinisikan

    benda atau idea ini? Apakah konteksnya?

     Apakah rujukan kamu?

    Mendefinisikan mengikut

    konteks

    Bagaimanakah kamu menerangkan

    sesuatu benda? Apakah kata sifat yang

    sesuai untuk menerangkan benda ini?

    Menerangkan kualiti

     Apakah persamaan dan perbezaan kedua-

    dua benda ini? Mana satu yang akan kamu

    pilih? Kenapa?

    Membanding beza

     Apakah isi utama, isi sokongan dan

    maklumat berkenaan tentang informasi ini?

    Membuat pengelasan

     Apakah komponen atau bahagian yang

    membentuk objek fizikal ini?

    Hubungan bahagian-

    seluruh

     Apakah yang berlaku? Apakah urutan bagisesuatu peristiwa yang berlaku? Apakah

    peringkat perkembangannya?

    Urutan

     Apakah yang menyebabkan perkara ini dan

    kesan-kesannya? Apakah yang mungkin

    berlaku?

    Sebab dan kesan

     Apakah perkaitan atau analogi antaranya? Analogi (hubungan yang

    sama, mencari faktor

    penghubung)

    Tree Map

    as

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    51/82

     

    39

    3.6  PENYEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN

    Rancangan pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran

    Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Guru perlu menyediakan

    kedua-dua unsur tersebut selaras dengan ketetapan Surat Pekeliling

    Ikhtisas Bilangan 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan

    Pembelajaran bertarikh 4 Januari 1999.

    Penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan sebelum sesi

    persekolahan awal tahun bermula berdasarkan:

    a. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini;

    b. Tahap kebolehan murid;

    c. Merangkumi sepanjang tahun persekolahan dan berdasarkan takwim

    semasa;

    d. Sumber pendidikan yang berkesan; dan

    e. Pengesahan oleh pengetua atau guru besar.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    52/82

     

    40

    3.7 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

    Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran

    Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti

    objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh

    mana objektif itu tercapai.

    3.7.1  Persediaan Guru

    Selain daripada menyediakan perancangan tahunan dan harian,

    guru hendaklah:

    a. Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap tajuk

    atau tema dan kaedah pengajaran yang sesuai;

    b. merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif,

    efektif dan psikomotor murid;

    c. penyediaan sumber pendidikan yang sesuai;

    d. sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan

    masalah murid seterusnya menentukan tempat yang sesuai

    untuk pengajaran; dan

    e. merancang pentaksiran formatif dan sumatif untuk mengukur

    prestasi pencapaian murid dari semasa ke semasa.

    3.7.2 Persediaan Murid

    Sepanjang proses pembelajaran, murid seharusnya bersedia

    dengan alatan dan bahan yang akan digunakan dalam prosespembelajaran seperti;

    a. membuat kajian dan rujukan sebelum sesi pelajaran; dan

    b. buku skrap, buku lakaran, buku catatan serta folio Pendidikan

    Seni Visual.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    53/82

     

    41

    3.7.3  Latihan dan Hasil Kerja Murid

    Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan kemahiran dan

    pengetahuan. Sehubungan itu setiap guru Pendidikan Seni Visual

    perlu memberi perhatian terhadap keupayaan menghasilkan tugasan

    atau latihan dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur.

    Kepatuhan terhadap format dan prosedur wajar diberi perhatian,

    khususnya dalam tugasan amali Pendidikan Seni Visual yang

    melibatkan penggunaan peralatan tertentu yang mempunyai risiko.

    Guru juga perlu memastikan murid dapat menyiapkan semua

    tugasan atau latihan yang diberikan dalam jangka masa yangditetapkan dan menepati piawaian sebenar berdasarkan tahap

    kognitif murid. Pelaksanaan tugasan atau latihan bukanlah hanya

    mementingkan produk akhir tetapi yang lebih utama ialah

    memastikan murid dapat mengaplikasikan isi pelajaran yang telah

    dipelajari semasa pelaksanaan tugasan tersebut.

    Guru perlu menyelia pelaksanaan tugasan dan memastikan murid

    membuat pembetulan hasil kerja. Perkara ini boleh dilaksanakan

    melalui bimbingan secara individu atau berkumpulan ketika

    pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik

    darjah.

    Jumlah tugasan dan kekerapan latihan perlu diberi perhatian dengan

    serius oleh panitia mata pelajaran bagi memastikan tugasan yang

    disediakan merangkumi keseluruhan topik pembelajaran dan

    bersesuaian dan menepati tahap keupayaan sebenar murid.

    Penyediaan sudut mata pelajaran di dalam bilik darjah atau sudut

    pameran di bilik Pendidikan Seni Visual perlu disediakan dengan

    mempamerkan hasil kerja seni visual murid yang berkualiti. Hal ini

    bertujuan memberi pengiktirafan terhadap hasil karya murid dan

    boleh digunakan dalam sesi apresiasi seni.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    54/82

     

    42

    BAB 4

    PENTAKSIRAN

    4.1  PENDAHULUANPentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat

    tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat,

    menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan membuat keputusan

    tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaik

    pembelajarannya. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran

    berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang

    guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid

    ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni

    dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan.

    Proses pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan

    pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan

    menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja

    kursus, dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan

    diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan

    seseorang murid dalam pembelajarannya.

    4.2 PEPERIKSAAN AWAM

    Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah

    [sehingga tahun 2013], Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia

    (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau

    Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga

    Peperiksaan sepenuhnya, bermula daripada pendaftaran calon

    peperiksaan, penyediaan item dan pembinaan instrumen pentaksiran,

    pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan yang ditetapkan

    oleh Lembaga Peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan calon danpenskoran, pengeluaran keputusan, dan pensijilan.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    55/82

     

    43

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987 dan

    merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang diduduki

    oleh murid-murid Tahun 6 sekolah rendah. Ujian Pencapaian Sekolah

    Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan

    calon dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis, dan mengira. Di

    samping itu, murid-murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri

    masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti yang

    dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan Ujian

    Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal

    tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan

    rendah.

    Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

    pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang

    dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat

    pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan

    Cambridge International Examinations  , United Kingdom telah memberi

    peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil

    Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International

    Examinations O-Level   bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga

    Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development

    International , United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon yang

    menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat sijil

    LCCI Level 2 Book Keeping and Account .

    Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh

    Kementerian Pemdidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif,

    Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi

    Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

    (JPA). Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad

    Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang

    digunakan sepenuhnya ialah bahasa Arab.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    56/82

     

    44

    4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah

    memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi sekolah rendah

    mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berkaitan

    pembelajaran murid; pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan

    kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi

    melahirkan murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat

    global. Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination

    orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala tuju

    pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment for

    learning, dan assessment as learning  serta bertunjangkan kemenjadian murid

    secara holistik dapat direalisasikan.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

    mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai

    aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan

    sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada

    proses pembentukan personaliti murid secara menyeluruh, berterusan,

    fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    dibangunkan untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat

    persekolahan dan tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja.Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja

    mentaksir kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan

    sahsiah, motivasi diri, dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan

    aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang

    berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya

    mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan, dan kebolehan

    berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    57/82

     

    45

    Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,

    penyelarasan, dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah, daerah,

    negeri, dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran merupakan

    bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk melaksanakan

    pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk memastikan

    pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut prosedur yang

    telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk memastikan

    keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin kebolehpercayaan

    dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid. Pengesanan pula

    dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan ketepatan instrumen yang

    digunakan dalam pentaksiran.

    Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang

    akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

    Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan

    akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

    Kokurikulum. dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini memberi

    pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

    formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    58/82

    46

      4.3.1 Pentaksiran Sekolah

    Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang, dibina,

    ditadbir, diperiksa, dan dilaporkan oleh guru di sekolah. Kaedah ini

    melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar dan dilaksanakan

    dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan

    proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif pada

    akhir tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk mengukuhkan

    pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru, dan

    memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang telah

    dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan

    pembelajaran. Pentaksiran Sekolah amat penting untuk menentukan

    keberkesanan guru dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan

    yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti

    yang berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala

    tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah juga

    memberi empowerment  kepada guru dan sekolah untuk menjalankan

    pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran sepenuhnya.

    Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai pentaksiran untuk

    pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang

    pembelajaran (assessment of learning).

    Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah sedia

    ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk melihat

    kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaianprestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan

    proses bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan murid

    sama ada tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai perkara

    yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

    ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

    dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    59/82

     

    47

    Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan di sekolah untuk

    melihat perkembangan pembelajaran murid dalam pengetahuan,

    pemahaman dan kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan

    pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta memberikan

    maklumat yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam satu-satu

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan pencapaian

    seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam

    pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan pertumbuhan (growth)

    murid dalam pembelajaran merujuk pernyataan standard. Murid-murid

    dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

    berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri

    tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu

    mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan

    kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid

    bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,

    menghargai, mengiktiraf, dan memuliakan anak didik sebagai insan yang

    berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

    pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

    masing-masing.

    Pentaksiran Sekolah dijalankan secara;

    i. Pentaksiran formatif

    Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran

    dan pembelajaran sebagai sebahagian prosesnya dan juga untuk

    mentaksir perkembangan pembelajaran murid sepanjang tahun untuk

    mendapatkan maklum balas tentang kemajuan pengajaran dan

    pembelajaran sesuatu topik atau aspek.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    60/82

     

    48

    ii. Pentaksiran Sumatif

    Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal,

    bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid tentang

    pembelajaran (Assessment of learning).

    Pelbagai instrumen Pentaksiran Sekolah digunakan oleh guru bagi

    mengukur keupayaan dan penguasaan serta prestasi pembelajaran murid

    berdasarkan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran. Antara

    instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :

    i. Pemerhatian

    Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara

    melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala

    atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

    ii. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis

    i Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

    iii. Persembahan

    Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasab menyeluruh

    yangmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pel-

    bagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal

    sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid meng-

    gabungkan teori dan amali.

    iv. Projek

    Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti

    pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh masa yang ditentu-

    kan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan

    laporan. Instrumen ini boleh dijalanakan secara individu atau secara

    kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan muridmengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam

    melaksanakan tugasan.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    61/82

    49

    v. Produk

    Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau

    menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

    vi. Amali

    Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa

    yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

    vii. Tugasan melukis dan berkarya

    Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan gerak kerja

    menggunakan kreativiti dalam bentuk karya atau produk seni mengikut

    spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan

    yang diberi.

    viii. Lembaran kerja

    ix. Soal jawab

    x. Kuiz

    xi. Senarai semak

    xii. Latihan atau tugasan rumah

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    62/82

    50

    4.3.2 Pentaksiran Pusat

    Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik

    dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi melihat

    penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program

    pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan instrumen

    pentaksiran dan panduan penskoran manakala pentadbiran,

    pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor atau markah dan

    pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Pusat

    merupakan pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Sekolah dan

    pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara

    sumatif.

    Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

    Pentaksiran pusat yang dikendalikan kepada murid-murid pada akhir

    peringkat menengah rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam

    instrumen pentaksiran Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam

    skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga

    berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran

    tersebut. Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi turut

    diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3.

    Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa

    Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan

    ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam,Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa

    Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi

    menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata

    pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai

    instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian

    lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    63/82

    51

      4.3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

    Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah sebagai

    panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur

    penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai

    aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pentaksiran Aktiviti

    Jasmani, Sukan dan Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri

    dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik

    darjah mengikut keupayaan murid.

    Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merangkumi

    tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dan BMI,

    Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.

    Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran Aktiviti

    Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti fizikal yang

    dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan

    berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang

    ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan

    menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat

    kebangsaan. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri

    daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi",

    "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". Body Mass Index 

    tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang

    murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

  • 8/18/2019 BUKU PANDUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Copy.pdf

    64/82

     

    52

    Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti

    sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidi-

    kan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan

    pertandingan di peringkat sekolah, zon / daerah / bahagian, negeri,

    kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi

    aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan,

    Badan Beruniform dan Koakademik di peringkat sekolah, zon /