buku panduan melindungi masa instruksional (mmi)

138
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Upload: mrriz

Post on 24-Jan-2018

475 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar

dan Murid Belajar

Page 2: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

i

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU

MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013

© KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil.

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran

atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara

elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu

daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Page 4: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

iii

Isi Kandungan

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

v

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

(SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

vi

Kandungan Muka Surat

1

Pengenalan

1

2

Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time)

di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran

Murid

Haji Sufa’at bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Sektor Operasi Pendidikan)

5

3

Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses

Pembelajaran dan Pengajaran

Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Abd Munir bin Mohd Rashid

Nadimin bin Abdul Aziz

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

37

4

Kepimpinan Instruksional

Dr. James Ang Jit Eng

Haji Abdul Razak bin Alias

Institut Aminuddin Baki

54

5

Jadual Waktu

Bong Muk Shin

Bahagian Pendidikan Khas

65

6

Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan

Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian

Mahamad Amran bin Kamsi

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

75

Page 5: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

iv

7

Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah Rohesan bin Muhamad

Lembaga Peperiksaan Malaysia

97

8

Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP)

Berasaskan Sekolah (School Based)

Ahmad Zaki bin Salleh

Razlee bin Mohamad

Habidah@Abidah binti Ibrahim

Bahagian Pendidikan Guru

112

9

Glosari

125

10

Penyumbang

129

Page 6: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

v

Kata Alu-aluan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini

selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang

melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan

ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam

Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan

sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan

sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya

meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin

instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin

sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan

menentukan program pembangunan profesionalisme guru.

Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru

untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah

supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah

seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai

panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi

sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

Page 7: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

vi

Kata Alu-aluan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa

Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan

dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta

warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya

amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat

signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu

memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat

keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam

mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan

menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan

aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara

berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin

masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter

dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran

dalam kalangan murid.

Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti

instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran

guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta

profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu

menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan

amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap

dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM

2013 – 2025.

Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam

tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa

instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak

pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan

atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.

HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Page 8: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

1

Page 9: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua

agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang

memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan

ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus

dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor

ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada

peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan

kesungguhan kerajaan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat

di negara ini.

Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti

kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu

melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan

tanggungjawab bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini telah

diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif

bagi memastikan kemenjadian murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

PPPM 2013-2025 telah menggariskan hala tuju sistem pendidikan negara

yang mengutamakan peningkatan pembelajaran murid dan memberikan

penekanan kepada keupayaan guru dan pemimpin sekolah. Kejayaan sistem

pendidikan dapat dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan perkembangan

murid yang holistik seiring dengan pembinaan identiti nasional. Oleh itu,

beberapa pendekatan telah dilaksanakan yang melibatkan pemantapan

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang

perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di

semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan

Page 10: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di sekolah.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen

fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara

berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat

KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha

berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan

berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan

yang berpengetahuan dan berkemahiran .

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami

konsep MMI,

b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat

meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid,

c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua

sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam

kalangan murid di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan

pembelajaran dengan berkesan.

Page 11: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dalam buku ini, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategi MMI

dihuraikan bagi menjelaskan kepentingan pendekatan ini. Malah, diperincikan

peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dalam

melaksanakan perkara-perkara asas bagi mengoptimumkan masa PdP.

Pendekatan ini merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional

dalam mencapai objektif pembelajaran berkesan di sekolah.

Hasil daripada perbincangan dan pelaporan di peringkat KPM maka

lahirlah kertas cadangan pelaksanaan yang menjelaskan tentang pengurusan

sekolah yang efektif ke arah menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas

dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan

guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada

disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, dikemukakan

beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual

waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM berfokus kepada

keberhasilan pembelajaran murid dan harus dilaksanakan tanpa halangan bagi

mencapai objektif yang telah disasarkan. Kerjasama dan jalinan antara semua

pihak perlu dimantapkan agar pendekatan MMI ini menjadi satu budaya yang

berupaya memangkin kecemerlangan sekolah.

.

Page 12: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(MMI) (PROTECTING INSTRUCTIONAL

TIME) DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN

PEMBELAJARAN MURID

2

Page 13: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING

INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh

DATO’ HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sektor Operasi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan masa

instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa

instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan

disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan ini

adalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan

kualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk

pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku

pelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal

pasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu,faktor pengurusan sekolah

dan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru

merupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah dan

meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa penentunya

kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras

dengan ekosistem sekolah berkenaan. Melindungi Masa Instruksional merupakan

salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran

secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam

memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan

modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Page 14: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualiti

pembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yang

disediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualiti

dan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan

masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu

masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara

berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini juga

akan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksional

boleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional

dan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunan

tamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysia

mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem

pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,

mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yang

mencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik.

Page 15: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikan

setiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangat

keutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.

Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui Bidang

Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (NKRA KPM)

merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan

negara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usaha

merakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruh

pelosok negara dapat dilaksanakan.

Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaan

memberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usaha

membangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insan

juga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan

keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua

murid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus

utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar

dengan itu, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat

dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam

usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet

2012 bertemakan, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat,

Mensejahtera Negara”. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatif

atau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insan

menjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua :

mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal

Page 16: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sedemikian ini memperlihatkan keprihatinan kepimpinan negara untuk

membela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.

Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasar

kerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaan

dapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari

Guru peringkat kebangsaan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini,

guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranan

tersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lain

sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnya

bersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasi

pendidikan di peringkat akar umbi.

Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasi

dalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan dengan

arus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu, “Guru Cemerlang Pemacu

Transformasi Pendidikan”.

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKAN

Driscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu

proses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku kepada murid.

Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (struktur

kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal ini sedemikian

kerana kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran

dengan merangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara

berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku

dilihat daripada perspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan,

Page 17: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, nilai, dan sikap. Perkembangan yang berlaku kepada murid

dirancang dan dijelmakan dalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu

diterjemah dan direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh

guru di dalam bilik darjah.

Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkan

pencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid.

Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakan

sasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunan

pendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.

Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibina

mengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagai

hasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yang

dibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatu

proses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihat

melalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasil

pembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran,

proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah dan

ringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakah

aktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripada

aktiviti yang dilakukan.

Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaian

hasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selaras

dengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasil

pembelajaran mencerminkan kejayaan peranan KPM dalam menyediakan

sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti. Namun,

perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutan apabila

Page 18: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid, dan iklim

sekolah yang masih terdapat jurang antaranya.

Jelas kepada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama.

Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokus

kepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancang

menyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengan

kata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif KPM berfokus

kepada, “apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid”. Penekanan

ini selari dengan slogan, “1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam Program

Transformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajaran

kepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifat

kreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.

KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM

PENDIDIKAN

Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktor

penentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnya

terletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company

(2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negara

di peringkat global merumuskan perkara berikut:

a) The quality of an education system cannot exceed the quality

of its teachers,

Page 19: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b) Theonly way to improve outcomes is to improve instruction,

dan

c) High performance requires every child to succeed.

Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Di

manakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yang

diperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara

kita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agen

utama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akar

umbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober

2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan

paradigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, dan

warga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utama

dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapai

matlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinan

sekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran

di sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:

a) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

b) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah

Kecemerlangan,

c) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,

d) Bahagian Pendidikan Khas,

e) Bahagian Pendidikan Islam,

f) Bahagian Sukan,

g) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan

h) Bahagian Pendidikan Swasta.

Page 20: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor Pengurusan

Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:

a) Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru

(BPG),

b) Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki

(IAB), dan

c) Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti (JNJK).

Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amat

kritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakan

dengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnya

berperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya,

“Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikan

dan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?”.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI

PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi

pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di

sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan

peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal

insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2.

Page 21: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagai

adunan daripada pelbagai tugas pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf,

dan pembangunan kurikulum.

Peranan penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua dan

Guru Besar sebagai pemimpin instruksional adalah perlu memberikan tumpuan

kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,

memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat

dan mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang

berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk

menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti,

dan penambahan secara berterusan.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan

Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan

matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu,

terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.

a) Penentuan matlamat sekolah,

b) Penyelarasan matlamat sekolah,

c) Pencerapan dan penilaian pengajaran,

d) Penyelarasan kurikulum,

e) Pengurusan kemajuan pelajar,

f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran,

g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran,

h) Pengukuhan usaha guru,

i) Penggalakan perkembangan profesional,

j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan

k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Page 22: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan

tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruh

dunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and Learning

International Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan, faktor guru

datang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakan

faktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual

1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yang

memastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.

Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah

Negara Lewat sampai di

sekolah Tidak hadir

Kurang

persediaan

pedagogi

Australia 7.8% 22.9% 35.8%

Malaysia 13.2% 19.5% 30.2%

Korea 17.8% 23.3% 33.8%

Iceland 14.1% 24.0% 12.7%

TALIS (Purata) 15.3% 25.8% 24.1%

Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.

Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secara

langsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkan

keberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segi

pedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguan

masa instruksional sekolah.

Selain itu, faktor kepimpinan sekolah juga dikaji sejauh

manamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987)

telah mengemukakan kerangka kepimpinan instruksional yang menegaskan

bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan

Page 23: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklim

pembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjukkan dalam Jadual

2. Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang

seterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua dan

Guru Besar.

Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional

Dimensi Fungsi

Mendefinisikan misi sekolah 1. Merangka Matlamat Sekolah

2. Menyampaikan Matlamat Sekolah

Mengurus kurikulum dan

pengajaran

3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksional

4. Menyelaras kurikulum

5. Memantau Kemajuan Murid

Mempromosikan iklim

pembelajaran sekolah

6. Melindungi Waktu PdP

7. Membudayakan Perkembangan

Profesional

8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility)

9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru

10. Penguatkuasaan Standard Akademik

11. Menyediakan Insentif kepada Murid

Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif dan

mengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yang

berkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan

faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang program

untuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan

kepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah

Page 24: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenai

perbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinan

instruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga

empat kali ganda atas keberhasilan pembelajaran murid berbanding kepimpinan

transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokal juga

mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yang

signifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yang

mempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen Melindungi Masa

Instruksional (MMI) mempunyai hubungan positif dengan peningkatan

pencapaian akademik murid.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranya

membincangkan mengapa ada murid yang masih tidak boleh membaca atau

mengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan

berkaitan dengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung

mempengaruhi keberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan

penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan

pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan

yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata

lain, isu yang diperkatakan berkaitan dengan kualiti pembelajaran yang dilalui

oleh murid. Kini, pencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti

malahan dari segi kualiti.

Page 25: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KUANTITI ATAU KUALITI?

Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antara

pencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan

modal insan yang holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran serta nilai,

dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalah

kehidupan seharian.

Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian dari

segi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-dua

pencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadar

berilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untuk

menghasilkan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan

seperti yang diarahkan oleh KPM. Namun, sejauh manakah waktu yang

diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk

pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam

kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar?

Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama?

Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua

murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Hal sedemikian

ini, antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid dalam masa instruksional di sekolah.

Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberkesanan

pembelajaran juga menurun.

Page 26: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAH

Secara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan

namun realitinya berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenis masa

pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masa

instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk

aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masa

instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan

pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguan

tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Jadual 3: Kategori Masa Instruksional Sekolah

Kategori Penjelasan

Masa persekolahan

(Allocated schooling time)

Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

Masa bilik darjah

(Allocated class time)

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak

termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu

makan tengah hari dan lain-lain).

Masa instruksional

(Instructional time)

Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional

(tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan

lain-lain).

Masa pembelajaran

akademik

(Academic learning time)

Jumlah masa instruksional iaitu murid

memberikan perhatian dan menerima pengajaran

pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya

pembelajaran berkesan dan bermakna.

Sumber: Levin & Tsang,1987

Page 27: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING

TIME(ALT)

Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil oleh

murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan

kadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner,

1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademik

dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan

berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalam

kalangan murid agak subjektif kerana pembelajaran bergantung kepada syarat

pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid (Gagne, 1965).

Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri

iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaan murid, dan gaya belajar.

Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahan bantu mengajar,

guru, pengajaran, persekitaran, dan peralatan asas untuk belajar yang

merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid dengan

persekitaran amat penting kerana situasi ini menentukan kejayaan pembelajaran

(Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaran

yang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksional

yang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkan

pembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).

KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masa

instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat

mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran

Page 28: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Mereka

mencadangkan:

”Protecting instructional time: Policies and enforcement

practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to

increase learning time for students. Principal can also increase

student opportunities to learn by protecting classroom

instructional time from interruptions due to public address

announcements, by working with teachers to develop more

effective classroom management and instructional practices, and

by reducing the number of non-instructional school activities that

encroach on classroom time.”

(Hallinger & Murphy, 1986)

Melindungi Masa Instruksional (MMI) bermaksud untuk

mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung

seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang

menjamin pembelajaran bermakna/ pembelajaran berkesan dalam

kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986)

mencadangkan pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang

dapat mengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusan

mahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan

tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor

gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikan

dalam Rajah 1.

Page 29: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PERSEKOLAHAN

(5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI)

MASA INSTRUKSIONAL

(4 -5 JAM SEHARI)

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK

(3 JAM SEHARI)

ENGAGED LEARNING TIME…?

MASA PEMBELAJARAN BERKESAN….?

Faktor PengurusanSekolah

Faktor InstruksionalGuru

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telah

menjadualkan masa pembelajaran akademik namun adakah masa yang

ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauh manakah

murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan. Realitinya, gangguan

yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademik amat terhad

dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masa pembelajaran

berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktor gangguan utama

iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.

KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara

berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksional

dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelas

berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta

Page 30: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermakna

sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan

murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan

kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.

Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaan

mencakupi masa murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan

jayanya untuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa

instruksional yang dilindungi merujukmasa pembelajaran akademik atau

ringkasnya:

Masa instruksional = Masa pembelajaran akademik.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat pemboleh

ubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a) Masa yang diperuntukkan,

b) Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran,

c) Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran,

dan

d) Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.

Empat pemboleh ubah yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin

sekolah bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan

digunakan secara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat

KPM dalam perkara ini.

Page 31: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan

secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan

instruksional. Sesungguhnya, seseorang guru telah ditetapkan untuk

menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksi

untuk tempoh tertentu. Namun begitu, guru tidak dapat melaksanakan tugas

mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tiga

kategori tugas iaitu:

a) Tugas Utama,

b) Tugas Sampingan, dan

c) Tugas Perkeranian.

Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguan

masa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakan

pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian Eksperimental

Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlah

masa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugas

pengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalam

Jadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggu

disebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguan

yang berlaku.

Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidak

langsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakah

gangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan guru

merupakan arkitek dan jurutera serta pemangkin proses pembelajaran murid.

Page 32: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 4: Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban

Tugas Perkeranian Guru

KATEGORI

TUGAS GURU JENIS TUGAS GURU

MIN JUMLAH

JAM SEMINGGU

TUGAS

UTAMA

1. PdP

2. Perancangan PdP

3. Penilaian murid

4. Perjumpaan kokurikulum

5. Bimbingan akademik di luar

masa PdP

11.16

TUGAS

SAMPINGAN

Menghadiri LDP, mesyuarat,

mengiringi murid, melatih murid,

kelas tambahan, relief, program khas

sekolah, majlis sekolah, dan

Mesyuarat PIBG.

40.00

TUGAS

PERKERANIAN

1. Tugas perkeranian mingguan.

2. Tugas perkeranian bulanan.

3. Tugas perkeranian tahunan.

16.88

Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi pemboleh

ubahyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa

pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa

perkara seperti diberikan dalam Lampiran 3.

Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalam

Lampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masa

instruksional sekolah, iaitu,

a) Faktor pengurusan sekolah dan

b) Faktor instruksional guru.

Page 33: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 5, menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai

punca kejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan

guru yang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.

Jadual 5: Kategori Gangguan Masa Instruksional

BIL. FAKTOR

GANGGUAN KELOMPOK CONTOH GANGGUAN

1.

FAKTOR

PENGURUSAN

SEKOLAH

Guru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di

sekolah tetapi tidak berada di dalam

kelas, tidak cukup guru, guru hadir

kursus atau tugas luar, menduduki

peperiksaan, aktiviti kokurikulum /

sukantara.

Gangguan Fizikal Pengumuman dari pembesar suara,

susun atur kelas atau sekolah,

prasarana sekolah, dan

persekitaran.

Gangguan Luar Jangka Guru cuti sakit, cuti kecemasan,

hal-hal peribadi, kesediaan murid

belajar, kesediaan guru mengajar,

dan melaksana tugas sampingan.

Gangguan Ad hoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil

ke pejabat, menghadiri kursus,

taklimat peperiksaan, menjalankan

tugas jurulatih utama, dan

sambutan lawatan pelawat.

2. FAKTOR

INSTRUKSIONAL

GURU

Kualiti pembelajaran

murid

Kualiti pengajaran

guru

Kesediaan murid belajar, kualiti

guru, proses PdP, sikap guru, guru

bukan opsyen, kompetensi guru,

dan kesediaan guru mengajar.

STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Merujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksi

diri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpin

dan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.

Page 34: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berlandaskan konsep pemimpin instruksional, pihak sekolah mampu

merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguan

masa instruksional.

Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagi

mendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini,

peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budaya

pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang

berkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positif

dengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang bersedia

dan mengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan

yang penting untuk meningkatkan keberhasilan murid.

KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAAN

Cadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yang

memberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arah

memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Merujuk

Lampiran 1 dan 2.

Matlamat strategi pelaksanaan adalah untuk memastikan masa

instruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektif

pembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaran

berkesan dalam kalangan murid.

Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional di

sekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor

Page 35: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

instruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategi

pelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaran

murid. Kerangka cadangan strategi pelaksanaan MMI ini diberikan dalam

Rajah 2.

PENGURUSAN SEKOLAH

(PEMIMPIN SEKOLAH)

INSTRUKSIONAL (GURU)

KAWALAN MASA INSTRUKSIONAL

PENINGKATAN MASA PEMBELAJARAN

BERKESAN ATAU ALT

FAKTOR GANGGUAN SASARAN STRATEGI MATLAMAT

Rajah 2: Kerangka Strategi PelaksanaanMelindungi Masa Instruksional

STRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu:

i. Strategi jangka pendek (2012-2013)

Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk

arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar

makro serta memberikan pengupayaan kepada pemimpin sekolah

Page 36: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan

peruntukan kewangan.

ii. Strategi jangka panjang (2012-2015)

Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran

serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah

menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan

masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti

instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan

membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran

guru melalui kaedah pembangunan professional learning community

(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah

yang lebih kontekstual.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa

penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah

pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di samping

itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu

bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah,

daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masa

instruksional diberikan dalam Lampiran 4.

Page 37: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung

di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa

instruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah

iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana

pengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan murid

disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara

berkesan.

Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka

pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional

dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yang

merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan serta

sumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa

instruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalam

semua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian juga

usaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakan

cetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihak

dalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid.

Page 38: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESAN

Instructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986)

FUNGSI PENGETUA PROSES KEPEMIMPINAN MATLAMAT

Membina dan menyebar luas matlamat sekolah

Menyelia dan menilai instruksional

Menjajar dan menyelaras kurikulum

Membangun standard akademik dan sasaran

Memantau kemajuan pembelajaran murid

Menggalakkan pembangunan profesional guru

Melindungi masa instruksional

Membangun insentif untuk murid dan guru

KOMUNIKASI

MEMBUAT KEPUTUSAN

PENGURUSAN KONFLIK

PROSES KUMPULAN

PROSES PERUBAHAN

INTERAKSI PERSEKITARAN

MENINGKATKAN

KEBERHASILAN

PEMBELAJARAN

MURID

Page 39: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

DIMENSI FUNGSI

MEMBINA MISI/

MENDEFINISIKAN MISI

SEKOLAH

Merangka Matlamat

Menyebar Luas Matlamat

MENGURUS KURIKULUM

DAN INSTRUKSIONAL/

PENGAJARAN

Memahami Kurikulum dan Instruksional

Menjajar Kurikulum

Menyelia dan Menilai

Memantau Kemajuan Murid

MENGGALAKKAN IKLIM

SEKOLAH/

MEMPROMOSIKAN

IKLIM PEMBELAJARAN

SEKOLAH

Merangka Standard

Merangka Sasaran Akademik

Melindungi Masa Instruksional

Menggalakkan Penambahbaikan

Sumber: Hallinger, P & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principal

instructional leadership. Educational Leadership. hlm. 54 – 61.

Page 40: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

1. Pengumuman dari pembesar suara.

2. Aktiviti sukan sekolah/sukantara.

3. Aktiviti kokurikulum atau koakademik.

4. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid

serta kerap kali masuk dan keluar kelas.

5. Guru atau murid dipanggil ke pejabat.

6. Susun atur kelas dan dalam kelas.

7. Sikap guru.

8. Kepentingan aktiviti bercanggah.

9. Prasarana dan kemudahan sekolah.

10. Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti

kecemasan).

11. Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian

melalui Pendidikan Jarak Jauh.

12. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru

biasiswa, guru data dan lain-lain).

13. Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, guru

bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan).

14. Keberkesanan pengajaran guru.

15. Disiplin murid.

16. Guru menjalankan tugas jurulatih utama.

17. Kesediaan murid belajar.

18. Persekitaran sekolah.

19. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran.

20. Kerosakan peralatan seperti komputer.

21. Guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran tertentu.

Page 41: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

CADANGAN PROGRAM/ AKTIVITI MELINDUNGI MASA

INSTRUKSIONAL

BIL

KATEGORI

FAKTOR

GANGGUAN

KELOMPOK

STRATEGI JANGKA

PENDEK (2012-2013)

STRATEGI

JANGKA PANJANG

(2012-2015)

1.

FAKTOR

PENGURU-

SAN

SEKOLAH

Guru Tiada Dasar Pengurusan

Sekolah

Program khas

melindungi masa

instruksional,

contoh:

Program

Menganggur

Berdikari,

pembelajaran

rakan sebaya,

Program Guru

Muda, modul guru

ganti, kelas

tambahan, jual

beli waktu

pengajaran

School-based CPD

Penyelarasan aktiviti

KPM

Penguatkuasaan

dan pematuhan

dasar pengurusan

sekolah

Peluasan program

aktiviti khas di

sekolah

Gangguan

Fizikal

Gangguan

Luar Jangka

Gangguan

Ad hoc

2. FAKTOR

INSTRUK-

SIONAL

GURU

Kualiti

Pembe-

lajaran

Murid

Kualiti

Penga-

jaran Guru

CPD guru

School-based CPD

Pemantauan dan

penilaian pengajaran

guru berterusan

Guru opsyen

Kepimpinan

instruksional

budaya kepimpinan

pemimpin sekolah

CPD guru

School-based CPD

Pemantauan dan

penilaian

pengajaran guru

berterusan

Pembudayaan

bimbingan

instruksional dalam

kalangan komuniti

sekolah

Guru opsyen

Page 42: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BIL

KATEGORI

FAKTOR

GANGGUAN

KELOMPOK

STRATEGI JANGKA

PENDEK (2012-2013)

STRATEGI

JANGKA PANJANG

(2012-2015)

Professional

Learning

Community untuk

CPD guru

Rujukan

Driscoll, M. P. (2000). Psychology of learning for instruction. 2nd. Ed.

Massachusetts. Allyn & Bacon.

Gagne, R. M. (1965). The conditions of learning. USA: Holt, Rinehart and

Winstons.

Gettinger, M. & Seibert, J. K. (1995). Best practices in increasing academic

learning time.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal

instructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing.

Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional leadership in effective

schools. ERIC (ED 309535).

Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership.

Kappa. Hlm. 66 – 69.

Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan Kepimpinan

Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri

Pahang : Satu Kajian Kualitatif daripada

http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah

_Kepimpinan_Pahang.pdf

Kualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Star

daripada http://mstar.com.my

McEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional leadership. 2nd Ed. CA:

Corwin Press, Inc.

McKinsey & Company. (2007). How the world’s best performing school

systems come out on top.

Page 43: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

OECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: First

results from TALIS.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripada

http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7

Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53.

Hlm. 3. daripada www.mcrel.org.

Piaget. J. (1971). Biology and Knowledge (An Essay and the Relations

between Organic Regulations and Cognitive Processes). Scotland :

Edinburgh University Press.

Page 44: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN

BILIK DARJAH SEMASA PROSES

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

3

Page 45: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Oleh

DR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI

ABD. MUNIR BIN MOHD RASHID

NADIMIN BIN ABDUL AZIZ

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Melindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012.

JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD)

Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isu

ketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD adalah untuk memastikan

kualiti PdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk

mengenal pasti / memperoleh bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu

tidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak

rasmi.Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga

Oktober 2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan.

Setiap sekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan

semakan jadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di

seluruh negara. Didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolah

sementara seramai 634 guru tidak memasuki kelas untuk PdP dalam tempoh lapan

bulan tahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan.

Page 46: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Moment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru dengan

murid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku di

dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yang

ditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapat

memenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yang

menyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.

Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahan

KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa di

Sekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masa

dalam menjalankan tanggungjawabnya di sekolah. Ketetapan masa juga

bermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan

tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masa.

Perkara ini juga selari dengan Perkara 11, Peraturan-peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menegaskan tentang

kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAH

Ketiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baharu. Perubahan

dan perkembangan bidang pendidikan masa ini memerlukan guru peka

tentangperubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepada

kekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagai

aktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantu

memperkembang potensi murid. Beberapa tinjauan di seluruh negara

menunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu

tinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat PendidikanLangkawi,Kedah di 11

buah Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah untuk melihat keseriusan isu ini.

Page 47: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 40

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah Sekolah Menengah dan Sekolah

Rendah Daerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan

mulai bulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan

guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam

tinjauan ini telah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah

sekolah tersebut sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh lima bulan

tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah sebanyak 10.45 hari.

Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan

Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah

sekolah di WP Putrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011

menunjukkan trend yang sama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti

luar bilik darjah yang dijalankan dan ini menyebabkan lebih 30% guru terpaksa

meninggalkan bilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran

guru di sekolah adalah antara 13.20% (Ogos) hingga 43.83% (April) seperti

dalam Jadual 1.

Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos

2011

BU

LA

N

JA

N

FE

B

MA

C

AP

R

ME

I

JU

N

JU

L

OG

OS

SMK 148 133 198 284 200 185 233 75

SK 54 97 185 243 176 182 219 85

Jumlah 202 230 383 527 376 367 452 160

Peratus 16.67 18.98 31.60 43.48 31.02 30.28 37.29 13.20

Ketidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandar

seperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasan

pedalaman. Berdasarkan laporan JNJK, ketidakhadiran guru di 11 buah

Page 48: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010

menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%)

tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut.

Laporan tentang kehadiran guru di 14 buah sekolah pedalaman daerah

Kudat, Sabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata

kehadiran ke sekolah adalah sebanyak 80.77% dan terdapat sekolah yang

mencatat kehadiran serendah 67.0%.

Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara maju

seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500

Lembaga Sekolah (School Board) melanggani khidmat,“Automated Substitute

Placement and Absence Management”(AESOP) yang mengendalikan

ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guru berkenaan.

Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambah kerana pihak

sekolah berasa sukar untuk menangani isu guru yang tidak hadir

(www.aesopeducation.com).

Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkan

sekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi kerana

membayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat sekolah-

sekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi £100,000 setahun

untuk bayaran guru pengganti.

(http://www.teachingexpertise.com/articles/dealing-with-teacher-absence-

2263)

Page 49: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PUNCA KETIDAKHADIRAN GURU

Punca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadiran

dirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.

1. Ketidakhadiran Yang Dirancang

a) Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh

Bahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru kerana

menghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menurut

tinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-guru

sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmi

yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPP

dan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadual 2.

Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 aktiviti (16.57%)

sahaja yang dilaksanakan selepas waktu persekolahan. Situasi

ini menggambarkan sebanyak 317 aktiviti yang dijalankan

telah menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah semasa

PdP berlangsung.

Jadual 2: Aktiviti Rasmi Guru Anjuran Pelbagai Pihak di Putrajaya pada Bulan

September 2011

Aktiviti

Rasmi

Kursus/

Seminar/

Bengkel

Mesyuarat/

Taklimat

Tugas

Kokurikulum

Aktiviti

lain Jumlah

Jumlah

Aktiviti 171 139 24 46 380

Peratus 45.00% 36.58% 6.32% 12.10% 100%

Page 50: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat

(peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa).

Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 2, pada bulan September 2011, sekolah-sekolah di

Putrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum.

Tinjauan JNJK di Pulau Langkawi mulai bulan Jun sehingga

Oktober pada tahun 2011 terhadap 625 orang guru

menunjukkan jumlah hari ketidakhadiran guru sebanyak 448

hari bekerja.

c) Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan,

cuti rehat khas, cuti tanpa rekod, dan cuti tanpa gaji.

Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkan

kadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalah

tinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari guru

bercuti sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut, 2163

hari (47.40%) ialah jumlah hari tidak hadir bagi 43 orang guru

kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah

DaerahLangkawi

Pada Bulan Jun hingga Oktober 2011

Jen

is

Cu

ti

Cu

ti

Sak

it

Cu

ti

Reh

at

Kh

as

Cu

ti

Tan

pa

Rek

od

Cu

ti

Bel

aja

r

Cu

ti

Ber

sali

n

Cu

ti

Tan

pa

Gaji

Ju

mla

h

Jumlah

Hari 1158 590 978 93 2163 11 4563

Bil.

guru

terlibat

321 417 50 9 43 1

Page 51: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu

kritikal yang perlu ditangani segera. Hal ini kerana, setiap guru

yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Isu ini akan menjadi

lebih kritikal apabila terdapat beberapa orang guru dari sekolah

yang sama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan

dijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yang

sama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12

orang guru tersebut sebanyak 743 hari (Jadual 4).

Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru dari

Bulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah Langkawi

Bil Nama Sekolah Jumlah

Guru

Bil Guru

Bersalin

Jumlah Hari

Cuti

1 SJK(C) Min Nam 12 0 0

2 SK Bayas 32 0 0

3 SK Nyior Cabang 31 2 (6.45%) 21

4 SK Padang Mat Sirat 65 3 (4.61%) 184

5 SK Sri Negeri 77 6 (7.79%) 369

6 SK Temonyong 51 4 (7.84%) 234

7 SMK Mahsuri 142 12 (8.45%) 743

8 SMK Air Hangat 52 2 (3.84%) 91

9 SMK Langkawi 32 2 (6.25%) 47

10 SMK Ulu Melaka 53 3 (5.66%) 41

11 SMK Kelebang 78 9 (11.53%) 433

JUMLAH 625 43 2163

Page 52: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Ketidakhadiran Tidak Dirancang

a) Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan.

Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauan

dijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321

guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari

sebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secara

purata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 hari

setiap seorang pada tahun tersebut.

b) Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi,

masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain.

Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalaman

daerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guru

yang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat atas

pelbagai sebab (Jadual 5).

Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 buah Sekolah Pedalaman Daerah

Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010

Perkara Jumlah Peratus

Bilangan Guru 151 100%

Bilangan Hadir 106 70.20%

Bilangan Hadir Lewat 63 59.43%

Bilangan Tidak Hadir 45 29.80%

Tidak Hadir Tanpa Sebab 35 77.78%

c) Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran

secara ad hoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan

lain-lain.

Page 53: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

d) Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

Tinjauan di Pulau Langkawi di 11 buah sekolah di daerah

Langkawi juga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak

hadir tanpa sebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh orang

guru tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiran

guru-guru tersebut sebanyak 100 hari.

Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah

pedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45

guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadir

ke sekolah tanpa sebab (Jadual 5).

e) Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas

untuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah.

KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAH

Ketiadaan guru di bilik darjah memberikan kesan kepada pembangunan modal

insan yang kreatif, kritis dan inovatif. Ketiadaan guru di sekolah akan

memberikan kesan seperti yang berikut:

1. Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah

Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan kepada

program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Kualiti tugas guru terjejas

Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan

bagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini

boleh menyebabkan kualiti tugas utama guru merosot.

Page 54: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3. Kualiti pembelajaran murid terjejas

Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti

kelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal

ini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas.

Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti

bersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaran

pembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan

peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian murid

akan menurun.

4. Disiplin dan keselamatan murid terjejas

Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar

ditampung oleh guru lain. Ketidakhadiran ini menyebabkan kelas

tidak dapat diurus dengan baik dan kesannya, masalah disiplin

meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin.

TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK) BAGI

MENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

Pada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perlu

berada di dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan dengan

itu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksana

dan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapat

maklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasa

PdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiap

bulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yang

meninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambil

oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.

Page 55: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Umumnya, melalui pemerhatian ini, strategi Menangani Guru

Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) dapat mengenal pasti bilangan guru yang

tidak berada di bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Skop pemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke

bilik darjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapat

maklumat daripada pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalah

tersebut.

Pemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012

melalui JNJK yang terdiri daripada dua orang pegawai. JNJK mensasarkan

pemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan

ini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihak

sekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalah

seperti dalam Jadual 6.

Page 56: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Proses Kerja Pemerhatian GMBD

Bil. Proses/Tugas Huraian Tindakan

1. Persediaan

prapemerhatian

i. Pemilihan sekolah berdasarkan lokasi

yang sesuai/ berdekatan dengan

pejabat.

ii. Instrumen seperti di Lampiran 1.

iii. Pemerhatian dijalankan dalam

minggu pertama sehingga minggu

ketiga sahaja.

Ibu Pejabat

Ketua Pasukan

2. Pemerhatian di

sekolah

a. Melawat bilik

darjah bagi

memastikan

kehadiran guru

dalam bilik

darjah

b. Menyemak

jadual

kedatangan guru

dan jadual guru

ganti (pohon

kebenaran Guru

Besar/Pengetua)

i. Pemerhati perlu berada di sekolah

sebaik sahaja waktu persekolahan

bermula atau selepas waktu

rehat.(Sesi pagi /petang)

ii. Mengesan guru yang tiada di bilik

darjah.

iii. Berjumpa pentadbir dan menyemak

buku kedatangan dan jadual guru

ganti.

Semua Nazir

Isi Instrumen

no.1 hingga 8

Isi Instrumen

no.12

Isi Instrumen

no.9, no.10 dan

no.11

c.Pencerapan guru

ganti

i. Semak buku rekod mengajar

a. guru ganti

b. guru yang tidak hadir

Semua nazir

Isi Instrumen

no.13

Isi Instrumen

no.13

d.Temu bual

ii. Mendapatkan pandangan usaha

sekolah menangani guru

meninggalkan bilik darjah.

Semua nazir

Isi Instrumen

no.14

4. Selepas pemerhatian. i. Memindahkan instrumen yang diisi

ke dalam tapak.

ii. Tapak yang telah diisi perlu di-e-

melpada hari yang sama selepas

pemerhatian.

iii. E-mel kepada [email protected]

dan [email protected]

dengan menamakan fail dengan kod

sekolah diikuti dengan GMBD.

Contoh:- AEA0001.GMBD

Ketua Pasukan

(Tapak GMBD)

Semua nazir

Semua nazir

5. Pengumpulan data

bulanan

i. Minggu keempat (4) adalah untuk

merumus data.

ii. Data dirumus berdasarkan tiga

objektif pemerhatian.

UDTM/Task

Force

6. Laporan Pemerhatian i. Laporan siap dalam minggu keempat

dan diserahkan kepada Ketua Nazir.

Task Force

Page 57: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

DAPATAN PEMERHATIAN JNJK

Pemerhatian GMBD telah dilaksanakan di 954 buah sekolah seluruh

negara dalam tempoh lapan bulan bermula dari bulan Mac sehingga bulan

Oktober bagi tahun 2012. Sepanjang pemerhatian tersebut, isu guru tidak

masuk ke kelas bagi melaksanakan PdP telah dikesan berpunca daripada faktor

rasmi dan tidak rasmi. Ketidakhadiran guru didapati banyak berpunca daripada

penglibatan mereka dengan program yang dianjurkan oleh KPM, JPN mahupun

PPD. Program rasmi yang menyebabkan ketidakhadiran guru adalah seperti

mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN ataupun PPD.

JNJK juga telah mengesan bahawa ada sebahagian guru lewat atau tidak

masuk ke kelas walaupun mereka berada dalam kawasan sekolah. Alasan yang

diberikan oleh guru-guru ini ialah lewat keluar dari kelas sebelumnya,

berurusan dengan penjaga murid dan berjumpa Pengetua/ Guru Besar.

Malahan ada juga guru-guru mengatakan mereka tidak mendapat maklumat

tentang penggantian kelas ganti.

Jadual 7 menunjukkan analisis guru yang tidak masuk ke kelas atas sebab

tidak berada di sekolah atau kelewatan masuk ke kelas.

Page 58: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 7: Analisis Pemerhatian JNJK Bulan Mac-Oktober 2012

BIL BULAN BIL.

PEMERHATIAN

BIL. GURU

TIDAK

HADIR

BIL. GURU TIDAK

MASUK KELAS

1. MAC 118 645 99

2. APRIL 125 622 137

3. MEI 147 602 74

4. JUN 88 357 51

5. JULAI 146 564 59

6. OGOS 89 293 45

7. SEPT. 180 1105 118

OKT. 61 298 51

JUMLAH 954 4486 634

SARANAN BAGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI

SEKOLAH

Bagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikan

waktu instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, tindakan-tindakan

berikut disyorkan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional Peringkat

Sekolah. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Besar

dengan ahli yang terdiri daripada semua Penolong Kanan, Ketua Bidang,

Ketua Panitia mata pelajaran dan guru bertugas harian/ mingguan. Fungsi

jawatankuasa tersebut pula ialah:

a) membuat pertimbangan bagi menentukan guru yang perlu

menghadiri kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya,

b) menyediakan Jadual Guru Ganti bagi guru yang tidak hadir,

c) menguruskan proses pelaksanaan “Jual Beli Kelas”,

d) membuat pemantauan bagi memastikan jadual penggantian kelas

dipatuhi,

Page 59: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e) menyemak kehadiran guru ke sekolah apabila waktu persekolahan

bermula, dan

f) mengumpul dan menyediakan data berkaitan kehadiran guru serta

melaporkannya kepada PPD (PPD akan mengetengahkan hal ini ke

JPN).

2. Pengupayaan perancangan program berdasarkan daerah dan sekolah. Pada

masa sekarang, walaupun Takwim Tahunan KPM dan JPN diselaraskan

namun dari segi pengoperasiannya agak sukar dipatuhi. Tambahan pula

terdapat program dan aktiviti ad hoc yang melibatkan pihak sekolah.

Pengupayaan kepada pihak PPD dan sekolah dalam daerah tersebut untuk

merancang program berdasarkan kesesuaian daerah berkaitan dapat

meminimumkan keluar masuk guru dan pentadbir sekolah semasa proses

PdP.

3. Penglibatan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) hendaklah

diaktifkan di semua daerah supaya pihak sekolah mudah mendapat

bekalan guru ganti. Peruntukan untuk bayaran KGSK hendaklah

mencukupi bagi membolehkan sekolah mendapat guru bagi menggantikan

guru yang bercuti dalam tempoh yang panjang seperti cuti bersalin atau

cuti haji.

4. Pengenalan jawatan Pembantu Guru (hampir sama dengan Pembantu

Pengasuh Murid) di sekolah perlu diperluas bagi mengambil alih tugas

perkeranian guru terutama yang berkaitan dengan pengisian data,

menyemak kehadiran dan tugas-tugas lain selain tugas PdP.

5. Pewujudan jawatan Jurulatih Bertauliah untuk mengendalikan aktiviti

sukan dan kokurikulum. Dengan adanya jawatan ini, guru bilik darjah

akan dapat menumpukan perhatian kepada tugas mengajar dan tidak perlu

lagi mengiringi murid untuk program sukan dan sebagainya. Selain itu,

Page 60: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kegiatan sukan murid-murid dikendalikan oleh kumpulan pakar dalam

bidang berkaitan.

6. Penglibatan menyeluruh PIBG dan ibu bapa dalam program koakademik

dan kokurikulum. Kumpulan berkepentingan ini wajar menggembleng

peranan mereka untuk bersama-sama melibatkan diri secara aktif dengan

program sekolah. Kumpulan ini boleh membantu sekolah untuk

mengiringi murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah seperti menyertai

pertandingan perbahasan, sukan dan perkhemahan.

7. Perancangan yang teliti bagi menangani isu ketiadaan guru untuk tempoh

panjang perlu dilaksanakan. Unjuran jumlah guru yang akan mengambil

cuti dalam tempoh yang lama seperti cuti haji, cuti bersalin dan guru yang

akan bersara pada sesuatu tahun hendaklah disediakan.

8. Penguatkuasaan berbentuk punitif bagi guru yang tidak hadir dan tidak

melaksanakan proses PdP secara sengaja wajar dikuatkuasakan. Langkah

seperti mengenakan denda boleh digunakan sebagai langkah akhir jika

guru berkaitan gagal memberikan alasan yang sahih ketidakhadirannya.

PENUTUP

Isu ketidakhadiran guru adalah serius dan kerap diperkatakan oleh pihak ibu

bapa melalui pelbagai platform media massa. Kebimbangan ibu bapa berkaitan

isu ini amatlah berasas kerana ketiadaan guru di bilik darjah akan menjejaskan

prestasi pencapaian murid. Semua pihak yang berkepentingan di semua

peringkat sama ada Bahagian KPM, JPN mahupun PPD harus memainkan

peranan yang mantap untuk merancang kaedah yang sesuai bagi melindungi

masa intruksional. Pemantauan perlu terus dilaksanakan supaya apa juga yang

dirancang, difahami, dan dilaksana dengan berkesan di peringkat sekolah.

Page 61: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

4

Page 62: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Oleh

DR. JAMES ANG JIT ENG

HAJI ABDUL RAZAK BIN ALIAS

Institut Aminuddin Baki

Kementerian PendidikanMalaysia

Abstrak

MMI merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksional

seorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjaya

sepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai di

peringkat PPD dan JPN. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranan

kepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPD

khususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauan

pencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagi

para pegawai di peringkat PPD dan JPN kerana penguasaan kemahiran ini akan

membolehkan mereka mengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh pihak

sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para

pentadbir dan membantu mengatasi masalah akademik yang dihadapi.

Page 63: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

1. Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaran

Sorotan kajian menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cuba

mengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time)

dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970-an lagi. Hasil

kajian mendapati bahawa usaha meningkatkan peruntukan masa

pengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid.

Pada tahun 1980-an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masa

dengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980;

Baines 2007). Cotton (1990) telah merumus hasil-hasil sorotan kajian

pada ketika itu seperti yang berikut:

(a) Tidak ada korelasi (hubung kait) antara peruntukan masa (allocated

time) dengan pencapaian murid.

(b) Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time)

dengan pencapaian murid.

(c) Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learning

time) dengan pencapaian murid.

(d) Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasi

antara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahun

dengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002).

Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuh

dan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task)

dengan pencapaian murid. Situasi ini berbeza antara masa penglibatan

(engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000)

Page 64: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8% masa

dalam pembelajaran.

Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda aras

penggunaan masa secara berkesan di dalam bilik darjah menunjukkan

bahawa guru-guru Sekolah Menengah yang ‘biasa’, menggunakan 38%

daripada masa untuk menguruskan kelas, 50% untuk mengawas dan

menyelia kerja murid dan baki 12% untuk pengajaran (rujuk Rajah 1).

Rajah 1 : Penggunaan Masa oleh Guru ‘Biasa’

Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15%

daripada masa untuk menguruskan kelas, 35% untuk tugas mengawas dan

menyelia kerja murid dan baki 50% untuk penyampaian pengajaran

(Merujuk Rajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97%

daripada masa untuk pembelajaran aktif dan 3% untuk masa luang (off-

task).

Page 65: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rajah 2 : Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan

2. Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangun

Kajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yang

diperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negara

kurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secara

kuantitatif dan kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenar

adalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masing-

masing.

3. Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaran

Dapat dirumuskan daripada hasil sorotan kajian bahawa komponen

penting untuk menjayakan dasar ‘melindungi masa pembelajaran’ adalah

dengan memaksimumkan masa pembelajaran dan meningkatkan masa

murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) untuk segala bentuk

aktiviti yang berlaku di sekolah.

Page 66: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Seperti yang disebutkan di atas, satu daripada pemboleh ubah yang

mempengaruhi pembelajaran murid ialah ‘masa pembelajaran’

(instructional time). Abadzi, (2007) mentakrifkan masa pembelajaran

sebagai jumlah masa dalam kelas yang digunakan oleh guru untuk

menyampaikan ilmu. Menurut beliau, masa pembelajaran tidak termasuk

masa yang digunakan oleh guru untuk mengurus bilik darjah yang

dianggap sebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telah

menunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masa

pembelajaran dengan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman

dan Denham, 1980).

Selain meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan

masa murid terlibat dalam pembelajaran murid (time-on-task). Time-on-

task merujuk jumlah masa dalam satu waktu apabila guru dan murid

terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga

sering difahamkan dengan masa murid benar-benar terlibat dalam

pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian oleh Levin dan Nolan, (2010)

menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran murid ialah

kemampuan guru untuk memaksimumkan masa time-on-task murid

terlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untuk

memulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibat

dengan perbuatan salah laku.

Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmu

memantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkan

mereka mengenal pasti kelemahan akademik murid dan seterusnya

mengambil langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan yang

sewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini telah disampaikan kepada

Page 67: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

golongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan

oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) antaranya seperti yang berikut:

(a) Kursus Kepimpinan Instruksional,

(b) Kursus Memantau Pencapaian Murid,

(c) Kursus NPQEL (National Professional Qualification for

Educational Leaders), dan

(d) Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin.

Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolah

masih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantau

pelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para peserta

kembali ke sekolah masing-masing. Satu pihak yang boleh membantu

memastikan pelaksanaan tugas memantau pencapaian akademik murid

ialah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekat

dengan sekolah dan merupakan golongan prime movers dalam usaha

mentransformasi PPD.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran murid

dilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, dicadangkan para pegawai

PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu diberi

pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid (headcount)

dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agar mereka dapat

mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh

sekolah dengan lebih cekap lagi.

Page 68: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkat JPN/

PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantau pencapaian

murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin yang

membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (para pentadbir dan guru)

secara bermakna agar maklumat yang ingin disampaikan dan matlamat yang

dihasratkan tercapai?

CADANGAN TINDAKAN

(CADANGAN PENGISIAN SESI TAKLIMAT)

1. Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkan

peranan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.

2. Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknik

memantau pencapaian murid (headcount).

3. Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antara

pegawai JPN/ PPD untuk menangani masalah pencapaian akademik

murid.

4. Mengupayakan pegawai JPN/ PPD dengan kemahiran coaching dan

mentoring pemimpin.

5. Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunan

profesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran kendiri (self-

directed learning).

Page 69: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 62

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Langkah yang dicadangkan oleh IAB ialah sebahagian daripada usaha

bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP)

khususnya melalui sesi mesyuarat/ taklimat kepada JPN/ PPD untuk

melaksanakan amalan ‘Melindungi Masa Instruksional’ di sekolah-sekolah

untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

SYOR

1. Selain pendedahan kepada ilmu ‘memantau pencapaian murid’ dan

kemahiran coaching dan mentoring pemimpin, para pegawai JPN/ PPD

diberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbang

kepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional dan

pembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/ taklimat yang diketuai oleh

TKPPM-OP.

2. Para pegawai JPN/ PPD dikehendaki menghadiri Kursus Kepimpinan

Instruksional dan Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yang

dianjurkan oleh IAB.

Rujukan

Abadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss and

consequences. Independent Evaluation Group, World Bank,

Washington, DC.

Baines L. (2007). Learning from the World: Achieving More by Doing Less.

Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98–100.

Page 70: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Cotton, K. (2003). The principals and student achievement: What the

research says. Association for Supervision and Curriculum

Development. Alexandria : Virginia.

Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher.

Allyn and Bacon.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management

behaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217-

247.

Jacobson, K. 1980. “The Relationship of Individual Student Time Allocation

to Reading and Mathematics Achievement.” Report from the Project on

Studies of Administration and Organization for Instruction. Research

and Development Center for Individualized Schooling, University of

Wisconsin, Madison.

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). Kepimpinan

Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing.

Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: A

professional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ.

Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA:

California Commission for Teacher Preparation and Licensing.

Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructional

leadership, academic press and student achievement. Unpublished

dissertation. Ohio State University.

Millot, B., and J. Lane. 2002. “The Efficient Use of Time in Education.”

Education Economics 10, no 2: 209–28.

Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changing

perspectives on the school. Advances in Educational Administration,

1, 163-200.

Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: It’s the system.

Education Week, 24 (25), pp. 32 - 35.

Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, or

beyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16.

Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: How

Useful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on

Page 71: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Instructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 283–97.

New York and London: Longman.

Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional Time

Effectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington,

DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://www-

wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/200

9/02/11/000333037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box

33101OFFICIAL0USE0ONLY1.pdf

Tengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsian

pengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan

Kepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB Cawangan

Utara. KPM.

Yair, G. 2000. “Not Just About Time: Instructional Practices and Productive

Time in School.” Education Administration Quarterly 36, no. 4

(October): 485–512.

Page 72: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JADUAL WAKTU

5

Page 73: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JADUAL WAKTU

oleh

ENCIK BONG MUK SHIN

Bahagian Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses PdP yang

berkesan. Penyediaan jadual waktu perlu diurus dengan baik agar pelaksanaan PdP

berjalan lancar. Jadual waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakan

PdP mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melindungi masa

instruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktu

ialah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu, persediaan

guru, persediaan murid, lokasi, dan pentadbiran.

Page 74: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Jadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan

diajar kepada murid, setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh dan

peruntukan masa suatu mata pelajaran yang diajar dan nama guru yang

mengajarkan mata pelajaran itu.

Setiap jadual waktu sekolah ialah jadual untuk menyelaras empat elemen

iaitu: murid, guru, bilik darjah, dan tempoh. Jadual ini perlu mematuhi

kurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dan

analisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini dan

mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhi

kehendak jadual waktu anjal dan fleksibal.

ISU JADUAL WAKTU

1. Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

(JNJK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Februari hingga

April 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40% proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antara

faktor yang dikenal pasti ialah:

a) guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak

menjalankan PdP,

b) guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan

aktiviti lain, berada di kantin), dan

c) guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan PdP.

Page 75: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Jadual Waktu Guru Ganti

Jadual waktu perlu diurus dengan baik agar PdP dapat dilaksanakan

dengan berkesan. Jadual waktu PdP disediakan untuk memudahkan guru

melaksanakan PdP mengikut masa dan tempoh yang dijadualkan dengan

lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripada

guru-guru yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Jadual Guru Ganti perlu merekod nama guru yang tidak dapat hadir ke

kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti

perlu mengandungi maklumat seperti Tahun atau Tingkatan, Waktu dan

Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada

Guru Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal

sebelum kelas bermula.

3. Pelaksanaan Jadual Waktu

Bagi melindungi waktu pembelajaran murid, beberapa aspek perlu

diberikan perhatian iaitu;

a) Agihan Waktu Mengajar

i. Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan

bagi seseorang guru. Contohnya, penentuan tahap kelas yang

diajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun

Menengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira.

ii. Penentuan set/ kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar oleh

seseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu

dipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut

Page 76: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepakaran/ opsyen agar tidak menjejaskan keberkesanan

pengajaran guru.

Contoh, dari segi :

mata pelajaran - Bahasa Melayu dengan Seni, Sains

dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahasa

Inggeris dengan Muzik,

waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran Matematik,

selepas waktu rehat mata pelajaran Sains dan sebelum

balik mata pelajaran Pendidikan Seni, dan

hari - Mata pelajaran teras perlu dimasukkan dalam

jadual waktu secara seimbang pada setiap hari supaya

tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid.

Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kira

pekeliling-pekeliling yang berkuat kuasa.

iii. Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktu

mengajar secara berterusan.

Guru dihadkan mengajarkan dua mata pelajaran mengikut

opsyen major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi

perlu dipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu

lagi elektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada

Tahap 1 dan Tahap 2 sahaja bagi Sekolah Rendah, atau

Menengah Rendah atau Menengah Atas. Guru diperuntukkan

tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan.

Justifikasi

i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam

melaksanakan PdP mata pelajaran tersebut.

Page 77: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii. Guru boleh memberikan tumpuan dalam pelaksanaan PdP

yang berkesan.

iii. Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam

mata pelajaran tertentu.

iv. Guru akan lebih mengenali murid dan dapat

meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.

b) Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual

i. Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara

guru mengikut keadaan/ keperluan sekolah.

ii. Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu

sahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan

diagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian mata

pelajaran perlu mengikut kecenderungan atau opsyen

seseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekod

bagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunya

ketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru.

iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single

period) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran.

Huraian :

Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang antara

waktu PdP bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya untuk

berada lebih awal di kelas seterusnya. Waktu senggang perlu

diagih seimbang pada sebelah pagi sebelum rehat dan selepas

rehat kepada semua guru. Begitu juga bagi bilangan waktu

mengajar hendaklah diagih seimbang antara semua guru dalam

seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja seminggu.

Page 78: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata

pelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan

kepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaran

elektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu juga

kepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiran

guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agar

tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.

Ketetapan kelas bagi seseorang guru perlu mengikut

kesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu

blok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yang

seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.

c) Persediaan Guru

i. Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu

pengajarannya bermula jika guru tersebut tiada kelas

sebelumnya.

ii. Guru terlibat perlu menyediakan Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) dan bahan yang akan digunakan dalam

PdP. Guru ganti seboleh-bolehnya guru mata pelajaran

yang sama dengan kelas yang diganti.

iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat

jika guru telah mengetahui lebih awal tentang

penglibatan atau tugasnya di luar sekolah.

Page 79: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Huraian :

Bagi menepati peruntukan masa PdP (30 minit untuk sekolah

rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu

bersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini juga

dapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran di

samping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelas

dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yang

ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat

dengan tugas-tugas luar. Kesepakatan ini boleh mengelakkan

daripada membebankan guru lain untuk menjalankan PdP

sebagai guru ganti.

d) Persediaan Murid

i. Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental

sebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untuk

mengelakkan guru daripada membuang masa PdP kerana

melayan kerenah murid di dalam kelas.

Huraian :

Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan

keperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru

masuk mengajar. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya pembaziran masa PdP. Guru terpaksa menunggu

murid mengambil kelengkapan PdP padahal masa untuk PdP

sepatutnya sudah bermula.

Page 80: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e) Lokasi Tempat PdP

i. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat

dengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masa

bagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi ke

satu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapat

memenuhi keperluan ini maka pihak sekolah perlu

menyediakan sebuah bilik transit.

Huraian:

Penyusunan jadual waktu perlu mengambil kira jarak

pergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke

bilik khas atau dari blok ke blok yang lain antara waktu PdP

bagi menjimatkan masa. Bilik darjah yang fleksibel perlu

diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalami

masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani PdP

dengan selesa. Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang

berkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkat

bawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehat

sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar

bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran

sebelumnya.

f) Pentadbiran

i. Pemilihan pakej mata pelajaran perlu dihadkan.

ii. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata

pelajaran atau tahun/ tingkatan yang sama semasa

ketiadaan guru mata pelajaran/ kelas tersebut. Bagi

keberkesanan PdP guru perlu mengambil kira bilangan

Page 81: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

murid dalam kelas yang digabung dan tempat PdP

dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai PdP boleh

dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.

Huraian

Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan

mengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam

aliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti

boleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atau

tahap supaya proses PdP dapat berlangsung dan kawalan

disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SYOR

Pihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasarana

sekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancang

penyusunan jadual waktu sekolah.

Page 82: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI

SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN

PENYELESAIAN

6

Page 83: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN

KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN

PENYELESAIAN

Oleh

ENCIK MAHAMAD AMRAN BIN KAMSI

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Hasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

(2011) tentang keberkesanan kokurikulum dalam kalangan murid Sekolah Menengah

ada menunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masa

instruksional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalam

menjalankan aktiviti kelab/ persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktor-

faktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah, kurikulum kelab/ persatuan yang tidak

lengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yang

berlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti.

Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada Pengetua/ Guru

Besar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua,

penyelesaian di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meliputi

pelaksanaan kegiatan kelab/ persatuan sekolah secara projek inovasi, pemantapan

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum, KPM, pemantapan sistem pemantauan di

semua peringkat pelaksanaan, melengkapkan dan melatih pegawai/

kakitangankokurikulum di semua peringkat dan, melengkapkan kemudahan

infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah. Strategi

penyelesaian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini boleh

menyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan juga

mampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaian

ini memberikan impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan impak perjawatan

baharu berjumlah 4,133 orang.

Page 84: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada dua aspek

penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapat

dengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah

manakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku di

luar bilik darjah. Pada dasarnya KPM sentiasa berusaha dan berhasrat agar

kedua-dua aspek ini memberikan impak yang maksimum kepada

perkembangan pendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, namun dari segi

keberhasilannya menampakkan bahawa aspek kokurikulum masih banyak

kelemahan yang perlu dibaiki.

Kokurikulum sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Kenyataan ini

bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang memberikan

peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran, dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-

Peraturan Kebangsaan Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan

kokurikulum ialah wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini suatu

kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara

atau kedua-duanya ( Akta Pendidikan, 1996: Seksyen 18 - Akta 550).

Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ialah wajib. Sehubungan dengan

itu, kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan

ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41)

bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas

menunjukkan kegiatan kokurikulum ialah sebahagian masa instruksional yang

wajib dilaksanakan.

Page 85: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember

1967, masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalah

seperti yang berikut:

Sekolah Tahap Darjah/Tingkatan Peruntukan Masa

(minit/minggu)

Rendah 1 3 dan 4 60

2 5 dan 6 120

Menengah Peralihan, 1,2 dan 3 180

4 dan 5 (aliran Perdagangan

dan Sastera)

180

4 dan 5 (aliran Sains dan

Pertanian)

140

Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahun

ialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi kelab/ persatuan

dan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ini perlu dijalankan sepanjang

tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpun begitu isu yang

sering dipersoalkan ialah sejauh mana masa yang diperuntukkan benar-benar

telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan memenuhi masa instruksional

kegiatan kokurikulum.

PERNYATAAN ISU

Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan

kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang

berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Antara faktor

penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif

dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil

tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011)

ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan

Page 86: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/

permainan.

Dapatan kedua-dua kajian ini boleh dirumuskan seperti yang berikut:

(a) kegiatan kokurikulum (terutama jenis kelab dan persatuan) tidak

dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberikan suatu

persepsi yang negatif dalam kalangan murid, dan

(b) masa instruksional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum tidak

dilindungi kerana terbukti pengisian pengajaran tidak memberikan

impak positif kepada murid.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) dalam kokurikulum dipengaruhi

oleh wibawa pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/ Pengetua/ Guru

Penolong Kanan Kokurikulum). Pentadbir bertanggungjawab memastikan

kelangsungan kegiatan kokurikulum selaras dengan dasar dan prinsip yang

telah ditetapkan. Sebaliknya pentadbir sekolah yang bersikap negatif tentang

kokurikulum bercirikan seperti yang berikut:

(a) kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan

untuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM, JPN

dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera,

(b) bersikap sambil lewa kepada isu-isu penguatkuasaan peraturan dan

sistem pemantauan, seperti dalam menetapkan masa dan

penjadualan aktiviti kokurikulum sekolah, dan

(c) gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah.

Kejayaan MMI dalam kokurikulum banyak dipengaruhi oleh kemampuan

guru berperanan sebagai guru kokurikulum seperti sebagai penasihat/

pembimbing/ jurulatih (SPI Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2

Januari 1985). Namun ramai guru yang gagal menjalankan tanggungjawab

sebagai guru kokurikulum kerana tidak cukup kompeten. Masalah kurang

Page 87: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mahir dalam sesuatu jenis kegiatan kokurikulum yang dipertanggungjawabkan

ialah faktor utama. Tidak dinafikan semua guru ada menerima pendedahan

kegiatan kokurikulum semasa belajar di institusi perguruan atau universiti

tetapi apa yang diperoleh hanyalah setakat tahap asas yang tidak membolehkan

mereka menguasai sesuatu bidang ilmu kokurikulum yang diperlukan oleh

murid. Guru-guru yang sedemikian akan setakat menghadirkan diri dalam

kegiatan kokurikulum tanpa suatu perancangan yang rapi dan hanya mampu

mencatat kehadiran murid. Kelemahan ini sudah tentu memberikan kesan

kepada pengajaran dan bimbingan kepada murid-murid. Ketiadaan guru yang

mahir dan pakar ini juga yang menjadi alasan untuk tidak mengadakan sesuatu

kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah.

Kegagalan guru melindungi masa instruksionalkegiatan kokurikulum

sering dikaitkan dengan kandungan kurikulum atau pembelajaran yang tidak

lengkap. Kelemahan ini berlaku atas dua faktor. Pertama, bidang kokurikulum

terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah ialah

kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan

oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yang telah

melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpun begitu,

ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidak menjalankan

kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik, bidang kokurikulum tidak

terlalu terikat kepada suatu set kandungan pelajaran. Yang mustahak ialah sama

ada pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari oleh murid itu berkaitan atau

tidak dengan sifat semula jadi kelab/ persatuan yang dianggotai. Umpamanya,

bagi kelab bahasa sudah tentu ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu

mengenai apa sahaja yang berkaitan bahasa. Sejajar dengan peranan

kokurikulum sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, tidak menjadi suatu kesalahan untuk

menjadikan kurikulum bilik darjah sebagai panduan asalkan boleh

mengukuhkan apa yang sudah dipelajari di dalam bilik darjah.

Page 88: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatan

kokurikulum yang jelas ialah yang menjadikan alam semula jadi dan alam

sekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Namun ada juga

sesetengah aktiviti kokurikulum yang sememangnya memerlukan kemudahan

dan peralatan khusus seperti kegiatan robotik dan perkhemahan. Ketiadaan

peralatan dan kemudahan ini di sekolah atau yang berhampiran sering dijadikan

alasan untuk tidak menjalankan kegiatan. Tidak dinafikan KPM ada

menyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namun

masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Dalam masa

yang sama diperaku ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidak boleh

dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaran yang

tinggi dan memerlukan kepakaran jurulatih serta juruteknik. Kemudahan

sebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan atau

kekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepada

guru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan.

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa faktor

penyebab masa instruksional kokurikulum tidak dilindungi adalah seperti yang

berikut:

(a) sikap pentadbir sekolah yang tidak sensitif kepada keperluan

melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan sebaik mungkin,

(b) guru-guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan kegiatan

kokurikulum,

(c) kandungan kurikulum sesetengah kegiatan kokurikulum yang tiada,

tidak lengkap atau tidak standard, dan

(d) kekurangan kemudahan, fasiliti dan peralatan khusus untuk sesuatu

kegiatan kokurikulum di sekolah atau yang berhampiran.

Page 89: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 82

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:

Secara jelas isu MMI dalam kokurikulum ialah masalah peringkat sekolah

namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca

daripada kelemahan dasar/ polisi pihak lain seperti daripada pihak KPM.

Dalam hal ini, penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang

melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.

Peringkat Sekolah:

1. Pengetua/ Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/

Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta

kepentingannya dan dasar-dasar pelaksanaannya sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh KPM seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/ Guru

Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian

menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran

yang dituntut dan wajib ada pada setiap Pengetua/ Guru Besar. Tidak

dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPM

mengambil pendekatan fleksibel dengan memberikan kepercayaan kepada

daya usaha dan inisiatif Pengetua/ Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam

isu MMI kokurikulum Pengetua/ Guru Besar boleh menjadikan strategi-

strategi yang berikut sebagai panduan:

(a) Mengubah persepsi negatif warga sekolah tentang bidang

kokurikulum- Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab untuk

memberikan kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah

(murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat setempat) tentang dasar

sebenar kerajaan tentang kokurikulum. Salahfaham tentang peranan

Page 90: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kokurikulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan

setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/ Guru Besar

seharusnya mampu mengubah persepsi dan minda warga sekolah

bahawa kegiatan ini ialah suatu kegiatan yang penting, terancang

dan bersistematik yang mampu menghasilkan kemenjadian manusia

secara menyeluruh termasuk pembangunan ‘kepelbagaian intelek’

dan ‘intelek emosi’. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi

landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan yang lebih

penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang

berkualiti.

(b) Mempelbagaikan kelab/ persatuan dan aktiviti-aktiviti

kokurikulum- Kepelbagaian kelab/ persatuan amat perlu demi

memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid.

Sungguhpun begitu Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab

memastikan bilangan kelab/ persatuan yang ditubuhkan telah

mengambil kira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan

kemudahan/ peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu

mengambil kira program berbentuk penyertaan ramai dan program

yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan

dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/ persatuan,

Pengetua/ Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan

praktikalnya pelaksanaan kelab/ persatuan itu.

(c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah -

Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua

warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/ program kokurikulum yang

dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang

dijalankan sepanjang tahun sentiasa diuar-uarkan dan menjadi

perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa

bersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/ persatuan

Page 91: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

di persekitaran sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semua

peringkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat

kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini

lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/ program

kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang

mendapat sokongan dan sambutan penuh daripada ibu bapa dan

masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasa

bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing.

Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberikan

pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta

penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara.

(d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang

tahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan

sepanjang tahun, Pengetua/ Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara.

Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu

pasukan pakaian seragam, kelab/ persatuan dan sukan/ permainan.

Kedua, membezakan antara aktiviti mingguan kelab/ persatuan dan

aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat

lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan

antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid

dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur

maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga

boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa

dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan

dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin

jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan

padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan

kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa ke

arah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang

dikehendaki.

Page 92: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e) Mewujudkan sistem dokumentasi yang dikemas kini, informatif

dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan

sesebuah kelab/ persatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan

sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti

senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan

dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan

prestasi sesebuah kelab/ persatuan. Malahan laporan tersebut boleh

dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/ persatuan. Pihak

sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai

pangkalan data kokurikulum yang boleh diedarkan dalam kalangan

warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila

dipohon atau diperlukan.

(f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang

diperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaian

kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan

sekolah. Kesedaran dalam kalangan murid tentang syarat-syarat

untuk memperoleh skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian

yang sebenar perlu diperjelas dari semasa ke semasa. Pihak sekolah

pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala

rekod dan bukti pencapaian murid dikemas kini sepanjang masa dan

tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini

boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk membaiki

prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh

semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet.

Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam

kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai

hasil penilaian yang lebih bagus.

Page 93: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(g) Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan-

Pengetua/ Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh

sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga

berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan

yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.

Hasil daripada pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk

menambah baik pelaksanaan pada masa akan datang. Pemantauan

juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan

penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.

(h) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited

- Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah yang sering

diabaikan oleh Pengetua/ Guru Besar. Seharusnya rekod dan data

guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu

bidang kokurikulum perlu sentiasa dikemas kini bagi mewujudkan

pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu

diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya

pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat.

Pendedahan latihan dalaman ini termasuklah daripada Pengetua/

Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum tentang peranan

dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum

yang wajib diadakan setiap tahun.

(i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan /

peralatan yang mencukupi dan berkualiti- Dalam kokurikulum

perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk

aktviti kokurikulum. Hal ini merangkumi kemudahan yang ada di

dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-

sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan

menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep

'guna sama'. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan

Page 94: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan

aktiviti juga boleh diatasi dengan 'pengubahsuaian' aktiviti.

Contohnya, permainan bola sepak futsal menggantikan permainan

bola sepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan

sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan

kemudahan dan peralatan, pihak sekolah wajar mengambil kira

peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori 'perlu'

dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh

diguna oleh semua aktiviti. Penyelenggaraan dan penyimpanan

peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan

kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid

melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna.

Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang mampu menilai

kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum sebagai

nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di

sesebuah sekolah.

(j) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang

komprenhensif dan dikemas kini- Strategi ini berkaitan usaha

pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai

suatu kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep

happening dan lively kegiatan kokurikulum sekolah boleh

diwujudkan dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar

kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-

sudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih

luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh

menjangkau peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman

web sekolah atau program khas seperti school linkage programme.

Membudayakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum

memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan

Page 95: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

komitmen serta kerjasama semua pihak terutama daripada kalangan

murid dan guru.

(k) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang

berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja-

kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik

kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa

dilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru,

juga sokongan dan galakan pengurusan sekolah bagi membolehkan

kokurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa, mantap dan

bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara.

Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama

dengan penggiat kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan

bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam

memastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan, Pengetua/

Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand

design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/ Guru Besar

perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang

merangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/ kemudahan serta

peralatan, pembangunan guru pembimbing/ jurulatih/ fasilitator/

penasihat, dan pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk

ini, Pengetua/ Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama

melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa

Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah

dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

Page 96: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. Peringkat Kementerian:

(a) Kegiatan Kelab/ Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi :

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/ persatuan

kurang memberikan impak akibat faktor-faktor seperti kebanyakan

guru kurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa

instruksionalnya gagal dilindungi. Sehubungan dengan itu, kegiatan

ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua

kelab/ persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang

berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini adalah untuk membudayakan

amalan kreatif dan inovatif dalam kalangan murid kerana kemahiran

yang sedemikian diperlukan oleh negara pada masa akan datang.

Kokurikulum dilihat selari dengan arah tuju pembudayaan ini kerana

secara semula jadi memberikan ruang dan peluang kepada murid

untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/

projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang

dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada

mereka.

Skop kegiatan kelab/ persatuan secara projek berinovasi tertumpu

kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan

jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah

berpusatkan kepada murid iaitu guru berperanan untuk membimbing

dan murid-murid melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu

bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi

untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD

bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaannya.

Page 97: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberikan impak

dari aspek:

i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/

persatuan - Dalam setiap masa perjumpaan kelab/ persatuan

sekolah, pengisiannya ialah merancang dan menyiapkan projek

atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/

persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara

kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek

yang dipilih oleh murid ini mestilah disiapkan pada hujung

tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah

masa instruksional kelab/ persatuan yang tidak berkualiti.

ii. Pendekatan ‘berpusat kepada murid’ - Dalam

melaksanakan projek berinovasi, guru berperanan sebagai

pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan

merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan

diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang

dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/

persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia dan

memastikan proses pembuatan projek berlangsung dengan

betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi

masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam kelab/

persatuan kerana kemahiran utama memadai setakat mengurus

projek.

iii. Projek Inovasi sebagai showcase sekolah - Pihak sekolah

bertanggungjawab untuk memberikan penghargaan dan

sokongan kepada aktiviti ini dengan menubuhkan

jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap

pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh

dipamerkan sewaktu Hari Kokurikulum atau Hari Ucapan dan

Page 98: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun

dengan penglibatan ibu bapa dan ahli masyarakat setempat.

Sekolah juga digalakkan untuk mengemukakan hasilan projek

yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu

pertandingan/ pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini

pihak ibu bapa dan penjaga serta masyarakat luar boleh melihat

bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan

kokurikulum.

(b) Memantapkan fungsi Jawatankuasa Pembangunan

Kokurikulum Kebangsaan:

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di peringkat KPM

dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan

aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju

kokurikulum di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga berfungsi

sebagai focal person kepada kewujudan sesuatu dasar yang baharu.

Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan

masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum

bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan,

dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat.

Jawatankuasa ini juga menjadi think tank kepada sebarang dasar

baharu yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan

masa instruksional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka

amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan sebagai forum untuk

mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi

KPM.

Page 99: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 92

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN

dan PPD :

KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan

yang mantap dan konsisten bagi pelaksanaan kokurikulum di

peringkat sekolah. Sistem ini bertujuan untuk memastikan segala

dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan

dilaksanakan oleh semua peringkat terutama pihak sekolah.

Pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan

tahunan tersebut selesai.

Jawatankuasa ini juga akan menguatkuasakan segala bentuk

peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberikan

kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat kepada

undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada

hukuman/ penalti kepada pesalah yang melakukannya.

(d) Pegawai dan Jurulatih/Personel:

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum

memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara

melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkaitan

kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti, benar-

benar relevan dan memenuhi keperluan sekolah. Di samping itu,

guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten

untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum. Disebabkan hal

sedemikian, suatu program pembangunan dan pengembangan

kejurulatihan/ personel di semua peringkat pelaksanaan

Page 100: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yangmelibatkan jangka pendek dan panjang terhadap guru-guru

kokurikulum dalam perkhidmatan perlu diwujudkan.

Pada masa yang sama tindakan segera perlu dibuat dengan

memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di

semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara.

Begitu juga perlunya suatu mekanisme yang jelas diwujudkan untuk

memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum

mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan

kokurikulum) sebelum menyandang jawatan.

(e) Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah :

Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah

untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan

dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan

lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini

terutamanya di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada

kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di

samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang

kurang mahir. Dalam hal ini melengkapi kemudahan infrastruktur

Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah sebagaimana yang

dirancang akan memberikan impak besar terutama dari segi

penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh,

dan juga mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Memenuhi keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di Pusat-

pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah boleh membantu masalah

melindungi masa instruksional kokurikulum juga masa instruktional

akademik. Jika bilangan jurulatih mencukupi, masalah guru-guru

Page 101: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan di peringkat

daerah, negeri, dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila

tanggungjawab itu boleh diserahkan kepada jurulatih yang dilantik

secara sepenuh masa.

KESIMPULAN

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang

mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi diperlukan, tidak sahaja daripada

pihak sekolah malahan juga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang

akademik yang prestasinya diukur melalui peperiksaan awam, prestasi

kokurikulum dinilai berasaskan kehadiran, jawatan yang disandang, tahap

penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu kelab/ persatuan yang

dianggotai. Sehubungan dengan itu, pendekatan yang fleksibel dan praktikal

dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan mengambil

kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu

dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk

kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan sebaik-baik yang mungkin. Dalam

hal ini pelaksanaan aktiviti kelab/ persatuan secara pembuatan projek

berinovasi dilihat sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas, kegagalan melindungi waktu instruksional kokurikulum

berpunca daripada kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat

yang sewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor

penyebab sampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira

sebagai perkara yang mustahak. Dalam masa KPM menggesa pihak Pengetua/

Guru Besar membaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah,

amatlah molek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini.

Page 102: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangan-

cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional

kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut

meliputi perkara berikut:

1. Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah.

2. Program kelab/ persatuan sekolah secara projek berinovas.i

3. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan

kokurikulum sekolah.

4. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur di 137 Pusat

Kokurikulum Daerah.

5. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa di Pusat

Kokurikulum Negeri, seramai 708 orang dan di Pusat Kokurikulum

Daerah seramai 3,425 orang.

Page 103: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan

Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai

Keberkesanan Kokurikulum di Sekolah, 2010

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Laporan Tinjauan Minat Murid dalam Kegiatan Kokurikulum, 2011

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas

Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990,

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan

Kokurikulum, 2007

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 -

2010), 2011.

Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004,

Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM (1971 -

2010), 2011.

Page 104: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

7

Page 105: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PELAKSANAAN

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Oleh

ENCIK ROHESAN BIN MUHAMMAD

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kementerian PendidikanMalaysia

PENGENALAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan

rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir

bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan

akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini

memberikan pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Page 106: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

Pentaksiran Sekolah (PS) ialah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,

diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS boleh

dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif

dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Contoh

instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,

senarai semak, laporan tugasan, dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran

tentang pembelajaran (assessment of learning).

PS ialah komponen utama dalam proses PdP kerana berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan mampu

memberikan maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau

dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS ialah proses pentaksiran berterusan yang dilaksanakan oleh guru dan

sekolah sepenuhnya meliputi aspek perancangan, pembinaan item dan

instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan,

dan pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan pengajaran guru

dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran ini

merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta

hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembang

potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

a) Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang

pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai

murni.

Page 107: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b) Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP.

c) Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut

kesesuaian dan kesediaan murid.

d) Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard

kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara:

i. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP.

ii. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,

Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard

Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta

pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran ini merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat

atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak

membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor

prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan

pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk pernyataan

standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi

diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan

maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang

merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan

pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan

mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan

bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Page 108: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan

(LP), KPM. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian

murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam

dokumen kurikulum.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD

KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

• Matlamat

• Objektif MP

• Standard Kandungan

• Standard

Pembelajaran

• Pernyataan Standard

• Deskriptor

• Evidens

• Instrumen

Apa yang patut dipelajariApa yang dilaporkan

tentang perkembangan

dan pencapaian murid

PENTAKSIRAN

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang

pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang

telah dilalui. Standard ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran

boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk standard yang

ditetapkan. Standard ini juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang

terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid,

guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan

jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan

menggunakan Standard Prestasi:

a) Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa

yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

Page 109: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b) Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di

sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap

murid.

c) Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak

mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh

tertentu.

d) Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum

dalamsistem pendidikan negara serta kualiti murid yang dihasilkan

daripada sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard

pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard

pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori

mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yang

disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan

tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan

prestasi individu.

Kerangka Standard Prestasi

Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi

BAND STANDARD

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

Deskriptor pula merujuk perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh

buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Standard

Page 110: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan

standard berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) ialah pernyataan yang menerangkan

bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini

juga merujuk aspek yang boleh dilaksana dan ditadbir. Evidens (bahan)

merujuk bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid

yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau

proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh

dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus kreatif

dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen

pentaksiran untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu

domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis,

demonstrasi atau kuiz.

Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari

membincangkan perancangan pentaksiran dalam PdP. Sejak kebelakangan ini

terdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelaksanaan PBS dengan

menyatakan bahawa pentaksiran ini menambahkan beban guru, mengganggu

PdP, dan pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untuk

menghabiskan sukatan mata pelajaran.

Page 111: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Belum mencapai

tahap penguasaan

Telah mencapai

Tahap penguasaan

Pemulihan

MULA

Peranan Standard Prestasi dalam PS

50©2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

PS bukan suatu perkara yang baharu dalam sistem pendidikan.

Pentaksiran ini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini,

dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid

secara online. LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP,

cuma LP menekankan kepada kaedah pentaksiran baharu yang sebenarnya

telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yang

perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam

Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran,

menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan

kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi,

mengikut kreativiti guru. Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid

tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan

menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian

dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara

Page 112: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru

menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham

dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalan

secara lisan atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan

kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan

merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid

berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk

proses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standard

yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan

yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak

mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk

membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran

berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan

merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi Sistem

Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan dan

menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut dalam borang

prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh

dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid

yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada

bila-bila masa mengikut keperluan.

Page 113: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS

Bil. Perkara Tempoh Tindakan

1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

JPN.

Disember LP

2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan

Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

PPD dan Sekolah.

Disember JPN

3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS

Sekolah.

Januari - Mac, April -

Jun, Julai - September

Oktober – Disember

JPN / PPD /

Sekolah

4. Pendaftaran SPPBS. Januari – Februari Sekolah

5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesi

persekolahan

Sekolah

6. Aktiviti Penjaminan Kualiti:

Pementoran, Pemantauan,

Penyelarasan dan Pengesanan.

Sepanjang tahun dan

mengikut keperluan

Sekolah / PPD /

JPN / LP /

Bahagian KPM

7. Pengumpulan skor murid dalam

SPPBS.

Sepanjang tahun Sekolah

8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan Sekolah

Peranan Dalam Pelaksanaan PS

PS memberikan penekanan kepada peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu

bapa, dan pihak berkepentingan.

1 Pentadbir Sekolah

a) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang

merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

b) Menyediakan peralatan, bahan, dan jadual.

c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.

d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

e) Menjalankan pementoran, pemantauan, dan penyelarasan.

Page 114: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2 Guru

a) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran,

pembelajaran, dan pentaksiran.

b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk

mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam

pembelajaran.

c) Menyediakan instrumen pentaksiran.

d) Memberikan maklum balas tentang pencapaian murid.

e) Membantu membaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat

yang diperoleh.

f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.

g) Melaporkan penguasaan murid.

3 Murid

a) Mengetahui dan memahami standard prestasi.

b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.

d) Membaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

4 Ibu Bapa

a) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem

pentaksiran.

b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan, dan kelemahan anak.

c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu

(individual differences).

d) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

Page 115: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5 Pihak Berkepentingan

a) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.

b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan

pentaksiran di sekolah.

Evidens PS

1. Memberikan pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

2. Evidens PS ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan

oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau

proses.

a) Penulisan

i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk

perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau

maklumat.

ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b) Bahan cetakan

i. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c) Persembahan

i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan

bakat melalui pelbagai aktiviti.

d) Foto

i. Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

e) Grafik

Page 116: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada

permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas,

papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau

hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa

ton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri,

peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya

menggabungkan teks, ilustrasi, dan warna.

ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni.

Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan

perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f) Artifak

i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu

tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g) Laporan

i. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h) Model

i. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i) Produk

i. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j) Rakaman

i. Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

k) Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

Page 117: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l) Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

m) Lisan / verbal.

n) Perlakuan

Penyediaan Fail Murid

1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah

seperti yang berikut:

a) Fail Perkembangan Murid (FPM)

i. Setiap murid mempunyai 1 FPM, dikhaskan untuk menyimpan

setiap evidens terkini untuk setiap mata pelajaran,

ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS

dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti.

b) Fail Showcase (FS)

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih

dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh

dibentuk mengikut :

i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau

ii. kelas; atau

iii. mata pelajaran.

Nota :

Page 118: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan

(b) di atas, di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah

pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

1. Pengurusan Evidens oleh Guru

a) Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod

dalam aplikasi SPPBS.

b) Guru hendaklah memberikan maklum balas kepada murid agar

murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan

pengayaan pembelajaran.

c) Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band

boleh dijadikan bahan showcase.

Page 119: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM

PERKHIDMATAN (LDP) BERASASKAN

SEKOLAH (SCHOOL BASED)

8

Page 120: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED)

Oleh

AHMAD ZAKI BIN SALLEH,

RAZLEE BIN MOHAMAD

HABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIM

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan

profesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) ialah satu

kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran

(PdP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Pelaksanaan kaedah

latihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kefahaman,

sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pegawai di peringkat Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kertas makluman

ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan latihan berasaskan sekolah.

Kertas ini juga memberikan syor dan cadangan latihan dalam perkhidmatan

berasaskan sekolah yang dapat melindungi masa instruksional di sekolah.

PENGENALAN

Page 121: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil.7/2007

bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan Konsep Pengoperasian Latihan

Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberikan penekanan

pengoperasiannya secara “school-based” selaras dengan konsep let managers

manage dan amalan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) guru-guru luar

negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa ini kepada latihan

berasaskan sekolah.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Garis Panduan

Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PPP), KPM Tahun 2009 dan juga Garis Panduan Pengoperasian

Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School-Based Tahun 2010.

DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED

1. Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Aktiviti yang diambil kira :

i. Kursus

ii. Bengkel

iii. Taklimat Profesional

iv. Seminar

v. Sesi Input “In-house”

vi. Hari Profesional

Page 122: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3. Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes penggabungan

beberapa buah sekolah disebabkan bilangan guru yang sedikit. (Sekolah

SKM atau guru-guru panitia).

4. Kursus jangka pendek iaitu 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus.

CADANGAN/ ASAS PERTIMBANGAN

Pengetua/ Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpin

instruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan secara

school-based, seperti saranan oleh Hanny pada Tahun 1987 iaitu:

“In today’s world, effective principals are expected to be

effective instructional leaders … the principal must be

knowledgeable about curriculum development, teacher

and instructional effectiveness, clinical supervision, staff

development and teacher evaluation”

Pengetua/ Guru Besar haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut

sebelum latihan school-based dapat dilaksanakan :

(a) menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah

(b) mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru

(c) memuat turun modul latihan

(d) membuat rujukan dari pelbagai sumber

(e) mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli

jawatankuasa school-based

(f) melaksanakan school-based kepada guru-guru

(g) mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan

Page 123: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(h) melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan

Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based ialah sebahagian

daripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi

memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini.

Ha; ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan terkini yang memerlukan

setiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yang

berkaitan dengan pendidikan.

Semua permohonan kursus/ latihan dan kehadiran peserta bagi latihan

secara school-based hendaklah melalui aplikasi Sistem Pengurusan Latihan

Guru (e-SPLG).

CADANGAN TINDAKAN

1. KAEDAH PELAKSANAAN

Latihan Dalam Perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan di

peringkat sekolah melalui kaedah berikut :

(a) Kaedah Latihan

i. Kursus peluasan dasar-dasar KPM

Kursus dasar-dasar KPM hendaklah dilaksanakan secara

school-based dalam tempoh satu bulan selepas wakil sekolah

menerima pendedahan bagi mengelakkan kecairan ilmu dan

direkodkan. Contohnya kursus-kursus seperti KSSR, LINUS,

Page 124: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI, Prasekolah dan

Satu Murid Satu Sukan.

Bagi kursus-kursus yang berbentuk fungsional, Pengetua/ Guru

Besar bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua

kakitangan di bawah seliaannya mendapat latihan dan

maklumat yang cukup dan lengkap.

ii. Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah.

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah berdasarkan

Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis-TNA) dan

pihak sekolah perlu merancang, melaksana, memantau,

menilai, merekodkan pelaksanaannya secara berkala dan

dilaporkan.

(b) Sesi Pembelajaran

Pelaksanaan sesi pembelajaran secara school-based seperti taklimat

dan ceramah profesionalisme hendaklah dirancang, dilaksana,

dipantau, dilapor, dan direkodkan pelaksanaannya.

(c) Pembelajaran Kendiri

i. Pembacaan Buku

Kaedah pembacaan buku ialah salah satu alternatif sekiranya

kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam

tidak dapat dipenuhi. Pembacaan buku dan bahan ilmiah perlu

dibentangkan dalam bentuk perkongsian ilmu iaitu satu

pembentangan bersamaan satu hari berkursus. Pembacaan ini

Page 125: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

perlu dirancang, dilaksana, diulas, dikongsi ilmu, direkod, dan

dilaporkan.

[Rujuk: KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010]

ii. Secara e-Pembelajaran

Pembelajaran melalui kaedah e-Pembelajaran bertujuan

meningkatkan kompetensi individu secara school-based.

Sehubungan dengan itu kaedah perlu dirancang, dilaksana,

diberi maklum balas kepada latihan, dilaporkan, dan

direkodkan.

(d) Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada

empat jam hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari

berkursus [Rujuk:SPI Bil.8/2005]. Dalam usaha tersebut,

dicadangkan agar JPN/ PPD menyelaraskan tarikh-tarikh

pelaksanaan bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah

menjadualkan aktiviti yang hendak dilaksanakan dari semasa ke

semasa dan pemantauan pelaksanaan dapat dijalankan secara teratur

oleh pihak KPM, JPN dan PPD.

(e) Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri, sama ada selama

satu jam atau dua jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan

mengikut keperluan.

(f) Perkongsian Pembelajaran Kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga

boleh diambil kira sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6

jam pembentangan.

Page 126: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2. KAEDAH PENGIRAAN 7 HARI SETAHUN

KAEDAH PELAKSANAAN BILANGAN HARI YANG

BOLEH DIAMBILKIRA

Kaedah Latihan Minimum 2 hari

Sesi Pembelajaran Maksimum 5 hari

Pembelajaran Kendiri Maksimum 3 hari

3. PANGKALAN DATA LATIHAN SCHOOL BASED DAN

PEROLEHAN

Pengetua/ Guru Besar bertanggungjawab menyedia dan

menyelenggarakan rekod latihan pegawai dan kakitangan yang meliputi

perancangan/ pelaksanaan, pemantauan program latihan termasuk

peruntukan dan perbelanjaan. Pengetua/ Guru Besar hendaklah bersedia

untuk mengemukakan maklumat di atas apabila diperlukan.

Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) yang telah dibangunkan

membantu JPN, PPD dan sekolah mendapatkan maklumat berkaitan

dengan kursus/ latihan yang telah dihadiri oleh guru-guru. Sistem e-SPLG

yang sentiasa dikemas kini dapat membantu JPN, PPD, dan sekolah

membuat perancangan LDP secara school based.

[Rujuk: KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007]

Page 127: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4. PENGOPERASIAN PELAKSANAAN PROGRAM KURSUS

Carta Aliran

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

1. Pelantikan Jawatankuasa

LDP peringkat sekolah

2. Melaksanakan Kajian

Keperluan

3. Perancangan Tahunan

4. Taklimat daripada

JPN/PPD

5. Mesyuarat LDP

6. Dokumentasi

7. Kertas Kerja dan

Permohonan

8. Kelulusan PPD /

Pengetua / Guru

Besar

9. Menjalankan Kursus /

Pemantauan /

Penilaian

10. Laporan Kursus

Rujuk Lampiran 1

1. Soal selidik untuk semua guru.

2. Analisis keperluan bidang

kursus.

1.Membuat Perancangan Tahun 2. Takwim LDP sekolah lengkap.

1. Pengedaran Kad Pelaporan Latihan.

2. Pengedaran garis panduan pelaksanaan.

1. Agihan bidang tugas.

2. Diadakan 2 kali setahun setiap

penggal.

1. Fail pengurusan LDP.

2. Fail dokumen LDP.

3. Fail pelaksanaan LDP.

Borang permohonan Kursus LDP, kertas kerja, senarai semak.

Menjalankan kursus selepas mendapat kelulusan PPD (untuk sekolah bukan PTJ) 1. Menjalankan kursus seperti

dirancang.

2. Memantau dan Menilai

Pelaksanaan Kursus. 1. Penghantaran laporan kursus 2

kali setahun (30 Jun dan 31 Dis)

ke Unit LDP (PPD)/JPN.

2. Laporan kewangan setiap bulan.

3. Penghantaran Kad Pelaporan

Latihan ke Unit LDP-PPD/JPN

(akhir tahun).

Page 128: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Pelaksanaan LDP yang terancang dan berstruktur akan dapat melindungi masa

instruksional di sekolah. Dalam hal ini, bilangan guru yang mendapat latihan

secara on-site dan meninggalkan sekolah adalah kecil. Kumpulan kecil ini

kelak, akan merancang dan seterusnya melaksanakan LDP kepada semua guru

tanpa mengganggu masa instruksional. Bagi memastikan LDP berjaya

mencapai objektif, pemimpin instruksional seharusnya meneliti kaedah

pelaksanaan dan tempoh masa yang secukupnya untuk memberikan peluang

kepada semua guru meningkatkan profesionalisme dan masa instruksional di

sekolah.

SYOR

Pemimpin Instruksional seharusnya memantau dan menilai setiap aktiviti LDP

school-based yang dilaksanakan bagi memastikan;

a. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan hendaklah dirancang bagi

melindungi masa instruksional di sekolah,

b. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan secara bersiri hendaklah

dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu instruksional,

c. Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membantu meningkatkan

profesionalisme guru di luar waktu instruksional,

d. Melalui LDP school-based ini bilangan guru yang meninggalkan

sekolah dapat diminimumkan dan kadar gangguan masa instruksional

dapat dikurangkan.

Page 129: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan:

Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School

Based, Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010.

Garis panduan Pengoperasian dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran

Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009.

Surat Siaran KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010

Surat Siaran SPI Bil.8/2005

Surat Siaran KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007

Page 130: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

JAWATANKUASA LATIHAN SCHOOL-BASED PERINGKAT

SEKOLAH

1. SEKOLAH MENENGAH

Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan Akademik

Setiausaha LDP : Guru Kanan Mata Pelajaran

Penolong Setiausaha : Guru Data

Ahli Jawatankuasa : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Petang

Penolong Kanan Tingkatan Enam

Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru Kaunselor

Guru Cemerlang

Guru Media

Pengerusi Kelab Guru

Ketua Pembantu Tadbir/ PT Kewangan

2. SEKOLAH RENDAH

Pengerusi : Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan Akademik

Setiausaha LDP : Ketua Panitia

Pen. Setiausaha : Guru Data

Ahli Jawatankuasa : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Kokurikulum

Page 131: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penolong Kanan Petang

Ketua-ketua Panitia

Guru Bimbingan

Guru Cemerlang

Guru Media

Pengerusi Kelab Guru

Ketua Pembantu Tadbir/ PT Kewangan

**Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), pelantikan AJK mengikut

kesesuaian sekolah.

Page 132: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI

9

Page 133: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GLOSARI

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

IAB - Institut Aminuddin Baki

JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

BKK - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

LP - Lembaga Peperiksaan

PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

MMI - Melindungi Masa Instruksional

SOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi)

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

SIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan

Sekolah)

PLC - Professional Learning Community (Komuniti Pembelajaran

Profesional)

RPH - Rancangan Pengajaran Harian

RPT - Rancangan Pengajaran Tahunan

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

PPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

Page 134: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 127

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AJK - Ahli Jawatankuasa

JK - Jawatankuasa

PK - Penolong Kanan

HEM - Hal Ehwal Murid

PIBG - Persatuan Ibu bapa - Guru

BBM - Bahan Bantu Mengajar

VRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya)

NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

TALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian

Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran)

ALT - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik)

SK - Sekolah Kebangsaan

SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas

TOV - Take-Off Value

OTI - Operational Target Increase

ETR - Expected Target Result

OKU - Orang Kurang Upaya

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PS - Pentaksiran Sekolah

PPsi - Pentaksiran Psikometrik

PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

LINUS - Literasi dan Numerasi

Page 135: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MBMMBI - Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan

Bahasa Inggeris

Page 136: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG

10

Page 137: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG

Penasihat

Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

(Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Setiausaha

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Penolong Setiausaha

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Editorial

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Azlina binti Yusoff Sekolah Kebangsaan Kajang Utama

Ummul Aemma binti

Murtedza

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi

Pembaca Proof

Saruchi bin Sawal Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai, Kajang, Selangor

Dr. Noor Hayati binti Che Mat SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor

Nor Salina binti Mohd. Zainudin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

Page 138: Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

M u k a S u r a t | 131

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penulis

Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

(Sektor Operasi Pendidikan)

Bong Muk Shin Bahagian Pendidikan Khas

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Abd Munir bin Mohd Rashid

Nadimin bin Abdul Aziz

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Dr. James Ang Jit Eng

Haji Abdul Razak bin Alias

Institut Aminuddin Baki

Mahamad Amran bin Kamsi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Ahmad Zaki bin Salleh

Habidah@Abidah binti Ibrahim

Razlee bin Mohamad

Bahagian Pendidikan Guru

Rohesan bin Muhamad Lembaga Peperiksaan Malaysia

Reka Bentuk dan Susun Atur

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Reka Bentuk Kulit

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Urus Setia

Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Abrar bin Idris Bahagian Pendidikan Islam

Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional

Hasliza binti Md Ali Bahagian Pengurusan Sekolah Harian