buku panduan kemahiran menaakul (1)

Download Buku Panduan Kemahiran Menaakul (1)

If you can't read please download the document

Upload: cikgu-echah

Post on 27-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kemahiran menaakul

TRANSCRIPT

Buku Panduan Kemahiran Menaakul

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Buku PanduanKEMAHIRAN MENAAKUL

Terbitan

iBahagian Pembangunan Kurikulum MEI 2012

ii

Copyright 2012 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran MalaysiaAras 4-8, Blok E9Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2012

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62600 Putrajaya

iii

KANDUNGANMuka Surat

Rukun NegaravFalsafah Pendidikan KebangsaanviKata PengantarviiPengenalan1Definisi2Asas Kemahiran Menaakul3Jenis-Jenis Kemahiran Menaakul7Kemahiran Menaakul Secara DeduktifKemahiran Menaakul Secara Induktif

Bagaimana Melatih Murid Menguasai Kemahiran Menaakul?9Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)15RPH Kemahiran Menaakul Bahasa Malaysia17RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Jasmani27RPH Kemahiran Menaakul Dunia Sains & Teknologi33RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Moral37RPH Kemahiran Menaakul Pendidikan Islam47RPH Kemahiran Menaakul Bahasa Tamil71

Panel Penyumbang77Rujukan79iv

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vii

KATA PENGANTAR

Perkembangan dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi menuntut perubahan landskap pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan pesat pada abad ke-21. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan memberi penekanan terhadap kemahiran menaakul di samping kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Justeru, buku panduan ini dihasilkan bagi membantu guru memahami asas kemahiran menaakul agar mereka dapat menerapkannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu murid menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan kemahiran menaakul dalam kalangan murid akan membantu hasrat negara melahirkan modal insan yang berkeupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Buku panduan ini dapat membantu guru untuk menerap dan melaksanakan kemahiran menaakul terhadap murid di dalam dan di luar bilik darjah. Beberapa contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan kemahiran menaakul telah disediakan sebagai rujukan.

Diharapkan guru dapat memahami kandungan buku panduan ini dan serusnya menggunakannya sebagai panduan bagi melaksanakan kemahiran menaakul dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sumbangan sepanjang penghasilan buku panduan ini.

viii

Pengenalan

Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca, menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses maklumat.

Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki ciri-ciri murid berikut:

kritis, kreatif dan inovatifberani dan bijak menyoalingin tahudaya berfikir sendiri dan fleksibelbekerjasamamengambil risikoberpandangan jauhmembuat perbandingan

2.0 Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia.

Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.

Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah.

Menurut PPK (2001) kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah 1.

KEMAHIRANBERFIKIRKRITISMENAAKULLogik RasionalKREATIFSTRATEGI BERFIKIRMengkonsepsikanMenyelesaikan masalahMembuat Keputusan

Rajah 1 : Model Kemahiran Berfikir

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang individu menguasai kemahiran menaakul.

ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL

Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses- proses asas kepada kognitif. Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif seperti ditunjukkan oleh Rajah 2.

Rajah 2: Asas Kemahiran Menaakul

Menyimpan

Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka panjang. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat lakaran peta minda dan gambaran imej.

Mengguna Semula

Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami idea baru.Memadan

Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah sama ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka panjang. Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu:

i.Mengkategori /mengkonsepsi

Iamembolehkanmuridmengelaskansesuatuobjekatauidea.Iamempercepatkan proses pemikiran dan memudahkan penghasilan generalisasi daripada maklumat yang diterima. Salah satu teknik ialah pemecahan kepada kumpulan (chunking). Contohnya, pelajar melihat bunga ros dan mengkategorikannya dalam kumpulan tumbuhan berduri.

Ekstrapolasi / Generalisasi

Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada sesuatu situasi kepada situasi lain. Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi yang baru. Contohnya, seorang pelajar yang mengetahui peraturan asas dalam permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk memahami peraturan permainan ragbi.

Penaakulan Analogi

Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea. Pengetahuan sedia ada bagi objek atau idea terdahulu digunakan bagi memahami idea yang lain. Ianya membolehkan murid menggabungkan dua asas kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat generalisasi untuk menghadapi maklumat baru dengan lebih berkesan.

Penilaian secara logik

Proses membandingkan maklumat yang diperolehi dengan maklumat sedia ada untuk memastikan ianya sah atau benar.Penilaian Nilai

Proses memadankan nilai baru kepada nilai sedia ada untuk memastikan sama ada ia logik atau sebaliknya.

Prosedur Eksekutif (Melaksana)

Ia merupakan prosedur terakhir dalam kemahiran menaakul. Proses ini menjadi penting kerana ia mengkoordinasikan kemahiran-kemahiran bagi membantu pembinaan dan struktur kognitif yang baru dan menstruktur semula yang lama. Prosedur ini melibatkan tiga kemahiran:

Penghuraian

Menghurai adalah proses membuat inferen terhadap maklumat yang didengar atau dilihat tetapi tidak dinyatakan secara tersurat. Murid menggunakan kemahiran kemahiran mengkategori, menghurai, menaakul analogi dan mengguna semula maklumat untuk membuat inferen. Proses menghurai dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak boleh menyediakan maklumat yang lengkap dan apabila murid tidak boleh memahami maklumat sedia ada.

Penyelesaian Masalah

Proses mencari maklumat atau strategi bagi mencapai matlamat atau usaha- usaha mengatasi rintangan. Ia melibatkan penerangan masalah,penentuan hasrat, pemilihan cadangan penyelesaian, pemilihan strategi, pengujian cadangan penyelesaian, penilaian dapatan daripada cadangan penyelesaian dan mengkaji semula langkah-langkah yang perlu. Kreativiti dan pemikiran kritis diperlukan dalam proses penyelesaian masalah kerana kedua-dua aspek ini menentukan kualiti penyelesaian yang diambil.Penggubahan

Merupakan satu proses mewujudkan maklumat baru untuk mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan melalui gambar, graf, peta minda dan petikan.

4.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENAAKULTerdapat banyak jenis kemahiran menaakul seperti penaakulan spatial, verbal, logikal, numerikal, abstrak dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun dalam Buku Panduan ini hanya penaakulan logikal digunakan. Dalam penaakulan logikal terdapat penaakulan induktif dan deduktif

KEMAHIRAN MENAAKUL SECARA INDUKTIF

Membuat pertimbangan daripada beberapa contoh atau situasi yang khusus untuk membuat satu kesimpulan atau pengitlakan. Lazimnya, dimulai dengan contoh- contoh khusus sebelum pelajar dapat membuat kesimpulan umum. Ciri-cirinya ialah seperti berikut:

Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan rumusan

Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman

Mengakumulasikan maklumat untuk membentukkan rumusan

Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu Langkah Penggunaan:

Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik

Perhatikan ciri atau pola yang sepunya Buat satu kesimpulan atau rumusan.

CONTOH-CONTOH PENAAKULAN INDUKTIF

Saya berpendapat Zul adalah pembunuh. Dia mempunyai motif, dia mempunyai peluang, sarung tangan yang berdarah dijumpa di tempat pembunuhan dan dia tidak mempunyai alibi.Saya pasti Lili tahu berenang kerana ramai orang tahu berenang.

Bob gagal dalam matematik. Dia pasti gagal dalam matematik tambahan

KEMAHIRAN MENAAKUL SECARA DEDUKTIF (Specialising)

Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Lazimnya, dimulakan dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. Ciri-cirinya:Generalsasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit

Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi

Contoh tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid

Contoh mesti betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lainPemahaman generalisasi murid mestilah dinilai melalui pelbagai cara (lisan dan bukan lisan)

CONTOH-CONTOH PENAAKULAN DEDUKTIF

Budak lelaki suka main bola sepak. Nash adalah budak lelaki, maka dia suka main bola sepakOleh kerana 2 x 2=4, dan 22 adalah sama dengan 2 x 2, maka 22=4Peratus perokok mati disebabkan kanser paru-paru adalah tinggi. Pakcik dia seorang perokok, dia pasti mati kerana penyakit kanser paru-paru.

Bagaimana Melatih Murid Kemahiran Menaakul?

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran menaakul perlu dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi murid. Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menimbulkanrasa ingin tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam.

Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambil kira keperluan mengembangkan intelek dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran menaakul dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Beberapa aktiviti boleh dirancang dalam mengembangkan intelek dan daya berfikir dalam kalangan murid. Kemahiran menaakul boleh dilaksanakan dalam pengajaran bagi semua mata pelajaran dan boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam kelas mengikut kesesuaian pelaksanaan mata pelajaran tersebut.

Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas ini boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik yang boleh dilaksanakan termasuklah:

Teknik Perbincangan dan soal jawab

Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang daya fikir murid ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul dengan baik. Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang memberi ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan soalan mengapa dan bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan yang memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan perspektif atau sudut pandangan yang berbeza mengenai peristiwa, masalah atau watak dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Contoh tugasan murid:

Aminah murid tahun 3 ada latihan bola jaring di sekolah pada petang itu. Ibu Aminah tiba-tiba demam dan meminta Aminah tolong menjaga adiknya. Aminah telah berjanji dengan gurunya untuk hadir latihan itu. Kini dia perlu membuat pilihan sama ada perlu hadir latihan atau menolong ibu di rumah. Minta murid berbincang dan bersoal jawab daripada perspektif diri Aminah10

sebagai pelajar dan Aminah sebagai anak yang baik dalam menyelesaikan masalah ini.

Teknik penggunaan pengurusan grafik

Melalui teknik ini, guru boleh melatih murid menggunakan pengurusan grafik dalam memahami maklumat, menjana idea dan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan teknik ini ialah aktiviti yang memerlukan murid memahami maklumat dan menjana idea atau membuat andaian yang dipersembahkan dalam pengurusan grafik untuk memudahkan murid menyelesaikan tugasan. Dalam hal ini, guru dapat menggalakkan murid berfikir dalam mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan tadi.

Contoh tugasan murid:

Satu malam, Ah Meng lalu di sebuah jalan yang sunyi di pinggir sebuah kampung dan terserempak dengan sebuah lembaga putih. Dia berhenti dan bersembunyi di belakang sebatang pokok. Lembaga itu makin menghampirinya. Pada pendapat kamu apakah lembaga itu dan apa yang berlaku kepada Ah Meng selepas itu?. Tulis cerita ini sehingga selesai.

Teknik pembelajaran secara koperatif

Guru memberi penekanan kepada murid belajar dalam kumpulan dan menyelesaikan tugasan secara kumpulan mengambil kira idea semua ahli dan dipersetujui bersama. Aktiviti permainan memerlukan kerjasama dan kesatuan idea antara semua ahli kumpulan. Contoh tugasan yang boleh diberi kepada murid untuk diselesaikan secara kumpulan dan bersama-sama. Murid perlu membentuk kumpulan 10 orang untuk membuat satu projek. Kumpulan bebas menentukan jumlah lelaki dan perempuan tetapi bilangan tidak melebehi 10 orang. Pecahan lelaki dan perempuan tidak boleh serupa dengan kumpulan lain. Tentukan dan isi dalam borang yang disediakan.

KumpulanLelakiPerempuanJumlahKumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulam 3

Kumpulan 4

Teknik sumbang saran dalam penyelesaian masalah

Dalam aktiviti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, guru boleh menggunakan teknik sumbang saran dan akhirnya memilih idea yang paling sesuai daripada semua idea yang dikemukakan oleh murid. Aktiviti ini membolehkan murid membina kemahiran menaakul di samping menganalisis maklumat atau data yang diberi. Mereka dapat menaakul untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap tugasan yang diberikan.

Contoh tugasan murid:Amin membeli 40 biji guli dan memberikannya kepada dua orang adiknya. Adik yang pertama mendapat 25 biji guli. Berapa biji guli yang diperoleh oleh adik kedua? Dalam aktiviti ini murid terpaksa berfikir untuk menyelesaikan masalah. Dua orang akan menerima sejumlah guli daripada 40 biji yang ada. Seorang mendapat 25 biji daripada 40 biji dan jumlah yang diterima oleh seorang lagi ialah lebihan dan baki yang ada.

Teknik projek

Teknik ini memberi ruang kepada murid untuk berfikiran secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan projek. Dalam menghasilkan sesuatu projek ini, murid juga perlu menaakul untuk membuat keputusan yang baik.Contoh tugasan membuat projek salasilah keluarga murid. Bagi menghasilkan sesuatu projek murid perlu menaakul dalam menentukan kedudukan yang betul setiap ahli dalam keluarga mereka.

Teknik Permainan

Melalui permainan, guru boleh mewujudkan situasi untuk murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Murid perlu dilatih memahami dan menentukan strategi yang baik untuk mereka menguasai permainan itu.

Contoh dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, permainan lebih menjurus kepada permainan bahasa seperti mencari perkataan tersembunyi. Dalam mencari perkataan tersembunyi murid perlu faham pembentukan perkataan yang tersembunyi itu dan perlu menentukan strategi yang sesuai dalam menyelesaikan permainan ini.

Teknik Perbahasan

Dalam perbahasan banyak idea yang mesti dikeluarkan dari pelbagai perspektif untuk dibahaskan dalam membuat keputusan. Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk memupuk motivasi kepada murid bagi membolehkan mereka menganalisis pendapat dan perspektif yang pelbagai mengenai sesuatu isu yang penting. Pendapat yang dibahaskan dan dipertikaikan ini akan dirumus oleh murid bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang wajar.

Contoh murid membahaskan strategi terbaik dalam permainan bola jaring dalam pasukan mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti.Teknik Inkuiri

Teknik ini merupakan teknik pengajaran untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Aktiviti dalam teknik ini memberi latihan yang sebenar dalam proses mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat rumusan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam pengajaran Sains dan Kajian tempatan. Contoh ujikaji dalam Sains.

14

CONTOHRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

15

16

BAHASA MALAYSIA

TEMAKEBUDAYAANTAJUKKuih-muih Melayu

FOKUS UTAMAStandard Kandungan3.3Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran3.3.1Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:

i.Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas.

ii.Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

PENGISIAN KURIKULUMIlmu: Kajian Tempatan dan Kemahiran HidupNilai: Membantu, berdikari, rasional, menghormati, menghargaiKBT/EMK: TMK dan konstekstual

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Kata kerja, kata hubung

MEDIA

Kad gambar, lembaran kerja

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMK/PENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Mengenal pasti makanan tempatan

Empat orang murid diminta merasa makanan sambil mata ditutup dan meneka makanan tersebut.

Guru mencatatkan nama makanan yang disebut murid di papan tulis/powerpoint. Murid diminta menyatakan perkataan sepunya dalam frasa (pisang).

Ilmu:Kajian Tempatan Kemahiran HidupNilai: Rasional EMK: TMK KBKK:Menjana idea

Konteks:Makanan dalam kehidupan serta proses menyediakan makanan

Soalan:Apakah makanan yang dirasa tadi? (pisang goreng)Mengapa kamu kata itu pisang goreng?Apakah persamaan dan perbezaan pisang goreng dengan pisang rebus?Mengapakah rasa makanan tersebut berbeza?

Membina frasa

Guru menaip perkataan pisang dan membimbing murid menaip perkataan lain untuk mengembangkan perkataan pisang menjadi frasa.

Selepas perkataan: pisang emas, pisang rebus, pisang gorengSebelum perkataan: kerepek pisang, anak pisang, daun pisang.

Murid diminta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang perkataan dengan frasa dan membuat kesimpulan dari beberapa aspek seperti persamaan, perbezaan dan kekeliruan konsep frasa dalam Bahasa melayu.

Frasa peluasan kata nama)

Kosa kata

ABM: Kuih, Lampiran 1 (gambar/slaid komputer)

[Selepas perkataan dikembangkan induksi]Apakah kata inti bagi frasa tersebut?Bagaimanakah cara mengembangkan perkataan kepada frasa?Apakah perbezaan antara perkataan dengan frasa?

Punca permasalahan:Bolehkah perkataan menjadi frasa?Bolehkah frasa lebih daripada dua perkataan?

AKTIVITIEMK/PENGISIAN KURIKULUMCATATANGuru memaparkan gambar dan meminta murid mengembangkan perkataan kepada frasa secara berpasangan. Contoh gambar udang, ayam, kacang dan ubi

Wakil kumpulan menulis frasa dalam powerpoint. Guru dan murid membin- cangkan ketepatan ejaan, kemudian murid lain menyalin frasa dalam LPG 1.

Pengukuhan pembinaan frasaGuru dan murid berbincang tentang gambar proses memasak dan mencatatkan perkataan berkaitan dengan gambar.

Guru membimbing murid menaakul untuk mengenal pasti dan menyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar yang dipamerkan.Contoh soalan yang membolehkan murid menaakul:

Alat ini dinamakan pengukus maka aktivitinya mengukus. Jika alat ini dinamakan pengisar apakah aktiviti yang sesuai untuk alat ini.Mengapa kuih dibakar tidak terus ke dalam api seperti membakar sampah?Mengapa bila menggoreng, kita perlu menggunakan minyak?Apakah perbezaan antara merebus dan mengukus?

Murid bergilir-gilir membuat latihan melengkapkan frasa pada skrin komputer berdasarkan gambar.

Murid menulis frasa tersebut ke dalam buku latihan yang disediakan.

Ilmu:Kemahiran Hidup Nilai: berdikari

Lampiran 2: Gambar proses memasak.20

AKTIVITIEMK/PENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Pentaksiran

a. Murid melengkapkan ayat dialog dengan menggunakan frasa yang sesuai.

KBT:KB-menganalisis

Lampiran 3 Pentaksiran

PemulihanGuru membimbing murid melengkapkan frasa berpandukan gambar dengan perkataan yang sesuai.Murid membaca frasa yang telah dibina.

Ilmu: KajianTempatan

Lampiran 4 Pemulihan

Pengayaan

a. Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan sendiri dan frasa.

Nilai: berdikari

Lampiran 5 Pengayaan

Rumusan

a. Guru dan murid berbincang tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan menggunakan ayat yang ada frasa yang mereka tahu.

Nilai: Kebersihan Membantu

Soalan:

Mengapakah makanan kebanyakannya perlu dimasak?Mengapakah sesetengah makanan menyebabkan keracunan walaupun telah dimasak?Apakah langkah penjagaan kebersihan sebelum, semasa dan selepas memasak?Mengapakah remaja perlu belajar memasak?

Aktiviti 1

Teka apakah aktiviti apa yangterdapat dalam gambar.

Lampiran 2

Lengkapkan frasa di bawah berdasarkangambar danperkataantersebut.yangdiberidenganmenaipperkataanmenghirismenggorengmenjerangmengukusmenguli

air.2.bawang.

3.tepung.4.kuih.

5.karipap.

Lampiran 3 Penilaian

Lengkapkan dialog di bawah dengan menggunakan frasa yang diberi.

Pastikan kerjasaya dan adiksambil mendengar radioagar dapat meringankanmakanantidak tercemar

Ibu:Dini, bolehkah tolong ibu sediakan bahan-bahan membuat nasi lemak ?Dini :Baiklah ibu, membantu ibu. akan

Ibu:Sebelum menolong ibu, pastikan kamu mencuci tangan dengan bersih supaya

.

Adik :Kakak, bolehkah adik membantu ibu ?

Dini :Boleh, tetapi kamu siap.

Adik :Kakak, kenapa kita mesti menolong ibu?

Dini :Kita patut menolong ibu bebannya.

Adik :Oh, begitu!

Lampiran 5

PemulihanBaca dan lengkapkan frasa dengan kata kerja berdasarkan gambar.lemang kek lauk

kuih air minuman

Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja.

Lampiran 6 Pengayaan

Lengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi.

ssmammenbdiil engar radio

menggoreng lempeng pisangmaddkaaann kuih

tiga keping kuih

rasanya manis

Adik tidak sukakaripap.

Rini membeli sebungkus nasi lemak dan.

Ayah makan kuih koci sambil.

Saiful suka makan kuih keriakerana

Kamalinauntuk keluarganya.

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.

PENDIDIKAN JASMANI

TAJUKKEJAR MENGEJAR

FOKUSBerkebolehan melakukan aktiviti kelajuan

STANDARD PEMBELAJARAN1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan.nal pasti postur badan yang betul semasa berlari.nal pasti kordinasi tangan dan kaki semasa berlari.

5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya

OBJEKTIFMelakukan aktiviti berlari dalam pelbagai kelajuan dengan lakuan yang betul.

Aktiviti Mencapai Standard Pembelajaran

Aktiviti memanaskan badan: Larian PiramidAktiviti 1: Lipas KudungAktiviti 3: Kejar MengejarPermainan Kecil: Larian Susun KadAktiviti Mnyejukkan Badan: Regangan statik dengan iringan muzik

EM

1. Kreativiti dan inovasiBahan Bantu Belajar

Skital, batang kayu panjang dan kad huruf.Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan. (Rujuk Lampiran Lembaran Kerja)

Refleksi............ bilangan murid yang dapat mencapai standard pembelajaran.

Tindakan susulan yang diberi kepada murid yang belum mencapai standard pembelajaran ialah ..............................

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMKCATATANPermulaan:

Aktiviti memanaskan badan

Murid dalam tiga kumpulan kecil.Setiap kumpulan berada di skital A, B dan C.Murid di skital A akan berlari perlahan ke skital B sambil membawa dua biji bola sepak/jaring.Murid di skital B akan berlari pantas ke skital C sambil membawa baton.Murid di skital C akan berjalan pantas ke skital A sambil membawa pundi kacang di atas kepala.

Soalan-soalan menaakul setelah selesai melakukan aktiviti:

Kumpulan manakah yang sampai dahulu ke tempat yang dituju?Mengapakah kumpulan tersebut sampai dahulu ke tempat yang dituju?Apakah perbezaan pergerakan ketiga- tiga kumpulan tersebut?

Nilai:

Bekerjasama dalam kumpulan

EMK:

Kreativiti dan inovasi

Tip Untuk Guru: Semasa berlari:Lari di atas bebola kaki.Pandang kehadapan.Kepala tidak digoyang-goyangkan.Ayun tangan berselang dengan kaki dan lari dalam garisan yang lurus.Angkat lutut tinggi semasa berlari.

Organisasi:

A

Lari AnakBerjalan

BC

Lari pantas

AKTIVITIEMKCATATANAktiviti 1: Lipas Kudung

Murid berdua dalam kumpulan.Murid yang di hadapan akan berada 10 meter dari rakan.Murid di belakang akan bermula berlari anak sehingga ke tempat yang ditanda.Apabila sampai ke tanda, murid tersebut akan menambah kelajuan larian untuk mengejar rakan yang di hadapan.Murid yang dihadapan akan lari dengan laju apabila murid di belakang sampai ke tanda hingga ke tempat selamat.Pergerakan larian dalam garisan yang lurus

Guru boleh bertanya beberapa soalan menaakul kepada murid:

Bagaimana kamu membuat larian yang pantas?Bagaimanakah pergerakan kamu semasa mengejar rakan di hadapan?Apakah yang akan terjadi jika membuat larian pantas menggunakan bahagian tumit?Mengapakah untuk membuat larian yang pantas lutut mesti ditinggikan?

Nilai:

Bersyukur dengan anugerah Tuhan

EMK:

Kreativiti dan inovasi

Organisasi:

Penanda

A

BAktiviti 2: Kejar Mengejar

Murid berdua dalam satu kumpulan.Murid di hadapan dan di belakang akan memegang sebatang batang penyapu di tangan kiri atau kanan.Dalam jarak yang tentukan, murid yang di hadapan akan menjatuhkan batang penyapu tanpa memberitahu murid di belakang.

Organisasi:

Penanda

A

B30

AKTIVITIEMKCATATAN4. Apabila kayu dijatuhkan, murid di hadapan akan melakukan larian pantas dan murid di belakang akan mengejar murid di hadapan sehingga jarak yang ditentukan.

Contoh-contoh soalan menaakul yang boleh ditanya kepada murid:Mengapa perlu pandang di hadapan dan kepala tidak digoyang- goyangkan semasa membuat larian pantas?Ayunan tangan mesti diselang selikan. Mengapa?Apakah yang akan terjadi jika postur badan tidak betul semasa membuat larian?

EMK:

Kreativiti dan inovasi

Permainan Kecil: Susunan Kad

Murid dalam kumpulan kecil.Murid berlari ke kawasan kad dan menyusun kad membtuk satu perkataan.Kumpulan yang berjaya menyusun kad dalam masa yang pantas dikira sebagai pemenang.

Organisasi:

MuridKawasan KadPenutup:

Aktiviti menyejukkan badan.

Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan muzik berentak perlahan.Guru membuat rumusan dan mengedarkan lembaran kerja/pentaksiran untuk dijawab oleh murid.

LEMBARAN KERJA

Nama: Tarikh:

Kelas:

KEJAR MENGEJAR

Tandakan ( ) pada penyataan yang teknik berlari yang betul.

Berlari pantas dengan menggunakan tumit.()

Mata pandang ke hadapan semasa berlari.()

Tangan kiri di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari.()

Tangan kanan di hadapan, kaki kiri di belakang semasa berlari.()

Tangan kanan di hadapan, kaki kanan di belakang semasa berlari.()

Gunakan bebola kaki semasa berlari.()

PANTAS

PERLAHAN

Padankan kelajuan pergerakan haiwan-haiwan ini.

MATA PELAJARAN: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

Masa:60 minit

Tajuk:Penyerapan

Standard Pembelajaran :Mengenal pasti bahan yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti.Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air dalam kehidupan.

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:Menyatakan bahan yang boleh menyerap dan kalis air.Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran:

Guru menyediakan peralatan dan bahan seperti berikut:bikar.kain, kertas, kapas, plastik, kayu, batu, tisu,air berwarna

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan penyiasatan.

Murid menjalankan aktiviti berdasarkan langkah- langkah berikut:

Langkah-langkah:Masukkan air berwarna ke dalam 4 bikar yang berasingan dan tandakan paras air pada bikar.Masukkan bahan tersebut satu persatu ke dalam bikar yang berlainan.Selepas satu minit keluarkan bahan tersebut daripada bikar dan perhatikan. (Nota: pastikan bahan tersebut masuk sepenuhnya ke dalam air berwarna.)

Murid membuat pemerhatian apa yang berlaku semasa dan selepas bahan tersebut dikeluarkan.

Soalan guru:Apakah yang dapat kamu perhatikan?Adakah paras air dalam bikar sama selepas eksperimen?Kenapa paras air tidak sama?Apa yang sebenarnya berlaku?

v. Mengapa terdapat bikar yang paras air sama?Murid berbincang dengan ahli kumpulan untuk menentukan bahan yang menyerap air dan kalis air berdasarkan hasil penyiasatan.

Soalan guru:Berdasarkan penyiasatan yang telah kamu lakukan, apakah bahan yang bolehmenyerap air?Apakah pula bahan yang kalis air?

Murid menjalankan penyiasatan dengan menggunakan bahan yang lain.

Soalan guru:Nyatakan bahan lain yang boleh menyerap dan kalis air.

Guru mempamerkan gambar payung yang diperbuat daripada kain dan gambar tuala yang diperbuat daripada plastik dan murid memerhatikan gambar tersebut.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka perhatikan.

Soalan guru:Apakah yang kamu perhatikan.ii.Adakah sesuai payung dibuat daripada kain? Kenapa?Adakah sesuai tuala dibuat daripada plastik? Kenapa?Adakah penting terdapat bahan menyerap air dan kalis air dalam kehidupan harian kamu?Apakah akan berlaku jika tiada bahan menyerap air dalam kehidupan harian kamu?

vi.Apakah akan berlaku jika tiada bahan kalis air dalam kehidupan harian kamu?

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti

Bahan Bantu Belajar :Bikar, kain, kertas, kapas, plastik, kayu, batu, tisu,air berwarna

Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran:Murid menyiapkan lembaran kerja.

Refleksi :-------- bilangan murid yang dapat menyatakan objek yang meyerap air dan kalis air.---------bilangan murid yang tidak dapat menyatakan objek yang meyerap air dan kalis air dan guru memberi aktiviti pemulihan selepas pengajaran dan pembelajaran.

Lembaran Kerja

Kumpulkan objek-objek di bawah mengikut kumpulan yang betul.

botolstokinbelonbaju kurung

payungtisukertaskhemah

menyerap airkalis air

FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran dan Kelas: Pendidikan Moral Tahun 2 BestariTema / tajuk: Membantu Keluarga Kembangan.

3. Masa: 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

Standard Pembelajaran :

Menyatakan tiga cara membantu keluarga kembanganMenyenaraikan tiga kepentingan membantu keluarga kembanganMenceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembanganMengamalkan sikap baik hati dalam keluarga kembangan

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:menyatakan cara membantu keluarga kembanganmenceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembanganmengamalkan sikap suka membantu dalam keluarga kembangan kepada orang lain.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

EMK:

Menjana idea cara memberi bantuan kepada keluarga kembangan secara lisan atau dengan menggunakan bahan.Sumbang saran berkaitan kepentingan dan perasaan memberi bantuan kepada keluarga.iii.Murid menjawab soalan yang disediakan

KreativitiTMK - Menggunakan pemprosesan kata (MS Word)

Bahan Bantu Belajar:

Lembaran kerja, Kad gambar , borang senarai semak.

Penilaian P dan P:lembaran kerja (Tandakan (/) pada pernyataan yang betul)

Refleksi

36 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.4 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang

FASACADANGAN AKTIVITIFasa Persediaan Pemerhatian AnalisisBuku latihan guru terjatuh ke atas lantai.Murid keluar membantu guru mengutip buku latihan.Guru memuji sikap baik hati murid tersebut.Guru mengambil kesempatan ini untuk membawa masuk tajuk yang ingin dipelajari pada hari ini.

Fasa ImaginasiPenjanaan Idea

Sintesis Idea

Guru menunjukkan beberapa keping gambar yang menunjukkan cara membantu keluarga kembangan.( Lampiran 1)Murid memerhatikan gambar-gambar tersebut dan menyatakan 3 cara membantu keluarga kembangan yang terdapat dalam gambar.

Cuba terangkan situasi yang berlaku dalam gambar ini?

Guru mencatatkan contoh-contoh cara membantu keluarga kembangan yang dinyatakan oleh murid-murid pada kertas mahjongBagaimana kamu boleh membantu dalam keluarga?

Fasa Perkembangan Penambahbaikan

Penilaiani. Guru mengedarkan senarai semak Bantuan Yang Dihulurkan Kepada Keluarga Kembangan kepada setiap murid. (Aktiviti 1.1)Guru menjelaskan cara melaksanakan dan mengisikan senarai semak.Murid menyatakan kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan dalam membantu orang.

Fasa TindakanPelaksanaanGuru meminta murid menceritakan bagaimana mereka telah dan pernah membantu keluarga masing-masing dalam keadaan yang terdesak atau saat yang penting?

Contoh soalan:

Bagaimanakamupernahmembantukeluarga mengatasi masalah?Apakah perasaan kamu ketika itu?Bagaimanakahperasaankamuselepasdapat menyelesaikan masalah tersebut?

ii. Sesi soal jawab antara rakan sebaya digalakkan dalam ini.Amalan berterusanMurid menyatakan kepentingan membantu keluarga?Murid digalakkan membudayakan adat suka membantu kepada

orang lain selain dari ahli keluarga.

40

Membantu Keluarga

Kembangan, Saya Gembira.

Arahan:Senarai Semak:

Bantuan Yang Dihulurkan Kepada Keluarga Kembangan

Nama Murid :Kelas :

BilTarikhJenis BantuanTandatangan Ibu bapa

Skor :

Tandatangan Guru : Tarikh :

Skrip Lakonan Menyambut Tahun Baru Cina

Arahan :Lakonkan watak-watak yang diberikan dan jelaskan perasaan anda semasa membantu keluarga kembangan.

Murid memegang watak-watak seperti berikut: Datuk, nenek, bapa, ibu, kakak, abang dan Ah Ming.

Situasi :

Keluarga Ah Ming balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina.Setibanya mereka di rumah datuk dan nenek, mereka bekerjasama membersihkan halaman rumah datuk nenek.Mereka juga menghiasi ruang tamu .Setiap ahli keluarga melaksanakan tugas masing-masing. Ah Ming diminta membantu datuk nenek menyapu daun kering di halaman rumah.

Apakah perasaan Ah Ming dan sekeluarganya selepas membantu keluarga kembangan membersihkan rumah?Jelaskan.

Adakah Ah Ming mengamalkan nilai Baik Hati?

Arahan:Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah.

Ai Ling membantu ibu menjaga adik

semasa ibu sedang memasak di dapur.()

Kakak memetik bunga jirannya untuk

Ibu tersayang.()

Rahman berasa malu menolong datuknya

menjual kuih di pasar malam.()

Abang suka membantu nenek menyiram

bunga pada setiap waktu petang.()

Membantu ahli keluarga dapat mengeratkan

Hubungan sesama keluarga.()

Arahan:Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan membantu keluarga kembangan.

Arahan:Senaraikan perasaan semasa membantu keluarga kembangan.

seronok benci gembira

malu bangga sedih

rela rajin sombong

1.

2.

3.

4.

5.

3

3 30 7.1 7.1.3 1 .2

3

4

1 2 3

4

5

6

DLP

EK1.4

EK1.9

EK1.13

DLP 1 2 3

& .1 & .2 & .3

1.1.2 1 1 1

_JJI

1 1 2 1 1 3 1 1 4 1.1 (Powerpoint) DLP 1 2 1 1 2 2 1 2

1 2 3

1 2 4

1

2

3

1 2 5

1 2 6

1 3 1 1 3

1 3 2

3 50

3

1 5 4

( EK1.4

(EK1.9 1 6 1 1 6 1 6 2

( EK1.13

1 6 3

1 7 1 1 7

1 7 2

2 1

1 7 3

1 8 1 1 8 1 8 2

3

1

t!)-'

2

t!)-'

3

t!)-'

3 60 4.4 4.4.1 4.4.2

.1 .2

.3

.1

.2

.3 .4

(EK 1.9 ) : .1

(EK 1.1 )

DLP .2

.1 DLP .2 .3

.1

& .2

.3

DLP 1.1.1 1.1 DLP 1.1.2

1 2

3

1.1.3

DLP 1.2.11.2 powerpoint

1.2.2

1

2

1.2.3

DLP

1.2 4

1.2 5

1.3.1 1.3 1.3.2

1.3.3

DLP

powerpoint

-

1.3.4

1.3 5

EK 1.9 41.4.1 1.4 1 EK 1.9

1.4.2

www.bpk.moe.gov.my

EK 1.9

1.4.3

1.4 4

1.5.11.5

1.5.2

1 1.6.1 1.6 2 1.6 3 1.6

EK 1.1 1.7 1 2 1 1.7 EK 1.1

1.7 2

www.bpk.moe.gov.my

1.8.1 1.8

1.8.2

2

3 60

3

: i-. 1

: t!)-':

: i-. 2

: t!)-':

.1

.2

.3

4

.5

-.6

.7

-.8

2

)

1

2

3

4

- 5

3 60 1.2.2 1.2.2.3

1.2.2.4

1.2.2.5

.1

.2

.3

.1 .2 .3

.4

DLP powerpoint - ..: .1 .2

EK 1. 4

EK 1.14

EK 1.9

DLP .1 .2 .3

4

- .1

DLP 1.1.1 1.1 DLP

1.1.2 powerpoint

1.1 3

.i

.ii

.iii

1.1.3

DLP 1.2.1 powerpoint 1.2

1.2.1

1.3.1 1.3 DLP powerpoint

EK 1. 4

.1

.2

.3

.4

5

.6

1.3.2

1.3.3 .1 *

..: .2

.3

.4

1.3.4

1.4.1 1.4 1.4.2

EK 1.9 1.4.3

.i

.ii

1.4.4

.1.1

.2.2

.3.3

.4.4

.5

.6

EK 1.14 1.5.1 1.5

1.5.2

1.5.3

1.5.2

1.6.1 1.6

1.7.1 1.7

1.8.1 1.8

1.8.2

1.8.3

.1

5 .2

.3

.4

.5

1

............................................................................................................................................................................................................................................................................................................

,

/: / 3 / : / : 60 : 1.8.1: , .

/

1. .

1

1

. .

2

2

1. .2. .3. .

3

31. .

1. .

:

1. .

:

1. .

1

2

3 : ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

PANEL PENYUMBANG

Penasihat:Dato Ibrahim bin Mohamad PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum

En. Mohd. Zainal bin DirinTimbalan Pengarah (Dasar, Sains & Teknologi)

SidangEditor:En. Baharin YahayaPn. Norhayati Mokhtar Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penyumbang:

Pn. Amy Wong On MeiIPGM Kampus Pulau Pinang

En. Azhar AriffinIPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan

Pn. Rofilah binti Md. SaidSMK Dato Klana Putra, Port Dickson

En. Mohd Fadzli bin Abu BakarSMK Seri Pagi, Seremban

Cik Katijah binti Abu BakarSM Teknik Muadzam Shah, Muadzam Shah

En. Rosli bin JaffarSK Bukit Kepong, Muar

Pn. Aishah binti BorhanSK Gangsa, Durian Tunggal

Pn. Suhailah binti MusaSK Merlimau, Merlimau

Pn. Maznah binti IbrahimSK Lesong Batu, Alor Gajah

En. Mazlan bin MohibbuddinSK Lui Timur (F), Jempol

Pn. Norfaizah AhmadSK Bukit Beringin, Melaka

Sumbangan Khas:

Pn. Norehan ShaharounIPGM Teknik, Cheras Prof. Madya Dr. Yudariah Mohd. YusufUTM, SkudaiPegawai Mata Pelajaran BPK:

Pn. Norsidah Abd. Rahman Pn. Liza OthmanEn. Kamarul Azlan Ahmad Hj. Fauzi AbdulEn. Ahmad Zakuan Md. Khudzri En. Mior Syazril Mohd. Sapawi Cik Kamariah Mohd. YassinPn. Noraziah Ahmad Ghazali Pn. Vanaja RatnamPn. Than Chew Keok Hjh. Hasnah Nordin

Illustrasi:

En. Shahrizal AmirSJKC Tai Thung, Kuala Lumpur

Susun Atur:Muntasir Hj. MuazBPK79

RUJUKAN

Terry, W. & Higgs, J. (1993). Educational programmes to develop clinical reasoning kills. Australian Journal & Physiotheraphy, 39, 47-51.

Mobley, W.C.. (2010). Role of basic science in clinical reasoning education. AACP Meeting and Seminar, 10-14 Julai

(2010, September 3). Thinking skill: Reasoning. Retrieved from Exforsys Inc-Self- Study Online Training website: http://www.exforsys.com/career-center/core- skills/thinking-skill-reasoning.html

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.