cimb tempoh kempen kempen ini tempoh kempen · pdf filepelaburan berstruktur (tidak termasuk...

16
1 Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB (“Kempen”) 1. Kempen Preferred 10 CIMB dianjurkan bersama-sama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) dan CIMB Islamic Bank Berhad (67138-H). 2. CIMBmerujuk sama ada kepada CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank”). 3. Kempen ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Preferred 10 CIMB Bank yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”). Dalam melaksanakan Kempen ini bersama-sama dengan CIMB Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada kumpulan Hadiah yang sama yang dirancang untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank. Tempoh Kempen 4. Kempen Preferred 10CIMB (“Kempen ini”) diadakan dari 1 Februari 2016 hingga 30 hb November 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). 5. CIMB merizab hak, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar, untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan 6. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada: a) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru; dan b) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang merupakan pemegang kad utama Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite (“Kad Kredit Preferred Visa Infinite”) (dirujuk secara kolektif sebagai Pemegang Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite”) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Malaysia”) sahaja; dan c) semua pemegang akaun utama Akaun Semasa CIMB Preferred (“Akaun Sertaan”) yang baru dan sedia ada; dan d) semua pemohon CIMB Preferred yang berjaya memohon Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB; dan e) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang melabur dalam produk pelaburan CIMB berikut: Pelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, Pelaburan Boleh Tukar Emas & Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur); dan/atau Unit Amanah (Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan sahaja); dan/atau Skim Persaraan Swasta; dan/atau Dana Berubah-ubah ASNB (ASN2, ASN3, ASG); dan/atau Pembiayaan Berbilang Kolateral; dan/atau Clicks Trader& Clicks Trader Plus(dirujuk secara kolektif sebagai Produk Pelaburan”) dalam Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak menyertai Kempen ini:

Upload: vonhan

Post on 12-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

1

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Preferred 10 CIMB (“Kempen”)

1. Kempen Preferred 10 CIMB dianjurkan bersama-sama oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) dan

CIMB Islamic Bank Berhad (67138-H).

2. “CIMB” merujuk sama ada kepada CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank”).

3. Kempen ini diadakan bersama-sama dengan Kempen Preferred 10 CIMB Bank yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”). Dalam melaksanakan Kempen ini bersama-sama dengan CIMB Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada kumpulan Hadiah yang sama yang dirancang untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Bank.

Tempoh Kempen

4. Kempen “Preferred 10” CIMB (“Kempen ini”) diadakan dari 1 Februari 2016 hingga 30hb November 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

5. CIMB merizab hak, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar, untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen.

Kelayakan

6. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada:

a) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru; dan b) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang merupakan pemegang

kad utama Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite (“Kad Kredit Preferred Visa Infinite”) (dirujuk secara kolektif sebagai “Pemegang Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite”) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “CIMB Malaysia”) sahaja; dan

c) semua pemegang akaun utama Akaun Semasa CIMB Preferred (“Akaun Sertaan”) yang baru dan sedia ada; dan

d) semua pemohon CIMB Preferred yang berjaya memohon Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB; dan

e) semua pelanggan CIMB Preferred yang baru dan sedia ada yang melabur dalam produk pelaburan CIMB berikut:

Pelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, Pelaburan Boleh Tukar Emas & Pelaburan Semula Pelaburan Berstruktur); dan/atau

Unit Amanah (Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan sahaja); dan/atau

Skim Persaraan Swasta; dan/atau

Dana Berubah-ubah ASNB (ASN2, ASN3, ASG); dan/atau

Pembiayaan Berbilang Kolateral; dan/atau

‘Clicks Trader’ & ‘Clicks Trader Plus’ (dirujuk secara kolektif sebagai “Produk Pelaburan”)

dalam Tempoh Kempen KECUALI orang/entiti berikut yang TIDAK layak menyertai Kempen ini:

Page 2: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

2

(i) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(iii) Pihak yang bukan individu termasuk tetapi tidak terhad kepada Keempunyaan Tunggal,

Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad, kelab, persatuan dan koperasi; dan/atau

(iv) Pelanggan Preferred yang tidak mempunyai AUM minimum yang dikehendaki sebanyak

RM150,000

(v) Individu di bawah umur 18 tahun; (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta Layak”)

7. Berkaitan dengan akaun bersama/pemohon bersama Akaun Sertaan, hanya pemegang

akaun/pemohon yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama/pemohon utama layak menyertai Kempen ini. Penjamin Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB, MCF tidak layak menyertai Kempen ini.

8. Berkaitan dengan Kad Kredit Preferred Visa Infinite, hanya pemegang kad utama layak

menyertai Kempen ini. Pemegang kad tambahan/pemegang serah hak keahlian tidak layak.

9. CIMB berhak meluluskan atau menolak apa-apa permohonan kad kredit atau pinjaman/pembiayaan, dan/atau meminta sebarang dokumen sokongan lanjut yang dianggapnya wajar. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan sama ada dokumen sokongan adalah cukup jelas bagi tujuan memproses permohonan yang diserahkan kepada CIMB.

Hadiah

10. Hadiah berikut tersedia kepada pemenang terpilih Kempen ini:

Kategori Hadiah Bil. Hadiah

Hadiah Utama

Satu (1) unit BMW Z4 bernilai kira-kira RM360,000.00* (“Hadiah Utama”) * Nilai yang dinyatakan di atas diperolehi daripada pengedar kereta dan bukan berdasarkan apa-apa penilaian rasmi yang dilakukan oleh CIMB.

1

Page 3: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

3

Hadiah Saguhati

Satu (1) pasang tiket pelayaran Spice of Sea di Royal Carribean Mariner of the Seas selama 5 malam bernilai kira-kira RM6,900.00* * Nilai yang dinyatakan di atas diperolehi daripada pengedar dan bukan berdasarkan apa-apa penilaian rasmi yang dilakukan oleh CIMB.

20

Hadiah Bulanan

(1) Satu (1) Klinik Golf bernilai kira-kira RM540 untuk

10 pemenang bertuah setiap bulan

1.1 Setiap Klinik Golf adalah sesi seorang ke seorang selama tiga (3) jam dengan pelatih Profesional Kanan di Kuala Lumpur Golf & Country Club ATAU

(2) Sepuluh (10) kali ganda mata bonus untuk 10 (sepuluh) pemenang bertuah setiap bulan

2.1 Had sebanyak 500,000 mata bonus akan

dikenakan setiap pemenang 2.2 Mata bonus diberikan untuk Akaun Sertaan

dan produk Pelaburan yang dinyatakan dalam Klausa 5

2.3 Contoh pengiraan mata bonus:- Pelanggan membeli RM100,000 Unit Amanah. Mata bonus akan dikira seperti berikut: RM100,000 x (0.1 x 10) = 100,000 mata bonus

100

100

(hadiah yang dinyatakan di atas selepas ini akan dirujuk secara kolektif sebagai “Hadiah”). 11. Hadiah:

(a) disediakan atas dasar “Seadanya”; (b) tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai atau kredit; dan (c) tidak termasuk apa-apa aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam apa-apa bahan

promosi dan/atau pengiklanan berkaitan dengan Kempen ini.

12. Hadiah mungkin dikenakan terma-terma dan syarat-syaratnya sendiri yang akan dikenakan di samping terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.

13. Pemenang Hadiah Utama hendaklah mematuhi terma-terma tambahan berikut: (a) mendapatkan cukai jalan dan insurans dengan kos dan perbelanjaan ditanggungnya

sendiri untuk Hadiah Utama; (b) hendaklah mempunyai kapasiti undang-undang sepenuhnya untuk memiliki Hadiah

Utama dan tidak dilarang oleh apa-apa undang-undang atau peraturan untuk memiliki Hadiah Utama;

(c) bertanggungjawab, dengan kos dan perbelanjaan ditanggungnya sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang perlu (jika berkenaan) daripada pihak berkuasa relevan untuk membolehkan Hadiah Utama dipindahkan kepada namanya sendiri.

Page 4: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

4

CIMB tidak akan bertanggungjawab jika Hadiah Utama tidak dapat dipindahkan kepada Pemenang Hadiah Utama atas apa sebab jua;

(d) kecuali dan melainkan harga pembelian Hadiah Utama yang hendaklah ditanggung oleh CIMB, semua insurans, fi guaman, cukai jalan, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, caj perkhidmatan, caj penyenggaraan dan semua kos dan caj sampingan lain yang ditanggung untuk memperoleh Hadiah Utama atau penyediaan apa-apa dokumen sampingan lain berkaitan dengannya, hendaklah ditanggung oleh pemenang Hadiah Utama;

(e) semua insurans, cukai jalan, wang keluar, kos, fi dan perbelanjaan semasa dan masa hadapan berkaitan dengan penyenggaraan Hadiah Utama hendaklah menjadi tanggungjawab pemenang Hadiah Utama bermula dari tarikh Pemenang menerima Hadiah Utama daripada CIMB;

(f) sekiranya nilai pasaran Hadiah Utama atas apa jua sebab adalah lebih rendah daripada harga/nilai pembelian yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas, CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk perbezaan antara nilai pasaran dan harga/nilai pembelian (jika ada) dan pemenang Hadiah Utama tidak akan membuat apa-apa tuntutan terhadap perbezaan tersebut;

(g) pemenang Hadiah Utama tidak dibenarkan mencalonkan orang/entiti lain untuk menerima Hadiah Utama.

(h) Jika pemenang Hadiah Utama gagal mematuhi dengan ketat apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini, CIMB berhak menarik balik Hadiah Utama daripada pemenang tersebut dan memilih pemenang Hadiah Utama yang lain. Dalam keadaan tersebut, CIMB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos, pemulangan wang atau kerugian yang ditanggung oleh pemenang tersebut.

14. Sepanjang pengetahuan CIMB, semua maklumat tentang Hadiah yang dinyatakan di dalam ini

adalah tepat pada masa terma-terma dan syarat-syarat Kempen di dalam ini dicetak. Imej Hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa bahan pemasaran, promosi dan pengiklanan hanyalah bagi tujuan visual dan ilustrasi dan Hadiah sebenar yang diterima mungkin berbeza.

15. Pemenang Hadiah akan dimaklumkan oleh CIMB dalam cara yang dirujuk dalam Klausa 18

dan pemenang hendaklah menuntut Hadiah dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh makluman dan jika tidak CIMB berhak menarik balik Hadiah.

16. Sehingga tahap sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB dengan nyata

mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, jaminan atau pengindorsan, tersirat atau nyata, bertulis atau lisan, terhadap semua hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa jaminan mengenai mutu, kebolehdagangan, kesesuaian bagi sesuatu tujuan khusus, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah hendaklah ditanggung oleh pemenang.

Kriteria Kelayakan

17. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak hendaklah terlebih dahulu mendaftar

penyertaannya dalam Kempen ini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar SMS seperti berikut:-

P10 kepada 62666 (Nota: Caj telekomunikasi standard akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar);

Page 5: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

5

18. Setelah berjaya mendaftar, Peserta Layak akan dimaklumkan melalui SMS di nombor mudah alih mereka yang didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi Communication yang disimpan dalam rekod Bank;

19. Selepas itu, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak

berpeluang memenangi Hadiah yang dinyatakan dalam Klausa 8 di atas dengan mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) dalam Tempoh Kempen dalam senario berikut:-

A) Kad Kredit Preferred Visa Infinite

Setiap permohonan untuk mana-mana Kad CIMB Preferred Visa Infinite utama yang diluluskan oleh CIMB Malaysia dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk mendapatkan sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan.

B) Pelanggan Preferred yang Baru

Setiap permohonan yang diluluskan untuk mana-mana Keahlian Preferred dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk mendapatkan sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan.

C) Akaun Semasa Preferred

(i) Setiap pendaftaran baru untuk Akaun Semasa Preferred dengan deposit permulaan minimum yang dikehendaki memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan;

(ii) Setiap Deposit Tambahan dalam gandaan RM10,000 dalam Akaun Semasa Preferred

memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan satu (1) Penyertaan.

“Deposit Tambahan” ditakrifkan sebagai Baki Purata Tambahan (“IAB”) dalam Akaun Sertaan Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen yang dikira berdasarkan baki purata bulanan (“MAB”) berbanding dengan “Garis Dasar” seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah: Jadual I

Pengiraan

Garis Dasar Jumlah penuh baki harian dari 1hb hingga 31hb Disember 2015 Bilangan hari yang layak dari 1hb hingga 31hb Disember 2015

Baki purata bulanan (“MAB”)

Jumlah baki harian penuh bagi Bulan Sertaan Bilangan hari dalam Bulan Sertaan

Baki purata tambahan (“IAB”)

MAB – Garis Dasar

Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah memaparkan pengiraan tentang bagaimana

Penyertaan diperolehi:

a. Pemegang Akaun Sedia Ada

Garis Dasar MAB pada 28hb Februari IAB Bil. Penyertaan

Page 6: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

6

(RM) 2015 (RM)

(RM)

500 600 100 Tidak layak

1,500 10,500 9,000 Tidak layak

1,500 12,500 11,000 1

b. Pemegang Akaun Baru (untuk akaun baru yang dibuka dari 1hb Januari 2016 – 31hb Oktober

2016)

Garis Dasar (RM)

MAB pada 28hb

Februari 2015 (RM)

IAB (RM)

Bil. Penyertaan

Penyertaan untuk Akaun

Baru

Jumlah Bil. Penyertaan

0 1,000 1,000 10 10 10

0 20,000 20,000 1 10 11

0 50,550 50,550 4 10 14

Deposit yang dibuat bagi tujuan pengiraan IAB hanyalah untuk dana baru yang ditempatkan

dalam Akaun Sertaan semasa Tempoh Kempen. Dana baru yang dirujuk di dalam ini adalah dana

yang tidak berasal daripada akaun sedia ada dengan CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank

Berhad dan/atau CIMB Investment Bank Berhad.

D) Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB

(i) Setiap Pembiayaan ASB CIMB Bank atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB yang dipohon dan diluluskan dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan; dan

(ii) Setiap jumlah tambahan sebanyak RM10,000 bagi Pembiayaan ASB CIMB Bank atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB yang diluluskan dalam Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima satu (1) Penyertaan;

tertakluk kepada syarat berikut:

Pembiayaan ASB CIMB Bank atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB hendaklah dilepaskan pada atau sebelum 15 November 2016 dan jika tidak Peserta Layak tidak layak menerima Penyertaan di bawah Klausa ini.

E) Produk Pelaburan

(i) Setiap pelaburan baru dalam Produk Pelaburan semasa Tempoh Kempen bagi Jumlah Pelaburan Minimum yang dirujuk dalam Jadual A di bawah oleh Peserta Layak yang tidak mempunyai sebarang Produk Pelaburan dengan CIMB (“Pelabur Baru”) memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk menerima sepuluh (10) Penyertaan-penyertaan;

(ii) Setiap jumlah pelaburan sebanyak RM10,000 dalam mana-mana Produk Pelaburan oleh pelabur baru atau sedia ada semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menerima satu (1) Penyertaan. Jumlah pelaburan sebanyak RM10,000 hanya merujuk kepada dana baru.

(iii) “Pelaburan Baru” merujuk kepada pendaftaran baru produk pelaburan.

Page 7: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

7

(iv) “Pelabur Baru” merujuk kepada pelabur kali pertama dalam produk Pelaburan dengan CIMB.

Jadual A

Produk Pelaburan Jumlah Pelaburan Minimum

Pelaburan Berstruktur RM100,000

FRNID/NID/NID-i/INI RM65,000

Bon Runcit RM250,000

Bon Didenominasi dalam USD USD 200,000

Bon Didenominasi dalam AUD AUD 100,000

Bon Didenominasi dalam SGD SGD 250,000

Bon Didenominasi dalam GBP GBP50,000

Dana Unit Amanah Ekuiti Sertaan Jumlah pelaburan minimum

sebanyak RM10,000 dalam satu transaksi

Skim Persaraan Swasta

Dana Berubah-ubah ASNB (ASN2, ASN3, ASG)

(v) Untuk pelaburan dalam mata wang asing, Penyertaan akan diberikan berdasarkan

jumlah pelaburan menurut jumlah yang bersamaan dalam mata wang tempatan. (vi) Jika Peserta Layak melaksanakan hak bertenangnya atau pelaburan ditolak atau

dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab dalam Tempoh Kempen, Peserta Layak tidak berhak mendapat Penyertaan di bawah Kempen. “Tempoh bertenang” ialah tempoh selama enam (6) hari perniagaan dari tarikh penerimaan permohonan Unit Amanah oleh CIMB;

(vii) Peserta Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen standard yang berkenaan dan mematuhi semua terma dan syarat berhubung dengan pelaburannya dalam produk relevan di bawah Kempen, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini;

(viii) Pelaburan dalam Dana Unit Amanah bukan kewajipan, deposit dalam, dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB dan adalah tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilabur. Peserta Layak dinasihatkan agar membaca Prospektus Dana yang berkenaan sebelum melabur. Peserta Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi Dana yang berkenaan di masa lalu bukan petanda tentang prestasi masa hadapan dan pembahagian pendapatan tidak dijamin. Peserta Layak hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko apa-apa pelaburan. Peserta Layak yang ragu-ragu tentang tindakan yang ingin diambil harus berunding dengan penasihat profesional mereka dengan serta-merta;

(ix) Peserta Layak tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Dana pampasan tidak merangkum Peserta Layak yang mengalami kerugian kewangan akibat penyalahgunaan atau salah guna wang atau harta lain dalam cara yang menipu, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB. Jika Peserta Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB, Peserta Layak boleh membuat aduan dengan ‘Customer Resolution Unit’ CIMB (“CRU”) yang dibentangkan dalam klausa 20.11. Peserta Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU boleh merujuk kepada kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam masa enam (6) bulan selepas menerima keputusan muktamad daripada CRU. Peserta Layak harus mengambil

Page 8: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

8

maklum bahawa aduannya hanya akan ditangani oleh mana-mana satu daripada saluran di atas yang dipilih oleh Peserta Layak untuk merujuk kesnya;

(x) Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti sertaan boleh didapati apabila diminta dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh CIMB menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang mencukupi;

(xi) Prospektus induk dana unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2014 telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan boleh didapati di mana-mana pejabat ASNB dan agennya. Unit akan diterbitkan setelah borang permohonan yang dilampirkan dalam prospektus diterima. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus. Jumlah pulangan terhadap pelaburan mungkin turun dan juga naik. Pelaburan dalam dana terdedah kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasa pembelian. Prestasi dana unit amanah ASNB di masa lalu bukan jaminan terhadap prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan fi dan caj yang terlibat; dan

(xii) Peserta Layak yang ingin mengetahui ciri-ciri utama dana unit amanah khusus ASNB boleh meminta Lembaran Sorotan Produk yang dikeluarkan oleh ASNB di mana-mana pejabat ASNB dan agennya.

Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah membentangkan ringkasan Penyertaan yang boleh diperolehi:-

Bil. Kriteria Kelayakan Bil. Penyertaan yang

diperolehi

Kad Kredit

1 Setiap permohonan yang diluluskan untuk Kad Kredit CIMB Preferred Visa Infinite

10

Pelanggan Preferred Baru

1 Setiap permohonan yang diluluskan bagi Keahlian Preferred yang baru

10

Akaun Semasa Preferred

2 Setiap pendaftaran baru untuk Akaun Semasa Preferred 10

3 Setiap deposit tambahan dalam gandaan RM10,000 dalam Akaun Sertaan

1

Pembiayaan ASB / Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB

4 Setiap pembiayaan ASB /Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB baru yang dipohon, diluluskan dan dilepaskan

10

5 Setiap jumlah pembiayaan ASB /Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB sebanyak RM10,000 yang dipohon, diluluskan dan dilepaskan

1

Produk Pelaburan

6 Setiap pelaburan baru oleh pelabur baru dengan jumlah pelaburan minimum

10

7 Setiap jumlah pelaburan sebanyak RM10,000 1

Kriteria Pemilihan Pemenang Kempen ini

Page 9: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

9

20. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, pemenang hadiah di bawah Klausa 8 di atas akan dipilih dalam cara berikut:

A) Pemenang Hadiah Utama:

i) Pada akhir Tempoh Kempen, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (E) di atas untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek”).

ii) Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek akan dihubungi melalui telefon oleh wakil

CIMB berdasarkan nombor mudah alihnya yang disimpan dalam rekod CIMB dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai pemenang (“Pemenang Hadiah Utama”).

iii) Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang gagal menjawab soalan dengan tepat

tidak akan menerima Hadiah dan Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang seterusnya akan dipanggil. Semua sesi soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan mengikat.

iv) CIMB mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan tarikh dan masa yang ditentukan (Isnin hingga Jumaat) dari (9 pagi hingga 6 petang) untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek. Jika Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon pada percubaan pertama atas sebab-sebab termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut:- Tiada jawapan, Tidak berminat untuk menyertai, Menamatkan panggilan semasa perbualan, Nombor tidak digunakan, Tiada sambungan, Peti suara diaktifkan, dua (2) percubaan lanjut akan dibuat untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek. Jika percubaan ketiga (ke-3) juga tidak berjaya disebabkan keadaan yang dibentangkan di atas, CIMB berhak menyingkirkan Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek dan terus menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang seterusnya dan proses ini akan diulang hingga Pemenang Hadiah Utama disahkan.

v) Selanjutnya dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, semua caj komunikasi hendaklah ditanggung semata-mata oleh Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek (termasuk caj perayauan yang ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek di luar Malaysia) akibat CIMB menghubungi Peserta Yang Disenarai Pendek.

B) Pemenang Hadiah Saguhati:

(i) Pada akhir Tempoh Kempen dan setelah Pemenang Hadiah Utama dipilih, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (E) di atas untuk dipilih sebagai Pemenang Hadiah Saguhati (“Pemenang Hadiah Saguhati”).

(ii) Semua Pemenang Hadiah Saguhati akan dimaklumkan secara bertulis ke alamatnya yang disimpan dalam rekod CIMB (“surat makluman CIMB”).

Page 10: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

10

(iii) Pemenang Hadiah Saguhati akan menerima surat makluman CIMB dalam masa 12

minggu selepas tamat Tempoh Kempen. C) Pemenang Hadiah Bulanan:

(i) Pada akhir setiap bulan Sertaan, Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak

oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan jumlah Penyertaan yang diperolehi setiap bulan Sertaan selaras dengan Klausa 17 (A) hingga (E) di atas untuk memenangi hadiah bulanan (“Pemenang Hadiah Bulanan”).

(ii) Pemenang Hadiah Bulanan akan menerima surat makluman CIMB dalam masa empat (4) minggu selepas penghujung setiap bulan Sertaan.

20.1 Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Saguhati dan Pemenang Hadiah Bulanan akan

dirujuk secara kolektif sebagai “Pemenang Kempen”. 20.2 Peserta Layak bertanggungjawab memastikan nombor telefon dan alamat pos mereka yang

diberikan adalah semasa dan dikemaskinikan dengan CIMB sekiranya terdapat apa-apa peruubahan padanya. Makluman dan penyerahan hadiah oleh CIMB adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat pos Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB. CIMB tidak bertanggungjawab kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon atau alamat pos Peserta Layak dalam rekod CIMB bukan nombor telefon atau alamat pos semasa atau yang tepat.

20.3 Bagi tujuan Kempen ini, Peserta Layak hanya berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah

Utama ATAU satu (1) Hadiah Saguhati. Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Tambahan dan pemegang akaun Sekunder tidak berhak memenangi apa-apa hadiah di bawah Kempen ini.

20.4 Pemenang Kempen bersetuju dan membenarkan CIMB mendedahkan butir-butir mereka

(termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen CIMB yang kemudian akan menghubungi pemenang Kempen tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang Kempen bertanggungjawab membuat perkiraan yang perlu dengan CIMB dan/atau pengedar/agennya untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB tidak akan menanggung sebarang caj penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin ditanggung atau perlu ditanggung oleh Pemenang Kempen semasa menebus atau menggunakan Hadiah.

20.5 Pemenang Kempen, dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri, dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain berkaitan dengan Kempen ini jika dan apabila dikehendaki oleh CIMB. Jika Pemenang Kempen gagal menghadiri majlis tersebut dan/atau program publisiti lain yang dikehendaki oleh CIMB, CIMB berhak menarik balik Hadiah Pemenang Kempen dan memilih pemenang lain.

Page 11: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

11

Ganjaran Tambahan

21. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak juga berhak

mendapatkan ganjaran berikut (“Ganjaran”) yang dibentangkan dalam Jadual 2 di bawah dalam Tempoh Kempen setelah memenuhi terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal setiap Ganjaran.

Jadual 2

Ganjaran Jumlah Pemenang Hadiah

(A)

Rebat RM200 untuk Sun Maxi Med –i

Terhad kepada semua pelanggan Preferred yang mendaftar untuk Sunlink

(B)

Dagangan percuma 1 bulan dengan BOST

Semua pelanggan Preferred yang mendaftar untuk BOST

(C)

Perlindungan Denggi Percuma

Terhad kepada 1,000 Peserta Layak CIMB Preferred yang pertama

(D) Penebusan Mata Bonus

Semua Pelanggan Preferred

(E)

EPP 6 bulan untuk insurans motor

Semua pelanggan Preferred yang mendaftar untuk insurans motor

(A) Rebat RM200 untuk Sun Maxi-Med-i

(i) Peserta Layak hendaklah, dalam Tempoh Kempen, membeli daripada kakitangan penjualan berlesen CIMB yang berada di cawangan CIMB satu Polisi Sunlink atau Sunlink Istimar (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Produk Bancassurance Sertaan”) yang ditaja jamin dan diurus oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (dikenali secara bersama sebagai “Sun Life Malaysia”).

(ii) Peserta Layak yang membeli Produk Bancassurance Sertaan berhak mendapat Rebat

Tunai sebanyak RM200 untuk satu polisi Sun Maxi Med-i (“Rebat Tunai”) dengan syarat Peserta Layak mendaftar untuk polisi Sun Maxi Med-i dan membayar premium dengan sepenuhnya.

(iii) Agar layak menerima Rebat Tunai, Peserta Layak hendaklah membayar

premium/sumbangan untuk Produk Bancassurance Sertaan serta Polisi Sun Maxi Med-i melalui apa-apa cara pembayaran (tunai, cek, ‘auto debit’ atau kad kredit).

(iv) Peserta Layak hendaklah memberikan butir-butir akaun simpanan CIMB Bank yang sah

yang dipegang dalam nama tunggal Peserta Layak (“Akaun Layak”) pada masa permohonan untuk mana-mana Produk Bancassurance Sertaan dengan menyatakan butir-butir dalam Bahagian A – ruang e-Pembayaran dalam borang cadangan/borang permohonan. Untuk mengelakkan keraguan, akaun simpanan bersama yang dipegang oleh Peserta Layak tidak akan diterima.

(v) Rebat Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Layak dalam masa enam puluh (60) hari

selepas tamat Tempoh ‘Free-Look’ bagi setiap Produk Bancassurance Sertaan. “Tempoh ‘Free-Look’” ditakrifkan sebagai tempoh apabila pemilik polisi atau sijil diberikan Tempoh ‘Free-Look’ selama 15 hari dari tarikh penyerahan polisi atau sijil untuk

Page 12: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

12

menyemak kesesuaian pelan yang baru dibeli/disertai. Jika polisi atau sijil diserahkan dalam tempoh ini, premium atau sumbangan penuh ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan yang ditanggung, jika ada, akan dipulangkan kepada pemilik polisi atau sijil. Peserta Layak yang menyerahkan polisi/sijil Produk Bancassurance Sertaan selepas Tempoh ‘Free-Look’ dan/atau dalam Tempoh Kempen tidak berhak mendapat Rebat Tunai.

(vi) Peserta Layak hendaklah merupakan Pemilik Polisi dan juga Hayat Diinsuranskan

(Konvensional) / Pemilik Sijil dan juga Orang Yang Dilindungi (Takaful) dalam polisi Produk Bancassurance Sertaan dan Polisi atau sijil Sun Mexi Med-i yang dibeli/disertai agar layak menerima Rebat Tunai.

(vii) Rebat Tunai hanya diberikan bagi premium / sumbangan yang dibayar terhadap Produk

Bancassurance Sertaan dan Polisi Sun Mexi Med-i berhubung dengan Manfaat Perlindungan dan Rider (jika ada). Rebat Tunai tidak diberikan berkaitan dengan sebarang premium / sumbangan terhadap apa-apa premium/sumbangan tambahan / ‘top-up’ untuk bahagian pelaburan.

(viii) Permohonan untuk Produk Bancassurance Sertaan dan Polisi Sun Mexi Med-i

hendaklah diterima dan dokumen polisi hendaklah dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia pada atau sebelum 1hb Disember 2016.

(viv) Rebat Tunai hanya diberikan bagi Produk Bancassurance Sertaan dan Polisi Sun Mexi

Med-i yang didaftarkan semasa Tempoh Kempen. Polisi/sijil sedia ada dan penggantian polisi (ROP) / sijil (ROC) tidak berhak menerima Ganjaran Kempen.

(vvi) Berhubung dengan Produk Bancassurance Sertaan dan Polisi Sun Maxi Med-i, CIMB

hanyalah pengedarnya yang ditaja jamin dan diurus oleh Sun Life Malaysia. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berhubung dengan apa-apa perkara atau tuntutan yang berbangkit di bawah Produk Bancassurance Sertaan dan/atau Polisi Sun Maxi Med-i. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain berkaitan dengan Kempen. Sun Life Malaysia sebagai penanggung insurans & pengendali takaful berlesen dan penaja jamin & pengurus Produk Bancassurance Sertaan dan Polisi Sun Maxi Med-i masing-masing akan menanggung obligasi tersebut sebagai penanggung insurans & pengendali takaful. Produk Sertaan dan Polisi Sun Maxi Med-i bukan produk CIMB dan oleh itu bukan obligasi atau jaminan oleh CIMB.

(B) Perlindungan Denggi Percuma

(i) 1,000 Peserta Layak pertama untuk Kempen ini akan diberikan Perlindungan Denggi Percuma bernilai RM20 setahun yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia. (ii) Perlindungan denggi percuma adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat Sun Life Malaysia yang mengawal perlindungan denggi.

Page 13: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

13

(C) Penebusan Mata Bonus (i) Peserta Layak berhak menebus mata bonus dalam tempoh kempen kepada Emas dan/atau Pas Keutamaan dan/atau hadiah lain yang mungkin ditawarkan oleh CIMB menurut budi bicara tunggalnya dalam tempoh Kempen ini. (ii) Penebusan mata bonus di bawah klausa ini adalah tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat sedia ada CIMB yang mengawal Penebusan Mata Bonus.

(D) Dagangan 1 bulan percuma dengan Dagangan Saham Dalam Talian Bank

Peserta layak yang membuka akaun dagangan dan berdagang DALAM TALIAN melalui I*Trade dalam Tempoh Kempen akan menikmati caj brokeraj 1 bulan percuma (Brokeraj Sifar) untuk mana-mana kontrak Beli DALAM TALIAN yang diniagakan di Pasaran Bursa tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:- (i) Fi lain, duti setem dan caj GST masih dikenakan dan perlu dibayar oleh pelanggan. (ii) Kontrak Jual Dalam Talian masih akan dikenakan caj berdasarkan 0.35% tetap (tak

boleh runding) dan dengan brokeraj minimum sebanyak RM 28. (iii) Hanya dagangan ‘On-market’ yang berhak manakala Dagangan ‘Off-market’ (DBT)

dan dagangan pertukaran asing tidak berhak menikmati caj brokeraj percuma. (iv) Tempoh brokeraj percuma selama satu bulan akan dikira atas dasar bulan kalendar

dan bermula apabila pelanggan menyempurnakan dagangan Beli pertama. (v) Kemudahan dagangan ‘No Day’ (‘intraday’) untuk tempoh 30 hari yang dikenal pasti

untuk pelanggan yang memohon dagangan Hari. Contoh 1: Peserta layak membuka akaun pada 15/10/2015, beliau mula berdagang pada 1/12/2015. Beliau berhak menikmati dagangan percuma sehingga 30 hari kalendar iaitu dari 1/12/2015 (tarikh kontrak pertama yang dikomit) hingga 30/12/2015. Contoh 2: Peserta layak membuka akaun pada 02/01/2016, beliau mula berdagang pada 02/02/2016. Beliau berhak menikmati dagangan percuma sehingga 30 hari kalendar iaitu dari 02/02/2016 (tarikh kontrak pertama yang dikomit) hingga 03/03/2016. Contoh 3: Peserta layak membuka akaun pada 15/12/2015, beliau mula berdagang pada 15/01/2016. Beliau berhak menikmati dagangan percuma sehingga 30 hari kalendar iaitu dari 15/01/2016 (tarikh kontrak pertama yang dikomit) hingga 13/02/2016. (vi) Akaun yang dibuka selepas satu tahun juga berhak selagi dagangan pertama yang

dikomit dikenal pasti.

Caj penalti akan dikenakan untuk sebarang pemindahan saham keluar daripada akaun dagangan CIMB selepas menggunakan dagangan Beli percuma.

Page 14: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

14

(E) Pelan Pembayaran Mudah 6 bulan dengan insurans motor yang ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd

(i) Peserta Layak yang mendaftar untuk mana-mana Insurans Motor yang ditaja jamin

oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd di mana-mana Pusat Pembiayaan Auto CIMB dan Cawangan CIMB Bank layak menikmati Pelan Pembayaran Mudah 0% tertakluk kepada perkara berikut:-

(a) pembayaran terhadap insurans motor hendaklah dibuat melalui mana-mana

Kad Kredit CIMB Peserta Layak untuk premium minimum sebanyak RM300 (ii) Pelan Pembayaran Mudah 6 bulan di bawah klausa ini adalah tertakluk kepada

terma-terma dan syarat-syarat CIMB yang mengawal Pelan Pembayaran Mudah.

22. TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT AM

22.1 Dengan menyertai Kempen, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini dan bersetuju bahawa sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh CIMB berkaitan dengan setiap aspek Kempen termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Peserta Layak untuk menyertai Kempen dan hak untuk menerima Hadiah adalah muktamad, mengikat dan konklusif.

22.2 Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, Kad CIMB Preferred Visa Infinite, akaun

Semasa/akaun Semasa-i CIMB Preferred, Pembiayaan ASB/Pembiayaan Bertempoh-i Yang Dicagar oleh Sijil ASB Pemenang Kempen MESTILAH dalam kedudukan baik dan TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat yang mengawal kad dan akaun tersebut dan TIDAK BOLEH ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau diisytiharkan sebagai Pemenang Kempen dalam Kempen ini.

22.3 CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-

mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira apa jenisnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, kerana menyertai atau tidak menyertai Kempen.

22.4 CIMB merizab hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen

dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh CIMB tidak akan memberikan hak kepada Peserta Layak atau mana-mana orang lain pun jua untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap CIMB atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.

22.5 CIMB merizab hak, dengan memberikan notis tidak kurang daripada 21 hari kalendar,

untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi,

Page 15: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

15

meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini. Makluman kepada Peserta Layak tentang Pindaan hendaklah dilaksanakan menurut budi bicara mutlak CIMB melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat Peserta Layak yang terakhir diketahui atau dengan menampalkan notis berhubung dengan Pindaan di setiap cawangan CIMB atau dengan menyiarkan iklan berhubung dengan Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB atau melalui laman web CIMB atau melalui sebarang kaedah notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan dianggap mengikat Peserta Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh CIMB dalam makluman.

22.6 Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini, sepertimana mungkin dipinda dari

semasa ke semasa selaras dengan Klausa 19.5, akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan/atau pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen.

22.7 Terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Keahlian Preferred, Kad Kredit

Preferred Infinite, Akaun Sertaan, Akaun Pelaburan, Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB adalah berasingan daripada Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. Peserta Layak dikehendaki mematuhi semua terma dan syarat yang mengawal Keahlian Preferred, Kad Kredit Preferred Infinite, Akaun Sertaan, Akaun Pelaburan dan Pembiayaan ASB CIMB Bank dan/atau Pembiayaan Bertempoh-i CIMB Islamic Bank Yang Dicagar oleh Sijil ASB di samping terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini.

22.8 CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk hadiah, produk dan/atau

perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan dan/atau disediakan semata-mata oleh penjual, pengedar dan/atau penyedia yang relevan, menurut sebarang terma dan syarat yang ditentukan oleh penjual, pengedar dan/atau penyedia tersebut, dan CIMB tidak menanggung apa-apa liabiliti (termasuk, tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan hadiah, produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen.

22.9 CIMB tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai, cukai barangan dan

perkhidmatan, kos sampingan dan/atau sebarang caj dan/atau gantirugi lain yang disebabkan oleh mana-mana hadiah dan/atau jika mana-mana agen/pengedarnya tidak memenuhinya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa atau sebarang kos sampingan dan/atau sebarang caj lain yang mungkin berbangkit akibat penerimaan hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal Peserta Layak. Setiap Peserta Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

22.10 Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau

percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut

Page 16: CIMB Tempoh Kempen Kempen ini Tempoh Kempen · PDF filePelaburan Berstruktur (tidak termasuk Pelaburan Dwi Mata Wang, ... Perdagangan, syarikat disenarai awam, syarikat sendirian berhad,

16

sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

22.11 Sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh

menghubungi ‘Customer Resolution Department’ (CRU) CIMB di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak):

Customer Resolution Unit Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 1-300-880-900 Alamat e-mel: [email protected].