buku indahnya hidup bersyariat

7
ULASAN BUKU /BOOK REVIEW Indahnya Hidup Bersyariat (Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat) Oleh Dato Ismail Kamus Mohd Azrul Azlen Abd Hamid TELAGA BIRU SDN. BHD (429118-A) 28, Jalan Tembaga, SD 5/2A Sri Damansara, Industrial Park 52000, Kuala Lumpur. Diulas Oleh Nazirah Daraman Sah (M20142001961) Buku ini mengandungi 303 muka surat dan terbahagi kepada 7 bahagian atau bab. Setiap bahagian itu pula dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil yang menerangkan tentang sesuatu topik dengan mendalam dan terperinci. Dari pembacaan saya, buku ini sangat baik dan mempunyai kandungan yang sangat mantap untuk dijadikan bahan bacaan wajib kepada setiap individu kerana kandungan buku ini memberi pencerahan tentang setiap persoalan yang berkaitan dengan fardhu ain. Bukan itu sahaja buku ini dilengkapi dengan doa, ayat Al-Quran dan hadith-hadith sahih, serta buku ini didatangkan dengan lengkap beserta gambar untuk rujukan para pembaca. Seperti mana yang kita ketahui, mempelajari dan mendalami perkara- perkara berkaitan dengan fardhu ain amatlah dituntut dan ia juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, saya berpendapat bahawa buku ini mampu memberikan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat dan praktikal yang mudah difahami oleh para pembaca. Namun begitu saya lebih tertarik untuk memberi perhatian kepada tiga bahagian daripada tujuh bahagian yang ditulis dalam buku ini iaitu di bahagian 4 yang menerangkan tentang perkara asas fardhu ain yang wajib dipelajari oleh 1 | Page

Upload: hikari-sota

Post on 12-Jul-2016

75 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Buku Indahnya Hidup Bersyariat

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

ULASAN BUKU /BOOK REVIEWIndahnya Hidup Bersyariat

(Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat)

Oleh Dato Ismail Kamus Mohd Azrul Azlen Abd Hamid

TELAGA BIRU SDN. BHD (429118-A)28, Jalan Tembaga, SD 5/2A Sri Damansara, Industrial Park

52000, Kuala Lumpur.

Diulas Oleh Nazirah Daraman Sah (M20142001961)

Buku ini mengandungi 303 muka surat dan terbahagi kepada 7 bahagian atau bab. Setiap

bahagian itu pula dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil yang menerangkan tentang sesuatu

topik dengan mendalam dan terperinci. Dari pembacaan saya, buku ini sangat baik dan

mempunyai kandungan yang sangat mantap untuk dijadikan bahan bacaan wajib kepada setiap

individu kerana kandungan buku ini memberi pencerahan tentang setiap persoalan yang

berkaitan dengan fardhu ain. Bukan itu sahaja buku ini dilengkapi dengan doa, ayat Al-Quran

dan hadith-hadith sahih, serta buku ini didatangkan dengan lengkap beserta gambar untuk

rujukan para pembaca.

Seperti mana yang kita ketahui, mempelajari dan mendalami perkara-perkara berkaitan

dengan fardhu ain amatlah dituntut dan ia juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh

itu, saya berpendapat bahawa buku ini mampu memberikan pengalaman pembelajaran

sepanjang hayat dan praktikal yang mudah difahami oleh para pembaca. Namun begitu saya

lebih tertarik untuk memberi perhatian kepada tiga bahagian daripada tujuh bahagian yang ditulis

dalam buku ini iaitu di bahagian 4 yang menerangkan tentang perkara asas fardhu ain yang wajib

dipelajari oleh setiap individu, manakala di bahagian 5 pula membicarakan tentang munakahat

iaitu menghuraikan hukum-hukum dalam perkahwinan dan juga bahagian 6 iaitu tentang amalan

syariat dalam bermasyarakat.

1 | P a g e

Page 2: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Dalam bahagian keempat, bertajuk perkara asas fardhu ain menghuraikan tentang kepada

para pembaca tentang bertapa pentingnya setiap individu sama ada remaja atau dewasa perlu

mempelajari tentang perkara-perkara asas fardhu ain. Fardhu ain merupakan perkara yang wajib

ditunaikan oleh setiap umat islam dan barangsiapa yang tidak menunaikan perkara-perkara

tersebut boleh menyebabkan berdosa kepada Allah S.W.T. Ringkasnya di sini fardhu ain wajib

dilakukan oleh setiap individu yang bergelar muslim. Antara perkara asas fardhu ain yang

digariskan dalam buku ini ialah bab bersuci, bab menunaikan solat, solat berjemaah, berpuasa,

menunaikan zakat, mengerjakan umrah dan haji, serta melaksanakan ibadah qurban dan

sembelihan.

Antara beberapa bab yang disebutkan tadi, fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah

berkenaan bahagian yang menerangkan tentang ibadah mengerjakan umrah dan haji. Ibadat haji

hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan

juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi,

mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-

Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih

dekat. Di dalam bahagian ini juga penulis menceritakan secara terperinci tentang rukun-rukun

haji serta perkara-perkara wajib yang perlu dipatuhi dan juga perkara-perkara sunat yang boleh

dilakukan oleh para jemaah haji dan umrah sepanjang tempoh tersebut. Selain dari itu, penulis

ingin memberikan kemudahan kefahaman kepada para pembaca yakni penulis memasukkan

sekali gambar-gambar serta penerangan yang ringkas dan padat tentang cara-cara yang betul

untuk memakai kain ihram. Serta yang terakhir dalam bahagian ini ialah diterangkan juga

perkara-perkara yang membatalkan haji serta denda atau dam yang dikenakan kepada para

jemaah sekiranya meninggalkan beberapa perkara wajib dalam ibadah haji.

Dalam bahagian kelima dalam buku ini, penulis benar-benar menggarapkan isu-isu

berkaitan dengan hukum perkahwinan satu persatu bermula dengan mengapa manusia amat

dituntut untuk mendirikan rumah tangga dan juga penulis telah membongkar rahsia-rahsia dalam

alam perkahwinan. “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu telah memenuhi separuh

agamanya”, Hadis riwayat Al- Baihaqi R.A daripada Rasulullah S. A.W. Penulis juga telah

mengkhaskan satu bahagian dalam bukunya iaitu mengupas semua isu-isu dan permasalahan

2 | P a g e

Page 3: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

yang dihadapi dalam melayari bahtera rumah tangga. Penulis bermula dengan menerangkan

tentang tuntutan perkahwinan yang bukan sahaja dianggap oleh sesetengah individu sekadar

untuk memuaskan nafsu serakah sahaja tetapi tuntutan perkahwinan ini adalah bertujuan untuk

mendamaikan kerunsingan yang melanda hati dan sanubari seseorang itu. Terlalu banyak fadhilat

telah penulis kupaskan dalam bahagian ini antaranya ialah Allah telah melorongkan rezeki yang

banyak untuk setiap zuriat keturunan yang lahir bagi setiap pasangan yang berkahwin dan

mereka beriman kepada Allah S.W.T. Penulis telah menggariskan panduan yang harus diikuti

oleh setiap individu yang ingin melansungkan perkahwinan dan pada setiap peringkat dalam

perkahwinan bermula dengan peringkat merisik, meminang, akad dan sebagainya berlandaskan

syariat-syariat Islam dan juga diterangkan secara ringkas tentang penceraian (talak) serta

poligami.

Dalam bahagian ini juga, penulis mampu menarik perhatian para pembaca dengan

memberikan garis panduan dan ciri-ciri umum dasar pemulihan calon isteri dan juga calon

suami. Antara yang disebutkan dalam ciri-ciri umum pemilihan bakal isteri ialah pertama,

perempuan tersebut haruslah seorang yang taat dan berpegang teguh kepada ajaran agama seperti

yang disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud; dinikahi perempuan itu kerana

hartanya, dan keranaketurunannya dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka

pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan. Kedua, perempuan yang

berketerunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya. Ketiga,

perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Keempat, sekupu atau hampir

sekufu, masih gadis atau anak dara, dan yang terakhir ialah perempuan yang bukan dari keluarga

yang terdeka;. Misalnya adik-beradik atau sepupu tersekat. Manakala dasar pemilihan suami

pula, Islam memberikan tiga panduan sahaja iaitu pertama, lelaki yang mempunyai akhlak mulia

serta kuat agamanya. Kedua, lelaki tersebut bukanlah dari keluarga yang terdekat dan bebas dari

penyakit yang berat.

Seterusnya dalam bahagian bab 6 berkenaan syariat dalam bermasyarakat, penulis

menggarapkan isu-isu yang lebih perlu diberi perhatian oleh setiap individu iaitu berkenaan

hukum muamalat iaitu berjual beli. Hidup bermasayarakat menghubungkan anggotanya dalam

pelbagai bidang kemasyarakatatan, agama, politik, dan juga ekonomi. Tanggung jawab sebagai

3 | P a g e

Page 4: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

ketua keluarga adalah terletak di atas bahu seorag lelaki yang mempunyai mata pencarian dan

nafkah hidup sama ada melalui bekerja sendiri dalam bidang pertanian, perdagangan, berniaga

atau bekerja dalam bidang perkhidmatan kerajaan. Seseorang ketua keluarga haruslan

berkemampan menyara kehidupan keluarga, khususnya membeli barang-barang makana, pakaian

dan keperluan asasi yang lain. Apabila ada permintaan terhadap sesuatu barangan seperti

keperluan harian, tentunya terdapat urusan jual beli atau ‘muamalat’ antara pembeli dengan

penjual.

Dalam bahagian mumamalat ini, penulis meletakkan beberapa perkara yang boleh

menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat dalam urusan jual beli. Antaranya ialah pertama

mengelakkan pinupuan berlaku semasa proses jualbeli itu dilaksanakan. Di sini penulis lebih

menitik beratkan kepada penjual / peniaga agar bersifat amanah dan tidak menipu pembeli

dengan mengurangkan timbangan, menjual barangan yang telah rosak dan sebagainya. Sifat

amanah yang dituntut itu adalah bukan sahaja sebagai ukuran keuntungan dari perniagaan yang

dijalankan walhal ianya lebih kepada mencari keberkatan dalam rezeki yang diterima di samping

mendapat redha dari Allah S.W.T. Dalam Islam menjalankan perniagaan itu adalah amat dituntut

kerana 99 peratus punca rezeki itu adalah berpunca dari perniagaan. Kedua, penulis ada

menyatakan tentang sikap yang tinggi hemahnya ialah peniaga yang mampu membenarkan

sebahagian pembeli yang kurang berkemampuan berhutang barangan yang hendak dibeli dengan

perjanjian untuk membayar semula hutang tersebut pada tempoh masa yang ditetapkan.

Ketiga, penulis juga ada membincangkan tentang sikap-sikap baik yang harus dijadikan

contoh ialah bersikap tidak meninggikan harga sewenang-wenangnya hingga menyusahkan

pembeli dan juga sikap peniaga yang dianjurkan ialah sanggup menanggung kerugian terhadap

nilai sesuatu barang yang dijual sekiranya ada kesrosakan atau tidak sempurna seperti asalnya.

Ini sesuai dengan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud; Allah mengasihi seseorang lelaki yang

bertolak ansur ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut iaitu menuntut hutangnya.

Hadis riwayat al-Bukhari. Begitu juga peniaga dituntut untuk memberi kelonggaran semasa

proses jual beli di antara fakir miskin.

4 | P a g e

Page 5: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Kesimpulannya, buku ini sangat baik dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh

segenap lapisan masyarakat kerana ia boleh dirumuskan mampu menjawab setiap persoalan atau

isu yang ditimbulkan berkaitan dengan perkara-perkara asas fardhu ain. Pada setiap bahagian

dalam buku ini diterangkan oleh penulis dengan cara yang amat mudah difahami beserta

penerangan yang ringkas dan padat dengan gambar-gambar untuk memudahkan para pembaca

membuat rujukan. Pada tiga bahagian yang saya beri fokus utama adalah rumusan yang

melibatkan pembelajaran sepanjang hayat dan juga berkaitan dengan pembelajan andragogi.

Andaragogi berasal dari perkataan andro atau aner yang bererti orang dewasa, manakala agogos

bererti memimpin. Dari segi definisi andragogi adalah seni dan ilmu mengajar orang dewasa

(Knowles, 1980). Buku “Indahnya Hidup Bersyariat” ini telah berjaya digarap dengan baik

secara ilmiah oleh penulisnya kerana beliau sendiri adalah seorang ahli agama yang sangat

berwibawa dalam bidangnya. Buku ini juga dapat memberikan maklumat yang berguna dan

peransang kepada setiap para pembaca agar lebih berusaha memperbaiki diri serta

memartabatkan ilmu agama demi kepentingan diri, keluarga dan masyarakat.

5 | P a g e

Page 6: Buku Indahnya Hidup Bersyariat

BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Basmeih, 2000. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala

Lumpur: Dar al-Fikr.

Ahmad Abdul Jawwad, 1997. Tuntutan Doa-Doa Mustajab daripada al-Quran & al-Sunnah.

Malaysia: Hashimi Press.

Ahmad Abdul Jawwad, 2000. Berdoa Bersama Nabi. Malaysia: Hashimi Press.

Ahmad, Muhamammad Bin Hanbal, 1995. Al-Musnad. 20 jil. Kaherah: Dar Al-Hadis

Al-Bakistani, Zakariya bin Ghulam Qadir, 2001. Al-Akhbar bimala Yasihu Min Ahadis, Arab

Saudi: Darr Al-Kharraz.

Al-ghazali, Abu Hamid Muhamad bin Muhamad, 1996. Ihya Ulumuddin. Tahqiq Assyihat al-

Tahhan, Abdullah al-Mansyawi. 5 jln. Mansorah: Maktabul iman

Humam As’Ad, 2001. Ilmu Tajwid Cara Mudah & Berkesan.Cetakan ketiga. Sekangor: Darul

Kitab.

Luqman Hakim, 1988. Ajarilah Anak Anda Berdoa. Kuala Lumpur: Bismi Publishers. Mohd

Uzair Taufik, 2002. Panduan Lengkap Sembahyang Farddhu Dengan Bacaan serta Doa dalam

tulisan rumi.

Sulaiman Endut, 2005. Asas-asas fardhu ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Zahazan Mohamed, 2006. 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran, Khasiat & Khafiat

Beramal. Malaysia: Telaga Biru

6 | P a g e