buku bab 7.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    1/13

    1

    1

    Pendudukan Siam ke atas Kedahditentang dengan hebat oleh

    rakyat Kedah di bawah pimpinanSultan Ahmad Tajuddin.

    Perang pembebasan Kedah turutdipimpin oleh Tunku Abdullah,Tunku Kudin (Syed ZainalAbidin), Tunku Long dan TunkuMuhammad Saad.

    Perjuangan Sultan AhmadTajuddin disokong olehpemimpin rakyat seperti Tok Mo

    Ris dan pemimpin agama SyeikhAbdul Kadir.

    British telah bersubahat denganSiam untuk menentangkebangkitan rakyat Kedah.

    Perjuangan hebat rakyatKedah menentang Siam,menyebabkan akhirnyaSiam berdamai denganKedah.

    Putera Sultan Kedah, puteraDaei telah dihantar keBangkok untuk berundingdengan Siam.

    Pada tahun 1842, Siambersetuju mengembalikantakhta Kedah kepada SultanAhmad Tajuddin, namunwilayah Perlis, Setul danKubang Pasu diasingkandari Kedah.

    Perjuangan MengembalikanKedaulatan Kedah Peristiwa penentangan Kedah terhadap

    SiamSiam Berdamai dengan

    Kedah

    Pada tahun 1823, Tunku Abdullah bersama 3000orang tentera menyerang Siam melalui SeberangPerai.

    Pada tahun 1831, Tunku Kudin berjaya menawansemula Kuala Kedah dari Melaka.British telahmenghantar lima buah kapal perang mengepungKedah menyebabkan bekalan makanan terputus dandalam pertempuran ini Tengku Kudin terkorban.

    Pada tahun 1836, Sultan Ahmad Tajuddin merancangmenyerang Siam melalui Bruas Perak, bagaimanapunBritish berjaya mengesan gerakan ini dan bertindakmenangkap Sultan Ahmad Tajuddin.

    Pada tahun 1838, Tunku Muhammad Saad memimpinkebangkitan rakyat Kedah menentang Siam. TenteraKedah telah berjaya menawan semula kawasan selatanKedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla.

    PerjuanganRakyat

    TempatanMengembalikan

    KedaulatanBangsa

    Pengenalan

    Perubahan dalam sistem penadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa.British telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membeban dan menindasa rakyat sehingga membawa

    kepada tercetusnya kebangkitan menentang penjajah.

    Muncul tokoh-tokoh seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato Maharajalela,Yamtuan Antah, Dato Bahaman, Mat Salleh, Antanum, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbung memimpinrakyat menentang penjajah.

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    2/13

    2

    2

    British memperolehMelaka melaluiPerjanjian InggerisBelanda tahun 1824,mendakwa Naningmerupakan sebahagiandaripada Melaka.

    British mengarahkanNaning mematuhiperaturan yangditetapkan di Melaka.

    Dakwaan Britishditentang oleh Dato Dol

    Said dan rakyat Naning.

    oPeraturan yang diperkenalkan oleh British menggugat pengaruh dankuasa Dol Said.

    oDol Said tidak dibenar mengendalikan kes-kes jenayah dan beliaudiugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhiarahan British.

    Daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka.Naning diketuai oleh Dato Naning Abdul Said yang lebih dikenali

    dengan Dol Said.

    Pusat pentadbiran Naning terletak di Taboh.Naning kaya dengan hasil buah-buahan, sirih, lada, padi dan bijih timah.

    Pada tahun 1830,British memaksaNaning membayarcukai satu

    persepuluhdaripada hasilkeluaran pertaniankepada British.

    Cukai tersebutdikenakan keranamendapati hasildaerah Naningmelebihi $4500dolar sebulan.

    Faktor Penentangan Dol Said di Naning

    Dol Said Pahlawan Naning

    Dol Said Menetang British

    Pada tahun 1831, British telah mengisytihar Dol Said sebagai penderhaka.Seramai 150 orang sepoi di bawah pimpinan Kapten Wylie telah dihantar untuk menangkap Dol Said.Dol Said berjaya menewaskan askar British kerana menggunakan taktik perang gerila serta mendapat bantuan daripada Seri

    Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Yamtuan Muda Raja Ali turut menghantar tentera bantuan yang dipimpin oleh SyedShaaban

    British kemudiannya telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dan bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untukmenyerang naming.

    Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai pasukan menyerang Naning dan akhirnya berjaya menewaskan Dol Said.Taboh pusat pentadbiran naming ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar.Dol Said berundur ke Seri Menanti kemudian menyerah kepada British.Dol Said kemudiannya diberi pencen dan rumah di Melaka.Dalam pertempuran ini pihak British telah kerugian sebanyak 100 000 paun sterling untuk menampung perbelanjaan perang.Walaupun kebangkitan Naning gagal, namun ia telah berjaya menghidupkan semangat juang yang berterusan di kalanganbangsa Melayu.

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    3/13

    3

    3

    Rentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngelaban

    Pengenalan

    Rentap memimpin masyarakat Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas menentangkuasa penjajah British di Sarawak.

    Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia.

    ii. Mengaanggap orang Ibandi Sungai Skrang sebagailanun.

    iii. James Brooke membinakubu di Nanga Skranguntuk mengawasi orangIban

    iv. menghapuskan petempatanorang Iban di SungaiSkrang yang dianggap

    seba ai lanun.

    Kronologi penentangan RentapSebab Kebangkitan Rentapmenentang keluarga Brooke

    Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang danberjaya membunuh seorang pegawai Brooke Allan Lee.

    James Brooke telah bertindak menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakarperkampungan Rentap.

    Pada tahun 1857, James Brooke telah menghantar Charles Brooke menyerang kubuRentap di Bukit Sadok tetapi gagal.

    Pada tahun1858, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerangRentap, namun masih gagal menewaskan Rentap.

    Rentap mencabar Brooke dengan kata-kata semangat Bawalah semua meriam kamudari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah

    James Brooke kemudian mengetuai pasukannya menyerang Rentap dan akhirnyaberjaya menawan kubu di Bukit Sadok.

    Rentap kemudiannya telah berundur ke Ulu Sungai Entabai untuk menyusun strategi.

    Namun, belum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia.

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    4/13

    4

    4

    Pada tahun 1855, Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusirPangeran Matusin yang menyokong James Brooke.

    James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarikei,menyebabkan Sharif Masahor berasa marah.

    Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur dari Kuching untuk mengusirkeluar James Brooke dari Sarawak.

    Pada tahun 1859, Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Kanowit. Pada tahun 1860, Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temenggung Hashim dariSadong menyerang Brooke di Kuching. Charles Brooke dengan bantuan Belanda telah menangkap Datu Patinggi Abdul Ghafur dan

    dipenjarakan di Betawi.

    Pertempuran sengit antara sharif Masahor dengan Charles Brooke di berlaku di Sungai Sadongmenyebabkan kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 orangpengikutnya terbunuh. Sharif Masahor berundur ke Mukah.

    Pada tahun 1861, Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkapkemudian dibuang ke Singapura.

    Walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya berjaya dipatahkan namun, gerakan menentangBrooke tetap diteruskan.

    Keluarga Brooke kemudiannya menghadapi tentangan Banting dan Penghulu Asun.

    Pengenalano Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang

    dilantik oleh Sultan Abdul Mumein Brunei.o Sharif Masahor sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melanau di Sungai

    Rajang dan orang Iban di Skrang.

    i. Kewibawaan beliautergugat apabila JamesBrooke mengambilalih pentadbiranSungai Rajangdaripada SultanBrunei.

    ii. Sharif Masahormenentang tindakanBrooke membina kubudi Kanowit danmelantik Henry Steele

    sebagai wakil British.

    Kronologi penentanganSharif Masahor

    Sebab Kebangkitan SharifMasahor menentang

    keluarga Brooke

    Sharif Masahor Wira Sarawak

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    5/13

    5

    5

    Pembesar kehilangan hakmemungut cukai

    Sultan Abdullah telahdipaksa meyerahkan hakmengutip cukai kepadaBritish.

    Sultan diugut akan dipecatsekiranya engganmenandatanganipengiystiharan hakmengutip cukai.

    Birch membakar rumahRaja Ngah kerana terusmenjalankan kutipancukai timah di Bidor.

    Memperkenalkan cukaibaru

    Birch dengan sesukahati telah bertindakmemperkenalkanbeberapa cukai baruseperti cukai padi,perahu, atap, senjatadan bayaran permituntuk kegiatanmembalak.

    Setiap isi rumahdikehendakimembayar cukaisebanyak dua dolarsebagai cukai

    Pengenalan

    Dato Maharaja Lela memimpin gerakan menentang British di Perak adalah Orang Besar Berlapan Perak danmenjadi penghulu di Pasir Salak.

    Perjanjian Pangkor telah menyebabkan Perak menerima J.W.W Birch sebagai Residen di Perak pada bulanNovember 1874.

    Perlantikan Birch sebagai Residen di Perak telah menyebabkan konflik berlaku antara J.W.W Birch denganSultan dan pembesar-pembesar di Perak yang membawa kepada tercetusnya kebangkitan di Pasir Salak.

    Mencabar ketuanan Melayu

    Kemuncak kemarahanSultan Abdullah berlakuapabila didesakmenandatangani perjanjianpengisytiharan penyerahankuasa kepada British.

    Pengisytiharan tersebutmenyebabkan kuasamentadbir negeri diserahkankepada Residen.

    Sehubungan itu, Residenberkuasa melantik hakim,mengurus kutipan cukai dan

    melantik penghulu.

    Sebab penentangan

    J.W.W Birch mencampuriurusan adat resam

    terutama soal hamba.

    Birch telahmengharamkanamalan perhambaanmenyebabkan Sultandan pembesar marah.

    Birch ssecara sengajatelah membangkitkankemarahan pembesar-pembesar apabilamenyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

    Dato Maharajalela Pejuang Kebanggaan Perak

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    6/13

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    7/13

    7

    7

    YamTuan Antah tidakbersetuju dengan tindakanDato Kelana Sungai Ujongmenandatangani perjanjiandengan British yangmengugat kedaulatanBangsa.

    Yamtuan Antah tidakmengiktiraf Dato Kelanasebagai pemerintah SungaiUjong.

    Apabila Dato Kelana Syed AbdulRahman mengisytiharkan Terachisebagai wilayahnya menyebabkanhubungannya dengan YamtuanAntah meruncing.

    Yamtuan Antah membuat bantahankerana Terachi adalah merupakanjajahan Seri Menanti.

    Pengenalan

    Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti yang terdiri daripada Terachi,Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol..

    P.J Murray, Residen Brtish diSungai Ujong telah menghantartentera dan juruukur, menyiasatpertiakaian tersebut.

    Yamtuan Antah menghantar 200orang pengikutnya memintaBritish menghentikan kerja-kerjamengukur kawasan antara

    Terachi dengan Kuala Pilahyang akhirnya mencetuskanpertempuran.

    Sebab penentangan

    Kebangkitan Yamtuan Antah telah mendapat sokongan Dato Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin,penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.

    Pada peringkat awal penentangan, Yamtuan Antah telah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ. Bagaimanapun, pihak British telah berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan daripada tentera

    negeri-negeri Selat.

    Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus kemudiannya ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor, Yamtuan Antah telah mengadakan rundingan dengan Sir William

    Jervois.

    Yamtuan Antah kemudian telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti, bagaimanapun memberi ruangkepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.

    Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    8/13

    8

    8

    Dato Bahaman kehilangan hakmengutip cukai setelah British melantikE.A Wise sebagai Majistret danPemungut Hasil di daerah Temerloh.

    Beliau kemudiannya telah dilarangmengutip cukai.

    Sebab-sebab penentangan Dato Bahaman. 16 Disember 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato Bahaman

    kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Dato Bahaman bertindakmenyerang balai polis Lubuk Terua.

    26 Disember 1891, British menyerang dan cuba menawan semula balai polisLubuk Terua tetapi tidak berjaya dan meminta bantuan daripada Singapura.

    Pada Januari 1892, Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultanditubuhkan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Sultan WanAhmad mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu DatoBahaman di Bentong.

    Mac 1892, Dato Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan perjuanganmenjadi semakin sengit kerana Dato Bahaman mendapat sokongan Tok Gajahdan anaknya Mat Kilau.

    Pada Mei 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua menyebabkanpejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulamatersohor Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihadmenentang British.

    14 Jun 1894, Dato Bahaman dan 100 pengikutnya menawan Kuala Tembelingdan Jeram Ampai.

    British menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan

    mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan danTeren anu.

    Kronologi Penentangan Dato Bahaman

    Pembinaan balai polis di Lubuk Teruatanpa terlebih dahulu berunding denganDato Bahaman. Tindakan ini dianggapmenceroboh serta mengancam

    kawasannya

    Dato BahamanPahlawanPahang

    Pengenalan

    Kebangkitan menentang British di Pahang dipelopori oleh Dato Bahaman. Dato Bahaman digelar Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kegagahan dan

    keberanian yang ditunjukkannya dalam perang saudara di Pahang dan Perang Kelang.

    Dato Bahaman dilantik sebagai pembesar Temerloh apabila Orang Kaya Indera Segara meninggal dunia. Perlaksanaan undang-undang British menyebabkan Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa

    Pahlawan Semantan kehilangan kuasa.

    British memaksa Sultan Ahmadmelucutkan gelaran Dato Bahaman.Tindakan ini memalukan Dato Bahamandan beliau bersumpah akan menghalauBritish keluar dari Pahang.

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    9/13

    9

    9

    o Berpunca daripada perjuangan jihad orangSulu menentang Sepanyol di SelatanFilipina.

    Sebab-sebabpenentangan Mat

    Salleh

    Pengenalan

    Kebangkitan terbesar dalam sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British diSabah dipimpin oleh Mat Salleh pembesar daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

    Mat Salleh keturunan Bajau dan Suluk mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanianber eran mas arakat tersebut.

    Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya, pada bulan Novembermenyerang Ambong.

    British tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh, membuat tawaran untuk berdamai dan memberi pengampunan kepadaMat Salleh. Mat Salleh telah dibenarkan mentadbir wilayah Tambunan.

    Bagaimanapun, British mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh berasa tertipu dan kemudian membina kubu diKampung Teboh, Tambunan.

    SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran dan dalam pertempuran ini Mat Salleh dikatakan terbunuhpada 31 Januari 1900.

    Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta.

    Kronologi Penentangan Mat Salleh

    Syarikat Borneo Utara British tidakmenghiraukan kedudukan Mat Salleh telahmemperkenalkan cukai baru sepertiamalan buruh paksa, cukai beras dan

    lessen perahu yang membebankan rakyat

    Mat Salleh ke Sandakan untuk berundingdengan gabenor Beaufort C.V. Creagh tentangmasalah cukai dan tindakan kekerasan pegawaiSBUB terhadap penduduk tempatan, tetapibeliau tidak dilayan.

    Gabenor Beaufort telah menyerang danmembakar kampung Mat Salleh keranatersalah anggap tujuan kedatangan Mat

    Salleh dan menawarkan hadiah sebanyak 500dolar kepada sesiapa yang berjayamenangkap Mat Salleh.

    Mat Salleh Menyanggah SBUB

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    10/13

    10

    10

    British melarang orang Murut membukatanah baru menyebabkan mereka kekuranganberas. Sebab

    penentanganAntanom terhadapSyarikat Borneo

    Utara British

    Pengenalan

    Nama sebenar Antanum ialah Ontoros anak lelaki Antanom adalah ketua kaum Murut di Rundum. Dalam usia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya.

    Antanom telah menyatukan orang Murut menyerang Pensingan dan membakar bangunan kerajaan pada bulan Februari 1915. Pada bulan Mac 1915, Antanom memimpin 600 orang Murut menyerang Rundum dan memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB. Kejayaan Antanom menewaskan SBUB telah menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikutnya semakin bertambah. Pada bulan April, SBUB menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubu Antanom menyebabkan 400 orang Murut terkorban

    mempertahankan Rundum. Kebangkitan ini dinamakan kebangkitan Rundum kerana berlaku di daerah Rundum. SBUB telah bertindak tegas terhadap pengikut Antanom. Seramai lapan orang orang kanan Antanom telah dibuang daerah ke Kudat,

    manakala yang lain telah dijadikan buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis ke Keningau.

    Orang Murut telah diminta bersumpah taat setia dengan SBUB bagi mengelakkan berlakunya kebangkitan menentang SBUB. Orang Murut telah berpindah ke kawasan pedalaman Kalimantan sebagai tanda bantahan kepada SBUB.

    Kronologi Penentangan

    Antanom

    Mengasingkan suami isteri kaum Murut. Merekadikenakan bayaran sebanyak satu dolar bagi setiapkali pertemuan.Sekiranya mereka mempunyai duaorang anak, seorang akan diambil untuk dijadikanburuh paksa.

    Menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa untuk membuatjalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara

    Tindakan SBUB menceroboh hutan untukmembuat jalan dianggap mengganggu rohnenek moyang mereka.

    SBUB telah mengenakan pelbagai jeniscukai yang membebankan seperti cukaikepala, cukai tanaman pindah, cukai pokokkelapa untuk meminum tuak, cukaitangkapan ikan besar dan bayaran untukmemelihara anjing.

    Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    11/13

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    12/13

    12

    12

    Penguatkuasaan undang-undang kawalanbinatang buas yang telah melarang pendudukmemburu binatang liar. Sesiapa yang ingkarakan didenda sebanyak 500 dolar dansenapang mereka akan dirampas.

    Faktorkebangkitan tani

    menentang

    British

    Pengenalan

    Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji AbdulHamid digelar Abdul Rahman Limbong kerana kerap ke Limbong mengajar agama.

    Pada tahun 1921, British telahmemperkenalkan peraturan tanah baru yangmenghendaki petani yang ingin membukatanah dan bercucuk tanam mendapatkan paskebenaran dengan bayaran 50 sen. Sesiapayang ingin menebang pokok dan mengutiphasil hutan seperti daun nipah, buah salak,sagu, rotan dan daun palas juga mestimendapatkan pas kebenaran dengan bayaran50 sen. Peraturan baru ini membebankanpetani miskin.

    Sistem cukai dan undang-undang tanah yangdiperkenalkan oleh British pada tahun 1924mewajibkan penduduk mendaftar tanahmereka dengan bayaran 2.50 ringgit setiapseorang.

    Pengaruh pemimpin agama seperti HajiAbdul Rahman Limbong yang menegaskanbahawa tanah adalah hak Allah dan rakyatbebas mengusahakannya tanpa perlumembayar cukai kepada kerajaan, manakalaHaji Musa Abdul Ghani pula mendakwaperaturan British sebagai bertentangan denganSyariah Islam.

    Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

  • 8/14/2019 buku bab 7.pdf

    13/13