bab 7 perolehan

26
BAB 7 SISTEM PEROLEHAN NEGARA

Upload: auliainani

Post on 09-Jul-2016

274 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Perolehan bagi Pentadbiran Kewangan

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 7 Perolehan

BAB 7SISTEM PEROLEHAN NEGARA

Page 2: BAB 7 Perolehan

OBJEKTIF BAB

Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:1. Mendefinisikan perolehan kerajaan.2. Mengenal pasti prinsip dan objektif perolehan kerajaan.3. Membincangkan strategi-strategi perolehan kerajaan.4. Menjelaskan beberapa kaedah perolehan kerajaan.5. Mengetahui tentang pengurusan risiko.

Page 3: BAB 7 Perolehan

7.2 KUASA PERBENDAHARAAN

Sebagaimana yang anda telah maklum, Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan supaya pengurusan kewangan dan perakaunan negara diletakkan di bawah tanggungjawab Menteri Kewangan. Selanjutnya, seksyen 6(1) Akta Acara Kewangan 1957(Pindaan 1972) telah memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menyelia dan menyelaras perolehan kerajaan.

Page 4: BAB 7 Perolehan

Bagi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab ini, Perbendaharaan telah mengeluarkan Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan sebagai panduan kepada pihak pentadbir bagi mengendalikan urusan perolehan dengan cekap dan berkesan.

Page 5: BAB 7 Perolehan

7.3 PRINSIP DAN OBJEKTIF PEROLEHAN

7.3.1 Prinsip PerolehanSecara asasnya, perolehan kerajaan perlu memenuhi beberapa prinsip umum yang selalu digunakan apabila kita membincangkan mengenai pentadbiran kewangan yang cekap dan berkesan. Antara yang paling diutamakan ialah prinsip akauntabiliti awam. Ia bermaksud setiap penjawat awam mesti melaksanakan tanggungjawab dengan beramanah, beretika dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasil yang terbaik.

Page 6: BAB 7 Perolehan

Objektif perolehan kerajaan

Antara objektif perolehan kerajaan dapatlah disenaraikan seperti berikut:1. Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan;2. Mendapatkan harga yang berpatutan dan menguntungkan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti, tempoh penyerahan barang atau tempoh siap kerja yang telah ditetapkan;3. Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan sumber-sumber tempatan;4.Membangun, mengembang dan memindahkan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan semasa negara;5.Memastikan barang dan aset kerajaan diuruskan dengan berkesan; 6. Menjadi asas bagi pencapaian objektif dasar-dasar kerajaan.

Page 7: BAB 7 Perolehan

7.4 DASAR PEROLEHAN NEGARA

Antara tujuan Dasar Perolehan Kerajaan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan selain daripada penggunaan sumber atau bahan tempatan dengan optimum. Malaysia perlu meningkatkan keupayaan industri tempatan demi menghadapi saingan yang amat hebat di peringkat antarabangsa.

Page 8: BAB 7 Perolehan

Seterusnya, dasar ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan usahawan dan syarikat Bumiputera selaras dengan hasrat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Seperti yang kita tahu, matlamat meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi moden masih lagi tidak dapat dicapai sepenuhnya.Pemilikan kekayaan negara oleh Bumiputera masih jauh daripada sasaran 30% yang digariskan oleh Dasar Ekonomi Baru. Oleh itu, melalui dasar perolehan ini diharapkan keupayaan bersaing di kalangan Bumiputera dalam semua kegiatan ekonomi moden akan dapat ditingkatkan.

Page 9: BAB 7 Perolehan

Dalam era globalisasi ini, sesebuah negara yang tidak dapat mengeluarkan barangan yang dikehendaki dengan cekap tidak akan berjaya menembusi pasaran perdagangan antarabangsa. Oleh itu, meningkatkan keupayaanindustri dan firma tempatan melalui pemindahan teknologi dan kepakaran adalah amat penting.Di samping itu, kerajaan juga berhasrat menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan tempatan terutamanya perkhidmatan pengangkutan dan insurans tempatan.

Page 10: BAB 7 Perolehan

7.5 STRATEGI PELAKSANAAN

7.5.1 Keutamaan kepada Barangan Tempatan danPembangunan Industri TempatanSetiap agensi kerajaan telah diarahkan untuk memberi keutamaan kepada barangan atau bahan buatan tempatan kecuali jika barangan atau bahan tersebut tidak dapat diperoleh daripada sumber tempatan. Namun demikian, ini tidak bermakna kualiti barangan boleh di abaikan. Sebaliknya, ia mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan sebaik-baiknya memenuhi piawaian Malaysia atau piawaian lain yang ditetapkan.

Page 11: BAB 7 Perolehan

Bagi perolehan bekalan atau perkhidmatan, anda perlu memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan walaupun perbezaan kos keseluruhan ke atas barang buatan tempatan berbanding barangan buatanasing yang serupa adalah lebih tinggi dengan syarat kualiti barang buatan tempatan itu memuaskan.

Page 12: BAB 7 Perolehan

‘Kos keseluruhan’ yang dimaksudkan di dalam Arahan Perbendaharaan meliputi tambang, insurans, cukai dan sebagainya. Jika barang itu diimport, cukai yang terlibat merupakan duti kastam dan cukai jualan.Bagi barangan tempatan pula, cukai yang dikenakan ialah cukai eksais dan cukai jualan.

Page 13: BAB 7 Perolehan

7.5.2 Pembelian Melalui Kontrak Pusat

Ada beberapa jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan guna sama. Ia merupakan barang yang sering digunakan oleh semua unit, cawangan dan agensi kerajaan. Antaranya termasuk kertas, disket, fail jabatan dan alat tulis.Bagi barangan ini, Perbendaharaan akan menguruskan kontrak pusat bagi tujuan perolehan. Semua agensi mesti menggunakan kontrak pusat apabila membeli barangan ini. Ia hanya boleh dibeli melalui pembekal-pembekal kontrak pusat yang telah dilantik oleh Perbendaharaan, melainkan dengan pengecualian Perbendaharaan atau Pihak BerkuasaKewangan.

Page 14: BAB 7 Perolehan

7.5.3 Pembangunan Industri Perkhidmatan

Bagi memenuhi matlamat membangunkan industri perkhidmatan di negara ini, Dasar Perolehan Negara telah menetapkan supaya hanya perkhidmatan syarikat tempatan digunakan bagi perkhidmatan pengangkutan dan insurans yang diperlukan. Pada kebiasaannya, perkhidmatan pengangkutan dan insurans adalah diperlukan bagi pembelian barang dari luar negara. Penggunaan perkhidmatan pengangkutan dan insurans syarikat tempatan adalah bertujuanmengurangkan pengaliran keluar wang negara.

Page 15: BAB 7 Perolehan

7.6 PENJENISAN PEROLEHAN

Perolehan kerajaan boleh dibahagikan kepada duabentuk iaitu perolehan secara centralised dan secara decentralised.perolehan barang berpusat atau centralised ini dilakukan. Ia dikendalikan secara pusat oleh Perbendaharaan selaras dengan kuasa yang diberikan melalui Arahan Perbendaharaan nombor 178.

Page 16: BAB 7 Perolehan

Bentuk decentralised pula melibatkan perolehan melalui pembelian runcit,sebut harga dan tender. Perolehan bentuk ini akan dikendalikan sendiri oleh kementerian/Jabatan/Badan Berkanun secara berasingan. Agensi-agensi ini akan mengikut kaedah, peraturan-peraturan dan had-had yang ditetapkan tanpa perlu merujuk kepada Perbendaharaan setiap kali perolehan akan dilakukan.

Page 17: BAB 7 Perolehan

kita dapat membahagikan perolehan kepada tiga jenisiaitu bekalan, perkhidmatan dan kerja.1. Bekalan merupakan barangan yang dibekalkan bagi

menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek kerajaan.

2. Perkhidmatan pula ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran yang didapatkan untuk melaksanakan atau menyiapkan sesuatu kerja tertentu.3. Takrif kerja pula melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti pembinaan bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya

Page 18: BAB 7 Perolehan

7.7 KAEDAH PEROLEHAN

1) Pembelian TerusBagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi satu item atau kelas jenis item, agensi kerajaan dibenarkan membuat pembelian secara terus daripada mana-mana pembekal. Pembekal tidak semestinya berdaftar asalkan mereka menawarkan harga yang berpatutan.Seterusnya, bagi pembelian bernilai antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun bagi satu item atau kelas jenis item, pihak pegawai dibenarkan oleh kerajaan untuk membuat pembelian terus daripada pembekal yangberdaftar dalam bidang yang berkenaan.

Page 19: BAB 7 Perolehan

2) Kerja-kerja RequisitionKerja yang dipanggil requisition merupakan kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal. Perolehan mengikut kaedah ini dibenarkan bagi kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM50,000 dan mesti mengikut jadual kadar kerja kejuruteraan awam.Pemilihan kontraktor untuk kerja jenis ini boleh dibuat secara undi atau pusingan.

Page 20: BAB 7 Perolehan

3) Sebut hargaKaedah ini digunakan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai lebih daripada RM20,000 hingga RM50,000 setahun. Sebut harga perlu dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal atau kontraktor Bumiputera. Pembekal Bumiputera berkenaan perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.

Page 21: BAB 7 Perolehan

4) TenderApabila perolehan yang hendak dibuat melibatkan nilai melebihi RM50,000 setahun, maka tender hendaklah dipelawa daripada para pembekal atau kontraktor. Secara khusus, terdapat empat kategori tender, iaitua) Tender TerbukaTender jenis ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktoratau pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewanganbagi bekalan dan perkhidmatan, dan Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan Pusat KhidmatKontraktor (PKK) bagi kerja.

Page 22: BAB 7 Perolehan

b) Tender Terbuka yang Dikhaskan kepada KontraktorBumiputera Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor Bumiputera yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja yang diperlukan olehagensi tersebut.

Page 23: BAB 7 Perolehan

c) Tender Terbuka Berasaskan PrakelayakanPeraturan pra-kelayakan ini diadakan bertujuan membuat tapisan agar hanya kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai kemampuan teknikal, kewangan dan pengurusan bagi melaksanakan sesuatu tender sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender. Kaedah ini memerlukan kelulusan khas Perbendaharaan terlebih dahulu.d) Tender TerhadTender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Page 24: BAB 7 Perolehan

5) Rundingan TerusKaedah yang terakhir ini juga memerlukan kelulusan khasPerbendaharaan untuk dilaksanakan. Kaedah ini digunakan apabila didapati bahawa hanya terdapat satu pembekal sahaja yang boleh membekalkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Perolehan jenis ini juga boleh dilaksanakan bagi kontrak kerja jika projek yang terlibatadalah sangat penting dan perlu dilaksanakan dengan segera.

Page 25: BAB 7 Perolehan

7.8 PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan risiko adalah proses membuat dan melaksanakan keputusan yang boleh meminimumkankesan-kesan akibat daripada kerugian kemalangan yang menimpa sesebuah organisasi. Ada pihak yang mendefinisikan pengurusan risikosebagai pengenalpastian, penganalisisan dan pengawalan yang ekonomik terhadap risiko-risiko yang boleh mengancam aset-aset atau keupayaan dalam mendapatkan pulangan kapasiti perniagaan.

Page 26: BAB 7 Perolehan

Adalah penting bagi organisasi awam mempraktikkan pengurusan risiko demi menjamin kerugian yangmungkin berlaku akibat kemalangan, bencana, pecah amanah, kerosakan dan penyelewengan dapat diminimumkan.