buat ketupat bersama rendang jadi hidangan di waktu · pdf filekarnival pembestarian sekolah...

7
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.... Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu petang Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutup Karnival Pembestarian Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang serta dif-dif kehormat mengambil tempat. RADZIAH UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Silat Selamat Datang Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri KSU ke tempat duduk VIP Lagu Negaraku dimainkan. HASHIM Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput duduk. PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri,dif-dif kehormat, para tetamu serta hadirin sekalian, persembahan silat selamat datang itu tadi di persembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Serting Felda. RADZIAH 1

Upload: lecong

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendangJadi hidangan di waktu petang

Kami mengucapkan selamat datangKe majlis penutup Karnival Pembestarian

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang serta dif-dif kehormat mengambil tempat.

RADZIAH

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.

• Silat Selamat Datang• Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri

KSU ke tempat duduk VIP• Lagu Negaraku dimainkan.

HASHIM

Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput duduk.

PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG

Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri,dif-dif kehormat, para tetamu serta hadirin sekalian, persembahan silat selamat datang itu tadi di persembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Serting Felda.

RADZIAH

1

Page 2: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Terbang bebas si rama-ramaTeratai mekar di tengah lembah

Menyusun langkah semerdu iramaTarian Sewang kini dipersembah

Marilah kita sama-sama menyaksikan Tarian Sewang daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Putra.

Majlis mengucapkan terimakasih di atas persembahan tarian itu tadi.

BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008.

Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

HASHIM

2

Page 3: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. AwangKetua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Yang Berusaha Dr. Haili b. DolhanTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Adenan bin DeramanPengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

4. Yang Berbahagia Dato’ Abdullah bin MohammadPengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

5. Pengarah-pengarah dan wakil-wakil Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Ketua-ketua jabatan

7. Ketua-ketua sektor

8. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan

9. Pegawai-pegawai dari Agensi-agensi luar

10. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat sekalian

RADZIAH

3

Page 4: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

UCAPAN ALU-ALUAN

Sayang melukut ditepi gantangHimpunan tikar padian huma

Tuan dijemput sudahlah datangBerbesar hati kami menerima

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pembestarian Sekolah telah diadakan selama 3 hari bermula dari 22 Ogos 2008 dan akan berakhir pada petang ini 24 Ogos 2008.

RADZIAH

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – PENGARAH BAH TEK PEND MALAYSIA Hadirin yang dihormati,

Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Hj. Mohd Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

HASHIM

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang (Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

RADZIAH

4

Page 5: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang Berbahagia Tan Sri sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia Tan Sri untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH

Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran kategori Sekolah Menengah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirTempat Kedua : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar TampinTempat Pertama : SMK Puteri, Seremban

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran kategori Sekolah Rendah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK BongekTempat Kedua SJKC Chung Hua, LukutTempat Pertama SJKT Ldg Bt Hampar

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Pasoh 2Tempat Kedua : SMK Seri AmpanganTempat Pertama : Kolej Tunku Kurshiah

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Rendah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK RompinTempat Kedua : SK Undang RembauTempat Pertama : SK Petaseh

Pertandingan Laman Web Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah Menengah :

Hanya satu penyertaan sahaja...dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah

Kategori Sekolah Rendah :

Tiada penyertaan

HASHIM

HASHIM

HASHIM

RADZIAH

RADZIAH

HASHIM

5

Page 6: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Dato Klana Putra LenggengTempat Kedua : SMK KGV SerembanTempat Pertama : SMK Bukit Mewah, Seremban

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SJKT Ldg Sialang, BahauTempat Kedua : SK King George SerembanTempat Pertama : SK King George Seremban

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Bukit JalorTempat Kedua : SM Chan Wa, SerembanTempat Pertama : SMK Undang Rembau

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Kedua dimenangi oleh : SK Astana Raja, RembauTempat Pertama : SK Tampin

Pemenang Oracle Think.com Future Scientist Contest:

• Rujuk En Suhaimi dan Puan Mashitah

HASHIM

RADZIAH

RADZIAH

HASHIM

HASHIM

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri atas kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis mempersilakan.

HASHIM

6

Page 7: Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di waktu · PDF fileKarnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. ... persembahan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri.

LAWATAN KE TAPAK PAMERAN KARNIVAL

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri diiringi Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, dif-dif kehormat, para jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke Pameran Karnival dan seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pembestarian Sekolah bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Pembestarian Sekolah pada tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan didalam peti

Majlis penutupan selesailah sudahJumpa lagi di lain kali

Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalanTengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkanBerhati-hati ketika memandu

RADZIAH

HASHIM

RADZIAH

HASHIM

RADZIAH

7