koleksi cerita seram

90
Arwah Ibu Lawat Mayat Anak Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti memba ca ayat- ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya memba wa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kemba li kain penutup mayat dan menolak kemba li lacinya ke dalam dan memba wa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya

Upload: adiandy-sahbudin

Post on 31-Oct-2015

770 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Cerita Seram

Arwah Ibu Lawat Mayat Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian,

Page 2: Koleksi Cerita Seram

entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

embaga tua di Sekijang Bendera  Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island).  Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi meja.  Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan sebuah kipas angin berdiri.  Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan.  Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

  Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas.  Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan.  Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya.  Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya.  Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.    Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya otu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun.  Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku.  Pada keesok malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali.  Belum lam dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.

  Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi.  Tetapi apabila mata saya menyorot ke araj kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak - betul betul ditempat kipas angin itu.  Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.

  Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma?  Hati saya bertanya sendiri.  Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jlas, walaupun saya berjauhan daripadanya.  Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

  Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya.  Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga.  Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.

Page 3: Koleksi Cerita Seram

satu malam dibilik hotel  Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku pada Disember 1988, hari terakhir percutian kami sekeluarga.  Kami singgah dibandar Melaka dalam perjalanan pulang selepas bercuti empat hari di Kuala Lumpur.  Kami menginap disebuah hotel di ibukota Melaka.  Selepas berehat. kami empat beranak dan seorang anak saudara isteri saya, pergi ke bandar hilir untuk membeli belah dan melihat lihat pemandangan pusat bandar Melaka yang yang bersejarah itu.  Kami pulang ke hotel sekitar 8 malam kerana suasana bandar MElaka telahpun sunyi.  Oleh kerana keletihan, anak perempuan kami yang ketika itu berusia dua tahun, terus tidur.  Isteri, anak saya dan anak saudara kami berbual bual sambil menonton televisyen.  Sekitar 11 malam, mereka semua tidur, sementara saya membaca akhbar.  Televisyen tidak saya matikan.

  Sekitar pukul 12.15 malam, ketika saya sedang menonton televisyen, tiba-tiba dari bilik air saya mendengar seperti ada orang mandi.  Bunyi curahan air dan paip air mengalir dalam air jelas kedengaran.  Saya tidak pedulikan kerana mulanya saya sangka mungkin orang bilik sebelah yang bermandi tengah malam.  Tetapi bunyi curahan air orang mandi terus didengar.  Saya macam tidak percaya, dan mula merasa seram.  Untuk menghilangkan rasa takut, saya terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.  Saya juga tidak berani untuk memeriksa sekiranya betul-betul ada orang didalam bilik air.

  Saya tidak kejutkan isteri saya kerana tidak mahu dia merasa takut.  Mujur beliau dan anak kecil kami juga tidak bangun.  Bunyi orang mandi itu hilang selepas 10 minit.  Saya teruskan jugak membaca ayat-ayat suci untuk menjauhkan daripada gangguan lain selanjutnya.  Kemudian saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat tidur semalaman itu sehinggalah pagi.  Saya tidak menceritakan kejadian yang saya alami itu pada isteri dan anak anak saya sehingga beberapa hari selepas pulang ke Singapura.

sakit berlarutan akibat terludah burung hitam  Kejadian seram ini pernah kualami beberapa tahun lalu diflatku di Bukit Batok.  Pada malam terjadinya peristiwa itu, kurasakan bahawa keadaan sekitaran begitu sunyi dan tenang.  Tiada kedengaran bunyi unggas atau cengkerik.

  Aku rasa begitu sukar hendak melelapkan mata walaupun badan terasa letih dan lemah kerana menolong sahabatku berpindah pada siangnya.

  Bulam mengambang penuh pada pagi jumaat itu.  Tiupan angin sepoi sepoi bahasa yang sesekali bertiup tidak lagi terasa.

  Jam diding sudah menunjukkan 2.35 pagi, namun aku masih belum melelapkan mata.  Ini mungkin kerana cuaca panas atau batuk kering ringan yang aku alami sejak dua hari lalu, fikirku.  Batukku berlarutan dan tekakku kerap terasa gatal.  Aku bangun dari katil lantas menuju kejendela untuk berludah melegakan anak tekak.  Setibanya dijendela, aku berludah keluar.  Pada ketika itu, muncul seekor burung berwarna hitam terbang melintasi jendela flatku.

Page 4: Koleksi Cerita Seram

  Aku yakin ludahku terkena burung yang terbang itu dengan tidak disengajakan.  Benda bersayap itu mengeluarkan bunyi yang ngeri lagi menggerunkan seperti binantang buas apabila ia terlanggar sebatang pokok getah muda yang berdekatan lalu rebah.

  "Astaghfirullah...," aku beristighfar oanjang, seolah olah tidak percaya apa yang aku lihat.  Seluruh anggotaku terasa seram sejuk akibat terperanjat.  Aku tidak berani menjenguk keluar tingkap.  Aku kembali kekatil dan memaksa diriku untuk tidur.  Akhirnya aku terlelap.  Ketika tidur aku bermimpi sesuatu yang mengerikan.  Amku didatangi lembaga hodoh.  Kepalanya tak ubah seperti seekor kelawar, bertanduk dua seperti lembu, badannya bersisik dan berekor panjang.  Ia juga mempunyai lawi lawi yang tajam dikedua belah sayapnya.  Salah satu tanduknya kelihatan luka parah akibat terlanggar sesuatu.  Matanya yang merah membara, merenung tajam kearahku dengan penuh kebencian.  Lembaga itu berlegar legar di luar tingkap cermin flatku yang separuh tutup itu.  Ian kemudian mencakar cakar cermin itu membuat telingaku terasa nyilu.  Lakunya seolah olah ia mahu masuk kedalam rumah.  anehnya, apabila aku tersedar darpipada mimpi ngeri itu, aku terhidu bau busuk seperti bau bangkai.

  Aku tidak memberitahu anggota keluargaku mengenai peristiwa itu.  Selepas inciden itu, aku berjumpa doktor yang kemudian mengesahkan yang aku mengidap demam panas.  Doktor memberikan aku suntikan supaya dapat mengurangkan suhu badanku dan menasihatiku agar berehat dan meminum air berlebihan.  Namun, penyakitku muncul setiap kali senja menjelang dan ia berlarutan hingga ke subuh.

  Hampir seminggu aku meracau mengalami mimpi seram yang berulang ulang itu.  Perubahan diriku semakin lama semakin ketara.  Aku mengidap demam panas yang berulang ulang.  Batukku menjadi jadi dan hidungku sering berdarah.  Ini berlaku setiap kali aku didatangi mimpi yang sama.

  Keadaanku semakin hari semakin 'tenat'.  Aku dibawa berjumpa beberapa orang doktor, bomoh dan sinseh, namun penyakitku tidak jugak sembuh.  Bapaku turut berikhtiar.  Beliau membacakan ayat suci al-Quran, berdoa dan memberikan aku minum air zam zam.  Alhamdulilah, kesihatan aku beransur ansur pulih seperti sediakala dan aku tidak lagi diggangu oleh lembaga bersayap itu.

misteri kereta usang menjelma jadi teksi  Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah

Page 5: Koleksi Cerita Seram

daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. 

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

Page 6: Koleksi Cerita Seram

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. 

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

usikan bibir kebayaSEJAK dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,"soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Kamariah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Shidah.

"Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak

Page 7: Koleksi Cerita Seram

rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Sungai Sengkela tapi merantau ke sini dari Pattani.

"Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran 'ratu', orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

"Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi 'singa' lapar.

"Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.

"Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

"Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

"Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

"Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

"Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya," jelas Kamariah dengan panjang lebar.

"Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?" soal Shidah

Page 8: Koleksi Cerita Seram

lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

"Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika hari senja. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

"Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu," ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung seberang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.

~Dipetik daripada Majalah Bacaria Bilangan 1681~

Page 9: Koleksi Cerita Seram

kaki mencari jasadSudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan

Page 10: Koleksi Cerita Seram

dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka

Page 11: Koleksi Cerita Seram

pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Page 12: Koleksi Cerita Seram

diusik jelmaan penunggu rumah  Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

  Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

  Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

  Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

  Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

  Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab,

Page 13: Koleksi Cerita Seram

mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

  Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

  Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu

hantu penanggal  Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

  Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

  Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

Page 14: Koleksi Cerita Seram

  Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

  Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

diganggu syaitanHati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. "Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut.

Page 15: Koleksi Cerita Seram

Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut. "Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia

Page 16: Koleksi Cerita Seram

kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya. Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Diganggu roh tentera jepun  Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga.  Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata.  Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.

  Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati.  Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.  Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati.  Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang.  Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun.  Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

  Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah.  Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya.  Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap.  Tapi suara itu tidak juga berhenti.

Page 17: Koleksi Cerita Seram

  Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah.  "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram.  Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.  Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang.  Eh, suara bukan main kuat.  Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati.  Puas dia mencari, namun hampa belaka.

  Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam.  Zaliah mula merasa seram.  Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu.  Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut.  Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

  Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan.  Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun!  Tidak menunggu lama,  Zaliah bergegas ke katilnya.  Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

  Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga.  Walhal suara itu begitu kuat.  Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau.  Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi.  Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

  Hati Zaliah mula berdebar debar.  Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu.  Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata   mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

  BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.  Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang.  Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.  Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut.  Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.

  Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan.  Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah.  Namun dia cuba bertahan.  Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

  Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya.  Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung.  Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya.  Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya.  Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran.  Berkali kali lembaga itu

Page 18: Koleksi Cerita Seram

cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja.  Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

  Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur.  Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.  Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

Tersimpan misteri yang tak terungkap  "Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita.  Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah.  Rasanya sesuai untuk kita berdua.  Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.

  "Rumah kat mana bang.  Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya.  "Di kampung seberang.  Sewanya pun murah, RM400 sebulan.  Rumah ters dua tingkat.  Masa pusing pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa.   Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa.  Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain.  Lagipun tak seronoklah dududk dirumah mak.  Sekurang kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh sungguh.

  Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari.  Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya apabila tinggal bersama.  Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif.  Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah.  Biarpun keluarga mertuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mertua.

  Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu.  Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap.  Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar debar yang alang kepalang.  Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur.  Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangundari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya.  Semamsa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi.  Dia menjerit ketakutan.  Matanya meliar.  Puas dia memangdang kiri dan kanan.  Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup.  Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas.  Suaminya masih lagi tidur selena lenanya.  Malam itu sepicing pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

  "Kenapa mata sayang nampak sembap.  Tak lena tidur ke dududk rumah baru," gurau suaminya.

  "Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika.  Rasa macam ada mata yang

Page 19: Koleksi Cerita Seram

mengintai dan melihat apa yang kita buat.  Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun kebawah untuk minum air.  Tak semena mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri.  Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.

  "Ada ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa.  agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal dirumah baru.  Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

  "Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid.  Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang.  Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu diluar negara lah," gurau amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

  "Abang balik tak tengahari ni.  Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."

  "Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi.  Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya.  Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang bayang seorang kanak kanak kecil sedang melompat lompat ruang tengah rumah.  Gementar hatinya.  Mana ada budak kecil tinggal disini, fikir hatinya.  Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

  Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit.  Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak kanak melompat lompat diruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan.  Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya.  Niza meracau racau apabila terpandang wajah hodoh itu.  Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras.  Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran.  Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isreinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya.  Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebab kan tidak tahan didera suaminya.  Dia telah nmengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

  Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal.  rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.

kanak kanak hodoh dilorong sepi  Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja.  Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini.  Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah.  Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram.  Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut,  tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja. 

Page 20: Koleksi Cerita Seram

  Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi.  Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan.  Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku.  Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut.  Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.

   Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut.  Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena.  Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu.  Pun begiru aku tabahkan hati.  Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang.  Timbul keinginanku untuk menolong.  Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian.  Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang.  Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan.  Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini.  Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku.  Apalagi kereta terus  kupecut tanpa berani menoleh lagi.  Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak.  Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.

  Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu.  Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku.  Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu.  Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku.  Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan.  Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa.  Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.

  Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak.  Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti.  Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin.  Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta.  Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula.  Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.

  Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu.  Aku benar benar panik.  Mengekori akukah mereka?  Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.

  Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi.  Aku dibawa naik

Page 21: Koleksi Cerita Seram

kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas.  Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau.  Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku.  Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu.  Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.

Badi perigi lama  Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya.  Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.

  Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir.  Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya.  Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya.  Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu,  Latifah masoh belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya.  Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut.  Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu.  Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut.  Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan.  Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.

  Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar.  Tapi perkara itu tidak diendahkannya.  Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga.  Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang.  Siap semuanya tanpa berlengah.  LAtifah mencapai tuala dan terus mandi.  Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa.  Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing.  Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.

  Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya.  Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya  bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup.  Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata.  Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini. 

  Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih.  Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut.  Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu  yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi.  Tak

Page 22: Koleksi Cerita Seram

mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi.  Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.

  Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil.  Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan.  Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja  azan subuhberkumandang.  Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata.  Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah.  Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun.  Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam.  Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah.  Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya.  Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.

  Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya.  Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa.  Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama.  Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri.  Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya.  Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.

  Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu.  Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya.  Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut.  Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh.  Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah.  Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama.  Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

zakuan terkulai dalam pelukan pontianak  Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya.  Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya.  Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya.  Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.

  Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis.  Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.

  Peperiksaan semestar telah pun berakhir.  Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.   Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan.  Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan.  Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum

Page 23: Koleksi Cerita Seram

hawa.  Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu.  Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.

  Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.

  "Bosannya malam ni.  Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan.  Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.  Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.

  Samnbil mendengar alunan muzik,  Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya.  Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.

  "Ini sudah bagus.  Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.

  "Abang boleh tumpangkan saya tak.  Saya terlepas bas.  Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.

  "Boleh apa salahnya.  Cepatlah naik.  Lagipun hari nak hujan.  Nanti kalau kena hujan, demam pula."

  Zakuan sempat menjeling pada gadis itu.

  Wah, seksi jugak gadisni.  Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.

  "SAudari ni dari mana sebernarnya.  Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni."

  "Saya dari kelas tuisyen.  Tapi saya keluar agak lewat malam ni.  Sebab tu saya terlepas bus.  Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan.

  Emmm...ini sudah bagus.  Respon baik nampaknya awek sorang ni.

  Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan.  Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.

  Kalau aku dapat awek ni, memang bagus.  Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan  gadis itu.

  Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu.  Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya.  Anehmya, gadis itu tidak membantah.  Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan.

  Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.

Page 24: Koleksi Cerita Seram

  Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan.  Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.

  Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar.  Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam.  tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah.  Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.

  Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa.  Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.

  Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan.  Zakuan seolah olah sesak nafas.  Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya.  Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu  bertukar wajah ,enjadi hodoh.  Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.

  Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri.  Zakuan ketakutan.  Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu.  Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu.

  Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu.  Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan.  Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.

  Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah.  Zakuan cuba menjerit meminta tolong.  Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya.  Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam.  Zakuan semakin sukar untuk bernafas.  Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.

  Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai.  Menurut ibunya,  Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu.

  Zakuan pengsan selama 3 hari.  Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya.  Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita.  Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.

suara menmanggil dicelahan pokok

Page 25: Koleksi Cerita Seram

  Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan.  Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti.  Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.

  Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah.  Masing masing berpasangan.  Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.

  Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain.  Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut.  Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja.  Kini tibalah masa untuk merasainya pula.

  Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat.  Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas.  Mereka tetap juga bermain.  Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.

  Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi.  Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian.  Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam.  Apabila letih, mereka akan berhenti minum.

  Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel.  Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi.  Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok.  Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa.  Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.

  Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka.  Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu.  Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini.  Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.

  Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok.  Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa.  Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan.  Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

  Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula.  Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut.  Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

  Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut.

Page 26: Koleksi Cerita Seram

Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok.  Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan.  Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah.  Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

  Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel.  Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain.  Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut. 

  Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya.  Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.  Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut. 

misteri bunyi tapak kaki   Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.  "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat.  Tinggal kita berdua sahaja.  Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil.  Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

   Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard.  Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!"  Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

  "Hai! Jaga sikit mulut kau itu.  Jangan cabul sangat.  Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit.  Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona.  "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

  Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya.  Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam.  Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya.  Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

  Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter.  Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua.  Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.  Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

  "Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran.  Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah. 

  Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran

Page 27: Koleksi Cerita Seram

semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

  "Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

  Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang.  Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka.  abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap.  Dia berjalan lurus ke hadapan.

  Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan.  Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

  "Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil.  Muka Nona semakin pucat ketakutan.  Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

  Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran.  Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran.  Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

  "Engkau ni kenapa takut sangat.  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

  Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

  Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

  Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

  "Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

  "Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

  Muka Nona berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan

Page 28: Koleksi Cerita Seram

celupar sangat.  Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki.  Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.

  Seluruh kelas terdia mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.

Lembaga putih ditepi pantai  "Wow, seminggu kita cuti ni! Seronok betul.  Ada sesiapa boleh bagi idea apa kita nak buat cuti nanti?" tanya Zul kepada dua sahabatnya, Adly dan Iman. 

  "Apa kata kita pergi memancing.  Kita boleh memancing kat kolam, sungai ataupun tepi laut.  Cuti seminggu ni, banyaklah tempat kita boleh pergi," kata Adly.

  Bersinar sinar mata sahabat sahabatnya apabila membayangkan activiti activiti mereka nanti.  Sememangnya ketiga tiga sahabat ini kaki pancing.  Kali ini mereka memilih untuk memancing ditepi laut dahulu sebelum ketempat tempat lain lagi.  Mereka bercadang bermalam disana sekali.  Kawasan yang dipilih jauh dari tempat tinggal orang ramai dan jauh dari bunyi  bising dan tiada gangguan.

  Perjalanan mereka bermula kira kira pukul 2.00 petang kerana masing masing ada hal untuk diselesaikan pada pagi itu.  Mereka menyanyi-nyanyi riang sambil menikmati kehijauan alam dikiri kanan jalan.  Entah mengapa tiba tiba sahaja Adly berpeluh apabila kereta mereka yang mereka naiki melalui kawasan perkuburan islam yang agak lama dilereng bukit.  Badannya terasa panas tiba tiba.  Jantungnya berdegup kencang.  Tidak tenteram rasa dihatinya.  Namun dibukukan rasa hatinya daripada pengetahuan sahabat sahabatnya.  Bimbang nanti diketawakan mereka.

  "Eh panaslah.  Boleh kau pasang aircond tu kuat sikit tak?" kata Adly pada zul yang duduk disebelah tempat pemandu.  Terkebil kebil Zul melihat Adly yang tiba tiba sahaja naik angin tak tentu pasal.  Pelik.  Penghawa dingin yang dipasang ini pun sedah cukup kuat.  Tambahan pulak, cuaca diluar mendung sahaja.  Tak terasa pulak panasnya.  Namun, diturutkan sahaja permintaan Adly itu.

  Sesampai sahaja mereka ditempat yang dituju, masing masing sibuk mengeluarkan peralatan khemah, bahan makanan dan jugak peralatan memenacing mereka.  Setelah selesai memasang khemah dan mengumpul ranting kayu untuk dibuat unggun api, masing masing melepaskan  lelah sambil menikmati angin petang.

  Tiba tiba Adly bersuara,"Zul, Iman, aku rasa tak sedap hatilah.  Jom kita balik.  Lagipun,

Page 29: Koleksi Cerita Seram

tempat ni, menyeramkanlah."

  "Ish kau ni! Belum ada apa apa lagi kau dah takut, hah hah hah.  Relaxlah, tenpat nie ok je.  aku dah survey dulu dah sebelum datang sini," sahut Iman sambil mentertawakan Adly.  Mendengar pangakuan sahabatnya itu, Adly berasa sedikit tenang.

  Ketiga tiga sahabat ini begitu asyik memancing sehingga tidak sedar hari sudah jauh malam.  Sedang asyik memancing, tiba tiba satu lembaga putih melayang didepan Iman.  Kecut perut Iman bila terpandangkan lembaga tersebut.  Ditoleh kiri dan kanan melihat Zul dan Adly.  Masing masing masih leka dengan pancing mereka.

  "Tak ada apa apa kot.  Dia orang tu relax je.  Kalau betul pun 'benda' tu, takkan diaorang tak nampak kot.  Bukan jauh sangat tenpat aku dengan dia orang.  Lagipun malulah aku kalau aku mengadu dekat dia orang," bisik Iman menyedapkan hati sendiri.

  Sekali lagi Iman dikejutkan dengan lintasan lembaga putih didepannya.  Kali ini, Iman dapat lihat dengan jelas muka lembaga tersebut.  Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya melihat wajah lembaga yang mengilai dihadapannya.  Matanya merah dengan gigi taring berlumuran darah jelas merenung Iman bagaikan menghadap makanan yang lazat.

  Antara takut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Iman menggosok gosok matanya.  Ditoleh ke kiri, didapati Adly sudah tiada.  Ditoleh ke kanan, Zul juga dah tiada.  Kali ini, Iman betul betuk takut.  Tanpa membuang masa, Iman menarik tali pancingnya dan mula menghayun langkah pulang ke khemah mereka.

  Terasa berat kakinya melangkah.  Peluh sudah mula membasahi bajunya.  Segala ayat suci Al-Quran yang dihafalnya semua hilang entah kemana.  Dengan penuh susah payah, Iman menguatkan semangat dan berlari sekuat kuat hatinya.  Sampai sahaja ditenpat khemah, didapati Zul dan Adly sudah pun menunggunya.  Tanpa membuang masa, terus sahaja mereka pulang.  Keluar sahaja dari kawasan sunyi tersebut, Iman mula  bersuara, " Kau orang nampak apa yang aku nampak?"

  "Nampak.  Mula mula tu, aku nak cakap kat kau, tapi tengok macam tak ada apa apa je, aku pun relax je la.  Tapi, bila dua kali lalu depan aku, terus aku nak ajak kau, tapi aku tengok korang berdua dah tak ada.  Terus aku cabut.  Sampai aja kat khemah, aku nampak Adly dah ada kat situ tengah kemas barang.  Aku terus tolong dia kemas."    "A'ah, baru je habis kemas, tengok kau dah sampai.  Ish nasib baik tak ada apa apa jadi pada kita ni.  Itulah lain kali, jangan cakap besar.  Tengok apa dah jadi.  Lain kali, aku tak nak lagi memancing kat tempat tempat macam tu," sahut Adly yang sedari tadi mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Zul.

Pertemuan terakhir diiringi harum kasturi

Page 30: Koleksi Cerita Seram

  Mazni baru mendapat kerja diutara tanah air.  Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dikampung.  LAgipun MAznilah satu satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.

  Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya yang tinggal seorang diri dikampung, Mazni pasrah.  Selama hampir 6 tahun, Mazni tinggal dibandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lenih selesa tinggal dikampung.  Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan kawan serumahnya.  Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka lantaran hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik.  Namun demi ibu tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.

  Mazni sengaja memandu pada waktu malam untuk pulang kekampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih selesa dan sejuk.  Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu.  Sambil mendengar lagu lagu diradio, Mazni teringat akan ibunya.  Memang ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya, ibunyalah yang berkerja keras  menyara dan membesarkan Mazni.  Jam menunjukkan tepat 12.30 malam.  Walaupun hari sudah larut malam, mata Mazni masih segar bugar.

  Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia cepat mengantul apatahlagi Mazni memandu kereta automatik.  Selepas melalui laluan lebuh raya,  Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa.  Sedang asyik Mazni memandu, tiba tiba kenderaannya ditahan oleh seseorang wanita tua berkerudung putih.

  Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa wanita tua itu menaiki keretanya.  Wajah wanita tua itu kelihatan pucat.  Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni.  Sambil menunggu sampai kerumahnya, wanita tua itu sempat berzikir.  Tersentuh hati Mazni melihat wanita tua itu.  Teingat dia pada ibunya.  Tentu ibunya sedang menunggu kepulangannya dirumah.  Sambil memandu, Mazni sempat mencuri pandang wajah wanita itu.  Wajahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya.  Tetapi apabila mendengar suaranya, dia seperti biasa dengan suaraitu.  Begitu juga perwatakan wanita tua itu.  Memamng seperti biasa dengan diri Mazni.  Mazni ingin bersenbang dengan wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir, hajatnya untuk sembang terbantut.  Tiba sisatu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya disitu.  Pelik jugak dihati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah dikawasan itu tetapi wanita itu beria ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya terletak jauh kedalam.

  Selepas mengucapkan terima kasih, wanita itu berlalu dicelah celah kegelapan malam dan kabus tebal.  Sekelip mata kelibat wanita itu hilang dari pandangan mata.

  Mazni meneruskan perjalanan.  Tetapi yang hairannya, sungguhpun wanita itu telah pulang ke rumahnya, namum bau harum bunga kasturi menyelubungi kereta Mazni.  Jam menunjukkan ke angka 3 pagi.  Entah mengapa perjalanan kali ini terasa begitu lama.

Page 31: Koleksi Cerita Seram

  Mazni sendiri keliru kerana sedah beberapa kali dia melalui jalan yang sama tetapi dia masih tidak sampai ke rumahnya.  Mazni dipagut keresahan.  Entah berapa kali Mazni terpaksa melalui jalan yang sama.  Dia seolah olah gagal menemui pulang ke rumahnya.  Selepas membaca ayat ayat Al-Quran, barulah Mazni berjaya menemui jalan kerumahnya.

  Dalam keadaan hujan renyai renyai, Mazni melangkah masuk kerumahnya.  Kepulangan Mazni disambut oleh ibu saudaranya.  Hati Mazni mula berdebar debar.  Sejak dia sampai, dia tidak nampak kelibat ibunya.  Mazni mula berasa resah.  Berkali kali dia mendesak ibu saudaranya memberitahu dimanakah ibunya.  Setelah didesak beberapa kali, ibu saudarannya bahawa ibunya telah kembali ke rahmatulllah petang sebelum Mazni pulang ke kampung.  Ibunya telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika dlam perjalanan ke klinik.  Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh ibunya agak parah, saudara mara dan orang orang kampung bersepakat mengebumikan ibunya setelah gagal menghubungi talian telefon bimbit Mazni.  Kebetulan, Mazni baru sahaja kehilangan telefon jadi dia tidak dapat dihubungi dan berhubung.

  Mazni jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima berita pemergian ibunya.  Hampir dua hari dia tidak sedarkan diri.  Namun akhirnya Mazni akur dengan ketentuan ilahi.  Tetapi. Mazni masih musykil.  siapakah wanita tua yang dijumpai pada malam dia pulang ke kampung.  Mingkinkahwanita tua itu roh ibunya.

gangguan didalam tandas  Seperti gadis gadis lain yang dihantar oleh ibu bapa umtuk tinggal diasrama semasa bergelar pelajar, Lisa yang datang dari keluarga yang agak berada tidak mepercayai cerita cerita ganjil yang berlaku diasrama mereka.  Selama kehidupannya dikawasan bandar, tidak pernah terlintas difikirannya tentang perkara perkara pelik yang berlaku akibat makhluk asing. 

  Kawasan sekolah yang terletak dipinggir bandar membuatkan lisa terpaksa menerima hakikat bahawa kedua ibubapanya menghantarnya kesitu keran ingin menghadiri ilmu agama yang dibekalkan oleh guru guru bertauliah agar dapat dijadikan panduan buat dirinya.

  Penekanan didalm ilmu agama yang ada pada dirinya menyebabkan liza sering terselamat apabila rakan rakannya diganggu oleh makhluk asing.  "Pedinding diri perlu kuat," itulah kata kata ustaz yang sangat diingati.

  Lisa sentiasa berhati hati.  Segala pantang larang bagi mengelakkan diri dari diganggu makhluk halus seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku apabila datang bulan, tidak berada dibawah pokok pokok besar dan bergurau senda sewaktu maghrib antara yang selalu dititikberatkan.  Ramai jugak antara rakan rakannya yang telah terkena gangguan makhluk makhluk tersebut terutama menjelang musin peperiksaan. 

  Apabila minggu peperiksaan, teriakan pelajar pelajar diasrama perempuan sering kedengaran kerana mereka mudah lemah semangat.  Tambahan pula, pada waktu ini, mereka sering mentelaah hingga lewat malam dan masa banyak dihabiskan dengan membaca dan sedikit  mengabaikan membaca al-quran dan amalan amalan sunat yang lain.

  Pernah suatu malam, rakan baiknya Ina terdengar bunyi baldi yang diseret seperti gaya

Page 32: Koleksi Cerita Seram

seseorang ingin membasuh kain pada pukul  pagi.  Kalau diikut pada fikiran yang waras, siapalah yang ingin mebasuh pakaian ketika orang lain sedang berselimut kesejukkan? Suara tangisan bayi menangis sudah lali dikalangan mereka.  Begitu jugak bunyi seseorang sedang menarik kerusi seperti ingin mengubah kedudukan tempat.  Boleh dikatakan setiap malam, pasti bunyi itu kedengaran.  Penghuni penghuni asrama sudah tidak ambik pusing dengan bunyi itu.

  "Asalkan dia tak kacau kita, kita jangan kacau dia.  Dia pun makhluk Allah juga," kata kata itulah yang sering berlegar difikirannya.

  Namun pada suatu hari, ketika rakan rakannya sudah masuk tidur, Lisa terasa ingin kebilik air kerana ingin membersihkan muka dan memberus gigi.  Tandas yang terletak diluar dari kawasan bilik tidak menjadi masalah bagi lisa kerana ia sudah biasa dengan keadaan begitu.

  Sedang dia memberus gigi, Lisa terasa bahunya dicuit seseorang.  "Siapa pula yang hendak main cuit cuit pada waktu begini?" bisik Liza didalam hatinya.  Cuitan mengusik itu membuatkan dadanya berombak kencang.

  Walaupun hatinya ingin menoleh kebelakang, namun perasan takutnya tiba tiba datang.  Lisa tetap meneruskan memeberus giginya tetapi hatinya tidak putus membacakan ayat ayat suci agar menjadi pelindung bagi dirinya.  Liza tahu bahawa makhluk halus suka menggangu orang yang lemah semangat tambahan lagi benda benda tersebut adalah kerana kurangnya tawakal pada Allah.  Cuitan gurauan itu berhenti apabila tidak ada tindak balas dari liza.  Liza menarik nafas lega kerana terselamat dari terus mengikut rasa takut.

  Sekembalinya dari tandas, Lisa terdengar suara rakannya sedang bergelak ketawa dari dalam bilik.  Suara Fiza dan Nora jelas kedengaran di telinga.  "Rasanya tadi mereka dah tidur,"bisik Lisa didalam hati.  Mungkin mereka dah berpakat untuk belajar bersama, bisiknya didalam hati. 

  Apabila pintu bilik dibuka, semua rakan biliknya seramai lima orang itu lena diulit mimpi.  Debaran tiba tiba mengundang kembali.  Masih terngiang ngiang ditelinganya suara dua orang rakannya tadi bergurau senda.

  "Benda ni tak putus asa untuk kacau aku," bisiknya didalam hati.

  Mujur juga dia sempat mengambil wuduk semamsa ditandas tadi.  Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi.  Dengan perasan yang kembali reda, Lisa mencapai Al-quran buat penenang bagi dirinya.  Bacaan ayat ayat suci yang dialaunkan mengurangkan debaran yang melanda dirinya. Pergantungan yang tinggi pada Allah menyebabkan Lisa terselamat pada malam itu.  Tetapi, tidak mustahil makhluk tersebut akan mengganggunya lagi kerana kegagalannya pada malam itu. 

Gadis misteri dipinggir tanggaYani menyusuri jalan berbukit ke Asrama Bunga Raya dengan langkah iringan sambil bernyanyi nyanyi kecil.  Dilirik jam ditangan.  Ah, sudah hampir pukul satu malam, bisik hati kecil yani. 

Page 33: Koleksi Cerita Seram

Suasan begitu sunyi dan tenang, maklum sahaja sudah tengah malam dan kebanyakkan penghuni asrama sudah lama dibuai mimpi.  Angin malam yang bertiup lembut mengitu manyamankan.  Desiran daun daun dari pokok pokok besar yang tersergam dikiri dan kanan jalan menuju ke Asmara Bunga Raya membuatkan suasana malam tambah syahdu.  Biarpun sudah lewat malam, Yani tidak langsung berasa bimbang atau takut berjalan berseorangan begitu.  Sudah lebih tiga minggu dia pulang lewat.  Sejak terpilih mewakili kolej ke pesta kebudayaan di sarawak, begitulah rutin yang perlu dijalani oleh Yani.  Setiap hari bermula dari jam 4.00 petang, latihan tarian akan bermula sehingga hampir waktu solat maghrib.  Latuhan bersambung lagi dari jam 8.30 malam sehinggalah tengah malam.  Waktu hujung minggu, latihan bermula seawal 7.30 pagi dan berlarutan hingga dua atau tiga pagi.  Mereka hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.  Kalau diikutkan letih, memang teramat letih rasanya sehingga adakalanya Yani ponteng kuliah semata meta untuk mendapatkan rehat yang cukup.  Kadang kadang rasa menyesal jugak memilih kebudayaan sebagai kebudayaan sebagai kegiatan ko-kurikulum.  Ingatkan lebih rilek daripada Kesatria, tetapi rupanya lebih teruk, terutama apabila ada pertunjukkan.  Tiba tiba langkah Yani terhenti.  Sorot matanya menangkap satu susuk tubuh yang yang sedang berdiri ditangga menuju ke dewan makan Kenanga yang terletak dihadapan asrama.  Hai, siapa pulak yang tersadai ditangga malam malam buta ini, hati Yani berbisik lagi.  Setahu Yani, walaupun tangga itu menjadi tempat lepak kegemaran pelajar, namum ini bukanlah masanya.  Maklumlah undang undang kolej yang agak ketat tidak membenarkan para pelajar lepak sehingga tengah malam.  Lagipun Asmara Bunga Raya adalah untuk pelajar perempuan dan pintu pagar besar akan ditutp selepas jam 10.00 malam.  Jadi siapakah gerangan pelajar itu?  Dari jauh Yani perhatikan susuk tubuh tersebut.  Pelajar tersebut pasti pelajar perempuan memandangkan rambutnya yang panjang mengurai hingga ke pinggang.  Tangan kenannnya mengepit fail seperti mana lazimnya pelajar pelajar yang lain.  Dia memakai skirt dibawah paras lutut.  Kakinya tidak kelihatan dari tempat Yani berdiri.  Yani segera teringat pada pesan orang tua tua tentang cara untuk membezakan hantu dan manusia ialah dengan melihat kakinya.  Tapi benarkah sosok tubuh yang dilihatnya hantu? Maklum sahaja, selama ini Yani memang tidak begitu percaya dengan cerita cerita hantu yang dianggapnya takhyul semata.  Yani mula merasa menyesal mengikut jalan itu untuk pulang ke asrama.  Kalau dia tahu baik dia mengikuti jalan menyusuri celah celah asrana seperti mana geng geng yang lain.  Hendak berundur, terasa jalan begitu jauh.  Hendak diteruskan, dia tiba tiba dilanda rasa takut yang amat sangat.  Yani berdiri disitu tidak tahu apa yang hendak dilakukan.  Akhirnya Yani mengambil keputusan untuk lau sahaja didepan sosok manusia itu yang sejak tadi tidak bergerak gerak.  Untuk menghilangkan rasa takut, Yani menyanyi kecil sambil berlenggang seolah olah sedang menari.  Dia jugak tidak peduli jika ada orang yang nampak perlakuannya itu.  Semuanya Yani tidak peduli.  Yang penting, apa yang dilakukan dapat menghilangkan rasa takutnya.  Waktu melintas didepan gadis tersebut, Yani tidak langsung menoleh ke arah gadis itu.  Entah mengapa hati kecilnya membisikkan jangan berbuat demikian.  Langkah Yani laju menuruni anak tangga ke asrama.  Namun begitu langkah tersebut terasa begitu lambat dan mata tangga seolah olah bertambah sekali ganda.  Tiba tiba Yani tersentak.  Sesuat sejuk menyentuh bahunya.  Dan bagai lipas kudung, Yani berlari sekuat hati tanpa menoleh kekiri mahupun ke kanan.  Andai sahaja ada pertandingan berlari ketika itu, pasti Yani menjadi juaranya.  Mungkin kerana terlampau takut ataupun terlalu terkejut, Yani pengsan sebaik sahaja tiba dibilik asramanya.  Ketika tersedar, Yani kehairanan melihat kawan kawan mengelilingnya.  "Kenapa Yani? Kau macam kena kajar hantu," tegur azza.  "Memang aku kena kejar hantu." akui Yani sambil menceritakan pengalamannya sebentar tadi.  Tapi bukan simpati yang diterima daripada kawan kawan, sebaliknya mereka mentertawakannya.  Kata

Page 34: Koleksi Cerita Seram

mereka mustahil Yani jumpa hantu sebab selama ini9 mereka tahu Yani tak percaya pada hantu.  "Yani, entah entah gadis itu student yang baru habis kelas.  Dia berdiri disitu sebab nak ambil angin malam.  Dan yang kau rasa benda sentuh bahu kau tu mungkin daun yang gugur.  apalah kau ni..."Benarkah begitu?  Benarkah gadis yang ditemui itu juga pelajar sepertinya dan sentuhan dibahunya hanyalah daun kayu?  Sehingga kini Yani masih tidak mendapat jawapan persoalan tersebut.

hantu penunggu rumahKisah ini berlaku beberapa tahun lalu.  Kita sebut sahaja orang yang terbabit dengan kisah ini sebagai Zaidi.  Pada bulan april 1990an, Zaidi telah membeli sebuah rumah dipekan kecil disebuah bandar utara tanahair.  Rumah tersebut asalnya dimiliki oleh seorang ahli perniagaan di ibu kota.  Namun rumah itu tidak digunakan oleh ahli perniagaan itu sebagai tempat tinggal sebaliknya hanya dijadikan rumah persinggahan.  Pada pertengahan April tahun tersebut, Zaidi dan isteri serta seorang anak lelakinya yang baru berusia empat tahun mulai menempati rumah yang debeli dengan harga murah ini.  Setelah rumah bersih dan dan suasana selesa, Zaidi mula mengangkut semua perabot dan barang barang lain ke rumah barunya.  Sibuklah suami isteri itu mengatur letak segala perabot.  Agaknya kerana terlalu letih, pasangan suami isteri ini tertidur pulas pada malamnya.  Ketika sedang nyenyak tidur, sekitar pukul 12 tengah malam, tiba tiba Zaidi terbangun.  Dia berasa seolah olah dikejutkan oleh satu suara aneh.  Selain itu di luar rumah Zaidi seperti mendengar suara riuh orang ramai.  "surara apakah yang aneh itu?" bisik Zaidi dalam hati.  Kerana rasa ingin tahu, perlahan lahan Zaidi bangun dari katil dan mengendap dicelah celah pintu di ruang tamu.  Zaidi melangkah ke tengah rumah untuk mencari dari mana datangnya suara suara aneh itu.  Semakin lama, suara itu kedengaran semakin jelas.  Akhirnya Zaidi mula menagkap bahawa suara tersebut datangnya dari depan rumah.  Dalam keadaan tidak tentu arah itu, Zaini memberanikan diri mengintai keluar.  Bulu tengkuknya meremang apabila dari pagar, dia terdengar suara mengekek seolah olah seseorang sedang ketawa.  Zaidi membuka pintu dan lampu luar yang hanya berkuasa 40 watt itu, maka tubuh Zaidi yang tegap tiba tiba menggeleter.  Pcat lesi mukanya.  Keberanian yang tiba tiba muncul itu, tiba tiba lenyap apabila didepan matanya , Zaidi melihat lebih dari lima hantu pocong sedang berkeliaran disekitar laman rumah.  Hantu hantu pocong itu memukul mukul pintu pagar sambil ketawa terkekeh.  Kesemuanya berbalut dengan kain kafan.  ada kain kafan yang masih putih bersih dan ada jugak yang sudah comot seperti dilumuri tanah liat.  Dari celah celah kain kafan itu, Zaidi dapat melihat dengan jelas, wajah wajah yang hodoh.  Wajah wajah itu amat menyeramkan.  Agaknya kerana tersangat takut, Zaidi tidak sedar berlari masuk kedalam bilik dan terus memeluk anak dan mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur.  Ketika itu Zaidi tidak peduli apakah perbuatannya boleh menyebabkan isterinya jugaakan dilanda rasa takut.  Dalam keadaan terpinga pinga, Masliah isteri Zaidi terbangun.  Sambil mengisok mata dia bertanya kenapa Zidi memebangunkannya di tengah malam.  "Mas dengar tak bunyi menyeramkan diluar sana tu..."Masliah yang seperti sedang bermimpikerana dikejutkansecara mendadak itu, cuba memasang telinga.  Puas dia mendengar tetapi tidak ada apa yang aneh dipendengarannya.  Di luar hanya senyap sunyi.  "Saya tidak dengar apa apa, agaknya abang bermimpi ni," ujarnya dan mahu merebahkan kembali tubuhnya ketilam empuk mereka.  KErana tidak puas hati dengan penjelasan dan tindakan isterinya itu, Zaidi menarik Masliah semula agar isterinya tidak tidur

Page 35: Koleksi Cerita Seram

kembali.  Dia menceritakan apa yang didengar dan dilihatnya.  Dia jugak menceritakan bahawa dia melihat dengan jelas hantu pocong berkeliaran di laman rumah mereka.  Tertarik dengan cerita suaminya itu, Masliah penasaran ingin mengetahui, adakah benar benar apa yang diceritakan oleh suaminya itu benar benar wujud.  Dengan itu dia dan Zaidi perlahan lahan melangkah ke luar bilik dan menuju kepintu ruang utama.  Disebalik tingkap nako, mereka menybak langsir untuk melihat hantu pocong yang sedang berpesta itu.  Sebenarnya Zaidi sendiri hairan kenapa selepas dia mengejutkan Masliah, pocong pocong itu tidal lagi mengeluarkan suara kekekan yang menyeramkan.  Bagaimanapun diam diam dia berdoa agar hantu itu masih ada di laman rumahnya untuk membuktikan kepada isterinya bahawa dia tidak cakap kosong dan tidak dianggap sedang bermimpi.  Dengan hati hati suami isteri itu melihat keluar.  Dan Zaidi dapat melihat dengan jelas sekumpulan makhluk berpakaian putih itu sedang berlonggok didepan rumah.  Mereka seolah olah sedang mengadakan mesyuarat.  "Tengok tu, pocong pocong itu sedang berlonggok.  Patutlah mereka tak mengilai lagi."ujar Zaidi memeberitahu Masliah isterinya.  Masliah tercari cari dimana hantu hantu sedang berlonggok seperti dikatakan suaminya kerana dia langsung tidak melihat sebarang makhluk atau manusia berlegar di laman rumah.  "Mana bang, saya tak nampak apa apa pun," ujar Masliah bertanya kembali kepada Zaidi.  Pertanyaan Masliah membuat Zaidi berkerut wajah.  Dia memandang tepat kewajah isterinya.  "Tak kan awak tak nampak.  Hah tengok tu, mereka dah mula bersurai dan duduk diatas kerusi kita.  Mereka menangguk angguk pada kita."  Apa yang diberitahu Zaidi itu semakin membuat Masliah terkedu.  Apa kena dengan suaminya.  adakah suaminya itu sedang bermimpi atau sedang dirasuk sesuatu yang aneh.  Tiba tiba Zaidi menutup telinganya kerana terlalu bingit denga hilaian pocong pocong tersebut.  Melihat telatah suaminya itu, Masliah memimpin Zaidi kembali kebilik tidur mereka.  Tetapi Zaidi masih lagi menutup telinganya.  Katanya dia tidah tahan mendengar  bunyi kekehan hantu hantu itu.  Masliah mengambil surah yasin dan memberikan kepada Zaidi untuk dibaca.  Setelah berkali kali Zaidi membaca surah itu, baru dia nampak tenang dan boleh tidur seperti biasa.  Esoknya apabila terbangun, Zaidi terus teringatkan apa yang berlaku malam itu.  Masliah yang baru selasai solat subuh meminta Zaidi segera berwuduk dan bersolat.  Pagi itu selepas bersarapan, Zaidi pergi ke laman rumah.  Dia melihat disekitar dan matanya ternampak tanah tanah yang seolah olah berselerak seperti bercangkul.  Dia memanggil beberapa orang alim ulama untuk 'membersihkan' rumah dan kawasan rumah tersebut dari gangguan ayaitan.  Dari penduduk sekitar dia mendapat tahu bahawa kawasan rumahnya adalah tempat mayat mayat mangsa tahanan tentera jepun ditanam.  Patutlah tuan asal rumah menjual rumah yang comel dan cantik ini dengan hargayang murah.  Selepas 'dibesihkan' Zaidi memamng berasa aman.

misteri wanita berlumuran darahBunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran.  Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat.  Mazni bingkas bangun.  Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu.  Bunyi desiran air hujan dimalam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan mazni berasa tidak betah berlama lama biliknya .  Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa.  , matanya nerenung jauh entah ke mana.  Malam itu mazni sendirian dirumah.  Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu.  Mazni enggan pergi dengan alasan

Page 36: Koleksi Cerita Seram

hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peoeriksaan Malaysia sudah hampir.  Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut.  Ibunya jugak berpesan agar mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap .  Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap.  Kemudia dia terus berkurung didalam bilik nya dan mengulang kaji pelajaran.  Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung meyabung.  Kesunyianyang begitu mencengkam tiba tiba mengubdang resah dan takut dihati mazni.  Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .  Mazni masih berteleku di sofa.  Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang.  Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayah nya tadi.  "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni." keluhnya untuk sekelian kali.  Untuk menghilangkan rasa takut, mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-quran yang lain.  Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.  Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat.  Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir.  Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang.  Apabila dibuka tiada sesiapa diluar.  Mazni menutup semula pintu tetapi ketuka berbunyi lagi.  Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri didepannya.  Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi.  Bajunya koyak dan ada kesan darah.  "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan disimpang sana.  Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian.  Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran.  "EH, masuklah kak," kata mazni seolah olah baru tersedar dari khayalan.  Setelah mepersilakan wanita itu dududk disofa, mazni lantas kebilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan.  Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu.  Sementara wanita itu bersalin pakaian mazni bergegas kedapur menyadiakan minuma panas untuk mereka.  "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas didepannya.  "Tak apa.  Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab mazni sambil mengerling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi.  Mungkin sudah tertidur agaknya.  Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua.  Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci.  Sedangkan wanita itu seolah olah lebih senang menyendiri.  Mungkian dia ada masalah. apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan.  Tiba tiba," Maaf dik.  Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar.  Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga pinga.  Beberapa minit kemudia kedengaran daun pintu diketuk orang.  "Mesti kakak tadi.  Ha itulah.  Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu.  Namun alangkah terkejutnya mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepannya.  Wajahnya amat menakutkan.  Dia seolah olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan.  Tubuh mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .  Ketika membuka mata, sayup sayup mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku.  Tetapi mazni tidak mampu menjawab.  Dia hanya memeluk erat ibnunya sambil menagis semahu mahunya.  Keesokan pagi, sambil bersarapanpagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlakudekat simpang berhampiran rumah mereka.  "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal.  Tu sebab kami terlewat semalam.."  Hati mazni berdebar debar mendengar kata kata ibunya.  Dan debarab itu tambah kencangbila ayahnua menyampuk.  "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini.  Gambar perempuan itu dengan anaknya pun

Page 37: Koleksi Cerita Seram

ada.  Nah tengok," katanya sambil menghulurkan suratkhabar itu kepada mazni.  Denga tangan menggeletar akhbar itu disambut.  Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung kerumahnya malam tadi. 

jari jemari merayapKira-kira pukul 2.00 pagi saya terjaga apabila mendengar suara operator telefon radio teksi membuat panggilan. "Ada penumpang dari Bukit Antarabangsa nak ke Taman Tun Dr. Ismail, yang berdekatan, kawasan itu sila lapor...." suara operator halus keluar dari alat komunikasi.

Tanpa berfikir panjang saya terus meyambut panggilan dan menyatakan sanggup untuk menggambil penumpang itu. Dari Jalan Hulu Klang saya masuk ke simpang Bukit Antarabangsa yang jalannya banyak selekoh tajam.

Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah mengambil penumpang itu. "Dah dekat nak sampai ni," beritahu saya pada operator.

"Janganlah marah, saya pun tak tau. Teksi tu tak lapor pun, tiba-tiba aja beritahu dah ambil," suara operator membela diri.

"Okeylah saya pusing balik," kata saya, sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah alang-alang ada di Bukit Antarabangsa lebih baik saya teruskan perjalanan hingga ke kondo tersebut. Manalah tahu kalau-kalau adalah penumpang lain. Jika tak adapun tak apalah, asalkan hati puas.

Sewaktu tiba di pondok pengawal, tidak ada sesiapa pun di situ. Kemudian saya buat pusingan U dan patah balik. Saya pandu kereta perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari lereng bukit. Di kiri dan kanan semuanya nampak gelap, hanya kelihatan bayang-bayang hitam pokok-pokok.

"Screeeeet!!!!!!!"

Tayar kereta berdecit apabila brek ditekan mengejut. Nyaris-nyaris saya terlanggar perempuan di tepi jalan yang sedang melambai-lambaikan tangan menahan teksi saya.

"Wow! Cantik seksinya cun melecun," sepontan keluar dari mulut saya apabila nampak wanita dalam lingkungan 20-an memakai gaun merah pendek. Gaun tanpa lengannya ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan. Saya terpaku juga dengan keayuan gadis itu.

Saya turunkan cermin tingkap untuk bertanya. Gadis berambut panjang, hidung mancung, berkulit putih dan bermata galak itu tersenyum.

"Gombak," ringkas jawabnya dalam pelat Cina.

Page 38: Koleksi Cerita Seram

"Okey, boleh," jawab saya.

Gadis itu terus membuka pintu belakang. Aamak....! Minyak wangi apa yang dipakai hingga menusuk ke hidung. Saya terus memandu menyusuri selekoh tajam jalan Bukit Antarabangsa untuk ke lebuh raya Hulu Klang kemudian ke Gombak. Sambil memandu saya sempat menjeling ke cermin, perempuan itu tersandar di kerusi dengan mata terpejam. Fikiran saya terus melayang memikirkan keberanian perempuan itu berjalan seorang diri di dalam gelap. Namun saya tidak berani bertanya kerana bimbang dituduh menyibuk.

Tiba-tiba terasa tengkuk saya disentuh jari-jemari. Sejuk seperti air batu. Saya tepis tangan gadis itu dan menyuruhnya duduk baik-baik. Namun tengkuk saya terus juga diraba dengan gaya menggoda. Saya tepis tangan perempuan itu.

"Cik, jangan buat macam tulah," kata saya.

Perempuan itu tidak mempedulikan kata-kata saya. Dia terus juga meraba dan membelai tengkuk, bahu serta rambut saya. Kali ini saya bersuara dengan lebih keras sekali gus memandang ke cermin. Saya merenung cermin agak lama kerana tidak pasti apa yang dilihat.

"YA ALLAH! Eh! Betul ke ni?" saya bercakap sendiri. Kemudian saya pasang lampu. Perempuan itu menyeringai, mukanya menggerutu. Mengalir darah dan nanah dari kudis-kudis di pipi, dagu dan dahi. Kelihatan kedua-dua matanya tersembul keluar.

Saya terus tekan brek sekuat-kuat hati, kemudian pusing stereng untuk berpatah balik ke pondok pengawal di kondo tadi. Jari-jemari berkuku panjang terus meraba-raba dan membelai tengkuk saya. Beberapa kali saya cuba membaca ayat Qursi tapi lintang-pukang tidak tahu yang mana harus dibaca dulu. Lidah saya kelu. Kemudian saya cuba pula baca Al-Fatihah pun sama juga, tak berjaya!

Kereta yang saya pandu sekejap ke tepi sekejap ke tengah. Saya bimbang jika jari-jari itu akan mencekik leher saya. Saya tekan minyak sekuat kaki, supaya cepat sampai. Peluh dingin mengalir membasahi baju, rasa macam nak terkencing.

Lutut menggeletar, seluruh badan seram sejuk. Semakin laju kereta makin lebar perempuan itu tersengih di cermin. Hampir-hampir besi penghalang di pintu pagar kondo saya langgar.

"Tolong! Tolong!," saya menjerit sambil membuka pintu teksi sebaik sampai ke bilik pengawa. Malangnya saya jatuh terlelepok, kaki lembik tidak mampu untuk berdiri atau berjalan. Saya cuba bangun tapi tidak berdaya, terasa lemah seluruh badan. Saya merangkak pula.

"Tolongggggggggggg!" saya menjerit lagi sambil merangkak kemudian meniarap seperti askar untuk ke pondok pengawal yang jaraknya hanya dua meter. Dua orang pengawal keselamatan berlari mendapatkna saya. "Kenapa bang?" tanya mereka dengan muka cemas. Saya hanya menunjuk ke arah teksi.

Page 39: Koleksi Cerita Seram

Mereka segera ke teksi tertunduk-tunduk mengintai dari cermin tingkap, Yang kelihatan hanya wanita berambut panjang memakai gaun merah. Perlahan-lahan pintu belakang dibuka dan benda putih terbang keluar dari teksi. Pengawal lari lintang-pukang masuk ke bilik dan mengunci pintu.

Uwekkkkkk! Uwekkkkkkk!

Saya hanya memerhatikan kedua-dua pengawal itu termuntah-muntah. Tidak ada apa yang mampu saya lakukan kecuali memandang sahaja. Bau bangkai dari dalam teksi mula menyelinap masuk ke lubang hidung saya. Saya cuba tahan supaya isi perut tidak terburai tapi tidak mampu. Saya termuntah sama.

Malam itu saya tidak mampu untuk memandu. Semangat hilang langsung, tambah-tambah bau itu masih melekat di dalam teksi. Menjelang subuh tiga orang kawan saya datang untuk membawa saya pulang. Teksi itu saya tinggalkan di kawasan berhampiran dengan pondok pengawal.

Sejak peristiwa itu, saya tidak berani mengambil penumpang di kawasan tersebut selepas tengah malam, walaupun ditawarkan bayaran berkali-kali ganda walaupun seribu ringgit keatas

perjalanan pulang bawa malangMinggu ini yunus bercadang pulang ke kampung.  Emaknya bising bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya.  Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidaj berkesempatan.  Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya.  Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja manja dengan ibunya nanti.  Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa.  Tambahan pula, dia satu satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik.  Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga.  Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja disana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota.  Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung.  Mulanya yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya.  Asalnya kawan nya itu bersetuju tetapi disaat akhir, rosman ada kerja yang perlu disiapkan.  Tinggallah yunus memandu seorang diri.  Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan.  Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri.  Boleh jugak layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati.  Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayang lagu sekuat hatinya.  Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu.  Tambahan pulak, lagu lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada rina.  "Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula," keluhnya dalam hati.  SEsekali, yunus akan berselisih dengan bas express.  Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya.  "Tak sayang nyawa orang langsung," rungutnya didalam hati.  Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan.  Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa.  Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar debar, seolah

Page 40: Koleksi Cerita Seram

olah ada sesuatu akan terjadi.  Benarlah dugaannya.   Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan dihadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan.  Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah.  "Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit," kata pemandu berbangsa cina itu.  Setelah memastikan semuanya selamat, yunus meneruskan perjalanannya.  Malah dia jarang jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam.  Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak.  Kali ini tidak semena mena hatinya berdebar debar, semakin lama semakin kuat.  Segera yunus terbayangkan seseuatu.  Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu.  Ada yang terserempak orang berlaru mengundur kebelakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos dikawasan itu.  "Simpang malaikat 44," demikian minta yunus.  Anak mudaini terus memandu dalan kelajuan sederhana.  Dia terus memasang lagu lebih kuat.  Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk 'memadamkan' resah dan debaran didadanya sendiri.  Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang.   Semakin lama semakin menghampiri keretanya.  Yunus panik dan terus memecut laju keretanya.  Dia ketakutan yang amat sangat.  Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini.  Makin lama dia memecut. kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya.  Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing.  "Yunus, bangun nak," sayup sayup dia terdengar suara ibunya.  Saat bitu barukah dia menyedari dirinya dihospital dan dia telah pengsan selama dua hari.  Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah.  Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur kebelakang mameng menakutkan.  Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi.  Kalau boleh biarlah berteman.

jumpa 'nenek' di kuburanPasti anda pernah terdengar kisah mengenai makhluk asing ditanah perkuburan Bidadari di Serangoon.  Mak cikku pernah mendiami kawasan tersebut dalam zaman remajanya iaitu ketika arwah datukku bertugas sebagai penjaga kubur dahulu.  Hari itu makcik berkerja giliran petang. pulangnya pula hampir larut malam.  Perjalanan untuk sampai kerumah datuk yang jauh di kawasan pendalaman pula mengharuskan beliau melintasi tanah perkuburan.  Memang tidak dinafikan kenyataannya bahawa pusara usang itu memang harum baunya pada saat saat tertentu, tidak sediakitpun ian menghiraukan makcik, apa lagi kisah mengenai munculnya 'perempuan cantik' yang kerap diperkatakan orang sedikit masa dulu.  Lalu, pada suatu hari, dengan takdir tuhan beliau tergerak hati untuk mengambil jalan dekat dengan harapan dapat sampai kerumah dengan secepat mungkin.  Hari itu cuaca kurang baik.  Beliau sedar laluan yang harus dijalani itu memang gelap.  Dengan berpandukan lampu suluhnya, mak cikku nekad sahaja.  Beliau terlupa pesan datuk.  "Tak takutlah jalan sini.  Dulu inilah tempat aku bermain main," bisik hati kecilnya semasa melalui kuburan yang teratur satu persatu.  Agak jauh jugak beliau berjalan, tetapi tidak pulak mak cikki berhenti barang seketika.  Gara gara mahu pulang cepat akhirnya beliau kepenatan.  Dengan menghela nafas panjang, makcik pun mula berjalan perlahan semula.  "Tak sangka bau wangi malam nie kuat benar...."katanya.  "Baru balik nak?" kedengaran suara menegurnya.  Tetapi reaksi makcik tidak berubah barang sedikit.  Menurutnya, beliau tidak pun rasa cemas atau bertanya perihal suara tadi.  Seakan akan separyh sedar.  "Baru balik nak?"

Page 41: Koleksi Cerita Seram

kaliini suara itu agak dekat dengannya.  "Eh betulkah aku dengar orang cakap dengan aku?" aneh benar soalannya seperti tidak yakin pada diri sendiri.  Sebentar kemudian beliau terdengar ketawa kecil seakan akan sinis yang mempersendakannya.  Beliau memaling ke kiri dan ke kanan mencari dari mana datang arah suara tadi.  Dibawah sebatang pokok kelihatan seorang nenek tua sedang duduk diatas sebuah kubur.  Nenek tua itu memakai payung, tetapi tidak pula menunjukkan rupanya.  Buntu benak makcik seketika, tak tahu apa yang harus dibuat.  Beliau cuba mengimbas kembali pesan datuk ketika dalam keadaan begitu, tetapi tiada apa yang keluar.  Cuba lari dari tenpat itu pun terasa seperti ada yang menahan.  Alhamdulilah, akhirnya tiba juga makci didepan pintu rumah.  Kalau biasa beliau akan membuka daun pintu tanpa menggangu datuk dan nenek yang telah lama terlena, tapi kali ini beliau mengetuk pintu sekuat hati.  Menurut makcik, raut wajahnya yang pucat lesi membuat datuk yang tadinya marah marah menjadi begitu prihatin terhadap anaknya.  Apabila suasana kembali tenang, makcik memberitahu akan kejadian dikuburan tadi.  "Itulah engkau degil...aku dah kata, jangan pandai pandai sendiri, nak potong dekat konon.  Kau tahu kan aku dah pesan jangan jalan dekat situ kalau badan kotor! Lupa ke kau tu uzur!" nenek berleter.  Malam itu makcik tak lena tidur.  Beliau terdengar suara nenek tua itu meminta izin tidur bersamanya.  Mulalah tubuh makcik menjadi seram sejuk dan menggigil.  Beliau meracau tidak tentu arah.  Mujur datuk tahu mengubati makcik, sementara menanti pagi menjelang, agar dapat dipanggil tukang ubat yang ahli dalam mengubati penyakit misteri.  Setelah seminggu lamanya, makci sembuh kembali.

apabila roh tidak tenteramIbuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu.  "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku.  Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya.  Ia berlaku dalam tahun 1972.  Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar.  BEliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka.  Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami.  Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah.  Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi.  Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam.  Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku.  Sesekali terdengar bunyi salakan anjing.  Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang.  Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya.  Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju.  Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter.  Namun pakcikku tidak menghiraukannya.  Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!"  Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat.  Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram.  Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su.  apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan.  Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya.  Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan

Page 42: Koleksi Cerita Seram

untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya.  Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka.  Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su.  Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya.  Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu.  Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau.  Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna.  Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.  Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu.  Sungguh menyeramkan ketika itu.  Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari.  Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram.  Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau.  Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam.  Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah.  Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan.  Begitulah keadaannya berterusan.  Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku.  Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau.  Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan.  Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul.  Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu.  Memang benar seperti kata Allahyarham  didalam mimpi arwah nenekku.  Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu.  Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam.  Kami sekeluarga lantas membersihkan  bilik itu dengan lebih sempurna lagi.  Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu.  Kini sudah  tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis.  Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

Boleh jadi kaya jika berani peluk hantu gulung?Beranikah anda memeluk hantu hanya ingin menjadi kaya? Bagiku tidak sama sekali.  Biarlah aku tidak menjadi kaya.  Untuk emmeluk lembaga yang menyeramkan itu tidak sama sekali.  aku tak berani! Aku dibesarkan disbuah kampung dijalan Greja, Bedok Road.  Disana memang terdapat beberapa kawasan tanah perkuburan.  Oleh itu, boleh dikatakan ian sentiasa berhantu.  Aku memang suka merayap malam bersama teman untuk bermain ditepi laut, berhampiran dengan Bedok Rest House, tidak jauh dari sebuah kubu jepun.  Disitulah kami sering bermain main hingga jam 9 atau 10 malam sebelum pulang ke rumah.  Pada suatu malam jumaat, setelah penat bermain dikubu itu, kami pulang kerumah.  Rumahku jauh dipendalaman.  Pada masa itu rumah rumah hanya diterangi dengan lampu pam atau lampu pelita.  Lorong tempat aku

Page 43: Koleksi Cerita Seram

berjalan pulang tidak berlampu,  Ia hanya diterangi oleh cahaya bulan yang baru hendak mengambang.  Selepas sebuah, sebuah rumah aku lintasi .  Penghuni rumah kebanyakkannya sudah lena dibuai mimpi.  Aku kemudian melintasi sebuah kawasan perkuburan lama.  Sedang aku berjalan jalan tiba tiba aku direjam dengan pasir.  Mulannya aku tidak pedulikan gangguan itu kerana sangkaku ia hanyalah gurauan teman teman.  Aku terus berjalan.  Tiba tiba pokok buluh dipinggir kawasan perkuburan itu bergoyang walaupun tanpa ditiup angin.  Kemudia aku terdengar sesuatu bergolek dibelakangku.  Aku berhenti seketika dan menoleh kebelakang.  Dibawah cahaya bulan yang samar samar dilindungi oleh pokok pokok aku terlihat seperti bantak peluk terguling guling.  Aku tidak menghiraukannya dan terus berjalan.  Benda itu terus berguling.  Aku menoleh dan terus menuju ke arah benda itu.  Anehnya benda itu bergolek ke belakang.  Apabila aku berhenti benda itu berhenti juga sambil bergolek golek kedepan dan kebelakang.  Entah macam mana, tiba tiba bulu romaku tegak berdiri, aku berundur perlahan lahan dan membuka langkah seribu.  Benda itu terus berguling dan mengejarku.  Sampai kerumah aku mengetuk pintu dapur dengan kuat.  Arwah nenekku membuka pintu dan berasa hairan melihat telatahku.  Veliau bertanya mengapa aku meluru masuk dan apakah benda yang mengejarku.  Aku menceritakan pada nenek apa yang terjadi.  Nenekku tidak pulak menunjukkan rasa cemas atau taut, malah katanya, aku bodoh, menolak tuah.  Aku hairang dengan kata kata nya itu.  Menurut beliau benda yang terguking itu adalah hantu gulung.  Hantu itu tidak manggangu orang.  Malah kalau aku berani memeluk hantu itu kuat kuat hantu itu akan minta dilepaskan.  Sebelum melepaskannya, orang yang memeluk hantu itu boleh meminta apa saja dan hantu itu aklan memberinya.  kalau hantu itu dikerat kerat dengan parang akan bertukar manjadi emas.  Sejak peristiwa itu aku tidak keluar rumah dalam beberapa hari.

wanita berbaju serba merah dekat kuburan cinaKisah yang akan aku paparkan ini bukanlah pengalaman ku sendiri tetapi berlaku keatas seseorang rakanku.  Yongfu seorang wanita cina.  Yongfu berkerja disalah sebuah kelab malam di Malaysia dan sering pulang dinihari.  Biasanya, semamsa pulang dari kerja, beliau menumpang sebuah van yang dipandu oleh rakannya.  Mereka sering melalui sebatang jalan yang berdekatan dengan perkuburan cina.  Pada suatu dinihari, seperti biasa, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, perbualan rancak rancak mereka tiba tiba terhenti apabila rakannya terpandang sesusuk tubuh yang begitu mempesonakan.  Wajah wanita yang dilihatnya itu bukan sahaja begitu cantik dan memikat, malah sedang melambau lambai sapu tangan ke arah van mereka.  Rakannya berasa belas melihat wanita cantik berjalan sendirian ditenpat sunyi itu.  Benaknya terlintas untuk menumpangkannya.  Bagaimanapun Yongfu menegahnya kerana berasa curiga.  Kenapa wanita secantik itu berjalan sendirian  sewaktu dinihari begitu - dekat kawasan perkuburan pulak, Yongfu bertanya didalam hati.  Penampilan wanita cantik itu juga menggerunkan kerana dia memakai ceongsam berwarna merah.  Kasut dan sapu tangannya juga berwarna merah.  Mengikut kepercayaan orang orang cina, sesiapa yang mati dengan berpakaian serba merah, rohnya kelak akan membalas dendam.  Van yang sedang menuju ke arah wanita itu terus meluncur dengan laju.  Hasrat untuk menumpangkannya dibatalkan apabila menyedari yang mereka sedang melalui sebuah perkuburan cina.  Peluh sejuk mulai menyimbah ke tubuh masing masing.  Perasaan takut dan takut menyelubungi diri mereka.  Tingkap van ditutup rapat rapat.  Sedang rakannya memecut vannya, tiba tiba wanita cantik itu sudah berada ditengah jalan yang mereka lalui.  Dengan nekad mereka menutup mata dan terus melanggar lembaga yang menghalang mereka itu.  Terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat dan apabila mereka membuka mata, mereka dapati lembaga berkenaan sudah pun hilang.  Lega rasa hati mereka,

Page 44: Koleksi Cerita Seram

tetapi kelegaan mereka hanya sementara.  Yongfu terlihat wajah wanita tersebut di cermin kiri van itu.  Dia sedang berpaut pada pintu van dengan rambutnya mengerbang, sambil menggilai.  Menakutkan.  Van yang sedang dipandu sudah tidak mengenal arah dan tujuan.  wanita itu terus berpaut dan mencakar cakar tingkap kaca yang tertutup itu.  Kedua duanya begitu gugup dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan.  Akhirnya rakan beliau cekalkan hati dan menuju ke arah sebuah stesen minyak Petronas yang dilihat tidak jauh dari situ.  Tiba saja ditempat yang terang, wanita tersebut hilang dengan serta merta dan meninggalkan bau yang sangat harum.  Mulai hari itu Yongfu tidak lagi pulang lewat dari berkerja malam dan tidak lagi melalui jalan itu.

uri anak saudara jadi tumpaun pontianakKami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura.  Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas.  Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam.  Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja.  Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur.  Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.  Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam.  Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi.  Aku pula, entahlah.  Perasaanku berlainan malam itu.  Selalunya tidak begitu.  Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar.  Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan.  Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara.  Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri.  Lagi pun, rumah kami ditingkat lima.  Aku terus beristighfar.  Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur.  Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja.  Matanya merah, bagaikan bebola api.  Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan.  Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak.  Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.  Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri.  aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga.  Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula.  Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu.  Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini.  Mingkin ini suatu ujian untukku.  Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku.  Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk.  Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi.  Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.  Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan.  Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya.  Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti.  Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding.  Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka.  Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.

Peristiwa seram di wad hospital

Page 45: Koleksi Cerita Seram

Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya.  Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital.  Ini adalah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital.  Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit.  Katilku terletak ditengah tengah.  Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia.  Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang siangnya.  Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku.  Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan.  Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan 'terbuang' diatas katilku.  aku berjalan perlahan lahan menuju ke bilik air.  Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong.  Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai.  Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong.  Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci.  Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya.  Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar.  Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi.  Lama juga aku menanti.  Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan...alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya.  Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi.  "Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun," kataku sendirian.  Aku mula terasa takut.  apa tidaknya, hampur 10 minit aku mannatinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.  Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku.  aku cuba tenangkan perasaanku.  Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur.  Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal.  Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap.  Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan.  Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah.  Matanya sayu termasuk kedalam.  Akau benar benar terpukau.  Mataku tidak berkelip memandangnya.  Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar.  Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk.  Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata.  Hatiku merayu..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini."  Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air.  Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu.  Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya.  Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling.  Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi.  Kini, segala-galanya telah pun berlalu.  Kini, segalanya telah pun berlalu.  Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupankannya.  

Misteri gadis cantik dipesawatDidalam dunia yang serba modern ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud.  Ini bukan rekaan, tetapi benar.  Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang Sdyney, Australia, aku berkerja seperti yang aku lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat.  Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk.  Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong

Page 46: Koleksi Cerita Seram

kong.  Seperti biasa, aku bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing masing dalam cockpit pesawat.  Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan aku ke ruang kargo dibahagian bawah untuk memeriksa muatan.  Itu adalah kerja aku sehari harian.  Apabila aku berada dibawah, aku ternampak seorang gadis cantik dihadapanku.  Aku menjadi gamam sebentar.  Aku tidak dapat berbuat apa apapun kecuali hanya merenung ke arahnya.  Dengan perlahan lahan aku mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi.  Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronnie, teman sekampung aku dari Gold Coast, turun kebawah untuk menyiasat.  Aku melihat Ronnie terpaku seketika.  Kami berdua seolah olah dipaku oleh makhluk itu.  Tidak lama kemudia gadis itu hilang.  Hilang didepan mataku tanpa meninggalkan apa apa kesan.  Kami terus naik ke cocokpit untuk membuat laporan.  Aku kira itu hanya suatu lintasa.  Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa apa seperti suara seorang perempuan.  Menurutnya, ada orang memanggil manggil namanya melalui headphone.  alat itu hanya boleh didengar antara kami dengan menara kawalan.  Setelaha Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong.  Pelik tapi benar, dizaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud.  Tetapi bagi diriku, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka.  Namun hingga ke saat ini, aku masih ingat lagi peristiwa itu.  Dari mana gadis itu datang, dan kemana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?

Mayat Berasap C erita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun . peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya Tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang dilaknati telah Allah S.W.T.

Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik ,aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut .AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula kaget dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku, Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

Page 47: Koleksi Cerita Seram

Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.

Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat kekiri dan kekananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.

Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah kehari ini.

Roh nenek datang untuk ucapkan selamat tinggalKisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh sahabatku rosli yang tinggal disebuah flat empat bilik didaerah Jurong.  Ian berlaku dalam 1989 dan sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya bagi rosli. Sememangnya rosli amat sukar melupakan kisah seram yang dialaminya itu.  Ia bermula begini.  Hari itu hari ahad.  Jam telah menunjukkan lewat 1 pagi.  Biasanya, pada waktu waktu begitu rosli tidak mempunyai masalah untuk tidur.  Dia sentiasa tidur dibiliknya bersama kedua dua adik kembar lelakinya, Hassan dan Hashim, yang berusia dalam lingkungan 16 tahun.  Tetapi pada malam itu, suasana dalam biliknya dirasakan amat berlainan sekali.  Rosli benar benar gelisah serta sukar melelapkan mata.  Setiap saat, hatinya berdebar serta sukar melelapkan mata.  Setiap saat hatinya berdebar serta tubuhnya berpeluh akibat dikuasai perasaan takut yang sangat mendalam.  Rosli sendiri tidak tahu kenapa dia berkeadaan demikian.  namun,

Page 48: Koleksi Cerita Seram

kedua dua adikinya kelihata nyenyak tidur seolah olah dibuai mimpi yang indah belaka.  Sedang Rosli asyik didalam keresahan, tiba tiba dia ternampak neneknya masuk ke bilik mereka yang tidak tertutup itu lalu memerhatikan mereka.  Dalam kesamaran bilik yang memang lampunya dipadamkan sebelum tidur itu, Rosli dapat melihat dengan jelas wajah nenek nya yang kelihatan sugul.  Rosli cuba berkata kepada neneknya, tetapi tidak berdaya.  Bibirnya terasa berat untuk digerakkan seolah olah terkancing rapat.  Sejurus kemudian, neneknya beredar dari bilik tersebut dan terus pergi entah kemana.  Selepas itu0 pagi rosli merasakan dirinya terlalu mengantuk dan terus tidur.  Apabila jam menunjukkan hampir 2.30 pagi, mereka bertiga dikejutkan oleh kedua dua ibu bapa mereka yang ingin menyampaikan satu berita sedih.  Alangkahnya terkejutnya rosli apabila diberitahu neneknya telah meninggal dunia di rumah pakciknya di Bedok north akibat sesak nafas sebentar tadi.  Pada mulanya memang sukar bagi rosli mempercayai berita tersebut kerana dia sendiri telah melihat neneknya datang menemuinya beberapa jam sebelum itu.  Dalam kehairanan, dia terus menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada ibu bapanya.  Setelah mendengar cerita itu, kedua dua ibu bapanya berasa hairan kerana menurut bapa rosli, arwah neneknya sebenarnya telah dibawa ke Bedok north oleh pakciknya sendiri tengah hari tadi untuk tinggal disana buat sementara waktu.  Menurut bapa rosli lagi, arwah neneknya sendiri yang minta dibawa ke Bedok North dengan alasan dia telah berada agak lama dirumah mereka agak lama dan ingin bertukar angin.  Sebab itulah pakcik rosli menurutkan kemahuan arwahnya itu supaya dia merasa senang hati.  Kalau tidak, arwahnya pasti kelindan jika kemahuannya tidak dipenuhi.  Bagaimanapun , rosli menyatakan bahawa sesungguhnya dia tidak tahu langsung arwah neneknya telah ke Bedok North pada hari itu.  Dia menyangkakan arwahnya lagi tinggal dirumah mereka dan seperti biasa masuk kebilik tidur mereka untuk melihat cucu cucunya tidur.

Diganggu puaka dari kubur

Hantu memang wujud didunia ini. tapi tidak pernah kuduga aku akan berdepan dengan makhluk yang hodoh itu.  Ceritanya begini.  Dalam awal 1970an, aku dan suamiku telah berpindah kerumah baru kami.  Kedua dua anak kami ditinggalkan dirumah ibuku, memandangkan kami suami isteri keluar berkerja setiap hari.  Kali pertama kali bermalam disitu, suamiku telah bermimpi ketika pulang dari kerja  dan membuka pintu rumah, dia terlihat didalam rumah kami itu ada kubur cina yang masih baru, lengkap dengan bunga dan tanglong.  Keesokan harinya, suamiku pun bertanyakan pada seorang kawan yang memang mahir dalam perkara perkara yang aneh aneh.  Kawannya menerangkan rumah kami itu bersententangan dengan sebuah bilik mayat dan tapak rumah kami itu adalah bekas tanah perkuburan cina.  Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggak sendirian dirumah.  Selang beberapa minggu tinggal disitu, aku mulai merasa tidak sedap hati.  Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan dirumah.  Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan kerumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku kesana.  Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami.  Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada.  Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak.  Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya.  Diantara tidur dan jaga itu. aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata;"Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang.  Apabila aku membuka

Page 49: Koleksi Cerita Seram

mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku.  Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai.  Pakainya serba putih.  Seluruh tunuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya.  Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi.  Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku.  Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku.  Mulutku tak henti henti  membaca ayat ayat suci.  Lama jugak lembaga itu memerhatikankku.  Tetapi, beberapa minit  kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur.  Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.

Roh Merayau Gara2 Mengumpat

Milah memang terkenal kepoh di kalangan orang kampung. Setiap petang dia akan duduk berlonggok di tangga rumah jirannya sambil mengata orang kampung. Ada saja cerita yang dibualkannya hingga tidak menyedari senja meremang. Mulutnya tetap becok biarpun azan Maghrib berkumandang di masjid berhampiran kampung sedangkan di saat itu sebagai hamba-Nya, kita sepatutnya tunduk menghadap Ilahi.

Suaminya, Osman sudah jenuh mulut menegur kelakuannya itu. Bukan saja menimbulkan fitnah tetapi tidak baik untuk bayi dalam kandungan kerana dia sedang mengandung tujuh bulan. Kata orang tua-tua, hantu syaitan banyak merayau di waktu senja.

Sikap degil Milah sudah Osman faham benar kerana sejak kahwin, Milah kerap melawan cakapnya. Tujuh tahun mereka berkahwin, inilah kali pertama Milah mengandung. Biarpun ini kandungan pertamanya, tapi Milah tidak membuat penjagaan rapi seperti yang disarankan doktor. Bukan Osman melarang isterinya duduk berbual tapi biarlah berpada, jangan sampai keterlaluan hinggakan senja meremang pun dia masih duduk berborak di tangga rumah jiran-jiran.

Ada juga orang kampung menegur perlakuan isterinya dan Osman juga sudah puas menasihatinya tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi. Sikap isterinya tetap tak berubah dan lama kelamaan, dia buat tak reti.

Maka sukalah Milah kerana tabiatnya sudah tiada yang ambil peduli. Maka rancaklah, dia duduk berlonggok di tangga rumah jiran sambil mengata itu dan ini. Kebetulan, ada teman-teman yang menyokong, rancaklah kegiatan itu.

Sebulan sebelum melahirkan, sikap Milah nyata berubah. Dia lebih gemar menyendiri dan ketika kawan-kawannya datang ke rumah, mulutnya tidak lagi becok bercerita seperti selalu. Memang ramai yang hairan dan suaminya turut pelik dengan sikapnya itu tetapi dia tidak bertanya lanjut, malah memanjatkan rasa syukur kerana isterinya sudah berubah.

Suatu malam, Milah merasakan perutnya terlalu sakit. Malah dilihatnya ada darah yang mengalir di celah pahanya. Segera dia mengejutkan suaminya dan tergesa-gesa mereka ke hospital. Sesampai di hospital, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati rahimnya sudah terbuka empat sentimeter. Milah tidak dibenarkan balik pada malam itu sebaliknya dia ditahan di hospital

Page 50: Koleksi Cerita Seram

kerana menurut doktor, dia akan bersalin. Osman juga tidak mahu menanggung risiko dan dia bersetuju kerana dia sudah tidak sabar untuk menimang anak setelah tujuh tahun berkahwin.

Kurang dari 12 jam, Milah merasakan sakit perutnya makin kerap, sakit pinggang dan segala-galanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berkali-kali dia menjerit meminta tolong daripada jururawat bertugas. Sekali dua mereka melayan karenahnya tetapi lama kelamaan mereka hanya mampu menyuruhnya bersabar sahaja.

Kira-kira jam tujuh pagi, sakit yang Milah tanggung sudah tidak tertahan lagi. Dia segera dibawa ke bilik bersalin kerana pintu rahimnya sudah terbuka lapan sentimeter. Jururawat menyuruhnya meneran kerana kepala bayinya sudah kelihatan. Berkali-kali Milah cuba melakukannya malah tenaganya hingga kehabisan. Melihat keadaannya yang tidak bermaya, jururawat 'memasukkan air' dan setengah jam kemudian doktor melakukan kaedah vakum bagi menyelamatkan nyawa bayinya yang hampir lemas.

Malangnya Milah meninggal dunia kerana urinya tersangkut di dalam rahim. Mereka sedaya upaya menyelamatkannya, tapi benarlah Allah lebih menyayangi makhluknya. Maka menangislah Osman kerana isteri yang disayanginya meninggal dunia. Dia sendiri terkeliru bagaimana untuk mahu menjaga anak lelaki tunggalnya, Muhammad Hakimi tanpa kehadiran seorang isteri. Puas keluarga dan sanak saudara menasihatinya dan mereka berjanji akan menjaga anaknya bersama-sama.

Jenazah isterinya selamat dikebumikan. Namun seminggu selepas itu, kampung tempat tinggal mereka gempar apabila kubur Milah digali. Nasib baiklah ketika itu, ada orang kampung terlihat tiga orang lelaki sedang memikul mayat Milah. Kala mereka menyergahnya, ketiga-tiganya lari lintang pukang dan meninggalkan mayat Milah di tepi kubur.

Gempar seketika orang kampung dan puas mereka bercerita tentang hal itu. Kata orang, kubur Milah dikorek untuk dipuja dan mahu dibuat minyak dagu. Segera mereka mengebumikan semula mayat Milah. Maka bertambahlah kesedihan Osman kerana orang memperlakukan jenazah isterinya sebegitu.

Namun seminggu selepas itu, sekali lagi orang kampung gempar. Kali ini bukan kuburnya dikorek tapi orang melihat kelibat Milah duduk di rumah jiran di waktu senja, sama seperti perangainya yang suka bertandang ke rumah orang ketika mengandung dulu. Sekali lagi, Osman rasa terpukul dan dia mendapatkan nasihat daripada seorang Lebai di kampung mereka.

Kata Lebai itu, ini mungkin balasan Allah kerana perbuatannya yang suka mengumpat orang dan tidak sempat meminta maaf daripada orang kampung apatah lagi meninggal dunia sebaik bersalin. Bagaimanapun Lebai menasihatkan Osman agar banyak bersabar di samping berdoalah agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa isterinya. Benarlah kata orang, jangan sesekali melakukan dosa kerana di dunia Allah sudah menunjukkan balasannya, belum lagi balasan di akhirat dan diseksa di alam barzakh.

Tu le lain kali jgn suka buat ketupat kosong. Aku suka ketupat pulut daun palas..

Page 51: Koleksi Cerita Seram

Jerangkong bersalut cheongsam putih

Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun 1988.  Ketika itu saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan.  Memandangkan kesihatan saya belum pulih, doktor yang merawat  saya  mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari.  Setelah empat hari dihospital, kesihata saya beransur ansur pulih kerana maklum sajalah, disini saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat jururawat yang bertugas.  Bagaimanapun, mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak seorang wanita cina berpakaian cheongsam putih lalu ditepi katil saya.  Pada mulanya,  Saya menyangka dia adalah amah hospital atau jurarawat yang bertugas diwaktu malam ketika itu.  Saya tidak mengenal pasti wajahnya kerana keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar.  Bagaimanapun, rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu.  Pada malam jumaatnya, kira kira 1.30 pagi, wanita bercheongsam putih itu tiba tiba memperlihatkan wajahnya kepada saya.  Kali ini dia kelihatan berdiri di luar  tingkap disebelah kiri katil saya.  Wajahnya begitu camtik, rambutnya hitam pekat dan kerintingnya begitu kasar.  Dia melihat saya sambil tersenyum.  Senyumannya itu membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip mata sahaja.  Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi.  Keesokan harinya, apabila suami saya datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku.  Sejak itu, setiap malam sebelum pulang, suami saya membacakan surah yasin.  Pada malam berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu lagi.  Setelah 10 hari dihospital, saya dibenarkan pulang.  Setibanya dirumah kira kira 6.45 petang, saya  nerasa letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi.   Tiba tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan wanita cina itu.  Kebetulan ketika itu azan maghrib pun berkemundang , bayangan wanita cina itu hilang dengan serta merta.  saya tidak menceritakan hal yang baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka itu mungkin perasan saya sahaja.  Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga dan terasa ada orang memeluk saya begitu erat.  Pada mulanya, saya menyangka suami saya, tetapi saya terkejut apabila teringat  dia tidur dibawah, bukan disebelah saya.  Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung.  Saya menjerit sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga.  Badan saya mengigil dan saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil membacakan surah yasin.  Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang serupa itu.  Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

LEMBAGA PUTIH DI BILIK OPERASIAku sedang bersiap siap untuk pergi meronda.  Waktu sudah 2 pagi.  Mata masih mengantuk tidak cukup tidur, tetapi tugas mesti didahulukan.  Sambil mengambil senapang aku menmanggil," Atan! Engkau sudah ambil lampu suluh?"Atan hanya mengganguk kepalanya lalu memulakan perjalanan dan aku pun menyusul dari belakang.Banganun bangunan disini semuanya gelap gelita.  Yang bercahaya hanya lampu suluh ditangan dan bilik kawalan yang dujaga oleh ketua pengawal dengan seorang koparal.Setelah setengah jam berlalu, peluh mula membasahi baju.  Inilah kali pertama aku membuat

Page 52: Koleksi Cerita Seram

rondaan disini setelah sebulan lamanya dipindahkan dari kem askar divisyen enam ke tempat ini.  Sudahlah tempatnya sunyi, dekat dengan kubur pulak.Maca macam cerita aku dengar dari kawan kawan yang sudah lama disini.  Mereka menceritakan kejadian kejadian aneh yang selalu berlaku setelah 12 tengah malam.  Apabila teringat kembali, berdiri bulu roma tengkuk ku.Tiba tiba aku terperanjat. Suara atan memecahkan kesunyian malam."Man!" teriak Atan.  "Bilik itu ada lampu!" sambil menunjuk ke arah bilik operasi yang selalu dikunci jika tidak digunakan.Mungkin ada penceroboh fikirku.  Kami berjalan perlahan lahan supaya tidak bising.  Setelah sampai ke pintu, kedengaran bunyi seperti radio diputarkan."Pintu dikunci dari luar," bisik Atan kepadaku sambil cuba membuka pintu itu.  Atan mengambil telefon set yang dibawa lau menghubungi bilik kawalan dan melaporkan apa yang sedang berlaku.Tiba tiba pintu terbuka dengan sendiri seperti angin bertiup dari dalam bilik itu.  Aku mula merasa takut, tetapi atan kelihatan tenang.  Dia berjalan perlahan lahan masuk ke bilik itu.  Aku ikut dari belakang.  Setelah berada di dalam, aku terhidu bau busuk seperti bangkai yang sudah lama dibiarkan.  Kami memeriksa bilik itu, tetapi tidak jumpa apa apa.  Tiba tiba terdengar seperti ada orang yang memanggil namaku dengan suara yang mendayu dayu.  "Man, Man.  Marilah kesini."  Seperti orang yang terpukau, aku berjalan menuju suara yang merdu itu.Tanpa berlengah, Atang menarik aku.  Aku ternampak mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu.  Kemudian di sebuah kerusi dihadapanku, menjelma seorang wanita yang memakai serba putih dengan rambut yang panjang.  Mukanya tidak kelihatan kerana dia hanya tunduk melihat lantai.Aku sudah menduga makhluk apakah yang sebenarnya dihadapan kami.  Seluruh tubuhku lemah.  Macam macam rasa yang datang, hendak buang air kecil pun ada.Tanpa disedari aku terus berlari keluar dari bilik itu dan bersembunyi dalam longkang besar diluar.  Setelah turun dalam longkang baru aku teringat bahawa aku telah meninggalkan atan seorang diri menghadapi lembaga putih yang tidak tahu asal usulnya.  Kalau sudah takut macam macam boleh jadi.  Fikiranku buntu.  Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat.Tiba tiba lembaga itu muncul dihadapanku dengan sekelip mata sahaja.  Aku merasa sungguh terkejut lalu lari menuju ke bilik kawalan sambil memekik,"Tolong!Atan tolong!" lalu duniakau gelap.Setelah sedar aku melihat atan dan beberapa pengawal lain sedang berdiri disebelah katil dibilik kawalan.  KEpalaku masih merasa mabuk, tetapi dengan perasan yang ingin tahu, aku pun bertanya pada atan tentang kejadian aneh yang baru saja berlaku.Atan memberitahu aku bahawa dia cuba menghalau makhluk halus itu dengan membaca ayat kursi.  Lembaga putih itu pun terbang mengekori aku lalu hilang dengan serta merta.Semua itu berlaku dengan cepat.  Atan kemudian ternampak aku jatuh pengsan lalu mengangkatku pulang ke bilik kawalan.Aku hanya berdiam diri sambil cuba mengingat kembali kisah tadi.  Aku merasa serik bertugas disini.  Esok aku bercadang menghantar surat permohonan untuk ditukarkan ke tempat lain.  Fikiran ku melayang dan aku mula melelapkan mata.Pada waktu yang sama, jauh dari situ terdengar lembaga itu menggilai. 

Page 53: Koleksi Cerita Seram

DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN

Pristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di pulau ubin.  Saya masih ingat lagi tempat dimana kejadian menakut kan itu berlaku.  Setiba di pulau ubin kira kira 10 pagi, kami berlima terus mendirikan khemah disatu tapak yang terletak bersebelahan dengan pohon kayu besar, berhampiran sebuah pondok usang.

Setelah penat merenta sekeliling pulau itu, kami berehat rehat sambil memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam.  Kira kira 6 petang, angin mulai bertiup kencang, diiikuti pula dengan guruh di langit.  Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebatnya.  Disebabkan khemah yang kami dirikan tidak begitu kukuh, habis kami berlima basah kuyup didalamnya.

Hujan mulai reda kira kira 9 malam.  Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan badan dan menuju ke pondok usang tidak jauh dari khemah itu.  Setelah menunaikan solat isyak, kami berjalan pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya semula.

Tidak lama kemudian, sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah, tiba tiba terdengar sayup sayup suara perempuan sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik daun daun.  Kami ingin tahu lalu keluar.

Suara tadi semakin jelas dan datangnya dari atas pokok besar.  Salah seorang rakan menyuluh lampu picitnya kearah suara tadi.

Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena tepat dua kepala berambut panjang tanpa badan, tetapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu.  Hantu Penanggal!!!

apalagi, seperti kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk pelukan ketakutan.\Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam bertukar pagi, tanpa melelapkan mata walau seketika pun.

Setelah cuaca terang, tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang. 

BERTEMU GADIS CANTIK DI PINGGIR KUBUR Peristiwa yang akan saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku ke atas keluarga saya dalam 1972. Kami sekeluarga tinggal di Bishop Gate, yang terletak tidak jauh dari Grange Road. Kawasan itu sunyi dan hanya terdapat beberapa buah rumah banglo besar. Disitu ada satu kawasan terbuka yang luas dan ditumbuhi pohon pohon besar seperti beringin, cempaka dan sena serta bersemak samun. Keluarga kami bukan lah orang kaya, tetatpi hanya menumpang sebuah rumah banglo usang yang dikosongkan sementara memohon flat. Banglo itu dijadikan stor oleh sebuah syarikat. Bilik kami hanya satu bahagian kecil dibelakang banglo itu. Rumah itu jugak tiada bekalan elektrik kerana ia telah dipotong oleh syarikat tersebut atas

Page 54: Koleksi Cerita Seram

sebab keselamatan. Hanya bekalan air tidak dipotong. Setiap malam kami terpaksa menggunakan lampu pam dan lampu minyak tanah. Dan setiap kali malam tiba, keluarga kami diseliputi rasa seram. Petang suatu petang malam jumaat, Abang saya telah pergi ke rumah nenek saudara kami di jalan Masyhor dan tidak pulang hingga larut malam. Nenek saudara kami memang melarangnya pulang kerana hari sudah jauh malam, tetapi abang saya berkeras jugak hendak pulang. Pada 11.30 malam itu, abang saya sempat menumpang bus yang penghabisan iaitu bus no 150. Kemudia dia terpaksa turun di perhentian bus bersebelahan kubur wakaf di Grange Road dan berjalan kaki selama lebih kurang 25 minit untuk sampai kerumah. Semamsa turun dari bus itu, abang saya ternampak seorang gadis cantik duduk di perhentian bus tersebut. Ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah malam lebih. Gadis itu berkulit cerah dan berambut ikal mayang panjang mengurai, tersenyum padanya. Abang saya cuba mengingat ingat siapa gerangan gadis itu. Dia tidak ubah seperti jiran kami. Dulu, abang saya memang selalu melihat gadis itu tetapi tidak pulak bertegur sapa, setakat tersentum sahaja. Pada malam itu abang saya beranikan hati untuk menegurnya. "Sorang aje?" abang saya bertanya. "Ya," jawab gadis itu. Abang saya bertanya lagi:"Buat apa seorang diri larut malam begini?" Dia menjawab,"Saya nak balik, tetapi takut kerana dah malam...nanti ada hantu!" Abang saya yakin gadis itu adalah jirann kami, lantas mengajaknya pulang. Dalam perjalanan, abang saya dan gadis itu berbual bual. Yang anehnya, gadis itu hanya berjalan di belakang abang saya. Pua abang saya menyuruhnya berjalan seiring, tetapi dia enggan. Abang saya menjadi kurang senang. Setibanya dibawah lampu jalan, abang saya mengnggkan kekinya dan melihat ke belakang. Rupa rupanya gadis itu berjalan dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Abang saya pun berlari dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Gadis yang disangkanya jiran kami itu rupanya pontianak. Dia ketawa mengilai sambil memanggil abang saya,"Tunggu bang! Tunggu bang!" Untunglah pontianak itu tidak mengejar abang saya hingga ke rumah. Setiba dirumah abang saya terus melompat ke katil dan berselimut bersama sepatunya sekali. Esoknya kami berasa hairan mengapa dia tidur memakai sepatu. Abang saya pun menceritakan apa yang terjadi. Kami semua tertawa bercampur seram

'ORANG MINYAK' DAN KEPALA IKAN MERAHSemasa kami tinggal di Kampung Bedok Laut dulu, mak cikku pernah mengalami suatu peristiwa yang menggerikan. Pada suatu malam, pakcik, seorang kelasi, pulang dengan membawa seekor ikan merah yang baru ditangkapnya semasa dikapal. Ikan itu agak besar dan tidak muat untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk. Oleh itu, makcik memotong dua ikan tersebut. Sebahagiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk sementara sebahagia lagi mahu dihantar ke rumahku yang terletak kira kira satu setengah kilometer jauhnya. Setelah membungkus ikan yang masih berdarah itu dengan suratkhabar, makcikku pun terus keluar meningglkan rumahnya. Apabila tiba dikawasan pohon buluh, makcikku terasa seperti ada sesuatu mengekorinya. Dalam hatinya berkata ' jangan sesekali toleh kebelakang jika terasa ada sesuatu mengekori. Tapi kalau pencuri bagaimana? ' Kalau pencuri sudah tentu makcikku diterkamnya.

Page 55: Koleksi Cerita Seram

Makcikku pun mempercepatkan langkahnya. Begitu juga dengan langkah dibelakangnya. Beliau kemudian berhenti, bunyi langkah tersebut turut berhenti. setelah mencekalkan hatinya, makcikku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat lembaga manusia berkulit hitam berkilat dengan hanya mengenakan seluar dalam, berdiri tidak jauh dibelakangnya. Matanya yang merah merenung tajam. Makcikku cuba menjerit, tetapi suaranya tidak keluar. Lembaga itu menerpa dihadapan makcikku. Ian merentap kain yang dipakai oleh makcikku dan mengoyakkan seluar dalamnya. Makcikku meronta ronta, tetapi tidak berdaya. Bungkusan ikan yang dibawanya tercampak kedalam semak berdekatan. Tangan lembaga itu kemudian meraba raba dicelah celah kelengkang makcikku. Disangkanya makcikku kedatangan haid. Alhamdulilah, pada waktu itu, makcikku tidak uzurJika tidak, sudah tentu dihisap darah kotornya. Dengan tiba tiba lembaga itu menghilang, menuju ke semak berhampiran. Apa lagi, waktu itulah makcikku lari lintang pukang ke rumahku. Beliau mengetuk pintu rumahku macam nak roboh. Keesokan harinya beliau menceritakan perjara yang berlaku kepada kami sekeluarga. Kata nenekku, mungkin lembaga itu menyangka darah kepala ikan yang hanyir itu adalah darah hais makcikku. Sebab itulah ia mengekorinya. Itulah gara gara kepala ikan merah.

HANTU MENYERUPAI SUAMI

Kisah ini adalah kejadian sebenar yang berlaku ke atas diri saya sendiri dalam 1972. Ketika itu, saya dan suami saya, yang baru seminggu mendirikan rumahtangga, tinggal disebuah rumah kampung di Jalan Sawi. Pada suatu malam khamis, kira kira 9 malam, saya masuk ke bilik tidur untuk menyimpan dompet wang saya yang diletakkan di ruang tamu selepas balik dari pasar pagi tadi. Didalam bilik itu, saya melihat suami saya sedang duduk di lantai yang bertepikan katil sambil membaca suratkhabar. Biasanya saya jarang sekali mengganggu atau berkata sesuatu apabils suami saya sedang asyik membaca. Jadi, saya pun tidak menghiraukan langsung akan suami saya itu dan kemudian saya keluar semula ke bilik mandi. Sekembalinya ke bilik tidur kami, saya dapati suami saya sedang terbaring tidur diatas katil dengan memerangkan badannya ke arah bertentangan dengan pintu bilik itu. Saya jugak tidak memperdulikannya dan membiarkan suami saya tidur kerana mungkin beliau ingin berehat kerana terlalu penat berkerja. Sejurus kemudian, saya keluar lagi dari bilik dan terus ke ruang tamu kerana hendak memastikan pintu sudah berkunci. Setelah itu say kembali ke bilik tidur. Yang menghairankan, suami saya tiada lagi diatas katik itu. Saya serta merta menjadi seram. Walaupun saya cuba mencarinya dikeliling rumah, tetapi tidak berjumpa. Saya cuba berfikir. Di mana agaknya suami saya berada? Fikiran saya buntu. Kemudian saya pergi semula ke ruang tamu dan duduk sendirian sambil tertanya tanya didalam hati yang kian risau. Tiba tiba semacam perasan takut dan seram menyelubungi diri saya. Apa tidaknya - saya baru sedar bahawa hari itu suami saya berkerja dalam giliran petang. Beliau mula berkerja dari 3 petang sehingga 11 malam. Jadi siapakah yang membaca suratkahbar dan terbaring diatas katil sya tadi? Saya terus bertambah takut dan merasa terlalu gelisah. Walaupun saya cuba menenangkan diri saya tetapi

Page 56: Koleksi Cerita Seram

tidak berjaya. Akhirnya saya pergi ke rumah jiran sebelah dan menceritakan segala kejadian tersebut kepadanya dan terus menumpang disitu sehinggalah kepulangan suani saya dari tempat kerjanya

bunyi misteri itik dan kematian ayamKisah benar ini pernah berlaku di perkampungan Jalan Sawi, Geylang Serai, dalam tahun 1967. Semasa itu saya berusia 19 tahun dan tinggal bersama ibu dan adik saya. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam dan mata saya masih degil untuk tidur, entah mengapa. Walaupun saya cuba melelapkannya, tidak berdaya kerana badan saya terasa makin gelisha. Sejurus kemudian, tiba tiba saya terdengar bunyi 'itik-itik' yang dipercayai datangnya dari reban saya yang terletak tidak jauh dari luar rumah saya itu. Saya terdiam seketika apabila jelas mendengar bunyi 'itik2' tersebut dan juga hairan sekali kerana apa yang diketahuainya ialah obu hanya memelihara beberapa ekor ayam sahaja di reban itu. Saya juga pasti jiran jiran saya yang tinggal berdekatan juga tidak seorang pun yang mempunyai reban ayam atau itik disitu. Saya sengaja tidak memberitahu kejadian tersebut pada ibu atau adik saya kerana saya tidak suka menggangu mereka yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Kian lama bunyi itu kian mendekat kedengaranya seolah olah ian berbunyi di depan telinga. Saya menjadi semakin takut dan akhirnya terpaksa mambaca ayat kursi beberapa kali yang terdaya untuk meredakan rasa seram. Kemudian saya pun tertidur tanpa menyedari dengan apa yang berlaku selanjutnya.Tetapi pada keesokan harinya pula, alangkah terkejutnya saya apabila melihat bahawa kesemua ayam ayam saya itu didapati mati bergelimpangan di dalam reban nya. Bersabit dengan kejadian demikian, saya pun menceritakan segala galanya kepada ibu saya tentang peristiwa aneh yang berlaku semalamnya.

TERTUKAR

cerita ini berlaku kat mrsm pengkalan chepa.waktu tu ade 4 org rakan hendak mengacau kawan yang lain kat asrama mereka.salah seorang dr mereka bersetuju jadi hantu yang dibungkus seperti mayat.mereka bertiga akan menjunjung kawan mereka seperti membawa mayat.tengah malam tu mereka pun bermulalah projek mereka.

tengah mereka syok bawak kawan mereka terserempak dengan sekumpulan lagi yang juga seperti mereka(menjunjung mayat)kemudian mereka terlanggar kumpulan itu dan kawan mereka telah jatuh.mereka ambik balik kawan tu dgn secara senyap(bertujuan utk tidak kejutkan org lain)kemudian mereka teruskan kerja jahat mereka.lepas mereka penat mereka balik ke bilik mereka.mereka bukak balik kain yang membungkusi kawan mereka.tapi pelikdalam kain tersebut hanya kosong shj.mereka

Page 57: Koleksi Cerita Seram

tertanya???rupanya kumpulan tadi adlah kumpulan HANTU mereka cuba cari kawan mereka tapi tidak diketemui..sampai sekarang kawan mereka hilang begitu sahaja...

LAMPU

Kisah ini berlaku tidak lama dahulu di salah sebuah kolej di Universiti Malaya di mana kawan saya yang telah mengalaminya telah menceritakannnya kepada saya. Ketika kejadian itu berlaku kawan saya itu sedang tidur dan tidurnya telah terganggu apabila lampu koridor yang sepatutnya dipadamkan apabila sudah lewat malam kembali dinyalakan.Memikirkan ada orang yang hendak mempermainkannnya,kawan saya ini terus keluar dari biliknya dan kembali memadamkan lampu itu.Namun lampu itu masih lagi dinyalakan sebaik sahaja kawan saya itu masuk ke dalam biliknya untuk menyambung tidur.Ia berulang untuk beberapa kali dan kawan saya telah hilang sabar lalu bertekad untuk menangkap siapa yang kembali menghidupkan lampu itu sebaik sahaja ia dimatikan. Kawan saya mendapati setelah suis lampu itu dimatikan(melalui intipannya dari celah pintu),ia hidup semula secara automatik seperti ada sesuatu yang menghidupkannya kembali.Kejadian seperti ini selalunya adalah tanda kegiatan "poltergeist"....namun kawan saya itu tidak menunggu lama untuk mendapat tahu dan dia terus menyambung tidur di dalam keadaan terang benderang.

HIGHLAND TOWERS

Kisah ni lak berlaku time Highland Towers baru aje runtuh....lebih kurang dalam tahun 1991/92.Cerita ni aku dapat dari sorang pemandu teksi yang aku kenal.... Pemandu teksi ni aku panggil Abu aje pasal aku tak tahu nama betul die tapi die pun OK je aku tengok so...nama tu stay jelah. Die tengah drive teksi lewat malam ari tu.....dalam pukul 2:15 pagi.Tengah drive,ader lak sorang mamat tahan teksi dia.....so stop jelah....rezeki kan?Mamat tu memang peramah hinggakan Abu ni lupa nak tanya destinasi mamat tuh.Bile dah teringat terus Abu tanye.....mamat tuh kata dia nak ke Highland Towers.Abu pun terus kan drive tanpa banyak soal lagi.Pas tu,terus senyap...mungkin dah takde apa2 lagi yang nak dibualkan. Tetiba barulah Abu teringat yang Highland Towers baru aje runtuh jadi apa yang mamat tuh nak buat kat saner?Bila Abu tanye je mamat tuh jawab time runtuh ari tu,kaki dia dua2 belah putus atas paras lutut sambil menunjukkan kakinya yang kudung dan berdarah.Abu time tu panik gila....tak tau nak buat apa2 dan dia hanya terkaku tengok mamat tuh turun teksi dan merangkak ke arah kawasan timbunan runtuhan.Baru 2-3 meter mamat tu merangkak, Abu dah tak nampak dia lagi....terus hilang.Abu terus pecut teksi laju gila.....nasib baik tak eksiden tapi pengalaman tu memang tak dapat dia lupakan.

Misteri lorong sunyi.

Page 58: Koleksi Cerita Seram

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya.

Page 59: Koleksi Cerita Seram

Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!

Page 60: Koleksi Cerita Seram