bppdp bil. (11) 2016 edisi november - moe.gov.my november … · yang boleh dilaksanakan seperti...
TRANSCRIPT
============================ yb
1
Cemerlang UPSR hanya 40 peratus syarat ke SBP
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Mulai tahun 2017, syarat kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) hanya menilai 40 peratus tahap kecemerlangan akademik pelajar. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, ini bermakna kelayakan pelajar dinilai mencakupi komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Sehubungan dengan itu, ibu bapa diminta memahami sistem pendidikan sudah tidak tertumpu kepada keputusan akademik semata-mata.
Sumber: Berita Harian, 21 November 2016
SEHATI SEJIWA
Pupuk minat bidang STEM sejak sekolah rendah Dato’ P. Kamalanathan
Lebih banyak sekolah rendah digalak
menyertai Pertandingan Antarabangsa Kereta Junior Chem-E, seiring hasrat kerajaan menggalakkan penyertaan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P. Kamalanathan berkata, program yang julung kali diadakan itu adalah cetusan idea Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 18(1). Beliau berkata, STEM seharusnya dipupuk sejak sekolah rendah lagi supaya kanak-kanak dapat mengetahui sedari usia muda mengenai fungsi sebenar bidang sains dan kejuruteraan. Menurut beliau, inisiatif PIBG sekolah ini seharusnya dipuji dan jika semua PIBG sekolah mengambil langkah yang sama, hasrat kerajaan untuk menambah pelajar dalam aliran sains akan tercapai.
STEM seharusnya
dipupuk sejak sekolah rendah lagi
Sumber: Berita Harian, 11 November 2016
Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Aras 1 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya
Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284
November 2016
1
BPPDP BIL. (11) 2016
EDISI NOVEMBER
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
Selaras internet 4G di semua sekolah luar bandar Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir
memberi jaminan 20 peratus sekolah luar bandar yang masih menggunakan sistem capaian internet ADSL Streamyx akan dinaikkan taraf sepenuhnya kepada 4G tahun depan. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh akhir kepada syarikat pengendali program 1BestariNet supaya menyempurnakan tugasan itu sehingga awal tahun depan. Pelaksanaan itu perlu dilakukan segera bagi membolehkan jurang pencapaian jalur lebar antara sekolah di bandar dan luar bandar dapat dikecilkan kerana masih ada sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman yang mendapat capaian internet lemah sehingga menyukarkan proses pembelajaran.
Program 3K tingkat kecemerlangan Dato’ P. Kamalanathan
Lebih banyak syarikat swasta dan badan
korporat disaran tampil membantu Kementerian Pendidikan meningkatkan pembangunan pendidikan negara, terutama melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P. Kamalanathan, berkata antara bantuan dan kerjasama yang boleh dilaksanakan seperti membekalkan bantuan serta kepakaran akan dapat mempertingkatkan kualiti pencapaian generasi muda ketika di bangku sekolah lagi.
Sumber: Berita Harian, 17 November 2016
GLC, swasta bantu pelajar luar bandar
Datuk Chong Sin Woon
Sokongan berterusan diterima daripada syarikat
berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat dan swasta terutama dalam membantu sekolah di luar bandar dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar di sekolah terbabit. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, setakat ini kerjasama diberikan pihak terbabit amat menggalakkan lebih-lebih lagi menerusi platform Sekolah Amanah seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Beliau berkata, kementeriannya kini dalam peringkat untuk memperhalusi cadangan supaya diberikan satu atau dua sekolah sebagai pilot projek untuk dikelolakan syarikat swasta. Beliau berharap lebih banyak lagi syarikat seumpamanya dapat bersama-sama dengan kementerian untuk membekalkan bantuan dan kepakaran mereka seperti yang dilakukan oleh Hap Seng dan Startup Malaysia khususnya bagi membantu pendidikan sekolah di luar bandar.
Sumber: Berita Harian, 21 November 2016
Langkah kontigensi hadapi banjir
Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Kerajaan menyediakan langkah kontigensi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di sekolah-sekolah di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof berkata, langkah tersebut termasuklah memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung sehingga 6 Disember ini jika berlakunya musibah berkenaan. Beliau berkata, segala persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir sudah digerakkan bermula bulan lalu menerusi Op Payung. Setakat ini, semua gerak kerja persediaan berjalan dengan lancar melibatkan peringkat daerah, negeri dan kementerian. Menerusi gerak kerja ini, kementerian mengenal pasti sekolah-sekolah yang berkemungkinan dilanda banjir.
Sumber: Utusan Malaysia, 9 November 2016
2 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
Kata Kunci Kejayaan
"Kadang keinginan hatiku tidak harus diikuti, ada waktunya dimana
harus memakai logika agar hatiku tidak kecewa"
(Steve Jobs)
Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Bagi November 2016
1. PEROLEHAN
BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH
1. Koleksi Umum 0
2. Koleksi KPM 12
3. Koleksi Tesis 16
4. Koleksi CD-ROM 8
5. Koleksi Jurnal 7
6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan
112
JUMLAH 155
2. ARTIKEL AKHBAR
BIL BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, STAR , NEW
STRAITS TIMES
BILANGAN TAJUK BAHAN
JUMLAH 261
3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN
BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN DIKATALOG
JUMLAH 155 Jumlah Kumulatif sehingga 30 November 2016:192,418
ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR BAGI BULAN NOVEMBER 2016
1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/ Sukatan Mata Pelajaran - 10 isu 2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan & Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - 11 isu 3. Pengurusan Pendidikan - 04 isu 4. Keselamatan Murid
- 03 isu
STATISTIK PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN BAGI BULAN NOVEMBER 2016
Bilangan Pengguna 247
Pendaftaran Baru 57
Pinjaman Buku/CD/ Bahan KPM 10
Pinjaman Tesis 310
JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM
SEHINGGA 30 NOVEMBER 2016 35,211 Orang
3
Dapatkan maklumat bahan rujukan dan peminjaman melalui Sistem Virtua versi 2009 Perpustakaan KPM dengan melayari laman sesawang berikut:
http://librarykpm.moe.gov.my
Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
SEHATI SEJIWA
Bulan Bahasa Kebangsaan
2016
Senyum Selalu
SEDIA BANTU
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016
` Librarykpm
Perkasa peranan pesara guru sebagai 'pemimpin pendapat' – Mahdzir
Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan
pesara guru di negara ini kerana mereka diyakini mampu bertindak sebagai 'pemimpin pendapat' dalam kalangan masyarakat. Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata pesara guru tidak seharusnya dipinggirkan kerana mereka merupakan golongan yang banyak berjasa terutama dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat. "Justeru, kita akan sentiasa mencari elemen penting yang membolehkan pihak kita sentiasa dekat dengan mereka dan kita juga akan mewujudkan 'hubungan' antara kita dengan golongan pesara guru ini. Ini kerana, walaupun mereka sudah bersara, namun ada antara mereka yang masih aktif menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal yang mempunyai kaitan dengan pendidikan," katanya. Mahdzir berkata, pesara guru turut diminta memberi sumbangan yang berterusan kepada kerajaan dan masyarakat bagi memastikan imej kepimpinan dan berpengaruh mereka akan terus terpelihara. Terdahulu, Mahdzir berkesempatan meluangkan masa melawat pesara guru yang menghidap pelbagai penyakit antaranya kencing manis, strok dan kanser usus di empat rumah di sekitar Kampung Serkam Darat dan Taman Koperasi Serkam, Melaka. Beliau berkata program ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan menghargai pengorbanan pesara guru yang berkhidmat lebih dari 30 tahun dalam mendidik anak bangsa di negara ini. Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia menghampiri skor negara Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berdasarkan peningkatan ketara laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 bagi tiga domain PISA iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik. "Malaysia menunjukkan peningkatan ketara berdasarkan skor bagi ketiga-tiga literasi, malah lebih baik berbanding sebelum ini,"
Sumber : Harian Metro, 2016
WAKTU OPERASI Isnin- Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari 2.45 petang – 4.30 petang
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum
KEAHLIAN Keahlian adalah percuma: Terbuka kepada semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
Agensi Kerajaan
Penyelidik
Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:
Membawa kad matrik dan surat pengesahan
Melengkapkan borang pendaftaran
Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik
Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sirkulasi
Bilik Mesyuarat
Peti Pemulangan Buku (24 Jam)
Khidmat Nasihat dan Kepakaran
Bilik Tayangan
Informatif, Tepat & Mesra.
Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 4
`
3 kementerian rangka STEM Dato’ P. Kamalanathan
Pelan Tindakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) Nasional 2017-2025 sedang dirangka Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P. Kamalanathan, berkata pelan itu bagi mengatasi kekurangan pelajar menyertai bidang STEM, fokus kepada lapan bidang utama, iaitu dasar pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, program kesedaran, kerjaya, kerjasama strategik, data dan penyelidikan, pengkomersialan serta inovasi.
Pelan Tindakan STEM Nasional 2017-2025 sedang dirangka
Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi serta
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Sumber: Berita Harian, 22 November 2016
ISU AKHBAR NOVEMBER 2016
Tarikh /Akhbar
Isu Brif Akhbar
09 Nov 2016 Utusan Malaysia
Langkah kontigensi hadapi banjir
11 Nov 2016 Berita Harian
Pupuk minat bidang STEM sejak sekolah rendah
15 Nov 2016 Berita Harian
Boleh mohon tukar empat kali setahun
17 Nov 2016 Berita Harian
Selaras internet 4G di semua sekolah luar bandar
21 Nov 2016 Utusan Malaysia
GLC, swasta bantu pelajar luar bandar
Informasi
Boleh mohon tukar empat kali setahun Datuk Chong Sin Woon
Kementerian Pendidikan kini membuka permohonan
pertukaran guru sebanyak empat kali setahun berbanding dua kali setahun sebelum ini bagi membantu mengatasi masalah guru berduka lara. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, keutamaan pertukaran guru akan diberikan kepada suami isteri yang sudah lama berpisah dan terpaksa duduk jauh di antara satu sama lain. Bagaimanapun, katanya proses penempatan guru hanya boleh dibuat mengikut kekosongan tempat di sekolah dan daerah. Kementerian memberi jaminan akan meluluskan dan segera memproses permohonan pertukaran guru yang telah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing.
Sumber: Berita Harian, 15 November 2016
Masih wujud jurang antara sekolah bandar, luar bandar Datuk Chong Sin Woon
Saringan 1 Program Saringan Literasi dan
Numerasi (LINUS) 2.0 2016 bagi murid Tahun Tiga sehingga 31 Mei lalu menunjukkan masih terdapat jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar. Dapatan daripada saringan itu menunjukkan sekolah luar bandar mencapai penguasaan 83.37 peratus iaitu menguasai konstrak 1 hingga 2, manakala tahap penguasaan literasi bahasa Inggeris bagi sekolah bandar adalah 89.19 peratus. Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, walaupun masih terdapat jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, kementerian terus meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan murid seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Literasi Bahasa Inggeris sekolah bandar 89.19 peratus manakala luar
bandar 83.37 peratus
Sumber: Berita Harian, 8 November 2016
Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016 5