bp-pdc

6
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA Ruj. Kami: MPSP/80/02-34/13 Tarikh : 15 September 2014 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan maklumat- maklumat yang dipohon adalah seperti berikut:- PENGESAHAN CUKAI TAKSIRAN HARTA Lot 88, Lot 1719 dan Lot 1729 tidak dikenakan cukai taksiran kerana tanah tersebut adalah tanah kerajaan. ULASAN TEKNIKAL JABATAN a) PSP hendaklah mememastikan pemaju mengemukakan Senarai Pembeli kepada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta sepertimana peruntukan dibawah Sek.140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) sebelum Borang F dikeluarkan mengikut fasa yang diluluskan. b) Pemaju dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi pembangunan berstrata sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hakmilik Strata 1985. c) PSP hendaklah memastikan pemaju menandakan sempadan petak-petak yang akan dipecahkan kepada hakmilik strata. Mana-mana petak selain itu hendaklah dianggapkan sebagai kawasan bersama dan diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. d) Sekiranya cadangan tapak RIBI diserahkan MPSP maka ia hendaklah dinyatakan dalam syarat Kelulusan Kebenaran Merancang disyaratkan penyerahan kepada MPSP sebelum Borang F pada pembangunan fasa pertama dikeluarkan. e) Pemaju dikehendaki mengemukakan pelan-pelan dan dokumen- dokumen seperti berikut selepas kelulusan pelan pecahan sempadan dan pemberian hakmilik individu dikeluarkan untuk maksud penilaian kadaran dan penyerahan tapak:- i. Pelan Pecahan Sempadan Yang Diluluskan Oleh Mesyarat Majlis Kerajaan (EXCO). ii. Pelan Ukur Tanah (Title Survey Plan).

Upload: ivan

Post on 09-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTARuj. Kami: MPSP/80/02-34/13

Tarikh : 15 September 2014Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan maklumat-maklumat yang dipohon adalah seperti berikut:-

PENGESAHAN CUKAI TAKSIRAN HARTA

Lot 88, Lot 1719 dan Lot 1729 tidak dikenakan cukai taksiran kerana tanah tersebut adalah tanah kerajaan.

ULASAN TEKNIKAL JABATAN

a) PSP hendaklah mememastikan pemaju mengemukakan Senarai Pembeli kepada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta sepertimana peruntukan dibawah Sek.140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) sebelum Borang F dikeluarkan mengikut fasa yang diluluskan.

b) Pemaju dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi pembangunan berstrata sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hakmilik Strata 1985.

c) PSP hendaklah memastikan pemaju menandakan sempadan petak-petak yang akan dipecahkan kepada hakmilik strata. Mana-mana petak selain itu hendaklah dianggapkan sebagai kawasan bersama dan diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan.d) Sekiranya cadangan tapak RIBI diserahkan MPSP maka ia hendaklah dinyatakan dalam syarat Kelulusan Kebenaran Merancang disyaratkan penyerahan kepada MPSP sebelum Borang F pada pembangunan fasa pertama dikeluarkan.

e) Pemaju dikehendaki mengemukakan pelan-pelan dan dokumen-dokumen seperti berikut selepas kelulusan pelan pecahan sempadan dan pemberian hakmilik individu dikeluarkan untuk maksud penilaian kadaran dan penyerahan tapak:-

i. Pelan Pecahan Sempadan Yang Diluluskan Oleh Mesyarat Majlis Kerajaan (EXCO).

ii. Pelan Ukur Tanah (Title Survey Plan).

iii. Salinan Hakmilik (untuk setiap lot yang telah pecah hakmilik).

Ruj. Kami: (14)dlm.MPSP/50/10-24/143

Tarikh : 29 Ogos 2014

Merujuk kepada perkara di atas.

2.Dimaklumkan bahawa jabatan ini tiada halangan bagi permohonan di atas dengan syarat ulasan Jabatan ini ke Jabatan Perancangan Bandar seperti yang terkandung dalam surat bil. (6)dlm.MPSP/50/10-24/143 betarikh 8 Januari 2014 adalah dikekalkan.

IBU PEJABAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

PULAU PINANG

Ruj. Kami: JBPM/PP/BKK:700-2/1/1/167705(14)

Tarikh : 19 September 2014

Merujuk kepada surat tuan bertarikh 15.09.2014 berhubung perkara di atas, bersama-sama ini dikembalikan (1) salinan pelan yang telah diperakukan untuk tindakan tuan selanjutnya. Manakala (1) salinan lagi untuk rekod jabatan ini.

2.Bersama-sama ini juag dilampirkan kehendak-kehendak kelengkapan menentang kebakaran atau pepasang keselamatan kebakaran yang perlu dipatuhi oleh pihak tuan bagi projek diatas.

3.Pihak tuan dikehendaki hadir ke pejabat ini untuk mengambil pelan berkenaan. Sekiranya pelan ini tidak diambil dalam masa 14 hari dari tarikh ini, pihak jabatan berhak melupuskan dokumen-dokumen yang berkaitan mengikut tatacara yang sesuai dan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul.

Pelan Tapak1. Adakan 11 buah pili bomba jenis tiang pengeluran dua hala dengan pengeluaran air sebanyak 1135 liter seminit bagi setiap pili bomba sepertimana yang ditandakan didalam pelan.

2. Pili Bomba Swasta (bermeter) hendaklah dicat dengan warna kuning dan pili bomba awam (tidak bermeter) dicat dengan warna merah signal red. (Kod cat : MS 164:1992 dan MS 1932: 1996- Specification for Pillar Hydrant : 5.Coating)

3. Adakan jalan akses perkakas bomba (acess road) dengan kelebaran tidak kurang daripada 6 meter yang boleh menanggung beban 25 tan sepertimana yang ditandakan didalam pelan.

4. Ketinggian kelegaan hendakalh tidak kurang daripada 5 meter.

Kehendak-kehendak Am

1. Semua pendawaian elektrik bagi sisten kecemasan hendaklah dalam konduit logam atau daripada kabel yang mempunyai penebatan mineral tahan api. Pemasangannya hendaklah sepanjang kawasan yang paling kurang risiko kebakarannya dan mematuhi UUK 253, UUKBS 1984.

2. Semua elemen struktur hendaklah mempunyai tempoh ketahanan api mengikut UBBL 1984.

3. Adakan sistem pengudaraan bagi tangga keselamatan sama ada secara biasa atau mekanikal.

Kehendak-keheendak Aktif1. Adakan alat pemadam api yang bersesuaian menurut MS 1539 : Part 1 : 2002 sepertimana yang ditandakan di dalam pelan.

2. Adakan lampu tanda KELUAR kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan seperti mana yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

3. Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.Kehendak-kehendak Pasif

1. Pengunaan siling bangunan hendeklah menepati kehendak-kehendak UBBL 1984 Jadual Kelapan

2. Semua tangga keselamatan hendaklah dikepong dengan tembok batu bata setebel 115mm atau tangga terbuka yang mematuhi kehendak-kehendak UBBL 1984 sepertimana yang ditandakan di dalam pelan.

3. Adakan pintu rintangan api satu kam sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri dan tertutup rapat.

4. Dinding pemisah hendaklah dari jenis batu-bata setebal 200mm Dinding hendaklah dinaikkan 225mm melebihi paras bumbung atau mematuhi rekabentuk yang dipersetujui oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

5. Semua dinding pembahagian dalaman hendaklah dari jenis rintangan jam dan dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

6. Adakan dinding pembalik (Deflector Wall) sepanjang 450mm dan 115mm tebal sepertimana yang ditandakan di dalam pelan.

Peringatan

1. Segala syarat-syarat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada rekabentuk dan kegunaan serta lokasi bangunan tersebut. Sekiranya sebarang perubahan yang dilakukan ke atas rekabentuk atau kegunaannya seperti yang dicatatkan do atas pelan maka hendaklah dirujuk ke Jabatan ini untuk dikaji semula.

2. Segala pemilihan bahan dan penggunaannya yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran bagi projek cadangan serta sistem pencegahan kebakaran hendaklah mematuhi UBBL 1984 dan peraturan-peraturan yang diterima sahaja dan yang dinenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.