borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileujian treadmill balke. ini adalah kerana tahap...

21
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PELAJAR-PELAJAR KURSUS SAINS SUKAN UTM, SKUDAI SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya : CHUA CHIA SHING (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 16-D 2ND FLOOR JALAN AIR JERNIH, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD. NOR 20300 KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 10 MAC 2004 Tarikh: 10 MAC 2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: phamnguyet

Post on 25-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR PELAJAR-PELAJAR KURSUS SAINS SUKAN UTM, SKUDAI

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : CHUA CHIA SHING (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 16-D 2ND FLOOR JALAN AIR JERNIH, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD. NOR 20300 KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 10 MAC 2004 Tarikh: 10 MAC 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu B. Mohd. Nor

Tarikh : 10 Mac 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

i

KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

PELAJAR-PELAJAR KURSUS SAINS SUKAN UTM, SKUDAI

CHUA CHIA SHING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Ogos 2003

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………..………………………

Nama Penulis : Chua Chia Shing

Tarikh : 10 Mac 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini ditujukan istimewa untuk:

Ayah, Ibu dan Keluarga yang tersayang......

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

iv

PENGHARGAAN

Di sini, saya ingin merakmkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Mohad Anizu bin Mohd. Nor di atas bimbingan,

tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan sehingga

saya dapat menyiapkan kajian ini.

Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada En. Ngadiso bin Darus yang turut sudi meluangkan masa

membantu saya. Begitu juga dengan Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah dan En.

Mohd. Yunos bin Haji Dahlan yang telah memberi bimbingan dan ajaran serta

membantu saya sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan juga diberikan kepada sesiapa yang telah banyak membantu

sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang kajian ini

dijalankan. Kerjasama dan sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan amatlah

dihargai.

Kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta sokongan daripada semua pihak

amat saya hargai. Saya tidak dapat membalas budi baik kalian dan hanya ucapan

ribuan terima kasih sekali lagi. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati

Tuhan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

v

ABSTRAK

Muzik merupakan sesuatu yang global dan mempunyai pelbagai kegunaan.

Muzik juga mengubah tahap arousal seseorang sama ada sebagai penenang ataupun

perangsang. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan kesan muzik ke

terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pelajar kursus Sains Sukan UTM,

Skudai. Hasil kajian akan mengenalpasti sama ada muzik merupakan satu

pendekatan latihan yang berkesan bagi atlit. Enam orang pelajar perempuan kursus

Sains Sukan telah dipilih sebagai sampel dalam Ujian Pra (Ujian Treadmill Balke

tanpa muzik) dan Ujian Pos (Ujian Treadmill Balke sambil mendengar muzik). Alat

yang digunakan untuk mengukur kadar denyutan jantung dalam kajian ini ialah Polar

Heart Rate Accurex Plus. Ujian dijalankan untuk 2 sesi, iaitu sesi pertama adalah

ujian tanpa apa-apa muzik sementara sesi kedua ialah ujian sambil mendengar

muzik. Muzik yang digunakan dalam ujian ini ialah muzik jenis techno. Penyelidik

menggunakan perisian SPSS versi 11.5 untuk menganalisis data. Hasil analisis

dengan Ujian-T mendapati terdapat perbezaan signifikan dari segi kadar denyutan

jantung di sepanjang ujian Treadmill Balke. Manakala tidak terdapat perbezaan

signifikan dari segi masa pencapaian untuk mencapai kadar denyutan 180bpm dalam

ujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan

tidak konsisten. Faktor lain seperti emosi dan minat subjek terhadap muzik yang

berbeza, jenis muzik yang digunakan serta ujian yang digunakan dalam kajian ini

juga mempengaruhi hasil kajian. Kesimpulannya, muzik mempunyai kesan yang

signifikan terhadap kadar denyutan jantung tetapi tidak terhadap masa pencapaian

kadar denyutan jantung 180bpm. Ini menunjukkan muzik bukan satu pendekatan

yang baik bagi pelajar Sains Sukan dalam Ujian Treadmill Balke.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

vi

ABSTRACT

Music is a global phenomenon and different kinds of music were used in

different ways. Music alters arousals level and can therefore be used as form of

stimulant prior to competition or as a sedative to calm over-anxious athletes. The

general problem of this study was to determine the effect, if any, music may have on

heart rate and duration of time to produce a heart rate of 180bpm during Balke

Treadmill Test. This study will determine whether music has impressive effects on

athletic training. Six female Sport Science students from UTM, Skudai were

selected for this study in both pre-test (Balke Treadmill Test with no music) and

post-test (Balke Treadmill Test with music). Polar Heart Rate Accurex Plus had

been used to measure heart rate along the Balke Treadmill Test. The type of music

used in this study was techno music. The data was collected, analyzed and

condensed statistically to measure the differences within heart rate and duration of

time to reach heart rate 180bpm using SPSS 11.5 software. The results from T-test

showed no significant differences on the duration of time along the test. On the other

hand, there were significant differences on the heart rate between pre-test and post-

test. This is because the fitness level of each sample is different and not consistent.

Other factors such as emotion and the interests of each sample, types of music and

the method used had effected the results of this study. As a conclusion, music has

significant differences on the heart rate while there are no significant differences on

the duration of time to reach heart rate 180bpm between pre-test and post-test. This

showed that music has no impressive effects on Sport Science students in Balke

Treadmill Test.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Definisi Operasional 6

1.8 Kepentingan Kajian 7

1.9 Limitasi Kajian 8

1.10 Delimitasi Kajian 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

viii

II SOROTAN KAJIAN 9 2.1 Pengenalan 9

2.2 Muzik Dan Sukan 9

2.2.1 Kesan Muzik Terhadap

Sistem Respirasi Dan

Kadar Nadi 11

2.2.2 Kesan Jenis–Jenis Muzik

Terhadap Kekuatan Fizikal 12

2.2.3 Kesan Iringan Irama Muzik Ke

Atas Pembelajaran Kemahiran

Motor Asas 12

2.2.4 Kesan Muzik Dan Perangsang

Berirama Ke Atas Pemulihan

Penyakit Gait 13

2.2.5 Kesan Muzik Terhadap Daya

Tahan Latihan 13

2.2.6 Kesan Elemen Muzik Terhadap

Kecergasan Aerobik 14

2.3 Rumusan 14

III METODOLOGI KAJIAN 16 3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Pemilihan Subjek 17

3.4 Tempat Kajian 18

3.5 Instrumen Kajian 18

3.6 Alat Pengukuran Kajian –

Polar Heart Rate (PHR) 18

3.6.1 Prosedur Penggunaan

Heart Rate Monitor 19

3.6.2 Protokol Penggunaan

Heart Rate Monitor 20

3.7 Prosedur Dan Protokol Menjalankan

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

ix

Ujian 20

3.8 Jangkamasa Kajian 22

3.9 Kaedah Pengumpulan Data 22

3.10 Kaedah Penganalisaan Data 22

IV PENGANALISAAN DATA 23 4.1 Pengenalan 23

4.2 Statistik Deskriptif 24

4.2.1 Analisis Biodata Subjek 24

4.2.2 Analisis Kadar Denyutan

Jantung Subjek Sepanjang

Ujian Treadmill Balke 27

4.2.3 Analisis Min Kadar Denyutan

Jantung Subjek 30

4.2.4 Analisis Pencapaian Masa

Subjek Untuk Mencapai Kadar

Denyutan Jantung 180bpm 32

4.3 Statistik Inferensi 33

4.3.1 Perbandingan Ujian-T Kadar

Denyutan Jantung Di Antara

Ujian Pra Dan Ujian Pos 34

4.3.2 Perbandingan Ujian-T Masa

Pencapaian Kadar Denyutan

Jantung 180bpm Di Antara Ujian

Pra Dan Ujian Pos 35

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 36

5.1 Pengenalan 36

5.2 Perbincangan 36

5.2.1 Perbincangan Analisa Deskriptif 37

5.2.1.1 Biodata Subjek 37

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

x

5.2.1.2 Kadar Denyutan Jantung

Subjek 37

5.2.1.3 Pencapaian Masa Subjek

Untuk Mencapai Kadar

Denyutan Jantung 180bpm 38

5.2.2 Perbincangan Analisa Inferensi 39

5.2.2.1 Perbandingan Ujian-T Kadar

Denyutan Jantung Di Antara

Ujian Pra Dan Ujian Pos 39

5.2.2.2 Perbandingan Ujian-T Masa

Pencapaian Kadar Denyutan

Jantung 180bpm Di Antara

Ujian Pra Dan Ujian Pos 39

5.3 Kesimpulan 40

5.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 41

5.4.1 Subjek 41

5.4.2 Peralatan Kajian 42

5.4.3 Pentadbiran Kajian 42

5.5 Cadangan-Cadangan 43

5.5.1 Persampelan Kajian 43

5.5.2 Pentadbiran Kajian 44

5.5.3 Cadangan-Cadangan Kajian

Lanjutan 44

5.6 Penutup 45

BIBLIOGRAFI 46

LAMPIRAN (A-H) 48

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rekabentuk Kajian 17

3.2 Skor Ujian Treadmill Balke 21

4.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 24

4.2 Frekuensi Umur Subjek 24

4.3 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Berat

Badan 25

4.4 Frekuensi Berat Badan Subjek 25

4.5 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian Subjek 26

4.6 Frekuensi Ketinggian Subjek 26

4.7 Taburan Skor Mentah Kadar Denyutan Jantung

Di Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos 28

4.8 Min Kadar Denyutan Jantung Setiap Subjek 30

4.9 Masa Setiap Subjek Untuk Mencapai

Kadar Denyutan Jantung 180bpm Bagi

Ujian Pra Dan Ujian Pos 32

4.10 Analisis Ujian-t Kadar Denyutan Jantung

Di Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos 34

4.11 Analisis Ujian-t Masa Pencapaian Kadar

Denyutan Jantung 180bpm Di Antara Ujian

Pra Dan Ujian Pos 35

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 25

4.2 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 26

4.3 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 27

4.4 Perbandingan Kadar Denyutan Jantung

Setiap Subjek Di Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos 29

4.5 Min Kadar Denyutan Jantung Setiap Subjek 30

4.6 Min Kadar Denyutan Jantung Secara Keseluruhan 31

4.7 Masa Setiap Subjek Untuk Mencapai Kadar

Denyutan Jantung 180bpm Bagi Ujian Pra Dan

Ujan Pos 32

4.8 Min Skor Masa Subjek Untuk Mencapai Kadar

Denyutan Jantung 180bpm Bagi Ujian Pra Dan

Ujan Pos 33

4.9 Kedudukan Nilai t Kadar Denyutan Jantung Dalam

Pengujian Hipotesis 34

4.10 Kedudukan Nilai t Masa Pencapaian Kadar Denyutan

Jantung 180bpm Dalam Pengujian Hipotesis 35

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Perlantikan Subjek Kajian 48

B Borang Biodata Individu 49

C Polar Heart Rate Monitor Accurex Plus 50

D Cara Pemasangan Polar Heart Rate Monitor

Accurex Plus 51

E Skor Penganalisaan Deskriptif (Frekuensi) 52

F Skor Penganalisaan Inferensi (Ujian-T) 54

G Nilai Genting T Bagi Ujian-T 56

H Contoh Data Polar Heart Rate 57

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Muzik merupakan satu medium yang membolehkan interaksi atau

komunikasi berlaku. Muzik juga dikenali sebagai sesuatu yang universal atau global,

di mana semua orang tidak kira umur ataupun bangsa, mendengar,

mempersembahkan, mencipta dan menikmati muzik. Muzik ialah satu bahasa yang

dapat difahamkan oleh semua lapisan masyarakat walaupun berlainan warna kulit,

bangsa atau keturunan.

Terdapat muzik yang sangat kompleks dan susah untuk difahami manakala

terdapat juga muzik yang mudah dan senang untuk diikuti. Muzik terbahagi kepada

pelbagai bentuk, antaranya ialah klasikal, rock, jazz, blues, pop dan sebagainya.

Muzik yang berlainan mempunyai kegunaan yang berbeza, contohnya untuk

menyampaikan mesej atau pesanan, menyembuhkan penyakit, sebagai hiburan dan

banyak lagi. Muzik dikatakan dapat melegakan kesakitan, menghilangkan rasa

bosan dan meluahkan emosi atau perasaan yang tidak dapat dijelaskan dengan

perkataan (Stevenson, 1967).

Menurut Karageorghis dan Terry (1997), muzik dapat membantu atlit-atlit

dengan 4 cara. Pertama sekali muzik dapat membantu menumpukan perhatian

seseorang terhadap sesuatu perkara. Contohnya muzik dapat mengalihkan perhatian

seseorang pelari dan membolehkannya melupakan keletihan yang sedang dialaminya.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

2

Kebanyakan pelari maraton dan atlit trialton menganggap muzik sebagai satu teknik

yang dapat mengalihkan perhatian mereka daripada berasa keletihan.

Kedua, muzik dapat mengubah tahap arousal seseorang atlit, di mana muzik

memainkan peranan sebagai perangsang kepada atlit semasa pertandingan ataupun

sebagai penenang untuk atlit yang terlalu cemas dan bimbang (Karagaerghis, Drew

dan Terry, 1996). Cara yang biasa dilakukan ialah penghasilan audio kaset yang

mengandungi muzik berserta dengan arahan lisan sebagai strategi untuk

merangsangkan atlit atau sebagai teknik relaksasi bagi atlit.

Selain itu, gabungan irama dan pergerakan badan menjadikan muzik lebih

berkesan dalam membantu mempertingkatkan prestasi atlit. Oleh itu, penyelarasan

muzik dengan senaman secara konsisten menunjukkan peningkatan dalam output

kerja seseorang atlit (Karagoerghis dan Terry, 1997). Akhir sekali, berkaitan dengan

irama muzik, muzik dapat mempercepatkan penguasaan kemahiran motor dan

mewujudkan suasana yang lebih baik untuk proses pembelajaran. Terdapat bukti

dari sukan gimnastik dan renang untuk menyokongnya (Chen, 1985; Jemberg, 1981).

1.2 Latar Belakang Kajian

Atlit-atlit negara kita sedang mencapai peningkatan yang membanggakan di

mana-mana pertandingan. Namun masih belum lagi cukup untuk menyaingi atlit-

atlit dari luar negara, terutamanya dari segi daya tahan kardiovaskular dan ketahanan

mental atlit. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam arena sukan olahraga, di mana

kebanyakan atlit negara kita hanya mencapai tahap prestasi cemerlang pada

permulaan pusingan larian tetapi mula merosot pada pertengahan pusingan dan

pusingan yang seterusnya. Keadaan yang sama berlaku dalam arena sukan bola

sepak. Pemain-pemain kita mula keletihan dan tidak berupaya untuk mengejar bola

atau lawan pada saat-saat akhir perlawanan. Apakah punca semua ini berlaku?

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

3

Memang tidak dinafikan bahawa latihan merupakan perkara yang terpenting

dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlit. Walau bagaimanapun, ketahanan

mental seseorang atlit juga adalah tidak kurang pentingnya daripada kekuatan fizikal

atlit tersebut. Untuk mencapai tahap prestasi yang maksima, 70% adalah daripada

ketahanan mental manakala ketahanan fizikal hanyalah sekadar 30%. Ini bermakna

ketahanan mental merupakan satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan

seseorang atlit selain ketahanan fizikalnya.

Muzik merupakan perkara yang konsisten dalam sesuatu senaman, sama ada

dilakukan oleh orang dewasa ataupun kanak-kanak. Kebanyakan orang menyatakan

bahawa adalah lebih mudah dan menyenangkan untuk berlari sambil mendengar

muzik, tidak kira muzik rock, jazz ataupun yang klasikal. Satu kemungkinan besar

yang menyebabkan ini berlaku ialah pelari akan mengikut tempo dan rentak muzik

tersebut. Apabila mereka menumpukan perhatian terhadap tempo dan rentak,

seseorang itu akan lebih berusaha untuk mengikut kelajuan muzik tersebut dan

seterusnya akan melupakan seketika kepenatan yang sedang dihadapi.

Terdapat juga orang yang menyatakan bahawa muzik dapat merangsang mereka dan

meningkatkan tekanan darah serta denyutan jantung kepada denyutan jantung yang

telah ditetapkan lebih cepat daripada tanpa muzik. Justeru itu, seseorang atlit itu

dapat memanaskan badan dan menyesuaikan diri dengan keadaan pertandingan

dengan kadar yang lebih cepat.

Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa untuk melaksanakan sesuatu

aktiviti senaman, keadaan mental dan fizikal adalah sama penting. Justeru itu, satu

kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti sama ada muzik akan mempengaruhi

emosi seseorang itu dan seterusnya mempengaruhi prestasinya.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

4

1.3 Pernyataan Masalah

Muzik mempunyai banyak kegunaan yang berlainan dan salah satu

daripadanya adalah membantu meningkatkan prestasi atlit (Becker et al., 1994)

manakala terdapat juga kajian yang menyatakan muzik tidak membawa apa-apa

kebaikan kepada atlit (Ciccomascolo et al., 1995). Walau bagimanapun, semua

persoalan dan ketidaksamaan pendapat ini diharapkan dapat dijawab melalui kajian

ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan muzik terhadap daya tahan

kardiovaskular, dari segi kadar denyutan jantung sepanjang ujian, min kadar

denyutan jantung dan masa pencapaian untuk mencecah kadar denyutan jantung

180bpm di kalangan pelajar Sains Sukan. Kajian ini akan meninjau sejauh manakah

muzik dapat mempengaruhi daya tahan kardiovaskular pelajar-pelajar Sains Sukan.

1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1.4.1 Membandingkan daya tahan kardiovaskular (kadar denyutan jantung dan min

kadar denyutan jantung) pelajar-pelajar kursus Sains Sukan dalam ujian

Treadmill Balke dengan mendengar muzik dan tanpa muzik.

1.4.2 Mengetahui masa pencapaian untuk mencapai kadar denyutan jantung

180bpm pelajar-pelajar kursus Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke

dengan mendengar muzik dan tanpa muzik.

1.4.3 Mengenalpasti pendekatan terbaik pelajar-pelajar kursus Sains Sukan dalam

Ujian Treadmill Balke dengan berbantukan muzik atau tidak berbantukan

muzik.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

5

1.5 Hipotesis Kajian Ho1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan kardiovaskular

(kadar denyutan jantung dan min kadar denyutan jantung) di kalangan pelajar

kursus Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan mendengar muzik

dan tanpa muzik.

HA1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan kardiovaskular

(kadar denyutan jantung dan min kadar denyutan jantung) di kalangan pelajar

kursus Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan mendengar muzik

dan tanpa muzik.

Ho2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masa pencapaian untuk

mencapai kadar denyutan jantung 180bpm di kalangan pelajar kursus Sains

Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan mendengar muzik dan tanpa

muzik.

HA2 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masa pencapaian untuk

mencapai kadar denyutan jantung 180bpm di kalangan pelajar kursus

Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan mendengar muzik dan

tanpa muzik.

Ho3 = Muzik merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi pelajar kursus Sains

Sukan dalam ujian Treadmill Balke.

HA3 = Muzik bukan satu pendekatan yang terbaik bagi pelajar kursus Sains Sukan

dalam ujian Treadmill Balke.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileujian Treadmill Balke. Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek berbeza dan Ini adalah kerana tahap kecergasan setiap subjek

6

1.6 Persoalan Kajian 1.6.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan

kardiovaskular (kadar denyutan jantung dan min kadar denyutan jantung) di

kalangan pelajar kursus Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan

mendengar muzik dan tanpa muzik?

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap masa pencapaian untuk

mencapai kadar denyutan jantung 180bpm di kalangan pelajar kursus Sains

Sukan dalam ujian Treadmill Balke dengan mendengar muzik dan tanpa

muzik?

1.6.3 Adakah muzik merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi pelajar kursus

Sains Sukan dalam ujian Treadmill Balke ataupun sebaliknya?