borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filei pembangunan perisian multimedia kimia bagi tajuk...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA BAGI TAJUK SEL
ELEKTROLISIS BERDASARKAN SEMBILAN PERINGKAT PEMBELAJARAN GAGNE DENGAN SOKONGAN ANIMASI DAN SIMULASI
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat Tetap: EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS NO. 54 JLN KAKI BUKIT NAMA PENYELIA KG. BKT MERAH 02400, BESERI, PERLIS
Tarikh: __24/ APRIL 2009_ Tarikh: __24/ APRIL 2009_
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : .............................................................
Nama Penyelia : ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS
Tarikh : 24 APRIL 2009
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KIMIA BAGI TAJUK SEL
ELEKTROLISIS BERDASARKAN SEMBILAN PERINGKAT
PEMBELAJARAN GAGNE DENGAN SOKONGAN ANIMASI DAN
SIMULASI
MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...............................................................................
Nama Penulis : MUHAMAD AMINUDDIN BIN ABU BAKAR
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
Teristimewa buat.............
Ayahanda Tersayang, ABU BAKAR BIN PIN
Bonda Tersayang, RAFEAH BINTI SAAD
Buat kakak, abang dan adik-adik tersayang
NOOR AZIAH BINTI ABU BAKAR
NORIDA BINTI ABU BAKAR
MOHD ARIF FADZILAH BIN ABU BAKAR
NOOR AFZAN BINTI ABU BAKAR
NUR ATIKAH BINTI ABU BAKAR
Untuk Penyelia, Penilai dan Para Pensyarah,
Untuk semua yang menjayakan projek ini...
Semoga Kejayaan Dan Kecemerlangan Menjadi Milik Kita Bersama Di Dunia
Dan Di Akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayah-Nya, pembangunan perisian ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam proses penyiapan projek pembangunan perisian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas buat En. Abdul Razak Idris,
selaku penyelia projek di atas segala susah payah beliau dalam memberi nasihat dan
tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi kepada saya sehingga projek pembangunan
perisian ini berjaya disiapkan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang telah memberi dorongan,
sokongan, teguran yang bernas serta bantuan dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian…
v
ABSTRAK
Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang bertajuk ‘Sel
Elektrolisis’ ini dibangunkan khas untuk pelajar tingkatan empat yang mengambil
matapelajaran kimia. Perisian PBK ini dibangunkan berdasarkan Sembilan Peringkat
Pembelajaran oleh Gagne dengan sokongan animasi dan simulasi yang bertujuan
untuk membantu menyelesaikan masalah salah konsep dan meningkatkan
pemahaman dalam tajuk Sel Elektrolisis. Perisian PBK ini turut dilengkapi dengan
elemen multimedia terutamanya penggunaan animasi yang menarik serta membantu
dalam penjelasan konsep Sel Elektrolisis. Simulasi juga digunakan sebagai salah
satu strategi pengajaran dalam perisian PBK ini. Perisian PBK ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Macromedia Authoware 7.0 sebagai perisian utama
dan disokong oleh perisian-perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2,
Macromedia Flash 8, Sony Sound Forge 7.0 dan Microsof Office 2007. Perisian
sokongan ini diperlukan untuk mengintegrasikan unsur-unsur multimedia seperti
audio, video, animasi, grafik dan teks. Perisian PBK ini dilengkapi dengan Isi
Kandungan, Nota Tambahan (online notes), Galeri, Glosari, e-Test dan Bantuan.
vi
ABSTRACT
A courseware entitled ‘Electrolysis Cell’ had been developed especially for
form four students that taking chemistry subject. Purpose of this courseware is to
resolve student’s misconceptions and to enhance students understanding in
Electrolysis Cell topic. Gagne’s Nine Events of Instructions was used for content
delivery. This courseware also integrates multimedia elements especially the use of
animations that help to explain the concept of Electrolysis Cell. Simulation also has
been use the part of the learning strategies. This courseware had been developed
using Macromedia Authoware 7.0 as the core and supported by Adobe Photoshop
CS2, Macromedia Flash 8, Sony Sound Forge 7.0 and Microsoft Office 2007. This
supporting software is needed to integrate the multimedia elements such as audio,
video, animation, graphic and text. This courseware provides option for Lesson,
Online Notes (extension), Glossary, Gallery, e-Test and also HELP.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT xii
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) 9
1.8.2 Multimedia 10
1.8.3 Perisian 10
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pendidikan Kimia Di Malaysia 12
2.3 Teori Pembelajaran 14
2.3.1 Teori Tingkah laku 14
2.3.2 Taksonomi Pembelajaran Gagne 15
2.3.3 Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne 18
2.4 Strategi Pengajaran dalam PBK 20
2.4.1 Simulasi 20
2.4.2 Animasi 22
2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 23
2.6 Teknologi Multimedia dalam Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik
Darjah 26
2.7 Penutup 29
ix BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan
Perisian Multimedia 31
3.3 Rasional Pemilihan Model 31
3.4 Model ADDIE 31
3.4.1 Analisis 32
3.4.2 Reka Bentuk 36
3.4.3 Pembangunan 37
3.4.3.1 Carta Alir 40
3.4.3.2 Integrasi Teori Pembelajaran
Gagne dalam Reka Bentuk
Perisian 43
3.4.4 Perlaksanaan 47
3.4.5 Penilaian 47
3.5 Penutup 48
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 50
4.2 Paparan Rekabentuk Pengajaran 51
4.2.1 Paparan Dapatkan Perhatian Pelajar 51
4.2.2 Paparan Pemberitahuan Objektif
Kepada Pelajar 52
4.2.3 Paparan Memperolehi Kembali
Pembelajaran Lampau 53
4.2.4 Paparan Mempersembahkan Rangsangan 54
4.2.5 Paparan Membekalkan Bantuan Kepada
Pelajar 56
4.2.6 Paparan Penghasilan Tindakbalas 57
x 4.2.7 Paparan Maklum Balas 58
4.2.8 Paparan Pencapaian 59
4.2.9 Paparan Generalisasi 60
4.3 Paparan Rekabentuk Pengguna 61
4.3.1 Paparan Panel Kawalan 62
4.3.2 Paparan Butang Dalam Rekabentuk
Pengajaran 62
4.3.3 Paparan Butang Kawalan Audio dan
Animasi 63
4.3.4 Paparan Latar belakang Pada
Antaramuka Pengguna 64
4.4 Paparan Kandungan Utama 66
4.4.1 Paparan Isi Kandungan 67
4.4.2 Paparan Glosari 68
4.4.3 Paparan Galeri 69
4.4.4 Paparan e-Test 71
4.4.5 Paparan Tambahan 72
4.4.6 Paparan Bantuan 72
4.5 Penutup 73
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Kelebihan Perisian 74
5.3 Kelemahan Perisian 75
5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Proses
Pembangunan Perisian 76
5.4.1 Kemahiran dan Kepakaran 76
xi
5.5 Cadangan 77
5.6 Kesimpulan 77
5.7 Penutup 79
RUJUKAN 80
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sembilan peringkat pembelajaran oleh Gagne. 19
3.1 Prinsip ABCD 37
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 30
3.2 Paparan Laman Web Penghasilan Suara Latar Belakang 38
3.3 Carta Alir Perisian Utama 39
3.4 Carta Alir Perisian Isi Kandungan 40
3.5 Carta Alir Integrasi Sembilan Peringkat Pembelajaran 41
3.6 Carta Alir e-Test 42
4.1 Paparan Dapatkan Perhatian Pelajar 50
4.2 Paparan Pemberitahuan Objektif Pembelajaran Kepada Pelajar 51
4.3 Paparan Memperolehi Kembali Pembelajaran Lampau 52
4.4 Paparan Mempersembahkan Rangsangan 53
4.5 Paparan Set Jawapan 53
4.6 Paparan Membekalkan Bantuan Kepada Pelajar 54
4.7 Paparan Penghasilan Tindak Balas 55
4.8 Paparan Maklum Balas Positif 56
4.9 Paparan Maklum Balas Negatif 57
4.10 Paparan Penilaian Pencapaian 58
4.11 Paparan Generalisasi 59
4.12 Paparan Panel Kawalan 60
4.13 Paparan Butang Dalam Rekabentuk Pengajaran 61
4.14 Paparan Butang Kawalan Audio 61
4.15 Paparan Butang Kawalan Animasi 62
4.16 Paparan Latar Belakang Menu Utama 63
xiv 4.17 Paparan Latar Belakang Pengajaran dan Pergerakan
Mata Pengguna Semasa Mempelajari Isi Kandungan
Dalam Skrin Komputer 64
4.18 Paparan Menu Utama 65
4.19 Paparan Isi Kandungan 66
4.20 Paparan Glosari 69
4.21 Paparan Galeri 70
4.22 Paparan Penyaduran Logam 70
4.23 Paparan e-Test 71
4.24 Paparan Tambahan 72
4.25 Paparan Bantuan 73
xv
SENARAI SINGKATAN
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Berkesan Sekolah Menengah
PBK - Perisian Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPM (T) - Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Teknik)
SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah menyebabkan sistem
pendidikan di Malaysia mengalami anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses penyampaian ilmu kini tidak lagi bersandarkan kepada ‘chalk
and talk’ semata-mata. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang, harmoni dan bermoral tinggi” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
Mulai tahun 2002, matapelajaran Sains wajib diambil oleh semua murid
bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Sebelum ini, matapelajaran Sains
hanya diperkenalkan kepada murid tahun empat pada tahap dua. Di peringkat
sekolah rendah, komponen Sains yang dipelajari adalah sebagaimana yang termaktub
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), manakala di peringkat
sekolah menengah adalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
2
Kandungan kurikulum Sains di sekolah merangkumi integrasi tiga elemen
penting iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Pengintegrasian elemen-elemen ini adalah penting demi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Sebagai sebuah negara yang sedang
melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang
berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan
untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi
mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan
berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Selaras dengan hasrat untuk mencapai status negara maju, kurikulum Sains di
sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
serta berilmu iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,
memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan. Melalui pendidikan Sains, pelajar-pelajar dididik
dan dilatih supaya berkebolehan mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan
bertanggungjawab. Justeru itu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang kritis, kreatif, berketerampilan dengan mengamalkan
budaya sains dan teknologi. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia perlu
mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba, celik sains, bersifat
terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan
sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan
kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi.
Perubahan kurikulum Sains terkini yang berlaku di negara kita adalah
perlaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris. Mulai tahun 2003, semua murid-murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 6 Rendah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris. Mengikut
perancangan, semua murid akan mempelajari mata pelajaran Sains di semua
peringkat persekolahan pada tahun 2008. Pada peringkat awal, murid yang
3 menduduki peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR, SPM, dan STPM) dibenarkan
menjawab peperiksaan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Abu
Hassan, 2003).
Kurikulum Sains digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat
sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada
pembelajaran Sains yang berfikriah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Kurikulum Sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran
elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk
sekolah menengah. Mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah
atas ialah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan (Abu Hassan, 2003).
Kimia adalah satu disiplin dalam Sains yang mengkaji tentang jirim secara
makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta
penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia.
Penghasilan dan penggunaan bahan kimia membawa kesan kepada masyarakat dan
alam sekitar. Perkembangan yang pesat dalam bidang kimia banyak memberi
sumbangan terhadap kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan
dan perindustrian. Oleh itu, ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid supaya mereka
dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin
berteraskan kepada sains dan teknologi dan memberi sumbangan kepada
perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia
sejagat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Namun begitu, kebanyakkan konsep yang terkandung dalam kurikulum
Kimia tergolong dalam kategori yang sukar difahami pelajar seperti konsep dalam
tajuk Sel Elektrolisis, di mana pelajar keliru diantara elektrod anod dan katod,
pergerakan elektron dan elektron manakah yang dipilih untuk dinyahcaskan. Ini
bermaksud pelajar perlu berusaha untuk mengetahui pengetahuan konsep dan
4 perhubungan antara konsep dalam proses pembelajaran kimia (Sa’adah Masrukin,
1991; Phelp, 1996: Ab. Rahman, 2004). Jika pelajar gagal memahami konsep-
konsep ini, berkemungkinan besar mereka akan menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran Kimia bagi tajuk yang seterusnya.
Keadaan ini mungkin dapat diperbaiki jika pengajaran dan pembelajaran
menggunakan multimedia terutamanya komputer. Dengan perkembangan era
teknologi maklumat, sudah tentu komputer dapat digunakan untuk menyampaikan
sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan mudah difahami
oleh pelajar. Penggunaan teknologi maklumat boleh menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia mampu
memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak
pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan
media-media tambahan selain daripada teks seperti audio, video, animasi dan grafik
(Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).
1.2 Latar belakang masalah
Pendidikan Kimia merupakan satu bidang keilmuan yang dinamik dan
banyak menyumbang kearah pembangunan masyarakat dan negara. Dengan itu
matlamat kurikulum kimia adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
kebolehan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia serta kebolehan
5 menggunakannya berlandaskan sikap dan nilai murni yang diterapkan untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Pelajar yang mengambil mata pelajaran Kimia sering mengalami masalah
dalam pembelajaran Kimia. Masalah yang timbul adalah disebabkan oleh isi
kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi konsep yang abstrak, maka ia sukar
untuk difahami dan mempunyai perkaitan konsep yang rumit (Aziz,1992).
Daripada kajian yang telah dibuat oleh Michael dan Greenbowe (1997) dalam
Choo Chong Poh (2004), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai salah
konsep dalam tajuk Elektrolisis. Menurut kajian tersebut, di antara kekeliruan yang
sering dihadapi oleh pelajar adalah:
i) Pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel
ii) Pelajar sering gagal mengenal pasti cas pada anod dan katod serta
elektrod manakah yang membebaskan elektron atau menarik elektron.
iii) Pelajar sering menganggap kation dan anion bergerak sehingga
kepekatan antara mereka sama.
Jika pelajar tidak dapat menguasai konsep dalam Sel Elektrolisis, pelajar
tidak akan dapat memahami pelajaran yang seterusnya iaitu Sel Voltan. Ini kerana
Sel Voltan adalah sama dengan Sel Elektrolisis tetapi berbeza dari segi proses yang
berlaku, dimana proses dalam Sel Elektrolisis menghasilkan tindak balas kimia
manakala Sel Voltan adalah dihasilkan daripada tindak balas kimia. Persamaan
inilah yang selalu menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.
Faktor utama bagi pelajar yang menghadapi masalah memahami konsep
Kimia adalah disebabkan oleh pengetahuan asas yang tidak kuat seterusnya menjurus
6 kepada ketidakfahaman untuk mempelajari bab yang seterusnya. Jika pelajar lemah
untuk menguasai konsep-konsep tersebut, maka pencapaian untuk subjek tersebut
akan menurun. Selain itu, kebanyakkan pelajar masih lagi keliru menjawab soalan-
soalan ringkas peringkat Kimia KBSM menyebabkan prestasi SPM menurun
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang untuk
memberi pengalaman pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar
memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, guru perlu
memainkan peranan penting dengan menggunakan pendekatan pembelajaran
berbantukan komputer bagi mengatasi masalah ini kerana penggunaan komputer
dapat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar memahami proses kimia
yang abstrak.
Dalam era teknologi maklumat, penggunaan komputer telah dicadangkan
sebagai satu strategi yang dapat membantu proses pemahaman konsep dalam tajuk
Sel Elektrolisis. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memperjelaskan
lagi konsep dalam Sel Elektrolisis secara interaktif.
Melalui integrasi Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne dalam penggunaan
PBK, konsep Sel Elektrolisis dapat diperjelaskan kepada pelajar dengan terperinci.
Elektron dalam larutan dan pergerakan elektron dapat ditunjukkan kepada pelajar.
Pendekatan ini dapat menyelesaikan masalah konsep yang dinyatakan dalam kajian
Michael J. Sanger dan Thomas J. Greenbowe (1997).
7 1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan masalah pembelajaran kimia yang dihadapi oleh pelajar
Tingkatan 4 secara umumnya, sebuah perisian pembelajaran kimia Tingkatan 4 bagi
tajuk Sel Elektrolisis akan dibangunkan berdasarkan Sembilan Peringkat
Pembelajaran Gagne dengan sokongan animasi dan simulasi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif projek ini adalah untuk:
i. Membina perisian pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk Sel
Elektrolisis berdasarkan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne
dengan sokongan animasi dan simulasi.
1.5 Rasional Kajian
Pembangunan perisian ini memberi tumpuan pada Sel Elektrolisis. Tajuk ini
merupakan tajuk yang sukar untuk pelajar kerana mengandungi proses kimia yang
abstrak dan tidak dapat ditunjukkan melalui buku teks tetapi memerlukan medium
yang dapat menjelaskan proses kimia tersebut iaitu komputer.