borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file** jika tesis ini sulit atau terhad sila lampirkan...

22
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN DAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA BAGI TAJUK TEKANAN MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN:2009/2010 Saya NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN Batu 15 ½ Jalan Muar, Nama Penyelia 84900 Tangkak Johor. Tarikh: 20 April 2010 Tarikh: 20 April 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: lamnhi

Post on 04-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PENGETAHUAN

PEDAGOGI KANDUNGAN DAN MODEL KONSTRUKTIVISME

5 FASA BAGI TAJUK TEKANAN MATA PELAJARAN FIZIK

KBSM TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN:2009/2010

Saya NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN

Batu 15 ½ Jalan Muar, Nama Penyelia

84900 Tangkak Johor.

Tarikh: 20 April 2010 Tarikh: 20 April 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 20 April 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PENGETAHUAN PEDAGOGI

KANDUNGAN DAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA BAGI

TAJUK TEKANAN MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN

EMPAT

NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penyelia : NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH

Tarikh : 20 April 2010.

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahandaku MOHD SHAH BIN MOHD LAYA,

Yang amat kusayangi buat bondaku HAMIDAH BINTI ABDULLAH,

Untuk adik-beradikku MOHD ASYRAF SHAH, MOHD AZRUL, MUHAMMAD

IRFAN.

Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya,

Terima kasih di atas nasihat dan doronganmu,

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku.

Ribuan terima kasih dan sanjungan buat PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN,

Di atas segala tunjuk ajar dan kesabaranmu,

Tidak terbalas budi baikmu itu.

Tidak lupa untuk rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih banyak-banyak,

Berjaya jua kita akhirnya di puncak kejayaan……

Alhamdulillah….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

ABSTRAK

Permasalahan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar

dan guru dapat diminimumkan dengan penggunaan bahan pengajaran yang

bersesuaian dan efektif. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan Modul

Pengajaran sebagai satu penemuan idea baru dalam mewujudkan proses pengajaran

dan pembelajaran yang efektif. Pembangunan dua Modul Pengajaran bagi tajuk

Forces and Pressure dalam topik Applying Archimedes’ Principle dan

Understanding Bernoulli’s Principle adalah memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran

Fizik KBSM Tingkatan Empat. Pembangunan Modul Pengajaran ini bertujuan untuk

dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru latihan mengajar, guru-guru baru dan

guru-guru yang bukan opsyen Fizik dalam proses pengajaran bagi konsep Daya dan

Gerakan. Pengkaji telah membangunkan Model Pengajaran ini dengan

menggabungkan dua model iaitu Model RELAD dan Model Jerrold and Kemp.

Penyampaian, strategi dan aktiviti pengajaran dibina berdasarkan Model

Konstruktivisme Lima Fasa dan menekankan aspek Pengetahuan Pedagogi

Kandungan (PPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuh orang guru

berpengalaman dilibatkan dalam pembangunan dan penilaian modul ini. Antara

aspek yang dinilai dalam Modul Pengajaran ini adalah isi kandungan dan reka

bentuk, strategi pengajaran, penggunaan media pengajaran dan penilaian pengajaran.

Secara keseluruhannya, Modul Pengajaran yang dibangunkan ini bersesuaian sebagai

bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam kalangan guru di

sekolah.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

ABSTRACT

Problems in teaching and learning process among teachers and students can

be minimized using suitable and effective teaching aids. The objective of this

research is to develop a teaching module to create effective teaching and learning

process. The developments of two teaching modules for two subtopics which are

Applying Archimedes Principle and Understanding Bernoulli’s Principle which are

under the topic of “Forces and Pressure” fulfill the Form Four KBSM Physics

Syllabus. This teaching module can serve as guidance for trainee teachers, new

teachers and non Physics major teachers in teaching of Force and Pressure’s

concepts. This teaching module is developed by combining two modules which are

RELAD and Jerrold and Kemp models. Delivering, strategies and teaching activities

are built based on Five Phase Constructivist Model and emphasized the concept of

Pedagogical Content Knowledge (PCK). Seven senior teachers were involved in the

development and assessment for this module. The aspects being assessed in this

teaching module are contents and design, teaching strategies, teaching media and

teaching assessment. But overall, this teaching module is suitable as teaching and

learning aid which can be used among the teachers in school.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN i

PENGAKUAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI GAMBAR RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Pendekatan Bahan

Pengajaran

4

1.2.2 Pengetahuan Pedagogi

Kandungan

5

1.2.3 Pengetahuan Terhadap

Isi Kandungan

6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

1.5 Rasional Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Pengertian Istilah 9

1.9 Rumusan 12

2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran 13

2.3 Kaedah-Kaedah Pengajaran 14

2.3.1 Kaedah Eksperimen 14

2.3.2 Kaedah Perbincangan 15

2.3.3 Kaedah Projek 15

2.3.4 Kaedah Koperatif 15

2.3.5 Kaedah Simulasi 16

2.4 Model Jerrold and Kemp

(1994)

16

2.4.1 Rasional Penggunaan

Model Jerrold and

Kemp (1994)

18

2.5 Kajian-Kajian Lepas Tentang

Pendekatan Konstruktivisme

dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

19

2.5.1 Aplikasi Model

Pengajaran

Konstruktivisme Lima

Fasa dalam Modul

Pengajaran bagi Tajuk

Tekanan

20

2.6 Pengetahuan Pedagogi

Kandungan (PPK)

22

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

2.7 Kajian Lepas Tentang

Pemahaman Pelajar Berkaitan

Konsep Tekanan

24

2.8 Kajian-Kajian Tentang

Pengetahuan Pedagogi

Kandungan (PPK) Tentang

Mata Pelajaran Fizik

26

2.9 Rumusan 28

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Kandungan Modul 29

3.2.1 MP I: Applying

Archimedes’

Principle

30

3.2.2 MP II: Understanding

Bernoulli’s

Principle

30

3.3 Reka Bentuk Modul 31

3.3.1 Analisis (Analysis) 34

3.3.2 Reka Bentuk (Design) 35

3.3.2.1 Pembentukan

Matlamat dan Objektif

sebagai Keperluan

Pembelajaran

36

3.3.2.2 Objektif

Pembelajaran

36

3.3.2.3 Kandungan

Pengajaran

36

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

Mengikut

Sukatan

3.3.2.4 Perancangan

Aktiviti

Pengajaran

36

3.3.2.5 Perancangan

Sumber

Pengajaran

37

3.3.2.6 Pengajaran

Memenuhi

Ciri-ciri

Pelajar

37

3.3.2.7 Penilaian 37

3.3.2.8 Rujukan 37

3.3.3 Pembangunan

(Development)

38

3.3.4 Penilaian (Evaluate) 38

3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 39

3.5 Rumusan 39

4

PEMBANGUNAN MODUL

4.1 Pengenalan 40

4.2 Penggunaan Modul 40

4.3 Reka Bentuk Modul 41

4.3.1 Muka Depan 42

4.3.2 Keperluan 44

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

Pembelajaran

4.3.3 Ciri-Ciri Pelajar 45

4.3.4 Isi Kandungan 46

4.3.5 Objektif Pembelajaran 47

4.3.6 Aktiviti Pengajaran 48

4.3.7 Sumber Pengajaran 50

4.3.8 Penilaian Pengajaran 51

4.3.9 Rujukan 56

4.4 Rumusan 59

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Pembangunan

Modul

60

5.2.1 Penyampaian

Pengajaran

61

5.2.2 Pemilihan dan

Perlaksanaan Reka

Bentuk

62

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

5.2.3 Kekurangan Sumber

tentang Pengetahuan

Pedagogi Kandungan

(PPK)

62

5.2.4 Kekurangan Masa 63

5.3 Perbincangan Penilaian Modul 63

5.4 Cadangan Mengatasi Masalah 64

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa

Hadapan

65

5.6 Kesimpulan 66

5.7 Rumusan 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 73

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Konstruktivisme Lima Fasa 21

3.1 Model RELAD 31

3.2 Model Model Jerrold and Kemp 32

3.3 Ubahsuai Model Jerrold and Kemp 33

3.4 Fasa Analisis 34

3.5 Reka Bentuk Modul 35

3.6 Rangka Kerja Keseluruhan 39

4.1 (a) Muka Depan Modul I 42

4.1 (b) Muka Depan Modul II 43

4.2 Keperluan Pembelajaran 44

4.3 Ciri-Ciri Pelajar 45

4.4 Isi Kandungan 46

4.5 Objektif Pembelajaran 47

4.6 (a) Eksperimen 48

4.6 (b) Aktiviti Pengukuhan 49

4.7 Pembentangan “Power Point” 50

4.8 (a) Penilaian Pengajaran (Peta Konsep) 51

4.8 (b) Penilaian Pengajaran (Isi Tempat Kosong) 52

4.8 (c) Penilaian Pengajaran (Melabel) 53

4.8 (d) Penilaian Pengajaran (Teka Silang Kata) 54

4.8 (e) Penilaian Pengajaran (Permainan) 55

4.9 (a) Penyampaian Pengajaran 56

4.9 (b) Perancangan Pengajaran 57

4.9 (c) Jawapan Penilaian 58

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

SENARAI SINGKATAN

NO. SINGKATAN KETERANGAN

1. MP Modul Pengajaran

2. KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

3. P&P Pengajaran dan Pembelajaran

4. PPK Pengetahuan Pedagogi Kandungan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Soal Selidik 73

Penilaian Modul Pengajaran 77

B Surat Kebenaran Meminta 85

Maklumat

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam melangkah ke era modenisasi, gah berdirinya sesebuah negara itu

adalah bersandarkan kepada sistem pendidikannya sama ada berkualiti ataupun tidak.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan aset penting dalam

membangunkan dan memajukan sesebuah negara. Masalah, kritikan dan perdebatan

dalam dunia pendidikan sering kali dibahaskan. Oleh itu, idea-idea bernas perlu

dicanang dan seterusnya dilaksanakan demi menangani cabaran dan kesukaran dalam

bidang pendidikan yang ditempuh setiap tahun.

Matlamat sistem pendidikan negara adalah melahirkan insan kamil yang

seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS)

– selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah ini sukar dicapai dan menjadi kenyataan sekiranya Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik di mana relevan dengan

keperluan, keupayaan dan potensi pelajar serta sejajar dengan peredaran zaman.

Begitu juga dengan matlamat Falsafah Pendidikan Sains Negara yang

menekankan tentang perkembangan seseorang individu. Matlamat tersebut adalah

seperti berikut :

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia

memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta

dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi,”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik

mengatakan bahawa Fizik adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan

tenaga serta hubung kait antaranya. Ia merangkumi konsep dan prinsip yang perlu

difahami pelajar supaya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan

pelajar hanya menghafal rumus, konsep dan jalan penyelesaian masalah Fizik tanpa

memahami pengetahuannya dengan betul. Natijahnya, para pelajar gagal dalam

meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Fizik serta tidak

menguasai sesuatu konsep secara menyeluruh.

Guru bertanggungjawab dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran

yang efektif dengan memperkayakan gaya pengajaran serta pembelajaran. Guru

yang mempunyai sifat kreatif dan kritis serta sentiasa meneroka kaedah-kaedah baru

dalam perancangan dan pengajaran amat diperlukan dalam menjamin kecemerlangan

institusi pendidikan negara. Dengan mempelbagaikan teknik pengajaran iaitu tidak

terikat dengan satu kaedah pengajaran sahaja dapat mengelakkan kebosanan dalam

kalangan pelajar. Guru perlu memastikan perancangan pengajaran bersesuaian

dengan kehendak pelajar supaya dapat memberi kesan positif kepada pembelajaran

pelajar.

Menurut Emeliana (2009), penyediaan bahan P&P yang sesuai, cekap dan

berkesan yang melibatkan penglibatan aktif pelajar amat penting dalam

mengembangkan potensi individu pelajar. Kaedah dan teknik perbincangan, soal

jawab dan latih tubi berupaya untuk mewujudkan pembelajaran yang maksimum

dalam kalangan pelajar. Bahan P&P yang digunakan seharusnya merangkumi

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran yang selaras dengan objektif dan

matlamat di samping aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran.

Adakah guru sekarang menjalankan proses P&P mengikuti strategi dan

prosedur yang betul? Sekiranya guru gagal dalam mewujudkan proses P&P yang

berkesan, pelajar juga gagal untuk menerima dan memahami pengajaran guru.

Modul Pengajaran ini dirancang sebagai panduan kepada guru dalam mewujudkan

proses P&P yang berkesan dengan menggunakan bahan P&P yang bersesuaian

dengan isi kandungan dan aktiviti pengajaran. Dengan kehadiran Modul Pengajaran

(MP) ini, guru boleh mengajar pengajaran dengan teratur dan sistematik malah ia

akan mengasah guru untuk mahir semasa proses P&P.

Justeru itu, diharapkan (MP) ini akan membantu guru Fizik mengajar dengan

lebih terancang dengan elemen-elemen yang diterapkan dalam modul ini seperti

penentuan objektif, penyampaian isi kandungan, penilaian berterusan pembelajaran

pelajar dan bahan pengajaran P&P. Seterusnya, pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Fizik juga dapat ditingkatkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru perlu peka dengan setiap masalah yang melibatkan pembelajaran

pelajar. Pemilihan bahan dan kaedah P&P yang relevan dengan pelajar amat penting

kepada pelajar untuk menerima dan memahami pengajaran dengan mudah.

Tanpa bahan dan kaedah P&P yang sesuai, pembelajaran dalam kalangan

pelajar sukar berlaku. Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah dalam proses

P&P yang dikaji pengkaji adalah pendekatan bahan pengajaran, pengetahuan

pedagogi kandungan, dan pengetahuan terhadap isi kandungan pengajaran.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

1.2.1 Pendekatan Bahan Pengajaran

Dewasa ini, buku rujukan dan buku latihan muncul dan memenuhi di pasaran

seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi, adakah bilangan bahan pengajaran

dan pembelajaran yang melimpah-ruah di pasaran menjamin kualiti bahan tersebut?

Kualiti sesuatu bahan rujukan semakin hilang dari segi isi kandungan yang kurang

menarik, tidak mengikuti huraian sukatan pelajaran, teks yang bersifat hafalan, dan

sebagainya.

Persembahan isi kandungan kurang menarik dan kurang memberi peluang

berfikir secara bebas (Nor Rahimah, 2003). Kebanyakan bahan pengajaran di

pasaran tidak menggalakan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Syarikat

pemasaran dan penerbitan hanya memikirkan keuntungan semata-mata daripada

menghasilkan produk yang sepatutnya relevan dengan pelajar.

Mohd Ali & Shaharom (2003) mengatakan bahawa pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang terkini kurang memberi perhatian kepada bidang kognitif yang

tinggi. Apabila pelajar berhadapan dengan soalan yang lebih sukar dan mencabar,

mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini disebabkan, bahan

pembelajaran yang berada di pasaran tidak menepati kriteria yang sepatutnya ada.

Buku teks yang dibina secara ringkas dan umum memberi masalah kepada

pelajar untuk memahami mata pelajaran Fizik dengan lebih mendalam. Ini akan

menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah. Ini

sekaligus akan mengakibatkan pelajar menganggap mata pelajaran Fizik sebagai satu

mata pelajaran yang sukar.

Oleh itu, guru, pelajar dan ibu bapa haruslah bijak dalam membeli bahan

pengajaran dan pembelajaran supaya tidak tertipu dengan syarikat penerbitan yang

memikirkan keuntungan semata-mata.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

1.2.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) adalah keupayaan guru untuk

menafsirkan dan menterjemahkan isi kandungan mata pelajaran selaras dengan

pengetahuan sedia ada pelajar, minat dan kebolehan pelajar. Ini bertujuan agar isi

kandungan itu mudah dikuasai semua pelajar.

Peranan guru bukan sahaja perlu mempunyai kefahaman yang menyeluruh

tentang sesuatu konsep atau teori, malah guru yang baik perlulah memahami cara-

cara membentuk pemahaman pelajar. Guru haruslah mengetahui dan mengkaji cara-

cara memahamkan pelajar tentang sesuatu konsep atau mata pelajaran. PPK adalah

meliputi pengetahuan cara mengajar dan pengetahuan konseptual mata pelajaran.

Dalam setiap pengajaran, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran mengajar

yang berkesan dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran, menyediakan bahan

yang sesuai serta mempunyai perancangan masa yang baik. Perancangan dan

pemilihan kaedah perlulah mengambil kira tahap keupayaan pelajar dan keadaan

kelas. Dari segi penyediaan bahan, pemilihan sumber perlu dirancang dengan teliti

dan bijak memaksimumkan penggunaan sumber yang dipilih. Kepelbagaian

penggunaan alat bantu mengajar seperti LCD, komputer, OHP, CD dan sebagainya

berupaya menjadikan pengajaran guru tidak membosankan. Perancangan masa bagi

setiap aktiviti pengajaran perlu munasabah dan mencapai objektif.

Tambahan lagi, proses komunikasi yang baik antara guru dan pelajar

merupakan salah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komunikasi yang wujud ini member ruang interaksi yang membolehkan proses

penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara

komprehensif (Norasliza & Zaleha, 2008).

Daripada semua pernyataan di atas, guru Fizik haruslah bersifat kreatif dan

inovatif dalam mencipta kelainan semasa proses pengajaran agar dapat mewujudkan

pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

1.2.3 Pengetahuan Terhadap Isi Kandungan

Pengetahuan terhadap sesuatu isi kandungan yang hendak diajar perlulah

secara menyeluruh dan maksimum. Guru perlu menguasai ilmu pengetahuan lantas

dapat merangsang dan meluaskan skop pemikiran pelajar sekaligus memupuk minat

terhadap usaha meneroka ilmu yang bersifat tiada sempadan. Jika guru tidak dapat

menguasai pengetahuan sepenuhnya, sudah tentu objektif pengajaran tidak tercapai.

Pelajar juga sukar faham dengan isi pengajaran sekaligus akan menyebabkan pelajar

tidak berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.

Bagi guru yang bukan opsyen Fizik, mereka mengalami masalah dalam

menyelesaikan masalah-masalah Fizik dan sukar mengaitkan konsep Fizik dalam

kehidupan seharian. Ini akan memberi masalah kepada pelajar untuk memahami

mata pelajaran Fizik yang abstrak sekiranya guru gagal menyampaikan pengetahuan

dengan efektif. Dalam dunia pendidikan ini, keberkesanan pengajaran dan

penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar itu mencerminkan kecemerlangan

seseorang guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Pengajaran bagi

mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat yang bertajuk Daya dan Tekanan sebagai

bahan P&P bagi sekolah menengah. Ini adalah salah satu usaha untuk mengatasi

masalah P&P di mana ia boleh digunakan kepada guru praktikal, guru baru dan guru

bukan opsyen Fizik. Modul yang dilengkapi dengan aspek teknik penyampaian, isi

kandungan pengajaran dan kemahiran pedagogi.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my file** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

1.4 Objektif Kajian

Setiap bahan pengajaran yang dibina mestilah menepati kehendak Huraian

Sukatan Pelajaran Malaysia. Pembangunan Modul Pengajaran ini bertujuan untuk

kegunaan dan rujukan kepada guru praktikal Fizik, guru baru Fizik dan guru bukan

opsyen Fizik yang mengajar mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat.

Antara objektif kajian ini:

1. Membangunkan dua Modul Pengajaran bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat bagi tajuk Daya dan Tekanan dengan menggunakan pendekatan Model

Konstruktivisme Lima Fasa iaitu

MP I : Archimedes’ Principle

MP II : Bernoulli’s Principle

2. Membangunkan dua Modul Pengajaran bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat bagi tajuk Daya dan Tekanan berasaskan pengetahuan pedagogi

kandungan iaitu :

MP I : Archimedes’ Principle

MP II : Bernoulli’s Principle