terhad spesifikasi perkhidmatan kawalan keselamatan...

17
TERHAD TERHAD 1 SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA DI HOSPITAL SUNGAI BAKAP 1. Syarat-Syarat Am 1.1 Untuk maksud syarat-syarat ini, “Pengawal Keselamatan” termasuk semua peringkat Pegawai atas Pengawal Keselamatan berpangkat lain dan “Syarikat” termasuk penender dan kontraktor. 1.2 Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah mengadakan perkhidmatan kawalan keselamatan terhadap bangunan, aset di luar dan dalam bangunan, lalu lintas dan segala harta benda yang terdapat dalam bangunan sama ada milik Kerajaan, kakitangan dan pelawat-pelawat pada setiap masa di Hospital Sungai Bakap. 1.3 Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh pihak Hospital Sungai Bakap dari masa ke semasa. 2. Tempat dan Kawasan 2.1 Perkhidmatan kawalan keselamatan untuk seluruh kawasan Hospital Sungai Bakap termasuk bangunan dan ruang milik Hospital Sungai Bakap. 2.2 Kawasan perkhidmatan dan penempatan kawalan keselamatan mengikut yang telah ditetapkan seperti yang dilampirkan di dalam Jadual 2. 2.3 Penetapan kawasan kawalan tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak Hospital Sungai Bakap. 3. Tempat Kawalan, Masa Bertugas dan Keanggotaan 3.1 Masa perkhidmatan untuk setiap giliran Pengawal Keselamatan tidak boleh melebihi lapan (12) jam sehari bagi perkhidmatan terus menerus 24 jam sehari. Jika didapati Pengawal Keselamatan yang bertugas lebih dari satu shif terus- menerus atau yang telah bertugas shif di kawasan lain di Hospital Sungai Bakap untuk meneruskan kerja mereka untuk syif yang kedua akan menyebabkan perjanjian ini boleh juga ditamatkan. 3.2 Pihak Hospital Sungai Bakap berhak untuk mengurangkan, menambah atau meminda tempat kawasan, masa bertugas dan bilangan anggota pengawal apabila diperlukan.

Upload: ngoxuyen

Post on 24-Mar-2018

403 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 1

SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA

DI HOSPITAL SUNGAI BAKAP

1. Syarat-Syarat Am

1.1 Untuk maksud syarat-syarat ini, “Pengawal Keselamatan” termasuk semua

peringkat Pegawai atas Pengawal Keselamatan berpangkat lain dan “Syarikat” termasuk penender dan kontraktor.

1.2 Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah mengadakan perkhidmatan kawalan keselamatan terhadap bangunan, aset di luar dan dalam bangunan, lalu lintas dan segala harta benda yang terdapat dalam bangunan sama ada milik Kerajaan, kakitangan dan pelawat-pelawat pada setiap masa di Hospital Sungai Bakap.

1.3 Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh

pihak Hospital Sungai Bakap dari masa ke semasa.

2. Tempat dan Kawasan

2.1 Perkhidmatan kawalan keselamatan untuk seluruh kawasan Hospital Sungai Bakap termasuk bangunan dan ruang milik Hospital Sungai Bakap.

2.2 Kawasan perkhidmatan dan penempatan kawalan keselamatan mengikut yang

telah ditetapkan seperti yang dilampirkan di dalam Jadual 2.

2.3 Penetapan kawasan kawalan tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh

pihak Hospital Sungai Bakap. 3. Tempat Kawalan, Masa Bertugas dan Keanggotaan

3.1 Masa perkhidmatan untuk setiap giliran Pengawal Keselamatan tidak boleh

melebihi lapan (12) jam sehari bagi perkhidmatan terus menerus 24 jam sehari. Jika didapati Pengawal Keselamatan yang bertugas lebih dari satu shif terus-menerus atau yang telah bertugas shif di kawasan lain di Hospital Sungai Bakap untuk meneruskan kerja mereka untuk syif yang kedua akan menyebabkan perjanjian ini boleh juga ditamatkan.

3.2 Pihak Hospital Sungai Bakap berhak untuk mengurangkan, menambah atau

meminda tempat kawasan, masa bertugas dan bilangan anggota pengawal apabila diperlukan.

Page 2: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 2

4. Perkhidmatan kawalan keselamatan hendaklah diberi seperti berikut :

4.1 Menyediakan format dan perancangan sistem kawalan untuk bangunan dan persekitarannya termasuk memastikan pemakaian Kad Pengenalan Jabatan dan pas berkaitan bagi tujuan keselamatan.

4.2 Membantu mengawal keadaan semasa berlaku perkara-perkara kecemasan

seperti kebakaran, penyerahan memorandum, ancaman bom, bencana alam, latihan kebakaran, latihan „external disaster‟/ „internal disaster‟ dan lain-lain.

4.3 Membuat siasatan awal dan melapor setakat yang munasabah terhadap mana-

mana aktiviti di tempat tugasan yang menimbulkan syak dan melaporkan dengan segera segala aktiviti sedemikian itu kepada pihak Hospital Sungai Bakap. Laporan siasatan awal mesti diserahkan kepada Pengarah Hospital/Penolong Pegawai Tadbir dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa kejadian.

4.4 Menguatkuasakan setiap arahan dan larangan tertentu yang dikeluarkan pihak

Hospital Sungai Bakap dari semasa ke semasa.

4.5 Memastikan pengawal keselamatan melaporkan diri lima belas minti (15) minit sebelum menjalankan tugas, tidak meninggalkan tempat bertugas tanpa sebab munasabah dan tanpa kebenaran penyelia bertugas.

4.6 Menentukan pengawal keselamatan membantu pelawat, pesakit dan pelanggan

Jabatan yang memerlukan bantuan selagi tidak menjejaskan perkhidmatannya.

4.7 Menentukan pengawal keselamatan mengawasi dan menjaga aset alih dan tidak alih kerajaan yang terdapat di dalam dan di luar bangunan-bangunan di kawasan perkhidmatan.

4.8 Menentukan, menyediakan dan menghantar laporan-laporan harian serta senarai

kehadiran pengawal keselamatan yang bertugas kepada pihak Hospital Sungai Bakap dan laporan berkenaan hendaklah dihantar pada pukul 8.00 pagi hari bekerja yang berikutnya.

4.9 Menentukan pengawal keselamatan bersikap sopan-santun, bertatatertib dan

mematuhi peraturan-peraturan termasuk peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak Hospital Sungai Bakap serta tidak menyalahi undang-undang dalam masa perkhidmatannya.

4.10 Menentukan pengawal keselamatan memberi kerjasama pada bila-bila masa

apabila dikehendaki oleh pihak Hospital Sungai Bakap bagi pengawasan dan pengawalan keseluruhan kawasan perkhidmatan.

4.11 Syarikat atau pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah membenarkan

mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Hospital Sungai Bakap atau wakilnya untuk memeriksa perkhidmatan kawalan keselamatan pada bila-bila masa dan di mana-mana di dalam kawasan perkhidmatan.

Page 3: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 3

4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati cuai, tidak bertanggungjawab dan tidak amanah ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

4.13 Fungsi, Tugas dan Tanggungjawab Penyelia Pengawal Keselamatan :

(a) Setiap syif mestilah ada seorang Penyelia yang bertugas.

(b) Penyelia Pengawal Keselamatan bertanggungjawab memastikan :

(i) setiap pengawal keselamatan datang bekerja pada masa yang

ditetapkan;

(ii) menggantikan pengawal keselamatan sekiranya berlaku kekurangan bagi sesuatu syif;

(iii) laporan harian dikemukakan kepada penyelia hospital/Pegawai

Penolong Tadbir;

(iv) kaunter pengawal keselamatan mesti dalam keadaan bersih, kemas dan teratur setiap masa;

(v) setiap pengawal keselamatan mesti menggunakan „punch card‟

kehadiran semasa masuk dan selepas kerja. Kelengkapan „punch card‟ berkaitan hendaklah disediakan oleh pihak kontraktor;

(vi) setiap pengawal keselamatan memakai pakaian seragam yang lengkap,

termasuk pemakaian kasut kulit berwarna hitam, pemakaian tanda nama dan Kad Pengenalan Pengawal Keselamatan yang ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri) dengan kemas setiap hari;

(vii) setiap anggota pengawal keselamatan menjalankan tugas dan

tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berdisiplin;

(viii) setiap anggota pengawal keselamatan yang bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tempat tugas, tidur, cuai atau leka semasa bertugas;

(ix) kawad „roll-call‟ diadakan setiap pagi dan setiap kali pertukaran syif bagi

tujuan memupuk disiplin, menerima arahan dan maklumat-maklumat terkini;

(x) kehadiran anggota pengawal keselamatan perlu dilaporkan kepada

Pengarah Hospital Sungai Bakap atau Penolong Pegawai Tadbir jika anggota pengawal keselamatan gagal hadir dan tiada gantian;

Page 4: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 4

4.14 Fungsi, Tugas dan Tanggungjawab Pengawal Keselamatan:

(a) Anggota Pengawal Keselamatan perlu hadir diri lima belas minit (15) minit

lebih awal dari waktu kerja yang telah ditetapkan.

(b) Semua Pengawal Keselamatan dikehendaki melaporkan diri dengan mengetip kad perakam waktu dan juga menandatangani buku kedatangan yang disediakan.

(c) Melindungi seluruh kawasan dan bangunan yang dipertanggungjawabkan

termasuk harta benda, penghuni, pelawat atau pelanggan Jabatan.

(d) Bertanggungjawab untuk menghalang segala aktiviti seperti menjaja, mengedarkan risalah, mengutip derma, berniaga atau sebarang aktiviti yang tidak mendapat kebenaran Pengarah Hospital Sungai Bakap di dalam kawasan perkhidmatan.

(e) Menasihati pelawat dan pelanggan tentang penguatkuasaan tempat larangan

merokok.

(f) Mengawasi dan mencegah pelawat / pelanggan Jabatan daripada mengambil gambar di dalam kawasan hospital tanpa kebenaran Pengarah Hospital Sungai Bakap.

(g) Bertanggungjawab untuk mencegah kebakaran. Pengawal Keselamatan

dikehendaki mengetahui penggunaan fire extinguisher serta cara-cara menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan jika berlaku sebarang kemalangan atau bencana.

(h) Semasa bertugas pengawal keselamatan tidak dibenarkan bergurau senda,

makan dan minum, berkumpul tanpa tujuan, menghisap rokok, tidur atau lain-lain perbuatan yang melanggar etika pengawal keselamatan yang boleh menjejaskan imej Hospital Sungai Bakap.

(i) Pengawal keselamatan perlu meminta kebenaran Ketua Jururawat yang

bertugas di wad jika mana-mana ahli keluarga ingi melawat pesakit pada waktu bukan melawat dan pengawal keselamatan perlu membuat catatan dalam buku laporan segala maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, dan lain-lain pengenalan individu yang melawat pesakit.

(j) Jika mana-mana ahli keluarga perlu menemani pesakit, pas khas perlu diberi

oleh pegawal keselamatan dan pengawal keselamatan perlu membuat catatan dalam buku laporan segala maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, dan lain-lain pengenalan individu yang menemani pesakit.

(k) Pengawal keselamatan hendaklah memeriksa mana-mana pelawat sekiranya disyaki dengan munasabah bahawa orang itu telah atau akan melakukan kesalahan jenayah atau menganggu atau menyusahkan orang ramai dan menyerahkannya dengan serta-merta kepada pihak berkuasa melalui perhatian Pengarah Hospital Sungai Bakap.

Page 5: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 5

(l) Pengawal keselamatan yang bertugas di wad bersalin hendakalah mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 1/2007 : Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH/P/PAK/133.07(GU) semasa proses discaj bayi.

(m) Pengawal keselamatan mesti menggunakan „punch card‟ kehadiran semasa

masuk dan selepas kerja. („punch card‟ perlu disediakan oleh pihak kontraktor).

(n) Pengawal keselamatan hendaklah membuat rondaan persekitaran kawasan

dengan menggunakan sistem „watchman clock‟ atau „guard tour‟ (disediakan oleh pihak kontraktor) dan memeriksa semua aset Kerajaan dalam bidang kawasan perkhidmatan. Penempatan kunci-kunci „watchman clock‟ atau „guard tour points‟ akan ditetapkan oleh Hospital Sungai Bakap.

(o) Pengawal keselamatan hendaklah mengunci jam setiap enam (4) jam

sekali atau masa-masa tertentu (akan ditentukan kemudian) dan di tempat-tempat yang telah ditetapkan dalam lampiran 1.Tempat-tempat clocking akan diubahkan oleh Pengarah Hospital Sungai Bakap jika diperlukan.

(p) Membuat catatan dalam buku harian semua peristiwa, kejadian dan situasi di

sepanjang masa kawalan.

(q) Mengawal lalulintas semasa kesesakan di dalam kawasan yang dikawal dan memastikan semua pintu-pintu utama tidak terhalang dan lalulintas berjalan lancar sepanjang masa.

(r) Memastikan semua kenderaan diletakkan di tempat-tempat yang telah

disediakan.

(s) Mengamalkan tatacara perhubungan awam yang baik semasa berhubung dengan orang awam, pegawai dan kakitangan Kerajaan demi menjaga imej Hospital.

5. Tanggungjawab Kontraktor

5.1 Sebagai sebahagian daripada kewajipan di bawah kontrak ini, Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah membuat perkara yang berikut :

a) Syarikat hendaklah mengemukakan surat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan urusan Agensi Persendirian Dibawah Seksyen3, Akta Agensi Persendirian 1971 bagi menguruskan agensi persendirian di bawah seksyen 2(a), akta yang sama.

b) Syarikat hendaklah mengemukakan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam Bidang perkhidmatan di bawah kepala 220302 – Perkhidmatan Kawalan Keselamatan .

c) Syarikat hendaklah mengemukakan senarai nama Pengawal Keselamatan

kepada pihak Kerajaan sebelum mengambilalih tugas di Hospital. Senarai tersebut termasuk nama, umur, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan.

Page 6: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 6

d) Menentukan bahawa setiap pengawal keselamatan diberi perlindungan

keselamatan dari apa-apa bahaya dan kemalangan semasa menjalankan tugas dan juga membekalkan peralatan-peralatan untuk menjaga keselamatan diri semasa bertugas.

e) Senarai nama pengawal keselamatan yang bertugas dan sebarang pertukaran pengawal keselamatan daripada senarai simpanan hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak Hospital Sungai Bakap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

f) Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah menggantikan aset Kerajaan yang

hilang atau rosak atas sebab kecuaian, kelalaian atau salah laku pengawal keselamatan. Penggantian atau pembaikan yang dibuat hendaklah daripada aset yang sama nilai dan dipersetujui oleh Pengarah Hospital.

g) Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan/ kecurian atau apa-apa

kejadian yang tidak diingini, pengawal keselamatan hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Hospital Sungai Bakap serta menyediakan laporan bertulis kejadian untuk perhatian Pengarah Hospital Sungai Bakap. Bagi kes-kes pencerobohan dan kecurian, pengawal keselamatan perlu berkerjasama dengan pihak Hospital Sungai Bakap bagi membuat laporan kepada Polis.

h) Syarikat kawalan hendaklah memberitahu Pengarah Hospital Sungai Bakap dengan serta-merta apabila syarikat diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, Jabatan Perdana Menteri. Syarikat Kawalan Keselamatan bertanggungjawab memberhentikan perniagaan mereka dengan memberitahu pihak Hospital Sungai Bakap sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari notis dari tarikh syarikat diisytiharkan muflis.

i) Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah mematuhi Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4 Tahun 2010 berkenaan Syarat/ Peraturan Pengendalian Serta Pengurusan Agensi Persendirian di bawah Akta Ejensi Persendirian 1971.

j) Syarikat agensi persendirian hendaklah mematuhi semua undang-undang pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 dan lain-lain akta berkaitan.

k) Syarikat Kawalan Keselamatan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan di antara peruntukan-peruntukan di bawah Akta Rahsia 1972 adalah seperti berikut:-

i) tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberikan kepadanya

bagi mendapat sesuatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau tempat ianya bertugas melainkan dengan kebenaran yang sah dari Kerajaan;

ii) sesuatu denda, suratan atau maklumat rasmi yang diperolehi semasa menjalakan kewajipannya hendaklah dikawal dan dijaga keselamatan atau kerahsiaannya;

Page 7: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 7

iii) tidak boleh membantu atau membenarkan seseorang lain mendapatkan sebarang benda, surat atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugasnya tanpa kebenaran yang sah;

iv) jika memperolehi atau dalam simpanannya sesuatu benda atau

suratan rasmi samada dengan menjumpainya atau dengan cara lain yang tidak sah, hendaklah memulangkannya dengan serta-merta kepada Pengarah;

v) jika dihampiri oleh seseorang secara langsung atau tidak

langsung dengan tujuan mendapatkan sesuatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan pejabat atau tempat ianya ditugaskan, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Pengarah Hospital Sungai Bakap dan Unit Keselamatan Hospital Sungai Bakap .

6. Keanggotaan Pengawal Keselamatan:

6.1 Menentukan setiap pengawal keselamatan adalah warganegara Malaysia sahaja;

6.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun;

6.3 Sihat tubuh badan dan mental. Pengarah Hospital Sungai Bakap boleh meminta

Pengawal yang dibekalkan oleh KONTRAKTOR menjalani pemeriksaan perubatan atas kos KONTRAKTOR sendiri pada bila-bila masa bagi memastikan syarat ini dipatuhi.

6.4 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu;

6.5 Menentukan setiap pengawal keselamatan berdisiplin, berpengetahuan dan

terlatih dalam aspek „security dan safety‟. Pakaian seragam mestilah lengkap dan kemas (mempunyai lencana dan lambang agensi persendirian) sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 1/2009).

6.6 Menentukan setiap pengawal keselamatan adalah berumur antara 18 hingga 55 tahun, sihat tubuh badan serta penglihatan/ pendengaran yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan. Pengawal berusia 56 hingga 65 tahun boleh dibenarkan DENGAN SYARAT SENTIASANYA, mereka hendaklah mendapat pengesahan Pegawai Perubatan mengenai tahap kesihatan mereka bagi setiap tahun dan pengambilan pengawal keselamatan berumur lebih 65 tahun tidak dibenarkan

6.7 Pengawal beruniform mestilah sekurang-kurangnya berukuran1.57 meter (5‟ 2”) tinggi bagi lelaki dan 1.52 meter (5‟) bagi wanita, manakala berat badan 47.6 kg. (105 paun) bagi lelaki dan 46.2 kg.(102 paun) bagi wanita.

6.8 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat ;

Page 8: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 8

6.9 Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan. (Pengesahan dari pegawaiperubatan adalah diperlukan bagi setiap pengawal yang diambil bekerja).

6.10 Pengawal Keselamatan yang terlatih dalam bidang kawalan keselamatan termasuk perhubungan awam, kawalan trafik dan keselamatan kebakaran.

6.11 Tidak mempunyai catatan rekod jenayah dan bukan penagih dadah, sijil

pemeriksaan air kencing unutk memastikan mereka tidak menagih dadah hendaklah dikemukakan kepada pihak Hospital dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tawaran dibuat kepda Pengawal Keselamatan berkenaan.

6.12 Pihak Hospital berhak mengarah Pengawal Keselamatan menjalani ujian air

kencing pada bila-bila masa sekiranya disyaki penagih dadah. 6.13 LULUS ujian air kencing dalam tempoh empat belas (14) hari dari Tarikh Mula

Perjanjian (kos ujian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat Kawalan Keselamatan). Mana-mana Pengawal yang didapati tidak lulus ujian air kencing dalam tempoh yang telah ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat dan perlulah diganti dengan pengawal yang TELAH LULUS ujian air kencing dengan serta-merta. Pihak Hospital Sungai Bakap berhak mengarahkan anggota pengawal syarikat kawalan keselamatan menjalankan pemeriksaan ujian air kencing pada bila-bila masa; Satu salinan keputusan ujian air kencing pengawal keselamatan hendaklah diserah kepada pihak Hospital Sungai Bakap ;

6.14 Menentukan setiap pengawal tidak mempunyai rekod jenayah dan rekod

penyalahgunaan dadah. Pengawal yang dilantik hendaklah menjalani dan LULUS tapisan keselamatan dalam tempoh tiga (3) bulan dari Tarikh Mula Perjanjian. Mana-mana Pengawal yang didapati tidak lulus tapisan keselamatan dalam tempoh yang telah ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat dan perlulah diganti dengan pengawal yang TELAH LULUS tapisan keselamatan dengan serta-merta; Satu salinan sijil kelulusan tapisan keselamatan pengawal keselamatan hendaklah diserah kepada pihak Hospital Sungai Bakap ;

6.15 Pihak Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah memastikan setiap pengawal

yang diambil bertugas direkodkan biodata bersama gambar terkini dan diserahkan satu salinan kepada pihak Hospital Sungai Bakap ;

6.16 Pihak Syarikat hendaklah memberi latihan induksi/dalaman syarikat dalam masa

tujuh(7) hari selepas diambil bekerja seperti mana arahan yang dikeluarkan di pekeliling Agensi Persendiran Bilangan 4, Tahun 2010.

6.17 Memastikan setiap anggota pengawal keselamatan menjalani Latihan Asas Pengawal Keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) bulan selepas Lulus tapisan keselamatan. Latihan asas ini hanya perlu dihadiri sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan pengawal dalam industri kawalan keselamatan. Pengawal perlu menjalani latihan kemahiran mengikut perjawatan tertentu sebelum pengesahan jawatan tersebut seperti Penyelia dan Pegawai Ronda.Satu salinan sijil latihan asas pengawal keselamatan hendaklah diserah kepada pihak Hospital Sungai Bakap ;

6.18 Pihak Syarikat hendaklah memastikan pegawai keselamatan yang bertugas

telah menghadiri Kursus Certified Security Gruads (CSG). Ini selaras dengan surat edaran dari Kementerian Dalam Negeri melalui rujukan KDN(S) :03/642/13

Page 9: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 9

jld 3(22) –Arahan mewajibkan program latihan Certified Security Guards(CSG) kepada pengawal keselamatan unutk kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan di Kementerian dan agensi kerajaan.

6.19 Pihak Syarikat Kawalan Keselamatan hendaklah memastikan ketua pengawal

mengikuti latihan kemahiran sebelum pengesahan jawatan tersebut. 6.20 Pihak Hospital berhak meminta Syarikat menukarkan Pengawal Keselamatan

yang didapati tidak berupaya menjalankan tugas. 6.21 Pengawal Keselamatan tidak boleh membuat laporan polis secara terus tanpa

melalui atau dengan memberitahu pihak Hospital Sungai Bakap dan hendaklah menyerahkan semua barang-barang yang dijumpai kepada Pihak Hospital.

6.22 Pengawal Keselamatan tidak boleh bertengkar atau menggunakan kekasaran ke

atas pegawai, kakitangan Hospital dan juga orang awam tetapi merujuk sebarang masalah kepada Pihak Hospital.

6.23 Pengawal Keselamatan hendaklah di dalam keadaan sihat tubuh badan dan

cergas dan mesti mengemukakan Sijil Pengesahan Perubatan dimana setiap Pengawal Keselamatan dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan. Sijil pemeriksaan perubatan hendaklah dikemukakan kepada pihak Hospital dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tawaran dibuat kepada Pengawal Keselamatan berkenaan. Pihak Hospital berhak meminta Syarikat menukarkan Pengawal Keselamatan yang didapati tidak berupaya menjalankan tugas.

6.24 Pengawal Keselamatan yang terlatih dalam bidang kawalan keselamatan

termasuk perhubungan awam, kawalan trafik dan keselamatan kebakaran.** 6.25 sijil pemeriksaan air kencing unutk memastikan mereka tidak menagih dadah

hendaklah dikemukakan kepada pihak Hospital dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tawaran dibuat kepda Pengawal Keselamatan berkenaan.

7. Kelengkapan dan Peralatan

7.1 Syarikat kawalan hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut :

(a) Pakaian Seragam Lengkap dan Tanda Nama serta Kad Pengenalan seperti yang ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri;

(b) Mesin „punch card‟ untuk memastikan kehadiran pengawal setiap hari;

(c) „Walkie talkie‟ pada setiap pos bagi tujuan memudahkan perhubungan dan arahan;

(d) Sistem „watchman clock‟ atau „guard tour‟ bagi tujuan rondaan

keselamatan;

(e) Meja pos kawalan, cotar, wisel, lampu suluh, baju hujan, kabinet simpanan barangan peribadi anggota dan lain-lain kelengkapan yang difikirkan perlu;

(f) Kon dan peralatan berkaitan yang mencukupi bagi tujuan keselamatan

lalulintas;

Page 10: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 10

(g) Buku Laporan Harian, Buku Rekod Kenderaan, Buku Rekod Pelawat dan

Buku Rekod Kontraktor/ Pembekal;

(h) Sekiranya kelengkapan keselamatan didapati rosak dan tidak mencukupi, pembaikian / penggantian dan perolehan hendaklah sempurna dalam masa dua puluh empat (24) jam.

(i) Lain-lain kelengkapan yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian tempat

bertugas;

(j) Menyediakan peralatan pembersihan yang bersesuaian di pos kawalan yang ditentukan bagi menjaga kebersihan pos kawalan. Pihak syarikat bertanggungjawab terhadap kebersihan dan kekemasan pos kawalan.

8. Penamatan Perjanjian

8.1 Penamatan oleh KERAJAAN

8.1.1 Sekiranya KONTRAKTOR tanpa apa-apa sebab yang munasabah:

a) menangguhkan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut;

b) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut secara tekun dan berterusan;

c) gagal memberikan Perkhidmatan tersebut atau gagal menjalankan obligasi seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini; atau

d) melakukan perlanggaran terhadap mana-mana syarat atau terma

Perjanjian_ini.

KERAJAAN hendaklah memberi notis bertulis kepada KONTRAKTOR dengan menyatakan butiran mengenai kemungkiran itu dan meminta KONTRAKTOR untuk meremedikannya dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh notis itu. Sekiranya KONTRAKTOR gagal untuk meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh yang dinyatakan atau mana-mana tempoh lain yang ditetapkan oleh KERAJAAN, KERAJAAN berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan memberi notis untuk tujuan penamatan tersebut.

8.1.2 KERAJAAN berhak dengan serta-merta menamatkan Perjanjian ini

sekiranya –

a) KONTRAKTOR pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu perintah penerimaan atau pentadbiran dibuat terhadapnya; atau

b) Jika seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang

pemiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah atau seseorang pemiutang

Page 11: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 11

melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada Mahkamah membuat suatu perintah penggulungan;

c) Sekiranya Lesen untuk menjalankan Urusan Agensi Keselamatan

Persendirian ditamatkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri ke atas syarikat.

8.1.3 Penamatan atas Kepentingan Awam

a) Walau apapun peruntukan di bawah Perjanjian ini, KERAJAAN

boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari kepada KONTRAKTOR (tanpa apa-apa obligasi untuk menyatakan alasan berbuat demikian) setelah mempertimbangkan bahawa penamatan itu perlu untuk kepentingan awam, kepentingan keselamatan negara, atau atas sebab polisi KERAJAAN atau polisi awam.

b) Bagi tujuan fasal ini, apa yang mewujudkan “kepentingan awam”,

“kepentingan keselamatan Negara”, “polisi KERAJAAN” dan “polisi awam” hendaklah secara keseluruhannya dibuat dan ditentukan oleh KERAJAAN. Segala penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar.

8.1.4 Penamatan atas sebab Rasuah atau Aktiviti-Aktiviti yang Menyalahi

Undang-Undang

a) Tanpa prejudis ke atas mana-mana hak KERAJAAN, sekiranya KONTRAKTOR, personel, kakitangan atau pekerjanya telah disabitkan bersalah di Mahkamah untuk rasuah atau apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain antara KERAJAAN dan KONTRAKTOR tersebut, sekiranya ada, KERAJAAN berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis serta-merta kepada KONTRAKTOR bagi maksud itu.

b) Akibat daripada penamatan tersebut, KERAJAAN berhak

menuntut segala kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh KERAJAAN.

c) Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, kedua-dua pihak dengan

ini bersetuju bahawa pihak KONTRAKTOR tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat tuntutan ganti rugi termasuk kekurangan keuntungan, kerugian, atau apa-apa tuntutan lain akibat daripada penamatan Perjanjian ini.

8.2 Walau apa pun yang dinyatakan dalam sub fasal 8.1.1, 8.1.2, 11.1.3 dan 8.1.4,

KERAJAAN boleh, tanpa memberi apa-apa alasan, menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada KONTRAKTOR.

8.3 Penamatan oleh KONTRAKTOR

Page 12: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 12

8.3.1 Sekiranya KERAJAAN tanpa apa-apa sebab yang munasabah gagal menjalankan atau memenuhi obligasinya seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini:

KONTRAKTOR hendaklah memberi notis bertulis kepada KERAJAAN dengan menyatakan butiran mengenai kemungkiran itu dan meminta KERAJAAN untuk meremedikannya dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh notis itu. Sekiranya KERAJAAN gagal untuk meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh itu atau mana-mana tempoh lain yang ditetapkan oleh KONTRAKTOR, KONTRAKTOR berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan memberi notis untuk tujuan itu.

8.4 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan mengikut sub fasal 8.1, 8.2 dan 8.3 di atas,

maka –

a) kesemua kuasa, hak dan obligasi yang diperuntukkan di dalam Perjanjian ini akan tamat serta-merta;

b) kedua-dua Pihak akan membayar dan menyelesaikan sebarang jumlah

wang yang masih belum dibayar dan kena dibayar kepada Pihak yang satu lagi sebelum penamatan Perjanjian ini; dan

c) KERAJAAN berhak merampas Bon Pelaksanaan di bawah Perjanjian ini.

8.5 Penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan atau mendatangkan prasangka

ke atas hak-hak mana-mana Pihak yang telah terakru sebelum penamatan Perjanjian ini.

9. Bilangan anggota diperlukan dan jumlah jam bekerja sehari

9.1 Jumlah anggota Pengawal Keselamatan termasuk Penyelia Keselamatan bagi setiap syif di Hospital Sungai Bakap ialah seramai 10 anggota.

9.2 Jumlah jam bekerja bagi pengawal keselamatan termasuk penyelia bagi Hospital

Sungai Bakap ialah 120 jam sehari.

9.3 Butiran terperinci bagi bilangan anggota dan jadual jam bekerja sehari adalah seperti di Jadual 1.

10. Harga Tawaran

10.1 Pihak syarikat kawalan Keselamatan boleh mengemukakan tawaran harga dengan mengemukakan kos keseluruhan bagi tempoh dua (2) tahun.

11. Tempoh Perkhidmatan

Page 13: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 13

11.1 Tempoh perkhidmatan mulai 3 Jun 2017 hingga 11Ogos 2017. Namun begitu, pihak Kerajaan berhak meminda tarikh tersebut jika diperlukan.

11.2 Perjanjian ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa dengan memberi notis tamat perkhidmatan tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari.

12. Penalti Bagi Kegagalan Perkhidmatan

12.1 Jika didapati Pengawal Keselamatan tidak hadir bertugas atau kekurangan anggota pada syif berkenaan, maka pihak Syarikat akan dikenakan potongan dua (2)kali ganda nilai bayaran untuk seluruh syif tersebut bagi setiap Pengawal Keselamatan.

12.2 Jika didapati tiada Pengawal Keselamatan di tempat-tempat yang ditetapkan semasa pemeriksaan, maka pihak syarikat kawalan keselamatan akan dikenakan potongan dua (2) kali ganda bagi selama tempoh ketiadaan anggota (mengikut jam).

12.3 Jika Pengawal keselamatan gagal menjalankan rondaan dan mengunci jam (clocking) setiap dua (4) jam sekali atau masa-masa tertentu di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Pengarah Hospital Sungai Bakap,maka pihak syarikat kawalan keselamatan akan dikenakan penalti dengan kadar dua puluh peratus (20%) berdasarkan kadar sejam pengawal tanpa senjata bagi setiap kegagalan menguncikan(clocking).

12.4 Jika didapati Pengawal Keselamatan tidur pada waktu bertugas, maka pihak Syarikat akan dikenakan potongan sekali ganda nilai bayaran untuk seluruh syif tersebut bagi setiap Pengawal Keselamatan yang didapati membuat demikian.

12.5 Pengawal Keselamatan yang didapati merokok dalam kawasan hospital atau

berbau arak (sama ada mabuk atau tidak) semasa bertugas mesti digantikan dengan serta-merta. Syarikat akan dikenakan potongan sekali ganda nilai bayaran untuk seluruh syif tersebut bagi setiap Pengawal Keselamatan yang didapati membuat sedemikian.

12.6 Pengawal Keselamatan yang didapati menipu dalam perkara ini terutama sekali

tidak datang bertugas tetapi merekodkan bahawa ada bertugas atau tidak masukan masa masuk atau keluar bertugas yang sebenar, maka pihak syarikat kawalan keselamatan akan dikenakan potongan dua (2) kali ganda bagi selama tempoh ketiadaan anggota (mengikut jam).

12.7 KERAJAAN juga boleh mengenakan sejumlah penalti bagi sebab-sebab lain

yang akan ditentukan kemudian, sekiranya KONTRAKTOR telah menyebabkan kehilangan atau kerosakan harta KERAJAAN atas sebab kecuaian, kelalaian atau salah laku Pengawal.

12.8 Pihak Syarikat Kawalan Keselamatan mestilah menentukan bahawa setiap

pengawal berada di tempat bertugas pada syif-syif tertentu. Sebarang ketiadaan pengawal keselamatan hendaklah diganti dan pihak Hospital Sungai Bakap

Page 14: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 14

berhak mengenakan „penalti‟ seperti di para 12.1 sehingga 12.6 jika perkara ini tidak dipatuhi.

12.9 Sekiranya berlakunya mogok oleh pengawal keselamatan sehingga menjejaskan

perkhidmatan di tempat-tempat yang telah ditetapkan, Pengarah Hospital Sungai Bakap berhak menggunakan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan serta merta sehingga prestasi perkhidmatan pulih seperti sedia kala dan memuaskan. Pihak syarikat hendaklah menanggung segala bayaran perkhidmatan sepanjang penugasan anggota RELA.

12.10 Cadangan syarat-syarat potongan bayaran perkhidmatan seperti berikut:

Potongan bayaran perkhidmatan akan dikenakan sebanyak dua (2) kali ganda Kadar Harga Sejam (KHS) bagi setiap pengawal keselamatan selama Tempoh (mengikut jam) Ketiadaan Pengawal Keselamatan (TKP) di lokasi kawalan.

13. Cara dan Waktu Bekerja :

13.1 Perkhidmatan keselamatan dua puluh empat (24) jam secara statik dan rondaan untuk memastikan supaya tidak berlaku keganasan, pencerobohan, rompakan, kecurian, kerosakan, vandalisma atau perbuatan jenayah yang lainnya ke atas individu harta benda Kerajaan.

13.2 Pengawal-pengawal mestilah terlatih dan berupaya menjalankan tugas-tugas

mereka sebagai pengawal keselamatan di bawah kontrak ini.

13.3 Perkhidmatan kawalan keselamatan adalah dua puluh empat (24) jam dalam dua (2) syif.

LAMPIRAN B

Page 15: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 15

JADUAL 1

Perihal Kawalan Keselamatan, Jumlah Anggota Dan Jumlah Bekerja

Di Hospital Sungai Bakap

Bil. Perihal Kawalan

Syif 1 (12 jam) (7 pagi – 7ptg)

Syif 2 (12 jam) (7 ptg- 7mlm) Jumlah

Anggota

Jumlah Jam

Bekerja (Jam) BA BJB (Jam) BA BJB (Jam)

1. Jabatan Kecemasan /Rondaan

Kunci Jam 1 12 1 12 2 24

2. Wad 1 / Wad 3 1 12 1 12 2 24

3. Wad 4 /Wad Bersalin 1 12 1 12 2 24

4. Wad 5 1 12 1 12 2 24

JUMLAH 4 48 4 48 8 96

Senarai Singkatan:

i) BA - Bilangan Anggota

ii) BJB - Bilangan Jam Bekerja

JADUAL 2

Page 16: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 16

Penempatan, Skop Perkhidmatan & Tugas-Tugas Spesifik

No. Penempatan Skop Perkhidmatan & Tugas-Tugas Spesifik

1. Pos Kawalan Jabatan Kecemasan 1 orang Pengawal Keselamatan syif 1 (7 pagi– 7ptg) syif 12 jam dan 1 orang Pengawal syif 2 (7 ptg– 7pagi) syif 12 jam

Mengawal lalulintas di kawasan hadapan Jabatan Kecemasan agar orang ramai / anggota Hospital tidak meletak kenderaan di kawasan ini.

Mengawal kenderaan yang menurunkan / mengambil pesakit / anggota Hospital dengan teratur.

Menentukan bahawa kenderaan awam tidak diletak di kawasan larangan dan bahawa hanya kenderaan jabatan dan pegawai-pegawai yang dibenarkan yang ditentukan sahaja.

Mengawal kemasukkan orang ramai (Crowd Control) / waris masuk ke dalam unit kecemasan semasa rawatan sedang dilakukan kecuali yang betul-betul layak sahaja dibenarkan masuk.

Mengawal lalulintas di kawasan hospital apabila diperlukan Mengawal kenderaan yang menurunkan / mengambil pesakit /

anggota Hospital dengan teratur.Meronda Mengunci jam setiap dua (4) jam sekali atau masa-masa tertentu (akan ditentukan kemudian) dan di tempat-tempat yang telah ditetapkan dalam lampiran 1.Tempat-tempat clocking akan diubahkan oleh Pengarah Hospital Sungai Bakap jika diperlukan.

2. Kawasan Wad 1 1 orang Pengawal Keselamatan syif 1 (7 pagi– 7ptg) syif 12 jam dan 1 orang Pengawal syif 2

(7 ptg– 7pagi) syif 12 jam

Memastikan pelawat masuk pada waktu yang ditetapkan. Memastikan bahawa tiada pelawat berada dalam wad selepas

waktu melawat. Hanya kes-kes kritikal diberikan pengecualian. Menentukan bahawa semua pelawat (kecuali yang dibenarkan)

dikeluarkan dari wad selepas masa melawat Membenarkan pesakit / pelawat masuk atas urusan rasmi. Melarang masuk penjaja dalam wad.

3. Kawasan Wad 4 (Bersalin) 1 orang Pengawal Keselamatan syif 1 (7 pagi– 7ptg) syif 12 jam dan 1 orang Pengawal syif 2

(7 ptg– 7pagi) syif 12 jam

Memastikan pelawat masuk pada waktu yang ditetapkan. Memastikan bahawa tiada pelawat berada dalam wad selepas

waktu melawat. Hanya kes-kes kritikal diberikan pengecualian. Menentukan bahawa semua pelawat (kecuali yang dibenarkan)

dikeluarkan dari wad selepas masa melawat Membenarkan pesakit / pelawat masuk atas urusan rasmi. Melarang masuk penjaga dalam wad. Membuat pengesahan bayi yang dibenarkan pulang dengan

mengikut Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH/P/PAK/133.07(GU) semasa proses discaj bayi.

5. Kawasan Wad 5 1 orang Pengawal Keselamatan syif 1 (7 pagi– 7ptg) syif 12 jam dan 1 orang Pengawal syif 2 (7 ptg– 7pagi) syif 12 jam

Memastikan pelawat masuk pada waktu yang ditetapkan. Memastikan bahawa tiada pelawat berada dalam wad selepas

waktu melawat. Hanya kes-kes kritikal diberikan pengecualian. Menentukan bahawa semua pelawat (kecuali yang dibenarkan)

dikeluarkan dari wad selepas masa melawat Membenarkan pesakit / pelawat masuk atas urusan rasmi. Melarang masuk penjaja dalam wad.

Page 17: TERHAD SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN …jknpenang.moh.gov.my/.../SPEK_KAWALAN_KESELAMATAN... · TERHAD 3 TERHAD 4.12 Memastikan anggota pengawal keselamatan yang didapati

TERHAD

TERHAD 17

LAMPIRAN 1

LOKASI-LOKASI JAM PENGAWAL KESELAMATAN (CLOCKING) DI HOSPITAL SUNGAI

BAKAP

Unit Farmasi (Stor)

Unit Farmasi (Stor Bekalan Ubat)

Unit Fisioterapi

TNB (Stor Integrasi )

JPL (Tepi Unit Hasil)

Bangunan Makmal

Klinik Pakar

Unit Sajian & Dietetik

Wad 5 (Belakang)

Unit CSSU

Bangunan Asrama Jururawat

Rumah Mayat Unit Rekod Perubatan

Dewan Saujana (Belakang)